1 |panduan bisnes affiliate oleh ismail nazaruddin

59
1 |Panduan Bisnes Affiliate oleh Ismail Nazaruddin

Upload: others

Post on 31-Oct-2021

17 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: 1 |Panduan Bisnes Affiliate oleh Ismail Nazaruddin

1 |Panduan Bisnes Affiliate oleh Ismail Nazaruddin

Page 2: 1 |Panduan Bisnes Affiliate oleh Ismail Nazaruddin

2 |Panduan Bisnes Affiliate oleh Ismail Nazaruddin

Adakah anda dapat ebook ini tanpa dibeli dari

Ismail Nazaruddin atau ejen yang sah? Saya

haramkan untuk anda. Selamat menimba ilmu yang

tidak berkat ya. Semoga anda kaya dan berjaya.

Page 3: 1 |Panduan Bisnes Affiliate oleh Ismail Nazaruddin

3 |Panduan Bisnes Affiliate oleh Ismail Nazaruddin

KANDUNGAN EBOOK

1. PENDAHULUAN

2. APAKAH ITU AFFILIATE

3. 7 KELEBIHAN BISNES AFFILIATE

4. ASAS PENTING DALAM AFFILIATE

5. 7 TEKNIK PROMOSI AFFILIATE

6. LUBUK BISNES AFFILIATE

7. CASE STUDY 5 ANGKA

8. TEKNIK CLOSING WASAP & PM

9. TUTORIAL KUMPULKAN PROSPEK

10. TEKNIK CLOSING TANPA WASAP

11. TEKNIK PEMBERIAN BONUS PADU

12. TIPS JADI TOP10 AFFILIATER

13. PENUTUP DAN KESIMPULAN

Page 4: 1 |Panduan Bisnes Affiliate oleh Ismail Nazaruddin

4 |Panduan Bisnes Affiliate oleh Ismail Nazaruddin

PENDAHULUAN

Assamualaikum wbt dan Salam sejahtera kepada anda semua pembeli ebook

panduan bisnes affiliate. Tahniah kerana buat keputusan untuk jadi salah sorang

yang memiliki ebook ini. Tak semua orang berpeluang jadi gunakanlah

kesempatan ini sebaiknya untuk belajar dan cuba untuk amalkan ilmu di dalam

ini. Terima kasih yang tidak terhingga juga kerana membeli ebook ini dan berikan

kepercayaan untuk cikgu bantu berkongsi sedikit ilmu dan pengalaman yang ada.

Bila sebut tentang kejayaan, semua orang nak berjaya kan? Tapi bila diberitahu

untuk berjaya kena berusaha lebih gigih, tak ramai yang mampu untuk buat. Jadi

cikgu harap anda adalah seorang yang gigih berusaha untuk capai apa yang anda

impikan.

Semuanya bermula dengan angan angan. Jangan takut untuk berimpian kerana

ianya percuma. Setiap kejayaan tu pasti bermula dengan sebuah angan angan,

berubah menjadi impian bila adanya usaha dan akhirnya menjadi realiti. Mesti

anda nak berjaya kan? Jom bertindak! Jangan bertangguh lagi. Jom mula baca

ebook ni sampai habis dan jangan lupa join cabaran affiliate untuk terus belajar

cara buat affiliate.

Di mana ada kemahuan di situ pasti ada jalan! All the best!

Salam kejayaan,

Ismail Nazaruddin a.k.a Cikgu Mael

Page 5: 1 |Panduan Bisnes Affiliate oleh Ismail Nazaruddin

5 |Panduan Bisnes Affiliate oleh Ismail Nazaruddin

APAKAH ITU BISNES AFFILIATE?

Bisnes affiliate adalah satu bisnes di mana kita mempromosikan link kepada bakal

pelanggan kita. Jika mereka buat pembelian melalui link kita, maka kita akan

dibayar komisyen. Biasanya produk affiliate ni adalah produk digital seperti

ebook, video tutorial, dan juga dalam bentuk rakaman suara. Namun begitu, ada

juga produk affiliate ni produk yang berbentuk fizikal seperti jus minuman, produk

kecantikan dan kesihatan.

Salah satu contoh system affiliate adalah system onpay. Makin ramai yang sudah

menggunakan system onpay untuk membina satu platform affiliate. Anda sebagai

ejen affiliate boleh menjana komisyen melalui program affiliate yang ditawarkan.

Cikgu sendiri juga mempunyai system onpay iaitu cikgumael.onpay.my/affiliate.

Cuma dalam ebook ni cikgu bukan nak ajar cara untuk anda memiliki system

affiliate tapi cara untuk anda promosikan link affiliate anda. Jelas ye? Pastikan

anda baca satu persatu semua yang cikgu kongsikan di dalam ebook ini. Pasti

anda akan dapat faham dengan lebih jelas bagaimana cara untuk anda jana

pendapatan lumayan dengan perniagaan affiliate ni. Contoh system onpay kat

bawah ni cikgu kongsikan gamba gambar nya. Cikgu merahkan link affiliate. Itulah

namanya link affiliate, itu untuk system onpay lah. Cuba tengok :

Page 6: 1 |Panduan Bisnes Affiliate oleh Ismail Nazaruddin

6 |Panduan Bisnes Affiliate oleh Ismail Nazaruddin

Page 7: 1 |Panduan Bisnes Affiliate oleh Ismail Nazaruddin

7 |Panduan Bisnes Affiliate oleh Ismail Nazaruddin

7 KELEBIHAN BISNES AFFILIATE

1. Tak perlukan modal

Masalah ramai orang nak mula bisnes adalah modal, kan? Anda tak perlu risau

sebab kebanyakan program affiliate yang dianjurkan tidak memerlukan modal.

Kalau ada pun hanya sekadar perlu beli produk affiliate tersebut sahaja untuk

daftar sebagai ejen affiliate. Selalunya memang tak perlukan modal pun untuk jadi

ejen affiliate. Cikgu sendiri dah join banyak program affiliate yang tak perlukan

modal pun, dan walaupun cikgu belum membeli produk tersebut tetap dapat jana

komisyen, sebab keterangan di dalam web jualan jelas dan mantap. Web jualan

yang bagus sangat membantu ejen affiliate untuk mudah buat jualan dan jana

komisyen. Sebab tu kena pandai pilih produk affiliate yang berkualiti dan bagus.

2. Tak perlu pegang stok

Seperti mana yang cikgu terangkan di tajuk pertama tadi, kebanyakan produk

affiliate adalah berbentuk digital. Tak perlu nak pegang stok. Hanya daftar melalui

link yang diberikan dan promosikan link itu sahaja. Mudah kan? Bayangkan anda

kena pegang stok, modal kena keluar, kena pos produk. Banyak kerja sikitlah.

