haryani ismail ([email protected]) melaporkan. barangan ... · ... seorang pensyarah kreativiti...

3
Source: Berita Harian © Singapore Press Holdings Limited. 14 March 2019, Page 16 Permission required for reproduction SENIMAN muda Encik Fyerool Darma sering tertanya-tanya ke ma- na perginya barangan yang hilang atau keciciran dan kemudian dite- mui tetapi tidak dapat dikembalikan kepada si pemiliknya. Dengan pelbagai soalan yang ber- main di minda, beliau menghabiskan masa mengkaji mengenai perkara itu bahkan mendapat tahu barangan yang ditemui dan tidak dituntut si pe- milik akan dilelong kepada orang awam. Kakinya melangkah ke ber- macam acara lelongan dan juga ke kedai jimat cermat di mana beliau merakam gambar dan video. Penemuan inilah yang menjadi teras seni pemasangan video terki- ninya yang bertajuk You Will Never Walk Alone. Kerja seni itu adalah sebahagian daripada bahan pameran Lost And Found: Imagining My New Worlds yang kini berlangsung di Galeri 1, Institut Seni Kontemporari Singapu- ra, Maktab Seni Lasalle. Dengan kurator tamu dari Brazil, Encik Raphael Fonseca, dilibatkan sama dalam pameran dari 2 Februari hingga 10 April ini, banyak perihal kehilangan dan penemuan dalam konteks sejarah diselongkar. Encik Fyerool, 32 tahun, bahkan menggunakan salah sebuah lagu ma- lar segar dendangan Allahyarham Saleem daripada kumpulan Iklim se- bagai satu simbolisme kehilangan seseorang yang menyumbang kepa- da industri muzik Melayu. Ketika ditemui di Lasalle kelmarin, Encik Fyerool menjelas- kan beliau berbesar hati dapat berte- mu Encik Fonseca yang walaupun dari dunia dan budaya berbeza, berkongsi beberapa persamaan warisannya dengan warisan Melayu. “Saya sebenarnya terharu apabi- la kerja seni saya di acara seni be- sar-besaran melibatkan penyertaan seniman antarabangsa, Singapore Bi- ennale 2016, menarik perhatian Raphael. “Beliau menghubungi saya seki- tar lapan hingga sembilan bulan lalu. Kami bersembang tentang perjalan- an seni kami dan juga dari sudut za- man penjajahan. “Kalau ada kekata ‘lazy natives’ bagi orang peribumi di Nusantara, sepertimana wujud dalam karya Pro- fesor Syed Hussein Alatas, Myth of the Lazy Natives, di Brazil pun ada kisah golongan yang dipanggil malas kerana bersantai dengan buaian. “Banyak yang kami sempat bin- cangkan dengan bertanyakan soalan tentang ‘Ke mana kita kini? Apa dah jadi pada kita dan mengapa kita di si- ni hari ini?’” kongsi Encik Fyerool. Daripada setakat berbincang ten- tang artifak yang hilang dan diperte- mukan semula, mereka mula ber- sembang tentang barangan seharian yang hilang dan entah ke mana perginya. Antara cabaran yang dihadapi En- cik Fyerool adalah dalam mendapat- kan barangan yang dilaporkan dite- mui dan berada di dalam simpanan jabatan khusus di bawah jagaan pi- hak polis. “Tidak mudah mendapatkan ‘lampu hijau’ meskipun ini projek rasmi dengan bajet tertentu diperun- tukkan bagi saya melaksanakan ker- ja seni saya. “Namun, hasil kajian saya, saya dapat tahu barangan yang tidak di- tuntut dari pejabat khusus itu akan diserahkan kepada pengendali lelong atau didermakan. “Maka, buat pertama kalinya, saya pun ke acara lelong ini. Saya be- lajar tentang membuat bidaan. Ada barangan yang terlalu mahal untuk dimiliki. “Dengan bajet yang ada, saya hanya mampu membeli barangan yang orang lain tidak mahu miliki mengikut ketetapan bajet yang saya perolehi,” ujarnya. Encik Fonseca dalam prakatanya bagi risalah pengenalan pameran menjelaskan bahawa kerja seni boleh dihasilkan daripada barangan yang terkumpul daripada satu kehi- langan dan penemuan semula. Ini termasuk barangan daripada lelongan, dokumentasi foto, tajuk berita dan cetakan semula foto. Barangan hilang cetus inspirasi seni KISAH BARANG HILANG DAN DITEMUKAN SEMULA: Kerja seni pemasangan video yang dihasilkan Encik Fyerool Darma (gambar sisipan) ini menyelongkar perihal barangan yang dilaporkan hilang, ditemui dan tidak dituntut si pemiliknya. Ia akhirnya diderma atau disalurkan ke acara lelongan. – Foto INSTITUT SENI KONTEMPORARI SINGAPURA, MAKTAB SENI LASALLE “... saya dapat tahu barangan yang tidak dituntut dari pejabat khusus (di bawah jagaan pihak polis) itu akan diserahkan kepada pengendali lelong atau didermakan. Maka, buat pertama kalinya, saya pun ke acara lelong ini. Saya belajar tentang membuat bidaan. Ada barangan yang terlalu mahal untuk dimiliki. Dengan bajet yang ada, saya hanya mampu membeli barangan yang orang lain tidak mahu miliki mengikut ketetapan bajet yang saya perolehi.” – Seniman muda, Encik Fyerool Darma.

