pengajian ilmu qiraat di malaysia -...

20
JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM KUIS ISSN 1823-7126 BIL 8, ISU 3 (EK):2015 69 KEPERLUAN APLIKASI AL-DIRAYAH DALAM PENGAJIAN ILMU QIRAAT DI MALAYSIA Ikmal Zaidi bin Hashim ABSTRAK Pengajian qiraat di Malaysia masih memberikan tumpuan pada matan-matan dan syarahnya serta masih dalam batas al-Riwāyah. Akibatnya signifikan ilmu qiraat dan hubungannya dengan ilmu-ilmu lain tidak dapat diterokai selagi ia tidak dipelajari dan diperbahaskan dalam konteks al-Dirāyah. Untuk itu artikel ini ditulis bagi menghuraikan kepentingan ilmu Tawjih al-Qirā’āt dan keperluannya dalam pengajian qiraat di Malaysia. Fokus kajian kepustakaan dan kualitatif ini tertumpu kepada menjawab beberapa persoalan penting terutamanya mengenai peranan ilmu Tawjih al-Qirā’āt dalam memperlihatkan kepentingan dan signifikan mempelajari ilmu qiraat yang berkonsepkan al-Dirāyah khasnya di peringkat Diploma dan Ijazah Dasar. Pengajian ilmu Tawjih al- Qirā’āt diharapkan dapat memungkinkan integrasi ilmu antara bidang qiraat dengan bidang-bidang ilmu Islam yang lain seperti tafsir, hadith, syariah, bahasa Arab dan lain-lain. Kata kunci: al-Dirāyah, Qiraat, Malaysia ABSTRACT Qiraat Study in Malaysia focusing solely on studies of al-Mutun and still within al-Riwayah. As a result the significance of qiraat and its relationship to other sciences cannot be discovered unless it was studied and debated in the context of al-Dirayah. Therefore, this article is written to explain the importance of

Upload: truongcong

Post on 18-Feb-2018

327 views

Category:

Documents


12 download

TRANSCRIPT

Page 1: PENGAJIAN ILMU QIRAAT DI MALAYSIA - …journal.kuis.edu.my/.../wp-content/uploads/2015/12/041.pdf · membaca dengan satu-satu ... terhadap kepelbagaian bacaan tersebut di samping

JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM KUIS

ISSN 1823-7126 BIL 8, ISU 3 (EK):2015

69

KEPERLUAN APLIKASI AL-DIRAYAH DALAM

PENGAJIAN ILMU QIRAAT DI MALAYSIA

Ikmal Zaidi bin Hashim

ABSTRAK

Pengajian qiraat di Malaysia masih memberikan

tumpuan pada matan-matan dan syarahnya serta

masih dalam batas al-Riwāyah. Akibatnya signifikan

ilmu qiraat dan hubungannya dengan ilmu-ilmu lain

tidak dapat diterokai selagi ia tidak dipelajari dan

diperbahaskan dalam konteks al-Dirāyah. Untuk itu

artikel ini ditulis bagi menghuraikan kepentingan ilmu

Tawjih al-Qirā’āt dan keperluannya dalam pengajian

qiraat di Malaysia. Fokus kajian kepustakaan dan

kualitatif ini tertumpu kepada menjawab beberapa

persoalan penting terutamanya mengenai peranan

ilmu Tawjih al-Qirā’āt dalam memperlihatkan

kepentingan dan signifikan mempelajari ilmu qiraat

yang berkonsepkan al-Dirāyah khasnya di peringkat

Diploma dan Ijazah Dasar. Pengajian ilmu Tawjih al-

Qirā’āt diharapkan dapat memungkinkan integrasi

ilmu antara bidang qiraat dengan bidang-bidang ilmu

Islam yang lain seperti tafsir, hadith, syariah, bahasa

Arab dan lain-lain.

Kata kunci: al-Dirāyah, Qiraat, Malaysia

ABSTRACT

Qiraat Study in Malaysia focusing solely on studies of

al-Mutun and still within al-Riwayah. As a result the

significance of qiraat and its relationship to other

sciences cannot be discovered unless it was studied

and debated in the context of al-Dirayah. Therefore,

this article is written to explain the importance of

Page 2: PENGAJIAN ILMU QIRAAT DI MALAYSIA - …journal.kuis.edu.my/.../wp-content/uploads/2015/12/041.pdf · membaca dengan satu-satu ... terhadap kepelbagaian bacaan tersebut di samping

JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM KUIS

IKMAL ZAIDI HASHIM

70

Tawjih al-Qirā’āt in qiraat study in Malaysia. The

concentration of this qualitative and literature study

focused on several important issues, particularly the

role of Tawjih al-Qirā’āt in the importance and

significance of studying the concept of al-Dirayah

especially at Diploma and Undergraduate Degree .

Ultimately it will allow the integration of qiraat as a

science with other fields of Islamic sciences such as

tafsir, hadith, jurisprudence, Arabic and others.

Keywords: al-Dirāyah, Qiraat, Malaysia

PENDAHULUAN

Kepentingan satu-satu ilmu hanya akan tercerna apabila kita melihat

dari perspektif al-Riwāyah dan al-Dirāyah sebagai epistemologi1 ilmu

tersebut. Para ulama hadis termasuklah Dr. Yasir Muhammad Shahatah

(2001:67) mendefinisikan al-Riwāyah sebagai ilmu yang berfungsi bagi

mengetahui hakikat periwayatan dan syarat-syarat yang berkaitan

dengannya. Manakala al-Dirāyah pula didefinisikan oleh beliau sebagai

ilmu yang membicarakan tentang makna dan maksud yang difahami

daripada lafaz-lafaz hadis berobjektifkan pengamalan terhadap segala

tuntutan al-Sunnah sama ada yang bersifat suruhan mahu pun tegahan.