Kalau affiliate produk digital ni mudah lah. Kita cuma perlu promosikan link sahaja

dan bila pelanggan daftar dan beli melalui link kita, kita dapat komisyen. Produk

ebook atau video tu pun bukan kita yang kena hantar tapi owner yang uruskan.

Page 8: 1 |Panduan Bisnes Affiliate oleh Ismail Nazaruddin

8 |Panduan Bisnes Affiliate oleh Ismail Nazaruddin

3. Komisyen yang tinggi

Tahu tak setiap program affiliate ni menawarkan komisyen yang tinggi.

Kebiasaannya 50% tau? Banyak tu sebab biasanya kalau produk fizikal, level stokis

je akan dapat komisyen setinggi 50%. Bila komisyen tinggi kita pun rasa seronok

nak buat promosi kan? Katakan satu jualan komisyen RM50. 2 unit dah dapat

RM100. Siapa nak bagi kan? Modal pun tak perlu dikeluarkan. Terbaiklah.

4. Proses closing lebih mudah

Bila anda daftar program affiliate, anda akan dapat link khas untuk di promosikan.

Betul kan? Bila prospek anda klik link tu, mereka akan baca web jualan. Jadi anda

tak perlu dah nak terangkan panjang panjang sebab semua dah ada dalam web

jualan. Tugas anda hanyalah yakinkan prospek untuk buat pembelian. Faham kan?

5. Tak perlu pening kepala nak bagi after sales service

Faham tak maksudnya apa? Maksudnya bila anda dah dapat pelanggan yang beli

dari link anda, anda tak perlu dah follow up mereka, sebab itu semua adalah tugas

owner produk. Tugas anda promosikan produk sahaja. Namun, sekiranya anda

ada janjikan bonus pada pembeli anda, anda wajiblah tunaikan janji tersebut.

Jelas kan? Point penting nya adalah, anda tak perlu fikir apa apa dah lepas dah

buat jualan. Semuanya owner produk akan uruskan.

Page 9: 1 |Panduan Bisnes Affiliate oleh Ismail Nazaruddin

9 |Panduan Bisnes Affiliate oleh Ismail Nazaruddin

6. Extra money untuk anda

Sekiranya anda dah ada bisnes sekarang ni, takde masalah, teruskan je buat

bisnes anda macam biasa. Bisnes affiliate ni jadikan sebagai duit tepi atau duit

poket anda je, untuk tambah duit dapur, atau anda boleh gunakan income dari

affiliate ni untuk topup saving anda. Cikgu sendiri belajar buat bisnes ni pada

tahun 2015 dulu untuk tambah income extra, masa tu masih bekerja lagi.

Memang sangat membantu lah.

7. Dapat hadiah bonus!

Biasanya kalau ada cabaran affiliate, owner atau pemilik produk akan sediakan

bonus atau hadiah khas untuk top 10 ejen affiliate. Ini best!! Sebab hadiahnya

memang syokk contohnya cikgu baru baru ni berjaya dapat hadiah Air fryer sebab

dapat tempat ke-8. Apa lagi, bagi hadiah kat wife lah. Bukan main seronok lagi

dia. Hehe beli jiwa namanya. Paling penting dapat free! Sape nak bagi kan?

Jadi, kesimpulannya buat bisnes affiliate ni banyak kelebihan dan juga faedahnya

untuk diri kita dan juga orang yang kita cikgung. Cikgu faham, anda beli book ni

pun tujuan utamanya adalah nak jana pendapatan, nak selesaikan hutang atau

nak kumpul duit untuk suatu perkara kan? Betul?

Cubalah praktiskan ilmu yang cikgu kongsikan di dalam ebook ni, jangan simpan

buat pekasam je, tapi amalkan dan cuba buat. Kena usaha sikitlah ye sebab ebook

ni bukan magic, lepas baca terus dapat duit tu tidaklah. Kena cuba buat apa yang

cikgu kongsikan di dalam ebook ini. Teruskan baca halaman seterusnya. Smile!~

Page 10: 1 |Panduan Bisnes Affiliate oleh Ismail Nazaruddin

10 |Panduan Bisnes Affiliate oleh Ismail Nazaruddin

ASAS BISNES AFFILIATE

Cikgu yakin ramai yang belum tahu tentang bisnes affiliate. Apa affiliate tu?

Affiliate ni lebih kurang sama macam bisnes dropship. Kita akan mempromosikan

produk orang lain sebagai ejen. Bezanya kalau ejen dropship perlukan modal.

Kalau affiliate kebanyakannya tak perlukan modal.

Kita sebagai ejen ditugaskan untuk promosikan produk dengan menggunakan

satu link unik khas. Bila ada prospek yang berminat untuk buat pembelian,

mereka akan buat pembelian melalui link kita tu. Setiap ejen akan ada link masing

masing.

Asas paling penting dalam bisnes affiliate adalah bagaimana kita nak dapatkan

ramai orang yang klik link kita. Kenapa? Kenapa nak ramai orang klik link kita?

Sebab kita nak mereka buka web jualan yang disediakan oleh owner produk. Bila

mereka klik link dan baca info di web jualan, pastinya mereka dah dapat info yang

lebih jelas tentang produk yang kita promosikan. Jadi tugas kita makin mudah lah

untuk close customer kan? Hanya perlu yakinkan mereka sahaja untuk buat

pembelian.

Bagaimana nak yakinkan? Cikgu akan kupas bab closing dalam bab yang

seterusnya nanti. Dalam bab ni cikgu cuma nak bagi gambaran je tentang bisnes

affiliate secara menyeluruh. Cikgu yakin ramai yang masih newbie dan masih

belum pernah buat bisnes affiliate.

Percayalah. Sekali dah buat dan dapat jana komisyen, pasti anda akan addicted

nak buat lagi dan lagi hingga satu hari anda berjaya jana jualan 4-5 angka dengan

affiliate. Tak mustahil.

Page 11: 1 |Panduan Bisnes Affiliate oleh Ismail Nazaruddin

11 |Panduan Bisnes Affiliate oleh Ismail Nazaruddin

Cikgu simpulkan beberapa point sebagai asas :

1. Dalam bisnes affiliate anda akan dapat link khas dan kena promot link tu. Ada

pembeli beli dari link tu, anda akan dibayar komisyen. Sistem akan detect jualan

anda dari link affiliate anda.

2. Cari lah cara apa pun asalkan ramai yang klik link anda dan baca info di web

jualan. Tapi jangan spam pula tau? Dilarang. Boleh cuba guna teknik yang cikgu

kongsikan di dalam ebook ni.

3. Cuba buat dulu sampai dapat komisyen. Orang kata try “pecah telor” dulu.

Hehe. Sekali dah berjaya dapat komisyen anda pasti teruja dan ketagih nak buat

lagi dan lagi. Seronok sangat lebih lebih lagi kalau join cabaran affiliate yang ada

disediakan hadiah yang best best!

