pusat sumber sekolah · web viewkisahkan semula sebuah cerita – pelajar melukis beberapa adegan...

26
PROGRAM NILAM 15.0 PENGENALAN Pelbagai program dan aktiviti membaca telah dan sedang dijalankan di sekolah-sekolah sehingga kini. Kementerian Pendidikan Malaysia telah mencadangkan satu program yang menggabungkan kesemua aktiviti membaca yang dinamakan NILAM ( Nadi Ilmu Amalan Membaca). NILAM merupakan penggabungan atau adunan kesemua aktiviti galakan membaca yang pernah dijalankan di sekolah dengan memberi pengiktirafan yang sesuai. Program ini merupakan satu pendekatan untuk mengatasi masalah-masalah yang menghalang penyuburan tabiat membaca. 15.1 MATLAMAT Matlamat program NILAM ialah supaya terbina tabiat membaca di kalangan murid-murid. 15.2 OBJEKTIF 15.2.1 Menjadikan murid banyak membaca. 15.2.2 Menggalakan sekolah terus menjana idea kreatif dan inovatif bagi menyemai tabiat membaca. 15.3 TAHAP NILAM 15.3.1 Tahap pertama - JAUHARI 15.3.2 Tahap kedua - RAKAN PEMBACA ( RP ) Program Nilam

Upload: voanh

Post on 03-May-2019

227 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

PROGRAM NILAM

15.0 PENGENALAN

Pelbagai program dan aktiviti membaca telah dan sedang dijalankan di sekolah-sekolah sehingga kini. Kementerian Pendidikan Malaysia telah mencadangkan satu program yang menggabungkan kesemua aktiviti membaca yang dinamakan NILAM ( Nadi Ilmu Amalan Membaca).

NILAM merupakan penggabungan atau adunan kesemua aktiviti galakan membaca yang pernah dijalankan di sekolah dengan memberi pengiktirafan yang sesuai. Program ini merupakan satu pendekatan untuk mengatasi masalah-masalah yang menghalang penyuburan tabiat membaca.

15.1 MATLAMAT

Matlamat program NILAM ialah supaya terbina tabiat membaca di kalangan murid-murid.

15.2 OBJEKTIF

15.2.1 Menjadikan murid banyak membaca.15.2.2 Menggalakan sekolah terus menjana idea kreatif dan inovatif bagi

menyemai tabiat membaca.

15.3 TAHAP NILAM

15.3.1 Tahap pertama - JAUHARI15.3.2 Tahap kedua - RAKAN PEMBACA ( RP )

15.4 TAHAP PERTAMA - JAUHARI

15.4.1 Membina kemahiran dan menanam minat membaca.15.4.2 Wajib kepada semua murid yang telah menguasai kemahiran asas

membaca.15.4.3 Buku adalah dipinjam dari PSS, Perpustakaan Awam, Perpustakaan Desa,

pinjaman daripada kawan dan hak persendirian.15.4.4 Sistem ganjaran JAUHARI

Program Nilam

- Berdasarkan kadar bacaan murid diberi pengiktirafan yang diterakan dalam Buku Rekod Kemajuan Murid, Sijil Berhenti Sekolah dan Surat Akuan Sekolah.

- Pengiktarafan ini boleh digunakan sebagai criteria pemilihan ke sekolah kawalan, Sekolah Berasrama Penuh, kelas Ekspres atau temuduga untuk penajaan.

15.5 TAHAP KEDUA – RAKAN PEMBACA ( RP )

15.5.1 Mengutamakan aspek kepimpinan dalam aktiviti membaca.15.5.2 Telah melepasi tahap satu dan telah membaca 100 buah buku.15.5.3 Markah direkod dalam buku khas, disemak dan dinilai oleh guru

pembimbing yang ditentukan.

15.6 STRATEGI PELAKSANAAN

15.6.1 Satu buku panduan program perlu disediakan mengikut kesesuaian sekolah. Perkara-perkara berikut perlu disediakan dengan jelas dalam buku panduan tersebut.

