ayat majmuk bahasa melayu

37
SINTAKSIS BAHASA MELAYU BMM3103 AYAT MAJMUK BAHASA MELAYU PENSYARAH PEMBIMBING EN. ABDULLAH BIN MOHD. YASSIN NAMA PEMBENTANG YUVARANI A/P SUBRAMANIAM AZNIZAN BINTI AZIZ

Upload: yuvarani-yuva

Post on 25-Sep-2015

266 views

Category:

Documents


18 download

DESCRIPTION

ayat majmuk ppt

TRANSCRIPT

PowerPoint Presentation

SINTAKSIS BAHASA MELAYU BMM3103AYAT MAJMUK BAHASA MELAYUPENSYARAH PEMBIMBINGEN. ABDULLAH BIN MOHD. YASSIN

NAMA PEMBENTANGYUVARANI A/P SUBRAMANIAMAZNIZAN BINTI AZIZDefinisi Ayat MajmukMenurut Tatabahasa Dewan Edisi Keempat

Ayat majmuk ialah ayat yang dibina dengan mencantumkan dua ayat tunggal atau lebih, dan percantuman ayat-ayat disusun mengikut cara-cara tertentu sehingga menjadikannya ayat baharu.Ayat majmuk dalam bahasa Melayu dapat dibahagikan kepada tiga jenis iaitu :Ayat Majmuk GabunganAyat majmuk gabungan ialah ayat yang terdiri daripada dua ayat atau lebih yang dijadikan satu dengan cara menggabungkan atau mencantumkan ayat-ayat tersebut dengan kata hubung seperti dan, atau, tetapi dan sebagainya.

Ayat-ayat yang disambungkan itu setara sifatnya, iaitu ayat-ayat itu sama taraf dan boleh berdiri sendiri.

Hubungan antara satu ayat dengan yang lain wujud oleh sebab ayat-ayat tersebut disusun berturut-turut.

Ayat-ayat ini boleh juga disambungkan tanpa kata hubung; apabila ini berlaku, nada suara berfungsi sebagai penanda, iaitu disuarakan sebagai deretan penyataan.

Contohnya :Ali berdiri tegak, memerhatikan gerak-geri mereka.Jenis GabunganAyat gabungan dibentuk dengan menggunakan beberapa kata hubung.

Penggunaan kata hubung yang berbeza ini sekurang-kurangnya menghasilkan tiga jenis gabungan utama, iaitu:

Gabungan susunan faktanya berurutan, iaitu satu demi satu. Ayat ini dibentuk dengan kata hubung dan, lalu, lagi, serta, sambil, malahan dan sebagainya. Contohnya:

Saya minum teh dan Aminah makan nasi lemak.Mereka melompat-lompat sambil menjerit dengan kuat.Ratna mengutip sampah sarap lalu membuangkannya ke dalam ke dalam tong sampah.

b) Gabungan yang susunannya memberi maksud bertentangan fakta dalam ayat-ayat yang digabungkan. Contohnya:

Ayahnya rajin berniaga tetapi anaknya tidak berminat sama sekali.

Musim hujan dingin, sebaliknya musim kemarau panas.

Ali belajar bersungguh-sungguh tetapi dia masih tidak berpuas hati dengan keputusan peperiksaannya.

Bukan orang jahat yang menang, melainkan orang yang sentiasa berbuat baik.

Kain yang dibelinya terlalu mahal, padahal ada yang lebih murah.

c) Gabungan yang susunannya menggabungkan dua ayat atau lebih, menggunakan kata hubung yang berpasangan seperti lebih baikdaripada, apakahataupun, adakahatau(pun), sama ada atau, dan sebagainya. Contohnya:

Daripada kita makan gaji, lebih baik bekerja sendiri.

Lebih baik mereka pergi dengan bas daripada memandu kereta sendiri.

Apakah Menteri akan hadir di majlis itu ataupun wakilnya?

Adakah berita itu benar atau(pun) khabar angin sahaja?

