qiraat - bacaan raum

2
BACAAN AL-RAUM Menurut Nik Jaafar Nik Ismail (1997), bacaan Raum ialah suatu bacaan yang wajib memperlahankan bunyi sekadar 1/3 dhammah Nun yang pertama tanpa dengung dan tanpa berputus suara. Dari segi bahasa, Raum ialah cuping telinga. Manakala dari sudut istilah pula, Raum bermaksud melafazkan sebahagian harakat (1/3 harakat) dengan suara perlahan ketika waqaf (Mohamad Abd Manaf, 2004). Kata Imam Al-Syatibi: Dan raum itu memperdengarkan huruf yang berbaris dengan suara yang perlahan ketika waqaf serta dapat didengari oleh mereka yang dekat (dengannya). Manakala kata Imam Ibnu Al-Jazari pula: Dan raum itu medatangkan sebahagian daripada harakah.” Abdul Rahman Abdul Ghani (2009) telah membahagikan Raum kepada dua bahagian iaitu: i. Raum Wajib Terdapat satu tempat sahaja dalam Al-Quran yang wajib dibaca secara Raum (atau Isymam) iaitu huruf Nun pertama pada kalimah dalam Surah Yusuf, Ayat 11, Allah s.w.t berfirman: Maksudnya: “Mereka pun (pergi berjumpa dengan bapa mereka lalu) berkata: Wahai ayah kami! Mengapa ayah tidak percaya kepada kami tentang Yusuf, padahal sesungguhnya kami sentiasa tulus ikhlas mengambil berat kepadanya?Hal ini dinyatakan oleh Imam Syatibi: Dan kalimah diikhfa’kan (disembunyikan sebahagian barisnya iaitu bacaan raum) lagi dipisahkan (antara dua Nun) bagi semua (Imam-imam Al-Qurra’) dan

Upload: shazana-binti-muhamed-saad

Post on 13-Jun-2015

1.814 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Qiraat - Bacaan Raum

BACAAN AL-RAUM

Menurut Nik Jaafar Nik Ismail (1997), bacaan Raum ialah suatu bacaan yang wajib

memperlahankan bunyi sekadar 1/3 dhammah Nun yang pertama tanpa dengung

dan tanpa berputus suara.

Dari segi bahasa, Raum ialah cuping telinga. Manakala dari sudut istilah pula,

Raum bermaksud melafazkan sebahagian harakat (1/3 harakat) dengan suara

perlahan ketika waqaf (Mohamad Abd Manaf, 2004).

Kata Imam Al-Syatibi:

“Dan raum itu memperdengarkan huruf yang berbaris dengan suara yang perlahan

ketika waqaf serta dapat didengari oleh mereka yang dekat (dengannya).

Manakala kata Imam Ibnu Al-Jazari pula:

“Dan raum itu medatangkan sebahagian daripada harakah.”

Abdul Rahman Abdul Ghani (2009) telah membahagikan Raum kepada dua

bahagian iaitu:

i. Raum Wajib

Terdapat satu tempat sahaja dalam Al-Quran yang wajib dibaca secara Raum (atau

Isymam) iaitu huruf Nun pertama pada kalimah dalam Surah Yusuf, Ayat

11, Allah s.w.t berfirman:

Maksudnya: “Mereka pun (pergi berjumpa dengan bapa mereka lalu) berkata: Wahai

ayah kami! Mengapa ayah tidak percaya kepada kami tentang Yusuf, padahal

sesungguhnya kami sentiasa tulus ikhlas mengambil berat kepadanya?”

Hal ini dinyatakan oleh Imam Syatibi:

“Dan kalimah diikhfa’kan (disembunyikan sebahagian barisnya iaitu bacaan

raum) lagi dipisahkan (antara dua Nun) bagi semua (Imam-imam Al-Qurra’) dan

Page 2: Qiraat - Bacaan Raum

sebahagian (perawi) meriwayatkan daripada mereka (Imam-imam Al-Qurra’) bahawa

dibaca secara idgham serta isymam.”

ii. Raum Harus

Menurut Abdul Rahman Abdul Ghani (2009), bacaan Raum juga diharuskan

apabila seseorang pembaca itu wakaf pada huruf-huruf yang berbaris bawah dan

hadapan. Contohnya wakaf pada ayat-ayat berikut:

a. , Surah Al-Fatihah, Ayat 1.

b. , Surah Al-Fatihah, Ayat 5.

Sebagaimana bacaan Al-Isymam, bacaan Al-Raum ini juga kadang-kala perlu

digunakan, terutamanya apabila seseorang pembaca Al-Quran itu waqaf pada pada

satu huruf yang berbaris bawah dan sebelumnya terdapat satu huruf mati yang

bukan huruf mad. Contohnya seperti (Surah Al-Asr, Ayat 1) dan

seumpamanya. Ini disebabkan bacaan mati semata-mata adalah sangat sukar

disempurnakan.

Oleh kerana kurangnya pengetahuan mengenai cara bacaan Al-Raum atau

Al-Isymam, maka ramai pembaca Al-Quran yang waqaf pada sesuatu kalimah tanpa

membunyikan huruf yang di hujung. Ini merupakan suatu kesalahan yang besar

(nyata) yang tidak seharusnya dilakukan.

Kesimpulannya, bacaan Al-Isymam dan Al-Raum hanya diwajibkan pada satu

kalimah sahaja dalam Al-Quran. Oleh itu, para pembaca boleh memilih salah satu

cara bacaan tersebut. Di dalam Al-Quran Mushaf Uthmani, tanda Nun yang wajib

dibaca dengan Al-Isymam atau Al-Raum telah digantikan dengan tanda berupa

intan.