- Jenis aktiviti dan cara pelaksanaannya.- Peranan warga sekolah- Penglibatan ibubapa- Jenis bahan bacaan- Spesifikasi bacaan- Rekod bacaan- Pengesanan dan penilaian

15.6.2 Menubuhkan Jawatankuasa Program Bacaan Sekolah15.6.3 Mesyuarat guru15.6.4 Pengesanan dan penilaian program15.6.5 Penyediaan bahan yang mencukupi adalah penting untuk keberkesanan

dan kejayaan programBuku BacaanRekod BacaanBahan Panduan

15.6.6 Penggredan BukuPenggredan bertujuan menentukan kesesuaian buku dengan tahap kebolehan membaca murid-murid.. Proses penggredan buku dijalankan seperti berikut:- JK Kerja menentukan criteria menggred buku. Di antara perkara yang

diambil kira ialah kesukaran perkataan yang digunakan, bidang ilmu

Program Nilam

dan muka surat. Penggredan berbeza di antara buku Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.

- Buku yang digredkan perlu ditentukan cara mengenalinya, cara yang mudah ialah dengan melekatkan tanda warna yang ditentukan oleh pihak sekolah. Tanda warna dilekatkan di kulit dan di kad pinjaman.

15.7 KAWALAN / PENGUMPULAN DATA

15.7.1 Rekod Bacaan Individu

- Rekod bacaan disediakan sebagai dokumen pembacaan murid. Di samping itu pengisian rekod melatih murid mengingati pengarang dan judul buku yang dibaca.

- Rekod bacaan dibina dalam bentuk yang mudah diisi supaya tidak menjadi satu bebanan dan tidak memakan masa yang panjang membuat catatan. Murid diberi peluang untuk menulis atau membuat lakaran. Diharapkan dengan cara ini mereka seronok merekod bacaan masing-masing.

15.7.2 Rekod Bacaan Kelas

- Rekod bacaan kelas disediakan sebagai dokumen pembacaan setiap kelas untuk memudahkan pihak PSS dan jawatankuasa program bacaan membuat pemantauan. Rekod ini akan disimpan secara berpusat di PSS di akhir tahun bagi memudahkan pengesanan maklumat pembacaan terperinci apabila diperlukan.

15.7.3 Rekod Bacaan Sekolah

- Rekod bacaan sekolah dibuat setiap akhir tahun. Segala maklumat mengenai pembacaan direkodkan dan dihantar ke PSPN Selangor.

15.8 CONTOH AKTIVITI GALAKAN MEMBACA

15.8.1 Buat Seekor Ulat Buku – Pelajar menulis ulasan buku mereka pada kad manila yang dipotong bulat. Kad-kad ini boleh disambung-sambung untuk membentuk segmen ‘ulat buku’

15.8.2 Rakan Membaca – Pelajar memilih seorang rakan yang serasi dengannya sebagai rakan membaca. Kedua-duanya boleh saling membantu untuk berkongsi pengalaman membaca.

15.8.3 Mendirikan Satu Progarm Membaca – Pelajar menguruskan masa untuk membaca, menentukan apa yang hendak dibaca, dan di mana bahan dapat diperolehi.

Program Nilam

15.8.4 Memulakan Kelab Membaca Kamu Sendiri – Pelajar dalam satu kumpulan atau sebuah kelas menubuhkan kelab membaca dan merancang aktiviti-aktiviti yang tersendiri.

15.8.5 Diari Membaca Mingguan – Pelajar menyemak kemajuan membacanya minggu demi minggu baik dari segi kuantiti mahupun jenis bahan yang dibaca.

15.8.6 Ulasan Buku Mobail – Pelajar menggunakan daya kreatif mereka untuk memaparkan ulasan buku di bilik darjah.

15.8.7 Menghayati Puisi – Pelajar melahirkan respon mereka terhadap sebuah puisi yang dibaca dengan menulis apa yang dirasai dan sebab mereka berasa begitu.

15.8.8 Baris Demi Baris – Pelajar meneliti perkaitan makna antara baris-baris puisi untuk memahami sebuah puisi dengan baik.

15.8.9 Mengumpul Perkataan – Pelajar menggukan bacaan mereka untuk mengumpul perkataan menurut ‘kumpulan’ supaya mereka dapat membuat rujukan dengan mudah.

15.8.10 Kisahkan Semula Sebuah Cerita – Pelajar melukis beberapa adegan daripada cerita yang dibacanya, kemudian menulis semula cerita dengan perkataan sendiri.

15.8.11 Melukis Model – Berpasangan, pelajar mengambil giliran membaca gambaran tentang suatu tempat atau suasana yang dikutip daripada sebuah buku cerita supaya masing-masing mendapat giliran melukis gambaran tersebut, dan membandingkannya kemudian.

