gah!hiba urus jenazah berita harian | rabu, 29 januari ... · pdf fileefarid hamzah...

1
EFARID HAMZAH [email protected] KEMATIAN adalah detik yang menyatukan ang- gota keluarga dan sahabat handai. Jenazah biasanya mendapat penghormatan tera- khir daripada keluarga, saudara mara dan kenalan yang datang melawat. Tetapi bagaimana jika si mati itu semasa hayatnya dirawat di hospital, dianggap tidak berkeluarga kera- na tidak ada siapa yang pernah menjenguknya? Atau jenazahnya tidak dituntut anggota keluarga? Apabila ini berlaku, tanggungjawab tersebut bi- asanya diuruskan kakitangan hospital. Antara yang pernah menguruskan jenazah tidak berkeluarga seperti ini ialah Cik Predah Anam Hash- im, seorang pegawai jururawat kanan berusia 60 tahun. Beliau yang telah berkhidmat dalam bidang ini se- lama lebih tiga dekad berkata, sejak 12 tahun lalu, an- tara tugasnya melibatkan mengurus jenazah bagi mereka yang tidak berkeluarga, selain merawat pesa- kit. Bertugas di Hospital Bright Vision (BVH) – sebuah hospital masyarakat di Lorong Napiri dekat Yio Chu Kang Road – beliau bertindak mendapatkan khidmat menguruskan jenazah dan mendapatkan sijil kema- tian. Menguruskan jenazah hingga ke perkuburan dan menyaksikan pengebumiannya seorang diri selain imam yang membacakan talkin dan beberapa orang pembantu, juga bukan sesuatu yang asing baginya. “Alhamdulillah, saya masih kuat lakukan kerja ini. “Ia bukan sekadar tugas saya tapi ia juga mewujud- kan rasa belas kasihan kepada golongan sebegini yang tanpa keluarga dan tidak secara langsung menja- di peringatan buat diri sendiri,” katanya. Atas dedikasinya itu, tidak mengejutkan apabila Cik Predah yang belum berumah tangga ditabal se- laku salah seorang daripada 221 penerima Anugerah Bintang yang disampaikan kepadanya baru-baru ini sempena Anugerah Khidmat Kualiti Kesihatan Si- ngapura yang baru lalu. Diilhamkan oleh SingHealth sejak 2011, anugerah Anugerah Khidmat Kualiti Kesihatan Singapura ad- alah platform dedikasi pertama yang menghargai para karyawan penjagaan kesihatan yang telah menunjukkan komitmen dalam penjagaan berkualiti serta khidmat cemerlang. Tahun ini seramai 2,727 karyawan penja- gaan kesihatan daripada 17 pertubuhan telah menerima anugerah di bawah lima kategori ber- beza. Ini termasuk 1,933 Anugerah Perak, 573 (Emas), 221 (Bintang), tiga Superstar dan dua Pasukan Terbaik. Menurut SingHealth agensi-agensi daripada sektor Penjagaan Jangka Masa Sederhana dan Panjang (ILTC) seperti Hospital Ang Mo Kio-Thye Hua Kwan, Hospital Bright Vision, Econ Medicare and Nursing Homes dan Hospital St Luke’s mencatat- kan peningkatan penerima sekitar 57.5 peratus ber- banding tahun lalu. Sementara itu, dalam banyak kes kematian pesa- kit tanpa anggota keluarga yang dikendalikannya, Cik Predah amat terkesan dengan satu kes melibat- kan seorang wanita berusia dalam lingkungan lewat 40-an tahun. Wanita itu, katanya, yang meninggal dunia akibat barah dikatakan mempunyai seorang anak kurang upaya yang ditempatkan di sebuah rumah kebajikan sebelum pemergiannya Beliau kemudian telah ditugaskan memberitahu anak kurang upaya itu tentang kematian ibunya. “Ketika budak itu dibawa ke hospital saya terang- kan kepadanya bahawa ibunya telah meninggal du- nia, tapi jawapannya hanya, ya. Dia kemudian dihan- tar kembali ke rumah kebajikan. “Melihatkan beliau tanpa reaksi, saya tak pasti ji- ka beliau faham apa yang saya katakan. “Tapi saya tetap perlu jalankan tugas itu, terma- suk menguruskan sijil kematian dan menghubungi syarikat pengurusan jenazah. “Itulah yang paling menyayat hati saya,” cerita- nya. Dalam jangka masa panjang dan selepas bersara, Cik Predah bercadang akan terus menawarkan khid- mat sedemikian termasuk memandikan jenazah – pengetahuan yang diraih menerusi satu kursus yang dihadirinya beberapa tahun lalu. Hiba urus jenazah yang sebatang kara PENUH DEDIKASI: Khidmat penuh dedikasi dan komitmen merupakan dua kunci utama di sebalik kejayaan Cik Predah, pegawai jururawat kanan Hospital Bright Vision. – Foto MOHD KHALID BABA PENERIMA ANUGERAH KHIDMAT KUALITI KESIHATAN SINGAPURA

