e-mel: [email protected] sihat legakan sakit …lienfoundation.org/sites/default/files/080212 bh...

1
Oleh DEWANI ABBAS [email protected] D IDEDAHKAN dengan berita an- da telah diserang penyakit barah tahap lanjut yang tiada harapan sembuh, pasti amat menghibakan. Namun, sama meresahkan adalah rasa sakit yang menyusuli penyakit berat dan pa- rah itu. Bagaimanapun, ramai pesakit kro- nik seperti barah menanggung sahaja derita sakit yang mereka rasai, ada kala sampai berbulan-bulan lamanya sebelum maut me- ngundang. Pelbagai sebab membuat mereka ber- sikap demikian. Ada yang pasrah, ada pula tidak tahu apa yang harus dilakukan, dan ada kerana tiada doktor atau perawat yang prihatin tentang kesakitan mereka. Tetapi pesakit penyakit kronik yang tia- da harapan sembuh sebenarnya tidak perlu melalui penderitaan sebegitu pada saat-saat akhir kehidupan mereka. Di penghujung jalan mereka, mereka se- harusnya mengalami ketenangan, bukan ke- sakitan. Inilah yang sedang diusahakan se- cara besar-besaran oleh badan amal, Ya- yasan Lien, sempena Hari Barah Sedunia yang dirai Sabtu lalu. Ia mendesak agar tindakan di peringkat global diambil untuk mempertingkat khid- mat paliatif (memberi kelegaan daripada ra- sa sakit) dan penggunaan ubat-ubat pelega sakit kepada para pesakit kronik. Menurut badan pemerhati hak asasi ma- nusia, Human Rights Watch, setiap tahun puluhan juta pesakit di seluruh dunia me- nanggung kesakitan yang amat sangat yang sebenarnya tidak perlu mereka rasai hanya kerana tiada penjagaan paliatif diberikan ke- pada mereka. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menganggarkan mereka ini termasuk 5.5 ju- ta pesakit barah dan sejuta pesakit HIV/Aids tahap akhir. Yayasan itu menarik perhatian bahawa walaupun sains peruba- tan telah mencapai kemajuan, usaha mem- bantu pesakit menangani rasa sakit, teruta- ma disebabkan barah, masih lagi belum mencukupi. Penjagaan paliatif masih tidak diberi ke- utamaan dan kurang mendapat dana daripa- da badan-badan yang menggubal dasar me- ngenai penjagaan kesihatan. Takut morfin Satu contoh, morfin, ubat pelega sakit yang kuat – meskipun terletak dalam sena- rai WHO sebagai ubat dadah yang penting – masih belum lagi didapati di lebih 150 negara, kata Ketua Pegawai Eksekutif Ya- yasan Lien, Encik Lee Poh Wah. Profesor Madya Dr Cynthia Goh dari Ja- batan Penjagaan Paliatif, Pusat Barah Na- sional Singapura, menerangkan bahawa morfin adalah dadah yang dikawal penggu- naannya di bawah perjanjian yang dimete- rai negara-negara dengan WHO. Singapura merupakan salah sebuah nega- ra yang menyertai perjanjian itu yang mene- tapkan ubat pelega itu digunakan hanya un- tuk tujuan perubatan. Tetapi, masih ramai orang mengaitkan morfin sebagai dadah yang membawa kepada ketagihan. “Pesakit pula menganggap jika dirinya diberi morfin, ia bermakna kematiannya sudah dekat. Ada yang menyangka morfin memendekkan nyawa. Ini tidak benar. “Satu lagi sebab pesakit tidak mahu menggunakan morfin ialah mereka takut ti- dak akan ada lagi ubat pelega lain yang le- bih kuat selepas morfin digunakan kerana mereka mahu morfin itu digunakan sebagai ubat simpanan jika sakit mereka bertambah teruk,” jelas Dr Goh. Selain itu, terdapat kebimbangan morfin boleh menyebabkan mereka ketagihan ser- ta kesan-kesan sampingan lain seperti sukar tidur dan tidak dapat berfikir dengan jelas. “Kajian-kajian telah menunjukkan baha- wa kes pesakit yang menjadi ketagih kepa- da morfin adalah sangat kecil dan itu pun ji- ka mereka ada sejarah menagih. Lagipun, doktor boleh mengawalnya. “Satu kesan sampingan ketara penggu- naan morfin ialah sembelit dan oleh kerana itu mereka perlu memakan laksatif untuk melawaskan pembuangan air besar. “Bagi