15.8.12 Halaman Masalah – Dengan membayangkan dirinya sebagai watak utama dalam sebuah buku cerita, pelajar menulis tentang masalah yang dihadapinya dalam sepucuk surat kepada halaman masalah dalam majalah kegemarannya.

15.8.13 Kerangka Cerita – Memperkenalkan satu cara menganalisis sebuah karya fiksyen berdasarkan latar, watak, masalah dan penyelesaian.

15.8.14 Urutan – Pelajar menambah satu bahagian lagi di akhir sebuah cerita yang disukainya untuk menamatkan cerita itu seperti yang diingininya.

15.8.15 Apa Yang Diberitahu Kepada Kamu ? – Pelajar membaca sepintas lalu beberapa peranggan daripada sebuah buku cerita, dan memikirkan apa ide utama perenggan-perenggan itu.

15.8.16 Pesan Tersirat – Pelajar mencari pesan tersirat atau tema dalam cerita, puisi dan novel untuk mencungkil mesej yang ingin disampaikan oleh pengarang dalam karyanya.

15.8.17 Luaskan Idea Kamu – Pelajar menggunakan imaginasi untuk meluaskan idea dan kefahamannya berdasarkan sebuah cerita menarik yang dibacanya. Misalnya dengan menggunakan maklumat tentang watak utama, dia memerihalkan keadaan watak itu pada zaman kanak-kanak.

15.8.18 Dua Aktiviti Dengan Lakonan – Pelajar dapat meningkatkan kefahaman tentang sesebuah cerita dengan menterjemahkannya ke dalam bentuk lakonan, dan kemudian melakonkannya di dalam kelas.

Program Nilam

15.8.19 Tamu Minggu Ini – Pelajar membayangkan diri sebagai penerbit TV yang ingin menampilkan watak kegemarannya dalam rancangan ‘ Tamu Minggu Ini’. Oleh itu dia terpaksa menyediakan suatu ringkasan mengenai watak seperti nama, keluarga dan pencapaiannya.

15.8.20 Membanding dan Membeza – Pelajar menggunakan rajah Venn untuk membandingkan keadaan sesuatu watak sebelum dan selepas sesuatu peristiwa yang dialaminya, atau membandingkan dua watak dalam sebuah cerita.

15.8.21 Merentas Dunia – Pelajar membaca buku tentang sebuah negeri dan mencatatkan maklumat seperti ibu negeri dan kehidupan rakyatnya.

15.8.22 Mengumpul Maklumat – Sambil membaca, pelajar mengisi beberapa kotak di sekeliling satu tajuk dengan fakta-fakta atau maklumat penting berkaitan dengan tajuk itu menurut urutan yang munasabah.

15.8.23 Buat Sebuah Buku Fakta – Pelajar mencari fakta-fakta menarik daripada ensiklopedia dan kemudian menyalin dan melengkapkannya untuk membuat sebuah buku.

15.8.24 Berkongsi dan Berbincang – Berpasangan , pelajar menerokai dan membaca bersama-sama sebuah buku untuk mencari maklumat tentang satu tajuk yang dipilih mereka.

15.8.25 Merancang Satu Persembahan – Kumpulan-kumpulan pelajar merancang dan mengelola suatu persembahan berdasarkan sebuah cerita yang telah dibaca.

15.8.26 Biodata Tokoh Terkenal – Pelajar membuat profil seorang tokoh yang diminati menggunakan seberapa banyak punca maklumat yang dapat diperolehi.

15.8.27 Cari Khazanah! – Berpandukan satu salinan peta, pelajar menulis arahan dan membacakan arahan itu kepada kawan-kawannya untuk memandu mereka mencari khazanah yang disembunyikan di suatu tempat dalam peta itu.

15.8.28 Membaca Gambar rajah – Berpasangan, pelajar menggambarkan gambar rajah yang dipilih dari sebuah buku supaya rakannya dapat melukis gambar rajah itu hanya dengan mendengar gambarannya.

15.8.29 Surat Berita – Pelajar-pelajar menyusun bahan-bahan menarik yang terhasil dari aktiviti-aktiviti menarik dan menerbitkannya dalam bentuk surat berita.

15.8.30 Buku Ditangan – Pelajar-pelajar sentiasa bersama buku di mana-mana sahaja mereka berada.

15.8.31 Projek Pukal – Kotak buku bacaan yang dibekalkan oleh PSS dikendalikan oleh guru kelas. Buku sentiasa ditukar ganti.

