rahsia bonus produk affiliate oleh neal izham

19
Rahsia bonus produk affiliate. Ketahui 30 cara untuk beri bonus produk affiliate.

Upload: universiti-malaya-kuala-lumpur-malaysia

Post on 26-May-2015

364 views

Category:

Education


0 download

DESCRIPTION

Find out more related information here http://www.nealizham.com

TRANSCRIPT

Page 1: Rahsia Bonus Produk Affiliate oleh Neal Izham

Rahsia bonus produk

affiliate.

Ketahui 30 cara untuk beri bonus produk affiliate.

Page 2: Rahsia Bonus Produk Affiliate oleh Neal Izham

NOTIS & HAK

Penulis telah mencuba untuk menulis dengan tepat dan lengkap dalam menghasilkan

e-book ini. Walaubagaimanapun, penulis tidak bertanggungjawab seandainya setiap

fakta yang diberi sudah tidak relevan disebabkan oleh perubahan yang sentiasa berlaku

di dunia internet kini.

Kesemua teknik atau cara atau tips yang diberi dalam e-book ini telah dicuba sendiri

oleh penulis. Oleh itu sekali lagi, penulis tidak akan bertanggungjawab jika pembaca e-

book ini melakukan kesilapan, bersikap cuai dan tersalah anggap terhadap informasi

yang diberi. Jika terdapat mana-mana individu atau syarikat atau pertubuhan yang

terasa dipergunakan dalam e-book ini, hal itu adalah tidak disengajakan dan tidak akan

diambil perhatian.

Tiada jaminan bahawa para pembaca akan menjana keuntungan yang sama seperti

penulis. Para pembaca dinasihatkan agar menilai dengan teliti terhadap kebolehan

informasi yang diberi sebelum bertindak. E-book ini dibuat bukan bertujuan untuk

menjadi satu sumber yang sah dalam perniagaan, perakaunan dan nasihat kewangan.

Dengan ini, para pembaca sekali lagi dinasihatkan agar dapatkan perkhidmatan yang

professional, cekap dan sah dalam merangka perniagaan, perakaunan dan hal

kewangan.

Akhir sekali, pembaca didorong untuk mencetak e-book ini supaya mudah dalam

membuat bacaan.

Page 3: Rahsia Bonus Produk Affiliate oleh Neal Izham

BIODATA PENULIS

Neal Izham Sharifudin, dilahirkan di

Kluang, Johor. Mendapat pendidikan awal di

Negeri Johor dan mendapat peluang

melanjutkan pelajaran di MRSM Jasin (Ditukar

kepada MRSM Tun Ghaffar Baba).

Berjaya mendapat keputusan yang

cemerlang pada peringkat PMR dan SPM

seterusnya menyambung pengajian ke

peringkat matrikulasi di Tangkak. Masakini

beliau merupakan pelajar sepenuh masa di

Universiti Malaya dalam jurusan Kejuruteraan

Awam.

Merupakan seorang pelajar yang aktif dalam sukan tenis dan mempunyai

minat yang mendalam dalam bidang inovatif dan juga dunia perniagaan. Pernah

berjaya merangkul anugerah rekacipta sewaktu di peringkat sekolah lagi. Beliau

mula menceburikan diri dalam bidang perniagaan melalui perniagaan milik

ayahnya, dalam perniagaan jus buah-buahan.

Beliau juga dianugerahi pemikiran yang kritis dan kreatif, sentiasa

mempunyai sifat ingin tahu yang tinggi dan berfikiran ke hadapan untuk

menangani sesuatu cabaran. Pelbagai pengalaman hidup yang berharga telah

menjadi anjakan paradigma baginya untuk terus maju.

Pengalaman-pengalaman ini menemukan beliau kepada keajaiban dunia

ICT dalam membantu selok-belok perniagaan sekaligus membuatkan beliau

bertekad untuk memberikan sepenuh komitmen untuk memberikan yang terbaik.

Page 4: Rahsia Bonus Produk Affiliate oleh Neal Izham

Pendahuluan.

