pusat tuisyen didikan genius program bahasa malaysia ...5. air yang menitis itu _____ dari siling....

20
@ Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Malaysia Sekolah Menengah Edubest Modul PT3 SM 210 Nama : _____________________________

Upload: others

Post on 27-Nov-2020

9 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Malaysia ...5. Air yang menitis itu _____ dari siling. a) tidak b) tiada c) entah d) adalah Soalan 6-8 Ayat-ayat di bawah mungkin betul

@

Pusat Tuisyen Didikan Genius

Program Bahasa Malaysia Sekolah Menengah Edubest

Modul PT3

SM 210

Nama : _____________________________

Page 2: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Malaysia ...5. Air yang menitis itu _____ dari siling. a) tidak b) tiada c) entah d) adalah Soalan 6-8 Ayat-ayat di bawah mungkin betul

Format Bahasa Melayu PT3

Kertas 1 : 60% (1 Jam 30 minit)

Bahagian A: (20%)

20 Soalan aneka pilihan

a. Sistem bahasa

b. Pemahaman teks (Prosa /novel/ puisi)

Bahagian B: (25%)

Soalan 1: Objektif pelbagai bentuk (5 markah)

Soalan 2: Respons terhad - Pemahaman teks (prosa / puisi) (10%)

Soalan 3: Respons terhad - Novel (10%)

Bahagian C: (15%)

Pemindahan maklumat : Ulasan / Ringkasan / Rumusan (pilih 1 daripada

2)

Kertas 2 : 40% (1 jam)

Bahagian A: (10%)

Penulisan karangan pendek (Berdasarkan idea yang diberikan)

Bahagian B: (30%)

Penulisan karangan (pilih 1 daripada 3 tema)

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 3: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Malaysia ...5. Air yang menitis itu _____ dari siling. a) tidak b) tiada c) entah d) adalah Soalan 6-8 Ayat-ayat di bawah mungkin betul

Sistem Bahasa

Bahagian A :

A. Golongan Kata

A. Kata Nafi dan Kata Pemeri

Kata Nafi – perkataan yang menjadi unsur nafi atau penolakan/penyangkalan sesuatu

predikat.

(a) Penafian frasa kerja dan frasa adjektif

➢ Frasa kerja: tidak berkenan

➢ Frasa adjektif: tidak pandai

(b) Penafian frasa nama dan frasa sendi nama

➢ Frasa nama: bukan Ali

➢ Frasa sendi nama: tiada di bilik

(c) Penafian dua perkara yang bertentangan

➢ Contoh: entah sudah entah belum

Kata pemeri – sesuatu yang menjadi pemeri hal atau perangkai antara subjek dengan

frasa-frasa utama dalam predikat.

(a) ialah – pemerihalan secara persamaan atau ekuatif; hadir di hadapan frasa nama

(b) adalah – pemerihalan secara huraian atau penjelasan; hadir di hadapan frasa

adjektif dan frasa sendi nama

Latihan:

Soalan 1-4

Lengkapkan ayat-ayat yang berikut dengan memilih jawapan yang paling sesuai.

Program Bahasa Melayu Edubest - PT3_2020_SM210 1

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 4: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Malaysia ...5. Air yang menitis itu _____ dari siling. a) tidak b) tiada c) entah d) adalah Soalan 6-8 Ayat-ayat di bawah mungkin betul

1. Kumar _________ menghadiri latihan sepak takraw petang semalam.

a) tidak

b) tiada

c) entah

d) bukan

2. Makanan yang terhidang itu bukan untuk peserta tetapi _________ untuk para

pegawai dan urus setia.

a) bukan

b) ialah

c) tidak

d) adalah

3. Mereka berjanji _________ akan melakukan kesalahan itu lagi.

a) tidak

b) tiada

c) bukan

d) entah

Soalan 4 berdasarkan gambar di bawah.

