raja muda selangor sembah tahniah dan ucap selamat sempena

24
Isu tanah �-an selesai Media_Selangor MediaSelangor tv.selangorkini.my www.selangorkini.my #SmartSelangor PERCUMA 7 - 14 Oktober 2016, 6 - 13 Muharam 1438 Anak Sungai Besar dinobat Tokoh Maal Hijrah 4 6 7 Dalang cemar Sungai Semenyih dikesan Jelajah �MDB 3 Pemasyhuran Gelaran DYTM Raja Muda Selangor

Upload: vanthuan

Post on 18-Jan-2017

282 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: raja muda selangor sembah tahniah dan ucap selamat sempena

Isu tanah ��-an selesai

Media_SelangorMediaSelangor

tv.selangorkini.my

www.selangorkini.my

#SmartSelangorPERCUMA 7 - 14 Oktober 2016, 6 - 13 Muharam 1438

Anak Sungai Besar dinobat Tokoh Maal Hijrah

4

6

7

Dalang cemar Sungai Semenyih dikesan

Jelajah �MDB

3

Pemasyhuran GelaranDYTM Raja Muda Selangor

Page 2: raja muda selangor sembah tahniah dan ucap selamat sempena

Utama2 SelangorKini 7 - 14 Oktober 2016

OLEH NAEEM RAFFI

SHAH ALAM - Dato’ Menteri Be-sar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali menzahirkan ucapan tahni-ah kepada peserta Konvoi #Ber-sih 5 yang berjalan serentak merentas enam negeri, pada 1 Oktober lalu.

Mohamed Azmin berkata, konvoi itu memberi inspirasi ke-pada semua rakyat untuk bang-kit menentang penyalahgunaan

kuasa dan rasuah.“Tuntutan rakyat untuk

sistem pilihan raya bersih dan adil adalah jalan keluar bagi me-nyelamatkan negara ini daripa-da terus musnah dalam tangan mereka yang berkuasa dengan cara tipu,” katanya yang juga Timbalan Presiden KEADILAN menerusi laman Facebook.

Bersih 2.0 kini giat menga-dakan konvoi jelajah ke seluruh negeri bagi memaklumkan him-

punan Bersih 5 bakal diadakan, pada 19 November ini untuk menuntut pembaharuan ins- titusi.

Bagaimanapun, perjalanan Konvoi #Bersih 5 dari Lumut ke Teluk Intan, Perak sedikit ter-cemar apabila kumpulan refor-masi pilihan raya itu diganggu sekumpulan penyokong baju merah diketuai Ketua Bahagian Umno Sungai Besar, Datuk Jamal Md Yunos.

Bersih 2.0 memaklumkan sekitar 30 hingga 40 penung-gang motosikal baju merah juga turut mengekori konvoi itu dan mula menarik bendera daripada kenderaan konvoi, menendang kereta dan menumbuk cermin sisi.

Pada masa sama, Ahli Dewan Negeri Kampung Tunku, Lau Weng San menggesa polis me-nyegerakan tindakan terhadap Jamal seperti dilakukan terha-

dap pembangkang.“Jelas bahawa orang yang

sengaja mencetuskan huru-hara dan kekacauan adalah peserta baju merah diketuai Jamal.

“Saya menggesa polis un-tuk mengambil tindakan segera dengan menyiasat dan menang-kap peserta baju merah yang diketuai Jamal seperti berlaku dalam siasatan berkenaan ‘salah laku’ pembangkang,” katanya dalam kenyataan.

Bangkit lawan salah guna kuasa

Syabas konvoi #Bersih �

KLANG - Seramai 11,814 pengundi bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelabu-han Klang dipindahkan ke DUN lain dalam Syor Cadangan Kajian Persempadan Semula Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Cadangan yang dipamerkan kepada umum bermula 15 September hingga 14 Oktober itu menjadikan jumlah terbaru pengundi DUN berkenaan berkurangan kepada 28,604 berbanding sebelum per-sempadanan seramai 40,418.

Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN, Azmizam Zaman Huri berkata, cadangan persempadanan terbaru itu menjadikan jum-lah keseluruhan dipindahkan adalah 12,580 termasuk 766 dipindahkan dalam Daftar Pe-milih Induk (DPI) diwartakan, pada Mac lalu.

“SPR sekali lagi menjadi boneka BN apabila mengumumkan Syor Cadang-an Kajian Persempadanan Semula yang ternyata lebih memihak kepada BN pada pilihan raya akan datang.

“Di Selangor, hampir keseluruhan keru-si Parlimen dan DUN terutama dimenangi KEADILAN disabotaj apabila semua dae-rah mengundi dan lokaliti di setiap parli-men serta DUN disusun semula demi me-mastikan kemenangan berpihak kepada BN,” katanya.

Azmizam berkata demikian pada si-dang media di Pusat Khidmat Masyarakat Pelabuhan Klang, di Taman Pandamaran, pada 29 September lalu.

Katanya, seramai 7,560 atau 60 peratus daripada 12,580 pengundi dipindahkan ber- umur bawah 40 tahun dianggap sebagai golongan berfikiran lebih terbuka dan celik perkembangan politik dan isu semasa.

Mengikut komposisi kaum pula, jum-lah pengundi Cina paling ramai dipin-dahkan membabitkan 6,470 orang ke-banyakannya ke tiga DUN berhampiran

yang dikuasai DAP iaitu Kota Alam Shah, Pandamaran dan Sungai Pinang menjadi-kan jumlah pengundi Cina di Pelabuhan Klang selepas persempadanan kepada 5,194 orang berbanding sebelum persem-padanan 11,664.

Keadaan ini, sekali gus menjadikan pe- ratusan pengundi Cina di Pelabuhan Klang merosot kepada 18 peratus berbanding se-belum persempadanan, 28 peratus.

Pada PRU-13 lalu menyaksikan DAP menang besar di Kota Alam Shah dengan majoriti 13,369 undi, Pandamaran (ma-joriti 9,176 undi) dan Sungai Pinang (ma-joriti 11,309 undi), manakala bagi DUN Pelabuhan Klang pula, KEADILAN menang dengan hanya majoriti 2,994 undi sahaja.

Sementara itu, pemindahan pengundi Melayu pula hanya melibatkan 2,973 orang kepada 18,677, sekali gus meningkatkan dominasi pengundi Melayu kepada 65 pe-ratus berbanding sebelum persempadan-an seramai 21,650 atau 53 peratus.

Manakala bagi pengundi India pula, seramai 2,615 orang dipindahkan men-jadikan jumlah selepas persempadanan 4,670 (16 peratus) berbanding 7,285 (18 peratus) dan lain-lain kaum seramai 36 orang dipindahkan menjadikan 63 (0.22 peratus) berbanding sebelum persem-padanan 99 (0.25 peratus).

Kaum Cina paling terjejas

KLANG - Empat daerah mengundi yang dikuasai Parti Keadilan Rakyat (KEADI-LAN) dengan majoriti besar pada Pili-han Raya Umum ke-13 (PRU-13) lalu dikeluarkan daripada Dewan Unda-ngan Negeri (DUN) Pelabuhan Klang.

Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADIL- AN, Azmizam Zaman Huri berkata, ke-adaan itu membuktikan langkah per- sempadanan semula diadakan bagi membantu Barisan Nasional (BN) menang dalam pilihan raya akan datang.

“Semua kawasan daerah mengun- di ini adalah kawasan yang telah me-menangkan calon KEADILAN di DUN Pelabuhan Klang pada PRU ke-13 lalu,” katanya.

Jelasnya, daerah mengundi terbabit adalah Sungai Alur yang dimenangi KEADILAN dengan majoriti 1,404 undi atau 76 peratus, Bandar Bukit Tinggi 1 dan 2 serta sebahagian Bandar Botani dengan majoriti 3,047 atau 75 peratus pada PRU-13 lalu.

Katanya, 2,267 pengundi di kawasan lokaliti Pendamar Indah yang sebelum ini terletak dalam daerah mengundi Seri Pendamar telah dipindahkan ke dalam Daerah Mengundi Bandar Bo-tanic sebelum dikeluarkan secara me-nyeluruh daripada DUN Pelabuhan Klang.

Azmizam menjelaskan, kawasan terbabit juga dimenangi KEADILAN dengan majoriti 363 undi.

“Kesimpulannya, Syor Cadangan Ka-jian Persempadanan Semula Kawasan Pilihan Raya yang sedang dipamerkan SPR ini secara terang dan nyata berniat jahat.

“Daerah mengundi yang memenang-kan calon BN dikekalkan di dalam Pelabuhan Klang, manakala kawasan yang memenangkan KEADILAN dikelu-arkan daripada kawasan DUN Pelabu-han Klang,” katanya.

SPR sabotaj KEADILANdi Pelabuhan Klang?

Di Selangor, hampir keseluruhan kerusi Parlimen dan DUN terutama dimenangi KEADILAN disabotaj apabila semua daerah mengundi dan lokaliti di setiap parlimen serta DUN disusun semula demi memastikan kemenangan berpihak kepada BNAZMIZAM ZAMAN HURIAhli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN

Page 3: raja muda selangor sembah tahniah dan ucap selamat sempena

Utama3SelangorKini 7 - 14 Oktober 2016

SHAH ALAM - Kerajaan Negeri tidak ber-tolak ansur dengan semua pihak sama ada individu atau syarikat yang mensab-otaj atau mencemarkan sungai.

Dato Menteri Besar, Dato Seri Mo-hamed Azmin Ali berkata, beliau men-garahkan Majlis Perbandaran Kajang (MPKj), Pejabat Daerah dan Tanah Hulu Langat untuk bersedia dengan tindakan segera termasuk menutup kilang, mem-batal lesen dan merampas tanah.

“Pihak pemantauan sungai mengesan kehadiran bau pada jam 11 malam dan 11.40 di Kampung Rinching Hilir.

“Saya turun ke lokasi dengan pasukan Air Selangor dan JAS untuk mengambil tindakan segera supaya pencemaran ti-dak menjejaskan pengguna,” kata Mo-

hamed Azmin di twitternya.Mohamed Azmin berkata, LUAS telah

membuat laporan polis pada jam 2.45 pagi untuk menyiasat kejadian pencema-ran air oleh pelaku cemar air.

Katanya, Kerajaan Negeri juga menggesa JAS bertanggungjawab me-mastikan pematuhan undang-undang oleh semua industri di lembangan sun-gai.

“Pasukan pemantauan sungai Air Se-langor dan LUAS menjalankan rondaan dan pemantauan 24 jam sejak dua min-ggu lalu. Di mana JAS?

“JAS tiba di lokasi selepas lebih 10 jam kejadian pencemaran dikesan oleh Air Selangor dan LUAS. Baru nak ambil sam-pel cemar ! Pathetic !,” katanya.

MB turun padang

Tindakan tegas pihak cemarsungai

SHAH ALAM - Air Selangor bersama Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) dan Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) sudah me-ngenal pasti punca pencemaran bau Sungai Semenyih di Jalan Sungai Lalang, berhampiran Taman Sri Haneco, Seme-nyih.

Exco Pelancongan, Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Penggu-na, Elizabeth Wong, berkata MPKj menu-tup tapak premis itu sementara menung-gu ketibaan Jabatan Alam Sekitar (JAS) untuk mengambil bukti bahan cemar.

“Sejak premis ini dikenal pasti sebagai punca pencemaran awal pagi ini, pekerja tidak kelihatan di premis ini,” katanya dalam kenyataan, di sini, pada 4 Oktober lalu.

Elizabeth berkata, MPKj dan JAS me-nutup tapak premis tersebut untuk mem-berhentikan sebarang aktiviti di sana un-tuk siasatan lanjut.

Kes itu dirujuk kepada JAS untuk tin-dakan lanjut termasuk undang-undang.

“Di bawah Seksyen 25 Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, jika tersabit kesala-han di mahkamah undang-undang, den-da maksimum RM100,000 dan/atau lima tahun penjara dikenakan,” katanya.

Beliau berkata, perniagaan atau pre-

mis yang disahkan mengakibatkan pencemaran oleh pihak berkuasa tempa-tan akan batalkan semua lesen dan hen-tikan semua operasi perniagaan.

“Tiada rayuan dipertimbangkan kera-na kejadian tidak bertanggungjawab itu mengakibatkan kesusahan kepada lebih 1.8 juta pengguna,” katanya.