saya, jika kita merawat seseorang yang menghidap penyakit kronik, kita harus merawat sekali rasa sakitnya. “Di Singapura, lebih 17,000 orang me- ninggal dunia setiap tahun dan kebanyakan- nya tidak menggunakan penjagaan paliatif. Maka itu, langkah Singapura melakar strate- gi mengenai penjagaan paliatif di peringkat nasional adalah baik,” tambah Dr Goh. Walaupun undang-undang Singapura membolehkan semua doktor berdaftar memberikan ubat-ubat terkawal kepada pe- sakit mereka tanpa had dari segi jumlah dan tempohnya, penggunaan ubat jenis opioid (yang memberi kesan kelegaan pada sakit) masih sangat rendah di sini. Menurut perangkaan dari Kumpulan Ka- jian Dasar dan Sakit, penggunaan per kapi- ta opioid di Singapura pada 2009 hanyalah 4.5 miligram (mg) morfin seorang, kurang daripada purata 10 peratus yang digunakan di peringkat dunia. Di Amerika Syarikat kadar penggunaan- nya ialah 725 mg seorang; Australia, 373 mg; United Kingdom, 312 mg; Hongkong, 79 mg; Korea, 38 mg; Malaysia, 37 mg; dan Jepun, 19 mg. Filem dokumentari Sementara itu, demi menyebarkan lagi mesej tentang keperluan penjagaan paliatif, yayasan itu telah menerbitkan filem doku- mentari bertajuk ‘Kehidupan Sebelum Ke- matian’(Life Before Death). Penggambaran filem itu telah dibuat di 11 negara. Ia menunjukkan perjuangan para karyawan penjagaan kesihatan dan pe- sakit dalam menghadapi masalah kesakitan yang dianggap satu krisis global. Untuk menyaksikannya anda boleh ke laman web <www.lifebeforedeath.com>. SEBELUM mendapatkan rawatan un- tuk kesakitan yang dirasainya akibat ba- rah hidung, Encik Bernard Ng pernah be- berapa kali memikirkan tentang menamat- kan riwayatnya. “Saya bukan benar-benar mahu me- lakukannya, cuma ingatan itu timbul di fikiran saya kerana saya rasa hidup saya ti- dak berguna,” kata Encik Ng, 67 tahun. Beliau telah menghidap barah hidung sejak lapan tahun lalu. Tetapi, sejak menggunakan morfin un- tuk melegakan kesakitannya, Encik Ng te- lah berasa lebih tenang. “Sebelum menggunakannya, jika skala rasa sakit paling tinggi ialah 10, skala saya ialah antara tujuh dengan lapan. Ia sung- guh tidak dapat ditanggung. Kesakitannya telah membuat saya seorang yang suka marah dan selalu meradang terha- dap ahli-ahli kelu- arga saya,” tam- bah Encik Ng, be- kas seorang pega- wai polis kanan. Beliau kemudi- an diperkenalkan kepada morfin me- lalui penjagaan pa- liatif yang diteri- manya dari Hos- pis Assisi. “Khidmat pali- atif sangat baik ke- rana doktor yang menjaga anda me- ngambil pendeka- tan menyeluruh, bukan saja dari sudut fizikal, ma- lah emosi juga. Ini boleh mengubah sepenuhnya persepsi anda sebagai pesak- it,” kata Encik Ng, yang telah meng- gunakan morfin selama dua tahun. Beliau telah diberitahu doktor ada lagi tanda-tanda barahnya telah merebak, teta- pi menurut Encik Ng, beliau tidak mahu la- gi menjalani sebarang rawatan kerana sudah pasrah. Beliau hanya mahu terelak daripada merasa sakit dan menikmati sisa-sisa hidupnya. Pesakit barah hidung kini tenang LEGAKAN SAKIT LADANG POKOK POPI: Sumber ubat pelega sakit seperti morfin adalah daripada pokok popi. Namun, morfin, sejenis ubat terkawal, masih dilihat sebagai dadah yang membawa kepada ketagihan, sedangkan ia berguna sebagai ubat pelega sakit untuk pesakit yang menghidap penyakit berat seperti barah tahap lanjut. – Foto-foto QEREN COMMUNICATIONS ENCIK BERNARD NG: Telah menggunakan morfin untuk melegakan rasa sakitnya akibat barah hidung sejak dua tahun lalu. E-mel: [email protected] Badan amal gesa ditingkat khidmat paliatif peringkat global, termasuk di Singapura Sihat 12 Berita Harian 12 Rabu, 8 Februari 2012 Source: Berita Harian © Singapore Press Holdings Limited. Reproduced with permission.