4. Meskipun sering menjuarai kejohanan boling, pemain boling wanita itu

_________ terkenal seperti Shalin Zulkifli.

a) bukan

b) tidak

c) tiada

d) adalah

Program Bahasa Melayu Edubest - PT3_2020_SM210 2

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 5: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Malaysia ...5. Air yang menitis itu _____ dari siling. a) tidak b) tiada c) entah d) adalah Soalan 6-8 Ayat-ayat di bawah mungkin betul

5. Air yang menitis itu _________ dari siling.

a) tidak

b) tiada

c) entah

d) adalah

Soalan 6-8

Ayat-ayat di bawah mungkin betul dan

mungkin salah. Tandakan sama ada A,

B, atau C jika ayat itu mempunyai

kesalahan dan tandakan D jika tiada

kesalahan.

6. Natasyah bukan kakak kandung Syafizah tetapi adalah adik bongsu Hakimi.

A B C

Tiada kesalahan.

D

7. Adalah tidak adil mengatakan bahawa Jaidin yang bersalah walhal tidak dia yang

A B C

melakukan kesalahan itu. Tiada kesalahan.

D

Soalan 8

Pilih ayat-ayat yang betul.

8. I "Saya tiada di rumah malam tadi," kata Alvin.

II "Entah hidup entah mati si Biring ini," getus hatinya.

III Komathi adalah cucu tunggal Encik Linggam.

IV Datin Rosmah bukan ibunya.

a) I, II, dan III sahaja

b) III, dan IV sahaja

c) I, II, dan IV sahaja

d) I, III, dan IV sahaja

Program Bahasa Melayu Edubest - PT3_2020_SM210 3

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 6: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Malaysia ...5. Air yang menitis itu _____ dari siling. a) tidak b) tiada c) entah d) adalah Soalan 6-8 Ayat-ayat di bawah mungkin betul

B. Penggunaan Kata Dalam Ayat

Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betul dan

tentukan bahawa anda telah memilih cadangan jawapan yang paling sesuai.

1. I Pekerja-pekerja binaan biasanya tinggal di rumah-rumah kongsi.

II Mereka telah kongsi hidup hampir lima belas tahun sebelum berlaku keretakan

rumah tangga.

III Ketua kongsi gelap yang berbahaya itu ditembak mati oleh pihak polis.

IV Rakan kongsi Encik Jamal telah memulakan syarikatnya yang baru.

a) I dan II

b) I, II, dan III

c) I, III, dan IV

d) I, II, III dan IV

2. I Asmidar sentiasa berada di sisi ibunya selepas ibunya menjalani pembedahan itu.

II Rumah usang di sisi kampung itu dikatakan berhantu.

III Di sisi lengan baju kurungnya dihiasi dengan sulaman yang begitu menarik.

IV Bola yang ditendangnya tidak mengena dan hanya lalu di sisi tiang gol.

a) I, II, dan III

b) I, II, dan IV

c) I, III, dan IV

d) I, II, III, dan IV

3. I Sisa Wang itu dikembalikan kepada pelanggannya.

II Sisa makanan tidak sepatutnya dibuang ke dalam longkang.

III Mak Temah menghabiskan sisa hidupnya bersama-sama cucu yang

dipeliharanya sejak kecil.

IV Sisa kain itu digunakan untuk mengelap lantai.

a) II sahaja

b) II dan III

c) I, III dan IV

d) I, II, III dan IV

Program Bahasa Melayu Edubest - PT3_2020_SM210 4

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 7: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Malaysia ...5. Air yang menitis itu _____ dari siling. a) tidak b) tiada c) entah d) adalah Soalan 6-8 Ayat-ayat di bawah mungkin betul

C. Memilih Frasa Yang Betul

Bahagian yang bergaris dalam ayat-ayat yang berikut mungkin mempunyai

kesalahan penggunaan bahasa atau mungkin juga tidak.

Tandai sama ada A, B, atau C jika ayat itu mempunyai kesalahan dan tandai D jika

tiada kesalahan.