15.8.32 Anotasi Buku – Pelajar membuat ulasan mengenai buku yang dibaca melalui proses pengajaran dan pembelajaran.

15.8.33 Khemah Membaca – Pelajar didedahkan dengan teknik membaca, kemahiran pengendalian maklumat, ADD dan kerja projek. Pelajar akan mempamerkan hasilan projek dan persembahan di akhir kursus.

15.8.34 Kuiz Bestari – Kuiz berkaitan dengan mata pelajaran di sekolah.

Program Nilam

15.8.35 30/40 Minit Bersama Buku – AJK projek memilih hari dan masa yang sesuai mengikut jadual waktu. Hari dan masa akan berubah pada minggu berikutnya melibatkan semua warga sekolah. Aktiviti membaca ditetapkan oleh guru mata pelajarn pada waktu tersebut. Catatan dimasukkan dalam buku program dan buku catatan membaca.

15.8.36 Minggu Galakkan Membaca – AJK memilih minggu yang bersesuaian. Aktiviti yang dirancang biasanya dalam bentuk pertandingan.

15.8.37 Buku Skrap – Merupakan aktiviti bulanan dan bahan diambil daripada petikan majalah atau akhbar.

15.8.38 Wadah Bestari – Pelajar diberi satu tajuk, kemudian pelajar tersebut merujuk beberapa buah buku untuk memetik fakta. Tajuk tersebut didedahkan semasa perhimpunan mingguan. Pelajar lain dikehendaki mencatat apa yang dilafazkan pelajar tersebut. Guru mengambil masa beberapa minit di kelas untuk sesi perbincangan.

15.8.39 Menulis Buku – Pelajar diberi satu tajuk atau tema. Pelajar dibimbing memilih watak berdasarkan contoh buku. Mereka didedahkan juga bagaimana sesebuah buku dihasilkan. Hasil yang baik diberi ganjaran.

15.8.40 Melukis Kulit Buku – Pelajar perlu membaca sebelum melukis kulit buku. Biasanya buku yang dipertandingkan tiada mempunyai ( buku rosak – dibaik pulih ).

15.8.41 Projek Wawasan – Pelajar membaca buku fiksyen. Mereka membuat synopsis, ulasan, perkataan baru dalam buku rekod membaca.

15.8.42 Hentian Ilmu / Laluan Iqra’ – Bahan Bacaan diletakkan di sudut-sudut tertentu untuk dibaca oleh murid pada waktu rehat.

15.8.43 Diskusi Buku – Seorang pelajar membaca sebuah buku dan disebarkan kepada 100 orang rakannya.

15.8.44 Projek Cakna – Pelajar membaca bahan dengan diawasi dan dibimbing oleh guru mengikut jadual di tempat-tempat yang dinyatakan. Dalam aktiviti ini guru pembimbing akan membantu pelajar yang tidak boleh menyebut perkataan dengan betul dan tidak boleh membaca dengan baik.Kemudian pelajar bercerita secara lisan untuk mengetahui tentang kefahaman pelajar terhadap bahan yang dibaca. Pelajar yang lebih baik kefahamannya dan boleh mmempersembahkan kefahaman mereka dalam bentuk grafik, komik, kartun dan kulit buku.

15.8.45 Program ‘Walking Dictionary’ – Pelajar memakai tag nama di mana perkataan perbendaharaan kata bagi minggu itu di perkenalkan.

15.9 STRATEGI PELAKSANAAN PROGRAM NILAM PERINGKAT SEKOLAH

15.9.1 SENARAI TUGAS JAWATANKUASA PROGRAM NILAM

Program Nilam

PENASIHAT ( GURU BESAR)

1) Memahami dasar dan matlamat program.2) Memastikan pelaksanaan Program NILAM berjalan lancar.3) Mengenalpasti masalah kelemahan dan kekuatan program dan mengambil

tindakan susulan.4) Menentukan bahan bacaaan mencukupi dan sesuai.5) Mengenal pasti guru untuk menghadiri kursus dan seminar yang berkaitan dengan

bacaan dan seumpamanya.6) Meluluskan peruntukan kewangan dan yang berkaitan.

