quote teori

9
1.2 LAPORAN ANALISIS PERINGKAT KERJAYA GURU DENGAN HUBUNGAN TEORI KEPIMPINAN. 1.2.1 Teori Tradisional –Teori Tret Terdapat beberapa jenis kepimpinan iaitu kepimpinan semulajadi, kepemimpinan berkarisma, kepimpinan biokratik dan kepemimpinan teragih. Guru sebenarnya telah memiliki personaliti seorang pemimpin atau khalifah kerana telah memiliki ciri-ciri tabligh (dakwah). Dalam sesi temubual bersama guru permulaan dan guru pakar saya mendapati bahawa terdapat beberapa ciri kepimpinan yang ada pada Dr.Ramlan dan Ustazah Afidah. Berdasarkan temubual yang dijalankan saya mendapati bahawa Dr.Ramlan melaksanakan kepeminpinan jenis biokratik. Kepemimpinan biokratik amat berstruktur dan berfungsi mengikut prosedur-prosedur tertentu seperti mana yang telah ditetapkan dalam sebuah organisasi.Menurut Weber (1989), model biokratik tulen memberi penekanan kepada aspek-aspek tertentu, seperti mementingkan peraturan dan tatatertib. Di dalam bilik darjah, Dr. Ramlan telah mengamalkan ciri kepimpinan biokratik. Ini dapat dilihat jelas semasa beliau melaksanakan peraturan kelas. Pelajar-pelajar yang melanggar peraturan akan dikenakan hukuman ataupun denda. Tindakan dilaksanakan dengan tegas dan konsisten. Di samping itu, Dr. Ramlan seorang yang sistematik dalam menguruskan kelas. Sebagai guru juga beliau telah mengawal kelas dengan baik. Beliau membentuk organisasi kelas dengan AJK Tertentu. Setiap pelajar mempunyai peranan masing-masing. Kebersihan, keceriaan dan disiplin menjadi amalan di dalam bilik darjah. Keberkesanan fungsi organisasi bilik darjah membuktikan beliau adalah seorang pengurus yang baik. Hal ini terbukti apabila beliau seorang yang tegas dalam memastikan jadual waktu mata pelajaran serta jadual bertugas dapat dijalankan dengan berkesan. Tambahan pula, beliau sentiasa mengemaskini papan kenyataan yang menyediakan maklumat yang terkini dan sentiasa dihias dengan cantik.

Upload: ai-xie

Post on 16-Aug-2015

239 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

edu kepimpinan

TRANSCRIPT

Page 1: Quote Teori

1.2 LAPORAN ANALISIS PERINGKAT KERJAYA GURU DENGAN HUBUNGAN

TEORI KEPIMPINAN.

1.2.1 Teori Tradisional –Teori Tret

Terdapat beberapa jenis kepimpinan iaitu kepimpinan semulajadi,

kepemimpinan berkarisma, kepimpinan biokratik dan kepemimpinan teragih. Guru

sebenarnya telah memiliki personaliti seorang pemimpin atau khalifah kerana telah

memiliki ciri-ciri tabligh (dakwah). Dalam sesi temubual bersama guru permulaan dan

guru pakar saya mendapati bahawa terdapat beberapa ciri kepimpinan yang ada

pada Dr.Ramlan dan Ustazah Afidah.

Berdasarkan temubual yang dijalankan saya mendapati bahawa Dr.Ramlan

melaksanakan kepeminpinan jenis biokratik. Kepemimpinan biokratik amat

berstruktur dan berfungsi mengikut prosedur-prosedur tertentu seperti mana yang

telah ditetapkan dalam sebuah organisasi.Menurut Weber (1989), model biokratik

tulen memberi penekanan kepada aspek-aspek tertentu, seperti mementingkan

peraturan dan tatatertib. Di dalam bilik darjah, Dr. Ramlan telah mengamalkan ciri

kepimpinan biokratik. Ini dapat dilihat jelas semasa beliau melaksanakan peraturan

kelas. Pelajar-pelajar yang melanggar peraturan akan dikenakan hukuman ataupun

denda. Tindakan dilaksanakan dengan tegas dan konsisten. Di samping itu, Dr.