1. Pendapat bulanannya setimpal dengan tugas yang diberikan kepadanya.

a) Pendapatan bulanannya setimpal dengan

b) Pendapat bulanannya setimpal untuk

c) Pendapatan bulanannya setimpal bagi

d) Pendapat bulanannya setimpal dengan

2. Mereka sering diingatkan agar mengukurkan baju di badan mereka sendiri.

a) mengukurkan baju mereka di badan sendiri

b) mengukur baju di badan mereka sendiri

c) mengukur baju di badan sendiri

d) mengukurkan baju di badan mereka sendiri

3. Suaranya yang amat merdu sekali menyebabkan penyanyi itu diminati ramai.

a) Suaranya yang amat sekali merdu

b) Suaranya yang teramat merdu sekali

c) Suaranya yang merdu amat

d) Suaranya yang amat merdu sekali

D. Memilih Ayat Yang Betul

Pilih ayat-ayat yang betul.

1. I Pesawat itu terkandas beberapa jam akibat cuaca buruk.

II Penerbangannya ke Amerika Syarikat terpaksa ditangguhkan kerana masih ada

tugas yang belum dibereskan.

III Di akhirnya mesyuarat itu ditunda ke satu tarikh yang belum ditetapkan.

IVKeputusan yang dibuatnya diputuskan penerimaannya oleh semua yang hadir.

a) I dan II

b) I dan IV

c) II, III, dan IV

d) I, II, III, dan IV

Program Bahasa Melayu Edubest - PT3_2020_SM210 5

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 8: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Malaysia ...5. Air yang menitis itu _____ dari siling. a) tidak b) tiada c) entah d) adalah Soalan 6-8 Ayat-ayat di bawah mungkin betul

2. I Mereka yang hadir menolak usul yang dikemukakan oleh pengerusi dengan

sebulat suara.

II Segala hasil fikirannya dibukukan untuk dijadikan bahan sejarah.

III Beliau memberikan kata putus untuk tidak menghadiri majlis yang bakal

diadakan tidak lama lagi.

IV Dengan adanya persaingan sihat antara mereka.

a) I sahaja

b) I dan. II

c) I dan III

d) I, II, III, dan IV

3. I Kini, barangan buatan Malaysia diterima oleh masyarakat dunia kerana

mutunya yang setanding dengan barangan dari negara asing.

II Pembuatan hasil perkilangan dieksport ke luar negara.

III Syam melanjutkan pengajiannya dalam bidang komputer.

IV Sejak kebelakangan ini, kesihatannya

sering terganggu.

a) I dan II

b) I dan III

c) I, III, dan IV

d) I, II, III, dan IV

E. Memilih Ayat Yang Sama Maksud

Pilih ayat yang mempunyai maksud yang sama atau yang mempunyai maksud yang

paling hampir dengan ayat tang dicetak tebal.

1. Seluruh anggota keluarga Encik Omar menghadiri majlis perkahwinan anak

sulungnya pada minggu yang lalu.

a) Pada minggu yang lalu seluruh anggota keluarga Encik Omar menghadiri majlis

perkahwinan sulung anaknya.

b) Seluruh majlis perkahwinan anggota keluarga Encik Omar dihadiri oleh anak

sulungnya pada minggu yang lalu.

c) Majlis perkahwinan anak sulung Encik Omar pada minggu yang lalu dihadiri oleh

seluruh anggota keluarganya.

d) Seluruh anggota keluarga Encik Omar menghadiri majlis perkahwinan pada

minggu lalu untuk anak sulungnya.

Program Bahasa Melayu Edubest - PT3_2020_SM210 6

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 9: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Malaysia ...5. Air yang menitis itu _____ dari siling. a) tidak b) tiada c) entah d) adalah Soalan 6-8 Ayat-ayat di bawah mungkin betul

2. Sikap mengagung-agungkan barangan luar negara akan hanya merugikan

diri sendiri dan menjejaskan ekonomi negara.

a) Sikap memandang tinggi terhadap barangan luar negara merupakan suatu tindakan

yang merugikan diri sendiri dan juga negara kita.

b) Mereka yang terlalu menggemari barangan import sebenarnya merugikan diri

mereka sendiri di samping membawa pelbagai keburukan kepada negara kita.

c) Sikap terlalu menyanjung barangan import bukan sahaja tidak menguntungkan

individu malah mengancam pertumbuhan ekonomi negara.

d) Ekonomi negara akan terjejas dan rakyat akan mengalami kerugian sekiranya

mereka terlalu menyanjung barangan import.