Kesimpulannya ilmu al-Riwāyah berkonsepkan pencarian dan perincian

sumber dan metodologi pemerolehan fakta dalam memastikan

kebenaran dan ketepatan fakta tersebut seterusnya keabsahan dan

kebolehpercayaannya. Manakala ilmu al-Dirāyah pula berorentasikan

penganalisaan fakta yang menatijahkan suatu bentuk teori dan gagasan

1Epistemologi bermaksud teori tentang pengetahuan, terutamanya yang berkaitan

dengan kajian kritis tentang kesahihan, kaedah dan skop sesuatu pengetahuan. Lihat

Hajah Noresah bt. Baharom.et.al (2005) Kamus Dewan Edisi Keempat. Kuala

Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlm. 398.

Page 3: PENGAJIAN ILMU QIRAAT DI MALAYSIA - …journal.kuis.edu.my/.../wp-content/uploads/2015/12/041.pdf · membaca dengan satu-satu ... terhadap kepelbagaian bacaan tersebut di samping

JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM KUIS

ISSN 1823-7126 BIL 8, ISU 3 (EK):2015

71

pemikiran yang mampu diaplikasi dan diimplimentasikan dalam dunia

nyata.

Dalam konteks ilmu qiraat pula, al-Riwāyah merupakan unsur

yang terpenting dalam bahkan mendasari setiap perbahasan yang

terkandung di dalamnya. Setiap Imām atau Qāri’ mempunyai sanad

yang bersambung hingga kepada Rasulullah S.AW. Mereka tidak

membaca dengan satu-satu bacaan melainkan berdasarkan bacaan guru

yang diambil secara Musyāfahah dan Talaqqi. Diriwayatkan dalam

Kitāb al-Sab‘ah karya Abū Bakr ibn Mujāhid (m. 314H) daripada

‘Umar ibn al-Khattāb, Zayd ibn Thābit, ‘Urwah ibn al-Zubayr,

Muhammad ibn al-Munkadir, ‘Umar ibn ‘Abd al-‘Aziz dan ‘Āmir al-

Sha‘biyy bahawa mereka pernah berkata, “...al-Qirā’āt itu adalah satu

sunnah yang diambil oleh golongan yang terkemudian daripada

golongan yang terdahulu maka bacalah kamu sepertimana kamu

mendapatinya”. (Ibn Mujāhid 1988: 49-52). Berkata Abū ‘Amr al-

Dāniyy (m.444 H): “ Para Imam dalam kalangan qurrā’ apabila

mengambil bacaan Al-Quran tidak bergantung kepada yang tersohor

dalam penggunaan bahasa Arab, tetapi mereka berdasarkan yang paling

sahih dan thābit dalam periwayatan dan pemindahan (al-Naql). Ia tidak

boleh disanggah oleh qiyās bahasa Arab kerana qiraat merupakan

sunnah muttaba‘ah yang wajib diterima dan diikuti”. Kita dilarang

mengambil satu-satu bacaan daripada orang yang tidak bertalaqqi

dengan guru dan hanya membaca melalui mushaf sahaja. Mereka

disebut sebagai al-Muṣhafiyyūn. Abū Amr ibn al-‘Alā’,seorang ahli

bahasa terkenal pernah berkata : “ Jika tidak kerana aku hanya boleh

membaca (Al-Quran) dengan apa yang telah dibaca (sepertimana

diriwayatkan) maka aku akan baca begini dan begitu.

Page 4: PENGAJIAN ILMU QIRAAT DI MALAYSIA - …journal.kuis.edu.my/.../wp-content/uploads/2015/12/041.pdf · membaca dengan satu-satu ... terhadap kepelbagaian bacaan tersebut di samping

JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM KUIS

IKMAL ZAIDI HASHIM

72

Unsur al-Dirāyah dalam pengajian ilmu qiraat pula bermatlamat

menerangkan segala pengertian dan tafsiran yang terhasil sebagai

implikasi daripada perbezaan-perbezaan qiraat. Ia meliputi empat

perkara :

Perbezaan dari sudut Nahu / Sintaksis (al-Nahwiyyah).

Perbezaan dari sudut Saraf / Morfologi (al-Sarfiyyah).

Perbezaan dari sudut suara / Fonologi (al-Sawtiyyah).

Perbezaan dari sudut makna (al-Dalāliyyah).

Maka sebarang ilmu berkaitan qiraat yang memperincikan mana-mana

perkara di atas dikategorikan sebagai berkonsepkan al-Dirāyah seperti

ilmu Tawjih al-Qirā’āt, I‘rāb al-Qur’ān wa Sarfuh, Al-Lahajāt al-

Qur’āniyyah wa al-Aṣwāt danAl-I‘jāz al-Balāghi fi al-Qur’ān.

Ilmu Tawjih al-Qirā’āt

Ilmu ini merupakan ilmu yang sangat dominan dalam pengajian qiraat

yang berorentasikan al-Dirāyah. Menurut al-Zarkasyiyy: “... Ianya

(ilmu Tawjih al-Qirā’āt) bukanlan suatu yang bersifat riwāyah dan

bercirikan talqin (diambil dan disampaikan secara lisan) yang tiada

unsur ‘aqliyy maka ia adalah dirāyah bukan riwāyah.” (al-Zarkasyiyy

1957:2/324). Ia juga dinamakan sebagai ilmu al-Ihtijāj, ilmu Ma‘āni al-

Qirā’āt dan ilmu ‘Ilal-al-Qirā’āt. Ia membincangkan tentang

penjelasan terhadap pelbagai bentuk bacaan qiraat dari sudut hujah,

sebab, ‘llah dan lain-lain yang bertujuan menonjolkan justifikasi

terhadap kepelbagaian bacaan tersebut di samping memberikan faedah

yang sangat banyak khususnya dalam bidang Tafsir.