Ramlan seorang yang sistematik dalam menguruskan kelas.

Sebagai guru juga beliau telah mengawal kelas dengan baik. Beliau

membentuk organisasi kelas dengan AJK Tertentu. Setiap pelajar mempunyai

peranan masing-masing. Kebersihan, keceriaan dan disiplin menjadi amalan di

dalam bilik darjah. Keberkesanan fungsi organisasi bilik darjah membuktikan beliau

adalah seorang pengurus yang baik. Hal ini terbukti apabila beliau seorang yang

tegas dalam memastikan jadual waktu mata pelajaran serta jadual bertugas dapat

dijalankan dengan berkesan. Tambahan pula, beliau sentiasa mengemaskini papan

kenyataan yang menyediakan maklumat yang terkini dan sentiasa dihias dengan

cantik.

Page 2: Quote Teori

Walaupun bersifat autokratik dalam melaksanakan peraturan namun beliau

juga mengamalkan sifat kepimpinan demokratik. Segala program, aktiviti, dan

peraturan telah dirancang bersama-sama dengan pelajar. Guru telah berbincang

bersama-sama dengan pelajar dalam menetapkan peraturan di dalam bilik darjah.

Sifat toleransi ini memberi kesan positif kepada murid. Murid-murid dikehendaki

menulis peraturan yang ditetapkan dan mendapat persetujuan bersama-sama.Selain

itu, jika ini dilakukan, akan terjalin hubungan silaturahim yang baik antara guru-murid,

memotivasikan mereka untuk meraih kejayaan dan kokurikulum dan akademik.

Page 3: Quote Teori

1.2.2 Teori Tradisional –Teori Tret

Teori tret telah berkembang dalam tahun 1920-an dan 1930-an di mana

seseorang pemimpin dikkenal pasti mengikut tret-tret yang dimilikinya. Teori ini

mengandaikan manusia sedia memiliki ciri-ciri atau tret-tret yang diwarisi dan tret-tret

tertentu sahaja sesuai menjadi seorang pemimpin yang berkesan. Berdasarkan teori

Stodgill (1974) terdapat beberapa tret-tret dan kemahiran pemimpin. Terdapat

beberapa tret-tret yang saya kenalpasti melalui temubual yang dijalankan. Antaranya

termasuklah;

Tret Kemahiran

Menyesuaikan diri dalam

pelbagai situasi

Peka kepada persekitaran sosial

cita-cita tinggi dan berorentasikan

pencapaian .

Dapat bekerjasama, boleh

membuat keputusan

Bertenaga

Keyakinan diri

Daya tahan tinggi terhadap

tekanan

Rela menerima

bertanggungjawab.

Kecerdasan yang tinggi

Berkemahiran berkonseptual

Kreatif

Diplomatik dan tachful

Petah bertutur

Berpengetahuan tentang tugas

kumpulan.

Teratur (kemampuan mentadbir)

Berkemahiran sosil

Rajah 1. Tret dan kemahiran seorang pemimpin

Berdasarkan rajah 1 ini menunjukkan tret-tret dan kemahiran yang saya

kenalpasti terdapat dalam ciri kepimpinan Dr. Ramlan dan Ustazah Afidah.

Antaranya termasuklah menyesuaikan diri dalam pelbagai situasi. Hal ini dapat

dilihat dari sifat kepimpinan yang ditonjolkan oleh Dr Ramlan. Beliau sangat fleksibel

dengan tugasan yang diberi.

Page 4: Quote Teori

Semasa mula berkhidmat sebagai guru beliau telah diberi amanah mengajar

subjek geografi dan sejarah walaupun pengkhususan bidang beliau adalah subjek

pendidikan seni. Namun keadaan ini tidak memberi halangan kepadanya. Beliau

telah mengabungjalinkan pengajaran seni dalam pengajaran sejarah dan geografi.