3. Walaupun sibuk dengan tugas-tugas harian, Azri tetap mencari masa untuk

menziarahi ibunya di kampung.

a) Walaupun Azri begitu sibuk menziarahi ibunya di kampung dengan tugas-tugas

harian, dia tetap mencari masa.

b) Walaupun ibunya begitu sibuk dengan tugas-tugas harian di kampung, Azri tetap

menziarahi ibunya.

c) Azri tetap mencari masa untuk menziarahi ibunya di kampung walaupun tugas-

tugas hariannya begitu sibuk.

d) Kesibukan Azri dengan tugas-tugas harian tidak menhalang dia menziarahi ibunya

di kampung.

F. Peribahasa

Pilih peribahasa yang paling sesuai bagi soalan-soalan di bawah ini.

1. Pak Saad telah menceritakan bahawa kunci utama kejayaan anak-anaknya adalah

berkat usaha gigihnya bekerja keras dan mendidik mereka sejak dahulu.

a) Diam-diam ubi berisi, diam-diam besi berkarat

b) Ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni

c) Berjagung-jagung dahulu sementara menanti padi masak

d) Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya

2. Shimah tidak banyak bercakap, Dia suka mengisi masa terluangnya dengan

membuat kerja-kerja yang berfaedah.

Sikap Shimah ini dikatakan

a) banyak udang banyak garam, banyak orang banyak ragam.

b) diam-diam ubi berisi, diam-diam besi berkarat.

c) belakang parang diasah lagikan tajam.

d) jika tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya.

Program Bahasa Melayu Edubest - PT3_2020_SM210 7

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 10: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Malaysia ...5. Air yang menitis itu _____ dari siling. a) tidak b) tiada c) entah d) adalah Soalan 6-8 Ayat-ayat di bawah mungkin betul

3. Banyak ibu bapa menganggap pengajaran Matematik dan Sains menggunakan

bahasa Inggeris terlalu sukar dipelajari tetapi masalah ini dapat diatasi sekiranya

kita rajin berusaha kerana

a) ada padi semua jadi, ada beras semua deras.

b) baik membawa resmi padi daripada membawa resmi lalang.

c) melentur buluh biarlah dari rebungnya.

d) hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.

( / )

Program Bahasa Melayu Edubest - PT3_2020_SM210 8

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 11: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Malaysia ...5. Air yang menitis itu _____ dari siling. a) tidak b) tiada c) entah d) adalah Soalan 6-8 Ayat-ayat di bawah mungkin betul

Bahagian B

1. Dalam setiap ayat di bawah ini, terdapat satu kesalahan tatabahasa. Gariskan

kesalahan bahasa tersebut dan tulis jawapan yang betul pada ruang jawapan yang

disediakan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

Jenis kesalahan tatabahasa:

• Kata tugas

• Ayat

• Istilah

• Imbuhan

• Hukum DM

Ayat Jenis Kesalahan

Tatabahasa

(i) Dompet Mei Lan tercicir semasa membeli-belah di Jimat

Pasar Raya.

__________________________________________________

(ii) Baju-baju yang dijual di kedai itu mahal-mahal belaka.

__________________________________________________

(iii) Semua murid-murid tingkatan dua dikehendaki

berkumpul di dewan pada pukul 800 pagi.

__________________________________________________

(iv) Oleh kerana terlalu leka menonton televisyen, kuih

karipap yang digoreng oleh kakak telah hangit .

__________________________________________________

( /8)

Program Bahasa Melayu Edubest - PT3_2020_SM210 9

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 12: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Malaysia ...5. Air yang menitis itu _____ dari siling. a) tidak b) tiada c) entah d) adalah Soalan 6-8 Ayat-ayat di bawah mungkin betul

2. Dalam petikan di bawah terdapat kesalahan Kenal pasti kesalahan-kesalahan dan

tulis yang pada ruang jawapan yang disediakan. Anda tidak perlu menyalin petikan

itu semula.