Upload: vodat

Post on 23-Feb-2018

227 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: E-mel: BHEkstra@sph.com.sg Sihat LEGAKAN SAKIT …lienfoundation.org/sites/default/files/080212 BH Pg 12.pdf · melalui penderitaan sebegitu pada saat-saat akhir kehidupan mereka

Oleh DEWANI [email protected]

DIDEDAHKAN dengan berita an-da telah diserang penyakitbarah tahap lanjut yang tiadaharapan sembuh, pasti amat

menghibakan.Namun, sama meresahkan adalah rasa

sakit yang menyusuli penyakit berat dan pa-rah itu. Bagaimanapun, ramai pesakit kro-nik seperti barah menanggung sahaja deritasakit yang mereka rasai, ada kala sampaiberbulan-bulan lamanya sebelum maut me-ngundang.

Pelbagai sebab membuat mereka ber-sikap demikian. Ada yang pasrah, ada pulatidak tahu apa yang harus dilakukan, danada kerana tiada doktor atau perawat yangprihatin tentang kesakitan mereka.

Tetapi pesakit penyakit kronik yang tia-da harapan sembuh sebenarnya tidak perlumelalui penderitaan sebegitu pada saat-saatakhir kehidupan mereka.

Di penghujung jalan mereka, mereka se-harusnya mengalami ketenangan, bukan ke-sakitan. Inilah yang sedang diusahakan se-cara besar-besaran oleh badan amal, Ya-yasan Lien, sempena Hari Barah Seduniayang dirai Sabtu lalu.

Ia mendesak agar tindakan di peringkatglobal diambil untuk mempertingkat khid-

mat paliatif (memberi kelegaan daripada ra-sa sakit) dan penggunaan ubat-ubat pelegasakit kepada para pesakit kronik.

Menurut badan pemerhati hak asasi ma-nusia, Human Rights Watch, setiap tahunpuluhan juta pesakit di seluruh dunia me-nanggung kesakitan yang amat sangat yangsebenarnya tidak perlu mereka rasai hanyakerana tiada penjagaan paliatif diberikan ke-pada mereka.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)menganggarkan mereka ini termasuk 5.5 ju-ta pesakit barah dan sejuta pesakitHIV/Aids tahap akhir. Yayasan itu menarikperhatian bahawa walaupun sains peruba-tan telah mencapai kemajuan, usaha mem-bantu pesakit menangani rasa sakit, teruta-ma disebabkan barah, masih lagi belummencukupi.

Penjagaan paliatif masih tidak diberi ke-utamaan dan kurang mendapat dana daripa-da badan-badan yang menggubal dasar me-ngenai penjagaan kesihatan.

Takut morfinSatu contoh, morfin, ubat pelega sakit

yang kuat – meskipun terletak dalam sena-rai WHO sebagai ubat dadah yang penting– masih belum lagi didapati di lebih 150negara, kata Ketua Pegawai Eksekutif Ya-yasan Lien, Encik Lee Poh Wah.

Profesor Madya Dr Cynthia Goh dari Ja-batan Penjagaan Paliatif, Pusat Barah Na-

sional Singapura, menerangkan bahawamorfin adalah dadah yang dikawal penggu-naannya di bawah perjanjian yang dimete-rai negara-negara dengan WHO.

Singapura merupakan salah sebuah nega-ra yang menyertai perjanjian itu yang mene-tapkan ubat pelega itu digunakan hanya un-tuk tujuan perubatan. Tetapi, masih ramaiorang mengaitkan morfin sebagai dadahyang membawa kepada ketagihan.

“Pesakit pula menganggap jika dirinyadiberi morfin, ia bermakna kematiannyasudah dekat. Ada yang menyangka morfinmemendekkan nyawa. Ini tidak benar.

“Satu lagi sebab pesakit tidak mahumenggunakan morfin ialah mereka takut ti-dak akan ada lagi ubat pelega lain yang le-bih kuat selepas morfin digunakan keranamereka mahu morfin itu digunakan sebagaiubat simpanan jika sakit mereka bertambahteruk,” jelas Dr Goh.

Selain itu, terdapat kebimbangan morfinboleh menyebabkan mereka ketagihan ser-ta kesan-kesan sampingan lain seperti sukartidur dan tidak dapat berfikir dengan jelas.

“Kajian-kajian telah menunjukkan baha-wa kes pesakit yang menjadi ketagih kepa-da morfin adalah sangat kecil dan itu pun ji-ka mereka ada sejarah menagih. Lagipun,doktor boleh mengawalnya.

“Satu kesan sampingan ketara penggu-naan morfin ialah sembelit dan oleh keranaitu mereka perlu memakan laksatif untukmelawaskan pembuangan air besar.

