punca-punca kebimbangan di kalangan pelajar … · 2.5.1 kajian tempatan 30 2.5.2 kajian luar...

32
PUNCA-PUNCA KEBIMBANGAN DI KALANGAN PELAJAR SEKOLAH MENENGAH NORA AZLIN BINTI SIDEK UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Upload: others

Post on 08-Sep-2019

35 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: PUNCA-PUNCA KEBIMBANGAN DI KALANGAN PELAJAR … · 2.5.1 Kajian Tempatan 30 2.5.2 Kajian Luar Negara 32 2.6 Penutup 35 ... 3.6 Skala Likert 5 Mata bagi soalan bahagian B untuk menguji

PUNCA-PUNCA KEBIMBANGAN DI KALANGAN PELAJAR

SEKOLAH MENENGAH

NORA AZLIN BINTI SIDEK

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: PUNCA-PUNCA KEBIMBANGAN DI KALANGAN PELAJAR … · 2.5.1 Kajian Tempatan 30 2.5.2 Kajian Luar Negara 32 2.6 Penutup 35 ... 3.6 Skala Likert 5 Mata bagi soalan bahagian B untuk menguji
Page 3: PUNCA-PUNCA KEBIMBANGAN DI KALANGAN PELAJAR … · 2.5.1 Kajian Tempatan 30 2.5.2 Kajian Luar Negara 32 2.6 Penutup 35 ... 3.6 Skala Likert 5 Mata bagi soalan bahagian B untuk menguji
Page 4: PUNCA-PUNCA KEBIMBANGAN DI KALANGAN PELAJAR … · 2.5.1 Kajian Tempatan 30 2.5.2 Kajian Luar Negara 32 2.6 Penutup 35 ... 3.6 Skala Likert 5 Mata bagi soalan bahagian B untuk menguji

PUNCA-PUNCA KEBIMBANGAN DI KALANGAN PELAJAR

SEKOLAH MENENGAH

NORA AZLIN BINTI SIDEK

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada

syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Dan Komputer Serta

Pendidikan (Kimia).

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

2006

Page 5: PUNCA-PUNCA KEBIMBANGAN DI KALANGAN PELAJAR … · 2.5.1 Kajian Tempatan 30 2.5.2 Kajian Luar Negara 32 2.6 Penutup 35 ... 3.6 Skala Likert 5 Mata bagi soalan bahagian B untuk menguji
Page 6: PUNCA-PUNCA KEBIMBANGAN DI KALANGAN PELAJAR … · 2.5.1 Kajian Tempatan 30 2.5.2 Kajian Luar Negara 32 2.6 Penutup 35 ... 3.6 Skala Likert 5 Mata bagi soalan bahagian B untuk menguji

iii

DEDIKASI

Buat Suamiku Amin Hassif Bin Ahmad Satar

Engkaulah pelindung hidupku, kekuatan jiwaku,

Buat Ayahanda Sidek Bin Daud ,

Engkaulah sumber inspirasiku.

Buat Bonda Norma Binti Muhammad ,

Nasihatmu membakar semangatku.

Buat Kekanda Fairozy ,Mateni, Nisrin,Rajwani

Kalian amat bermakna buatku.

Buat Adinda Mohd.Marhan ,

Gelak tawamu penawar pilu.

Buat Sahabat-sahabat Setiaku,

Budimu kukenang hingga akhir nanti.

Semoga kejayaan dan kebahagiaan dunia akhirat,

milik kita bersama, Amin.

Page 7: PUNCA-PUNCA KEBIMBANGAN DI KALANGAN PELAJAR … · 2.5.1 Kajian Tempatan 30 2.5.2 Kajian Luar Negara 32 2.6 Penutup 35 ... 3.6 Skala Likert 5 Mata bagi soalan bahagian B untuk menguji

iv

PENGHARGAAN

Assalamualaikum W.B.T. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah S.W.T

kerana dengan kurnia dan izinnya maka dapat saya menyiapkan latihan ilmiah ini

dengan sempurna. Di kesempatan ini, ingin saya rakamkan ucapan jutaan terima

kasih kepada pembimbing saya, Prof. Madya Dr. Hj. Aziz i Bin Hj. Yahaya di atas

segala tunjuk ajar, nasihat dan galakan yang diberikan kepada saya semasa

menjalankan kajian ini.

Tidak lupa juga ucapan ribuan terima kasih kepada pihak sekolah yang

terlibat dalam menjadi responden kepada kajian ini. Kerjasama yang diberikan

amatlah berharga dalam menyempurnakan kajian ini. Ucapan paling istimewa saya

tujukan kepada abang suami tercinta, umi dan abah yang tersayang, kakak-kakak dan

adik di atas doa, sokongan, perangsang dan bantuan yang diberikan. Budi kalian

tersemat di hati.

Tidak ketinggalan ucapan sekalung penghargaan buat teman-teman

seperjuangan yang banyak memotivasikan diri ini serta memberi sokongan dan

dorongan dalam usaha menyiapkan kajian ini. Pengalaman dan kenangan bersama

kalian tidak akan ku lupakan. Akhir sekali, terima kasih diucapkan kepada semua

individu yang terlibat secara langsung atau tidak dalam menjayakan kajian ini.

Wassalam.

Page 8: PUNCA-PUNCA KEBIMBANGAN DI KALANGAN PELAJAR … · 2.5.1 Kajian Tempatan 30 2.5.2 Kajian Luar Negara 32 2.6 Penutup 35 ... 3.6 Skala Likert 5 Mata bagi soalan bahagian B untuk menguji

v

ABSTRAK

Kajian deskriptif ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap kebimbangan dan

punca-punca di kalangan pelajar sekolah menengah atau dalam kata lain pelajar

remaja. Subjek kajian adalah terdiri daripada 400 orang pelajar-pelajar tingkatan

empat di empat buah sekolah menengah iaitu dua buah sekolah menengah di negeri

Kelantan, dan dua buah sekolah menengah di Wilayah Persekutuan Putrajaya.