Page 12: 1 |Panduan Bisnes Affiliate oleh Ismail Nazaruddin

12 |Panduan Bisnes Affiliate oleh Ismail Nazaruddin

Page 13: 1 |Panduan Bisnes Affiliate oleh Ismail Nazaruddin

13 |Panduan Bisnes Affiliate oleh Ismail Nazaruddin

Teknik pertama : Facebook personal

Jom kita mulakan..

Seperti mana yang kita tahu, untuk buat promosi di fb personal ofkos perlukan

senarai friends yang banyak kan? Kalau tak ramai friends macam mana nak dapat

jualan yang banyak. Basicnya begitulah. Jadi pertama sekali yang anda kena buat

adalah penuhkan 5000 friends secepat mungkin.

Cara nak add friends macam mana cikgu? Okay jom kita belajar..

Caranya, pergi je dekat facebook siapa siapa yang ramai followers yang aktif, add

mereka semua. Caranya adalah, pergi dekat latest posting, add semua yang like

posting diorang. AMARAN! Jangan spam komen suruh add atau approve. Add je

macam biasa, dan buat je posting di fb kita macam biasa. Kena jaga etika juga ya.

Cikgu share ilmu basic dulu ni supaya semua boleh follow..

Cikgu tak nak terus share yang advance, sebab kalau yang basic ni belum buat

secara konsisten, konfom yang advance pun kelaut dalam. Tak akan menjadi dan

berkesan. Jadi, kena buat dulu ilmu basic sebelum praktiskan ilmu yang lebih

advance. Dalam bisnes sebenarnya takde shortcut. Kejayaan jadi shortcut tu bila

kita amalkan ilmu yang betul dan tepat. Faham maksud cikgu kan?

Page 14: 1 |Panduan Bisnes Affiliate oleh Ismail Nazaruddin

14 |Panduan Bisnes Affiliate oleh Ismail Nazaruddin

Seterusnya, kena konsisten amalkan 3 jenis posting setiap hari.

Pertama : Posting greeting selamat pagi

Contohnya.. Hai semua, semoga hari ini lebih baik dari semalam. Selamat pagi dan

Assalamualaikum rakan fesbuk..

Kedua : Posting minta komen dan like

Contohnya.. Like dan Komen Yes kalau korang Nampak post ni. Nak buat survey

sikit. Thank you ;)

Ketiga : Posting kata kata motivasi

Contohnya.. Nak berjaya ada step stepnya. Jangan sesekali givap. Teruskan buat

sampai kita berjaya. Boleh?

Cuba konsisten buat 3 jenis posting ni. Rajinlah sikit cari bahan untuk posting,

dekat gugel pun banyak je artikel dan ayat motivasi. Rajin perah idea untuk

posting. Cara untuk sentiasa dapat idea adalah dengan cara rajin membaca dan

rajin follow ikon ikon usahawan yang berjaya.

Okay dah settle bahagian basic. Sekarang baru kita masuk bab cara untuk update

posting di fb personal anda untuk promosikan affiliate. Cikgu akan share contoh

contoh posting yang cikgu pernah buat untuk mempromosikan program affiliate.

Page 15: 1 |Panduan Bisnes Affiliate oleh Ismail Nazaruddin

15 |Panduan Bisnes Affiliate oleh Ismail Nazaruddin

Page 16: 1 |Panduan Bisnes Affiliate oleh Ismail Nazaruddin

16 |Panduan Bisnes Affiliate oleh Ismail Nazaruddin

Okay gambar dekat atas ni contoh posting yang cikgu pernah buat untuk

promosikan affiliate. Nampak tak ayatnya? Hampir sama kan? Okay, bila dah

dapat komen pertama dari prospek, katakankan ada sorang komen, jangan terus

respon, tunggu 2 3 orang komen dulu baru start pm diorang. Pm dulu, jangan

terus reply komen tu.

Contoh ayat dekat pm :

Assalamualaikum, tuan berminat untuk belajar tentang shopee kan, betul?

…tunggu dia reply..kemudian sambung..

Page 17: 1 |Panduan Bisnes Affiliate oleh Ismail Nazaruddin

17 |Panduan Bisnes Affiliate oleh Ismail Nazaruddin

Buka link di bawah ni sekarang ya :

(link affiliate anda)

Okay simple! Macam tu je caranya tak perlu nak panjang panjang. Kenapa tak

perlu nak panjang? Sebabnya fokus utama kita adalah kita nak di abaca surat

jualan, kita nak dia buka link affiliate kita, kita nak dia dapatkan info dari web yang

disediakan oleh owner produk.

Bila prospek buka link, dia dapat info yang jelas, ayat yang tersusun membuatkan

prospek mudah buat keputusan untuk membeli. Sebab dalam website biasanya

dah disertakan dengan testimoni. Tugas kita 20% je lagi untuk yakinkan prospek

tu supaya buat pembelian segera. 80% dah dibantu oleh surat jualan atau web.

Faham maksud cikgu? Good!

Untuk promosikan di fb personal ni kena faham 3 perkara di bawah :

1. Buat ayat yang simple sahaja untuk dapatkan prospek

2. Jangan terus bagi link affiliate di ruangan komen

3. Jangan sesekali bagi details panjang lebar di posting

Page 18: 1 |Panduan Bisnes Affiliate oleh Ismail Nazaruddin

18 |Panduan Bisnes Affiliate oleh Ismail Nazaruddin

Template ayat untuk buat posting di fb personal :

1. Siapa nak belajar teknik proven untuk _____? Komen Aii. Nanti saya pm

sorang 2 ye.

2. Siapa perlukan ilmu ___ untuk tingkatkan pendapatan? Komen pm. Jap lagi

saya berikan anda info.

3. Rahsia untuk ___ terbongkar! Nak belajar? Komen yes. Nanti saya pm link.

4. Jana RMXXXXXX dalam masa sebulan. Nak tahu caranya? Komen Aii.

5. Inilah panduan untuk ____. Nak baca panduan ni? Komen NAK. Jap lagi

saaya pm sorang2 ye.

6. Bagaimana seorang suri rumah boleh ____? Komen Aii kalau nak saya

dedahkan rahsianya.

7. Dilancarkan hari ini! Ebook _____. Siapa nak jadi yang terawal baca? Say

Aii!

8. Bayangkan anda dapat ____, best kan? Komen pm kalau nak saya bagitahu

rahsianya.

9. Siapa kat sini masih fulltime bekerja dan tengah mencari extra income?

Saya nak tunjukkan caranya step by step. Komen pm. Jap lagi saya bagi info.

10. Siapa kat sini suri rumah, dan nak belajar tentang ____? Komen Yes Nak.

Nanti saya bagi info details.