Page 5: PENGAJIAN ILMU QIRAAT DI MALAYSIA - …journal.kuis.edu.my/.../wp-content/uploads/2015/12/041.pdf · membaca dengan satu-satu ... terhadap kepelbagaian bacaan tersebut di samping

JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM KUIS

ISSN 1823-7126 BIL 8, ISU 3 (EK):2015

73

Dr. Muhammad Salamah (1999:13) menjelaskan bahawa suatu

yang perlu difahami ialah ilmu ini tidak bermaksud untuk menjadikan

sesuatu bacaan itu mutawātir atau shādhdh tetapi ia lebih kepada

menjelaskan kepelbagaian makna (al-Dalālāt) yang tersurat dan tersirat

di sebalik kepelbagaian bacaan tersebut. Ilmu ini bermula dengan

menjadi sebahagian daripada penerangan dalam karya-karya ilmu nahu

dan tafsir. Ulama Nahu terkenal, Sibawayh turut memuatkan dalam al-

Kitāb beberapa persoalan tentang al-Ihtijāj. Kitab terawal yang

memuatkan ilmu ini secara khusus ialah karangan Hārūn ibn Mūsā al-

A‘war (m.170 H) berjudul Wujūh al-Qirā’āt. Selain karya tersebut

terdapat sekurang-kurangnya 69 buah karya lain. Di samping al-Qirā’āt

al-Mutawātirah, ilmu ini turut melibatkan al-Qirā’āt al-Shādhdhah.

Salah satu karya terkenal dalam memberikan tawjih kepada al-Qirā’āt

al-Shādhdhah bertajuk al-Muhtasab fi Tabyin Wujūh Shawādh al-

Qirā’āt wa al-‘Idāh ‘anhā tulisan Abū al-Fath ‘Uthmān ibn Jinniyy

(m.392 H).

Kepentingan Ilmu Tawjih al-Qirā’āt dalam Membuktikan

Keabsahan Qiraat

Ini tidak bermaksud menerima satu qiraat dan menolak qiraat yang lain.

Semua qiraat merupakan wahyu daripada Allah S.W.T lebih-lebih lagi

qiraat yang diklasifikasikan oleh ulama sebagai mutawātirah. Tawjih

berfungsi sebagai penyokong dan penguat hujah kepada setiap qiraat

yang pelbagai itu. Ia menunjukkan bahawa setiap qiraat itu ada alasan

dan hujahnya dalam aplikasi bahasa Arab walau pun berbeza seperti

dalam i‘rāb dan taṣrif .Manakala qiraat yang shādhdhah pula

Page 6: PENGAJIAN ILMU QIRAAT DI MALAYSIA - …journal.kuis.edu.my/.../wp-content/uploads/2015/12/041.pdf · membaca dengan satu-satu ... terhadap kepelbagaian bacaan tersebut di samping

JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM KUIS

IKMAL ZAIDI HASHIM

74

sebahagian besar ulama berpandangan ia tidak harus dibaca namun

harus dipelajari dan difahami maknanya. Bahkan terdapat ulama yang

berpendapat bahawa qiraat shādhdhah harus dijadikan hujah dalam

masalah fekah dan hukum (‘Abd al-Halim Qābah 1999 : 211).

Contoh tawjih yang menunjukkan perbezaan i‘rāb adalah Firman Allah

dalam Sūrah al-Baqarah (2):38:

كم من هدى فمن تبع هداي ٱهبطوا قلنا تينا يأ فإم منها جيعا

٣٨عليهم ول هم يزنون فل خوف

Pada perkataan terdapat dua bacaan iaitu manṣūb ghayr

munawwan خوف dan marfū‘ munawwan خوف.2 Pada bacaan pertama ال

Nāfiyah li al-Jins yang bermaksud penafian terhadap segala jenis

ketakutan (al-Khawf). Manakala bacaan kedua ia di-i‘rāb sebagai

mubtada’.

Contoh tawjih yang menunjukkan perbezaan taṣrif :

Firman Allah dalam Sūrah al-Baqarah (2):10:

رض فزادهم ف قلوبهم م بما كنوا ٱلل لم

ولهم عذاب أ مرضا

١٠ يكذبون 2Qiraat pertama ialah bacaan ImamYa‘qūb dan bacaan kedua merupakan bacaan para

Imam selain beliau. Lihat Muhammad Fahd Kharūf (1995:7).

Page 7: PENGAJIAN ILMU QIRAAT DI MALAYSIA - …journal.kuis.edu.my/.../wp-content/uploads/2015/12/041.pdf · membaca dengan satu-satu ... terhadap kepelbagaian bacaan tersebut di samping

JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM KUIS

ISSN 1823-7126 BIL 8, ISU 3 (EK):2015

75

Terdapat dua qirā’āt pada perkataan bergaris iaitu

dan ذ ك ي ن ب و . Kedua-dua bacaan ini mempunyai perbezaan taṣrif sekali

gus memberi kesan kepada makna kerana الكذب berbeza dengan

.التكذيب

Kepentingan Ilmu Tawjih al-Qirā’āt dalam Membuktikan

Keindahan Bahasa Al-Quran.

