punca punca gengsterisme

3
PUNCA-PUNCA GENGSTERISME Gengsterisme ialah individual yang terlibat dalam aktiviti jenayah atau sosial secara berkumpulan yang membawa kepada penyelewengan tingkah laku dan kerosakan akhlak. Gengsterisme merupakan satu fenomena yang dianggap menular di kalangan remaja pada masa kini. Ia bukan sahaja menghalang pencapaian pelajar remaja malahan boleh mengganggu perkembangan remaja dalam arus pembangunan negara. Gejala ini perlu ditangani kerana akan mempengaruhi pembabitan pelajar dalam kegiatan lain seperti penagihan dadah, ponteng kelas, kekerasan, ketagihan alkohol dan kes rogol. Sejarah awal gengsterisme bermula dari penghijrahan masyarakat Cina dan India ke Malaya pada abad ke-18 dianggap sebagai titik permulaan tertubuhnya kumpulan geng di Malaysia. Arus pemodenan yang pesat di dalam negara penting untuk pembangunan dan peningkatan taraf hidup tetapi sifat sesetengah ibu bapa yang lebih berkecenderungan untuk mengumpul kekayaan dan bekerja di luar rumah menyebabkan remaja ini terabai atau tidak diberi tumpuan sepenuhnya. Ada ibu bapa yang tidak mempunyai pilihan melainkan bekerja untuk menampung kos sara hidup dan mencari nafkah untuk meneruskan kehidupan. Penderitaan ini tidak difahami oleh golongan remaja walaupun mereka sedar, namun sukar untuk mendapat bimbingan memandangkan kehidupan keluarga yang mendesak perlu diatasi dengan pengorbanan masa bekerja. Ada remaja yang tidak takut untuk bergiat aktif dalam aktiviti gengsterisme kerana sikap ibu bapa sendiri yang mengabaikan tanggunggjawab mereka atas anak- anak mereka. Keadaan sosial ini boleh mempengaruhi pendidikan anak-anak dari keluarga ini. Masalah lebih rumit di kalangan keluarga yang mempunyai bapa atau ibu tunggal. Pendapatan daripada pekerjaan sering tidak mencukupi dan mengharapkan ahli keluarga lain menampung perbelanjaan kehidupan. Ini berbeza dengan bapa tunggal yang lazimnya dilabel sebagai sukar memberi kasih sayang apatah lagi jika mengabaikan tanggungjawab dan peranan sebagai ketua keluarga. Lantaran itu, remaja ini mencari pilihan lain sebagai tempat untuk mendapatkan perhatian, misalnya di kalangan rakan-rakan.

Upload: anonymous-tsmgjjfswu

Post on 10-Dec-2015

299 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Punca Punca Gengsterisme

TRANSCRIPT

Page 1: Punca Punca Gengsterisme

PUNCA-PUNCA GENGSTERISME

Gengsterisme ialah individual yang terlibat dalam aktiviti jenayah atau

sosial  secara berkumpulan yang membawa kepada penyelewengan tingkah

laku dan kerosakan akhlak. Gengsterisme merupakan satu fenomena yang

dianggap menular di kalangan remaja pada masa kini. Ia bukan sahaja

menghalang pencapaian pelajar remaja malahan boleh mengganggu

perkembangan remaja dalam arus pembangunan negara. Gejala ini perlu

ditangani kerana akan mempengaruhi pembabitan pelajar dalam kegiatan lain

seperti penagihan dadah, ponteng kelas, kekerasan, ketagihan alkohol dan

kes rogol. Sejarah awal gengsterisme bermula dari penghijrahan masyarakat

Cina dan India ke Malaya pada abad ke-18 dianggap sebagai titik permulaan

tertubuhnya kumpulan geng di Malaysia.