Tindakan pantas petugas LUAS dan Air Selangor yang memantau kawasan itu 24 jam selama 10 hari berjaya mengenal- pasti punca pencemaran.

Sementara itu, Yang Dipertua MPKj, Mohd Sayuthi Bakar berkata, kompaun dan saman dikeluarkan kepada pemilik kilang serta-merta selain barang-barang operasi turut disita untuk dihapuskan.

“Sitaan dan rampasan dibuat supaya syarikat tanpa lesen itu tidak lagi men-jalankan operasi dan kawasan ini juga di-tutup di bawah bidang kuasa MPKj.

“Bagaimanapun untuk proses pengha-pusan barang rampasan, JAS akan meng- uruskannya untuk dihapuskan dengan cara betul.

“Kami juga mengeluarkan saman se-belum dibawa ke muka pengadilan un-tuk tindakan lanjut,” katanya kepada Se-langorKini.

SEMENYIH - Pemantauan berterusan 24 jam melibatkan beberapa agensi kerajaan diadakan sebagai inisiatif memastikan ti-ada lagi pencemaran air berlaku di lokasi tapak kilang haram Batu 22 1/14 , di sini.

Pemangku Pengarah Lembaga Urus Air Selangor (LUAS), Nor Zamri Sondor, ber-kata pasukannya juga kini giat mengenal-pasti dan menjalankan kerja pembersihan kawasan punca pencemaran.

Katanya, inisiatif tersebut juga dibuat sebagai jaminan bekalan air bersih dapat disalurkan kepada masyarakat sekitar Se-menyih.

“Kami telah mengadakan perbincangan bersama YDP MPKj dan pegawai daerah untuk meneruskan kerja pemantauan se-lama 24 jam.

“Kerja juga diteruskan sehingga proses pembersihan minyak terpakai dibersihkan semula,” katanya kepada SelangorKini.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di tapak lokasi kilang haram yang didakwa menjadi punca kepada pencemaran beka-

lan air bersih di negeri itu.Hasil tinjauan mendapati, pekerja mem-

buang sisa kumbahan kilang secara terus ke sungai yang menyebabkan sumber bekalan air negeri terjejas dan terpaksa di-hentikan, baru-baru ini.

Difahamkan, pemilik tanah menyewa premis berkenaan kepada pengurus ope-rasi kilang untuk menjalankan kerja perin-dustrian tanpa mendapat lesen sah daripa-da Majlis Perbandaran Klang (MPKj).

Susulan itu, kompaun dan sita dikeluar-kan sementara kerja pemusnahan keleng-kapan operasi kilang turut dimusnahkan.

Dalam perkembangan itu, Nor Zamri berkata enam titik pemantauan juga kini beroperasi sepenuhnya bagi mengenal-pasti sebarang titik punca pencemaran lain di kawasan Semenyih.

Kerajaan Negeri sebelum ini mene-gaskan pihak yang cuba mensabotaj atau terlibat dalam kegiatan pencema-ran sungai bakal diheret ke muka penga- dilan.

Kilang haram punca pencemaran air disita

Pantau �� jam kawasan sungai tercemar

JPS terima peruntukan tambahan RM�.� juta baiki banSHAH ALAM - Kerajaan Negeri melu-luskan peruntukan tambahan RM4.3 juta kepada Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Selangor bagi program jangka pendek kerja pembaikan ban pantai di empat daerah.

Dato Menteri Besar, Dato Seri Mo-hamed Azmin Ali berkata, peruntukan itu diluluskan dua minggu lalu ekoran fenomena air pasang besar berlaku di pantai dan laut di Selangor yang me-merlukan pihak berkuasa terbabit ber-tindak proaktif bagi menanganinya.

“Peranan JPS hari ini semakin men-cabar ekoran fenomena cuaca global yang menuntutnya memainkan peranan lebih besar supaya kesan daripada cuaca ekstrem dapat diurus dengan baik.

“Sebelum ini kita beri (peruntukan) untuk kolam takungan yang menjadi punca kepada banjir kilat, manakala peruntukan tambahan ini untuk me-ngukuhkan ban pantai akibat feno-mena berlaku,” katanya kepada media.

Beliau berkata demikian selepas

menghadiri majlis makan malam Persi-dangan Pengurus Kanan JPS Malaysia, pada 30 September lalu.

Mengulas lanjut, katanya, JPS Sela-ngor memainkan peranan cukup efek-tif dan Kerajaan Negeri amat menghar-gainya.

“Bagi Belanjawan 2017, saya me-ngarahkan Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) untuk melihat satu pe-runtukan jauh lebih besar diberikan kepada JPS negeri kerana tumpuan kita untuk tidak lagi berlaku banjir kilat di Selangor,” katanya.

Page 4: raja muda selangor sembah tahniah dan ucap selamat sempena

Utama4 SelangorKini 7 - 14 Oktober 2016

OLEH NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM - Isu pembahagian tanah bagi kuota kaum India di Kampung Sungai Yu, Kuala Sela-ngor yang berlarutan sejak 1990-an berjaya diselesaikan apabila 175 lot tanah diagihkan mengikut syarat dan prosedur ditetapkan.

Exco Kemiskinan, Kerajaan Priha-tin dan Pekerja Ladang, V Ganabati-rau berkata, 153 lot diagihkan kepa-da India, 22 lot Melayu, sementara dua lot lagi kaum Cina yang juga peneroka asal kawasan itu.

Katanya, keputusan itu di-capai menerusi perbincangan jawatankuasa dipengerusikan Pejabat Tanah dan Galian yang disertai Ketua Kampung, Ahli Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK), Ahli Majlis juga wakil Pejabat Pusat Khidmat Masyarakat DUN Per-matang.

Berlarutan sejak 1990-an

Isu tanah Kampung Sungai Yu selesai

SHAH ALAM - Kerajaan Negeri memandang serius isu premis judi haram yang didakwa sema-kin berleluasa dan menjamin bakal mengambil tindakan tegas.

Exco Kerajaan Tempatan, Pe-mutihan Kilang Haram dan Pem-bangunan Kampung Baru, Ean Yong Hian Wah berkata, aktiviti sebegitu mengundang kemuda-ratan kepada masyarakat, justeru pihak berkuasa tempatan (PBT) diarah mengambil langkah pro-aktif menanganinya.

“Kita sentiasa memandang serius isu ini, semua PBT diarah mengadakan operasi khas dan tindakan tegas ke atas mereka yang terbabit dengan kegiatan haram itu,” katanya kepada Sela-ngorKini.

Beliau berkata, PBT di Sela-ngor juga akan memberi ker-jasama kepada polis dalam usaha itu selain mengadakan operasi bersama.

“Bagaimanapun, polis per-lu memainkan peranan utama

dalam membanteras aktiviti judi haram kerana ia adalah kegiatan jenayah.

“PBT hanya boleh mengawal daripada segi perlesenan dan kita sedia bekerjasama,” katanya.

Berdasarkan laporan media, Persatuan Pengguna Islam Ma-laysia (PPIM) meminta polis dan PBT bertindak terhadap premis mesin judi dan aktiviti haram yang didakwa semakin bertam-bah terutama di Selangor dan Wilayah Persekutuan.

Tegas banteras premis judi haramV Ganabatirau

“Antara syarat utama dikena-kan adalah pemohon mestilah tidak memiliki tanah sebelum ini, pendapatan kurang RM3,000, ber- umur 30 tahun ke atas, sudah berkahwin dan orang asal Kuala Selangor.

“Bagaimanapun, syarat ini ti-dak terpakai kepada orang yang sudah mengusahakan tanah ini bertahun lamanya sejak 90-an lagi,” katanya kepada Selangor-Kini.

Pada masa sama, Ganabatirau

berkata, sebidang tanah di kam-pung itu berjaya diwartakan se-bagai tapak kuil bagi kemudahan penduduk.

Katanya, ia ekoran salah se-orang pemohon terpilih yang juga Ahli Majlis Daerah Kuala Sela-ngor menolak pemberian tanah itu walaupun beliau menghantar per-mohonan, sejak 1990-an.

Mengulas sejarah pembaha-gian tanah Kampung Sungai Yu, Ganabatirau berkata, Kerajaan Negeri sebelum ini sudah menge-

nal pasti tiga tapak untuk diagih-kan kepada kaum Melayu, India dan Cina.

“Pembahagian kuota kaum Melayu dan Cina berjaya di- selesaikan, sementara pembaha-gian bagi kaum India tergendala ekoran timbul perbalahan pe-mimpin parti MIC ketika itu.

“Mereka mempunyai per-bezaan pendapat dengan cuba menjadikan hak milik tanah itu untuk mereka bukan dipecahkan kepada lot,” katanya.

BANTING - Kerajaan Negeri meluluskan projek kolam takungan di pekan itu de-ngan anggaran pembinaan RM4.6 juta bagi bertindak mengatasi masalah banjir di be-berapa kawasan di Pekan Banting,

Ahli Parlimen Kuala Langat, Abdullah Sani Abdul Hamid berkata, kolam takung-an fasa satu itu giat dijalankan dan dijan-gka siap sepenuhnya selewat-lewatnya tahun depan.

Katanya, kolam takungan itu mampu menampung 50,000 liter limpahan air dalam satu masa dan diharapkan mem-

beri manfaat kepada semua pihak teruta-ma ketika musim hujan.

“Kaedah ini perlu supaya tiada lagi air melimpah di kawasan pekan yang sebe-lum ini pernah beberapa kali berlaku se-hingga banjir di kawasan perumahan dan premis kedai sekitar,” lapor Sinar Harian.

Mengulas lanjut, Abdullah berkata, pi-haknya akan memohon peruntukan un-tuk membuat projek sama di kawasan Telok Bunut sekiranya kolam takungan itu mampu mengatasi masalah banjir di Pekan Banting.

Bina kolam takungan, elak Banting banjir

Page 5: raja muda selangor sembah tahniah dan ucap selamat sempena

Semoga Allah MemberkatiDan Melanjutkan Usia

DULI YANG TERAMAT MULIA TENGKU AMIR SHAHIBNI SULTAN SHARAFUDDIN IDRIS SHAH ALHAJ

S.P.M.S., S.S.I.S., S.P.M.K.RAJA MUDA SELANGOR

SEMBAH TAHNIAH DAN UCAP SELAMATSEMPENA PEMASYHURAN GELARAN SEBAGAI

RAJA MUDA SELANGOR

PADA 8 OKTOBER 2016 BERSAMAAN 7 MUHARAM 1438H

Sembah Takzim Daripada

Dato’ Menteri Besar,Kakitangan Kerajaan dan Seluruh Rakyat Negeri Selangor

Page 6: raja muda selangor sembah tahniah dan ucap selamat sempena

6Utama

SelangorKini 7 - 14 Oktober 2016

SHAH ALAM - Delegasi Smart Selangor mem-buat lawatan kerja ke ibu pejabat syarikat tele-komunikasi, Huawei dan ZTE Corporations di China, baru-baru ini.

Exco Pendidikan, Pembangunan Modal In-san, Sains, Teknologi dan Inovasi, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, ia membolehkan dele-gasi Kerajaan Negeri melihat secara langsung pelaksanaan konsep ‘Smart City’.

“Ia juga memberi peluang kepada Selangor untuk mempelajari dan berkongsi pengala-man dengan syarikat telekomunikasi besar se-perti Huawei dan ZTE.

“Kita juga dapat mengkadarkan penerapan solusi pintar di Selangor,” katanya kepada Se-langorKini.

Lawatan lima hari bermula pada 25 Sep-tember sehingga 29 September itu tertumpu di Shenzhen yang merupakan rumah kepada syarikat IT dan telekomunikasi bertaraf antara-bangsa.

Rombongan turut mengadakan kunju-ngan hormat ke pejabat Pentadbiran Kerajaan Shen-zhen dan disambut Timbalan Datuk Bandar, Wu Yihan.

Selain itu, delegasi turut berkesempatan melihat konsep ‘Smart City’ dilaksanakan se-cara meluas di daerah Yinchuan.

Yinchuan merupakan daerah terpencil di dalam kawasan berautonomi Ninxia, yang mula melaksanakan konsep ‘Smart City’ sejak 2013.