Jenis kesalahan ejaan:

• Kata majmuk

• BA →BM

• Vokal (a e i o u)

• Tanda baca (Aa / “ ” / - )

• Imbuhan (gg & kk)

Ayat Jenis Kesalahan

Ejaan

(i) Puan Kamsah membeli sekilogram kacang tanah untuk

membuat kuah satay.

_________________________________________________

(ii) Gejala penyalahgunaan dadah perlu di banteras sehingga

akar umbi demi kesejahteraan dan kemajuan negara.

_________________________________________________

(iii) Encik Kamarul telah menubuhkan beberapa jawatan

kuasa bagi menjayakan sambutan majlis rumah terbuka

Kampung Majidi.

_________________________________________________

( /3)

Program Bahasa Melayu Edubest - PT3_2020_SM210 10

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 13: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Malaysia ...5. Air yang menitis itu _____ dari siling. a) tidak b) tiada c) entah d) adalah Soalan 6-8 Ayat-ayat di bawah mungkin betul

3 Tukarkan ayat bersusuna songsang di bawah kepada ayat bersusunan biasa.

(i) Kepunyaan Haji Kasim durian di hujung kampung itu.

_____________________________________________________________________

(ii) Menangis budak itu kerana terjatuh dari basikal.

_____________________________________________________________________

(iii) Sentiasa tersenyum Puan Chong kepada pelanggan yang datang ke kedainya.

_____________________________________________________________________

(iv) Daripaadd sahabat lamanya surat jemputan itu.

_____________________________________________________________________

(v) Sudah Sembilan tahun berkhidmat di Sekolah Menengah Karak Cikgu Paul

Jasper.

_____________________________________________________________________

( /10)

Program Bahasa Melayu Edubest - PT3_2020_SM210 11

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 14: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Malaysia ...5. Air yang menitis itu _____ dari siling. a) tidak b) tiada c) entah d) adalah Soalan 6-8 Ayat-ayat di bawah mungkin betul

4. Lihat gambar di bawah dengan teliti. Berdasarkan pasangan gambar di bawah,

tulis peribahasa yang sesuai.

(i) ______________________________________________________________

(ii) ______________________________________________________________

( /4)

Program Bahasa Melayu Edubest - PT3_2020_SM210 12

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 15: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Malaysia ...5. Air yang menitis itu _____ dari siling. a) tidak b) tiada c) entah d) adalah Soalan 6-8 Ayat-ayat di bawah mungkin betul

Kertas 2

Masa: 2jam

Penulisan :

A. Ringkasan (15%)

Baca petikan di bawah dengan teliti. Kemudian, tulis suatu ringkasan tentang

peranan kerajaan dan masyarakat dalam menangani masalah pendatang

asing di negara ini.

Langkah kerajaan hendak meminda Akta Imigresen 1959/63 bagi mengenakan

hukuman lebih berat terhadap pendatang asing dan pihak yang membawa masuk serta

menggaji mereka di negara ini menunjukkan keseriusan pihak berkuasa dalam

menangani isu ini. Keseriusan kerajaan juga dapat dilihat dengan penubuhan

jawatankuasa kabinet tentang pendatang tanpa izin bagi rnemantau masalah tersebut

dan merangka dasar bagi menanganinya.

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, pelbagai gejala sosial termasuk

peningkatan perlakuan jenayah berkaitan dengan kehadiran pendatang tanpa

izin dilaporkan. Selain itu, merebaknya penyakit berjangkit dan kewujudan

kawasan setinggan juga berkait rapat dengan kebanjiran pendatang tanpa izin

ini. Kehadiran mereka yang meningkat saban hari juga mendatangkan ancaman

kepada keselamatan negara. Kita tidak akan menabenarkan sempadan negara ini

begitu mudah dibolosi sehingga pihak berkuasa sukar melindungi keselamatan

orang ramai.

