ramadan - moe.gov.my · pdf file4 petunjuk bahawa al-qur’an merupakan kalam allah dan...

4
Diriwayatkan daripada Uthman b Affan r.a katanya: “Rasulullah saw bersabda: Sebaik- baik kamu ialah orang yang belajar al-Qur’an dan mengajarkannya”-Riwayat Abu Abdillah Muhammad bin Ismail bin Ibrahim al-Bukhari. Ia suatu motivasi oleh Rasulullah saw kepada umatnya supaya kita sentiasa mendampingi al-Qur’an. Malah, membaca al-Qur’an bukan sekadar beroleh pahala ianya bakal menjadi syafa’at pada hari kiamat nanti. Membaca dan mengajarkan merupakan suatu kesinambungan kepada proses pembelajaran berterusan. Jelas, membaca al-Qur’an bukan ibadah bermusim dan terikat dengan majlis keagamaan sahaja. Diriwayatkan dari Umar bin al-al-Khattab ra, Rasulullah saw bersabda: Maksudnya: Bacalah al-Qur’an kerana dia akan datang pada hari kiamat sebagai pemberi syafaat kepada pembacanya.” -Riwayat Muslim. HIKMAH AL-QUR’AN TURUN SECARA BERANSUR-ANSUR Buletin Khas sempena Ihya’ Ramadan Kementerian Pendidikan Malaysia 1434 H EDISI 3/2013 Tabung Ihya’ Ramadan KPM telah pun dilancarkan pada 28 Jun yang lalu sewaktu Majlis Bicara Wahyu KPM. Kupan tabung tersebut masih berjalan di peringkat Bahagian KPM. Hasil kupan akan diserahkan kepada anak-anak yam dan pelajar-pelajar yang kurang berkemampuan bersempena dengan Majlis Iſthar KPM pada 2 Ogos 2013 nan. Rebutlah pelu- ang menambah saham akhirat berganda tersebut. SYIAR RAMADAN Tidak cukup dengan membaca ayat-ayat al- Qur’an, kita diseru untuk mengamalkan isi kandungannya. Rasulullah saw bersabda: Maksudnya: Barangsiapa yang membaca al- Qur’an dan mengamalkan kandungannya, Allah memakaikan kepada kedua-dua ibu bapanya pada hari kiamat sebuah mahkota yang sinarnya lebih baik daripada sinaran matahari di rumah-rumah dunia. Maka apa pula sangkaan kamu terhadap orang yang mengamalkan dengan ini (al-Qur’an)- Riwayat Ibn Abi Daud. Jelas, nikmat apakah lagi yang ingin kita dustakan. Janji Allah sangat jelas untuk hambanya yang ikhlas. Justeru, rebutlah peluang lebih-lebih lagi dalam bulan Ramadan ini untuk membaca al-Qur’an dan menghayati kandungannya seterusnya diamalkan di dalam kehidupan. MULAKAN HARIMU DENGAN AL-QUR’AN 1 Menetapkan ha Nabi. “Dan ap-ap berita daripada Rasul-Rasul itu, kami ceritakan kepadamu (wahai Muhammad) untuk menguatkan hamu dengannya”-(Hud: 120) 2 Berperingkat dalam mendidik umat Ini terbuk dalam pengharaman arak. Perintah pengharamannya di- turunkan secara beransur-ansur bermula dengan ayat menceritakan keburukan arak, dijauhkan daripada solat kemudian barulah diharamkan secara mutlak. 3 Memudahkan para sahabat untuk menghafaz. 4 Petunjuk bahawa al-Qur’an merupakan kalam Allah dan mukjizat agung. INFO MAJLIS IFTAR JAMAIE KPM Tarikh 2/8/2013 Tempat Dewan Serbaguna, Aras 9, Blok E 12, Kementerian Pendidikan Malaysia Putrajaya. Warga Bahagian KPM dijemput hadir INFO TABUNG IHYA’ RAMADAN KPM

Upload: ngohuong

Post on 07-Feb-2018

249 views

Category:

Documents


9 download

TRANSCRIPT

Page 1: RAMADAN - moe.gov.my · PDF file4 Petunjuk bahawa al-Qur’an merupakan kalam Allah dan mukjizat agung. ... JAMAIE KPM Tarikh 2/8/2013 Tempat Dewan Serbaguna, Aras 9, Blok E

Diriwayatkan daripada Uthman b Affan r.a katanya: “Rasulullah saw bersabda: Sebaik-baik kamu ialah orang yang belajar al-Qur’an dan mengajarkannya”-Riwayat Abu Abdillah Muhammad bin Ismail bin Ibrahim al-Bukhari.