Instrumen kajian merupakan soal selidik yang di bina sendiri berdasarkan beberapa

aspek seperti tahap kebimbangan, punca-punca kepada kebimbangan seperti

akademik, masalah kewangan, dan perhubungan sosial, langkah-langkah

pengurangan oleh pihak sekolah dan perbezaan kebimbangan yang dialami antara

pelajar lelaki dan perempuan. Nilai kebolehpercayaan instrumen ka jian ini ialah a =

0.8234. Data-data yang diperolehi telah diproses dan dianalisis menggunakan

perisian SPSS 11.5 (Statistical Package For Social Science) dan data telah

diterjemahkan dalam bentuk min, kekerapan, sisihan piawai, ujian-t, dan korelasi

Pearson. Hasil keseluruhan kajian menunjukkan bahawa punca utama kebimbangan

di kalangan pelajar sekolah menengah ialah akademik, diikuti masalah kewangan dan

akhir sekali perhubunagn sosial. Selain daripada itu, melalui analisis ujian-t didapati

tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara punca kebimbangan seperti akademik

dan kewangan di kalangan pelajar lelaki dan perempuan. Walau bagaimanapun,

terdapat perbezaan yang signifikan antara punca kebimbangan seperti perhubungan

sosial di kalangan pelajar lelaki dan perempuan. Seterusnya daripada analisis korelasi

Pearson menunjukkan tidak terdapat hubungan yang signifikan antara langkah-

langkah pengurangan oleh pihak sekolah dengan kebimbangan di kalangan pelajar.

Di harap kajian ini dapat memberikan faedah kepada pelajar, guru-guru, pihak

sekolah, ibu bapa dan masyarakat dalam usaha menangani masalah kebimbangan

khususnya di kalangan pelajar sekolah menengah.

Page 9: PUNCA-PUNCA KEBIMBANGAN DI KALANGAN PELAJAR … · 2.5.1 Kajian Tempatan 30 2.5.2 Kajian Luar Negara 32 2.6 Penutup 35 ... 3.6 Skala Likert 5 Mata bagi soalan bahagian B untuk menguji

vi

ABSTRACT

This study is designed to identify the level of anxiety and the factors that

leads to anxiety among secondary school students, in other words, among teenagers.

It was conducted with 400 students of form four different schools, that is two from

the state of Kelantan, and two from Wilayah Persekutuan Putrajaya. A set of

questionnaires which consist or aspects that identifies the level of anxiety, factors

that lead to anxiety such as academic, financial difficulties and social relationship,

suggestion on steps to avoid anxiety among students that should be taken by the

school and lastly, the differences of anxiety by the gender of the students. The alpha

croncbach value of this instrument is a = 0.8234. The data obtained from this study

were analyze using the SPSS (Statistical Package For Social Science) version 11.5

and also descriptive statistic mean, frequency, percentage, standard deviation, t-test

and the Pearson Corelation. The results show that the main factor that causes anxiety

among students are academic, followed by financial difficulties and lastly social

relationship. Besides that, the t-test determined that there are no significant

differences between the factor of anxiety that is the academic factor and financial

difficulties among female and male students. However, the factors social relationship

among female and male students showed a significant difference. The Pearson

correlation showed that there are no significant difference between the steps taken by

school and anxiety among students. This study aims to benefit the students, teachers,

schools, parents and the society in helping to over come the level of anxiety among

secondary school students.

Page 10: PUNCA-PUNCA KEBIMBANGAN DI KALANGAN PELAJAR … · 2.5.1 Kajian Tempatan 30 2.5.2 Kajian Luar Negara 32 2.6 Penutup 35 ... 3.6 Skala Likert 5 Mata bagi soalan bahagian B untuk menguji

vii

Page 11: PUNCA-PUNCA KEBIMBANGAN DI KALANGAN PELAJAR … · 2.5.1 Kajian Tempatan 30 2.5.2 Kajian Luar Negara 32 2.6 Penutup 35 ... 3.6 Skala Likert 5 Mata bagi soalan bahagian B untuk menguji

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA HALAMAN

JUDUL i

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xiii

SENARAI RAJAH xvii

SENARAI SINGKATAN xviii

SENARAI LAMPIRAN xix

1 PENGENALAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 2

1.3 Pernyataan Masalah 5

1.4 Objektif Kajian 8

1.5 Persoalan Kajian 9

1.6 Hipotesis Kajian 10

1.7 Kepentingan Kajian 11

1.8 Batasan Kajian 12

1.9 Definisi Operasional

1.9.1 Pelajar 13

1.9.2 Remaja 14

Page 12: PUNCA-PUNCA KEBIMBANGAN DI KALANGAN PELAJAR … · 2.5.1 Kajian Tempatan 30 2.5.2 Kajian Luar Negara 32 2.6 Penutup 35 ... 3.6 Skala Likert 5 Mata bagi soalan bahagian B untuk menguji