Selain langkah yang membentuk undang-undang ini, kerajaan juga akan

melakukan pelbagai kaedah bagi mengurangkan kehadiran pendatang tanpa izin di

negara ini. Langkah terbaik ialah penguatkuasaan undang-undang imigresen melalui

jentera yang kemas, cekap, bersih dan berkesan. Dalam pada itu, rakyat negara ini

sendiri mesti disemai dengan kesedaran dan sikap lebih bertanggungjawab terhadap

masyarakat dan negara. Mereka harus mematuhi undang-undang negara di samping

mengawal diri daripada amalan yang. bertentangan dengan etika dan moral. Selain itu,

masyarakat dan orang ramai secara umumnya harus memberi kerjasama kepada pihak

berkuasa untuk memastikan negara terselamat daripada kebanjiran pendatang tanpa

izin ini.

Penyelesaian muktamad juga terletak terhadap langkah memperbaiki

keadaan politik dan ekonomi semua negara di dunia supaya mereka tidak

membebankan negara-negara jiran. Justeru, penyelesaian masalah pendatang

Program Bahasa Melayu Edubest - PT3_2020_SM210 13

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 16: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Malaysia ...5. Air yang menitis itu _____ dari siling. a) tidak b) tiada c) entah d) adalah Soalan 6-8 Ayat-ayat di bawah mungkin betul

tanpa izin juga dapat dilihat dan sudut perspektif serantau. Umpamanya, jika

sesebuah negara itu aman damai dan ekonominya bertambah baik, maka kita

dapat menyaksikan pengurangan kehadiran pendatang tanpa izin.

Sesungguhnya, masalah kebanjiran pendatang asing memerlukan kerjasama

daripada semua pihak agar kehadiran mereka tidak mengancam kestabilan sosial dan

negara kita.

(Diubahsuai daripada rencana Pendatang Asing Ancam Kestabilan Sosial, Utusan

Malaysia, 23 Ogos 2010)

B. Karangan Pendek (10%) – 15 minit

Berdasarkan gambar di bawah, tulis sebuah karangan pendek tentang kes buli yang

melibatkan pelajar di sekolah. Panjang karangan anda adalah antara 50 hingga 80

patah perkataan.

Isi :

Program Bahasa Melayu Edubest - PT3_2020_SM210 14

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 17: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Malaysia ...5. Air yang menitis itu _____ dari siling. a) tidak b) tiada c) entah d) adalah Soalan 6-8 Ayat-ayat di bawah mungkin betul

C. Karangan Umum (30%)

Karangan Jenis Gambaran/ Keperihalan

1. Karangan jenis pemerihalan/gambaran memerlukan anda memerihalkan sesuatu

kejadian, suasana, peristiwa, pengalaman dan sebagainya.

2. Karangan ini memerlukan anda menceritakan sesuatu kejadian, suasana,

peristiwa, pengalaman dan sebagainya seolah-olah anda sendiri mengalami

situasi tersebut.

3. Anda dapat menggunakan daya imaginasi dan kekreatifan anda untuk

menggambarkan sesuatu situasi berdasarkan soalan.

4. Semasa menulis karangan jenis pemerihalan/gambaran anda harus pastikan isi

karangan anda tidak meleret-leret dan patuhi arahan jumlah perkataan yang

dinyatakan.

5. Bagi menghasilkan sebuah karangan yang menarik, anda digalakkan

menggunakan struktur umum karangan jenis ini, iaitu pengenalan, kemuncak

dan penyelesaian.

6. Sekiranya anda mempunyai isi yang banyak untuk soalan yang dikemukakan,

cuba sampaikan dalam teknik yang menarik, iaitu ringkas, padat dan tidak

membosankan. Elakkan penyampaian yang berulang-ulang. Pastikan anda

tidak membazirkan masa untuk menjawab soalan berkenaan.

Contoh Soalan

Anda telah berpeluang mewakili sekolah dalam pertandingan perbahasan ke peringkat

daerah. Ceritakan persediaan yang anda lakukan sebelum pertandingan itu.