Ia suatu motivasi oleh Rasulullah saw kepada umatnya supaya kita sentiasa mendampingi al-Qur’an. Malah, membaca al-Qur’an bukan sekadar beroleh pahala ianya bakal menjadi syafa’at pada hari kiamat nanti. Membaca dan mengajarkan merupakan suatu kesinambungan kepada proses pembelajaran berterusan. Jelas, membaca al-Qur’an bukan ibadah bermusim dan terikat dengan majlis keagamaan sahaja.

Diriwayatkan dari Umar bin al-al-Khattab ra, Rasulullah saw bersabda:

Maksudnya: Bacalah al-Qur’an kerana dia akan datang pada hari kiamat sebagai pemberi syafaat kepada pembacanya.” -Riwayat Muslim.

HIKMAH AL-QUR’AN TURUN SECARA BERANSUR-ANSUR

Buletin Khas sempena Ihya’ Ramadan Kementerian Pendidikan Malaysia 1434 H

EDISI 3/2013

Tabung Ihya’ Ramadan KPM telah

pun dilancarkan pada 28 Jun yang

lalu sewaktu Majlis Bicara Wahyu

KPM.

Kutipan tabung tersebut masih

berjalan di peringkat Bahagian

KPM.

Hasil kutipan akan diserahkan

kepada anak-anak yatim dan

pelajar-pelajar yang kurang

berkemampuan bersempena

dengan Majlis Ifthar KPM pada 2

Ogos 2013 nanti. Rebutlah pelu-

ang menambah saham akhirat

berganda tersebut.

SYIAR RAMADAN

Tidak cukup dengan membaca ayat-ayat al-Qur’an, kita diseru untuk mengamalkan isi kandungannya.

Rasulullah saw bersabda:

Maksudnya: Barangsiapa yang membaca al-Qur’an dan mengamalkan kandungannya, Allah memakaikan kepada kedua-dua ibu bapanya pada hari kiamat sebuah mahkota yang sinarnya lebih baik daripada sinaran matahari di rumah-rumah dunia. Maka apa pula sangkaan kamu terhadap orang yang mengamalkan dengan ini (al-Qur’an)-Riwayat Ibn Abi Daud.

Jelas, nikmat apakah lagi yang ingin kita dustakan. Janji Allah sangat jelas untuk hambanya yang ikhlas. Justeru, rebutlah peluang lebih-lebih lagi dalam bulan Ramadan ini untuk membaca al-Qur’an dan menghayati kandungannya seterusnya diamalkan di dalam kehidupan.

MULAKAN HARIMU DENGAN AL-QUR’AN

1

Menetapkan hati Nabi.

“Dan tiap-tiap berita daripada Rasul-Rasul itu, kami ceritakan kepadamu

(wahai Muhammad) untuk menguatkan hatimu dengannya”-(Hud: 120)

2

Berperingkat dalam mendidik umat

Ini terbukti dalam pengharaman arak. Perintah pengharamannya di-

turunkan secara beransur-ansur bermula dengan ayat menceritakan

keburukan arak, dijauhkan daripada solat kemudian barulah diharamkan

secara mutlak.

3 Memudahkan para sahabat untuk menghafaz.

4 Petunjuk bahawa al-Qur’an merupakan kalam Allah dan mukjizat agung.

INFO MAJLIS IFTAR

JAMAIE KPM

Tarikh

2/8/2013

Tempat

Dewan Serbaguna,

Aras 9, Blok E 12,

Kementerian

Pendidikan Malaysia

Putrajaya.

Warga Bahagian KPM

dijemput hadir

INFO TABUNG IHYA’

RAMADAN KPM

Page 2: RAMADAN - moe.gov.my · PDF file4 Petunjuk bahawa al-Qur’an merupakan kalam Allah dan mukjizat agung. ... JAMAIE KPM Tarikh 2/8/2013 Tempat Dewan Serbaguna, Aras 9, Blok E

Page 2

SIDANG EDITORIAL:

Penasihat:

Tn Hj Abdullah b Md Din

Pengarah

Bahagian Pendidikan Islam KPM

Pengerusi:

Pn Hjh Kamariah Bt Isa

Timbalan Pengarah,

Pengurusan Dakwah dan Syiar

Islam

BPI KPM.

Ketua Editor:

Tn Hj Mohamad Zaki b Husin

Ketua Sektor Dakwah &

Kepimpinan

BPI KPM

Pen. Ketua Editor :

Tn Hj Mohamed Nor b Hj Salleh

Ketua Sektor Pembangunan

Akhlak dan Syiar Islam, BPI KPM

Editor:

Tn Hj Arifuddin b Abd Hamid

Ust Ahmad Zulfakor b Darusa

Ust Mohd Sayuti b Omar

Ust Mohd Zamri b Mohd Noor.