Sama ada berita itu benar atau tidak belum pasti.Ayat Majmuk PancanganAyat majmuk pancangan terdiri daripada beberapa ayat yang kedudukan antara ayat itu tidak sama.

Dalam ayat majmuk pancangan terdapat satu ayat utama atau ayat induk dan satu atau beberapa ayat kecil lain yang dipancangkan di dalam ayat induk dan menjadi sebahagian daripada ayat induk itu.

Ada tiga jenis ayat majmuk pancangan dalam bahasa Melayu:

Ayat RelatifAyat relatif ialah ayat yang ditandai dengan penggunaan perkataan yang, seperti contoh berikut:

Contoh 1

Saya membeli baju yang berwarna merah.

Ayat di atas sebenarnya terdiri daripada dua ayat,iaitu:

Saya membeli baju - Ayat indukBaju itu berwarna merah - Ayat kecil

Apabila kedua-dua ayat itu dimajmukkan, ayat Baju itu berwarna merah dipancangkan ke dalam ayat induk Saya membeli baju.

Oleh sebab ungkapan baju diulang, maka baju yang kedua itu digugurkan dan digantikan dengan kata hubung relatif yang.

Proses ini boleh dianggap sebagai mengalami tingkat-tingkat perubahan seperti berikut:

Pertama : Saya membeli baju + Baju itu berwarna merah.

Kedua : Saya membeli baju + baju itu berwarna merah.

Ketiga : Saya membeli baju yang berwarna merah.Contoh 2

Budak yang sedang membaca majalah itu anak saya.

Budak itu anak saya. - Ayat indukBudak itu sedang membaca majalah. - Ayat kecil

Ayat budak itu sedang membaca majalah dipancangkan ke dalam ayat Budak itu anak saya.

Oleh sebab frasa budak itu diulang, maka frasa nama kedua yang serupa digugurkan dan diganti dengan kata relatif yang.

Secara kasar, proses ini boleh digambarkan seperti berikut:

Pertama : Budak itu anak saya + Budak itu sedang membaca majalah.

Kedua : Budak itu + Budak itu sedang membaca majalah + anak saya.

Ketiga : Budak yang sedang membaca majalah itu anak saya.

Perbezaan antara contoh ayat 1 dengan 2 terletak pada hakikat bahawa dalam contoh 1 ayat kecil yang dipancangkan ke dalam predikat ayat itu bertugas sebagai objek.

contoh ayat 2 pula menerima ayat pancangan sebagai subjeknya dengan menukarkan bentuk ayat itu kepada budak yang sedang membaca majalah itu.Ayat Majmuk KomplemenAyat majmuk komplemen mengandungi klausa komplemen yang dipancangkan ke dalam klausa induk.

Komplemen bermakna pelengkap.

Klausa komplemen adalah klausa kecil yang berfungsi sebagai pelengkap dalam klausa induk.

Ayat majmuk pancangan komplemen menggunakan kata komplemen seperti bahawa, supaya dan untuk .

Terdapat tiga jenis ayat majmuk pancangan komplemen iaitu:Ayat komplemen frasa namaAyat komplemen frasa kerjaAyat komplemen frasa adjektif

i. Ayat Komplemen Frasa NamaFrasa nama boleh menduduki empat tempat dalam ayat, iaitu sebagai subjek, predikat, objek tepat dan objek sipi.

Namun demikian, ayat komplemen jenis frasa nama hanya dapat menduduki dua tempat, iaitu sebagai ayat komplemen frasa nama subjek dan ayat komplemen frasa nama objek tepat.

Ayat Komplemen Frasa Nama Subjek

Bahawa Islam menjamin keadilan.

Untuk dia mendapat tempat pertama dalam peperiksaan itu memang susah.