Perangkuman sistem ‘Smart City’ di Yin-

chuan merupakan antara terbaik di dunia dan menjadi contoh kepada pelbagai sektor pen-tadbiran, kesihatan, keselamatan, pengangku-tan dan trafik.

Turut serta adalah Timbalan SUK Nege-ri Selangor (Operasi), Dato’ Mazalan Mohd Nor, Setiausaha Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Dato’ Bahtiar Hussin, Setiausaha Ba-hagian, Bahagian Teknologi Maklumat (BTM), Fazlina Hashim dan Pengarah Jabatan Peran-cang Bandar dan Desa (JPBD), Muhammad Ridzuan Arshad.

Smart Selangor lawat Huawei dan ZTE di China

Ia juga memberi peluang kepada Selangor untuk mempelajari dan berkongsi pengalaman dengan syarikat telekomunikasi besar seperti Huawei dan ZTE. Kita juga dapat mengkadarkan penerapan solusi pintar di SelangorNIK NAZMIExco Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, Sains, Teknologidan Inovasi

Tokoh Maal Hijrah 1438

Anak Sungai Besar jadi pilihanOLEH ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM - Tokoh Maal Hij-rah 1438 peringkat Selangor dinobatkan kepada Dato' Mu-hammad Hasri, 69, atas sum-bangan dan jasa bakti beliau membangunkan ummah juga pembinaan Tarannum Al-Quran di negeri ini.

Beliau menerima wang tunai RM10,000 sumbangan Kerajaan Negeri serta RM10,000 daripa-da Lembaga Zakat Selangor (LZS), sijil penghargaan, cen-derahati Maal Hijrah, sepersali-nan pakaian dan pakej menger-jakan umrah.

Anugerah disampaikan Yang Amat Mulia Tengku Laksa-mana Selangor, Tengku Sulai- man Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj, mewakili DYMM Sultan Selangor.

Majlis penganugerahan dia-dakan sempena Majlis Ambang Hijrah dan Sambutan Maal Hij- rah 1438 peringkat negeri di Dewan Solat Bawah Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, di sini, pada 1 Oktober lalu.

Tengku Laksamana turut berkenan menyampaikan anu-

gerah Tokoh Saudara Kita kepa-da Muhammad Adnan Pitchan, Tokoh Keluarga Mithali kepada Mat Ellah Md Nor, Tokoh Akti-vis Masyarakat kepada Mohd Zainuddin Abu Bakar dan Anu-gerah Pertubuhan Dakwah Su-karela kepada Persatuan Cina Muslim cawangan Selangor.

Hadir sama, Setiausaha Kera-jaan Negeri, Dato' Mohd Amin Ahmad Ayha; Exco Kerajaan Negeri, Dato' Dr Ahmad Yunus Hairi; Dr Daroyah Alwi dan Muf-ti Selangor, Dato' Mohd Tamyes Abdul Wahab.

Muhammad Hasri yang juga anak jati Sungai Besar dila-hirkan pada 17 Mei 1947 dan mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Kebangsaan Sungai Besar seterusnya di Sekolah Menengah Kebang-saan Sungai Besar.

Beliau mula terlibat secara aktif mempelajari Tarannum Al-Quran dan pernah menjadi johan Majlis Tilawah Al-Quran peringkat negeri sebanyak dua kali dan johan lima kali bagi peringkat Wilayah Perseku- tuan.

Beliau juga menjadi Hakim Majlis Menghafaz Al-Quran peringkat Kebangsaan bermu-

la dari 1994 hingga kini dan pernah menjadi qari jemputan di Indonesia, Thailand, Libya, Arab Saudi, China, Taiwan, Mo-rocco juga Pakistan.

Tokoh itu juga turut me-nyumbang dalam bidang pe-nulisan bagi Modul Tarannum

JAKIM dan Bacaan Rawi pe-ringkat Kebangsaan serta per-nah mewakili Malaysia ke Persi-dangan Al-Quran di Brunei dan Libya.

Anugerah Tokoh Maal Hij-rah adalah anugerah tahunan kepada individu yang banyak

menabur bakti kepada aga-ma, bangsa dan negara dalam pembabitan pelbagai aktiviti seperti sosial, ekonomi juga pendidikan yang memberi kesan kepada gerakan dan perkembangan Islam.

Page 7: raja muda selangor sembah tahniah dan ucap selamat sempena

7SelangorKini 7 - 14 Oktober 2016

Nasional

Golongan muda berani bangkit

Reformasi warga FeldaOLEH ERMIZI MUHAMAD

BERA - Sambutan kira-kira 5,000 warga Felda menerusi penganjuran siri Jelajah 1Malaysia Dalam Bahaya (1MDB) mem-buktikan tuntutan reformasi masyarakat luar bandar terhadap sistem pentadbi-ran negara, pada masa kini.

Timbalan Presiden KEADILAN, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali berkata, ma-syarakat Felda yang sinonim dengan pentadbiran Umno-Barisan Nasional (BN) kini berani menghadiri program pembangkang.

“Momentum ini menjadikan kita te-rus optimis melakukan perubahan de-ngan syarat rakyat perlu berani bangkit dan bangun membawa perubahan.

Tun M: MO� itu NajibBERA - Perdana Menteri, Datuk Seri Na-jib Razak didakwa sebagai Malaysian Official 1 (MO1) seperti didedahkan Ja-batan Keadilan (DOJ), Amerika Syarikat.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Maha-thir Mohamad berkata demikian meru-juk laporan dan pendedahan skandal kewangan melibatkan Presiden Umno itu.

“MO1 itu tetap Najib. Menteri dia sendiri mengaku dan mengaitkan indi-vidu itu adalah Najib.

“Mungkin menteri itu tidak habis membaca laporan DOJ, kalau dia baca penuh mungkin dia akan lebih tahu apa yang MO1 itu buat dan siapa yang lesap duit itu,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Se-langorKini menerusi temubual esklusif di sebuah hotel sempena penganjuran Program Jelajah 1MDB, pada 2 Oktober lalu.

Sebelum ini, Menteri Umno, Datuk Abdul Rahman Dahlan mengesahkan bahawa MO1 dirujuk 36 kali dalam sa-man sivil DOJ berkaitan penyeleweng-an 1MDB itu adalah Perdana Menteri.

“Saya dah kata secara terbuka, jelas sekali jika kamu membaca dokumen berkenaan, ia adalah Perdana Menteri,” kata Rahman dipetik BBC.

Pada Julai lalu, DOJ memfailkan sa-man sivil bagi melakukan pembekuan aset di Amerika Syarikat yang didakwa dibeli menerusi penyelewengan dana 1MDB.

“Walaupun Umno akan lakukan apa sahaja mematikan perjuangan dan pe-rubahan ini tetapi mereka tidak boleh menghalang sejarah yang sedang ter-cipta,” katanya ketika berucap dalam program Jelajah 1MDB 'Bohong Yang Tak Berpenghujung' di Simpang Kepa-yang, di sini, pada 2 Oktober lalu.

Hadir sama, bekas Perdana Men-teri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan is-teri, Tun Dr Siti Hasmah serta pimpinan tinggi pembangkang.

Program menyaksikan kehadiran golongan muda dan turut menarik ke-hadiran anak-anak tempatan.

Bera dianggap sebagai salah satu kubu kuat Umno, selain penyandang-nya, Datuk Seri Ismail Sabri dipilih se-bagai Menteri dalam kabinet Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Bagaimanapun, Mohamed Azmin optimis pola pengundian masyarakat

Felda khususnya di Bera boleh berpihak kepada komponen pembangkang su-sulan pelbagai skandal kewangan Per-dana Menteri.

“Untuk lakukan perubahan ini bu-kan menteri kita tetapi rakyat berkua-sa, malahan maruah negara ini terletak pada kuasa perubahan rakyat,” katanya.

Momentum ini menjadi- kan kita terus optimis melakukan perubahan dengan syarat rakyat perlu berani bangkit dan bangun membawa perubahan. Walapupun Umno akan lakukan apa sahaja mematikan perjuangan dan perubahan ini tetapi mereka tidak boleh menghalang sejarah yang sedang tercipta

MOHAMED AZMINTimbalan Presiden KEADILAN

PENASIHAT: Lembaga Editorial CCSBKETUA PENGARANG: Cecelia Alphonsus

PENGARANG : Nurul Farina NazlanPENOLONG PENGARANG Mohd Ezli Mashut, Naeem Raffi, Afeeqa Afeera

WARTAWAN: Hafizan Taib: [email protected],

Nazli Ibrahim: [email protected], Afix Redzuan: [email protected],

Lizawati Madfa: [email protected], Norhayati Umor: [email protected],

Syasya Sufian : [email protected] Ermizi Muhamad : [email protected]

JABATAN PEMASARAN & PENGIKLANAN:Budi Setyawan : [email protected] | 013 399 2848

Nadhrah Azlan : [email protected] l 03-5523 4856 (ext 117)

JURUGAMBAR: Asri Sapfie, Raheemie Arifin & Shuaib AyobGRAFIK & REKA LETAK: Unit Grafik CCSB

Aras 2, Carlton Holiday Hotel & Suites, No 1, Persiaran, Akuatik 13/43,Seksyen 13, 40100, Shah Alam, Selangor

Tel : 03-5523 4856 Faks : 03-5523 5856 Emel: [email protected]

SIDANG PENGARANG

Page 8: raja muda selangor sembah tahniah dan ucap selamat sempena

Ekonomi8 SelangorKini 7 - 14 Oktober 2016

OLEH LIZAWATI MADFA

AMPANG JAYA - Bazaar Hijrah bakal di-perluas ke seluruh Selangor dari semasa ke semasa bagi terus merancakkan bidang keusahawanan di negeri itu, kata Pengerusi Eksekutifnya, Datuk Mansor Othman.

Beliau berkata, bazar diwujudkan itu berfungsi sebagai landasan perniagaan terutama kepada usahawan kecil dan sederhana yang semakin bercambah di Se-langor.

Katanya, ia dijadualkan mula beroperasi dari jam 7 pagi hingga 2 petang, setiap hu-jung minggu.

“Bazaar Hijrah tidak terhad kepada peserta tetapi terbuka kepada semua usa-

hawan yang berminat.“Bagaimanapun, bilangan gerai ditawar

bergantung kepada keluasan tapak yang kita dapat dengan anggaran maksimum 200 gerai,” katanya kepada SelangorKini.

Terdahulu, Mansor melawat Bazaar Hijrah Bandar Baru Ampang (BBA) yang mula beroperasi secara rasmi, pada 2 Okto-ber lalu.

Beliau berkata, terdapat lebih 100 ge-rai di kawasan itu dengan 60 peratus dari-padanya menjual barang keperluan dapur (basah).

“Kita dapat lihat sambutan daripada pengunjung juga baik dan diharap sema-kin bertambah pada masa akan datang,” katanya.

Medan lebar perniagaan

AMPANG JAYA - Warga Shah Alam ber-peluang membeli-belah di Bazaar Hij- rah apabila ia bakal dibuka kepada orang ramai di Seksyen 7, pada hujung Oktober ini.

Ahli Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Noryzal Zainal Abidin berkata, bazar itu bakal ditempatkan di tapak pasar malam yang setakat ini hanya di-guna pakai, setiap Rabu.

“Perkara ini sudah dibincangkan di dalam mesyuarat penuh MBSA dan ke-lulusan sudah diperolehi.

“Sekarang, kita cuma mengikuti se-gala prosedur sebelum ia beroperasi,”

katanya kepada SelangorKini.Beliau berkata demikian ketika dite-

mui di Bazaar Hijrah di Bandar Baru Am-pang (BBA), di sini, pada 2 Oktober lalu.

Noryzal berkata, persatuan pen-duduk di sekitar Seksyen 7 sebelum ini pernah menyuarakan hasrat keperluan tapak berniaga.

Justeru, katanya, kewujudan Bazaar Hijrah diyakini bakal memberi manfaat kepada usahawan kecil dan sederhana di sekitar Shah Alam.

“Pada masa sama, penduduk juga mempunyai lebih pilihan bagi mendapat-kan barang keperluan,” katanya.