PENGERUSI ( GPK Kurikulum)

1) Mempengerusikan setiap mesyuarat Jawatankuasa Program NILAM.2) Memahami dasar dan matlamat program.3) Memberi taklimat kepada guru dan ibu bapa.4) Memastikan pelaksanaan Program NILAM berjalan lancar melalui :-

- penyeliaan- perjumpaan dengan guru.- temubual murid dan ibubapa secara informal.- laporan pelaksanaan

5) Melantik ahli panel untuk menentukan pihak yang layak mengesah dan menandatangani Buku Rekod Membaca murid.

6) Menyelia aktiviti-aktiviti yang menyokong Program NILAM7) Menyediakan pengurusan kewangan Program NILAM.8) Mengenal pasti masalah, kelemahan dan kekuatan program dan mengambil

tindakan susulan.9) Mengenal pasti guru yang menghadiri kursus dan seminar yang berkaitan dengan

program bacaan dan sebagainya.

NAIB PENGERUSI ( P. PTG, GPK HEM, KO-KU)

1) Menjalankan tugas Pengerusi semasa ketiadaan mereka.2) Membantu Pengerusi untuk memastikan kelancaran Program NILAM.

PENYELARAS PROGRAM ( KETUA PANITIA BM)

Program Nilam

1) Memahami dasar dan matlamat Program NILAM.2) Membantu Pengerusi merancang, melaksana, menyelaras memantau dan menilai

program NILAM.3) Menyediakan dan menentukan keberkesanan jadual pelaksana Program NILAM.4) Menyediakan pangkalan data dan maklumat-maklumat yang berkaitan dengan

program NILAM di perpustakaan dan ruang legar sekolah.5) Memastikan semua aktiviti Program NILAM berjalan lancar.6) Menganjurkan aktiviti Program NILAM peringkat sekolah.

SETIAUSAHA

1) Menyimpan rekod minit menyuarat dan surat-menyurat.2) Menyediakan carta organisasi program NILAM.3) Menyelaras perjalanan mesyuarat dan hal-hal yang berkaitan.4) Menyediakan laporan berkala dan laporan tahunan bertulis untuk dikemukakan

kepada Urusetia Negeri dan salinan kepada Pengerusi dan Penyelaras PSS.5) Membuat analisis Program NILAM berdasarkan data terkumpul.6) Membantu Penyelaras Program memastikan pelaksanaan program NILAM

berjalan lancar.

KETUA PANITIA/ GURU MATA PELAJARAN

1) Membantu pihak perpustakaan dalam pemilihan bahan bacaan untuk murid.2) Merancang dan menyelaras aktiviti P&P yang boleh menjurus ke arah pembacaan

berkualiti.3) Membuat perancangan, anggaran perbelanjaan Program NILAM.4) Mengadakan pameran buku / bahan bacaan bertopik.5) Menggunakan waktu program NILAM secara efektif.6) Menyelia pelaksanaan program NILAM.

PENYELARAS PSS

1) Menjadi urusetia Program NILAM peringkat sekolah.2) Bekerjasama dengan pihak sekolah dalam pembeliaan bahan bacaan.3) Membantu Pengerusi dan Penyelaras Program memastikan perlaksanaan Program

NILAM berjalan lancar.4) Menyelia perlaksanaan Program NILAM.

UNIT PERPUSTAKAAN

Program Nilam

1) Menentukan bahan bacaaan mencukupi.2) Membantu pihak sekolah membuat penggredan buku (buku fiksyen, bukan

fiksyen big book dan sebagainya.)3) Mengagihkan buku pinjaman secara berkelompok (Projek Pukal)4) Menjadi urusetia pemberian anugerah NILAM.5) Mewujudkan sudut NILAM di perpustakaan.6) Menyediakan Buku Rekod Membaca7) Membantu Penyelaras Program menganjurkan sebarang aktiviti untuk menyokong

Program NILAM.8) Mempamerkan Jadual Waktu Program NILAM di perpustakaan.

UNIT PENILAIAN DAN DATA

1) Menyediakan pangkalan data dan maklumat berkaitan di PSS dan papan maklumat NILAM.

2) Mengumpul data pada masa yang ditentukan.3) Memasuk dan kemaskinikan data dari semasa ke semasa.4) Membuat analisis Program NILAM berdasarkan data terkumpul.5) Sentiasa berhubung dengan Guru Kelas dan Penyelaras Tahun untuk

mengumpulkan data.