Page 19: 1 |Panduan Bisnes Affiliate oleh Ismail Nazaruddin

19 |Panduan Bisnes Affiliate oleh Ismail Nazaruddin

Okay jom cikgu bagi contoh ayat kalau nak promosikan EBOOK ini :

1. Siapa nak belajar teknik proven untuk jana komisyen macam gambar kat

ruangan komen? Komen Aii. Nanti saya pm sorang 2 ye.

2. Siapa perlukan ilmu bisnes affiliate untuk tingkatkan pendapatan? Komen

pm. Jap lagi saya berikan anda info.

3. Rahsia untuk jana komisyen RM9,000 tanpa fbsd terbongkar! Nak belajar?

Komen yes. Nanti saya pm link.

4. Jana RM4000 dalam masa sebulan secara santai santai. Nak tahu caranya?

Komen Aii.

5. Inilah panduan untuk buat bisnes affiliate. Nak baca panduan ni? Komen

NAK. Jap lagi saaya pm sorang2 ye.

6. Bagaimana seorang suri rumah boleh jana income 4 angka secara part

time? Komen Aii kalau nak saya dedahkan rahsianya.

7. Dilancarkan hari ini! Ebook Panduan Bisnes Affiliate. Siapa nak jadi yang

terawal baca? Say Aii!

8. Bayangkan anda dapat komisyen macam dalam gambar di ruangan komen,

best kan? Komen PM kalau nak saya bagitahu rahsianya.

9. Siapa kat sini masih fulltime bekerja dan tengah mencari extra income?

Saya nak tunjukkan caranya step by step. Komen pm. Jap lagi saya bagi info.

10. Siapa kat sini suri rumah, dan nak belajar buat duit extra? Komen Yes Nak.

Nanti saya bagi info details.

Selamat mencuba! Eh ini baru teknik yang pertama tau?

Ada 6 lagi. Teruskan baca..

Page 20: 1 |Panduan Bisnes Affiliate oleh Ismail Nazaruddin

20 |Panduan Bisnes Affiliate oleh Ismail Nazaruddin

Teknik kedua : Facebook group

Bila sebut tentang group iklan ofkos semua tahu. Kadang kadang tanpa kita sedar

kita dah ter join macam macam group kan? Tapi kita tahu tak yang group iklan ni

adalah LUBUK DUIT UNTUK KITA? Tak tahu kan? Ramai orang buat jualan ratusan

ribu ringgit hingga jutaan ringgit dengan menggunakan group iklan di fesbuk.

Haa best kan? Tapi kena pandailah guna teknik dan strategi yang betul..

Jom kita belajar. Cikgu akan tunjukkan bagaimana cara buat posting di group iklan

di fb. Sama je teknik nya dengan fb personal Cuma bezanya dekat group ni anda

kena banyak menggunakan gambar. Kenapa? Sebab terlalu banyak iklan yang ada

di group. Di bawah ni cikgu sertakan contoh posting yang cikgu pernah buat.

Page 21: 1 |Panduan Bisnes Affiliate oleh Ismail Nazaruddin

21 |Panduan Bisnes Affiliate oleh Ismail Nazaruddin

Nampak tak? Bila guna gambar, terutama gambar testimoni atau bukti kejayaan,

selalunya memang akan dapat respon yang tinggi. Ingat tujuan asal kita kan? Kita

nak dapatkan ramai prospek yang klik link affiliate kita? Tapi bukanlah main klik

klik jee, kita nak yang berkualiti lah. Sebab tu tak boleh terus bagi link affiliate di

posting posting kita. Faham kan?

Ayat posting di fb group sama juga dengan fb personal. Boleh refer ayat

copywriting yang cikgu bagi dekat atas tadi. Boleh? Good luck! Ha satu lagi cikgu

nak kongsikan dengan anda. Kalau buat iklan di fb group ni, untuk permulaan

cuba buat posting 2 kali sehari. Sekali waktu siang, sekali waktu malam. Tak kisah

lah pukul berapa pun. Cuma sebaik baiknya waktu trafik tinggi lah. Waktu trafik

tinggi tu bila?

1. 8 pagi

2. 11 pagi

3. 2 petang

4. 4 petang

5. 6 petang

6. 9 malam

7. 10 malam

8. 11 malam

Page 22: 1 |Panduan Bisnes Affiliate oleh Ismail Nazaruddin

22 |Panduan Bisnes Affiliate oleh Ismail Nazaruddin

Teknik Ketiga : Facebook Page

Semua sedia maklum kalau di fb ada 3 platform utama untuk beriklan..

1. Fb personal

2. Fb group

3. Fb pages/fanpages

Macam mana nak promosikan affiliate di fb page? Okay macam ni, cadangan

cikgu berdasarkan pengalaman, gunakan ayat posting yang sama macam fb

personal dan juga fb group, cumanya untuk fb page ni kena post bersama dengan

gambar testimoni atau pun video.

Selepas anda dah update posting di page anda, anda share posting anda tu ke

group group iklan di fb, Cuma sebelum anda share tu, tulis caption pendek dulu

macam gambar kat bawah ni. Jangan terus share tanpa ada apa apa caption.

Ekceli itu share dari fb personal. Kalau dari page pun sama juga caranya. Point

penting adalah kena tulis caption pendek sebelum share posting ke group iklan.

Page 23: 1 |Panduan Bisnes Affiliate oleh Ismail Nazaruddin

23 |Panduan Bisnes Affiliate oleh Ismail Nazaruddin

Bila ada prospek komen, anda pm dia link affiliate anda, barulah reply komen dia

dengan ayat “done pm, sila semak inbox ya”.

Page 24: 1 |Panduan Bisnes Affiliate oleh Ismail Nazaruddin

24 |Panduan Bisnes Affiliate oleh Ismail Nazaruddin

Eh ini je ke teknik yang cikgu nak share? Sabar. Teknik paling power adalah teknik

keenam dan ketujuh yang menjadi teknik feveret cikgu sampai sekarang. Teknik 1

sampai teknik 5 ni cikgu kongsikan jugak supaya anda ada banyak pilihan untuk

buat promosi. Jangan fokus hanya dengan satu teknik sahaja.

Macam dalam peperangan lah. Kena ada macam macam jenis senjata baru lah

kita boleh menang kan? Betul tak? Sama juga macam bisnes affiliate ni. Anda

kena ada macam macam strategi barulah dapat jana komisyen yang banyak.

Page 25: 1 |Panduan Bisnes Affiliate oleh Ismail Nazaruddin

25 |Panduan Bisnes Affiliate oleh Ismail Nazaruddin

Teknik Keempat : Whatsapp Status

Ini antara teknik yang bagus untuk anda gunakan, sebab contact anda dah kenal

anda. Biasanya lagi senang lah nak close. Caranya macam mana? Okay simple je

teknik whatsapp status ni. Anda tak perlu nak ada copywriting gempak pun.

