earth care club_ pemanasan global - punca-punca dan kesan-kesannya.pdf

5
7/2/2014 Earth Care Club: Pemanasan Global - Punca-punca dan Kesan-kesannya http://earthcaremalaysia.blogspot.com/2012/11/pemanasan-global-punca-punca-dan-kesan.html 1/5 Earth Care Club Wednesday, November 7, 2012 Pemanasan Global - Punca-punca dan Kesan-kesannya GAMBARAJAH DI BAWAH MENUNJUKKAN KEJADIAN FENOMENA PEMANASAN GLOBAL Pengenalan Bumi adalah satu-satunya planet yang ada kehidupan. Ia digelar sebagai "The Living Planet". Mengapa digelar sebagai Lining Planet?. Ya kerana di planet bumi wujudnya kehidupan. Iaitu kehidupan manusia, haiwan dan tumbuh-tumbuhan. Memang kita mengakui bahawa terdapat juga kehidupan lain seumpama malaikat dan makhluk-makhluk lain seperti syaitan dan iblis. Mengapa hanya di bumi ini yang boleh didiami oleh makhluk-makhluk di atas? Ya, makhluk-makhluk di atas hanya boleh hidup di dalam lingkungan persekitaran yang terdapat di bumi. Suhu, kelembapan, bahangan dan peredaran udara yang memungkinkan makhluk-makhluk di bumi boleh hidup dan meneruskan kehidupan. Walaupun dipermukaan bumi ini iklimnya pelbagai, namun secara umumnya ianya Allah jadikan sesuai untuk tiga jenis makhluk hidup. Allah Maha berkuasa yang menentukan persekitaran bumi sesuai dari segi iklim dan cuacanya. Energy Policy Malaysia tax Icentive on RE (Malaysia) Incentive for Environmental Management Pelan TIndakan Tenaga Diperbaharui Panduan Biojisim Negara Green Tech Policy on Energy Undang-undang dan AKta Malaysia (Alam Sekitar) Garispanduan Pengurusan Sungai Dasar Pembangunan dan Perancangan Negara Kod Amalan Kesihatan, Keselamatan dan ALam Sekitar Dasar Alam Sekitar Nagara Enakmen Perlindungan ALam Sekitar Sabah 2002 40% reduction of CO2 by 2020 Malaysia: Polisi, Akta dan Garispanduan Berkaitan Alam Sekitar Living Sustainable Tips Kehidupan Lestari How to make your home Energy Efficient Save Energy at home Tips Penjimatan Tenaga Sila KLIK untuk Link Apa Dia Pem anasan Global? Malaysia Boleh Tenggelam Cuaca Ekstrim Kesan Pemanasan Global GreenTech Solution Semua Negara Bergandig Bahu Amalkan Penggunaan Lestari Perlu Penyelesaian Mesra Alam Penyelesaian Kepada Masalah Perubahan Cuasa & Kepanasan Global CARE Inst Perg Tuanku Bainun CETREE USM Capaian Web Organisasi Alam Sekitar Capaian Menarik B. Melayu 0 More Next Blog» Create Blog Sign In

Upload: mohammad-shukri

Post on 13-Dec-2015

181 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

Page 1: Earth Care Club_ Pemanasan Global - Punca-punca dan Kesan-kesannya.pdf

7/2/2014 Earth Care Club: Pemanasan Global - Punca-punca dan Kesan-kesannya

http://earthcaremalaysia.blogspot.com/2012/11/pemanasan-global-punca-punca-dan-kesan.html 1/5

Earth Care Club

Wednesday, November 7, 2012

Pemanasan Global - Punca-punca dan Kesan-kesannya

GAMBARAJAH DI BAWAH MENUNJUKKAN KEJADIAN FENOMENA PEMANASAN GLOBAL

Pengenalan

Bumi adalah satu-satunya planet yang ada kehidupan. Ia digelar sebagai "The Living

Planet". Mengapa digelar sebagai Lining Planet?. Ya kerana di planet bumi wujudnya

kehidupan. Iaitu kehidupan manusia, haiwan dan tumbuh-tumbuhan. Memang kita

mengakui bahawa terdapat juga kehidupan lain seumpama malaikat dan makhluk-makhluk

lain seperti syaitan dan iblis.