Pengajaran menjadi lebih menarik dan mampu menarik minat pelajar kepada subjek

tersebut. Beliau juga berjaya mengadaptasikan diri kepada budaya komuniti

setempat walaupun murid-murid yang berbeza latar belakang dan majoriti murid

berbangsa india dan melayu.

Stodgill juga mengariskan tret dan kemahiran seorang pemimpin yang lain

iaitu, peka terhadap persekitaran sosial. Sifat kepimpinan ini ditunjukkan oleh

Ustazah Afidah semasa beliau mula berkhidmat sebagai guru sehinggalah sekarang.

Ustazah Afidah adalah seorang yang mudah mesra dengan komuniti setepat.

Walaupun baru bergelar seorang guru baru beliau boleh menyesuaikan diri dengan

rakan sejawat. Bagi beliau kita hendaklah mempunyai prinsip tersendiri. Segala

perkara yang baik kita perlu pelajari dan segala perkara yang buruk kita perlu jadikan

pengajaran.

Berdasarkan analisis dan laporan temubual, Ustazah Afidah dan Dr Ramlan

mempunyai cita-cita yang tinggi dalam meningkatkan kemajuan dalam bidang

pendidikan. Pada pendapat saya Dr. Ramlan seorang yang bijak mengambil peluang

pembangunan diri hingga ke peringkat pakar. Konsep kendiri yang positif mendorong

beliau menjadi seorang yang produktif. Semasa berkhidmat sebagai guru, halangan

dalam menangani masalah disiplin mendorong beliau untuk menambah ilmu dalam

bidang psikologi. Ini merupakan faktor utama kepada beliau untuk mengkaji tingkah

laku manusia dan memilih bidang bimbingan dan kaunseling sebagai karier beliau.

Selain itu beliau juga merujuk kepada beberapa buah buku bagi menambahkan ilmu

pengetahuan dalam bidang bimbingan dan kaunseling.

Selain bergelar seorang pendidik beliau juga menyumbang khidmat kepada

masyarakat. Ilmu bimbingan dan kaunseling yang ada pada Dr. Ramlan tidak di sia-

siakan begitu saja Ini terbukti dalam penglibatan beliau dalam bidang penulisan di

dada akbar, majalah dan buku. Beliau telah menulis di ruangan motivasi dan ini saya

bermakna dan mampu mendorong para pembaca menjadi lebih bermotivasi. Segala

ilmu dikongsi bersama kepada pembaca. Ini merupakan sumbangn beliau kepada

masyarakat.

Page 5: Quote Teori

Manakala Ustazah Afidah masih mencari peluang dan ruang dalam

melanjutkan pelajaran pada peringkat yang lebih tinggi dalam bidang pendidikan.

Namun begitu beliau juga menyertai aktiviti di luar sekolah seperti program

perkemahan Ilhya Ramadhan anjuran peringkat daerah. Program ini membantu

beliau meningkatkan keyakinan dalam kepimpinan dan mengendalikan sesebuah

aktiviti. Bagi meningkatkan diri dalam ilmu pengetahuan beliau juga menyertai kuliah

terbuka di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) di nilai. Kuliah ini dihadiri pada

hujung minggu jika ada kelapangan. Tujuan beliau menghadiri kuliah ini bagi

melekapkan diri dari segi ilmu pengetahuan.

Menurut Rahimah Ghazali (2013) daripada kajian-kajian yang dilakukan oleh

institut pendidikan, didapati bahawa guru novis dan guru permulaa merupakan guru

baru yang menghadapi pelbagai masalah. Guru beranggapan bahawa beban tugas

yang diberi kepada mereka begitu berat. Namun perkara ini berbeza kepada Dr.

Ramlan belia seorang yang efektif dan sentiasa berfikiran positif. Segala tugas yang

diberikan di galas dengan penuh dedikasi. Beliau telah dilantik dalam pelbagai

jawatan namun perkara ini tidak dianggap sebagai beban malah satu tanggungjawab

yang harus dilaksanakan. Peluang ini diambil bagi menambahkan pengalaman

sebagai guru permulaan.