“Bagi saya, jika kita merawat seseorangyang menghidap penyakit kronik, kitaharus merawat sekali rasa sakitnya.

“Di Singapura, lebih 17,000 orang me-ninggal dunia setiap tahun dan kebanyakan-nya tidak menggunakan penjagaan paliatif.Maka itu, langkah Singapura melakar strate-gi mengenai penjagaan paliatif di peringkatnasional adalah baik,” tambah Dr Goh.

Walaupun undang-undang Singapuramembolehkan semua doktor berdaftarmemberikan ubat-ubat terkawal kepada pe-sakit mereka tanpa had dari segi jumlah dantempohnya, penggunaan ubat jenis opioid(yang memberi kesan kelegaan pada sakit)masih sangat rendah di sini.

Menurut perangkaan dari Kumpulan Ka-jian Dasar dan Sakit, penggunaan per kapi-ta opioid di Singapura pada 2009 hanyalah4.5 miligram (mg) morfin seorang, kurangdaripada purata 10 peratus yang digunakandi peringkat dunia.

Di Amerika Syarikat kadar penggunaan-nya ialah 725 mg seorang; Australia, 373mg; United Kingdom, 312 mg; Hongkong,79 mg; Korea, 38 mg; Malaysia, 37 mg; danJepun, 19 mg.

Filem dokumentariSementara itu, demi menyebarkan lagi

mesej tentang keperluan penjagaan paliatif,yayasan itu telah menerbitkan filem doku-mentari bertajuk ‘Kehidupan Sebelum Ke-matian’(Life Before Death).

Penggambaran filem itu telah dibuat di11 negara. Ia menunjukkan perjuanganpara karyawan penjagaan kesihatan dan pe-sakit dalam menghadapi masalah kesakitanyang dianggap satu krisis global.

Untuk menyaksikannya anda boleh kelaman web <www.lifebeforedeath.com>.

SEBELUM mendapatkan rawatan un-tuk kesakitan yang dirasainya akibat ba-rah hidung, Encik Bernard Ng pernah be-berapa kali memikirkan tentang menamat-kan riwayatnya.

“Saya bukan benar-benar mahu me-lakukannya, cuma ingatan itu timbul difikiran saya kerana saya rasa hidup saya ti-dak berguna,” kata Encik Ng, 67 tahun.

Beliau telah menghidap barah hidungsejak lapan tahun lalu.

Tetapi, sejak menggunakan morfin un-tuk melegakan kesakitannya, Encik Ng te-lah berasa lebih tenang.

“Sebelum menggunakannya, jika skalarasa sakit paling tinggi ialah 10, skala sayaialah antara tujuh dengan lapan. Ia sung-guh tidak dapat ditanggung. Kesakitannyatelah membuat saya seorang yang sukamarah dan selalumeradang terha-dap ahli-ahli kelu-arga saya,” tam-bah Encik Ng, be-kas seorang pega-wai polis kanan.

Beliau kemudi-an diperkenalkankepada morfin me-lalui penjagaan pa-liatif yang diteri-manya dari Hos-pis Assisi.

“Khidmat pali-atif sangat baik ke-rana doktor yangmenjaga anda me-ngambil pendeka-tan menyeluruh,bukan saja darisudut fizikal, ma-lah emosi juga. Iniboleh mengubahsepenuhnya persepsi anda sebagai pesak-it,” kata Encik Ng, yang telah meng-gunakan morfin selama dua tahun.

Beliau telah diberitahu doktor ada lagitanda-tanda barahnya telah merebak, teta-pi menurut Encik Ng, beliau tidak mahu la-gi menjalani sebarang rawatan keranasudah pasrah.

Beliau hanya mahu terelak daripadamerasa sakit dan menikmati sisa-sisahidupnya.

Pesakit barahhidung

kini tenangLEGAKAN SAKIT

LADANG POKOK POPI: Sumber ubat pelega sakit seperti morfin adalah daripada pokok popi. Namun, morfin, sejenis ubat terkawal, masih dilihat sebagai dadah yang membawa kepada ketagihan,sedangkan ia berguna sebagai ubat pelega sakit untuk pesakit yang menghidap penyakit berat seperti barah tahap lanjut. – Foto-foto QEREN COMMUNICATIONS

ENCIK BERNARD NG:Telah menggunakanmorfin untukmelegakan rasasakitnya akibat barahhidung sejak duatahun lalu.

E-mel: [email protected]

Badan amal gesa ditingkat khidmat paliatifperingkat global, termasuk di Singapura

Sihat

12 Berita Harian12 Rabu, 8 Februari 2012

Source: Berita Harian © Singapore Press Holdings Limited. Reproduced with permission.