Mengapa hanya di bumi ini yang boleh didiami oleh makhluk-makhluk di atas? Ya,

makhluk-makhluk di atas hanya boleh hidup di dalam lingkungan persekitaran yang

terdapat di bumi. Suhu, kelembapan, bahangan dan peredaran udara yang

memungkinkan makhluk-makhluk di bumi boleh hidup dan meneruskan kehidupan.

Walaupun dipermukaan bumi ini iklimnya pelbagai, namun secara umumnya ianya Allah

jadikan sesuai untuk tiga jenis makhluk hidup. Allah Maha berkuasa yang menentukan

persekitaran bumi sesuai dari segi iklim dan cuacanya.

Energy Policy Malaysia

tax Icentive on RE (Malaysia)

Incentive for Environmental Management

Pelan TIndakan Tenaga Diperbaharui

Panduan Biojisim Negara

Green Tech Policy on Energy

Undang-undang dan AKta Malaysia (AlamSekitar)

Garispanduan Pengurusan Sungai

Dasar Pembangunan dan PerancanganNegara

Kod Amalan Kesihatan, Keselamatan danALam Sekitar

Dasar Alam Sekitar Nagara

Enakmen Perlindungan ALam SekitarSabah 2002

40% reduction of CO2 by 2020

Malaysia: Polisi, Akta dan Garispanduan

Berkaitan Alam Sekitar

Living Sustainable

Tips Kehidupan Lestari

How to make your home Energy Efficient

Save Energy at home

Tips Penjimatan Tenaga

Sila KLIK untuk Link

Apa Dia Pemanasan Global?

Malaysia Boleh Tenggelam

Cuaca Ekstrim

Kesan Pemanasan Global

GreenTech Solution

Semua Negara Bergandig Bahu

Amalkan Penggunaan Lestari

Perlu Penyelesaian Mesra Alam

Penyelesaian Kepada Masalah Perubahan

Cuasa & Kepanasan Global

CARE Inst Perg Tuanku Bainun

CETREE USM

Capaian Web Organisasi Alam Sekitar

Capaian Menarik B. Melayu

0 More Next Blog» Create Blog Sign In

Page 2: Earth Care Club_ Pemanasan Global - Punca-punca dan Kesan-kesannya.pdf

7/2/2014 Earth Care Club: Pemanasan Global - Punca-punca dan Kesan-kesannya

http://earthcaremalaysia.blogspot.com/2012/11/pemanasan-global-punca-punca-dan-kesan.html 2/5

Manusia, malah binatang dan tumbuh-tumbuhan tidak boleh hidup di planet-planet lain

sseperti di marikh, bulan, zuhal, pluto dan lain-lain. Mengapa? Kerana suhu, kelembapan,

aliran angin dan bahang yang tidak memungkinkan kehidupan hidup. Oleh itu planet-

planet tersbut tiada kehidupan dan 'non-living planet !'.

Bagaimana Allah menjadikan planet bumi ini 'living'?

Pancaran matahari ke planet bumi telah menjadikan bumi menjadi kepanasan yang

mencukupi untuk penjanaan tenaga. Pokok-pokok dapat membuat makanan melalui

proses fotosintisis dan Oksigen dilepaskan untuk pernafasan manusia dan haiwan. Proses

pemelowapan berlaku apabila kelembapan permukaan bumi menerima pancaran matahari.

Dipermukaan bumi juga Allah jadikan pelbagai jenis gas untuk keperluan kehidupan-

kehidupan dipermukaan bumiNya, suatu sistem yang seimbang. Manusia umpamanya

menyedut Oksigen yang dikeluarkan tumbuh-tumbuhan dan CO2 dibebaskan di dalam

proses pernafasan.