Bazaar HijrahShah Alam bakal dibuka

Bazaar Hijrah diperluas

Page 9: raja muda selangor sembah tahniah dan ucap selamat sempena

Semoga Allah MemberkatiDan Melanjutkan Usia

DULI YANG TERAMAT MULIA TENGKU AMIR SHAHIBNI SULTAN SHARAFUDDIN IDRIS SHAH ALHAJ

S.P.M.S., S.S.I.S., S.P.M.K.RAJA MUDA SELANGOR

SEMBAH TAHNIAH DAN UCAP SELAMATSEMPENA PEMASYHURAN GELARAN SEBAGAI

RAJA MUDA SELANGOR

PADA 8 OKTOBER 2016 BERSAMAAN 7 MUHARAM 1438H

Sembah Takzim Daripada

Page 10: raja muda selangor sembah tahniah dan ucap selamat sempena

10Khas

SelangorKini 7 - 14 Oktober 2016

Tengku Amir Shahwarisi keprihatinanayahanda

Tarikh Lahir: 12 Disember 1990Umur: 26 TahunTempat Lahir: Amerika SyarikatLulusan Leeds University, United Kingdom (2014)

DYTM Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah

OLEH HAFIZAN TAIB

Sama seperti ayahandanya, DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, pepatah Melayu itu

sesuai bagi menggambarkan ke-peribadian DYTM Raja Muda Se-langor, Tengku Amir Shah, yang kelihatan tegas tetapi mudah mesra ketika mendampingi rak-yat jelata.

Sebagai pewaris takhta, sifat kepimpinan baginda terserlah melalui pelbagai program di-sertai dan melalui beberapa per-tubuhan disertai serta dinaungi termasuk Yayasan Raja Muda Se-langor, ia menjadi landasan bagi dirinya mendekati masyarakat terbanyak.

Raja Muda Selangor sentia-sa memberi komitmen tinggi dalam segala usaha supaya memberi kepuasan dan hasil di-ingini demi kebaikan semua pi-hak juga negeri.

Sesuai dengan usianya yang masih muda, baginda sering ter-babit dalam aktiviti kema-syarakatan yang dijalankan pel-bagai pihak di Selangor selain turut menjayakan program ber-sesuaian dengan keadaan dan masa.

Menerusi Selangor Youth Com-munity (SAY) hasil ilham baginda, golongan muda didekati dalam mengenalpasti jurang serta per-masalahan dan menyediakan landasan supaya mereka dapat menyumbang ke arah pemba-

ngunan negeri melalui pelbagai bidang antaranya pembangu-nan sukan dan rekreasi, kesenian dan budaya, keusahawanan dan perdagangan serta muzik dan seni persembahan.

Ternyata status diri bukan penghalang bagi baginda me-nyumbang khidmat bakti kepada orang ramai dan seperti DYMM Sultan Selangor, baginda sering terbabit dalam majlis penyam-paian sumbangan kepada golo-ngan memerlukan seperti majlis sambutan Ziarah Ramadan dan Aidilfitri yang baru berlalu.

Majlis Iftar Ramadan juga di-anjur baginda untuk dihadiri rakyat termasuk tazkirah dan ce-ramah agama yang diadakan di Masjid Istana Diraja, Istana Alam Shah, Klang.

Tidak cukup dengan itu, ba

ginda juga turut serta dalam pel-bagai aktiviti sukan antaranya Raja Muda Selangor Internatio-nal Regatta, Shah Alam Endurite 2016 serta sering hadir menyo-kong pasukan Selangor yang me-nyertai pelbagai kejohanan.

Baginda sering kelihatan me-makai jersi Selangor 'RMS 12' ketika bersama penyokong ser-ta turut ke Sarawak ketika Sela-ngor menyertai Sukan Malaysia (Sukma) ke-18 di Kuching, akhir Julai lalu.

Kejayaan Selangor menjuarai temasya sukan dwi-tahunan itu menggembirakan baginda apa-bila menzahirkan ucapan tahni-ah kepada kontinjen Sukma ne- geri dalam laman sosial Facebook baginda.

"Beta ingin mengucapkan sekalung tahniah di atas ke-

jayaan anda menjuarai SUKMA yang baharu sahaja bersudah. Beta berasa amat bangga dan bersyukur dengan pasukan Se-langor dan ternyata latihan yang telah anda semua jalani telah berhasil. Anda semua telah ber-jaya, Alhamdulillah!"

Sebelum itu, Tengku Amir Shah menyertai Rejimen Askar Melayu Diraja (Batalion ke-17) sebagai Leftenan Muda di Kem Terendak, Melaka dan berjaya menamatkan latihan serta menerima watikah lantikan Pegawai Muda Tentera

Darat Tauliah Luar Negara.Penyertaan aktif baginda

dalam acara kemasyarakatan dan sosial nyata membawa im-pak positif dalam pembangunan negeri dalam mengharungi arus perubahan serta kemajuan pada masa depan.

Sebagai mewakili generasi muda, Tengku Amir Shah nyata seorang pemimpin yang mem-punyai sifat kepimpinan terpuji yang diperlukan tambahan de-ngan status selaku pewaris takh-ta Selangor.

BIODATA

Ke mana tumpahnya kuah, kalau tidak ke nasi

Sebagai pewaris takhta, sifat kepimpinan beliau terserlah melalui pelbagai program disertai dan melalui beberapa pertubuhan disertai serta dinaungi termasuk Yayasan Raja Muda

Sebagai pewaris takhta, sifat kepimpinan beliau terserlah melalui pelbagai program disertai dan melalui beberapa pertubuhan disertai serta dinaungi termasuk Yayasan Raja Muda

Sebagai pewaris takhta, sifat kepimpinan beliau terserlah melalui pelbagai program disertai dan melalui beberapa pertubuhan disertai serta dinaungi termasuk Yayasan Raja Muda

Sebagai pewaris takhta, sifat kepimpinan beliau terserlah melalui pelbagai program disertai dan melalui beberapa pertubuhan disertai serta dinaungi termasuk Yayasan Raja Muda

Sebagai pewaris takhta, sifat kepimpinan beliau terserlah melalui pelbagai program disertai dan melalui beberapa pertubuhan disertai serta dinaungi termasuk Yayasan Raja Muda

Sebagai pewaris takhta, sifat kepimpinan beliau terserlah melalui pelbagai program disertai dan melalui beberapa pertubuhan disertai serta dinaungi termasuk Yayasan Raja Muda

Page 11: raja muda selangor sembah tahniah dan ucap selamat sempena

Semoga Allah MemberkatiDan Melanjutkan Usia

DULI YANG TERAMAT MULIA TENGKU AMIR SHAHIBNI SULTAN SHARAFUDDIN IDRIS SHAH ALHAJ

S.P.M.S., S.S.I.S., S.P.M.K.RAJA MUDA SELANGOR

SEMBAH TAHNIAH DAN UCAP SELAMATSEMPENA PEMASYHURAN GELARAN SEBAGAI

RAJA MUDA SELANGOR

PADA 8 OKTOBER 2016 BERSAMAAN 7 MUHARAM 1438H

Sembah Takzim Daripada

DAN KUMPULAN ANAK SYARIKAT

Page 12: raja muda selangor sembah tahniah dan ucap selamat sempena

Semoga Allah MemberkatiDan Melanjutkan Usia

DULI YANG TERAMAT MULIA TENGKU AMIR SHAHIBNI SULTAN SHARAFUDDIN IDRIS SHAH ALHAJ

S.P.M.S., S.S.I.S., S.P.M.K.RAJA MUDA SELANGOR

SEMBAH TAHNIAH DAN UCAP SELAMATSEMPENA PEMASYHURAN GELARAN SEBAGAI

RAJA MUDA SELANGOR

PADA 8 OKTOBER 2016 BERSAMAAN 7 MUHARAM 1438H

Sembah Takzim Daripada

MAJLIS BANDARAYA SHAH ALAM

Page 13: raja muda selangor sembah tahniah dan ucap selamat sempena

Semoga Allah MemberkatiDan Melanjutkan Usia

DULI YANG TERAMAT MULIA TENGKU AMIR SHAHIBNI SULTAN SHARAFUDDIN IDRIS SHAH ALHAJ

S.P.M.S., S.S.I.S., S.P.M.K.RAJA MUDA SELANGOR

SEMBAH TAHNIAH DAN UCAP SELAMATSEMPENA PEMASYHURAN GELARAN SEBAGAI

RAJA MUDA SELANGOR

PADA 8 OKTOBER 2016 BERSAMAAN 7 MUHARAM 1438H

Sembah Takzim Daripada

MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA

Page 14: raja muda selangor sembah tahniah dan ucap selamat sempena

14Khas

SelangorKini 7 - 14 Oktober 2016

Harapan baru anak muda tidak cemerlang akademik

Yayasan Raja Muda Selangor bantu kembang bakat terpendamOLEH NAZLI IBRAHIM

Yayasan Raja Muda Se-langor (YRMS) yang di-tubuhkan pada tahun 2000 ketika DYMM Sul-

tan Sharafuddin Idris Shah masih lagi bergelar DYTM Raja Muda Se-langor sebelum kemudiannya di-lancarkan pada tahun 2003 oleh baginda.

Yayasan dinaungi baginda itu ditubuhkan demi hasrat melaku-kan sesuatu yang berbeza ber-landaskan kepercayaan bahawa terdapat golongan remaja walau-pun tidak mempunyai kelebihan dalam akademik tetapi berbakat dan ada kemahiran terpendam serta boleh dicungkil juga dikem-bangkan.

Baginda percaya jika golongan remaja ini diberi peluang serta bimbingan, mereka berupaya mencapai impian dalam mana-mana bidang yang diminati.

Antara fokus utama YRMS adalah memberi bantuan kepa-da golongan remaja berusia 18 hingga 29 tahun yang terbuka kepada anak-anak muda seluruh negara tanpa mengira bangsa, jantina juga agama untuk mereka mencapai impian ke arah masa depan yang lebih baik.

Mengikut matlamat dan ob-jektif YRMS, golongan rema-ja akan dibantu untuk mem-perkembangkan potensi mereka dalam bidang kemahiran selain meningkatkan keyakinan diri dan keperibadian yang lebih baik.

YRMS juga menyediakan khid- mat nasihat, bantuan asas ke-wangan, latihan dan menjadi mentor untuk memberi galakan terhadap segala usaha anak-anak

muda ke arah membina landasan yang kukuh di dalam dunia per-niagaan.

Sasaran YRMS adalah kaum belia yang mempunyai bakat dan kemahiran yang terpendam dari-pada keluarga miskin selain me-reka yang kurang kecemerlangan akademik.

Pelbagai program gilap bakat belia

Bagi mencapai sasarannya, YRMS menetapkan beberapa program utamanya. Antara pro-gram itu adalah ‘Talent For The World' iaitu sebuah program bagi membantu anak-anak muda yang mempunyai bakat dan ke-mahiran tetapi kurang bernasib kerana tidak mempunyai pelu-ang melanjutkan pelajaran atau disebabkan faktor tertentu.

Dalam program ini, hanya yang berminat, berbakat dan terbaik akan dipilih untuk dilatih serta dibimbing seorang ‘men-tor’ supaya bakat mereka akan dikembangkan.

Tiga belia yang pertama dan berjaya dilatih dalam program ini adalah pelukis, Wong Eng Leong, 'potter' yang cenderung dalam pembuatan arca-arca seramik iaitu Goh Chiu Kuan dan ‘sculptor’ yang membuat bentuk-bentuk arca yang diukir daripada batu marmar, Azhar Asrar. Mereka bertiga telah dilatih oleh mentor iaitu pelukis terkemuka negara, Juhari Said.

Seorang lagi anak muda yang pernah dibantu dalam program ini adalah Ainil Johani Abu Bakar yang berkecimpung dalam sukan golf.

Sebagai seorang yang sudah bergerak aktif sebagai pemain golf profesional, Ainil Johani ber-jaya membawa banyak kejayaan dan menaikkan nama Malaysia apabila memenangi beberapa pertandingan dalam sukan golf sama ada kejohanan tempatan atau antarabangsa.

Selain itu, Hamizatulakma, yang dilatih mentornya, Asfarena Samion, dalam bidang jahitan dan rekaan fesyen yang ditaja YRMS untuk menyertai Pertan-dingan ASEAN Skills Competition pada tahun 2010 di Bangkok, Thailand. Dalam pertandingan itu beliau berjaya memenangi pingat gangsa.