Keindahan bahasa Arab yang ada dalam Al-Quran dapat dilihat dengan

memahami al-Tawjih al-Balāghiy y(ilmu Balaghah). Contoh aplikasi

salah satu bahagian daripada ilmu Balaghah iaitu al-Ma‘āni di dalam

Al-Quran : Firman Allah Surah Āli ‘Imrān (3):36:

ا نث و فلم

أ وضعتها قالت رب إن وضعتها علم بما ٱلل

وضعت أ

...اآلية

Di antara perbahasan dalam ilmu al-Ma‘āni ialah berkenaan

yang bermatlamatkan memberitahu kepada pendengar apa yang (اخلرب)

tidak diketahuinya atau pun memaklumkan kepada pendengar bahawa

dia (pemberitahu) tahu mengenai apa yang diberitahu. Dalam ayat di

atas ibu Sayyidatina Maryam tidak bermaksud memberitahu Allah

dengan berkata (رب إىن وضعتها أنثى) kerana Allah Maha Mengetahui,

Page 8: PENGAJIAN ILMU QIRAAT DI MALAYSIA - …journal.kuis.edu.my/.../wp-content/uploads/2015/12/041.pdf · membaca dengan satu-satu ... terhadap kepelbagaian bacaan tersebut di samping

JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM KUIS

IKMAL ZAIDI HASHIM

76

juga tidak bermaksud memaklumkan pengetahuannya, tetapi tersirat

makna majāzi atau simbolik iaitu menyatakan keresahan dan

kebimbangannya kerana bayinya seorang perempuan sedangkan ia

inginkan anak lelaki untuk menjadi khadam di Bayt al-Maqdis.

(Dr.’Abd.al-‘Azim Ibrāhim al-Mat‘aniyy. et.al. 2003: 446,512,55).

Wajah ini diperkukuhkan dengan dua qiraat pada ( وهللا أعلم بما وضعت )

iaitu ( وضعت ) dengan membaca sukun pada huruf tā atau dammah (

Bacaan sukūn menunjukkan bahawa kata-kata tersebut adalah .( وضعت

daripada Allah S.W.T. Manakala bacaan dengan dammah menunjukkan

kata-kata tersebut daripada ibu Maryam (Ibn Muhammad al-Syirāziyy

2001:368). Kedua-dua bacaan ini memperlihatkan betapa resahnya ibu

Maryam di atas kelahiran anaknya namun tetap reda di atas ketentuan

Allah mengurniakannya anak perempuan bukan anak lelaki sepertimana

yang diharapkan.

Kepentingan Ilmu Tawjih al-Qirā’āt dalam Menonjolkan

Kemukjizatan Al-Quran

Selain keindahan bahasa, melalui tawjih al-Qirā’āt juga terbukti

kebenaran Al-Quran. Antaranya ialah berkenaan tembok pemisah yang

dibina oleh Zionis Israel di Tebing Barat, Palestin. Tembok setinggi

lapan meter yang dibina bermula pada tahun 2002 sehingga 2006

panjangnya ialah 402 kilometer dan jika siap sepenuhnya akan

mencapai 703 kilometer dan memisahkan hampir 34% kawasan Tebing

Barat. Allah berfirman dalam surah al-Hashr (59):14:

Page 9: PENGAJIAN ILMU QIRAAT DI MALAYSIA - …journal.kuis.edu.my/.../wp-content/uploads/2015/12/041.pdf · membaca dengan satu-satu ... terhadap kepelbagaian bacaan tersebut di samping

JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM KUIS

ISSN 1823-7126 BIL 8, ISU 3 (EK):2015

77

راء ل و من و

نة أ ص يقتلونكم جيعا إل ف قرى مح سهم جدربأ

هم قوم ل ن

ذلك بأ بينهم شديد تسبهم جيعا وقلوبهم شت

١٤يعقلون

Maksudnya: (orang-orang Yahudi dan orang-orang munafik) dengan

keadaan bersatu padu sekalipun, tidak berani memerangi kamu

melainkan di kampung-kampung yang berbenteng kukuh, atau dari

sebalik tembok. (Sebabnya): permusuhan di antara mereka sesama

sendiri amatlah keras; Engkau menyangka mereka bersatu padu,

sedang hati mereka berpecah belah (disebabkan berlainan kepercayaan

mereka). Yang demikian itu, kerana mereka adalah kaum yang tidak

memahami (perkara yang sebenarnya memberi kebaikan kepada

mereka).

Dalam ayat ini terdapat dua qiraat pada perkataan جدر iaitu

secara ifrādجدار dan jam‘د ر Bacaan secara ifrād merupakan qiraat . ج

Ibn Kathir dan Abu ‘Amr sementara bacaan secara jam‘ merupakan

qiraat Imam-imam yang lain. Ayat ini menceritakan tentang pakatan

palsu antara golongan Yahudi Bani Nadir dengan golongan Munafik

dalam menentang Rasulullah S.A.W dan orang Mukminun. Ayat

menyatakan bahawa ketakutan dan kebimbangan mereka disebabkan

sifat pengecut yang ada pada diri mereka sehingga mereka tidak berani

berhadapan dengan orang Mukminun dalam peperangan secara

berdepan namun mereka lebih gemar berperang dengan cara

Page 10: PENGAJIAN ILMU QIRAAT DI MALAYSIA - …journal.kuis.edu.my/.../wp-content/uploads/2015/12/041.pdf · membaca dengan satu-satu ... terhadap kepelbagaian bacaan tersebut di samping

JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM KUIS

IKMAL ZAIDI HASHIM

78

bersembunyi di dalam kawasan yang berbenteng dan berkepung dan di

belakang dinding dan perisai. Realiti ketika itu menunjukkan bahawa ia

memerlukan dinding atau perisai yang banyak. Ini yang terkandung

dalam bacaan secara jam‘ iaitu dengan kata jamak. Walau

bagaimanapun qiraat secara ifrād yang bermaksud satu dinding sahaja

terbukti kebenarannya pada kurun ke-21 dengan pembinaan tembok

pemisah Israel di Palestin.