Bumi memantulkan haba ke atmosfera dari permukaan bumi bagi menyeimbangkan suhu

bumi dan permukaannya dan berlaku keseimbangan suhu, kelembapan, alirudara dan

bahang. Terdapat jga gas-gas rumah hijau di permukaan bumi iaitu Contoh gas rumah

hijau ialah karbon dioksida, karbon monoksida, kloroflorokarbon (CFC), metana, nitrogen

oksida dan lain-lain. Gas-gas tersebut penting dan sengaja Allah ciptakan agar bumi

berada di dalam kawal suhu yang sesuai untuk kehidupan di bumi. Dan kewujudan gas-

gas tersebut dengan kuantiti yang tertentu yang dijadikan Allah sememang tepat dan

menyebabkan bumi tidak terlalu sejuk atau panas seperti planet-planet lain yang digelar

sebagi 'non-living planet'.

Fenomena Pemanasan Global

Pemanasan global merupakan satu fenomena pemerangkapan gas yang dikenali sebagai

gas rumah hijau yang mana kumpulan gas ini menghalang dan memerangkap haba

bumi daripada terbebas keluar ke angkasa. Sifat kumpulan gas ini ialah membenarkan

bahangan matahari menembusinya tetapi menghalang pembebasan semula bahangan

bumi ke atmosfera. Di dalam keadaan semulajadi, kandungan gas rumah hijau tepat bagi

keperluan suhu global bumi. Namun hasil dari aktiviti manusia di dalam bentuk

pembakaran bahan-bahan api fosil, kandungan karbon dioksida, karbon monoksida,

kloroflorokarbon (CFC), metana, nitrogen oksida dan lain-lain telah meningkat secara

berterusan.

Kebiasaannya, fenomena pemanasan global dapat dirasai dengan lebih jelas di kawasan

kutub utara dan selatan, kawasan pembangunan perindustrian, kawasan perbandaran

dan banyak lagi tempat dunia.

PUNCA-PUNCA BERLAKUNYA PEMANASAN GLOBAL

1. PERINDUSTRIAN

Aktiviti perindustrian merupakan punca utama kepada fenomena

pemanasan global. Pembakaran bahan api fosil seperti minyak, gas

dan arang batu bagi menggerakkan mesin dan jentera telah

mengeluarkan banyak gas rumah hijau terutamanya gas karbon

dioksida.

Banyak di dalam proses pengeluaran produk-produk industri, tenaga

haba diperlukan dan ianya dihasilkan melalui proses penghasilan haba

seperti pembakaran bahan api fosil di dandang-dandang (boilers).

Contoh industri yang banyak membakar bahan api fosil ialah seperti di

dalam industri pengeluaran simin, pengeluaran besi, pengeluaran kain,

pengeluaran makanan, pengeluaran bahan-bahan elektronik, elektrik,

bahan-bahan binaan dan sebagainya.

Semakin banyak haba diperlukan di dalam industri, semakin banyak gas karbon dioksida dihasilkan,

semakin banyak haba yang dan terperangkap oleh lapisan gas lalu meningkatkan suhu udara secara

global.

2. PENJANAAN TENAGA ELAKTRIK

Penghasilan tenaga elektrik di pusat-puat penjanaan tenaga elektrik yang menggunakan

EPSM F.Book

Environmental Protection Society malaysia

Green Tech Malaysia

GreenTech Components

GreenTech Melaka

Info Energi SWITCH

Jabatan Kaji Cuaca Laman Utama

Kementerian Tenaga & Teknologi Hijau

Pemanasan Global dll

Pemantauan Perubahan Iklim

Rakan Alam Sekitar

infoEnergi (Indonesia)

mesym

Panduan Kecekapan Tenaga

Strategi Kecekapan Tenaga

Pemanasan Global

Slide Persembahan & Rujukan

Climate Change 2 (video)

Climate Change (video)

Global Warming Basic (video)

Clean Air Council

Rujukan Luar Negara

► 2014 (1)

▼ 2012 (11)

▼ November (11)

Pemanasan Global - Punca-punca danKesan-kesannya

Perut Bumi Kian Kering

Setiap Negara Mesti Jadi SebahagianPenyelesaian K...