Tentulah mustahil untuk manusia berjalan di terowong sempit itu. (ayat songsang)

Sesungguhnya amat mustahil untuk pencuri itu melepaskan diri. (ayat songsang)

ii) Ayat Komplemen Frasa Nama Objek Tepat

Ayat majmuk pancangan komplemen frasa nama objek tepat pula menunjukkan ayat komplemen sebagai ayat yang berfungsi sebagai objek tepat kata kerja transitif pada ayat induknya.

Contoh:

Orang itu menafikan bahawa barang-barangnya telah hilang.

Pemuda itu menyatakan bahawa dia telah memenangi peraduan mengarang cerpen.

Berita itu menyebut bahawa semua penumpang terselamat.

Kerajaan mengumumkan bahawa kadar tol akan meningkat pada tahun hadapan.

ii. Ayat Komplemen Frasa KerjaAyat majmuk pancangan frasa kerja pula boleh terdiri daripada kata kerja tak transitif, iaitu yang diikuti bukan oleh frasa nama tetapi oleh keterangan lain dengan tujuan melengkapkan frasa tersebut.

Oleh itu, terdapat ayat komplemen yang berfungsi sebagai pelengkap kata kerja yang kelihatan seolah-olah ayat majmuk pancangan komplemen frasa nama objek tetapi tidak kerana statusnya yang tidak boleh mengalami proses pasif.

Contoh:

Pak Abu berpendirian bahawa tanah itu tidak patut dijual.

Kenyataan itu bermaksud bahawa kerajaan sanggup memajukan kawasan luar bandar.

Pengetua itu bersetuju bahawa kantin sekolah wajar diubahsuai.

Saya berpendapat bahawa cadangan itu boleh diterima.

iii. Ayat Komplemen Frasa Adjektif Frasa adjektif boleh menjadi unsur predikat sesuatu ayat.

Ayat komplemen boleh terdiri daripada ayat komplemen adjektif, iaitu yang merupakan ayat kecil yang dipancangkan ke dalam ayat induk.

Walau bagaimanapun, jumlah ayat jenis ini dalam bahasa Melayu terhad.

Contoh:

Saya sangat yakin bahawa dia akan berjaya.

Dia amat percaya bahawa adiknya telah lulus dalam peperiksaan itu.

Penduduk kampung itu sangat insaf bahawa mereka tidak mampu.Ayat Majmuk Pancangan KeteranganAyat keterangan berfungsi memberikan huraian lanjut kepada kata kerja ayat induk.

Terdapat berbagai-bagai keterangan yang disampaikan oleh ayat kecil jenis ini, bergantung pada jenis kata hubung yang digunakan dan maksud yang terkandung di dalamnya.

Ayat majmuk pancangan keterangan terdiri daripada sembilan jenis yang dibezakan oleh jenis kata hubung yang digunakan seperti berikut:

1. Keterangan MusababKeterangan musabab ialah unsur yang menerangkan sebab berlakunya sesuatu kejadian atau perbuatan.

Kata hubung keterangan musabab adalah seperti kerana, lantaran, sebab dan oleh sebab.

Contohnya:

Saya tidak dapat hadir kerana saya kurang sihat.

Mereka tidak dibenarkan masuk ke dewan peperiksaan sebab mereka datang lambat.

Oleh sebab harga minyak meningkat, mereka membatalkan lawatan ke Terengganu.

Kanak-kanak itu terluka di jarinya lantaran bermain pisau.2. Keterangan AkibatKeterangan akibat ialah unsur yang menerangkan kesan atau hasil sesuatu perbuatan.

Kata hubung keterangan akibat adalah seperti hingga dan sehingga.

Contohnya:

Dania berasa terlalu marah hingga sakit dadanya.

Fikri menjaga keretanya dengan cermat sehingga memenangi cabaran kereta tercantik.

3. Keterangan SyaratKeterangan syarat ialah unsur yang menerangkan tuntutan yang mesti dipenuhi.

Kata hubung keterangan syarat adalah seperti sekiranya, andai kata, jikalau, jika dan kalau.

Contohnya:

Sekiranya saya lulus peperiksaan ini, saya akan berpuasa sepuluh hari.