Kepentingan Ilmu Tawjih al-Qirā’āt dalam Memperlihatkan

Kehujahan Qiraat sebagai Sumber Hukum

Melalui tawjih al-Qirā’āt, kita memahami betapa kepelbagaian bacaan

itu memberi kesan kepada hukum. Antaranya Firman Allah dalam surah

al-Nisa’ (4):43:

ن ... نكم م حد م

و جاء أ

سفر أ و لع

رض أ لغائط ٱإون كنتم م

و

موا صعيدا طيبا ف ٱلنساء لمستم أ ٱمسحوا فلم تدوا ماء فتيم

يديكم إن

بوجوهكم وأ را ٱلل ا غفو ٤٣كن عفو

Pada perkataan terdapat dua qiraat iaitu tanpa alif ( لمستم)

iaitu qiraat Imam Hamzah, al-Kisa’iyy dan Khalaf al-‘Ashir di samping

bacaan dengan alif ( المستم) iaitu qiraat Imam-imam yang selebihnya.

Imam Al-Mawardiyy (m. 450H) dalam al-Nukat wa al-‘Uyūn

Page 11: PENGAJIAN ILMU QIRAAT DI MALAYSIA - …journal.kuis.edu.my/.../wp-content/uploads/2015/12/041.pdf · membaca dengan satu-satu ... terhadap kepelbagaian bacaan tersebut di samping

JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM KUIS

ISSN 1823-7126 BIL 8, ISU 3 (EK):2015

79

menyatakan tawjih bagi kedua-dua qiraat ini. Kata beliau: Terdapat dua

pendapat bagi املالمسة (kata terbitan daripada المس) iaitu: 1- Jima’ atau

persetubuhan. Ini merupakan pendapat Sayidina Ali, Ibn Abbās, al-

Hasan, Qatādah dan Mujāhid. 2- Menyentuh dengan tangan pada mana-

mana bahagian jasad (kulit). Ini merupakan pendapat Ibn Mas‘ūd, Ibn

‘Umar, al-Nakha‘iyy dan lain-lain termasuklah Imam al-Shāfi‘iyy. (al-

Māwardiyy t.th: 1/301). Pendapat kedua ini disokong dengan adanya

qiraat tanpa alif membawa maksud sentuhan atau اللمس. Al-Mawardiyy

juga mengatakan bahawa qiraat ( المستم) menunjukkan kewajiban

berwudhuk dikenakan ke atas kedua-dua pihak iaitu yang menyentuh

dan disentuh sedangkan qiraat ( لمستم) menunjukkan ia hanya

dikenakan kepada yang menyentuh dan bukan yang disentuh.

Di samping qiraat mutawātirah, qiraat shādhdhah turut memberi

kesan kepada perbahasan hukum. Antaranya firman Allah dalam surah

al-Ma’idah (5):89:

رته ... وسط ما تطعمون ۥ فكف

كني من أ مس ة إطعام عش

م و ترير رقبة فمن ل

و كسوتهم أ

هليكم أ

فصيام ثلثة يد أ

ام ي

اآلية...أ

Page 12: PENGAJIAN ILMU QIRAAT DI MALAYSIA - …journal.kuis.edu.my/.../wp-content/uploads/2015/12/041.pdf · membaca dengan satu-satu ... terhadap kepelbagaian bacaan tersebut di samping

JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM KUIS

IKMAL ZAIDI HASHIM

80

Dalam ayat ini terkandung hukum kifarah / kaffārah bagi orang

yang melanggar sumpah. Bagi yang tidak mampu memberi keperluan

makanan dan pakaian kepada sepuluh orang miskin serta tiada hamba

yang hendak dibebaskan maka dikehendaki berpuasa selama tiga hari.

Imam al-Shāfi‘iyy, Malik dan Ahmad (dalam satu riwayat)

berpendapat bahawa puasa selama tiga hari itu tidak disyaratkan

berturut-turut. Imam Abū Hanifah dan Ahmad (dalam riwayat lain) pula

berpendapat bahawa berturut-turut atau التتابع merupakan syarat bagi

puasa tersebut. Hujah mereka ialah qiraat shādhdhah yang

bersumberkan Ubayy ibn Ka‘ab dan ‘Abd Allāh ibn Mas‘ūd iaitu

(al-Tabariyy 2000 : 7/30) (فصيام ثالثة إيام متتابعات )

Kesimpulannya ilmu Tawjih al-Qirā’āt mempunyai peranan

yang signifikan dan penting dalam membuktikan kebenaran Al-Quran

dan kemukjizatannya walaupun ia dibaca dengan pelbagai cara bacaan.

Kepelbagaian yang mempunyai pelbagai hikmah dalam berfungsi

sebagai hidayah kepada umat Islam.

Metode Pengajian Qiraat di Malaysia

Secara umum di Malaysia, metode pengajaran dan pembelajaran qiraat

di institusi-institusi pendidikan formal3berobjektifkan perkara-perkara

berikut:

3Iaitu institusi-institusi yang menjadikan ilmu Qiraat sebagai bidang utama pengajian

mereka seperti Darul Quran JAKIM, Maahad-maahad Tahfiz Negeri dan Institusi-

Page 13: PENGAJIAN ILMU QIRAAT DI MALAYSIA - …journal.kuis.edu.my/.../wp-content/uploads/2015/12/041.pdf · membaca dengan satu-satu ... terhadap kepelbagaian bacaan tersebut di samping

JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM KUIS

ISSN 1823-7126 BIL 8, ISU 3 (EK):2015

81

1. Penghafalan matan-matan qiraat. Pelajar dikehendaki

menghafal sebelum memperdengarkan hafalan matan tersebut

atau tasmi‘ di hadapan guru atau pensyarah. Antara matan-

matan yang menjadi sukatan ialah Hirz al-Amāni wa Wajh al-

Tahāni fi al-Qirā’āt al-Sab‘bagi qiraat tujuh yang dikarang oleh

al-Shātibiyy di samping matan al-Durrah al-Mudi’ah karya Ibn

al-Jazariyybagi qiraat tiga menjadi pelengkap kepada matan al-

Shātibiyy menjadi al-Qirā’āh al-‘Asharah al-Sughrā (qira’at

sepuluh yang kecil).