Berdasarkan analisis laporan temubual saya berpadangan bahawa Dr.

Ramlan seorang yang berkeyakinan tinggi dalam karier yang diceburi. Dengan

pengalaman sebagai guru pakar beliau lebih kompeten dalam melaksanakan tugas.

Keyakinan diri dipupuk sepanjang karier sebagai seorang guru sehinggalah

mencapai tahap pensyarah cemerlang . Keyakinan bukan sesuatu yang mudah

untuk dicapai kerana memerlukan tahap daya tahan yang tinggi. Apabila diberikan

tugas dijalankan dengan amanah, segala kekangan di sepanjang karier dianggap

sebagai cabaran dan bukan halangan bagi dirinya.

Berbeza pula dengan Ustazah Afidah, sebagai guru permulaan beliau kurang

berkeyakinan berbanding dengan Dr. Ramlan sebagai guru pakar. Beliau masih

dalam proses mengenali kerjaya sebagai seorang guru. Beliau masih dalam

peringkat menyesuaikan diri dalam alam pekerjaan. Beliau dalam proses

memperbaiki diri dari segi kepimpinan dalam bilik darjah mahupun pengurusan

dalam kerjayanya sebagai seorang guru. Terdapat pelbagai kelemahan dari segi

Page 6: Quote Teori

kawalan kelas dan pengurusan masa. Segala kekurangan ini diatas dengan

profesional dan proaktif.

Beberapa penambahbaikan dilakukan bagi meningkatkan mutu kerja dan daya

kepimpinan ustazah Afidah. Beliau tidak berdiam diri sahaja namun berusaha

menambah ilmu daripada guru-guru berpengalaman serta rakan sejawat. Beliau

beranggapan bahawa kita sebagai guru permulaan kena banyak bertanya dan

mendapatkan padangan daripada mereka yang lebih berpengalaman.

Menurut Yukl (1989) terdapat tiga kategori kemahiran am yang relevan untuk

semua pengurus, iaitu kemahiran intrapersonal, kemahiran kognitif dan kemahiran

teknikal. Yukl mengambil kira unsur situasi dimana kemahiran khusus (dan tret)

dikorelasikan dengan keberkesanan kepemimpinan. Yurkl telah membina satu set

ciri-ciri peribadi dan kemahiran kepemimpinan termasuklah keperluan untuk

kejayaan, keperluan untuk kuasa, keyakinan diri, kematangan emosi, kemahiran

konseptual dan kemahiran intrapersonal. Dr Ramlan mempunyai ciri-ciri peribadi

iaitu keperluan untuk kejayaan. Ini boleh dilihat dari segi kesungguhan Dr. Ramlan

dalam meningkatkan kemajuan diri walaupun mengharungi pelbagai cabaran.

Bermula dari zaman persekolahan beliau telah menduduki tiga kali

peperiksaan untuk mencapai keputusan yang membolehkan beliau melanjutkan

pelajaran pada peringkat yang lebih tinggi. keazaman yang tinggi untuk berjaya

beliau melanjutkan pelajaran pada peringkat sarjana dan PHD. Karier beliau tidak

hanya berhenti setakat ini sahaja namun beliau giat aktif dalam bidang penulisan.

Beliau telah menerbitkan beberapa buah buku dalam bidang bimbingan dan

kaunseling.

Selain itu beliau juga telah menulis beberapa ruangan motivasi di dalam akbar

sinaran dan majalah-majalah. Kejayaan ini menunjukkan konsep kendiri yang tinggi

dalam meningkatkan kemajuan diri di samping berkhidmat kepada masyarakat.

Perspektif kepimpinan yang sentiasa berubah dan berkembang telah mendorong Dr.

Ramlan berjaya meningkatkan tahap kepimpinan yang ada dalam diri beliau.