Cukup sekadar gambar testimoni atau feedback sahaja. Update di whatsapp

status anda secara konsisten. Pasti akan ada yang reply bertanya tentang

testimoni yang anda up di whatsapp status tu.

Cikgu nak pesan siap siap. Whatsapp status ni kalau anda baru kali pertama buat

jangan terus expect ramai tengok status anda. Anda kena konsisten buat barulah

makin lama makin ramai yang Nampak whatsapp status anda. Kuncinya dalam

beriklan ni adalah KONSISTEN!

Anda buatlah guna teknik apa sekalipun anda wajib buat secara konsisten.

Affiliate pun sama je, anda tetap kena buat secara konsisten teknik teknik yang

cikgu ajar ni. Pasti anda dapat result yang luar biasa!

Cikgu shortlistkan kelebihan teknik whatsapp status ni :

1. Lebih mudah nak closing sebab mereka kenal anda

2. Setiap hari orang guna whatsapp dan buka whatsapp

3. Mudah nak apply sebab hanya perlu post gambar sahaja

Page 26: 1 |Panduan Bisnes Affiliate oleh Ismail Nazaruddin

26 |Panduan Bisnes Affiliate oleh Ismail Nazaruddin

Teknik Kelima : Group Whatsapp Dan Group Telegram

AMARAN! Jangan sesekali beriklan spam di group yang admin nya tidak

membenarkan anda beriklan. Jaga etika anda kalau nak mudah dapat sales. Bukan

apa cikgu pesan ni, sebab teknik ni berpotensi untuk jadi teknik spamming jika

disalahgunakan. Anda kena ingat juga, sekiranya owner produk dapat tahu yang

anda melakukan aktiviti spamming, secara automatic penyertaan affiliate anda

akan dibatalkan dan juga komisyen TIDAK AKAN DIBAYAR.

Okay jom kita belajar. Serius pulak hehe. Bukan apa sebab tak nak anda buat

kesilapan bila dah mula buat promosi nanti. Jadi cikgu ingatkan siap siap.

Pertama, untuk beriklan di group whatsapp dan telegram ni, cikgu cadangkan

anda ada satu link wasap. Anda boleh log ini kat sini http://manage.wasap.my/.

Cara nak daftar mudah je :

1. Creat account

2. Isikan nama, email dan no h panda

3. Set password yang anda mahukan

4. Klik submit

5. Masukkan nama link anda. Contohnya panduanaffiliate. Nanti link wasap

anda akan jadi panduanaffiliate.wasap.my

6. Masukkan nombor fon anda

7. Masukkan skrip whatsapp anda

8. Selesai

Senang kalau ada link ni, memudahkan prospek untuk contact kita jika mereka

berminat untuk dapatkan info lanjut. Okay selesai yang pertama. Seterusnya kita

akan belajar cara untuk buat iklan di group telegram dan group whatsapp.

Page 27: 1 |Panduan Bisnes Affiliate oleh Ismail Nazaruddin

27 |Panduan Bisnes Affiliate oleh Ismail Nazaruddin

Ini antara ayat yang sesuai untuk beriklan di group whatsapp dan telegram :

1. Ada tak ahli group ni yang berminat nak belajar ___?

Terbukti proven result. Nak belajar?

Klik link ni (link whatsapp anda)

2. Siapa kat sini nak jana income melalui ___?

Klik link ni (link whatsapp anda)

3. Mencari panduan untuk ___?

Ini panduan terbaik kalau nak belajar..

Klik link ni (link whatsapp anda)

Anda boleh cuba ayat iklan di atas untuk mempromosikan sebarang program

affiliate. Pastikan anda post ayat tu bersama dengan gambar testimony atau

feedback yang terbaik supaya pembaca lebih yakin dan berminat nak tahu lebih

lanjut. Cara nak closing di whatsapp nanti kita belajar dalam modul yang

seterusnya. Boleh? Teruskan baca ebook sampai habis tau.

Page 28: 1 |Panduan Bisnes Affiliate oleh Ismail Nazaruddin

28 |Panduan Bisnes Affiliate oleh Ismail Nazaruddin

Teknik Keenam : Instagram Story Ads Atau Instagram Story Review

Penafian : cikgu tidak akan ajar in details tentang kedua2 teknik ni kerana ianya advance dan termasuk

dalam bab facebook ads dan paid marketing yang mana paid marketing bukan kepakaran utama cikgu.

Selain dari kelima lima teknik zero cost yang cikgu kongsikan tadi, anda juga boleh

gunakan teknik instagram story ads atau instagram story review. Apa bezanya?

Ig story ads :

Cara setting lebih kurang sama macam fbads cuma iklan akan keluar di bahagian

story instagram dan kalau ada yang berminat mereka akan terus swipe up!

Ig story review :

Teknik ni, anda kena bayar dekat instafemes yang ada sediakan servis story

review, anda bagi gambar dan link whatsapp atau link affiliate anda kepada

mereka. Selepas tu mereka akan post di ig mereka di bahagian story. Seperti

mana yang anda tahu, ig story hanya bertahan selama 24 jam sahaja.

Mana satu lebih bagus?

Pada pendapat cikgu kedua duanya bagus. Ada kelebihan masing masing. Kalau ig

story ads tu, anda boleh set iklan kepada pelanggan yang lebih spesifik lah sebab

cara setting nya macam fbads. Anda boleh set nak iklankan kepada siapa

mengikut ciri ciri bakal pelanggan yang anda mahukan. Selain tu, kalau ig story

ads ni koslah kena sediakan lebih sikit. Biasanya kalau nak result best kena spend

dalam rm50 juga sehari, dan bila buat ads ni kena konsisten lah at least selama

seminggu.

Page 29: 1 |Panduan Bisnes Affiliate oleh Ismail Nazaruddin

29 |Panduan Bisnes Affiliate oleh Ismail Nazaruddin

Berbeza dengan story review dengan instafemes, anda hanya bayar sekali,

contohnya anda bayar rm50, mereka akan review di story ig mereka yang

memang dah sedia ada pengikut setia yang sentiasa tengok story ig mereka. Cikgu

pernah dapat lebih 300 whatsapp dalam masa 24 jam buat story review. Cuma

kekurangannya kita dapat prospek yang kurang targeted lah.

Di bawah ni cikgu bagi contoh iklan yang cikgu pernah buat sebelum ni :

Page 30: 1 |Panduan Bisnes Affiliate oleh Ismail Nazaruddin

30 |Panduan Bisnes Affiliate oleh Ismail Nazaruddin

Teknik Ketujuh : Teknik PREMIUM Leads Magnet

Ini adalah teknik feveret cikgu, dan cikgu sentiasa gunakan dari dulu hingga

sekarang untuk buat jualan affiliate. Mesti tak sabar nak tahu kan? Jom kita

belajar. Okay teknik ni cikgu gabungkan kesemua teknik di atas jadi satu.