Upload: buidieu

Post on 09-May-2019

232 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: HARYANI ISMAIL (haryani@sph.com.sg) melaporkan. Barangan ... · ... seorang pensyarah kreativiti dan seni di Po-liteknik Temasek (TP) ... Dengan kurator tamu dari Brazil, Encik Raphael

Source: Berita Harian © Singapore Press Holdings Limited. 14 March 2019, Page 16 Permission required for reproduction

DUA tahun lalu, pemenang Anugerah Seniman Mu-da, Encik Ezzam Rahman, pernah menabur bedak dan menyusun semula perabot lama di sebuah flat tiga bilik di Holland Avenue.

Tahun ini pula, beliau perlu mendengar dan berkongsi cerita dengan pasangan suami isteri yang menjalin hubungan cinta jarak jauh, Cik Hernie Mamat dan Encik Andre Rannaud.

Perkongsian itu kelak menjadi bahan bagi Encik Ez-zam, 38 tahun, menghasilkan seni pemasangan video dan cahaya di sekitar rumah Cik Hernie di daerah Ka-tong.

Proses menjana kerja seni dalam sekitaran rumah seseorang itu dilakukan seniman ini sebagai sebahagian daripada projek jelajah seni tahunan OH! Open House.

Sebagai menyuntik kelainan bagi program tahun ini, siri penerokaan seni berbentuk ‘pop-up’ yang diberi na-ma Passport tidak ditumpukan pada satu kejiranan sa-haja.

Sebaliknya, enam kejiranan dipilih dengan enam seniman dilibatkan bagi menjana karya tentang identi-ti, kasih sayang, kediaman dan rasa kepunyaan ter-hadap sesuatu seperti tanah air.

Bagi tiga hujung minggu terakhir bulan ini, orang ra-mai akan dibawa ke rumah beberapa individu terma-suk Cik Hernie bagi mengamati kerja seni yang dihasil-kan.

Pasport pula ibarat simbol yang mampu membawa anda ke dalam dunia yang memberi manfaat atau han-ya penuh dengan birokrasi.

Ketika ditemui di UE Square baru-baru ini, Encik Ez-zam berkata: “Kerja seni saya biasa dipamerkan di bal-ai seni di dalam dan luar negara.

“Karya kreatif saya juga, antara lain, sudah dibawa ke Australia, Kemboja, Denmark, Cyprus, Slovenia dan Switzerland.

“Namun, apabila terlibat dalam OH! Open House,

minda saya lebih terbuka dengan perkongsian bersama tuan rumah yang tidak dikenali sebelum ini.

“Ia satu pengalaman yang baru dan lebih interaktif. Lagipun, generasi pencinta seni zaman sekarang dam-bakan satu kelainan dalam menikmati kerja seni.”

Video yang ditayangkan mengisahkan tentang cara Cik Hernie, seorang pensyarah kreativiti dan seni di Po-liteknik Temasek (TP) berkomunikasi dengan suamin-ya, seorang karyawan Perancis yang bertugas di Bangkok, Thailand.

“Apabila dipelawa bagi menyertai projek seni ini, kami dengan sukarela membuka ruang rumah kami ker-

ana ia satu cara memberi peluang buat bakat seni tanah air mengembangkan kreativiti mereka,” jelas Cik Hern-ie, 40-an tahun.

Beliau secara berseloroh menyatakan rasa terujanya di saat bertemu Encik Ezzam ibarat seorang wanita yang bagai pertama kali bertemu jodoh dengan pasan-gan yang tidak dikenali.