viii

1.9.3 Kebimbangan 15

1.9.4 Punca-punca Kebimbangan 16

1.9.5 Akademik 16

1.9.6 Status Sosio Ekonomi 17

1.9.7 Perhubungan Sosial 17

1.9.8 Sekolah Menengah Harian 18

1.10 Penutup 18

2 SOROTAN KAJIAN

2.1 Pengenalan 19

2.2 Teori Kebimbangan 19

2.2.1 Teori Kebimbangan Psikoanalisis Frued 20

2.2.2 Teori Terapi Psikoanalisis Rank 21

2.2.3 Teori Tingkah Laku 21

2.2.4 Teori Kebimbangan Keadaan –Tret 23

2.2.5 Teori Kebimbangan Neurotik 24

2.2.6 Teori Kajian 24

2.3 Model Kebimbangan

2.3.1 Model Tekanan Dalam Pekerjaan

(Cooper,1970) 26

2.4 Model Kajian 28

2.5 Kajian Mengenai Kebimbangan 29

2.5.1 Kajian Tempatan 30

2.5.2 Kajian Luar Negara 32

2.6 Penutup 35

3 METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 36

3.2 Reka Bentuk Kajian 36

3.3 Tempat Kajian 37

3.4 Subjek Kajian

3.4.1 Populasi Kajian 38

Page 13: PUNCA-PUNCA KEBIMBANGAN DI KALANGAN PELAJAR … · 2.5.1 Kajian Tempatan 30 2.5.2 Kajian Luar Negara 32 2.6 Penutup 35 ... 3.6 Skala Likert 5 Mata bagi soalan bahagian B untuk menguji

ix

3.4.2 Sampel Kajian 38

3.5 Instrumen Kajian 40

3.6 Prosedur Kajian 43

3.7 Kajian Rintis 44

3.8 Kaedah Analisis Data 45

3.9 Penutup 49

4 ANALISIS DATA DAN KEPUTUSAN

4.1 Pengenalan 50

4.2 Analisis Latar Belakang Masalah 50

4.2.1 Tingkatan dan sekolah responden 51

4.2.2 Umur 51

4.2.3 Jantina 52

4.2.4 Bangsa 52

4.2.5 Pekerjaan Bapa 53

4.2.6 Pekerjaan Ibu 53

4.2.7 Pendapatan Keluarga 54

4.2.8 Keputusan Peperiksaan Menengah Rendah 55

4.2.8.1 Taburan Tahap Pencapaian

Akademik Responden 58

4.3 Analisis Soal selidik 59

4.3.1 Apakah tahap kebimbangan di

kalangan pelajar sekolah menengah 59

4.3.1.1 Taburan Responden Mengikut

Tahap Kebimbangan 62

4.3.2 Apakah faktor yang paling

mempengaruhi kebimbangan di

kalangan pelajar sekolah

menengah dari aspek akademik 63

4.3.2.1 Taburan tahap kebimbangan

responden terhadap punca

kebimbangan dari aspek

akademik 66

Page 14: PUNCA-PUNCA KEBIMBANGAN DI KALANGAN PELAJAR … · 2.5.1 Kajian Tempatan 30 2.5.2 Kajian Luar Negara 32 2.6 Penutup 35 ... 3.6 Skala Likert 5 Mata bagi soalan bahagian B untuk menguji

x

4.3.3 Apakah faktor yang paling

mempengaruhi kebimbangan

di kalangan pelajar sekolah

menengah dari aspek

masalah kewangan 67

4.3.31 Taburan tahap kebimbangan

responden terhadap punca

kebimbangan dari

aspek masalah kewangan 70

4.3.4 Apakah faktor yang paling

mempengaruhi kebimbangan

di kalangan pelajar sekolah menengah

dari aspek perhubungan sosial 71

4.3.4.1Taburan tahap kebimbangan

responden terhadap punca

kebimbangan dari aspek

perhubungan sosial 74

4.3.5 Apakah langkah-langkah pengurangan

yang diambil oleh pihak sekolah

untuk mengurangkan masalah

kebimbangan di kalangan pelajar

sekolah menengah 75

4.4 Apakah Punca Kebimbangan Yang Dominan 77

4.5 Pengujian Hipotesis

4.5.1 Hipotesis 1: Tidak terdapat

perbezaan yang signifikan

antara punca kebimbangan seperti

akademik di kalangan

pelajar lelaki dan perempuan 78

4.5.2 Hipotesis 2 : Tidak terdapat

perbezaan yang signifikan

antara punca kebimbangan seperti

masalah kewangan di kalangan

pelajar lelaki dan perempuan 79

Page 15: PUNCA-PUNCA KEBIMBANGAN DI KALANGAN PELAJAR … · 2.5.1 Kajian Tempatan 30 2.5.2 Kajian Luar Negara 32 2.6 Penutup 35 ... 3.6 Skala Likert 5 Mata bagi soalan bahagian B untuk menguji

xi

4.5.3 Hipotesis 3 : Tidak terdapat

Perbezaan yang signifikan

antara punca kebimbangan seperti

perhubungan sosial di kalangan

pelajar lelaki dan perempuan 80

4.5.4 Hipotesis 4 : Tidak terdapat hubungan

yang signifikan antara

langkah-langkah pengurangan

oleh pihak sekolah dengan

tahap kebimbangan di

kalangan pelajar 81

4.6 Penutup 82

5 PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 83

5.2 Perbincangan Hasil Kajian 83

5.2.1 Perbincangan Latar

Belakang Responden 84

5.2.2 Perbincangan Hasil Kajian

Tahap Kebimbangan

Di kalangan Pelajar

Sekolah Menengah 85

5.2.3 Perbincangan Hasil Kajian

Faktor Yang Paling Mempengaruhi

Kebimbangan Di Kalangan Pelajar

Sekolah Menengah

Dari Aspek Akademik 87

5.2.4 Perbincangan Hasil Kajian

Faktor Yang Paling Mempengaruhi

Kebimbangan Di Kalangan Pelajar

Sekolah Menengah Dari

Aspek Masalah Kewangan 88

5.2.5 Perbincangan Hasil Kajian

Page 16: PUNCA-PUNCA KEBIMBANGAN DI KALANGAN PELAJAR … · 2.5.1 Kajian Tempatan 30 2.5.2 Kajian Luar Negara 32 2.6 Penutup 35 ... 3.6 Skala Likert 5 Mata bagi soalan bahagian B untuk menguji