Adakah anda seorang affiliater ? Jika ya, bagaimana dengan jumlah jualan

anda ? Bagaimana pula dengan prestasi anda ketika menyertai cabaran

affiliate ? Sampai bila anda perlu memberi peluang kepada otai-otai untuk

memenangi setiap cabaran? Sampai bila?

Untuk memperoleh jualan melalui affiliate memang kadangkala sukar

Kadang-kadang boleh dapat 10 jualan dalam sehari, kadangkala tiada satu

jualan pun yang terhasil. Ketika ada cabaran pula, anda sudah kehabisan

idea untuk melawan bonus dari otai-otai affiliate.

Adakah cukup dengan hanya satu jualan atau beberapa jualan sahaja setiap

hari sedangkan otai-otai affiliate menjana puluhan jualan pada setiap hari.

Anda juga boleh menjana ribuan ringgit melalui affiliate jika anda ada idea.

Untuk menjadi seorang super affiliate, anda perlu menjadi seorang SUPER

IDEA iaitu memiliki idea-idea ganas.

Untuk melawan otai-otai affiliate, saya senaraikan 30 idea luar biasa untuk

anda tawan pembeli untuk membeli produk dari anda. Anda boleh satu-satu

idea atau gabungkan beberapa idea untuk menangkap jualan menerusi link

affiliate anda. Goodluck dan selamat maju jaya!!!

Page 5: Rahsia Bonus Produk Affiliate oleh Neal Izham

Teknik pertama: Komisyen rebat.

Teknik pertama untuk menangkap jualan melalui affiliate adalah melalui

pemberian rebat kepada pembeli melalui link affiliate anda. Ada dua cara

untuk memberi rebat iaitu wang tunai dan pembelian produk.

Rebat wang tunai.

Beri sahaja rebat tunai kepada pembeli jika mereka membeli dari anda. Ini

adalah teknik paling senang untuk anda praktikkan. Beri rebat kadangkala

boleh memikat mereka yang kurang berkemampuan untuk membeli dari

anda.

Rebat produk

Jika komisyen yang anda terima adalah mahal dan banyak, selain rebat

wang tunai, anda boleh beri rebat dalam bentuk produk. Anda beli beberapa

produk yang ada kaitan dengan produk yang anda jual kemudia berikan ia

pada pembeli dari link affiliate anda.

Page 6: Rahsia Bonus Produk Affiliate oleh Neal Izham

Teknik Kedua : Pemberian produk.

Beri tawaran produk percuma jika ada yang membeli dari link affliate anda.

Produk percuma itu boleh jadi produk anda sendiri, produk yang bakal anda

terbitkan, produk PLR, produk yang ada RR atau MRR atau apa sahaja

produk yang anda dapat fikirkan.

Anda juga boleh berjv dengan beberapa orang dan gabungkan produk untuk

di jadikan sebagai bonus.

Teknik Ketiga : Produk lalu.

Di sini, anda perlu pujuk pemilik produk yang anda ingin promosikan itu

untuk membenarkan anda memberi produk mereka yang lama sebagai

bonus jika pembeli membeli dari link affliate anda. Jika pujuk tidak

berkesan, anda tawarkan beliau sejumlah wang untuk hak pengedaran.

Katakan pada beliau, tiada apa yang hendak di rugikan kerana anda

gunakan produk beliau untuk promosi produk terbaru beliau.

Page 7: Rahsia Bonus Produk Affiliate oleh Neal Izham

Teknik Keempat : Soal Jawab Pakar.

Buat satu set soalan dan beri pada pakar-pakar dalam bidang yang sama

dengan produk yang anda promosikan. Katakan pada pakar-pakar tersebut,

mereka berpeluang untuk menjual diri di dalam temubual itu. Sebagai

balasannya, anda dapat jawapan dari mereka berkenaan dengan soalan

yang di hantar

Gunakan maklumat di dalam temubual mereka untuk di jadikan bonus bagi

pembeli dari link affliate anda.

Teknik Kelima : Diskaun untuk produk yang anda

promosikan.

Minta pemilik untuk menyediakan diskaun khas bagi pembeli dari link anda.