Keyakinan yang tinggi dalam diri mendorong beliau mampu berhadapan dengan

masyarakat sekaligus menyumbang ilmu yang bermanfaat kepada masyarakat

umum melalui aktiiti ceramah, penulisan dan sebagainya. Teladan ini perlu dicontohi

dan di jadikan panduan kepada contoh pendidik yang terbaik. Beliau telah

Page 7: Quote Teori

melaksanakan tanggungjawab sebagai rol model kepada pelajarnya bahkan kepada

masyarakat.

Page 8: Quote Teori

1.2.3 Teori Tradisional-Situasi

Dalam teori tradisional- Stuasi, Fiedler merumuskan keberkesanan

kepimpinan tertakhluk kepada kesepadanan di antara dua variabel, iaitu gaya

kepimpinan dan tahap sokongan persekitaran (situational favorableness). Semasa

bergelar sebagai guru Dr. Ramlan pernah dilantik sebagai seorang guru disiplin.

Sebagai seorang yang mempunyai kuasa dalam disiplin pelajar beliau

menamfaatkan jawatan tersebut dengan sebaik mungkin. Faktor kuasa mendorong

beliau menjadi lebih agresif dalam menangani masalah disiplin pelajar.

Walaupun mengalami beberapa halangan dan tentangan daripada murid,

malah daripada kalangan keluarga murid juga. Dalam menangani masalah disiplin

pelajar Dr. Ramlan pernah menerima ugutan daripada keluarga murid kerana ingin

mempertahankan adiknya daripada kesalahan yang dilakukan. Kes yang begitu berat

sehingga menyebabkan Dr. Ramlan bertindak dengan tegas bagi menyelesaikan

masalah tersebut. Beliau telah berjumpa dengan keluarga murid tersebut dan

memberikan nasihat kepada mereka.

Sebagai seorang pemimpin beliau jelas dengan tugas yang diberikan kepada

beliau sebagai guru disiplin. Jawatan ini tidak digunakan sewenang-wenangnya

namun di jalankan dengan jujur dan amanah. Terdapat banyak kes yang

diselesaikan beliau dengan cara yang tersendiri. Sifat integriti yang tinggi dalam

tugas menyebabkan beliau sentiasa bersedia dengan segala kemungkinan yang

berlaku. Beliau juga menggunakan pendekatan behaviorisme dalam menyelesaikan

masalah namun kurang berkesan. Oleh itu beliau mengambil inisitif seperti

melakukan pembacaan untuk mengetahui dengan lebih dalam mengenai tingkah

laku manusia dan cara mengendalikan masalah yang berlaku dalam kalangan murid-

murid.

Sebagai seorang guru dan pemimpin melengkapkan diri dengan ilmu adalah

tanggungjawab sepanjang hayat. Sumbangan dalam bidang pendidikan tiada

penghujungnya. Kepimpinan akan terserlah melalui kualiti cemerlang yang

disumbangkan. Amalan refleksi kendiri bertujuan memberi kesedaran terhadap

amanah yang dipikul dengan penuh rasa taggungjawab.

Page 9: Quote Teori

1.2.4 Kepimpinan Semasa-Teori Transformasi

Menurut MacGregor Burns mempelopori isitilah Kepimpinan Transformasi’

pada tahun 1978 untuk menggambarkan satu situasi ideal antara pemimpin dengan

pengikutnya. Teori ini menekankan aspek nilai dan motivasi, keperluan dan

kehendak, kedua-dua pihak dalam mencapai matlamat yang sama. Teori ini

mementingkan hubungan antara pemimpin dan pengikutnya. Pepimpin dan pengikut

melekapkan diri dengan keperluan antara satu sama lain bagi mencapai matlamat

yang sama.

Sebagai contoh, sebagai seorang guru yang prihatin Dr Ramlan

Mementingkan kebajikan pelajar. Seorang guru perlu bertindak balas dengan

keadaan semasa murid. Bagi beliau keperluan asas murid perlu dipenuhi.