xii

Faktor Yang Paling Mempengaruhi

Kebimbangan Di Kalangan Pelajar

Sekolah Menengah Dari

Aspek Perhubungan Sosial 89

5.2.6 Perbincangan Hasil Kajian

Langkah-langkah Pengurangan

Yang Diambil Oleh Pihak Sekolah

Untuk Mengurangkan Masalah

Kebimbangan Di Kalangan Pelajar

Sekolah Menengah 90

5.2.7 Perbincangan Hasil Kajian

Perbezaan Antara Punca

Kebimbangan Seperti Akademik,

Masalah Kewangan, dan

Perhubungan Sosial Di

Kalangan Pelajar

Lelaki Dan Perempuan 91

5.2.8 Perbincangan Hasil Kajian

Hubungan Yang Signifikan

Antara Langkah- Pengurangan

Oleh Pihak Sekolah Dengan

Tahap Kebimbangan

Di Kalangan Pelajar 93

5.3 Rumusan 94

5.4 Cadangan 96

5.4.1 Cadangan Program Pendidikan 96

5.4.1 Cadangan Kajian Lanjutan 98

5.5 Penutup 98

RUJUKAN 99

LAMPIRAN 104

Page 17: PUNCA-PUNCA KEBIMBANGAN DI KALANGAN PELAJAR … · 2.5.1 Kajian Tempatan 30 2.5.2 Kajian Luar Negara 32 2.6 Penutup 35 ... 3.6 Skala Likert 5 Mata bagi soalan bahagian B untuk menguji

xiii

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK HALAMAN

3.1 Pecahan senarai nama sekolah mengikut negeri 37

3.2 Jadual Penentuan Saiz Sampel,

Krejcie, R. V. & Morgan, D. W. (1970) 39

3.3 Item soal selidik berkaitan tahap kebimbangan 41

3.4 Item soal selidik berkaitan punca kebimbangan

berdasarkan tiga aspek

iaitu akademik, kewangan dan perhubungan sosial. 41

3.5 Item soal selidik berkaitan langkah pengurangan

oleh sekolah dalam mengatasi masalah kebimbangan

yang dialami pelajar. 41

3.6 Skala Likert 5 Mata bagi soalan bahagian B untuk

menguji tahap kebimbangan pelajar 42

3.7 Skala Likert 5 Mata bagi soalan bahagian C dan D

untuk menguji punca kebimbangan dan langkah pengurangan

oleh pihak sekolah 42

3.8 Nilai alpha Cronbach soal selidik 45

3.9 Jadual Ringkasan Pengujian Statistik Objektif Kajian 46

Page 18: PUNCA-PUNCA KEBIMBANGAN DI KALANGAN PELAJAR … · 2.5.1 Kajian Tempatan 30 2.5.2 Kajian Luar Negara 32 2.6 Penutup 35 ... 3.6 Skala Likert 5 Mata bagi soalan bahagian B untuk menguji

xiv

3.10 Jadual Pengujian Hipotesis Kajian 47

3.11 Pengkelasan taburan responden mengikut tahap 48

3.12 Penentuan hipotesis nol berdasarkan nilai signifikan 48

3.13 Klassifikasi Kekuatan Korelasi 49

4.2.2 Taburan responden mengikut umur 51

4.2.3 Taburan responden mengikut jantina 52

4.2.4 Taburan responden mengikut bangsa 52

4.2.5 Taburan responden mengikut jenis pekerjaan bapa 53

4.2.6 Taburan responden mengikut jenis pekerjaan ibu 54

4.2.7 Taburan responden mengikut jumlah pendapatan keluarga 54

4.2.8 Taburan responden terhadap pencapaian mata pelajaran

bagi peperiksaan menengah rendah (PMR) mengikut

kekerapan, peratusan, min, sisihan piawai 57

4.2.8.1 Tahap pencapaian a kademik 58

4.3.1 Taburan responden terhadap tahap kebimbangan mengikut

kekerapan, peratusan, min, sisihan piawai 61

4.3.1.1 Taburan responden mengikut tahap kebimbangan 62

4.3.2.1 Taburan responden terhadap punca kebimbangan

dari aspek akademik mengikut kekerapan, peratusan, min,

Page 19: PUNCA-PUNCA KEBIMBANGAN DI KALANGAN PELAJAR … · 2.5.1 Kajian Tempatan 30 2.5.2 Kajian Luar Negara 32 2.6 Penutup 35 ... 3.6 Skala Likert 5 Mata bagi soalan bahagian B untuk menguji

xv

dan sisihan piawai 65

4.3.2.2 Taburan tahap kebimbangan responden terhadap punca

kebimbangan dari aspek akademik 66

4.3.3.1 Taburan responden terhadap punca kebimbangan

dari aspek masalah kewangan mengikut kekerapan,

peratusan, min dan sisihan piawai 69

4.3.3.2 Taburan tahap kebimbangan responden terhadap

punca kebimbangan dari kewangan 70

4.3.4.1 Taburan Responden Terhadap Punca Kebimbangan Dari

Aspek Perhubungan Sosial Mengikut Kekerapan, Peratusan,

Min, dan Sisihan Piawai 73

4.3.4.2 Taburan tahap kebimbangan responden terhadap punca

kebimbangan dari aspek perhubungan sosial 74

4.3.5 Taburan responden terhadap langkah-langkah

mengatasi oleh pihak sekolah mengikut

kekerapan, peratusan, min, dan sisihan piawai 76

4.4 Min Bagi Setiap Faktor Yang Mempengaruhi

Kebimbangan 77

4.5.1 Analisis perbezaan yang signifikan antara

punca kebimbangan seperti akademik di kalangan

pelajar lelaki dan perempuan 78

4.5.2 Analisis perbezaan yang signifikan antara punca

kebimbangan seperti masalah kewangan di kalangan pelajar

lelaki dan perempuan 79

Page 20: PUNCA-PUNCA KEBIMBANGAN DI KALANGAN PELAJAR … · 2.5.1 Kajian Tempatan 30 2.5.2 Kajian Luar Negara 32 2.6 Penutup 35 ... 3.6 Skala Likert 5 Mata bagi soalan bahagian B untuk menguji