Tidak ketinggalan, penyanyi 'rapper' yang turut terlibat dalam program ‘Talent For The World’, Muhammad Syazwan Shawalu-ddin yang dilatih di bawah asu-han mentornya, V Yogeswaran atau turut dikenali sebagai Yogi B untuk berjaya dalam industri muzik.

Terkini, seorang lagi anak muda berasal dari Pulau Pinang, Megat Danial Aizat Megat Ariffin walaupun tidak cenderung di dalam bidang akademik tetapi terpilih kerana kecemerlangan-nya dalam bidang kulinari.

Hasil usaha YRMS, Megat Dani-al telah mendapat peluang untuk meneruskan pengajian dalam bidang kulinari di peringkat Ad-vanced Diploma di Taylor’s Uni-versity.

Kursus Kemahiran

Sejak diperkenalkan pada ta-hun 2006, YRMS menyediakan latihan berasaskan kemahiran

kepada 1300 orang belia dari se-luruh negara tanpa mengira jan-tina, bangsa atau agama.

YRMS menyimpan maklumat tentang perkembangan mereka melalui sistem 'Tracer Study' dan setiap pelajar yang ditaja YRMS untuk mengikuti kursus-kursus vokasional diberi Kad Alumni YRMS.

Boleh dikatakan semua anak-anak muda yang dilatih di bawah tajaan YRMS mendapat peker-jaan dan ada juga yang sudah memulakan perniagaan mereka sendiri dengan jayanya.

Antara kursus ditawarkan adalah jahitan, penyelenggaraan penyaman udara, penyeleng-garaan automotif, seni kulinari (amalan dapur, pastri dan bakeri), seni kecantikan, seni dandanan rambut, pendawaian elektrik, sistem komputer, reka bentuk landskap serta teknologi maklu-mat dan komunikasi, seni kema-san kayu, ‘plastic moulding tech-nology’ juga ‘ceramic production technology’.

'Self-Discovery for Young Adults’ Workshop'

Bengkel ini dijalankan YRMS dalam usaha membantu pelajar tingkatan lima yang bakal men-duduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan memberi kesedaran bahawa mereka masih berpeluang mendalami bidang yang diminati dengan adanya bantuan YRMS walaupun tidak berapa cemerlang dalam bidang akademik.

Mereka didedahkan kepada peluang untuk mendapat bantu-an untuk menghadiri kursus-kur-

sus kemahiran yang ditawarkan. Bengkel-bengkel untuk kursus

motivasi ini pernah mendapat kerjasama serta bantuan dari-pada CIMB Bank Berhad dan RHB Bank Berhad sejak dijalankan pada tahun 2003, bahkan sejum-lah 350 pelajar tingkatan lima telah mendapat manfaat melalui program ini.

YRMS juga menyediakan pinjaman 'permulaan' untuk pelajar terpilih yang memer-lukan bantuan untuk memu-lakan perniagaan mereka sen-diri dengan bimbingan mentor dalam bidang tertentu.

Selain aktiviti utama, YMRS turut menjalankan beberapa aktiviti tambahan seperti pro-gram amal bersama anak-anak yatim. Ini adalah untuk mem-beri pengalaman serta keseda-ran kepada semua anak-anak muda yang sedang atau yang telah melalui kursus-kursus tajaan YRMS.

Anak-anak muda ini akan memberi bantuan secara su-karela mengikut pengkhususan kursus yang sedang atau telah dilalui dengan tajaan YRMS ke-pada anak-anak yatim terlibat.

Hari ini, selepas 16 tahun ditubuhkan, DYTM Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah meneruskan legasi ayahan-danya memimpin YRMS untuk terus mengorak langkah mem-bantu anak muda yang tercicir dalam bidang akademi.

Sesungguhnya YRMS men-jadi harapan baru kepada golongan yang sebelumnya merasakan peluang untuk memperolehi kehidupan lebih baik seolah-olah kabur.

Page 15: raja muda selangor sembah tahniah dan ucap selamat sempena

Semoga Allah MemberkatiDan Melanjutkan Usia

DULI YANG TERAMAT MULIA TENGKU AMIR SHAHIBNI SULTAN SHARAFUDDIN IDRIS SHAH ALHAJ

S.P.M.S., S.S.I.S., S.P.M.K.RAJA MUDA SELANGOR

SEMBAH TAHNIAH DAN UCAP SELAMATSEMPENA PEMASYHURAN GELARAN SEBAGAI

RAJA MUDA SELANGOR

PADA 8 OKTOBER 2016 BERSAMAAN 7 MUHARAM 1438H

Sembah Takzim Daripada

Page 16: raja muda selangor sembah tahniah dan ucap selamat sempena

Semoga Allah MemberkatiDan Melanjutkan Usia

DULI YANG TERAMAT MULIA TENGKU AMIR SHAHIBNI SULTAN SHARAFUDDIN IDRIS SHAH ALHAJ

S.P.M.S., S.S.I.S., S.P.M.K.RAJA MUDA SELANGOR

SEMBAH TAHNIAH DAN UCAP SELAMATSEMPENA PEMASYHURAN GELARAN SEBAGAI

RAJA MUDA SELANGOR

PADA 8 OKTOBER 2016 BERSAMAAN 7 MUHARAM 1438H

Sembah Takzim Daripada

MAJLIS PERBANDARAN KLANG

Page 17: raja muda selangor sembah tahniah dan ucap selamat sempena

Semoga Allah MemberkatiDan Melanjutkan Usia

DULI YANG TERAMAT MULIA TENGKU AMIR SHAHIBNI SULTAN SHARAFUDDIN IDRIS SHAH ALHAJ

S.P.M.S., S.S.I.S., S.P.M.K.RAJA MUDA SELANGOR

SEMBAH TAHNIAH DAN UCAP SELAMATSEMPENA PEMASYHURAN GELARAN SEBAGAI

RAJA MUDA SELANGOR

PADA 8 OKTOBER 2016 BERSAMAAN 7 MUHARAM 1438H

Sembah Takzim DaripadaYang Dipertua, Ahli Majlis dan Seluruh Warga Kerja

MAJLIS PERBANDARAN SUBANG JAYA

Page 18: raja muda selangor sembah tahniah dan ucap selamat sempena

18Rencana

SelangorKini 7 - 14 Oktober 2016

FOKUS : Siri Akhir

Kepedulian rakyat teras pentadbiran walau diasak 'jaguh kampung'

Tambah peruntukan PPR setiap tahun

OLEH AFIX REDZUAN

Keprihatinan Kerajaan Selangor terhadap soal kebajikan kedia-man rakyat termasuk peng-huni Projek Perumahan Rakyat

(PPR) tetap diteruskan walaupun tanpa saluran peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan.

Sebagai Kerajaan Negeri yang ber-tanggungjawab, soal kepedulian terha-dap rakyat kekal menjadi teras pentad-biran walaupun terus diasak segelintir pihak yang lebih berminat dan teruja menjadi 'jaguh kampung'.

Peranan yang dimainkan Exco Pe-rumahan, Pengurusan Bangunan dan Kehidupan Bandar, Dato' Iskandar Abdul Samad, Lembaga Perumahan dan Harta-nah Selangor (LPHS) serta anak syarikat Perumahan Hartanah Selangor Sdn Bhd (PHSSB) membuktikan setiap kekura-ngan rumah PPR dinaiktaraf dari semasa ke semasa untuk keselesaan semua.

Dengan kenyataan tanpa ilmiah yang dilontarkan individu tertentu selain ren-tetan kemunculan watak pelakon tam-bahan, ia hanyalah retorik kosong seo-lah-olah dirinya sahaja mampu menjaga kebajikan rakyat.

Sepatutnya, semua pihak berlapang dada dalam memberikan yang terbaik buat rakyat kerana mereka yang akan menjadi penentu pemimpin berkarisma dalam menyajikan perkhidmatan buat mereka.

Perbelanjaan besar yang dikeluarkan agensi perumahan bertanggungjawab hasil pengurusan ekonomi yang baik Kerajaan Negeri akhirnya dinikmati ber-sama rakyat jelata.

Sejak 2008, lebih RM8 juta dibelan-

jakan Kerajaan Negeri dan pihak berkua-sa tempatan (PBT) untuk membaikpulih seluruh PPR di Selangor.

Peruntukan ditambah setiap tahun

Contohnya pada tahun 2011 dan 2012 sahaja, lebih RM3.1 juta sudah dibelan-jakan Kerajaan Negeri untuk membaik-pulih serta menggantikan lif dan pam air di PPR Lembah Subang 1 dan PPR Kota Damansara.

Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) menanggung kos RM4.7 juta untuk penyeleng-garaan PPR Lembah Subang 1 seperti kerja pembersi-han awam, kutipan sam-pah dan penyelenggaraan elektrikal untuk tahun ini sahaja.

Kos tersebut tidak termasuk peruntu-kan RM7.5 juta pada Belanjawan Kera-jaan Negeri 2015 bagi PPR yang diagih-kan RM5 juta untuk PPR Kota Damansara, RM1.1 juta (PPR Kg Baru Hicom) semen-

tara RM1.4 juta dinikmati PPR Serendah.Selain daripada itu terdapat banyak

penambahbaikan yang telah diperke-nalkan di PPR.

Dengan dua PPR iaitu Kota Daman-sara dan Kampung Baru Hicom di bawah PHSSB, langkah pengurusan yang lebih profesional dapat mengekang penyewa yang liat membayar sewa bulanan.

Sistem perjanjian sewa yang diper-kenalkan dilihat memberikan ke-

san dalam memastikan penyewa benar-benar layak dan bersedia

mematuhi peraturan ditetapkan sahaja menduduki PPR.

Tumpuan yang diberikan MBPJ kepada PPR Lembah Subang 1 selain daripa-da membelanjakan wang yang banyak untuk kerja penyelenggaraan tidak bo-

leh dinafikan walaupun sering mendapat perhatian paparan media tempatan.

Harus diingat, PPR Lembah Subang 2 yang dibebani pelbagai masalah, bah-kan tidak dapat diduduki selama lebih 10 tahun adalah hasil pembinaan Kera-jaan Persekutuan dan kes itu diharap dapat dijadikan iktibar serta tidak akan ber-ulang.

Di saat kehidupan semakin menekan, pemimpin sepatutnya memainkan pe-ranan lebih efisyen untuk menjuarai hati rakyat.

Keselesaan dan keharmonian perlu dititik beratkan kerana pembangunan berkualiti berteraskan kepedulian akan terus ditagih rakyat selamanya.

Perbelanjaan besar yang dikeluarkan agensi perumahan bertanggungjawab hasil pengurusan ekonomi yang baik Kerajaan Negeri akhirnya dinikmati bersama rakyat jelata. Sejak 2008, lebih RM8 juta dibelanjakan Kerajaan Negeri dan pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk membaikpulih seluruh PPR di Selangor

Page 19: raja muda selangor sembah tahniah dan ucap selamat sempena

Semoga Allah MemberkatiDan Melanjutkan Usia

DULI YANG TERAMAT MULIA TENGKU AMIR SHAHIBNI SULTAN SHARAFUDDIN IDRIS SHAH ALHAJ

S.P.M.S., S.S.I.S., S.P.M.K.RAJA MUDA SELANGOR

SEMBAH TAHNIAH DAN UCAP SELAMATSEMPENA PEMASYHURAN GELARAN SEBAGAI

RAJA MUDA SELANGOR

PADA 8 OKTOBER 2016 BERSAMAAN 7 MUHARAM 1438H

Sembah Takzim Daripada

Page 20: raja muda selangor sembah tahniah dan ucap selamat sempena

20PBT

SelangorKini 7 - 14 Oktober 2016

Bukti kemampuan berdayahuni

PJ dinobat EHCC KebangsaanOLEH SYASYA SUFIAN

SHAH ALAM - Sekali lagi Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dinobatkan sebagai pemenang kebangsaan WWF-Earth Hour City Challenge (EHCC) bagi ta-hun kedua berturut-turut.

Datuk Bandar MBPJ, Mohd Azizi Mohd Zain berkata, peng-iktirafan itu adalah hasil usaha bersama kakitangan serta pi-hak berkepentingan berkaitan dalam memastikan kejayaan pelaksanaan pelan pengurusan bandar rendah karbon.