Sebagai guru yang prihatin beliau menganggap bahawa terdapat beberapa

perkara yang perlu diambil kira dalam diri pelajar contohnya dari segi keperluan asas

pelajar. Beliau sangat menitikberatkan perkara ini. Bagi beliau murid yang tidak

dipenuhi keperluan asasnya akan mengalami masalah untuk meneruskan

pengajaran di dalam bilik darjah. Oleh itu penting bagi beliau memenuhi keperluan

antara satu sama lain bagi meningkatkan prestasi murid dalam pengajaran dan

pembelajaran. Oleh itu Dr. Ramlan menunjukkan sifat teladan pemimpin yang

proaktif serta prihatin.

Pemimpin transformasi mempunyai pertimbangan secara individu, memimpi

berasakan nilai dan seterusnya mempengaruhi pengikutnya untuk beranjak dari

sikap ‘tidak ambil peduli’ kepada aras motivasi dan komitmen yang tinggi. Peranan

pemimpin transformasi menjadi tunggak kepada hubungan dantara pengikut dalam

mencapai matlamat yang sama. Selain itu pemimpin transformasi menjadi

pemangkin kepada perubahan, mencabar daya berfikir dalam kalangan pengikutnya

agar melihat sesuatu masalah dari pelbagai perspektif, berunding sebelum bertindak

serta meningkatkan kesedaran dan keprihatinan pengikut terhadap kepentingan dan

nilai matlamat organisasi .

Page 10: Quote Teori

1.2.5 Kepimpinan Semasa – Teori Moral

Kepimpinan moral memberikan perhatian kepada nilai dan etika kepimpinan di

mana penguasaan dan pengaruh adalah asas pertimbangan yang baik dan benar.

Sergiovanni (1992) mendefinisikan kepimpinan moral sebagai suatu bentuk

bimbingan yang memotivasikan orang lain melalui prinsip-prinsip dan pegangan nilai

yang terpuji. Sebagai seorang pemimpin peranan nilai kemanusian semi kebaikan

sejagat. Melalui pegangan nilai, pemimpin moral memperoleh kepercayaan ahli-ahli

organisasi secar berasur-ansur dan mampu memberi impak terhadap gaya

kepimpinannya.

Guru berperanan sebagai role model yang paling dekat kepada murid selepas

ibubapa. Guru perlu memiliki peribadi mulia agar mampu menjadi contoh atau model

utama kepada pelajar, khususnya dalam pembetukan tingkahlaku dan akhlak

mereka. Teladan yang baik harus dipraktikkan di dalam bilik darjah. Tingkah laku dan

peribadi dari segi kesopanan dan kesusilaan akan menjadi ikutan serta dipraktikkan

dalam kehidupan mereka.

. Bagi Ustazah Afidah penerapan nilai di dalam bilik darjah merupakan tunggak

kepada keberkesanan dalam pembentukan akhlak dalam diri pelajar. Sebagai guru

agama beliau sentiasa menerapkan unsur kerohanian dan tauhid dalam diri pelajar.

Selain bertindak sebagai rol model dalam melaksanakan nilai, ustazah Afidah

menerapkan nilai-nilai murni melalui pengintegrasian nilai dalam kurikulum (nilai

merentas kurikulum). Malah beliau menunjukkan kepimpinan dari segi cara

pemakaian, tingkah laku dan peribadi yang baik semasa berada di dalam bilik darjah.

Sifat tanggungjawab Ustazah Afidah mendorong beliau sentiasa mengambil berat

kepada pelajar yang bermasalah dan memberi nasihat kepada mereka. Di samping

menyampaikan ilmu beliau mengintegrasikan nilai dalam isi pelajaran. Perkara ini

bertujuan meningkatkan motivasi dan semangat murid di dalam bilik darjah.

Unsur-unsur kemoralan perlu diamalkan dijadikan tauladan dalam cara hisup

seorag pemimpin moral. Sebagai seorang pemimpin ustazah Afidah telah

menunjukkan nilai etika yang boleh dicontohi oleh pelajar. Implikasinya, murid akan

menjadi lebih bermotivasi dan berkeyakian dalam mengembangkan potensi yang

ada.