Penulis:

Ust Ruzain Syukur b Mansor

Wartawan:

Ust Hairon b Zainal Abidin

Ust Abd Rahman b Che Soh

Ust Alhuzaee b Sulaiman

Ust Mohd Hamidi b Zakaria

Nuzul Qur’an berlaku pada malam

Jumaat 17 Ramadan tahun ke 41

k eputeraan nabi Muhammad SAW.

Al-Qur’an diturunkan sekaligus dari

Lohmahfuz ke langit dunia dan

disimpan di Baitul Izzah. Dari situlah

ia diturunkan secara beransur-ansur

kepada Rasulullah SAW Selama lebih

kurang 32 tahun.

Al-Qur’an mula diturunkan pada

malam Lailatul Qadr.

Wahyu dimasukkan ke dalam hati

rasulullah SAW. Baginda tidak

melihat seseorang pun, hanya mera-

sa wahyu itu berada di dalam

hatinya.

Dalam keadaan yang lain, malaikat

Jibril memperlihatkan dirinya se-

bagai seorang lelaki, lalu

menyampaikan wahyu hingga

Rasulullah SAW mengetahui benar-

benar dan menghafalnya.

Akan berbahagialah pada hari kiamat nanti, orang yang rajin berpuasa

dan membaca al-Qur’an. Ini kerana mereka akan mendapat syafaat

daripada ibadah dan pembacaan mereka. Rasulullah SAW bersabda:

Maksudnya: Puasa dan al-Qur’an memberi syafa’at kepada para

hamba pada hari kiamat. Puasa berkata: Wahai Tuhanku, aku telah

menghalanginya daripada makan dan minum serta mengikut syahwat

pada siang hari, maka izinkanlah aku memberi syafa’at kepadanya.

Al-Qur’an pula berkata: Wahai Tuhanku, aku telah menghalanginya

daripada tidur pada malam hari, maka izinkanlah aku memberikan

syafaat kepadanya.

Maka diterimalah syafaat puasa dan al-Qur’an, lalu para hamba (yang

rajin berpuasa dan membaca al-Qur’an di dunia) masuk ke dalam

syurga”- Diriwayatkan oleh Ahmad, Ibnu al-Dunya, al-Tabrani

Justeru, pilihan di tangan kita, pilihlah untuk membaca al-Qur’an,

kerana dengan membacanya kita meraih keberkatan .

SYAFAAT PUASA DAN AL-QUR’AN

INFO NUZUL AL-QUR’AN

Nama lain bagi al-Qur’an

antaranya :

An-Nur (Cahaya yang menerangi)

Al-Furqan (membeza antara hak

dan batil)

Al-Zikr (memberi peringatan)

Wahyu pertama –Iqra’ sebagai

menyatakan penekanan kepada

budaya membaca dan penerokaan

ilmu.

Peristiwa nuzul Qur’an mempunyai

signifikan yang sangat besar kepada

umat Islam.

Membaca al-Qur’an ada hubungkait

dengan budaya memahami,

menyelidik, mengkaji, mencipta

seterusnya mengangkat martabat

agama Islam ke suatu mercu

kecemerlangan.

Page 3: RAMADAN - moe.gov.my · PDF file4 Petunjuk bahawa al-Qur’an merupakan kalam Allah dan mukjizat agung. ... JAMAIE KPM Tarikh 2/8/2013 Tempat Dewan Serbaguna, Aras 9, Blok E

EDISI 3/2013 1 malam=1000 bulan

Jawapan: Dalam sebuah hadis disebutkan “Melihat mashaf itu ibadah dan melihat wajah kedua-dua ibu bapa itu ibadah.”-Riwayat Abu Daud.

Dalam hadis yang lain disebut “Bacaan seseorang tanpa melihat mashaf 1000 kali ganda dan bacaan dengan melihat mashaf lebih besar lagi darjatnya sehingga 2000 darjat.” (Riwayat at-Tabrani dan al-Baihaqi)

Hadis di atas merupakan saranan yang kuat untuk kita bukan sekadar melihat al-Qur’an tetapi membacanya. Al-Qur’an bukannya perhiasan tetapi panduan hidup yang perlu dibaca, difahami dan diamalkan sebaik-baiknya di dalam kehidupan kita.

Jawapan: Sesiapa yang tertinggal puasa Ramadan disebabkan musafir atau sakit, dia wajib megqadha’nya sebelum tiba Ramadan yang berikutnya. Jika cuai dan tidak mengqada’nya sehingga masuk bulan Ramadan yang lain, dia berdosa dan wajib mengqada’nya serta membayar fidyah.