Upload: dotu

Post on 05-Feb-2018

234 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: Gah!Hiba urus jenazah Berita Harian | Rabu, 29 Januari ... · PDF fileEFARID HAMZAH farid@sph.com.sg KEMATIAN adalah detik yang menyatukan ang-gota keluarga dan sahabat handai. Jenazah

EFARID [email protected]

KEMATIAN adalah detik yang menyatukan ang-gota keluarga dan sahabat handai.

Jenazah biasanya mendapat penghormatan tera-khir daripada keluarga, saudara mara dan kenalanyang datang melawat.

Tetapi bagaimana jika si mati itu semasa hayatnyadirawat di hospital, dianggap tidak berkeluarga kera-na tidak ada siapa yang pernah menjenguknya? Ataujenazahnya tidak dituntut anggota keluarga?

Apabila ini berlaku, tanggungjawab tersebut bi-asanya diuruskan kakitangan hospital.

Antara yang pernah menguruskan jenazah tidakberkeluarga seperti ini ialah Cik Predah Anam Hash-im, seorang pegawai jururawat kanan berusia 60tahun.

Beliau yang telah berkhidmat dalam bidang ini se-lama lebih tiga dekad berkata, sejak 12 tahun lalu, an-tara tugasnya melibatkan mengurus jenazah bagimereka yang tidak berkeluarga, selain merawat pesa-kit.

Bertugas di Hospital Bright Vision (BVH) – sebuahhospital masyarakat di Lorong Napiri dekat Yio Chu

Kang Road – beliau bertindak mendapatkan khidmatmenguruskan jenazah dan mendapatkan sijil kema-tian.

Menguruskan jenazah hingga ke perkuburan danmenyaksikan pengebumiannya seorang diri selainimam yang membacakan talkin dan beberapa orangpembantu, juga bukan sesuatu yang asing baginya.

“Alhamdulillah, saya masih kuat lakukan kerjaini.

“Ia bukan sekadar tugas saya tapi ia juga mewujud-kan rasa belas kasihan kepada golongan sebeginiyang tanpa keluarga dan tidak secara langsung menja-di peringatan buat diri sendiri,” katanya.

Atas dedikasinya itu, tidak mengejutkan apabilaCik Predah yang belum berumah tangga ditabal se-laku salah seorang daripada 221 penerima AnugerahBintang yang disampaikan kepadanya baru-baru inisempena Anugerah Khidmat Kualiti Kesihatan Si-ngapura yang baru lalu.

Diilhamkan oleh SingHealth sejak 2011, anugerahAnugerah Khidmat Kualiti Kesihatan Singapura ad-alah platform dedikasi pertama yang menghargaipara karyawan penjagaan kesihatan yang telahmenunjukkan komitmen dalam penjagaan berkualitiserta khidmat cemerlang.