KAJIAN AL-TABARI, IBN-ATHIR & AL-SUYUTI PERUBAHAN ...

Malaysia juga boleh tenggelam jika aisdi Greenlan...

AMALKAN PENGGUNAAN LESTARIBAGI KURANGKAN KESAN PE...

Pemanasan global cetus cuacaekstrem?

Pemanasan Global Dunia, BencanaAlam Besar Bakal B...

Bumi Dalam Bahaya

Mengapa Kelab Earth Care ditubuhkan?

Kelab EarthCare Malaysia Dilahirkan

Blog Archive

green design

View my complete profile

About Me

Page 3: Earth Care Club_ Pemanasan Global - Punca-punca dan Kesan-kesannya.pdf

7/2/2014 Earth Care Club: Pemanasan Global - Punca-punca dan Kesan-kesannya

http://earthcaremalaysia.blogspot.com/2012/11/pemanasan-global-punca-punca-dan-kesan.html 3/5

bahan api fosil juga telah menyebabkan pelepasan gas karbon dioksida yang mendadak.

Keseluruhan negara di dunia menggunakan bahan api fosil untuk penjanaan tenaga

elaktrik yang merupakan keperluan di dalam semua sektor kehidupan sama ada di sektor

kediaman, pentadbiran, perniagaan, perindustrian, pengangkutan dan perkhidmatan.

Malaysia sebagai contoh menggunakan hampir 80% penjanaan tenaga elektrik melalui

pembakaran bahan api fosil, walaupun hampir 20% melalui penjanaan hidro elektik.

3. PENYEDIAAN KEPERLUAN AKTIVITI PERNIAGAAN, PEJABAT DAN KEDIAMAN

Aktiviti manusia di sektor perniagaan, pentadbiran mahupun dirumah kesemuanya

bergantung kepada tenaga elektrik dan tenaga haba yang mencukupi bagi menyediakan

persekitaran yang selesa. Kesemua itu asasnya ialah pembakaran bahan-bahan api fosil.

Jadi aktiviti sedemikian secara langsung telah menyumbang kepada peningkatan karbon

dioksida di permukaan bumi. Semakin banyak diperlukan elektrik dan pendingin hawa atau

pemanas persekitaran, semakin banyaklah karbon dioksida dihasilkan.

4. PENGANGKUTAN

Kenderaan bermotor kini merupakan pengangkutan utama bagi

manusia memudahkan pergerakan mereka di bumi ini.

Penggunaan kenderaan yang menggunakan minyak sebagai bahan

bakar utama bagi menggerakkan enjin kenderaan khususnya minyak

tanpa plumbum telah banyak membebaskan gas karbon dioksida dan

gas karbon monoksida

5. PEMBAKARAN HUTAN

Kegiatan pembakaran hutan secara besar-besaran dan berleluasa

untuk membersihkan kawasan hutan bagi menjalankan aktiviti pertanian, petempatan atau sebagainya

telah menyumbang kepada pemanasan global

Pembakaran hutan telah menyebabkan imbangan kandungan oksigen

dengan karbon dioksida tidak seimbang. Lebihan karbon dioksida terjadi

dan berlakulah pemanasan global

Asap yang terbebas ke angkasa daripada pembakaran hutan juga

mengandungi banyak gas karbon dioksida.

6. PERTANIAN DAN PENTERNAKAN

Aktiviti pertanian yang menggunakan racun-racun serangga dan baja

kimia secara berlebihan.

Penggunaan racun-racun serangga dan baja kimia yang secara

berlebihan ini telah mengeluarkan banyak gas rumah hijau

terutamanya gas metana.

Kegiatan perternakan juga menyebabkan berlakunya pemanasan

global. Hasil buangan najis haiwan ternakan seperti kambing dan

lembu telah menghasilkan dan membebaskan banyak gas metana ke

angkasa.

7. LETUSAN GUNUNG BERAPI

Selain punca pemanasan global yang disebabkan oleh aktiviti

manusia terdapat juga disebabkan oleh faktor semulajadi iaitu

letusan gunung berapi.