“Saya ingin tahu bagaimana cara Ezzam bekerja dan menebarkan kreativitinya. Ternyata, beliau serba boleh dan sering menghiburkan saya dan suami dengan telatah selambanya.

“Memandangkan rumah kami akan dibuka bagi or-

ang ramai dan pengamat seni meninjau kerja seni Ez-zam, maka berdebar-debar juga rasanya.

“Saya harap tiada tetamu yang buat tidak sepatut-nya di rumah kami dan tuan rumah lain.

“Perlu ada rasa hormat terhadap tuan rumah. Kami bersetuju membuka rumah kami di atas nama seni den-gan jaminan keselamatan rumah kami dan kami sendiri terjaga,” tambahnya.

Tiket $20 bagi melibatkan diri dalam jelajah seni se-lama sejam pada 16, 17, 23, 24, 30 dan 31 Mac ini boleh ditempah menerusi laman beralamat www.ohopenhouse.org.

SENIMAN muda Encik Fyerool Darma sering tertanya-tanya ke ma-na perginya barangan yang hilang atau keciciran dan kemudian dite-mui tetapi tidak dapat dikembalikan kepada si pemiliknya.

Dengan pelbagai soalan yang ber-main di minda, beliau menghabiskan masa mengkaji mengenai perkara itu bahkan mendapat tahu barangan yang ditemui dan tidak dituntut si pe-milik akan dilelong kepada orang awam.

Kakinya melangkah ke ber-macam acara lelongan dan juga ke kedai jimat cermat di mana beliau merakam gambar dan video.

Penemuan inilah yang menjadi teras seni pemasangan video terki-ninya yang bertajuk You Will Never Walk Alone.

Kerja seni itu adalah sebahagian daripada bahan pameran Lost And Found: Imagining My New Worlds yang kini berlangsung di Galeri 1, Institut Seni Kontemporari Singapu-ra, Maktab Seni Lasalle.

Dengan kurator tamu dari Brazil, Encik Raphael Fonseca, dilibatkan sama dalam pameran dari 2 Februari hingga 10 April ini, banyak perihal kehilangan dan penemuan dalam konteks sejarah diselongkar.

Encik Fyerool, 32 tahun, bahkan menggunakan salah sebuah lagu ma-lar segar dendangan Allahyarham Saleem daripada kumpulan Iklim se-

bagai satu simbolisme kehilangan seseorang yang menyumbang kepa-da industri muzik Melayu.

Ketika ditemui di Lasalle kelmarin, Encik Fyerool menjelas-kan beliau berbesar hati dapat berte-mu Encik Fonseca yang walaupun dari dunia dan budaya berbeza, berkongsi beberapa persamaan warisannya dengan warisan Melayu.

“Saya sebenarnya terharu apabi-la kerja seni saya di acara seni be-sar-besaran melibatkan penyertaan seniman antarabangsa, Singapore Bi-ennale 2016, menarik perhatian Raphael.

“Beliau menghubungi saya seki-tar lapan hingga sembilan bulan lalu.

Kami bersembang tentang perjalan-an seni kami dan juga dari sudut za-man penjajahan.

“Kalau ada kekata ‘lazy natives’ bagi orang peribumi di Nusantara, sepertimana wujud dalam karya Pro-fesor Syed Hussein Alatas, Myth of the Lazy Natives, di Brazil pun ada kisah golongan yang dipanggil malas kerana bersantai dengan buaian.

“Banyak yang kami sempat bin-cangkan dengan bertanyakan soalan tentang ‘Ke mana kita kini? Apa dah jadi pada kita dan mengapa kita di si-ni hari ini?’” kongsi Encik Fyerool.

Daripada setakat berbincang ten-tang artifak yang hilang dan diperte-mukan semula, mereka mula ber-

sembang tentang barangan seharian yang hilang dan entah ke mana perginya.

Antara cabaran yang dihadapi En-cik Fyerool adalah dalam mendapat-kan barangan yang dilaporkan dite-mui dan berada di dalam simpanan jabatan khusus di bawah jagaan pi-hak polis.

“Tidak mudah mendapatkan ‘lampu hijau’ meskipun ini projek rasmi dengan bajet tertentu diperun-tukkan bagi saya melaksanakan ker-ja seni saya.

“Namun, hasil kajian saya, saya dapat tahu barangan yang tidak di-tuntut dari pejabat khusus itu akan diserahkan kepada pengendali lelong atau didermakan.