2. Penghuraian matan-matan qiraat iaitu komentar kepada matan-

matan di atas menggunakan kitab-kitab seperti al-Wafi fi Sharh

al- Shātibiyyah karya ‘Abd al-Fattah al-Qādiyy dan al-

Zubaydiyy fi Sharh al-Durrah. Subjek ini penting kerana ia

mendedahkan pelajar kepada teori cara-cara dan kaedah

penuturan dan pembacaan kalimah Al-Quran sama ada dalam

bentuk kaedah-kaedah umum (al-Uṣūl al-Muttaridah) mahu pun

perkataan-perkataan tertentu (al-Hurūf al-Munfaridah / Farsh

al-Hurūf dengan menisbah dan menyandarkan bacaan-bacaan

tersebut kepada Imām dan Rāwi. Dalam bahagian uṣūl terdapat

pelbagai bab yang disusun oleh para ulama dan mengandungi

kaedah-kaedah umum yang biasanya akan berulang-ulang

penggunaannya ketika membaca Al-Quran. Manakala bahagian

Farsh al-Hurūf menerangkan tentang perkataan-perkataan

tertentu ( sama ada berulang atau tidak ) yang mengandungi

pelbagai bentuk bacaan mengikut surah-surah dalam Al-Quran

institusi Pengajian Tinggi yang menawarkan program-program Diploma dan Ijazah

Sarjana Muda dalam bidang Qiraat secara khusus.

Page 14: PENGAJIAN ILMU QIRAAT DI MALAYSIA - …journal.kuis.edu.my/.../wp-content/uploads/2015/12/041.pdf · membaca dengan satu-satu ... terhadap kepelbagaian bacaan tersebut di samping

JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM KUIS

IKMAL ZAIDI HASHIM

82

bermula dengan surah al-Baqarah. Biasanya subjek atau kursus

ini diberinama Qirā’āt ‘Ilmiyy atau Nazariyy.

3. Pelaksanaan bacaan Al-Quran dengan pelbagai qira’at atau

dipanggil Qirā’āt ‘Amaliyy. Ia merupakan praktikal kepada ilmu

sebelum ini. Ia mengandungi syarat-syarat dan langkah-langkah

yang menuntut penguasaan seseorang Qāri’ tentang Uṣul al-

Qirā’āt dan Farsh al-Hurūf. Dari segi sejarah, bacaan secara

ifrād lebih dahulu diamalkan berbanding secara jam‘. Ifrād

bererti membaca mengikut setiap riwayat satu persatu bagi

setiap kali bacaan atau khataman. Ia memakan masa yang lama

kerana terdapat 20 bacaan yang perlu dikhatamkan satu persatu.

Bacaan secara jam‘ yang dipelopori oleh qurrā’ terkemudian.

Menurut Ibn al-Jazariyy (1999:15), ia bermula sekitar kurun

kelima bertujuan menjimatkan masa kerana kesemua riwayat

diselesaikan dengan sekali khatam sahaja. Metode pelaksanaan

terhadap ilmu ini ialah secara al-Samā‘, al-Talaqqi dan al-

Mushāfahah semata-mata. Ini bermakna satu-satu wajah bacaan

itu hanya dikira sah apabila dibaca tepat sebagaimana bacaan

guru dan diperakui olehnya.

4. Pengajian ilmu-ilmu tertentu yang berkaitan dengan qiraat

seperti Al-Rasm al-‘Uthmāniyy dan Dabt al-Qur’ān. Ilmu ini

berkenaan penulisan Al-Quran. Ia menyentuh tentang teknik

penulisan Al-Quran yang membabitkan pembentukan huruf-

huruf Al-Quran (perbahasan ilmu al-Rasm) dari zaman

Rasulullah SAW dan sahabat khususnya zaman Sayyidina

‘Uthmān sehingga zaman selepas itu yang menyaksikan

perkembangan penulisan Al-Quran dari sudut penciptaan baris

dan titik (perbahasan ilmu al- Dabt).Terdapat sekurang-

Page 15: PENGAJIAN ILMU QIRAAT DI MALAYSIA - …journal.kuis.edu.my/.../wp-content/uploads/2015/12/041.pdf · membaca dengan satu-satu ... terhadap kepelbagaian bacaan tersebut di samping

JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM KUIS

ISSN 1823-7126 BIL 8, ISU 3 (EK):2015

83

kurangnya 64 buah karya muktabar dalam ilmu al-Rasm dan

karya yang dianggap paling lengkap ditulis oleh Dr. Ghānim

Qadūriyy al-Hamad yang bertajuk Rasm al-Muṣhaf Dirāsah

Lughawiyyah Tārikhiyyah.Ilmu Dabt al-Qur’ān pula sangat

penting terutamanya dalam memastikan setiap bacaan tidak

terkeluar daripada tulisan Al-Quran bahkan menjadi salah satu

syarat penerimaan satu-satu bacaan. Ilmu ini juga merupakan

pelengkap kepada ilmu Al-Rasm al-‘Uthmāniyyberperanan

dalam mempermudahkan umat Islam membaca Al-Quran. Di

antara karya yang terkenaldalam ilmu ini ialah al-Mursyid al-

Amin fiDabt Kitāb al-Mubin karya Dr. Muhammad Sālim

Muhaysin.

5. Ilmu al-Fawāsil iaitu ilmu mengenai pengiraan bilangan ayat-

ayat dalam setiap surah dalam Al-Quran. Terdapat perbezaan

yang ketara dalam kalangan ulama mengenai bilangan ayat Al-

Quran kesan daripada perbezaan pendapat mereka mengenai

tempat berhenti (waqf) pada hujung ayat (ra’s al-‘Ayah).