Tahun ini seramai 2,727 karyawan penja-gaan kesihatan daripada 17 pertubuhan telahmenerima anugerah di bawah lima kategori ber-beza.

Ini termasuk 1,933 Anugerah Perak, 573(Emas), 221 (Bintang), tiga Superstar dan duaPasukan Terbaik.

Menurut SingHealth agensi-agensi daripadasektor Penjagaan Jangka Masa Sederhana dan

Panjang (ILTC) seperti Hospital Ang Mo Kio-ThyeHua Kwan, Hospital Bright Vision, Econ Medicareand Nursing Homes dan Hospital St Luke’s mencatat-kan peningkatan penerima sekitar 57.5 peratus ber-banding tahun lalu.

Sementara itu, dalam banyak kes kematian pesa-kit tanpa anggota keluarga yang dikendalikannya,Cik Predah amat terkesan dengan satu kes melibat-kan seorang wanita berusia dalam lingkungan lewat40-an tahun.

Wanita itu, katanya, yang meninggal dunia akibatbarah dikatakan mempunyai seorang anak kurangupaya yang ditempatkan di sebuah rumah kebajikansebelum pemergiannya

Beliau kemudian telah ditugaskan memberitahuanak kurang upaya itu tentang kematian ibunya.

“Ketika budak itu dibawa ke hospital saya terang-kan kepadanya bahawa ibunya telah meninggal du-nia, tapi jawapannya hanya, ya. Dia kemudian dihan-tar kembali ke rumah kebajikan.

“Melihatkan beliau tanpa reaksi, saya tak pasti ji-ka beliau faham apa yang saya katakan.

“Tapi saya tetap perlu jalankan tugas itu, terma-suk menguruskan sijil kematian dan menghubungisyarikat pengurusan jenazah.

“Itulah yang paling menyayat hati saya,” cerita-nya.

Dalam jangka masa panjang dan selepas bersara,Cik Predah bercadang akan terus menawarkan khid-mat sedemikian termasuk memandikan jenazah –pengetahuan yang diraih menerusi satu kursus yangdihadirinya beberapa tahun lalu.

PERTUBUHAN Kesihatan Sedunia (WHO) menyata-kan bahawa secara umumnya, susu ibu sedunia mempu-nyai potensi mencegah sehingga 220,000 kematiankanak-kanak di bawah usia lima tahun, setiap tahun.

Menurut WHO, kesemua bayi patut diberi susu ibubagi tempoh enam bulan pertama dan diteruskan sele-pas itu bersama dengan makanan lain sehingga berusiadua tahun atau lebih.

Malangnya amalan memberi susu ibu pada ketika iniamat rendah dengan hanya sekitar 38 peratus ibu di du-nia yang mengamalkannya meskipun fakta menunjuk-kan keberkesanannya kepada bayi yang baru lahir.

Laman Nation memetik Pegawai Penggalakan, Rang-kaian Perlindungan Pengguna di Pakistan, Cik RobinaBhatti, sebagai berkata susu ibu menggalak serat deriadan pembangunan kognitif, selain melindungi bayi dari-pada jangkitan dan penyakit kronik.

Susu ibu mengurangkan kematian bayi akibat penya-kit yang biasa dikesan seperti diarrhoea atau pneumo-nia dan membantu memulihkan penyakit dengan lebihpantas, katanya.

Menurut beliau, susu ibu menyumbang kepada kesi-hatan dan kebajikan si ibu, mengurangkan risiko barahovari dan buah dada, meningkatkan sumber keluarga,dan kaedah penyusuan yang paling selamat.

“Sedang susu ibu merupakan satu kaedah penyusuanyang semula jadi, kajian juga menunjukkan bahawasokongan sekitaran amat penting bagi menggalak ama-lan penyusuan sedemikian,” katanya.