“Maka, buat pertama kalinya, saya pun ke acara lelong ini. Saya be-lajar tentang membuat bidaan. Ada barangan yang terlalu mahal untuk dimiliki.

“Dengan bajet yang ada, saya hanya mampu membeli barangan yang orang lain tidak mahu miliki mengikut ketetapan bajet yang saya perolehi,” ujarnya.

Encik Fonseca dalam prakatanya bagi risalah pengenalan pameran menjelaskan bahawa kerja seni boleh dihasilkan daripada barangan yang terkumpul daripada satu kehi-langan dan penemuan semula.

Ini termasuk barangan daripada lelongan, dokumentasi foto, tajuk berita dan cetakan semula foto.

Barangan hilang cetus inspirasi

seni

Buka ruang rumah buat seniman

Man City belasah

Schalke 7-0

– Muka 15

KONGSI IDEA SENI: Seniman berbilang disiplin, Encik Ezzam Rahman (tengah) menghasilkan seni pemasangan dan cahaya tentang komunikasi jarak jauh pasangan suami isteri, Cik Hernie Mamat (kiri) dan Encik Andre Rannaud. – Foto OH! OPEN HOUSE

KISAH BARANG HILANG DAN DITEMUKAN SEMULA: Kerja seni pemasangan video yang dihasilkan Encik Fyerool Darma (gambar sisipan) ini menyelongkar perihal barangan yang dilaporkan hilang, ditemui dan tidak dituntut si pemiliknya. Ia akhirnya diderma atau disalurkan ke acara lelongan. – Foto INSTITUT SENI KONTEMPORARI SINGAPURA, MAKTAB SENI LASALLE

LANGGANI BERITA HARIAN

SELAMI isi hati wanita-wanita Melayu/Islam yang telah merintis jalan dalam pelbagai bidang, termasuk mesej Presiden Halimah Yacob sempe-na Hari Wanita Sedunia.

Hayati kisah pengorbanan ikon dunia hiburan Melayu, Siti Nurhaliza, untuk kekal di persada landskap hiburan serantau.

Inilah antara sajian eksklusif akhbar Berita Harian/Minggu yang masih boleh anda nikmati dengan melanggan akhbar ini secara digital.

Ikuti kisah eksklusif sebegitu dan banyak lagi dengan melanggani akh-bar BH/BM, sama ada dalam bentuk cetak, digital atau kedua-duanya sekali.

Bagi tempoh terhad, akhbar ini menawarkan promosi $0.99 bagi lang-ganan digital tiga bulan.

Langganan itu membolehkan pembaca menikmati kandungan BH dan BM menerusi laman www.beritaharian.sg atau aplikasi BH.sg yang boleh dimuatturunkan daripada App Store dan Google Play.

Layari laman bhsub.sg/399 sekarang untuk melanggan.

CARA LANGGANLanggan pakej ‘BH-All-Digital’ (BH-Semua-Digital) pada harga $0.99 sebulan bagi tiga bulan pertama dan hanya $9.90 bagi sembilan bulan seterusnya. Langganan boleh dibatalkan pada bila-bila masa.

KRITERIA KELAYAKAN! Pelanggan baru. Mereka yang tidak melanggani BH sekarang.! Pelanggan menerusi vendor, iaitu pelanggan BH yang membayar

yuran langganan kepada vendor surat khabar.! Pelanggan ‘BH One-Digital’ yang tidak mempunyai kontrak.

TIDAK LAYAK! Pelanggan yang baru melanggan atau membatalkan pakej BH

dalam tempoh 90 hari.! Pelanggan yang mempunyai kontrak pakej BH.

Dalam menjana idea kreatif yang segar saban waktu, banyak proses yang perlu dilalui penggiat seni lukis dan seni pemasangan. Selain mengkaji pelbagai unsur sejarah mahupun yang melibatkan sesuatu kawasan berseni, persahabatan juga terjalin antara seniman muda ini dan rakan

pengamat seni dari luar negara. Wartawan HARYANI ISMAIL ([email protected]) melaporkan.

“... saya dapat tahu barangan yang tidak dituntut dari pejabat khusus (di bawah jagaan pihak polis) itu akan diserahkan kepada pengendali lelong atau didermakan. Maka, buat pertama kalinya, saya pun ke acara lelong ini. Saya belajar tentang membuat bidaan. Ada barangan yang terlalu mahal untuk dimiliki. Dengan bajet yang ada, saya hanya mampu membeli barangan yang orang lain tidak mahu miliki mengikut ketetapan bajet yang saya perolehi.”