“Usaha ini adalah selaras de-ngan inisiatif ‘Low Carbon Green City of PJ’ demi mencapai sasa-ran PJ Sustainable 2030.

“Dengan pencapaian EHCC ini, bandar PJ setaraf dengan

bandar lain di dunia yang ber-dayahuni serta aktif menangani isu perubahan iklim,” katanya.

Anugerah EHCC disampaikan Ketua Pasaran dan Pendidikan Thiagarajan Nedeson kepada Mohd Azizi dalam satu majlis ringkas di ibu pejabat MBPJ, pada 28 September lalu.

Mohd Azizi memberi jami-nan bahawa pihaknya akan terus melakukan yang terbaik dalam meningkatkan kesedaran awam mengenai kepentingan karbon rendah melalui program aktiviti dan pelbagai untuk mewujudkan sebuah bandar lestari, hijau dan mesra.

“MBPJ akan meneruskan komitmen ini menerusi bajet 2017 memperluaskan program food bank sedia ada selepas

mendapat tajaan RM5.5 juta da-ripada Bank Rakyat untuk tem-poh tiga tahun dan MBPJ juga telah meluluskan program Ret-rofitting Bangunan MBPJ.

“Dengan adanya Low Carbon City Action Plan 2015-2030, kita menganggarkan pelepasan kar-bon 3,496 kilo tan CO2 pada 2014 dapat dikurangkan sebanyak 30 peratus pada 2030,” katanya.

Terdahulu, EHCC mendapat penyertaan 125 bandar yang mewakili 21 negara, termasuk Amerika Syarikat, Perancis, Thai-land, Sweden, China dan India. Paris dinamakan sebagai 2016 Global Earth Hour Capital.

Antara bandar lain di Malaysia yang mengambil bahagian dalam cabaran tahun ini ialah Melaka, Pulau Pinang dan Kuching Utara.

Tembak �,��� gagak, elak Klang tercemarKLANG - Majlis Perbandaran Klang (MPK) menembak mati 4,881 burung gagak dalam usa-ha menjaga kebersihan bandar itu dalam operasi bersepadu dijalankan, pada 28 September lalu.

Yang Dipertuanya, Dato’ Mo-hamad Yasid Bidin berkata, operasi itu turut disertai 64 pe- nembak berlesen sekitar Klang termasuk dari Perak dan Mela-ka berikutan najis gagak berta-buran dan dikhuatiri menyebab-kan penyakit berbahaya selain mengotorkan kawasan bandar.

“Kumpulan gagak didapati mengotorkan rumah, premis perniagaan dan kenderaan di

beberapa taman sekitar Klang berikutan jumlahnya yang ba-nyak hingga menimbulkan ma-salah kepada penduduk setem-pat.

“Operasi ini salah satu lang-kah berkesan MPK mengurang-kan bilangannya di kawasan berkenaan dan ia dilakukan selepas menerima banyak aduan daripada penduduk,” katanya dalam kenyataan media, di sini.

Beliau berkata, operasi se-perti itu diadakan setiap tahun secara berterusan dengan yuran pendaftaran RM5 seorang lagi bagi setiap seekor gagak berja-ya ditembak, peserta akan diberi habuan RM3.

Bayar kompaun, percuma kupon parkirAMPANG - Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) menawar kupon meletak kenderaan ber-nilai RM10 kepada orang ramai yang membayar kompaun ma-sing-masing.

Yang Dipertua MPAJ, Abd Ha-mid Hussain berkata, langkah itu diambil bagi tujuan mempro-mosikan sistem tempat meletak kereta berkupon di kawasan pen-tadbiran MPAJ.

“Kompaun meletak kenderaan dikenakan adalah RM30 tetapi mereka dapat dua buku kupon bernilai RM5 setiap satu dan ini bermakna kita pulangkan RM10 dalam bentuk kupon meletak kenderaan.

“Sehingga kini sejumlah RM18,175 kompaun berjaya di-

kutip,” katanya pada sidang me-dia selepas Mesyuarat Penuh MPAJ diadakan di Menara MPAJ di sini, baru-baru ini.

Jelasnya,orang ramai tidak ha-rus melepaskan tawaran kupon meletak kenderaan percuma itu yang bermula pada 15 Septem-ber hingga 31 Oktober ini.

Ketika menyentuh sistem me-letak kenderaan berkupon yang baru diperkenalkan, Abd Hamid memberitahu sehingga kini 292 buku kupon dijual di 216 ejen jualan terpilih.

“Antara ejen kami adalah pa-sar mini 99 Speed Mart, kedai ser-baneka 7 Eleven dan stesen pam minyak Petronas. Orang ramai boleh dapatkan buku kopun di sana,” katanya.

Page 21: raja muda selangor sembah tahniah dan ucap selamat sempena

21SelangorKini 7 - 14 Oktober 2016

Agama

WAKTU SOLAT SELANGOR7 - 14 Oktober 2016

6 - 13 Muharam 1438HGombak, Hulu Selangor, Rawang, Hulu Langat, Sepang, Petaling, Shah Alam

Imsak Subuh Syuru' Zuhur Asar Maghrib Isyak

Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang, Kuala Langat

Imsak Subuh Syuru' Zuhur Asar Maghrib Isyak

07 Jumaat 5.34 5:44 6.58 1:04 4:17 7:05 8:1408 Sabtu 5.33 5:43 6.58 1:04 4:17 7:04 8:1309 Ahad 5.33 5:43 6.58 1:03 4:17 7:04 8:1310 Isnin 5.33 5:43 6.58 103 4:17 7:03 8:1311 Selasa 5.33 5:43 6.57 1:03 4:17 7:03 8:1212 Rabu 5.33 5:43 6.57 1:02 4:17 7:03 8:1213 Khamis 5.32 5:42 6.57 1:02 4:18 7:02 8:1214 Jumaat 5.32 5:42 6.57 1:02 4:18 7:02 8:12

07 Jumaat 5.36 5:46 7:02 1:06 4:19 7:07 8:1608 Sabtu 5.35 5:45 7:02 1:06 4:19 7:06 8:1509 Ahad 5.35 5:45 7:01 1:05 4:19 7:06 8:1510 Isnin 5.35 5:45 7:01 1:05 4:19 7:05 8:1511 Selasa 5.35 5:45 7:01 1:05 4:19 7:05 8:1412 Rabu 5.35 5:45 7:01 1:04 4:19 7:05 8:1413 Khamis 5.34 5:44 7:01 1:04 4:20 7:04 8:1414 Jumaat 5.34 5:44 7:01 1:04 4:20 7:04 8:14

Tokoh Maal Hijrah Selangor

Optimis bangun kesatuan ummah OLEH ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM - Pengiktirafan Tokoh Maal Hijrah 1438 peringkat negeri menjadi sumbang saran kepada Dato' Muhammad Hasri, 69, untuk terus membangun kesatuan um-mah di negeri itu.

Bercakap kepada SelangorKini, beliau optimis dapat me-nyumbang kepada perkara itu demi perpaduan dan pe-nyatuan ummah

yang lebih utuh dalam kalangan umat Islam sejagat.

"Saya bersyukur menerima pengiktirafan ini dan berterima kasih kepada Kerajaan Negeri atas anugerah yang cukup besar bagi diri saya.

"Tentunya penganugerahan ini akan menjadi pemangkin untuk saya lebih gigih bekerja menyatu-kan perpaduan ummah khususnya di peringkat negeri dan negara,"

katanya. Beliau ditemui pada Majlis

Penganugerahan dan Sambutan Maal Hijrah 1438 peringkat ne-

geri di Dewan Solat Bawah Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz

Shah, di sini, pada 1 Okto-ber lalu.

Pemilihan itu dibuat selaras komitmen

dan pembabitannya dalam pelbagai ak-tiviti seperti sosial, ekonomi dan pen-

didikan yang memberi kesan

kepada gerakan juga perkemba-

ngan Islam.Beliau menerima

wang tunai RM10,000

sumbangan Kerajaan Negeri serta RM10,000 lagi daripada Lembaga Zakat Selangor (LZS), sijil peng-hargaan, cenderahati Maal Hijrah, sepersalinan pakaian dan pakej mengerjakan umrah.

Anugerah disampaikan Yang Amat Mulia Tengku Laksamana Se-langor, Tengku Sulaiman Shah Al-haj Ibni Almarhum Sultan Salahud-din Abdul Aziz Shah Alhaj, mewakili DYMM Sultan Selangor.

Muhammad Hasri yang juga anak jati Sungai Besar dilahirkan pada 17 Mei 1947 mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Kebangsaan Sungai Besar dan Sekolah Mene-ngah Kebangsaan Sungai Besar.

Antara pencapaian tertinggi be-liau adalah menjadi Hakim Majlis Menghafaz Al-Quran peringkat Ke-bangsaan bermula dari 1994 hing-ga kini dan pernah menjadi qari jemputan di Indonesia, Thailand, Libya, Arab Saudi, China, Taiwan, Morocco dan Pakistan.

Tokoh itu turut menyumbang dalam bidang penulisan bagi Mo-dul Tarannum JAKIM dan Bacaan Rawi peringkat Kebangsaan serta pernah mewakili Malaysia ke Per-sidangan Al-Quran di Brunei dan Libya.

RM ��,��� rai peserta Nikah Perdana

GOMBAK - Sejumlah RM20,000 diperun-tukkan Masjid Al-Khairiyah bagi pengan-juran program Pernikahan Perdana 2016 bersama Majlis Agama Islam Selangor (Mais) sempena sambutan Maal Hijrah edi- si keenam di Taman Gombak Setia, di sini, pada 2 Oktober lalu.

Dalam majlis itu, sekurang-kurangnya 10 pasangan melangsungkan pernikahan secara beramai-ramai, sekali gus berhijrah ke status baharu sebagai suami dan isteri.

Semua pasangan pengantin berusia lingkungan 20-an itu dinikahkan lima ju-runikah bertauliah dari Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan Masjid Al-Khai-riyah.

Nazir Masjid Al-Khairiyah, Ir Mohd Rozi Salleh berkata, program berkonsepkan keserdahanaan itu memerlukan setiap pa-sangan membayar RM1,000 sahaja.

“Kita utamakan pasangan yang kurang berkemampuan memandangkan kos me-langsungkan perkahwinan kini semakin meningkat.

“Majlis ini juga dirangka khusus memu-dahkan urusan yang wajib terlebih dahulu dilaksanakan,” katanya kepada Selangor-Kini.

Sementara itu, salah seorang peserta, Nur Kaisah Hatpari Harun, 20, berkata be-liau dan pasangannya, Erit Emeer Zaini, 22, memilih untuk menyertai program itu kerana ia memudahkan pelbagai urusan.

“Program ini memudahkan banyak uru-san seperti saya yang berwalikan hakim dipermudahkan prosesnya di mahkamah dan pejabat agama.

“Dengan hanya membayar RM1,000, banyak manfaat diperolehi seperti jamuan makan untuk 50 ahli keluarga, makan ber-adab, 'photobooth' juga hadiah cabutan bertuah,” katanya.

Bagi pasangan Abdul Fatah Abdul Ka-dir, 30, dan Siti Nur Aqilah Fadhilah, 25, mereka memilih untuk melangsungkan pernikahan beramai-ramai kerana meng-anggap inisiatif itu dapat menjimatkan perbelanjaan majlis perkahwinan.

JABATAN KERJA RAYAKENYATAAN TENDER

Tender adalah dipelawa daripada Kontraktor-kontraktor yang berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia/PUKONSA/UPKJ/Kementerian Kewangan dalam gred, kategori dan pengkhususan dan jenis pendaftaran yang masih dibenarkan membuat tawaran buat masa ini bagi kerja berikut:-

Dokumen Meja Tender boleh disemak dan dokumen tender boleh diperolehi di pejabat-pejabat berkenaan semasa waktu pejabat.