xvi

4.5.3 Analisis perbezaan yang signifikan antara punca

kebimbangan seperti perhubungan sosial di kalangan

pelajar lelaki dan perempuan 80

4.5.4 Korelasi langkah-langkah pengurangan oleh

pihak sekolah dengan tahap kebimbangan

di kalangan pelajar 81

Page 21: PUNCA-PUNCA KEBIMBANGAN DI KALANGAN PELAJAR … · 2.5.1 Kajian Tempatan 30 2.5.2 Kajian Luar Negara 32 2.6 Penutup 35 ... 3.6 Skala Likert 5 Mata bagi soalan bahagian B untuk menguji

xvii

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK HALAMAN

2.1 Model tekanan dalam perkerjaan oleh Cooper (dalam Michie, 2002) 27

2.2 Model kajian 28

Page 22: PUNCA-PUNCA KEBIMBANGAN DI KALANGAN PELAJAR … · 2.5.1 Kajian Tempatan 30 2.5.2 Kajian Luar Negara 32 2.6 Penutup 35 ... 3.6 Skala Likert 5 Mata bagi soalan bahagian B untuk menguji

xviii

SENARAI SINGKATAN

EPRD - Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan

PMR - Penilaian Menengah Rendah

SMK - Sekolah Menengah Kebangsaan

SPSS - Statistical Package for the Social Sciences

JPN - Jabatan Pendidikan Negeri

PPD - Pejabat Pendidikan

KPM - Kementerian Pendidikan Malaysia

PIBG - Persatuan ibu bapa dan guru.

Page 23: PUNCA-PUNCA KEBIMBANGAN DI KALANGAN PELAJAR … · 2.5.1 Kajian Tempatan 30 2.5.2 Kajian Luar Negara 32 2.6 Penutup 35 ... 3.6 Skala Likert 5 Mata bagi soalan bahagian B untuk menguji

xix

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK HALAMAN

A Surat Kebenaran Menjalankan Kajian Dari

Bahagian Perancangan dan Penyelidikan

Dasar Pendidikan (EPRD)

Kementerian Pelajaran Malaysia 104

B Surat Kebenaran Bagi Menjalankan Kajian /

Penyelidikan Ke Sekolah-sekolah

Di Negeri Kelantan 106

C Soal Selidik Kajian Mengenai Punca-punca

Kebimbangan Di Kalangan Pelajar

Sekolah Menengah 107

Page 24: PUNCA-PUNCA KEBIMBANGAN DI KALANGAN PELAJAR … · 2.5.1 Kajian Tempatan 30 2.5.2 Kajian Luar Negara 32 2.6 Penutup 35 ... 3.6 Skala Likert 5 Mata bagi soalan bahagian B untuk menguji

BAB 1

PENGENALAN

1.1 Pengenalan

Perasaan bimbang atau kebimbangan merupakan suatu pengalaman yang

tidak menyenangkan dalam kehidupan manusia. Perasaan bimbang ini akan

membuatkan manusia hidup dalam kerisauan, ketakutan, ketegangan dan tekanan.

Tidak kira sama ada seseorang itu kanak-kanak, remaja atau dewasa, sekiranya

dilanda perasaan bimbang maka perubahan emosi dan tingkahlaku juga akan berlaku.

Dalam konteks pendidikan kebimbangan merupakan suatu gangguan psikologi

terhadap pelajar yang perlukan bantuan guru atau kaunselor sekolah untuk

menyelesaikannya. Perasaan bimbang akan lebih kerap berlaku kepada golongan

pelajar apabila tiba musim peperiksaan. Perasaan kebimbangan boleh menjejaskan

proses pembelajaran pelajar.

Kajian tentang kebimbangan telah bermula apabila Freud (1939) telah

menerbitkan bukunya yang terkenal mengenai kebimbangan bertajuk “The Problem

of Anxiety” dan dari sini maka kajian-kajian mengenai kebimbangan terus

berkembang.

Kelly (1955) menyatakan bahawa manusia menggunakan sistem konstruk

Page 25: PUNCA-PUNCA KEBIMBANGAN DI KALANGAN PELAJAR … · 2.5.1 Kajian Tempatan 30 2.5.2 Kajian Luar Negara 32 2.6 Penutup 35 ... 3.6 Skala Likert 5 Mata bagi soalan bahagian B untuk menguji

2

untuk menjangkakan apa yang akan berlaku dalam hidupnya dan kebimbangan

wujud apabila kita berhadapan dengan peristiwa-peristiwa di luar kawasan

keselesaan. Conger (1973) menakrifkan kebimbangan sebagai satu penentuan yang

amat penting di dalam mengkaji tingkah laku manusia. Beliau juga menyatakan

bahawa kebimbangan yang wujud dalam diri seseorang itu adalah hasil daripada

pengalaman kesakitan masa lampau, contohnya sakit yang dirasai semasa kanak-

kanak akan mewujudkan perasaan bimbang apabila mereka dewasa kelak. Dollard

dan Miller (1950) pula menyatakan kebimbangan berlaku disebabkan kanak-kanak

mempunyai pelbagai perasaan kecewa.

