qiraat - bacaan isymam

3
BACAAN AL-ISYMAM Menurut Nik Jaafar Nik Ismail (1997), Isymam ialah suatu bunyi bacaan yang wajib memuncungkan dua bibir mulut, isyarat kepada dhammah Nun yang telah diidghamkan, di samping dengung yang tegas, sebelum menyebut Nun yang kedua. Mohamad Abd Manaf (2004) menjelaskan Isymam dari segi bahasa ialah cium. Manakala dari segi istilah sebagaimana yang telah dijelaskan, Isymam bermaksud memuncungkan dua bibir ke hadapan sejurus selepas mematikan huruf sebagai isyarat baris dhammah serta dibiarkan sedikit lubang di antara dua bibir tersebut kerana mengeluarkan nafas tanpa suara. Cara bacaannya ialah Nun yang berharakat fathah disuarakan antara fathah dan dhammah (mencampurkan bunyi dhammah dengan bunyi fathah) dengan kedua bibir menonjol ke depan (M. Abdurrahman H. R, 1991). Menyentuh tentang Isymam, Imam Al-Syatibi menyatakan, “dan Isymam itu memuncungkan dua bibir (ke hadapan) sejurus selepas dimatikan (huruf tersebut) tanpa suara, maka di sinilah ia terhasil.” Manakala Imam Ibnu Al-Jazari pula menyatakan, “Isymam bagi mereka (Imam-imam Al-Qurra) iaitu satu isyarat bukannya harakah (baris).” Secara umumnya, Isymam dibahagikan kepada empat keadaan iaitu: i. Harus Isymam bagi semua Imam Al-Qurra’ menghimpunkan dua bibir selepas dimatikan huruf. Contohnya: (Surah Al-Fatihah, Ayat 5) ii. Bacaan Isymam bagi semua Imam Al-Qurra’ menyembunyikan baris antara baris dan huruf mati. Hanya Imam Abu Ja’far yang membacanya dengan Idgham semata-mata (Idgham Madhi). Contohnya: (Surah Yusuf, Ayat 11)

Upload: shazana-binti-muhamed-saad

Post on 13-Jun-2015

2.158 views

Category:

Documents


10 download

TRANSCRIPT

Page 1: Qiraat - Bacaan Isymam

BACAAN AL-ISYMAM

Menurut Nik Jaafar Nik Ismail (1997), Isymam ialah suatu bunyi bacaan yang

wajib memuncungkan dua bibir mulut, isyarat kepada dhammah Nun yang telah

diidghamkan, di samping dengung yang tegas, sebelum menyebut Nun yang kedua.

Mohamad Abd Manaf (2004) menjelaskan Isymam dari segi bahasa ialah

cium. Manakala dari segi istilah sebagaimana yang telah dijelaskan, Isymam

bermaksud memuncungkan dua bibir ke hadapan sejurus selepas mematikan huruf

sebagai isyarat baris dhammah serta dibiarkan sedikit lubang di antara dua bibir

tersebut kerana mengeluarkan nafas tanpa suara. Cara bacaannya ialah Nun yang

berharakat fathah disuarakan antara fathah dan dhammah (mencampurkan bunyi

dhammah dengan bunyi fathah) dengan kedua bibir menonjol ke depan (M.

Abdurrahman H. R, 1991).

Menyentuh tentang Isymam, Imam Al-Syatibi menyatakan, “dan Isymam itu

memuncungkan dua bibir (ke hadapan) sejurus selepas dimatikan (huruf tersebut)

tanpa suara, maka di sinilah ia terhasil.” Manakala Imam Ibnu Al-Jazari pula

menyatakan, “Isymam bagi mereka (Imam-imam Al-Qurra) iaitu satu isyarat

bukannya harakah (baris).”

Secara umumnya, Isymam dibahagikan kepada empat keadaan iaitu:

i. Harus Isymam bagi semua Imam Al-Qurra’ menghimpunkan dua bibir selepas

dimatikan huruf.

Contohnya: (Surah Al-Fatihah, Ayat 5)

ii. Bacaan Isymam bagi semua Imam Al-Qurra’ menyembunyikan baris antara

baris dan huruf mati. Hanya Imam Abu Ja’far yang membacanya dengan

Idgham semata-mata (Idgham Madhi).

Contohnya: (Surah Yusuf, Ayat 11)

Page 2: Qiraat - Bacaan Isymam

iii. Mencampurkan huruf dengan huruf seperti mencampurkan Shad dengan Zai

seperti bunyi Zha’ bagi Khalaf.

Contohnya: (Surah Al-Fatihah, Ayat 7)

iv. Mencampurkan baris dengan baris seperti mencampurkan kasrah dengan

dhammah bagi Hisyam, Imam Al-Kisa’ie dan Ruwais.

Contohnya: (Surah Al-Baqarah, Ayat 11)

Namun begitu, mengikut riwayat Hafsh, hanya satu tempat sahaja dalam Al-

Quran yang wajib dibaca sama ada secara Isymam atau Raum iaitu pada kalimah

yang terdapat dalam Surah Yusuf ayat 11, Allah s.w.t berfirman:

Maksudnya: “Mereka pun (pergi berjumpa dengan bapa mereka lalu) berkata: Wahai

ayah kami! Mengapa ayah tidak percaya kepada kami tentang Yusuf, padahal

sesungguhnya kami sentiasa tulus ikhlas mengambil berat kepadanya?”

Isymam yang terdapat pada kalimah dapat didengari (beserta suara)

kerana ia terjadi di tengah kalimah.

Sebagaimana dijelaskan oleh Imam Al-Jazari:

“Kalimah dibaca Isymam serta raum bagi mereka semua (Imam-imam Al-

Qurra’) adapun Imam Abu Ja’far membacanya secara idgham semata-mata.”

Manakala Imam Syatibi pula menyatakan:

“Kalimah semua qiraat membaca dengan menyembunyikan baris Nun

pertama (Ikhtilas atau Raum). Dan dibaca dengan Idgham serta Isymam oleh

sebahagian daripada mereka.”

Tanda berupa intan yang diletakkan sebagai tanda bacaan Imalah dalam Al-

Quran Rasm Uthmani turut diletakkan pada kalimah (Surah Yusuf, Ayat 11)

iaitu di atas antara huruf Mim dan Nun bersabdu bagi menunjukkan bacaan Isymam

(memuncungkan bibir mulut ke hadapan). Isyarat pada pada huruf Nun berbaris

Page 3: Qiraat - Bacaan Isymam

hadapan ( ) telah dihazafkan tanda baris hadapannya, kemudian diidghamkan

pada huruf sama jenis berikutnya, di mana tidak dizahirkan bunyi bacaan tanda

hadapannya.

Menurut Abdul Rahman Abdul Ghani (2009), dalam keadaan yang lain,

bacaan Al-Isymam diharuskan apabila seseorang pembaca Al-Quran waqaf pada

sebarang huruf yang berbaris hadapan. Contohnya seperti:

a. , , Surah Al-Fatihah, Ayat 5.

b. , Surah An-Nasr, Ayat 1.

Walaupun bacaan Al-Isymam hanya diharuskan sahaja pada tempat-tempat

tersebut dan seumpamanya, namun ia juga sangat perlu dipelajari dan diketahui

oleh pembaca Al-Quran kerana ada keadaan yang tertentu mereka terpaksa

menggunakan bacaan ini, terutamanya apabila berhenti pada satu huruf sukun yang

berbaris hadapan dan sebelumnya terdapat satu huruf sukun yang bukan huruf mad.

Contohnya seperti dan seumpamanya.

مننا