Bayaran bagi dokumen tender hendaklah dibuat dalam bentuk draf bank/kiriman wang/wang pos di atas nama Ketua Akauntan Kementerian Kerja Raya. Dokumen tender akan dikeluarkan kepada wakil Kontrak yang sah sahaja. Untuk maksud ini, wakil kontraktor dikehendaki membawa perakuan/Sijil ASAL Perakuan Pendaftaran Kontraktor dan Sijil Perolehan Kerja Kerajaan yang dikeluarkan oleh Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) serta Sijil Taraf Bumiputera yang dikeluarkan oleh Bahagian Pembangunan Usahawan (Jika Berkenaan) beserta satu salinan sijil-sijil tersebut. Bagi Kontraktor yang berdaftar dengan PUKONSA atau UPKJ, wakil kontraktor yang sah dikehendaki membawa perakuan/Sijil ASAL Perakuan Pendaftaran Kontraktor, Sijil Pendaftaran PUKONSA atau UPKJ dan Sijil Taraf Bumiputera (jika berkenaan)

Pejabat yang

Memanggil Tender

Tajuk Projek Taraf/Jenis Syarikat*

Gred, Kategori, Pengkhususan/

Kelas, Tajuk & Tajuk Kecil/

Kelas, Kepala & Sub Kepala

Tempat & Tarikh

Dokumen Mulai Dijual

Harga Dokumen & Bayaran Atas Nama

Tempat, Tarikh & Waktu Tender Tutup

Bahagian Kontrak dan Ukur Bahan,

JKR Negeri Selangor

MENAIKTARAF JALAN KG. LOMBONG,

DAERAH KLANG,

SELANGOR DARUL EHSAN

(CH2800 – CH6000)

JKR/SEL/(N)031(T)/2016

BumiputeraT1

CIDB, SPKK, PKK & UPEN

Gred:G7

Kategori:CE

Pengkhususan:CE01, CE02 &

CE21

Bahagian Kontrak &

Ukur Bahan, JKR

Selangor.

04/10/2016(Selasa)

Hingga

18/10/2016(Selasa)

RM750.00

(Draf Bank/ Kiriman Wang/

Wang Pos)

Atas Nama Pengarah Kerja Raya

Negeri Selangor

Bahagian Kontrak &

Ukur Bahan,JKR Negeri

Selangor Tingkat. 1, Bangunan

SSAAS 40582

Shah Alam, Selangor

Pada:

27/10/2016(Khamis)

Sebelum/Pada Jam

12.00 tengahari.

Lawatan Tapak adalah digalakkan. Sebarang pertanyaan hubungi Bahagian Kontrak Dan Ukur Bahan, JKR Negeri Selangor. No. Tel: 03-55447752

*Jenis Pendaftaran:

T1A1

A2

--

-

Syarikat 100% milik tempatan Syarikat yang 100% milik tempatan ATAU syarikat tempatan yang disenaraikan di BSKL yang mempunyai pegangan ekuiti asing tidak melebihi 30% dan Lembaga Pengarah, Pengurusan dan pekerja adalah 100% oleh warganegara.Syarikat yang 100% milik tempatan ATAU syarikat tempatan yang disenaraikan di BSKL ATAU Syarikat Usahasama yang diperbadankan di Malaysia yang mempunyai equiti asing tidak melebihi 49% dan majoriti ahli Lembaga Pengarah, Pengurusan dan pekerja adalah warganegara.

Bagi lawatan tapak atau sesi taklimat tender yang diwajibkan, hanya penama yang tercatat di dalam sijil PKK, SPKK, PUKONSA atau UPKJ yang dibenarkan menghadiri lawatan tapak atau sesi taklimat berkenaan. Kontraktor/syarikat tidak boleh mewakilkan pegawai selain daripada penama dalam PKK, SPKK, PUKONSA atau UPKJ.

Page 22: raja muda selangor sembah tahniah dan ucap selamat sempena

22Wanita

SelangorKini 7 - 14 Oktober 2016

OLEH LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM - Seramai 56 wanita di negeri menerima watikah lantikan Pe-nyelia Pusat Wanita Berdaya (PWB) bagi sesi 2016 hingga 2018.

Exco Kesihatan, Kebajikan, Hal Ehwal Wanita dan Keluarga, Dr Daroyah Alwi berkata, 43 daripada penyelia dipilih adalah lantikan semula, daripada sesi sebelum ini.

“Kita yakin mereka mempunyai pe-ngalaman mengendalikan PWB dan ia pasti membantu melancarkan segala urusan juga program.

“Mereka adalah aset Kerajaan Negeri yang tidak perlu lagi diajar, namun akan terus dipantau dari masa ke masa seper-ti orang baru,” katanya ketika Majlis Pe-nyerahan Penyelia PWB di Acapella Suit Hotel, di sini, pada 1 Oktober lalu.

Hadir sama, Ahli Parlimen Ampang

yang juga Ketua Wanita KEADILAN, Zuraida Kamaruddin; ADN Selat Klang, Dr Halimah Ali; ADN Teratai Tiew Way Keng dan ADN Taman Medan, Haniza Talha.

Pada masa sama, Dr Daroyah berka-ta, lantikan baru dibuat selaras kriteria ditetapkan selain memberi peluang ke-pada muka baru.

“Kita juga mendapatkan maklum balas dan persetujuan ADN di setiap DUN bagi setiap calon penyelia.

SHAH ALAM - Tanggungjawab menggalas jawatan Penyelia Pusat Wanita Berdaya (PWB) bagi tempoh dua tahun bukan sesuatu yang harus di-pandang enteng.

Bagi Surinah Parman, beliau perlu bijak meng-gunakan peruntukan RM30,000 dan memastikan setiap program memberi manfaat kepada wanita di kawasannya.

“Kita bukan terima elaun bulat-bulat tetapi per-lu memastikan apa yang dilaksanakan mencapai objektif digariskan PWB.

“Kepuasan hanya tercapai apabila program di-jalankan membantu wanita menambah pendapa-tan keluarga,” kata Penyelia PWB Sementa itu ke-pada SelangorKini.

Beliau adalah salah seorang daripada 56 pene-rima Watikah Penyelia PWB bagi sesi 2016 hingga 2018, pada 1 Oktober lalu.

Berkongsi pandangan sama, A. Vijayaramy yang menyatakan program PWB kian mendapat tempat dalam kalangan wanita tempatan.

“Ada masanya kita menerima penyertaan ham-pir 100 peserta dalam satu program, menunjukkan PWB menerima sambutan.

“Namun, saya yakin pendedahan berterusan perlu dilaksanakan untuk memantapkan lagi je-nama PWB di Selangor,” katanya yang menyelia ka-wasan Sungai Pelek.

Sementara itu, Priscilla Hen berharap peruntu-kan PWB dapat ditambah selaras dengan kos yang semakin meningkat.

“Harga barangan kini naik ditambah Cukai Ba-rangan dan Perkhidmatan (GST).

“Kita juga perlu menampung kos tenaga penga-jar bagi setiap program dijalankan,” kata Penyelia PWB Seri Kembangan itu.

SHAH ALAM - Worldwide Hol-dings Berhad (WHB) meneru-si kempen Worldwide Prihatin meneruskan program tanggung-jawab sosial korporatnya (CSR) memberi penekanan dan mem-perkasakan pendidikan dalam kalangan pelajar tempatan.

Ketua Komunikasi Korporatnya, Amin Nardin Ishak berkata, WHB melalui fakulti perubatannya me-nyumbang produk peranti peru-batan kepada universiti tempatan untuk tujuan latihan dan pening-katan kemahiran juga mempela-jari teknik jahitan pembedahan menutup luka besar dan kecil.

“Antara universiti yang mene-rima produk peranti perubatan jenama VESTI adalah Universiti Teknologi Mara (UiTM), Univer-

SHAH ALAM - Masyarakat Orang Asal di ne-geri ini tidak terkecuali daripada menerima manfaat jangka panjang hasil keprihatinan Kerajaan Negeri.

Terbaru, seramai tujuh keluarga masyara-kat Orang Asal dari Sungai Rambai, Pulau Carey menerima bantuan daripada Kerajaan Negeri ekoran kejadian banjir di kawasan itu, baru-baru ini.

Bantuan diserahkan Exco Kesihatan, Ke-

bajikan, Hal Ehwal Wanita dan Keluarga, Dr Daroyah Alwi di balai raya kampung terbabit, pada 26 September lalu.

Pada masa sama, bantuan dizahirkan Kera-jaan Negeri sebagai inisiatif memastikan ma-syarakat kurang bernasib baik terus dibantu.

Baru-baru ini, Selangor berdepan fenomena air laut pasang yang berlaku di sekitar perair-an negeri menyebabkan beberapa kediaman penduduk dinaiki air.

Lancar urusan PWB

�6 wanita terima watikah penyelia

Komited bantu wanita

WHB sumbang peralatan perubatan

siti Sains Islam Malaysia (USIM), MAHSA University dan Manage-ment Science University (MSU).

“WHB melalui anak syarikat-nya Worldwide Medivest Sdn

Bhd (WMSB) juga memasarkan produk peranti perubatan jahitan pembedahan jenama VESTI ke-pada hospital kerajaan untuk ke-gunaan prosedur pembedahan

kepada golongan memerlukan,” katanya dalam kenyataan.

Antara hospital kerajaan yang menerima peralatan VESTI adalah Hospital Kuala Lumpur, Hospi-

Masyarakat Orang Asal terima bantuan banjir

tal Selayang, Hospital Serdang dan Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang untuk kegunaan prosedur pembedahan kepada golongan memerlukan.

Katanya, WHB turut menyampai-kan sumbangan RM110,000 dalam bentuk tunai dan bantuan pera-latan perubatan untuk kegunaan mangsa perang di hospital juga kem pelarian di Gaza dan Syria.

“WHB akan berkolaborasi de-ngan Humanitarian Care Malay-sia Berhad (MyCARE) dan Aman Palestin Malaysia dalam kutipan dana dengan meletakkan tabung kutipan dana di pejabat korpo-rat, pejabat jualan, anak syarikat, tapak projek juga ruang pamer-an hartanah dan perkhidmatan WHB.

Page 23: raja muda selangor sembah tahniah dan ucap selamat sempena

23SelangorKini 7 - 14 Oktober 2016

Sukan

OLEH AFIX REDZUAN

KUCHING - Sukan Orang Pekak Malay-sia Ke-19 (SOPMA XIX) membuka tirai dengan upacara pe-rasmian meriah di De-wan Majlis Bandaraya Ku- ching Selatan (MBKS), pada 30 September lalu.

Dengan tema ‘Memeli-hara Legasi Kita’, Selangor diwakili 59 kontinjen terdiri daripada 38 atlet dan 21 pegawai kini berada di Kuching bagi

memburu kejuaraan.Disertai 12 negeri, majlis

perasmian disempurnakan Menteri Muda Kebajikan dan Kesejahteraan Masyara-kat, Dr Abdul Rahman Ismail mewakili Ketua Menteri Sa-rawak, Datuk Patinggi Tan Sri Dr Adenan Satem.

Abdul Rahman dalam uca-pannya berkata, penganjuran

sukan itu diharap dapat membangunkan se-

mula prestasi at-let di pering-

SOPMA XIX

Misi buru kejayaanKUCHING - Selangor berjaya merangkul pingat emas pertama, pada hari kedua Su-kan Orang Pekak Malaysia (SOPMA XIX) menerusi Mohamad Firdaus Mohamad bagi acara perseorangan boling tempin.

Berlangsung di Megalanes Sarawak, be-liau mengutip 1,277 mata selepas enam pusingan menewaskan atlet di tangga ke-dua dari Sabah, Nathaneal Siegfred Enson dengan perbezaan 25 mata.

Tempat ketiga dimenangi atlet Wilayah Persekutuan, Mohd Zaidi Awang yang me-ngumpul 1,208 mata.

Bercakap kepada SelangorKini, Mo-hamed Firdaus melahirkan kegembiraan atas kejayaan menyumbangkan pingat emas pertama buat Selangor.

“Saya bersyukur kepada Allah SWT dan gembira atas kemenangan ini.

“Saya sudah berusaha sebaik mungkin dan diharapkan dapat membantu Selangor menang dalam acara lain selepas ini,” katanya.

Sementara itu, Sabah mengunggu-li kategori perseorangan wanita menerusi Jovinia Danduan.

Beliau yang mengum-pul 1,037 mata me-newaskan dua atlet Sarawak, Sia Chew Ing dengan 946 mata, manaka-la Siong Mui Hiong ketiga (944 mata).

Mohamad Firdaus tuai emas pertama

KUCHING - Kontinjen boling tenpin Se-langor terus menyumbang pingat emas dalam Sukan Orang Pekak Malaysia (SOP-MA XIX) apabila berjaya menguasai acara beregu lelaki.