Jom baca step step untuk teknik premium ni :

1. Buat satu channel telegram

2. Set channel tu jadi private channel

3. Buat beberapa posting berkaitan produk anda di channel tu

4. Anda gunakan segala teknik tadi tu dan buat promosi

5. Anda invite kesemua prospek anda ke channel tu

6. Bila prospek pm, anda bagi je link channel suruh mereka join

Contoh ayat untuk anda pm pada prospek :

Assalamualaikum

Join link ni sekarang ya :

(link channel telegram)

Tak kira lah di mana mereka pm anda, bagi link channel je. Teknik ni cikgu suka

sebab tak perlu nak layan whatsapp, tak perlu nak pm panjang lebar dengan

prospek, mereka minat mereka akan terus beli daripada link yang kita bagi di

dalam channel telegram tu. Kita nak follow up pun mudah. Terus post je mesej

kita di channel tu.

Page 31: 1 |Panduan Bisnes Affiliate oleh Ismail Nazaruddin

31 |Panduan Bisnes Affiliate oleh Ismail Nazaruddin

Ini step untuk buat channel telegram dengan iphone :

Page 32: 1 |Panduan Bisnes Affiliate oleh Ismail Nazaruddin

32 |Panduan Bisnes Affiliate oleh Ismail Nazaruddin

Page 33: 1 |Panduan Bisnes Affiliate oleh Ismail Nazaruddin

33 |Panduan Bisnes Affiliate oleh Ismail Nazaruddin

Page 34: 1 |Panduan Bisnes Affiliate oleh Ismail Nazaruddin

34 |Panduan Bisnes Affiliate oleh Ismail Nazaruddin

Ini pula step untuk nak buat posting di channel, contoh posting yang cikgu pernah

buat sebelum ni dan sentiasa guna teknik ni untuk promosikan affiliate :

Page 35: 1 |Panduan Bisnes Affiliate oleh Ismail Nazaruddin

35 |Panduan Bisnes Affiliate oleh Ismail Nazaruddin

Kalau anda buat ig story ads ataupun ig story review dengan instafemes, anda

bagi link channel jugak supaya kesemua prospek anda berkumpul di channel. Ini

akan memudahkan anda untuk melakukan aktiviti closing sales.

Page 36: 1 |Panduan Bisnes Affiliate oleh Ismail Nazaruddin

36 |Panduan Bisnes Affiliate oleh Ismail Nazaruddin

Page 37: 1 |Panduan Bisnes Affiliate oleh Ismail Nazaruddin

37 |Panduan Bisnes Affiliate oleh Ismail Nazaruddin

Dekat mana anda nak cari program program affiliate ni? Cikgu hanya fokus buat

affiliate local sahaja, bukan affiliate international dari amazon dan sebagainya.

Dalam ebook ni pun cikgu hanya kongsikan tentang affiliate local sahaja dan

kebanyakannya menggunakan system affiliate dari ONPAY. Cara guna system

onpay cikgu akan bagi dalam bentuk video , dalam set video bonus.

Ini senarai FB ikon usahawan online yang selalu buat program affiliate :

1. Wazeen Azizan

2. Hafizi Zain

3. Rashvin Singh

4. Ismail Arsad

5. Dzulfaqar Hashim

6. Rahman Basri

7. Iffat Salleh

8. Al-Farabi Shariff

9. Ismail Nazaruddin (cikgu sendiri hehe)

Boleh rajin rajin follow nama nama di atas ya. Seba bukan tiap hari diwar warkan

program affiliate ni, ada waktu waktunya juga. Jadi memang kena rajin follow

rapat rapat. Selain dari dapat join affiliate, semua nama nama di atas ni sifu sifu

hebat dalam Internet marketing, kecuali cikgu ni biasa biasa jelah.

Okay GOOD LUCK!

Page 38: 1 |Panduan Bisnes Affiliate oleh Ismail Nazaruddin

38 |Panduan Bisnes Affiliate oleh Ismail Nazaruddin

Page 39: 1 |Panduan Bisnes Affiliate oleh Ismail Nazaruddin

39 |Panduan Bisnes Affiliate oleh Ismail Nazaruddin

Dalam bab ni cikgu akan kongsikan teknik yang cikgu gunakan untuk buat jualan 5

angka. Jom kita mulakan. Screenshot jualan 5 angka tu adalah untuk produk

tutorial cara buat bisnes dropship ke pasaran luar negara dengan gunakan

platform shopify. Step pertama yang cikgu buat adalah fahamkan tentang produk.

Cikgu kaji dan baca berulang kali surat jualan yang ditulis di website. Cikgu baca

berulang kali.

Selepas cikgu dah betul betul faham tentang produk tutorial ni, barulah cikgu

mulakan promosi. Cara cikgu promosi adalah cikgu sentiasa Tarik minat mereka

yang nak cuba buat jualan dalan USD. Masa tu testimoni terbaik adalah Berjaya

Jana RM400,000 dalam masa 3 bulan. So kekuatan produk ni adalah testimoni ni,

jadi cikgu manfaatkan sebaiknya untuk buat promosi.

Antara ayat promosi yang cikgu kerap guna adalah :

RM400,000 dalam masa 3 bulan hanya dengan dropship. Nak belajar? Komen pm.

Cikgu akan berikan anda info details.

Siapa tak nak kan? 400k dengan dropship je kot. Tapi..

Produk tutorial ni memang mahal lah. Masa tu harga tutorial nya dalam 600-900

seingat cikgu. Alhamdulillah cikgu dapat juga pembeli yang sanggup keluar modal

sebanyak tu. Antara ayat yang cikgu gunakan masa closing prospek adalah :

“Bayangkan hanya dengan modal 700-1000 je tuan dah boleh buat bisnes

dropship dengan potensi income rm400k dalam masa 3 bulan. Berbaloi kan? Tuan

follow je step by step apa yang diajar di dalam tutorial ni. Pasti dapat hasilnya.”

Page 40: 1 |Panduan Bisnes Affiliate oleh Ismail Nazaruddin

40 |Panduan Bisnes Affiliate oleh Ismail Nazaruddin

Sampaikan ada prospek yang kumpul duit untuk nak beli tutorial ni.

Kuncinya apa? Gunakan testimoni terbaik yang kita ada untuk yakinkan bakal

pelanggan kita. Pasti mereka akan teruja untuk beli apa yang kita tawarkan pada

mereka. Bukan ini je teknik yang cikgu gunakan.

Salah satu teknik yang cikgu guna masa tu adalah, cikgu buat satu group fb, cikgu

invite prospek yang berminat, cikgu promot habis habisan dalam tu. Alhamdulillah

ada juga 4-5 orang yang membeli. Satu jualan 700-900. Kalau 5 jualan?