Andai kata mereka menyerang, kita akan bertahan bersungguh-sungguh.

Ali akan ikut serta rombongan itu kalau ayah membenarkannya.

Jika diizinkan Tuhan, kami akan datang lagi tahun hadapan.

Pemimpin-pemimpin itu akan terus berjuang sekiranya mereka mendapat sokongan rakyat.

4. Keterangan WaktuKeterangan waktu ialah unsur yang menerangkan masa sesuatu perbuatan atau kejadian.

Kata hubung keterangan waktu adalah seperti sejak, semenjak, setelah, sewaktu, sementara, tatkala dan ketika.

Contohnya:

Polis segera tiba setelah mendapat maklumat tentang pergaduhan itu.

Saya belum berkunjung ke rumah Ali semenjak ia berpindah ke sana.

Sementara menanti padi masak, petani itu menanam jagung.

Tatkala hujan mula turun, mereka masih di sawah.

Ketika masih kecil dahulu, mereka selalu berkelah di pantai.

5. Keterangan PertentanganKeterangan pertentangan ialah unsur yang menerangkan sesuatu perbuatan atau kejadian yang berlawanan.

Kata hubung keterangan pertentangan adalah seperti walaupun, meskipun, kendatipun, biarpun, walau bagaimanapun, namun, sekalipun dan sedangkan.

Contohnya:

Walaupun kurus Lin tetap bertenaga.

Meskipun dihalang oleh keluarga Syahir tetap dengan keputusannya.

Kendatipun gadis itu dimarahi, dia terus melayan pelanggan di bank itu.

Ali dan keluarganya akan terus bertahan biarpun hidup serba kekurangan.

Sarah meneruskan perjalanannya namun terpaksa berhenti apabila ditahan polis.

6. Keterangan HarapanKeterangan harapan ialah unsur yang menerangkan sesuatu perbuatan atau kejadian yang dihajati.

Kata hubung keterangan harapan adalah seperti supaya, agar, semoga, moga-moga dan kalau-kalau.

Contohnya:

Kita mesti bertolak ansur agar semua pihak berpuas hati.

Kerajaan berusaha meningkatkan ekonomi negara supaya rakyat dapat hidup sejahtera.

Cuba bertanya pada orang tua itu kalau-kalau dia mengetahuinya.

Semoga derma yang dihulurkan itu dapat meringankan beban mangsa-mangsa banjir.

Moga-moga segala usahanya selama ini mendapat pengiktirafan yang sewajarnya.

7. Keterangan CaraKeterangan cara ialah unsur yang menerangkan gaya atau kaedah sesuatu perbuatan atau kejadian berlaku.

Kata hubung keterangan cara ialah dengan.

Contohnya:

Pemuda itu datang dengan menaiki kereta api.

Dengan perlahan-lahan, Peter menarik kaki adiknya yang tersepit.

Dengan menggunakan besi, Aziz memecahkan tingkap rumah itu.

Dia membunuh ular itu dengan menggunakan buluh.

Mereka ke sekolah dengan menunggang basikal.

8. Keterangan TujuanKeterangan tujuan ialah unsur yang menerangkan maksud bagi sesuatu perbuatan atau kejadian.

Kata hubung keterangan tujuan adalah seperti untuk, demi dan bagi.

Contohnya:

Para pemimpin menyusun rancangan ekonomi untuk meningkatkan taraf hidup rakyat.

Demi menyatupadukan rakyat yang berbilang kaum, sebuah jabatan khusus telah ditubuhkan.

Dua atom hidrogen dan satu atom oksigen bergabung bagi membentuk satu molekul air.

9. Keterangan PerbandinganKeterangan perbandingan ialah unsur yang menerangkan sesuatu kejadian yang menjadi persamaan.

Kata hubung keterangan perbandingan adalah seperti, macam, seolah-olah, seakan-akan, ibarat, bagaikan dan bak.

Contohnya:

Dia kebingungan bagai rusa masuk kampung.