Tingkah laku kebimbangan boleh menimbulkan gerak balas dalaman terhadap

perasaan, pemikiran, tindakan psikologi dan juga konflik tingkah laku.

Frued, S (1977) menyatakan bahawa tumpuan seharusnya diberikan kepada tingkah

laku berbanding dengan perasaan kerana tingkah laku boleh diubah, tetapi realiti juga

berpendapat bahawa manusia tidak boleh mengarahkan dirinya untuk merasa lebih

baik tetapi manusia boleh mengarahkan dirinya untuk melakukan sesuatu yang lebih

baik. Oleh itu, jika seseorang itu melakukan sesuatu perkara yang baik, ia akan

menimbulkan perasaan yang lebih baik.

1.2 Latar Belakang Masalah

Pelajar merupakan aset penting dalam menentukan masa depan sesebuah

negara. Tugas sebagai seorang pelajar bukanlah sesuatu tugas yang boleh dipandang

remeh. Tanggungjawab yang dipikul oleh mereka amat berat kerana merekalah

merupakan perintis kepada kemajuan negara dan anak bangsa. Namun, apa yang

dialami oleh pelajar tidak mudah difahami oleh golongan yang lebih dewasa. Di

dalam diri pelajar ataupun pada peringkat umur remaja ini, mereka sebenarnya

sedang mengalami ketidak seimbangan dalam emosi ata upun gangguan perasaan.

Page 26: PUNCA-PUNCA KEBIMBANGAN DI KALANGAN PELAJAR … · 2.5.1 Kajian Tempatan 30 2.5.2 Kajian Luar Negara 32 2.6 Penutup 35 ... 3.6 Skala Likert 5 Mata bagi soalan bahagian B untuk menguji

3

Gangguan emosi ini adalah ketidak selesaan dalaman yang dialami oleh

pelajar seperti perasaan takut, risau atau dengan kata lain adalah kebimbangan yang

boleh mengakibatkan tekanan melampau. Kebimbangan ini akan membawa kesan

yang teruk pada perkembangan akademik mereka.

Kebimbangan di kalangan pelajar adalah perkara yang berkaitan masalah

pelajar remaja adalah seperti masalah gangguan fizikal dan kesihatan, masalah

kewangan, masalah keluarga, masalah pelajaran, masalah hubungan dengan guru,

dan rakan sebaya.

Pelbagai kajian telah dijalankan untuk mengenal pasti masalah kebimbangan

di kalangan pelajar. Wang (1980) dalam kajian beliau di Petaling Jaya, mendapati

kategori masalah utama yang dihadapi remaja di sekolah ialah penyesuaian kerja

sekolah. Para pelajar sangat bimbang tentang peperiksaan dan pencapaian prestasi

mereka. Mereka juga takut gagal dalam peperiksaan. Mengikut Chiam (1985)

remaja yang bersekolah di luar bandar di Johor merasai bimbang yang berkaitan

dengan persekolahan. Sejumlah 67% pelajar bimbang tentang peperiksaan, 47.9%

pelajar bimbang kerana mendapat markah rendah, 43.7% bimbang tentang markah

dengan kata lain masalah-masalah pelajar adalah punca kepada kemunculan bibit

kebimbangan di dalam sanubari mereka.

Noran Fauziah dan Mizan Abdullah (1991) telah membuat kajian tentang

masalah di sekolah asrama penuh di Kuala Lumpur. Hasil kajian menunjukkan

bahawa daripada sebelas kategori masalah yang dikaji, masalah yang berkaitan

dengan penyesuaian terhadap ke rja-kerja sekolah yang paling banyak mengganggu

pelajar. Lapan item dalam kategori ini mempunyai lebih daripada 10% responden

yang mengatakan masalah tersebut mengganggu mereka iaitu tidak memahami

beberapa mata pelajaran dengan memuaskan, tidak tahu cara belajar yang berkesan,

lemah daya ingatan, bimbang tentang pencapaian dalam peperiksaan, tidak belajar

dengan secukupnya dan tidak dapat menumpukan perhatian kepada pelajaran

Page 27: PUNCA-PUNCA KEBIMBANGAN DI KALANGAN PELAJAR … · 2.5.1 Kajian Tempatan 30 2.5.2 Kajian Luar Negara 32 2.6 Penutup 35 ... 3.6 Skala Likert 5 Mata bagi soalan bahagian B untuk menguji

4

sekolah.

Kajian ini dirasakan perlu dibuat kerana terdapat hubungan antara

kebimbangan pelajar dengan pencapaian akademik mereka. Dengan mengetahui

tahap dan punca kebimbangan, kaunselor dapat membantu pelajar menguruskan

kebimbangan melalui kajian yang dibuat oleh Abdul Rahim Hassan ( 1982 ) ke atas

74 orang sampel di sebuah sekolah menengah kawasan luar bandar di Malaysia

mendapati bahawa pelajar -pelajar yang berkebimbangan rendah adalah pelajar-

pelajar yang berjaya dari segi prestasi akademik jika dibandingkan dengan pelajar-

pelajar yang berkebimbangan tinggi. Sarason S.B et al (1952), menyatakan bahawa

kebimbangan merupakan faktor yang ketara dalam menentukan pencapaian

akademik. Beliau menyatakan bahawa mereka yang pintar dan berpencapaian tinggi

adalah mereka yang berkebolehan menyesuaikan diri dengan persekitaran dan

mereka mempunyai tahap kebimbangan yang rendah. Begitu juga dengan kajian

yang dibuat oleh Montague ( 1953 ) ke atas pelajar universiti di Amerika Syarikat

mendapati bahawa pelajar yang berkebimbangan rendah lebih berjaya daripada

pelajar yang berkebimbangan tinggi.