Diskaun tersebut di tolak dari komisyen anda.

Teknik Keenam: Komisyen yang tinggi.

Pujuk si pemilik produk untuk beri peluang pada pelanggan anda

memperoleh komisyen affiliate yang lebih tinggi dari biasa jika mereka

membeli dari link affliate anda. Tawaran ini akan menjadikan anda lain dari

yang lain dan mungkin otai affliate juga akan membeli dari link anda.

Page 8: Rahsia Bonus Produk Affiliate oleh Neal Izham

Teknik Ketujuh : Pengiklanan percuma.

Tawarkan pada pembeli iklan percuma di blog anda atau ebook anda atau di

page download ebook anda atau di mana sahaja yang anda rasa menarik

untuk di tawarkan. Jika anda ada list, tawarkan pada mereka untuk blast

pengiklanan mereka pada mailing list anda.

Teknik Kelapan: Workshop untuk produk.

Tawarkan coaching percuma sampai pandai mengenai produk yang anda jual

pada pembeli dari link affiliate anda. Anda boleh lakukan ia melalui telefon,

YM, face to face atau apa sahaja yang anda mampu.

Teknik Kesembilan: Resell Right

Berikan pada pelanggan anda produk resell right yang di buat khusus untuk

produk yang anda ingin jual. Anda juga boleh bekerjasama dengan pemilik

produk untuk beri peluang pada pembeli dari link anda untuk beli resell right

produk yang anda promosikan itu.

Page 9: Rahsia Bonus Produk Affiliate oleh Neal Izham

Untuk pengetahuan anda. produk berbentuk digital sangat mudah di telan

zaman dan pemberian lesen resell right adalah peluang si pemilik produk

untuk menjana pendapatan maksimum. Pujuk pemilik produk dengan

menggunakan point di atas.

Teknik Kesepuluh: Tiket percuma.

Anjurkan satu seminar untuk pembeli dari link affiliate anda mengenai

kepakaran anda atau apa sahaja yang anda boleh sampaikan. Anda juga

boleh anjurkan pertemuan antara anda dan pembeli dari link affiliate untuk

membentuk satu kumpulan atau apa sahaja aktiviti yang anda dapat

fikirkan.

Teknik Kesebelas: Coaching.

Apa yang anda pakar? Berikan tawaran pada pembeli dari link affliate

coaching atau khidmat nasihat percuma mengenai kepakaran anda. Anda

tidak perlu beritahu mereka anda adalah newbie, tetapi yakin dengan

kepakaran anda kerana kemahiran boleh di belajar.

Jika anda seorang pelajar cemerlang, mungkin anda boleh beri nasihat

mengenai teknik belajar untuk pembeli dari link affliate.

Page 10: Rahsia Bonus Produk Affiliate oleh Neal Izham

Teknik Kedua Belas: Beri Kupon

Beri kupon untuk pembeli dari link affliate anda. Kupon tersebut boleh jadi

produk yang bakal anda lancarkan. Berikan kupon sebanyak RM 100 dan

katakan pada mereka, mereka boleh gunakan ia untuk apa sahaja produk

yang anda ada termasuklah pengiklanan di blog anda.

Teknik Ketiga Belas: Produk akan datang.

Tawarkan pada pembeli untuk menerima produk yang bakal anda siapkan.

Katakan anda sedang menyiapkan satu produk yang hebat dan anda tidak

dapat hebahkan pada orang ramai lagi. Yakinkan pembeli bahawa produk

yang bakal anda keluarkan ini adalah sangat bagus. Beri maklumat penuh

pada mereka yang berminat sahaja.

Teknik Keempat Belas: produk percuma

Buat perjanjian dengan pembeli untuk mereka menerima semua produk

anda secara percuma untuk setahun. Dalam tempoh setahun, anda pasti

akan mengeluarkan beberapa produk. Jadi, gunakan ia sebagai senjata

Page 11: Rahsia Bonus Produk Affiliate oleh Neal Izham

untuk memikat pelanggan. Janjikan pada mereka untuk menerima produk

yang bakal anda siapkan secara percuma untuk setahun.