Ringkasnya pengajaran dan pembelajaran qiraat di Malaysia lebih

berbentuk al-Riwāyah. Ia berdasarkan silibus pengajian qiraat yang

digunapakai di negara-negara Arab khususnya di Mesir. Di Mesir

terdapat tiga peringkat pengajian qiraat di Ma’had Qiraat iaitu

Marhalah al-Tajwid, al-‘Aliyah dan al-Takhassus. Pengajian qiraat di

Malaysia boleh dikatakan setaraf dengan peringkat al-‘Aliyah di Mesir.

Kajian oleh Zainora Daud (2015:113-140) membuktikan bahawa

sehingga kini masih tiada kursus qiraat yang berbentuk al-Dirayah

dimasukkan dalam sukatan kurikulum pengajian qiraat di Darul Quran

dan Ma’ahad Tahfiz Al-Quran di Malaysia.

Page 16: PENGAJIAN ILMU QIRAAT DI MALAYSIA - …journal.kuis.edu.my/.../wp-content/uploads/2015/12/041.pdf · membaca dengan satu-satu ... terhadap kepelbagaian bacaan tersebut di samping

JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM KUIS

IKMAL ZAIDI HASHIM

84

Ilmu Tawjih al-Qirā’āt sebagai satu subjek dalam pengajian qiraat

di Malaysia

Penulis berpendapat bahawa ilmu Tawjih al-Qirā’āt wajar dimasukkan

dalam sukatan pengajian qiraat di institusi-institusi pendidikan di

Malaysia4yang menjadikan qiraat sebagai bidang utama mereka. Ini

disebabkan kepentingan dan signifikan pengajian ilmu ini iaitu:

1. Meluaskan skop pengajian qiraaat daripada hanya bersifat

riwāyah kepada dirāyah. Ini akan memperkayakan pengetahuan

pelajar dalam bidang qiraat daripada hanya menjawab persoalan

apa, siapa dan bagaimana kepada persoalan mengapa satu-satu

qiraat itu dibaca sedemikian. Tidak mempelajari ilmu ini akan

menyebabkan pelajar qiraat tertanya-tanya akan hikmah di

sebalik segala perbezaan bacaan yang sangat banyak itu.

2. Mengetahui rahsia di sebalik kepelbagaian qiraat merupakan

subjek yang menarik untuk dipelajari. Ia mampu menarik minat

pelajar untuk menceburi bidang qiraat khususnya bagi yang

telah menghafal 30 juzuk Al-Quran. Motivasi amat diperlukan

bagi mereka yang menceburi bidang qiraat kerana ia memakan

masa yang lama terutamanya dalam menghafal matan-matan

yang mempunyai ribuan bait.

3. Mendedahkan pelajar kepada kaedah memahami Tawjih al-

Qirā’āt yang kebanyakannya melibatkan perbahasan Bahasa

4Setakat ini penulis mendapati hanya tiga IPT yang menawarkan subjek Tawjih al-

Qirā’ātdi peringkat Sarjana Muda iaitu Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor

bagi Program Sarjana Muda Al-Quran dan al-Qiraat, Kolej Universiti Insaniah bagi

program Sarjana Muda Pengajian Tahfiz Al-Quran dan Al-Qiraat dan Universiti

Sultan Zainal Abidin bagi program Sarjana Muda Al-Quran dan Al-Sunnah (Qiraat).

Page 17: PENGAJIAN ILMU QIRAAT DI MALAYSIA - …journal.kuis.edu.my/.../wp-content/uploads/2015/12/041.pdf · membaca dengan satu-satu ... terhadap kepelbagaian bacaan tersebut di samping

JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM KUIS

ISSN 1823-7126 BIL 8, ISU 3 (EK):2015

85

Arab seperti Nahu dan Saraf. Ini akan membantu pelajar

meningkatkan kemampuan mereka dalam bahasa Al-Quran ini.

4. Qiraat yang pelbagai mempunyai implikasi yang besar dalam

pentafsiran Al-Quran. Faktor ini yang menyebabkan

kebanyakan karya Tafsir yang muktabar memuatkan qiraat

dalam karya mereka. Para fuqaha’ juga tidak ketinggalan dalam

menjadikan qiraat sebagai hujah mereka dalam melakukan

istinbat hukum. Pendedahan perkara-perkara seumpama ini akan

menjadikan pelajar qiraat berkemampuan dalam merujuk karya-

karya utama khususnya dalam ilmu Tafsir. Ini mampu menjadi

nilai tambah kepada mereka.

5. Penyelidikan dan kajian dalam bidang qiraat di Malaysia masih

belum boleh dibanggakan (Sabri Mohamad t.t : 27). Diharapkan

dengan pengajianTawjih al-Qirā’ātyang didedahkan di

peringkat Diploma dan Sarjana Muda mampu menjadi

pemangkin kepada penghasilan kajian dan penyelidikan

akademik dengan lebih pesat khususnya pada peringkat Sarjana

dan Doktor Falsafah.

KESIMPULAN

Memahami Al-Quran dengan qiraat yang pelbagai merupakan usaha

yang telah diterokai oleh para ulama silam dan mesti diteruskan. Untuk

itu kesinambungan disiplin ilmu qiraat perlu diambil perhatian

khususnya bagi mendedahkan bahawa qiraat bukan sekadar untuk

dipersembahkan di majlis-majlis tertentu bagi mencipta kelainan tetapi

bagi difahami dan dihayati maksud di sebalik kelainan tersebut. Untuk

Page 18: PENGAJIAN ILMU QIRAAT DI MALAYSIA - …journal.kuis.edu.my/.../wp-content/uploads/2015/12/041.pdf · membaca dengan satu-satu ... terhadap kepelbagaian bacaan tersebut di samping

JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM KUIS

IKMAL ZAIDI HASHIM

86

itu pengajian Qiraat yang menggabungkan unsur al-Riwayah dan al-

Dirayah perlu dilaksanakan. Natijahnya diharapkan agar akan sentiasa

ada golongan yang akan menceburi bidang qiraat dengan bersungguh-

sungguh dan mampu memberi sumbangan kepada umat Islam.