Rangka Karangan

Program Bahasa Melayu Edubest - PT3_2020_SM210 15

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 18: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Malaysia ...5. Air yang menitis itu _____ dari siling. a) tidak b) tiada c) entah d) adalah Soalan 6-8 Ayat-ayat di bawah mungkin betul

Pendahuluan

• Terpilih menyertai pertandingan perbahasan mewakili sekolah – bersama-sama tiga

orang rakan – berasa gembira – berjanji akan membuat yang terbaik –

mengahrumkan nama sekolah

Isi-isi penting

1. Mencari bahan daripada pelbagai sumber

2. Membahagi-bahagikan tugas kepada ahli pasukan

3. Mengadakan perbincangan dengan guru – merangka teks – berlatih

4. Mempertontonkan sesi perbahasan semasa perhimpunan

Penutup

• Pengetua memuji persembahan kami – mengucapkan terima kasih kepada cikgu –

yakin akan menang

Contoh Karangan

Keputusan pihak sekolah untuk menyertai pertandingan perbahasan pada

peringkat daerah memang ditunggu-tunggu. Beberapa nama pelajar telah dikenal

pasti untuk mernbawa cabaran sekolah ke peringkat daerah. Saya dan tiga orang

rakan diberi kepercayaan untuk mewakili sekolah dalam pertandingan tersebut.

Saya berasa sangat gembira dan berjanji akan membuat yang terbaik dan sekali gus

mengharumkan nama sekolah. Cikgu Fatimah akan menjadi penasihat kami dalam

pertandingan ini. Sungguhpun baru pertama kali mewakili sekolah, saya percaya

pasukan kami mampu menggugat pasukan dari sekolah-sekolah lain.

Pasukan kami telah melakukan persediaan awal agar persembahan daripada

pasukan kami lebih mantap dan tidak mengecewakan. Setelah mendapat tajuk

perbahasan, Cikgu Fatimah meminta kami mencari seberapa banyak bahan yang

relevan dengan tajuk. Selaku ketua pasukan saya membahagi-bahagikan tugas kepada

setiap ahli. Tempoh yang diberikan selama seminggu akan digunakan dengan

sepenuhnya.

Program Bahasa Melayu Edubest - PT3_2020_SM210 16

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 19: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Malaysia ...5. Air yang menitis itu _____ dari siling. a) tidak b) tiada c) entah d) adalah Soalan 6-8 Ayat-ayat di bawah mungkin betul

Kemudian bahan-bahan tersebut kami kumpulkan dan perbincangan dengan

Cikgu Fatimah diadakan pada petang hari Rabu. Cikgu Fatimah memberikan

pandangan tentang kesuaian bahan dan cara mengolah isi perbahasan bagi setiap ahli.

Peringkat seterusnya ialah merangka teks perbahasan agar sesi latihan dapat

dijalankan secepat mungkin. Sesi latihan dijalankan bersama-sama Cikgu Fatimah dan

beberapa orang rakan sebagai pemerhati.

Seminggu sebelum pertandingan, kami mempertontonkan perbahasan semasa

perhimpunan rasmi. Kami selaku pembahas pihak pencadang telah menggunakan

segala kemahiran menyampaikan idea dengan penuh yakin.

Tuan Pengetua merakamkan penghargaan dan menyatakan bahawa pasukan

bahas pada kali ini mampu meraih kejayaan yang diharap-harapkan. Sesungguhnya

kami mengucapkan terima kasih kepada Cikgu Fatimah dan ingat pesanan terakhir

beliau sebelum hari pertandingan iaitu, kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat

sagunya.

Latihan :

1. Ketika cuti persekolahan yang lalu, anda dan keluarga telah melawat

tempat bersejarah di negara kita. Ceritakan pengalamaan anda itu.

2. Kerajaan telah melaksanakan Perintah Kawalam Pergerakan (PKP_ untuk

mengawal Virus Covid-19 daripada merebak. Ceritakan pengalaman anda

dalam minggu pertama PKP.

Program Bahasa Melayu Edubest - PT3_2020_SM210 17

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 20: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Malaysia ...5. Air yang menitis itu _____ dari siling. a) tidak b) tiada c) entah d) adalah Soalan 6-8 Ayat-ayat di bawah mungkin betul

Pelan Lokasi

@

Pusat Tuisyen Didikan Genius

No.2-1, Jalan 4/109E, Desa Business Centre, Taman Desa, 58100 Kuala Lumpur.

Tel: 03-7983 7650

http://www.edubest.com.my