Teknik Kelima Belas: Jv dalam menjual produk

Beri tawaran pada pembeli untuk anda berjv dengan mereka dalam proses

membentuk produk. Katakan anda akan menerima idea mereka dan akan

menerbitkan produk mereka bersama-sama dengan anda. Jika anda mahir

menulis, anda mungkin akan tolong mereka untuk menulis. Jika tidak, anda

boleh berkongsi proses pembentukan dengan mencipta minisite atau

bahagian teknikal yang lain.

Teknik Keenam Belas: Bonus anda.

Beri tawaran untuk si pembeli untuk menggunakan bonus anda untuk

mereka promosi produk yang sedang anda promosikan itu. Katakan bonus

anda bernama A, anda benarkan pembeli dari link affliate anda untuk

menggunakan A ketika mereka melakukan promosi produk yang sama

dengan anda.

Page 12: Rahsia Bonus Produk Affiliate oleh Neal Izham

Teknik Ketujuh Belas: Domain percuma

Anda daftar link affliate untuk mana-mana syarikat domain dan tawarkan

pembeli dari link affiliate anda satu domain percuma untuk tahun pertama.

Suruh mereka beli dari link affiliate anda dan anda akan beri mereka rebat

penuh selepas itu. Di samping anda dapat jualan untuk produk itu, anda

juga akan dapat komisyen untuk domain tersebut di masa akan datang.

Teknik Kelapan Belas: Membership percuma.

Bentuk satu kumpulan atau group mastermind yang istimewa. Katakan anda

sedang promosi produk berkenaan dengan cinta. Tawarkan pada pembeli

dari link affiliate anda untuk menerima ayat-ayat cinta masuk kedalam emel

mereka setiap hari selama 3 bulan. Selepas itu terpulang pada anda untuk

kenakan bayaran atau tidak.

Teknik Kesembilan belas: Format Istimewa.

Bincang dengan pemilik produk untuk berikan kebenaran kepada anda untuk

mewujudkan produk yang bakal anda promosikan itu dalam bentuk format

lain seperti audio atau video. Dalam sehari dengan fokus penuh, anda sudah

boleh terbitkan format istimewa ini. Anda mungkin boleh sertakan bonus

dalam bentuk take action guide.

Page 13: Rahsia Bonus Produk Affiliate oleh Neal Izham

Teknik Ke- dua puluh: Derma

Beritahu pada pembeli bahawa anda akan dermakan sebilangan besar wang

komisyen anda kepada badan kebajikan. Tunjukkan anda benar-benar ikhlas

dan sertakan prosuder yang bakal anda gunakan.

Teknik Ke- Dua puluh satu: Produk fizikal.

Tukarkan bentuk pdf pada versi print dan bagi produk video, sumbatkan

dalam bentuk DVD dan hantar ia pada pelanggan anda. Ada di antara

pembeli lebih suka jika produk berada dalam bentuk fizikal kerana mereka

dapat rasa produk tersebut. Selain itu, ada juga di antara mereka malas

untuk download fail yang besar-besar.

Teknik Ke- Dua puluh dua: Produk yang tidak ada di

pasaran.

Katakan anda adalah seorang penulis ebook tegar dan anda tidak pernah

langsung menjual ebook berkenaan teknik menulis ebook. Jadikan

kemahiran tersembunyi anda sebagai senjata untuk memikat si pembeli.

Katakan anda seorang pakar cinta, anda boleh gunakan kemahiran anda itu

Page 14: Rahsia Bonus Produk Affiliate oleh Neal Izham

untuk membentuk produk dan jadikan ia sebagai senjata dalam peperangan

affiliate.

Teknik Ke- Dua puluh tiga: Bonus misteri.

Goda si pembeli untuk menerima bonus misteri jika mereka membeli dari

link affiliate. Gunakan kata-kata manis untuk memikat pembeli. Katakan

bonus misteri itu sangat hebat dan mantap. Untuk lebih menggoda, sertakan

testimoni dari pemilik produk mengenai bonus misteri anda itu.