Hatinya hancur seperti kaca terhempas ke batu.

Pemuda itu sentiasa mengelamun macam pungguk merindui bulan.

Kanak-kanak itu mencebik bibirnya seakan-akan hendak menangis.Ayat majmuk campuran Ayat yang mengandungi lebih daripada satu jenis ayat.Terdiri daripada campuran ayat tunggal dengan ayat majmuk atau deretan berbagai jenis ayat majmuk.

Contoh ayat :

Ahmad sedang membaca buku tetapi kawan kawannya yang sudah letih lesu telah lama tidur.

*Ayat ini terdiri daripada ayat majmuk gabungan yang disambungkan dengan kata hubung tetapi.* Dalam ayat kedua terdapat ayat relatif iaitu yang sudah letih lesu. Contoh ayat :2. Murid murid itu mengetahui bahawa peraturan itu penting dan mereka menyedari bahawa walaupun mereka tidak senang hati dengannya, peraturan itu mesti dipatuhi.

* Dua ayat yang digabungkan dengan kata hubung dan.* Merupakan ayat majmuk :1. ayat induk iaitu murid murid itu mengetahui ( sesuatu )2. ayat komplemen bahawa walaupun mereka tidak senang hati dengannya, peraturan itu mesti dipatuhi

Contoh ayat :

3. Orang tua itu segera dibawa ke hospital kerana dia menghidap penyakit yang disebabkan oleh makanan beracun.

* Terdapat ayat relatif yang* Ayat keterangan kerana ( kerana merupakan kata hubung pancangan keterangan ) *Sesuatu ayat itu boleh terdiri daripada satu ayat tunggal, atau deretan ayat yang dibina melalui proses gabungan, relative, komplemen, atau keterangan.* Namun demikian, ada juga ayat walaupun kelihatan panjang sebenarnya ayat tunggal. Oleh sebab terdiri daripada satu subjek dan satu predikat.

Contoh : Kereta baharu anak guru besar Sekolah Menengah kebangsaan Kampung Paya telah terlanggar seekor lembu jantan di hadapan pejabat pos pada hari Jumaat yang lalu. Ayat majmuk pasif

Ayat pasif boleh terbina dalam bentuk ayat majmuk.Jika ayat aktif hendak dipasifkan, frasa nama yang menjadi objek akan mengalami penjudulan. Semua ayat majmuk aktif ini jika mengandungi kata kerja transitif boleh dijadikan ayat pasif. Contoh ayat majmuk pasif :Ayat majmuk gabungan

* Aktif : Saya minum teh dan Aminah makan nasi.* Pasif : Teh saya minum dan nasi dimakan oleh Aminah.

* Aktif : Kami akan mengunjungi nenek kemudian menziarahi pak cik. * Pasif : Nenek akan kami kunjungi kemudian pak cik akan kami ziarahi. 2. Ayat majmuk relatif * Aktif : Mereka menonton wayang yang lucu itu. * Pasif : Wayang yang lucu itu ditonton oleh mereka

* Aktif : Abang membeli rumah yang besar itu. * Pasif : Rumah yang besar itu dibeli oleh abang.3. Ayat majmuk komplemen * Aktif : Guru menerangkan bahawa ujian akan bermula pada bulan hadapan. *Pasif : Bahawa ujian akan bermula pada bulan hadapan diterangkan oleh guru.* Aktif : Kami mengetahui bahawa perkara itu dusta.* Pasif : Bahawa perkara itu dusta kami ketahui.

4. Ayat majmuk keterangan * Aktif : Ali akan membeli buku itu kalau ayah membenarkannya.* Pasif : Buku itu akan dibeli oleh Ali kalau ayah membenarkannya.* Aktif : Ibu menyuruh kami membantu supaya pekerjaan itu cepat selesai.*Pasif : kami disuruh oleh ibu membantu supaya perkerjaan itu cepat selesai.

SEKIAN TERIMA KASIH