Gandingan Mohd Firdaus Mohamad dan Mohd Razid Redzali berjaya mengum-pul 2,454 mata menewaskan gandingan Wilayah Persekutuan dengan perbezaan 157 mata.

Chua Hock Seng dan Mohd Zaidy Awa-ng merangkul perak dengan 2,297 mata sementara gangsa menjadi milik Sabah menerusi gandingan Ho Choon Seong dan Nathaneal Siegfred Enson yang me-ngutip 2,202 mata.

Detik manis itu adalah kejayaan kedua

Selangor merangkul emas selepas Mohd Firdaus berjaya memenangi kategori perseorangan individu, pada 1 Oktober lalu.

Pingat emas itu disampaikan sendiri Ketua Kontinjen (CDM) Selangor, Azlan Jo-har bertempat di Megalanes Sarawak.

Sementara itu, bagi kategori wanita, gandingan Sarawak mengungguli pingat emas dan perak, sementara gangsa men-jadi milik Terengganu.

Sia Chew Ing dan Siong Mui Hong me-ngutip 1,726 mata, sementara V Helminah Mikel Rudy dan Siw Sing Hie masing-mas-ing mengumpul 1,687 mata.

Gandingan Nul Anawiah Ismail dan Nur Amalina Mohd Rani ketiga dengan pung-utan 1,684 mata.

KUCHING - Selangor mengukuhkan ceng-kaman Kumpulan A dalam aksi bola sepak Sukan Orang Pekak Malaysia (SOPMA XIX) apabila mencatatkan kemenangan selesa, 3-1 menentang Pulau Pinang.

Shahrul Rizal Mohamed membuka ti-rai jaringan Selangor, pada minit ke-13 selepas merembat kencang hantaran lin-tang Firdaus Baharudin.

Dua minit sebelum separuh masa perta-ma tamat, giliran Mohammad Firdaus me-mastikan Selangor selesa mendahului 2-0.

Gol kedua hasil sepakan bebas Moham-mad Raffi Ishak berjaya disambar Moham-mad Firdaus yang terus merembat ken-cang ke gawang Pulau Pinang.

Pulau Pinang cuba bangkit pada sepa-ruh masa kedua dan berjaya merapatkan jurang pada minit ke-60.

Namun, Mohammad Firdaus sekali lagi mencatatkan nama sebagai penjaring pada minit ke-89 bagi memastikan ke-menangan mutlak 3-1 menjadi milik Sela-ngor.

Selesa benam Pulau Pinang �-�

KENYATAAN TENDER

2. Dokumen tender boleh dibeli pada waktu pejabat di Tingkat 3, Unit Tender Dan Kontrak. Dokumen tender akan dikeluarkan mulai dari tarikh 13 hb Oktober 2016 hingga 03 hb November 2016 dengan harga yang ditetapkan bagi senaskah (tidak dikembalikan). Dokumen Tender hanya dijual kepada kontraktor-kontraktor atau wakil yang mengemukakan Surat Lantikan Wakil, Sijil Pendaftaran Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) dan Unit Perancang Ekonomi Negeri Selangor (UPEN) yang asal. Petender juga perlu menyertakan ‘FIFA preferred producer’. Bayaran hendaklah dibuat secara Tunai, Wang Pos Atau Bank Draf yang berpalang atas nama ‘Yang Dipertua Majlis Perbandaran Sepang’.

3. Kontraktor-kontraktor adalah diwajibkan untuk hadir lawatan tapak bersama Pegawai Penguasa atau wakilnya. Hanya petender yang hadir pada lawatan tapak tersebut sahaja yang layak untuk memasuki tawaran ini. Petender dikehendaki melaporkan diri ditempat, tarikh dan masa seperti berikut :

Tarikh : 13 hb Oktober 2016 (Khamis) Masa : 10.00 pagi Tempat Berkumpul : Bilik Melati, Aras 1, Majlis Perbandaran Sepang

4. Dokumen Tender yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar dalam sampul surat bermeteri dengan menulis No. Tender disebelah sudut kiri sampul dan dimasukkan ke dalam peti tender di Ruang Lobi Utama, Aras Dua, Majlis Perbandaran Sepang, Cyberjaya, Selangor Darul Ehsan sebelum atau pada jam 12.00 tengahari pada 03 hb November 2016.

5. Majlis Perbandaran Sepang tidak terikat untuk menerima tender yang terendah atau sebarang tender atau memberi apa-apa sebab tender itu ditolak dan juga tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kos perbelanjaan berhubung dengan tender ini dan sebarang keputusan adalah muktamad.

BIL. NO. TENDER TAJUK KERJA

BIDANG, SUB BIDANG &

PECAHAN BIDANG

SYARAT-SYARAT KHAS

HARGA DOKUMEN

1. MP Sepang 400-10/12-78/2016 BGN

CADANGAN MEMBINA DAN MENYIAPKAN SATU UNIT

PADANG BOLA SINTETIK SECARA REKA DAN BINA UNTUK MAJLIS

PERBANDARAN SEPANG.

CIDB, SPKK,G5 ATAU G6,

CE21, (UPEN)

Kontraktor mestilah menyertakan ‘FIFA preferred producer’ dan mempunyai

pengalaman dalam pembinaan padang sintetik

RM150.00

1. Tender adalah dipelawa daripada kontraktor-kontraktor yang berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) dan Unit Perancang Ekonomi Negeri Selangor (UPEN) bagi kerja-kerja berikut :

kat kebangsan bagi mengembalikan ke-gemilangan di peringkat antarabangsa.

“Saya menyeru semua atlet melaku-kan terbaik supaya temasya kali ini dapat melahirkan lebih banyak atlet berdaya saing untuk bertanding di peringkat an-tarabangsa,” katanya.

Boling kalung emas kedua

Dalam edisi ke-19 kali ini, Sarawak selaku tuan rumah memperuntukkan RM2.2 juta, namun dua negeri, Perlis dan Negeri Sembilan tidak mengambil baha-gian.

SOPMA adalah sukan kedua tertua di Malaysia selepas Sukan Malaysia (Suk-ma) mempertandingkan empat acara iaitu bola sepak, tempin boling, olahraga dan badminton.

Sementara itu, Ketua Kontinjen Sela-ngor, Azlan Johar berharap atlet yang memikul cabaran kali ini dapat mem-berikan persembahan terbaik dan mem-bawa pulang pingat.

“Kami tiba dengan semangat kuat, malahan Selangor berjaya menewas-kan Perak, 2-0 dalam sukan bola sepak dan saya yakin ini permulaan baik buat semua atlet terlibat.

“Saya rasa tiada masalah untuk kita mencatat keputusan membanggakan bagi semua rakyat Selangor,” katanya.

Kami tiba dengan semangat kuat, malahan Selangor berjayamenewaskan Perak, 2-0 dalam sukan bola sepak dan saya yakin inipermulaan baik buat semua atlet terlibatAZLAN JOHARKetua Kontinjen Selangor

Page 24: raja muda selangor sembah tahniah dan ucap selamat sempena

23

Separuh akhir pertama Piala Malaysia

Selangor hampakan T-Team

Diterbitkan oleh Kerajaan Negeri Selangor Darul EhsanDicetak oleh NAJ Press Resources (M) Sdn. Bhd., Lot 19, Jalan Lada Hitam 16/12, 40200 Seksyen 16, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan. Tel : 03-5519 6373 Faks : 03-5512 7985

SOPMA XIXMisi burukejayaan

OLEH HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM - Gol Ugo Ukah menceriakan The Red Giants apa-bila berjaya mengatasi T-Team, 2-1 dalam separuh akhir pertama Piala Malaysia di Stadium Shah Alam, di sini, pada 1 Oktober lalu.

Jaringan pada minit ke-80 itu dihasilkan Ukah melalui sepak-an kencang di luar kotak penalti hasil hantaran tendangan sudut ketua pasukan, Andik Verman-shah melepasi penjaga gol la-wan, Ilham Amirullah.

T-Team terlebih dahulu men-jaringkan gol selepas dihadiah-kan sepakan penalti angkara kekasaran Bunyamin Umar ke atas Sapawi Rased.

Patrick Crus (m22) tidak melakukan kesilapan dengan sepakan tepat menerjah jaring memperdayakan Khairulazhan Khalid.

Gol terbabit merancakkan saingan dengan kedua pasukan saling berbalas serangan dan Se-langor berusaha mencari gol pe-

nyamaan.H a z w a n

Bakri mengga-matkan sta-dium dengan t e n d a n g a n kencang di depan gol T-Team me-nepati sasa-ran untuk jaringan per- tama Selan-

gor dalam masa tambahan sepa-ruh masa pertama.

Skuad kendalian K Gunalan menggandakan asakan, pada separuh masa kedua dengan Hazwan, Andik, Patrick Ronal-dinho Wleh dan pemain lain berusaha menghasilkan penyu-dah berkesan.

Tidak kurang T-Team yang tu-rut menyusun serangan berbisa ke kubu Selangor melalui Noh Hakim Hassan dan rakan-rakan.

Perlawanan sengit dengan beberapa pemain mengalami kecederaan menghadirkan ceria kepada penyandang juara Piala Malaysia itu apabila Ukah men-jaringkan gol 10 minit sebelum perlawanan tamat.

Ia memberi kelebihan kepada The Red Giants yang mendahului agregat 2-1.

Kedua-dua pasukan akan ber-temu dalam separuh akhir kedua di Terengganu, pada 15 Oktober ini.

Selangkah ke finalnyaingi T-Team yang beraksi cemerlang dalam 45 minit pertama permainan.

“Saya tekankan kepada pe-main jika kita mahu ke akhir, kita tidak boleh bermain se-perti dipamerkan dalam sepa-ruh masa pertama.

“Maka, saya menukarkan corak permainan dengan Hazwan, Andik Vermanshah, Patrick Ronaldinho Wleh dan pemain lain menggandakan serangan bagi memberi tekan-an kepada T-Team,” katanya.

Mengulas lanjut, Gunalan berkata, Selangor akan lebih bersedia menghadapi perla-wanan separuh akhir kedua di Kuala Terengganu nanti.

Katanya, T-Team pasti lebih yakin beraksi di laman sendiri apatah lagi pernah menga-lahkan skuad Merah Kuning (1-0) dalam aksi liga, pada Ogos lalu.

“Saya akan berusaha mem-beri motivasi kepada pemain supaya lebih bersedia bagi berdepan cabaran T-Team nanti,” katanya.

Saya tekankankepada pemain jika kita mahu ke akhir, kita tidak boleh bermain seperti dipamer-kan dalam separuh masa pertamaK GUNALAN

Pengendali The Red Giants

SHAH ALAM - Kejayaan meng-atasi T-Team dalam aksi perta-ma separuh akhir Piala Malay-sia, pada 1 Oktober lalu amat penting untuk meningkatkan moral Selangor dan mencerah-kan laluan ke perlawanan akhir.

Pengendali The Red Giants, K Gunalan yakin anak buahnya akan terus mempamerkan pe-ningkatan seterusnya mencipta kemenangan dalam separuh akhir kedua di Stadium Sultan Ismail Nasaruddin Shah, Kuala Terengganu, Terengganu, pada 15 Oktober ini.

“Dua gol diperoleh dalam perlawanan tadi (1 Oktober) harus menggembirakan tetapi saya rasa peluang masih ter-buka luas di Kuala Terengganu kerana bukan mudah menen-tang T-Team di sana.

“Saya yakin pemain tahu hakikat ini dan mereka pasti fokus untuk menghadapi per-lawanan separuh akhir kedua nanti,” katanya dalam sidang media di Stadium Shah Alam, di sini.

Dalam aksi separuh akhir pertama itu, Selangor menga-lahkan T-Team, 2-1 hasil jari-ngan Hazwan Bakri (m45) dan Ugo Ukah (m80), manakala gol sagu hati pasukan lawan di-lakukan Patrick Cruz (m22) me-lalui sepakan penalti.

Beliau berkata, perubahan taktikal dilakukan pada sepa-ruh masa kedua membuahkan hasil apabila barisan serangan juara Piala Malaysia itu bertin-dak agresif dengan melancar-kan serangan berterusan ke kubu lawan.

Katanya, ia mem-beri impak bagus dengan The Red Giants berjaya me-