Teknik Ke- Dua puluh empat: Face to face

Teknik ini lebih kurang dengan teknik sebelum-sebelum ini tetapi teknik ini

lebih memberi layanan istimewa pada si pembeli. Katakan pada si pembeli

anda mempunyai satu projek yang sangat hebat dan anda mahu berkongsi

dengan pembeli dari link anda sahaja. Buat satu perjumpaan face to face

dan anda bentangkan mengenai projek anda.

Page 15: Rahsia Bonus Produk Affiliate oleh Neal Izham

Teknik Ke- Dua puluh Lima: Percuma OTO

Tawarkan pada pembeli untuk memiliki produk one time offer secara

percuma. Sudah tentu anda perlu bincangkan dengan pemilik produk dan

pada masa yang sama tolak kos one time offer itu dari komisyen anda.

Teknik Ke- Dua puluh enam: Kumpulan Bonus.

Kumpulkan sebanyak mungkin rakan-rakan dan bentuk satu kerjasama

untuk pemberian bonus. Selain itu, anda juga boleh hubungan seramai

mungkin otai untuk bekerjasama dengan anda. Minta mereka untuk beri

produk percuma pada anda dan sebagai balasan, mereka boleh kumpul list

pembeli dari link affiliate anda.

Teknik Ke- Dua puluh tujuh: Free trial.

Minta pemilik produk untuk beri versi percuma produk mereka kepada anda.

Anda boleh set-up satu website untuk promosikan perkara ini. Di sini,

pembeli akan subscribe dan melihat versi percuma itu. Pada masa yang

sama, anda paksa mereka untuk membeli dari anda dengan menggunakan

teknik-teknik yang lain.

Page 16: Rahsia Bonus Produk Affiliate oleh Neal Izham

Teknik Ke – Dua puluh lapan : Kumpulan diskaun.

Cara sebanyak mungkin produk yang ada kaitan dengan produk yang anda

promosikan itu. Kemudia, hubungi pemilik produk itu dan minta mereka

untuk set up diskaun buat anda. Katakan pada mereka, anda ingin

promosikan satu produk dan anda mahu beri diskaun kepada produk mereka

sebagai bonus.

Teknik Ke – dua puluh sembilan : Produk yang sudah

basi.

Berikan secara percuma produk lama anda atau produk orang lain yang

sudah basi. Basi bukan bermakna ia tidak berkesan tetapi ia bermaksud

produk yang tidak di buka jualannya lagi.

Teknik ke – tiga puluh : Bonus komuniti.

Beri bonus dalam bentuk komuniti seperti forum rahsia, yahoo group rahsia

atau google group rahsia.

Page 17: Rahsia Bonus Produk Affiliate oleh Neal Izham

Kesimpulan

Terdapat banyak cara untuk anda memberi bonus namun mereka yang unik

jua akan memenangi jualan. Anda jangan takut untuk bersaing dengan

affliater yang lain kerana mereka juga takut pada anda. Fikir seunik

mungkin. Bayangkan anda sedang berperang.

Page 18: Rahsia Bonus Produk Affiliate oleh Neal Izham

Tawaran Istimewa

Dapatkan khidmat nasihat

Memandangkan anda telah berjaya membaca sampai ke tahap ini, saya percaya anda

seorang yang serius untuk menambah ilmu.

Oleh itu, saya memberi peluang khas kepada anda untuk mendapatkan khidmat nasihat

secara terus melalui email sebagai tanda penghargaan kerana menghabiskan

membaca ebook ini.

Subjek email haruslah dinamakan “Bonus Khidmat Nasihat” dan diikuti dengan

pertanyaan anda ke neal_izham[at]yahoo.com.

Berikan detail yang secukupnya agar urusan lebih mudah dan lancar.

Dapatkan Diskaun 50% untuk ebook Premium

Gunakan kupon unik ini : “50ebooknealizham”

Untuk dapatkan harga diskaun setengah harga bagi ebook-ebook pemium saya.

http://www.BlogMudah.info

Page 19: Rahsia Bonus Produk Affiliate oleh Neal Izham

http://www.Affiliate-Malaysia.info

http://www.MLM-Malaysia.com