Teknik leads magnet atau teknik kumpul prospek memang feveret dan proven.

Bukan apa. Kalau kita nak close manual sorang sorang memang lagi bagus, tapi

risau kita kekurangan masa tambahan pula kalau anda masih bekerja fulltime.

Alhamdulillah dengan teknik yang cikgu kongsikan ni cikgu dapat buat jualan

hampir Rm20,000 dan ini antara produk termahal yang pernah cikgu jual. INGAT.

Fokus pada value yang bakal pelanggan anda dapat. Jangan fokus pada harga.

Page 41: 1 |Panduan Bisnes Affiliate oleh Ismail Nazaruddin

41 |Panduan Bisnes Affiliate oleh Ismail Nazaruddin

Page 42: 1 |Panduan Bisnes Affiliate oleh Ismail Nazaruddin

42 |Panduan Bisnes Affiliate oleh Ismail Nazaruddin

Dalam bab ni pula kita akan belajar cara untuk closing. Cikgu akan kongsikan cara

untuk buat closing melalui whatsapp dan juga messenger. Jom kita mulakan.

Ini step dan tips closing affiliate yang anda perlu tahu dan alert :

1. Mulakan dengan salam dan berkenalan

2. Tanya dan pastikan apa kemahuan prospek

3. Minta prospek baca info di link affiliate anda

4. Tanya samada dia jelas atau tidak dengan info di web

5. Yakinkan prospek anda dengan berikan testimoni terbaik

6. Minta prospek terus buat belian sebelum harga makin naik

7. Pastikan anda sendiri kena yakin 1000% dengan produk yang anda jual

Jelas setakat ni? Di bawah ni cikgu kongsikan step dan skrip contoh :

Bila anda dapat komen dari prospek yang berminat :

Terus pm dia,

Assalamualaikum, boleh cikgu dapatkan nombor whatsapp tuan? Mudah untuk

cikgu berikan info details. Atau boleh bagi link whatsapp, cikgu text sekarang..

Bila dah whatsapp dia,

Follow sahaja step yang cikgu kongsikan di atas tadi :

Page 43: 1 |Panduan Bisnes Affiliate oleh Ismail Nazaruddin

43 |Panduan Bisnes Affiliate oleh Ismail Nazaruddin

Contoh skrip closing,

Assalamualaikum.. hai saya ismail, tuan kan yang berminat nak tahu tentang cara

buat bisnes affiliate?

.

.

Boleh klik link di bawah ni untuk baca info details :

(link affiliate anda)

Baca sekarang ye tuan. Cikgu tunggu..

.

.

Macam mana, tuan jelas dengan info di link tu?

.

.

Saya cadangkan tuan dapatkan sekarang sebab saya risau tuan akan terlepas

harga promosi. Boleh tuan?

Ini skrip yang panjang lah. Kalau nak guna skrip pendek,

Page 44: 1 |Panduan Bisnes Affiliate oleh Ismail Nazaruddin

44 |Panduan Bisnes Affiliate oleh Ismail Nazaruddin

Guna skrip ni :

Assalamualaikum, hai saya ismail,

Tuan kan yang nak belajar cara buat fbads?

Buka link di bawah ni sekarang untuk baca info details :

(link affiliate)

.

.

.

Lepas tu follow up balik dia,,

.

.

.

Hai tuan, dah baca info dari link tu?

.

.

Kalau dia masih belum buat pembelian,,, tanya dia,,,

.

.

Boleh saya tahu kenapa tuan belum buat pembelian? Mungkin saya boleh bantu.

Page 45: 1 |Panduan Bisnes Affiliate oleh Ismail Nazaruddin

45 |Panduan Bisnes Affiliate oleh Ismail Nazaruddin

Boleh try skrip tu, so far skrip ni sebenarnya berubah ubah mengikut keadaan

tau? Paling penting anda kena fahamkan step yang cikgu kongsikan kat atas tadi

tu, sebab kalau anda faham yang tu anda tak kan ada masalah dah untuk nak

yakinkan prospek anda supaya buat pembelian. Jelas setakat ni? Terbaik!

Bagi cikgu kalau nak senang close customer pertamanya kita kena yakin dengan

produk yang kita jual, kedua kita kena faham produk yang kita jual ni betul betul.

Biasanya cikgu akan baca berulang kali penerangan di web jualan atau link affiliate

cikgu sebelum cikgu memulakan proses untuk iklankan produk.

Kenapa? Supaya kalau prospek kita tu Tanya kita boleh jawab dengan yakin.

Supaya keyakinan kita tu prospek dapat rasa dan secara tidak langsung dia pun

yakin nak buat pembelian melalui link affiliate kita. Kalau nak lagi senang jual beli

dulu produk tu untuk kita fahamkan betul betul. Contoh macam anda lah. Beli

dulu ebook ni sebelum join cabaran affiliate.

Page 46: 1 |Panduan Bisnes Affiliate oleh Ismail Nazaruddin

46 |Panduan Bisnes Affiliate oleh Ismail Nazaruddin

Page 47: 1 |Panduan Bisnes Affiliate oleh Ismail Nazaruddin

47 |Panduan Bisnes Affiliate oleh Ismail Nazaruddin

TUTORIAL UNTUK KUMPULKAN PROSPEK

Dalam bab ni mudah je, cikgu dah kongsi dalam bab sebelum ni kan? Cuma

sengaja cikgu nak ulang balik supaya anda faham dan lebih jelas step stepnya.

Step untuk kumpulkan prospek :

1. Kena buat group telegram/channel telegram

2. Kena post 2-3 mesej info produk di channel/group tu

3. Buat promosi guna semua teknik yang cikgu ajar tadi

4. Invite kesemua prospek tu ke channel/group anda

Sekali lagi cikgu tegaskan, teknik yang cikgu ajar ni lebih kepada cara buat jualan

tanpa perlu pening kepala nak layan whatsapp atau pm fb lama lama. Sesuai

untuk anda yang sibuk dengan tugasan hakiki harian anda. Jelas ya? Terbaik!

Page 48: 1 |Panduan Bisnes Affiliate oleh Ismail Nazaruddin

48 |Panduan Bisnes Affiliate oleh Ismail Nazaruddin

Page 49: 1 |Panduan Bisnes Affiliate oleh Ismail Nazaruddin

49 |Panduan Bisnes Affiliate oleh Ismail Nazaruddin

Dalam bab ni, cikgu akan kongsikan bagaimana cikgu close customer melalui

group atau channel telegram sahaja tanpa perlu whatsapp setiap orang. Jom kita

belajar sama sama.