– Seniman muda, Encik Fyerool Darma.

16 Berita Harian | Khamis, 14 Mac 2019

gayahidup

Diterbitkan dan dicetak oleh Singapore Press Holdings Limited. Co. Regn. No. 198402868E. Anggota Pengedaran Biro Audit Singapura. Perkhidmatan Pengguna (Pengedaran): 6388-3838, [email protected], Faks: 6746-1925.

Page 2: HARYANI ISMAIL (haryani@sph.com.sg) melaporkan. Barangan ... · ... seorang pensyarah kreativiti dan seni di Po-liteknik Temasek (TP) ... Dengan kurator tamu dari Brazil, Encik Raphael

Source: Berita Harian © Singapore Press Holdings Limited. 14 March 2019, Page 16 Permission required for reproduction Lost items spark artistic inspiration Mr Fyerool Darma, a young artist, often wondered about where items lost or left behind had gone, and how although they were eventually found, they were never reunited with their owners. With a myriad of questions in his mind, he spent much time researching about this until he discovered that items which were found and not claimed by their owners would end up being auctioned to the public. He would attend various auctions and also explored thrift shops where he would make video recordings and take photographs. It was this discovery that became the foundation of his recent video installation art entitled You Will Never Walk Alone. The art work is a part of the Lost And Found: Imagining My New Worlds exhibit now showing in Gallery 1, Institute of Contemporary Arts Singapore, LASALLE College of the Arts. Together with a guest curator from Brazil, Mr Raphael Fonseca, who is also involved in the exhibition from 2 February to 10 April, many aspects of things lost and found will be explored from a historical context. Mr Fyerool, 32, even used an evergreen song sung by the late Saleem from the band Iklim to symbolise the loss of an individual who has made contributions to the Malay music industry. When he was interviewed at LASALLE the day before yesterday, Mr Fyerool explained that he was very happy to have met Mr Fonseca, and even though they are from different worlds and cultures, they share some similarities in terms of their heritage. “I am really touched that a large-scale exhibition of my art work at the Singapore Biennale 2016, which saw the participation of international artists, had managed to attract Raphael. He contacted me about eight to nine months ago. We talked about our artistic journeys and also discussed the era of colonisation. “If the phrase ‘lazy natives’ was used to refer to the people of Southeast Asia as mentioned in the works of Professor Syed Hussein Alatas in Myth of the Lazy Natives, in Brazil too there is also mention of a group described as lazy as they often relax on the swings. “We were able to discuss a lot of things by asking questions such as ‘Where are we going, what is happening to us and why are we here today?’” shared Mr Fyerool. From discussing how lost artefacts got recovered, they talked about items which got lost on a daily basis and contemplated where they could have gone. Among the challenges faced by Mr Fyerool was obtaining items which had been reported lost but had been recovered and kept by a special department of the police.

Page 3: HARYANI ISMAIL (haryani@sph.com.sg) melaporkan. Barangan ... · ... seorang pensyarah kreativiti dan seni di Po-liteknik Temasek (TP) ... Dengan kurator tamu dari Brazil, Encik Raphael

Source: Berita Harian © Singapore Press Holdings Limited. 14 March 2019, Page 16 Permission required for reproduction It was not easy getting the ‘green light’ although this was an official project with a budget allocated for him to carry out his art work. “However, as a result of my research, I discovered that unclaimed items from that special department will be handed over to auctioneers or donated. Thus, for the first time, I too attended such an auction event. I learnt how to make bids. Some items turned out too expensive to own. With the budget allocation, I could only afford items no one wanted and this was based on the budget I had,” he said. In his prologue in the exhibition pamphlet, Mr Fonseca explained that art works can be created from items collected from a loss which had been rediscovered. This included items from auctions, photo-documentaries, news headlines and photo reprints. Image caption: A TALE OF THINGS LOST AND FOUND: The video installation art produced by Mr Fyerool Darma (side photo) investigates items that were reported lost, recovered, but never claimed by their owners. The items are eventually donated or channelled to auctions. – Photo: Institute Of Contemporary Arts Singapore, LASALLE College of the Arts. Quote: “... I discovered that unclaimed items from that special department will be handed over to auctioneers or donated. Thus, for the first time, I too attended such an auction event. I learnt how to make bids. Some items turned out too expensive to own. With the budget allocation, I could only afford items no one wanted and this was based on the budget I had.” – Mr Fyerool Darma, a young artist.