Daripada beberapa statistik kajian yang telah dijalankan tersebut telah

menunjukkan betapa perlu dititik beratkan permasalahan ini memandangkan ianya

akan memberi kesan bukan sahaja pada golongan pelajar remaja itu sendiri malahan

masa depan negara juga bergantung pada mereka. Kajian ini dijalankan bertujuan

untuk mengkaji sejauh mana kebimbangan di kalangan pelajar remaja ini.

Penyelidikan oleh penyelidik ini juga amat penting untuk memastikan faktor

permasalahan kebimbangan di kalangan pelajar remaja ini dikaji dengan lebih lanjut

dan teliti. Selain itu penyelidik berharap dapat mencadangkan beberapa langkah

bijak dalam menangani kebimbangan yang dialami pelajar-pelajar remaja ini.

Page 28: PUNCA-PUNCA KEBIMBANGAN DI KALANGAN PELAJAR … · 2.5.1 Kajian Tempatan 30 2.5.2 Kajian Luar Negara 32 2.6 Penutup 35 ... 3.6 Skala Likert 5 Mata bagi soalan bahagian B untuk menguji

5

1.3 Pernyataan Masalah

Kebimbangan yang dialami oleh pelajar remaja di sekolah menengah

berpunca daripada masalah yang mereka hadapi. Mengikut Chiam (1976) ramai

pelajar sekolah menengah menghadapi pelbagai masalah. Sawrey (1967) melihat

perasaan bimbang boleh menyebabkan emosi terganggu dan juga kegagalan. Oleh

itu, kebimbangan adalah merupakan gangguan kepada kesihatan mental yang perlu

diberi perhatian.

Abdul Latif (1994) menyatakan bahawa perasaan yang keliru dan tertekan

akan mengakibatkan tahap kebimbangan yang tinggi. Chiam dan Fatimah (1982)

menyatakan harapan yang tinggi daripada pihak pentadbir dan ibubapa terhadap

pencapaian akademik pelajar boleh meningkatkan lagi kebimbangan seseorang

pelajar. Holtzman (1975) telah menunjukkan bahawa tahap kebimbangan

mempunyai hubungan dengan pencapaian akademik. Speielberger dan Daiz

Guerrero (1976) menyatakan bahawa pelajar yang mempunyai tahap kebimbangan

yang tinggi akan mengakibatkan pelajar kurang bermotivasi dan mereka mempunyai

pencapaian akademik yang rendah. Ini bermakna kebimbangan dapat mempengaruhi

pencapaian akademik seseorang pelajar.

Trimmer (1970) berpendapat bahawa terdapat ramai orang yang takut

menghadapi keadaan sebenar. Oleh itu, maka mereka akan mengambil alkohol

sebagai langkah penyelesaian segera. Adalah lebih baik sekiranya seseorang itu

diberi masa untuk belajar menghadapi masalah atau realiti kehidupan mereka.

Sekiranya seseorang remaja menjadi matang lebih awal daripada zaman mereka

menamatkan persekolahan, maka mereka akan menjadi lebih baik untuk membuat

keputusan apabila mereka berhadapan dengan masyarakat atau apabila mereka

memasuki zaman awal dewasa.

Trimmer (1970) menyatakan bahawa masalah kebimbangan boleh diatasi

Page 29: PUNCA-PUNCA KEBIMBANGAN DI KALANGAN PELAJAR … · 2.5.1 Kajian Tempatan 30 2.5.2 Kajian Luar Negara 32 2.6 Penutup 35 ... 3.6 Skala Likert 5 Mata bagi soalan bahagian B untuk menguji

6

dengan cara yang lebih baik. Beliau mendapati bahawa 90% daripada pelbagai

penyakit yang dirawat disebabkan oleh faktor psikologi. Manakala faktor psikologi

yang pertama menyumbang kepada gangguan kesihatan ialah masalah kebimbangan.

Trimmer (1970) juga menyatakan tanda-tanda penyakit fizikal adalah

disebabkan oleh faktor psikologi. Kebimbangan yang keterlaluan boleh

menyebabkan kesan terhadap jantung. Ia juga boleh menyebabkan sejenis bahan

dalam badan dikenali sebagai ‘epin ephrine’ dikeluarkan melalui sistem badan

dengan kualiti yang lebih daripada normal yang akan menyebabkan kesan kawalan

terhadap pernafasan dan juga denyutan jantung terganggu.

Kebimbangan juga boleh menyerang bahagian pencernaan dalam usus.

Kebimbangan yang amat sangat boleh menyebabkan bahagian dalam perut dan usus

menerima penghantaran darah yang lebih banyak dan ini akan menyebabkan

kerosakan pada usus dan mudah mendapat ulser usus.

Kebimbangan merupakan aspek gangguan mental yang perlu dikaji. Remaja

merupakan golongan yang mempunyai pelbagai masalah. Remaja juga merupakan

golongan yang masih memerlukan pertolongan. Tidak mudah untuk memberi

pertolongan yang berkesan kepada mereka. Cara memberi pertolongan atau nasihat

yang salah boleh merosakkan fikiran remaja itu sendiri. Oleh itu setiap ibubapa,

guru, kaunselor sekolah, masyarakat dan siapa jua yang berhadapan dengan remaja

harus didedahkan dengan maklumat yang berkaitan dengan remaja terutamanya

dalam mengenal pasti tahap-tahap kebimbangan dan juga punca-punca kebimbangan

di kalangan pelajar.

Beberapa kajian yang telah dijalankan sebelum ini telah menunjukkan

permasalahan kebimbangan banyak memberikan kesan yang negatif kepada pelajar.