Letupan gunung berapi yang banyak mengeluarkan asap dan

debu yang mengandungi banyak gas rumah hijau contohnya

karbon dioksida, gas karbon monoksida, gas sulfur dioksida dan

sebagainya telah menyumbang kepada berlakunya pemanasan

global.

Contoh gunung berapi yang pernah meletus ialah Gunung

Tambore di Sumbawa dan Gunung Krakatoa di Selat Sunda.

Page 4: Earth Care Club_ Pemanasan Global - Punca-punca dan Kesan-kesannya.pdf

7/2/2014 Earth Care Club: Pemanasan Global - Punca-punca dan Kesan-kesannya

http://earthcaremalaysia.blogspot.com/2012/11/pemanasan-global-punca-punca-dan-kesan.html 4/5

Newer Post Older PostHome

Subscribe to: Post Comments (Atom)

Posted by green design at 10:49 PM

KESAN-KESAN AKIBAT PEMANASAN GLOBAL

1. Peningkatan Suhu Global

Peningkatan suhu secara global sudah tentu akan

mencairkan litupan salji dan glasier di kawasan-

kawasan pergunungan dan kedua-dua kutub. Kenaikan

air laut akibat pencairan ais berupaya memberi dampak

yang dahsyat seperti kejadian banjir besar terhadap

negara-negara kepulauan contohnya Fiji dan Maldives

serta negara-negara pada ketinggian yang rendah

contohnya Belanda dan Bangladesh. Akibat pencairan

ais yang menyebabkan kejadian banjir besar ini akan mengakibatkan kemusnahan bukan

sahaja nyawa manusia dan harta benda akan musnah tetapi bekalan makanan seperti

tanah-tanah pertanian yang subur akan turut termusnah.

2. Ganguan kepada hasil tanam-tanaman.

Suhu bumi yang tinggi menyebabkan tanah-tanah yang

subur menjadi tandus dan tidak sesuai bagi aktiviti

pertanian. Pokok-pokok tanaman juga tidak dapat hidup

dengan subur seterusnya mengurangkan hasil pertanian.

Walaupun hanya berlaku perubahan kecil pada suhu,

taburan hujan dan sinaran matahari, ia boleh menyebabkan

hasil pertanian terjejas teruk, sekaligus mengancam bekalan

makanan dunia.

Kekeringan sumber air permukaan bumi / kemarau

menyebabkan proses sejatan tidak mempunyai wap-wap air

untuk membentuk awan yang tebal bagi menurunkan hujan.

Kadar hujan berkurangan, udara menjadi kering dan

persekitaran menjadi panas. Dalam keadaan udara kering

memudahkanterbentuknya jerebu/ partikulat-partikulat

terampai.

3. Perubahan Iklim

Pemanasan global mengakibatkan peningkatan suhu di

Lautan Pasifik. Hal ini mengubah pola tiupan angin lazim dari

darat ke laut akibat perbezaan tekanan yang hebat.

Kesannya angin kencang bertiup ke barat Pasifik

menyebabkan cuaca panas dan angin lembab pula bertiup ke

timur Pasifik menyebabkan kejadian ribut, banjir dan taufan.

Fenomina tersebut menyebabkan berlakunya perubahan besar terhadap iklim yang

sisebut sebagai 'Climate Change".

Recommend this on Google

Enter your comment...

Comment as: Google Account

Publish

Preview

1 comment:

mohd z May 5, 2013 at 10:40 PM

Disebabkan pemanasan ini, try tengok suhu badan

http://termometer-digital-suhu-badan-bbt.blogspot.com/

Reply

Page 5: Earth Care Club_ Pemanasan Global - Punca-punca dan Kesan-kesannya.pdf

7/2/2014 Earth Care Club: Pemanasan Global - Punca-punca dan Kesan-kesannya

http://earthcaremalaysia.blogspot.com/2012/11/pemanasan-global-punca-punca-dan-kesan.html 5/5

Simple template. Template images by gaffera. Powered by Blogger.