Fidyah ini dengan memberi makan golongan fakir sehari secupak makanan kebiasaan penduduk negeri setempat. Hendaklah menggandakan fidyah tersebut mengikut bilangan tahun yang dilangkauinya. Secupak bersamaan 1/3 kati Baghdad iaitu kira-kira 600 gram.

Namun, orang yang sakit berterusan hingga masuk bulan Ramadan yang lain, dia wajib mengqada’ puasanya sahaja tanpa membayar fidyah.

Perempuan yang yang mengandung atau yang menyusui bayinya, jika berbuka kerana bimbang akan kesihatan kandungan atau bayinya, wajib mengqada’ puasanya dan mem-bayar fidyah secupak makanan kebiasaan penduduk negerinya bagi hari-hari yang mereka tidak berpuasa.

Soalan: Adakah benar melihat al-Qur’an itu

ibadah?

Soalan: Apakah yang dinamakan dengan Qadha’ atau fidyah puasa

Dr. Bernard Adolphus

McFadden –Encyclopedia

of Physical Culture

menyatakan bahawa

setiap manusia perlu

berpuasa sekalipun tidak

sakit, kerana toksin

makanan dan ubat

berkumpul di dalam

tubuh menjadikannya

sakit. Apabila seseorang

berpuasa, dia akan

terlepas daripada

bebanan toksin dan

merasai kecergasan dan

kekuatan yang tidak

dialami sebelumnya.

1 malam bersamaan

dengan 1000 bulan?

Amalan selama 1000

bulan sekurang-

kurangnya bersamaan

dengan:

147, 654 solat

fardhu

2,450 hari

berpuasa

Ramadan

166 kali hari raya

Aidilfitri dan

Aidiladha

4,333 kali solat

Jumaat

83 tahun

Apakah malam yang ber-

samaan dengan 1000

bulan. Itulah malam

Lailatul Qadar. 1 malam

beribadat laksana iba-

dat 1000 malam .

Soalan: Apakah hukumnya

menyuntik ubat melalui

suntikan?

Jawapan:

Suntikan melalui ubat

tidaklah membatalkan

puasa. Mengikut fatwa

Lajnah al-Azhar , apa-apa

yang sampai ke dalam

badan melalui bukan

rongga yang terbuka tidak

membatalkan puasa.

Soalan: Apa pandangan ulama

mengenai hukum melihat mushaf

ketika solat? Adakah ia dibenarkan?

Jawapan: Harus melihat mushaf

sekiranya tidak mengganggu solat.

Dalilnya ialah hadis al-Bukhari iaitu

“Aisyah diimamkan oleh hambanya

yang bernama Zakwan yang mem-

bacanya dengan melihat mushaf.

Pandangan ini juga disokong oleh

Imam Nawawi yang menyatakan

bahawa seseorang yang melihat

mushaf ketika solat tidak membatal-

kan solatnya.

Jawapan:

Menderma darah ketika

berpuasa tidak membatalkan

puasa. Menerima darah juga

dianggap sama seperti

menerima suntikan pada rong-

ga yang tidak terbuka.

Tidaklah batal puasa penderma

dan penerima darah.

APA KATA SAINTIS BARAT

TENTANG PUASA?

Soalan: Adakah menderma darah

ketika berpuasa membatalkan

puasa?

Page 4: RAMADAN - moe.gov.my · PDF file4 Petunjuk bahawa al-Qur’an merupakan kalam Allah dan mukjizat agung. ... JAMAIE KPM Tarikh 2/8/2013 Tempat Dewan Serbaguna, Aras 9, Blok E

LENSA IHYA’ RAMADAN

Keterangan Foto

1. Penceramah bersama Jawa-

tankuasa Penganjur Majlis

Bicara Wahyu KPM (Khas

sempena Ramadan) pada

19/7/2013.

2. Ceramah Bicara Wahyu

Bil.7/2013 oleh Tn Hj Zulkefli b

Hamat bertajuk Mimpi Lailatul

Qadr di Auditorium KPM.

3. Penampilan istimewa Imam

Muda Najdi dengan alunan

Zikir Terapi .

4. Tan Sri Abd Ghafar b Mahmud

ketika menghadiri Majlis Iftar

bersama warga pendidikan di

SMU Bandar Tenggara Johor.

5. Ust Nabil Ahmad (JAKIM)

ketika menyampaikan ce-

ramah Nuzul Qur’an di SMKA

Putrajaya pada 24 Julai lalu.