Antaranya adalah dengan tahap kebimbangan yang tinggi akan menurunkan

pencapaian akademik pelajar, mengubah perangai dan sikap pelajar sebagai contoh

Page 30: PUNCA-PUNCA KEBIMBANGAN DI KALANGAN PELAJAR … · 2.5.1 Kajian Tempatan 30 2.5.2 Kajian Luar Negara 32 2.6 Penutup 35 ... 3.6 Skala Likert 5 Mata bagi soalan bahagian B untuk menguji

7

dari seorang yang aktif kepada pasif, seorang yang periang kepada pendiam, bersikap

murung dan sebagainya. Oleh kerana institusi sekolah merupakan tempat yang

paling penting dalam proses pembelajaran, yang sepatutnya melahirkan pelajar yang

cemerlang dan seimbang dalam semua bidang, maka penyelidik ingin mengkaji

tentang faktor-faktor sebenar penyebab kepada kebimbangan yang dialami terutamya

pelajar pada peringkat remaja yang mana pada peringkat umur ini pelajar mengalami

ketidakseimbangan emosi dan masih sangsi dalam menentukan identiti diri da n masa

depan mereka.

Permasalahan ini amat berat jika difikirkan kerana ia akan memberikan kesan

berat kepada pencapaian akademik pelajar dan yang lebih berat lagi akan

menjejaskan masa depan negara memandangkan pelajar-pelajar inilah yang akan

menentuka n dan menaikkan nama negara setanding negara maju. Pihak yang

terbabit seperti kaunselor, institusi sekolah, guru, ibu bapa dan pihak kementerian

perlu memainkan peranan penting dan sentiasa prihatin terhadap masalah ini.

Namun persoalan yang timbul adalah sejauh manakah tahap kebimbangan

yang dialami di kalangan pelajar remaja ini dan bagaimanakah penerimaan pelajar

dalam menghadapi masalah-masalah ini. Sejajar dengan peranan yang dimainkan

oleh institusi sekolah sebagai pusat pendidikan, maka pihak sekolah haruslah lebih

mendekati pelajar supaya mereka lebih mudah untuk berkongsi segala masalah yang

dihadapi. Sekiranya permasalahan ini tidak dikurangkan ianya akan memberikan

kesan negatif kepada semua pihak bukan sahaja diri pelajar sendiri.

Justeru itu, kajian ini dilakukan bagi mendalami perasaan pelajar dan

pendapat mereka berkenaan kebimbangan yang sering membelenggu dalam perasaan

mereka. Selain itu, kajian penyelidikan ini juga mengkaji tentang punca-punca yang

menyebabkan kebimbangan di kalangan pelajar remaja dan meneliti langkah-langkah

yang diambil oleh pihak sekolah untuk menangani masalah ini.

Page 31: PUNCA-PUNCA KEBIMBANGAN DI KALANGAN PELAJAR … · 2.5.1 Kajian Tempatan 30 2.5.2 Kajian Luar Negara 32 2.6 Penutup 35 ... 3.6 Skala Likert 5 Mata bagi soalan bahagian B untuk menguji

8

Keputusan hasil kajian bukan sahaja dapat memberikan manfaat kepada

pengkaji malah ia akan memberikan maklumat yang berguna kepada semua orang

yang berkepentingan dalam mendidik pelajar khususnya pelajar remaja.

1.4 Objektif Kajian

Kajian ini adalah bertujuan mengenal pasti punca sebenar masalah

kebimbangan di kalangan pelajar remaja dan tahap kebimbangan sebenar yang

dialami oleh pelajar remaja ini.

Dari kajian yang bakal dijalankan ini, objektif kajian yang dikaji ialah:

1.4.1 Mengenal pasti tahap kebimbangan di kalangan pelajar di sekolah menengah.

1.4.2 Mengenal pasti punca yang paling mempengaruhi kebimbangan di kalangan

pelajar di sekolah menengah seperti akademik, kewangan dan perhubungan

sosial.

1.4.3 Mengenal pasti langkah-langkah pengurangan yang diambil oleh pihak sekolah

untuk mengurangkan masalah kebimbangan di kalangan pelajar di sekolah

menengah.

1.4.4 Mengenal pasti perbezaan yang signifikan antara punca kebimbangan yang

paling mempengaruhi di kalangan pelajar lelaki dan perempuan.

1.4.5 Mengenal pasti hubungan yang signifikan antara langkah-langkah pengurangan

yang diambil oleh pihak sekolah dengan kebimbangan di kalangan pelajar.

Page 32: PUNCA-PUNCA KEBIMBANGAN DI KALANGAN PELAJAR … · 2.5.1 Kajian Tempatan 30 2.5.2 Kajian Luar Negara 32 2.6 Penutup 35 ... 3.6 Skala Likert 5 Mata bagi soalan bahagian B untuk menguji

9

1.5 Persoalan Kajian

Daripada objektif kajian yang diberi, persoalan kajian yang cuba dijawab ialah:

1.5.1 Apakah tahap kebimbangan di kalangan pelajar di sekolah menengah?

1.5.2 Apakah punca yang paling mempengaruhi kebimbangan di kalangan pelajar

sekolah menengah seperti akademik, kewangan dan perhubungan sosial?

1.5.3 Apakah langkah-langkah pengurangan yang diambil oleh pihak sekolah untuk

mengurangkan masalah kebimbangan di kalangan pelajar remaja di sekolah

menengah?

1.5.4 Adakah wujud perbezaan yang signifikan antara punca kebimbangan yang

paling mempengaruhi di kalangan pelajar lelaki dan perempuan?

1.5.5 Adakah wujud hubungan yang signifikan antara langkah-langkah pengurangan

yang diambil oleh pihak sekolah dengan tahap kebimbangan di kalangan

pelajar?