Bila anda dah ada channel dan dah 2-3 posting di channel anda, anda akan invite

prospek yang ramai kan? Mereka aka nada dalam group tu. Bagaimana anda nak

close mereka ni? Caranya anda kena tambah lagi posting info dan follow up di

channel tu. Di bawah ni cikgu bagi ayat contoh yang cikgu guna untuk follow up

prospek cikgu di channel. Cuba perhatikan baik baik ya. Baca satu persatu.

Semua ayat yang cikgu post seolah tahu apa yang difikirkan oleh prospek,

Page 50: 1 |Panduan Bisnes Affiliate oleh Ismail Nazaruddin

50 |Panduan Bisnes Affiliate oleh Ismail Nazaruddin

Page 51: 1 |Panduan Bisnes Affiliate oleh Ismail Nazaruddin

51 |Panduan Bisnes Affiliate oleh Ismail Nazaruddin

Page 52: 1 |Panduan Bisnes Affiliate oleh Ismail Nazaruddin

52 |Panduan Bisnes Affiliate oleh Ismail Nazaruddin

Nampak tak? Cikgu hanya bagi urgency, jawab persoalan dan ketakutan prospek,

terus prospek bank in tanpa sebarang soal sebab dah yakin. Jadi kalau anda tidak

ada banyak masa untuk nak close guna whatsapp atau pm, invite je kesemua

prospek anda tu ke channel. Faham? Cara ni lebih mudah dan proven juga.

Selamat mencuba!

Page 53: 1 |Panduan Bisnes Affiliate oleh Ismail Nazaruddin

53 |Panduan Bisnes Affiliate oleh Ismail Nazaruddin

Page 54: 1 |Panduan Bisnes Affiliate oleh Ismail Nazaruddin

54 |Panduan Bisnes Affiliate oleh Ismail Nazaruddin

Dalam bab ni, cikgu akan ajar anda satu perkara yang penting dalam bisnes

affiliate iaitu BONUS. Bila anda buat bisnes affiliate, bukan anda sorang je ejen

yang join, ramai lagi. Jadi anda perlu ada kelainan dan extra kelebihan supaya

prospek membeli daripada link anda.

Caranya adalah anda berikan pelanggan anda bonus istimewa. Bila anda nak bagi

bonus, anda kena nyatakan berapa nilai bonus anda. Anda kena ceritakan info

tentang bonus anda supaya bakal pelanggan anda teruja untuk beli dari link anda.

Contoh :

Saya akan berikan 3 bonus bernilai RM250 jika anda beli sekarang dari link saya,

bonus bonus ini akan bantu anda untuk jana income yang lebih banyak lagi.

.

Dapatkan sekarang (link affiliate anda)

Nampak tak caranya? Anda kena tunjukkan nilai yang bakal pelanggan anda

dapat, barulah mereka rasa mereka dapat nilai produk yang lebih daripada harga

yang mereke bayar. Jelas? Terbaik!

Jangan risau kalau anda tiada ebook extra untuk dijadikan bonus, sebab cikgu ada

sediakan 10 ebook bonus bersama pakej ebook ini. So amacam? Berbaloi kan?

Semuanya cikgu dah sediakan. Tinggal nak apply dan praktiskan jelah. Okay?

Page 55: 1 |Panduan Bisnes Affiliate oleh Ismail Nazaruddin

55 |Panduan Bisnes Affiliate oleh Ismail Nazaruddin

Page 56: 1 |Panduan Bisnes Affiliate oleh Ismail Nazaruddin

56 |Panduan Bisnes Affiliate oleh Ismail Nazaruddin

Akhirnya kita dah sampai ke bab yang terakhir. Anyway cikgu bercadang nak buat

panduan versi 2.0 yang lebih advance mungkin dalam bentuk video. Cikgu akan

bagi free je kalau anda kongsikan testimoni yang power dan result yang power

pada cikgu. Amacam? Hehe. Its okay , fokus dulu buat apa yang sudah dipelajari.

Jom kita belajar macam mana nak jadi top 10 affiliate ni?

1. Pastikan anda mula lebih promot awal awal sebaik sahaja cabaran atau

program affiliate tu bermula dan jangan lengah lengah. Fast action fast result!

2. Pastikan anda ada database prospek yang ramai dan sentiasa follow up

database anda. (Teknik kumpul database ni anda boleh belajar kemudian

sebab teknik ni agak advance. Contohnya email marketing atau messenger

marketing)

3. Pastikan anda konsisten giler giler sepanjang cabaran affiliate berlangsung.

4. Pastikan link anda di klik oleh ramai prospek, lagi ramai lagi bagus.

5. Sediakan bonus padu meleleh yang berkaitan dengan produk yang anda jual.

Contohnya, kalau anda jual ebook shopee, anda bagi bonus apps untuk

naikkan followers secara auto di shopee memang berebutlah orang nak beli

dari link anda.

Dapat? Ini 5 tips yang cikgu sendiri guna. Kalau nak jadi top 1 tu cikgu belum tahu

sebab cikgu pun belum pernah lagi dapat top 1. Maybe soon. Amiinn.

Page 57: 1 |Panduan Bisnes Affiliate oleh Ismail Nazaruddin

57 |Panduan Bisnes Affiliate oleh Ismail Nazaruddin

Page 58: 1 |Panduan Bisnes Affiliate oleh Ismail Nazaruddin

58 |Panduan Bisnes Affiliate oleh Ismail Nazaruddin

BISNES ADALAH SATU SENI YANG

PERLU DIHAYATI DAN DIJIWAI

DENGAN HATI. NIATLAH INGIN

MEMBANTU ORANG LAIN MAKA

IANYA AKAN JADI LEBIH MUDAH DAN

LANCAR. BOLEH? ~CIKGU MAEL

Page 59: 1 |Panduan Bisnes Affiliate oleh Ismail Nazaruddin

59 |Panduan Bisnes Affiliate oleh Ismail Nazaruddin

Semoga ebook panduan ini bermanfaat dan membantu anda untuk jana

pendapatan yang banyak melalui bisnes affiliate. Terima kasih kerana sudah

membaca sampai ke sini dari awal. Tahniah! Jangan lupa untuk bertindak. Jangan

baca sahaja tanpa ada tindakan. Cikgu doakan anda kaya dan berjaya dan jangan

lupa sertai group cabaran affiliate untuk ebook ini untuk terus praktiskan ilmu

yang dipelajari dan jana komisyen yang banyak. Jumpa di group affiliate dan

group support! Salam kejayaan..

DILARANG KERAS!! ANDA DILARANG

BERKONGSI EBOOK INI,

MENYEBARKAN EBOOK INI ATAU ISI

KANDUNGANNYA, DAN MENCETAK

SEMULA KANDUNGANNYA TANPA

IZIN. CIKGU HARAMKAN DAN TIDAK

BERKAT BERBUAT DEMIKIAN.

SEKIAN DAN HARAP TAKE NOTE.