PENYELARAS TAHUN

1) Menyediakan data bahan bacaan murid mengikut aliran tahun.2) Menggalakkan aktiviti pembacaan di kalangan murid.3) Mempamerkan data bacaan murid setiap aliran.4) Membantu Unit Data dalam pengumpulan data bacaan murid.5) Membantu guru kelas melaksanakan Program Bacaan di dalam kelas.

GURU KELAS

1) Menyediakan sudut bacaan di kelas masing-masing.2) Mendapatkan Buku Rekod Bacaan daripada Unit Perpustakaan dan mengedarkan

kepada murid.3) Membuat pinjaman buku dari PSS (Projek Pukal) dan galakkan murid membaca

di dalam kelas semasa waktu lapang.4) Menyemak dan merekod data bacaan murid.5) Menyimpan dan mengemaskini Buku Rekod Membaca murid.6) Mengesah dan menandatangani Buku Rekod Membaca murid.7) Mempamerkan data pinjaman (Projek Pukal) dan data bacaan sepanjang masa.

Program Nilam

8) Mengisi data bacaan murid dalam rekod kemajuan murid pada akhir tahun.9) Mengisi pencapaian Program NILAM untuk murid Tahun Enam dalam Surat

Akuan atau Sijil Berhenti.

PIBG

1) Menghadiri mesyuarat jawatankuasa NILAM.2) Menjadi pengantara pihak sekolah dengan ibu bapa.3) Berusaha membantu pihak sekolah menjayakan Program NILAM melalui

sumbangan kewangan.4) PIBG berkhidmat sebagai agen kepada penglibatan institusi-institusi lain dalam

menjayakan Program NILAM dari segi khidmat nasihat buku dan kewangan.

PERANAN IBU BAPA

1) Ibu bapa membimbing dan menggalakkan anak-anak membaca di rumah.2) Menyediakan bahan bacaan bersesuaian di rumah3) Menggalakkan anak-anak membuat pinjaman bahan bacaan dari sumber lain

( Perpustakaan Awam, Perpustakaan Bergerak dan sebagainya.)4) Memastikan anak-anak sentiasa mempunyai bahan untuk dibaca dan merekodkan

bacaan.5) Membantu dari segi kewangan atau sumbangan buku-buku.

PELAJAR

1) Membaca buku sebanyak mungkin.2) Menjadi rakan pembaca selepas membaca 100 buah buku.3) Memastikan tahap pembacaan yang ditetapkan.

Program Nilam

REKOD BACAAN PROGRAM NILAMSEKOLAH KEBANGSAAN SELAYANG UTAMA

]Nama : ____________________________ Kelas : _______________________ Bulan : _______________________

Bil. Judul Buku Bil. Judul Buku

Program Nilam

REKOD BACAAN PROGRAM NILAMSEKOLAH KEBANGSAAN SELAYANG UTAMA

Kelas : __________________________ Bulan : __________________

Bil. Nama Murid Jumlah Buku Dibaca1.2.3.4.5.6.7.8.9.10.11.12.13.14.15.16.17.18.19.20.21.22.23.24.25.26.

Program Nilam

Jumlah Buku Keseluruhan : __________________________________________

27.28.29.30.31.32.33.34.35.36.37.38.39.40.41.42.43.44.45.46.47.48.49.50.

Program Nilam

ANALISA REKOD PINJAMAN ( PROJEK PUKAL )SEKOLAH KEBANGSAAN SELAYANG UTAMA

KELAS : _________________ BULAN : _____________________

Program Nilam

BIL NAMA MURIDBILANGAN

BUKU BM BI

JUMLAHKESELURUHAN

1.2.3.4.5.6.7.8.9.10.11.12.13.14.15.16.17.18.19.20.21.22.23.24.25.26.27.28.29.30.31.32.33.34.

Program Nilam

BIL

NAMA MURID BILANGANBUKUBM BI

JUMLAHKESELURUHAN

35.36.37.38.39.40.41.42.43.44.45.46.47.48.49.50.

Program Nilam

REKOD PINJAMAN ( PROJEK PUKAL )SEKOLAH KEBANGSAAN SELAYANG UTAMA

BULAN : ____________________

BIL TARIKH NAMA MURID JUDUL BUKU T/TANGANPINJAM

T/TANGANPULANG

Program Nilam

Program Nilam

SEKOLAH KEBANGSAANSELAYANG UTAMA

REKOD PINJAMAN( PROGRAM PUKAL )

KELAS : _____________

Program Nilam