Beliau menambah WHO dan Tabung Bantuan Daru-rat Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu(Unicef) telah melancarkan Inisiatif Hospital Mesra Bayi(BFHI) pada 1992, bagi mengukuhkan amalan susuanibu.

Dr Wasim Khawaja dari Institut Perubatan Sains Pa-kistan (PIMS) dipetik sebagai berkata susu ibu adalahmakanan semula jadi pertama yang baik untuk bayi ker-ana ia menawarkan segala tenaga dan khasiat yangdiperlukan bayi dalam beberapa bulan pertama selepasdilahirkan.

Beliau menambah susu ibu terus menawarkan sepa-ruh atau keseluruhan khasiat yang diperlukan bayidalam setengah tahun kedua mereka dilahirkan dan se-hingga sepertiga khasiat semasa tahun kedua mereka di-lahirkan.

Beliau berkata sepanjang sedekad lalu, terdapat buk-ti yang menunjukkan keberkesanan kesihatan menerusisusu ibu dan sokongan terhadap amalan tersebut terusdipertingkat.

Beliau menambah susu ibu dapat mengurangkan ke-matian dalam kalangan kanak-kanak dan mempunyaimanfaat kesihatan yang berlanjutan sehinggakanak-kanak itu membesar.

Susu ibu baikuntuk emak dan anak

Hiba urus jenazahyang sebatang kara

TERUS AMALKAN: Kaum ibu digalak supaya terusmengamalkan memberi susu ibu kepada bayi mereka yangbaru lahir terutamanya dalam dua tahun pertama usia bayimereka itu. – Foto BMMSG

PENUH DEDIKASI: Khidmat penuh dedikasi dan komitmen merupakan dua kunci utama di sebalik kejayaan Cik Predah, pegawai jururawat kanan Hospital Bright Vision. – Foto MOHDKHALID BABA

PENERIMA ANUGERAH KHIDMAT KUALITI KESIHATAN SINGAPURA

AKTA PERANCANGAN (BAB 232)

PERATURAN-PERATURAN PERANCANGAN (PELAN INDUK) RULES (R1)

Notis di Bawah Peraturan 4

Dengan notis ini dimaklumkan bahawa saranan berikut bagipemindaan kepada Pelan Induk telah diserahkan kepadaMenteri bagi Pembangunan Negara:

Mengubah semula zon bagi:

(i) Lot 00786A(pt), 00795M(pt), 00796W(pt) & 00800K(pt),Mukim 30, di Greenwich Drive, daripada Zon Jalan Rayakepada Zon Perniagaan 2 pada nisbah plot maksimumyang dibenarkan, iaitu, 1.70 (kasar); dan

(ii) Lot 00789X(pt), Mukim 30, di Greenwich Drive, daripadaZon Perniagaan 2 pada nisbah plot 1.40 (kasar) kepadaZon Jalan Raya.

Satu salinan yang diperakui bagi saranan ini boleh diperiksasemasa waktu pejabat di Penguasa Pembangunan SemulaBandar (URA), The URA Centre, Tingkat 1, Customer ServiceCentre, 45 Maxwell Road, Singapura 069118, dari 29 Januari2014 hingga 27 Februari 2014.

Sebarang bantahan atau pernyataan kepada saranan tersebutboleh dihantarkan secara bertulis kepada Setiausaha Tetap,Kementerian Pembangunan Negara (MND), Maxwell Road,Singapura 069110, pada atau sebelum 27 Februari 2014,dengan menyatakan sebab-sebab ia dibuat, sebagaimanayang diperlukan di bawah Peraturan 5 bagi Peraturan-Peraturan Perancangan (Pelan Induk) (R1).

HAN YONG HOEbagi pihak KETUA PERANCANG

10 Berita Harian | Rabu, 29 Januari 2014

Gah! Gaya Hidup · Artistik · Hiburan

seolsw
Rectangle