Arus pemodenan yang pesat di dalam negara penting untuk

pembangunan dan peningkatan taraf hidup tetapi sifat sesetengah ibu bapa

yang lebih berkecenderungan untuk mengumpul kekayaan dan bekerja di luar

rumah menyebabkan remaja ini terabai atau tidak diberi tumpuan

sepenuhnya. Ada ibu bapa yang tidak mempunyai pilihan melainkan bekerja

untuk menampung kos sara hidup dan mencari nafkah untuk meneruskan

kehidupan. Penderitaan ini tidak difahami oleh golongan remaja walaupun

mereka sedar, namun sukar untuk mendapat bimbingan memandangkan

kehidupan keluarga yang mendesak perlu diatasi dengan pengorbanan masa

bekerja. Ada remaja yang tidak takut untuk bergiat aktif dalam aktiviti

gengsterisme kerana sikap ibu bapa sendiri yang mengabaikan

tanggunggjawab mereka atas anak-anak mereka. Keadaan sosial ini boleh

mempengaruhi pendidikan anak-anak dari keluarga ini. Masalah lebih rumit di

kalangan keluarga yang mempunyai bapa atau ibu tunggal. Pendapatan

daripada pekerjaan sering tidak mencukupi dan mengharapkan ahli keluarga

lain menampung perbelanjaan kehidupan. Ini berbeza dengan bapa tunggal

yang lazimnya dilabel sebagai sukar memberi kasih sayang apatah lagi jika

mengabaikan tanggungjawab dan peranan sebagai ketua keluarga. Lantaran

itu, remaja ini mencari pilihan lain sebagai tempat untuk mendapatkan

perhatian, misalnya di kalangan rakan-rakan.

Page 2: Punca Punca Gengsterisme

Rakan sebaya mempunyai pengaruh yang kuat atas kehidupan

seseorang kerana kesilapan bergaul dengan rakan-rakan yang salah boleh

menyebabkan seseorang remaja terkeluar dari kehidupan yang betul malahan

pengaruh kuat rakan-rakan ini akan menyebabkan sebilangannya diambil

menjadi anggota kumpulan geng ini. Aktiviti mereka bersifat memberontak

seperti mengganggu pengajaran guru-guru, ponteng sekolah, merosakkan

harta benda sekolah, ketagihan rokok, dadah dan alkohol. Berpegang kepada

ideologi kumpulan menyebabkan masing-masing menunjukkan kesetiaan

kepada ahli kumpulan dan sering bersama membantu mengatasi sebarang

masalah baik yang melibatkan pergaduhan, kewangan atau mempertahankan

kesalahan ahli kumpulan sekiranya kegiatan mereka berjaya dikesan.

Tempat tinggal yang tidak selesa dengan ahli keluarga yang ramai di

rumah yang kecil dan sempit serta pendapatan harian atau bulanan yang

kecil boleh menyebabkan remaja ini lebih seronok meluangkan masa di luar

rumah. Ini jelas di kawasan perumahan setinggan, rumah pangsa dan flat kos

rendah. Ada pula dilabel sebagai ahli sesebuah geng kerana kawasan tempat

tinggal mereka yang dianggap aktif dengan jenayah kumpulan gengsterisme.

Ada pula yang sengaja menggunakan gelaran kawasan mereka untuk

menimbulkan rasa takut di kalangan remaja di sekolah mereka. Ada ketua

geng yang memberi kekuatan kepada remaja di kawasan tersebut untuk

bergaduh kerana memastikan sokongan mereka serta menterjemahkan

kuasa ke dalam bentuk tindakan gengsterisme.

Perkembangan hari ini menunjukkan bahawa media massa

memainkan peranan yang sangat penting dalam mempengaruhi pergerakan

remaja. Aksi, pertuturan dan tingkah laku yang ditayangkan di media

elektronik dan media cetak menjadi ikutan sehingga seolah-olah pelakon

tersebut menjadi ‘role model’ bagi golongan remaja. Pembentukan personaliti

melalui media massa dianggap sukar dibendung kerana walaupun diakui

media merupakan alat yang boleh mendidik pendengar dan penontonnya,

pada waktu yang sama ia boleh membawa penontonnya ke jalan yang salah

terutama di kalangan remaja yang cepat terpengaruh seolah-olah apa yang

dilihat itu merupakan satu realiti dalam kehidupan.

Kekurangan didikan agama turut mendorong peningkatan aktiviti

gengsterisme. Secara umumnya, jika didikan agama kukuh di dalam diri

Page 3: Punca Punca Gengsterisme

individu, maka secara langsung ia boleh menghindari remaja tersebut

daripada terperangkap dalam kegiatan gengsterisme. Keluarga yang kurang

pendidikan ini juga boleh menyebabkan anak remaja mereka tidak terikat

dengan nilai keagamaan serta pembentukan akhlak yang baik lantas terbabas

ke dalam kumpulan bergeng ini.

Gejala gengsterisme ini perlulah dibendung dengan segera supaya ia

tidak akan mendatangkan masalah yang lebih teruk pada masa akan datang.

Dalam mengatasi masalah ini kerjasama antara kesemua pihak adalah

sangat penting. Justeru pihak berwajib sentiasa bersiap sedia untuk

menangani masalah ini dengan lebih efisen dan komited.