RUJUKAN

‘Abd al-‘Azim Ibrāhim al-Mat‘aniyy, Prof.Dr.et.al.al-Mawsū‘ah al-

Qur’āniyyah al-Mutakhaṣṣiṣah. Kaherah : al-Majlis al-A‘lā li al-Syu’ūn

al-Islāmiyyah. 2003

Abū al-Khayr Shams al-Din Muhammad ibn Muhammad ibn

Muhammad ibn al-Jazariyy, Munjid al-Muqri’inwa Mursyid al-Tālibin.

Beirut : Dār al-Kutub al-‘Ilmiyyah.1999.

Al-Imām Nadr ibn ‘Ali ibn Muhammad al-Shirāziyy,al-Mūdah fi Wujūh

al-Qirā’āt wa ‘Ilalihā.Kaherah : Maktabah al-Taw‘iyah al-

Islāmiyyah.2001.

Hajah Noresah bt. Baharom.et.al ,Kamus Dewan Edisi Keempat. Kuala

Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 2005.

Hamad, Ghānim Qaddūriyy al-, Rasm al-Muṣhaf : Dirāsah

Lughawiyyah Tārikhiyyah. Baghdad: al-Lajnah al-Wataniyyah.1982.

Ibn Jinniyy, Abū al-Fath‘Uthman, al-Muhtasab fi Tabyin Wujūh

Shawādh al-Qirā’āt wa al-‘Idāh ‘anhā, 2 j. Beirut: Dār al-Kutub al-

‘Ilmiyyah.1998.

Ibn Mujāhid, Kitāb al-Sab‘ah fi al-Qirā’āt. Dr. SyawqiDif (sunt.), c. 3.

Kaherah: Dār al-Ma‘ārif. 1988.

Mawardiyy, Abū al-Hasan ‘Ali ibn Muhammad ibn Habib, al-, al-Nukat

wa al-‘Uyūn, 6j.Beirut: Dār al-Kutub al-‘Ilmiyyah. (t.t).

Page 19: PENGAJIAN ILMU QIRAAT DI MALAYSIA - …journal.kuis.edu.my/.../wp-content/uploads/2015/12/041.pdf · membaca dengan satu-satu ... terhadap kepelbagaian bacaan tersebut di samping

JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM KUIS

ISSN 1823-7126 BIL 8, ISU 3 (EK):2015

87

Muhammad al-Habash Dr., al-Qirā’āt al-Mutawātirah wa Atharuhā fi

al-Rasm al-Qur’āni wa al-Ahkām al-Shar‘iyyah.Beirut: Dār al-Fikr al-

Mu‘āṣir.1999

Muhammad Fahd Kharuf, al-Muyassar fi al-Qira’at al-Arbacah

cAsharah, Beirut: Dār Ibn Kathir.1995.

Muhammad Salāmah, Dr.,al-Futūhat al-Ilāhiyyah fi Tawjih al-Qirā’āt

al-Qur’āniyyah. Tanta : Fakulti al-Qur’ān al-Karim li al-Qirā’āt wa

‘Ulūmihā, Universiti al-Azhar al-Syarif.1999.

Muhammad ‘Umar ibn Sālim Bazamūl,Dr.,al-Qirā’āt wa Atharuha fi al-Tāfsir wa al-Ahkām. Riyadh : Dār al-Hijrah.1996.

Qābah, ‘Abd al-Halim ibn Muhammad al-Hādi, al-Qirā’āt al-

Qur’āniyyah : Tārikhuhā, Thubūtuhā, Hujjiyyatuhā wa Ahkāmuhā.

Beirut: Dār al-Gharb al-Islāmiyy.1999.

Sabri Mohamad, “Perkembangan dan Senario Penyelidikan dan

Penulisan Ilmu Qira’at di Malaysia”, Jurnal Pendididkan dan

Penyelidikan Qiraat, Jil.1: 1-32.t.t.

Tabariyy, Muhammad ibn Jarir ibn Yazid ibn Kathir,al- Jāmi‘ al-Bayān

fi Ta’wil al-Qur’ān. 24 j. Beirut: Mu’assasah al-Risālah.2000.

Yāsir Muhammad Shahātah, Dr. Fathal-Kabir al-Muta‘āl fi ‘Ilm al-

Muṣtalah wa al-Rijāl.,Tanta : Fakulti Usuluddin dan Dakwah.

Universiti al-Azhar al-Syarif. 2001.

Zainora, Dr., Penilaian Pelaksanaan Kurikulum Qiraat di Darul Quran

dan Maahad Tahfiz Al-Quran di Malaysia. Tesis Kedoktoran. Jabatan

Al-Quran dan al-Hadith, Akademi Pengajian Islam, Universiti

Malaya.2015.

BIOGRAFI

Nama: Ikmal Zaidi bin Hashim

Universiti: Calon Ijazah Doktor Falsafah Islamiyyat KUIS.

Emel: [email protected]

Page 20: PENGAJIAN ILMU QIRAAT DI MALAYSIA - …journal.kuis.edu.my/.../wp-content/uploads/2015/12/041.pdf · membaca dengan satu-satu ... terhadap kepelbagaian bacaan tersebut di samping

JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM KUIS

IKMAL ZAIDI HASHIM

88

Jawatan: Pensyarah Jabatan Tahfiz Al–Quran dan Qiraat , Akademi

Islam Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor.

Alamat Pos: Akademi Islam, Kolej Universiti Islam Antarabangsa

Selangor

Tel:03-89117000 (off.) , 019-2848624 (h/set)

Fax: 603-89254402