punca murid tidak menguasai kemahiran kerana kandu

Upload: cheok-e-jin-sasa

Post on 28-Feb-2018

245 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/25/2019 Punca Murid Tidak Menguasai Kemahiran Kerana Kandu

    1/2

    Punca murid tidak menguasai kemahiran kerana kandungan kurikulum dalam

    kelas biasa adalah lebih beraras tinggi serta hasil pembelajaran sukar dicapai

    sedangkan tahap penguasaan dan kebolehan serta keupayaan murid

    sungguh rendah. Justeru itu, daripada temu bual yang telah dijalankan

    dengan guru kelas dan guru mata pelajaran Bahasa Melayu, didapati mereka

    adalah kekurangan keyakinan diri, tidak berminat dalam pembelajaran, pasif

    dan sentiasa dipinggirkan. Sebagai seorang guru Pemulihan saya memainkan

    pernanan penting untuk membantu mereka. Penggunaan bahan bantu

    mengajar seperti kad suku kata KV, kad gambar, bahan bantu elektronik

    Poer Point, !ideo lagu telah juga menjadikan salah satu bahan rangsangan

    bagi menarik minat murid menguasai kemahiran yang dikaji.

    Setelah menjalankan "jian #iagnostik, saya telah berjaya mengesan danmengenal pasti daerah kelemahan yang dihadapi oleh murid$murid tersebut,

    iaitu tidak dapat membaca perkataan yang mengandungi dua suku kata

    terbuka KV%KV. Berdasarkan "jian #iagnostik yang telah dijalankan pada

    &asa '', didapati dua orang murid adalah tidak memuaskan. Mereka sering

    mengeja perkataan semasa menjalankan ujian tersebut. (a)imnya murid$

    murid ini adalah aktif dalam kelas, membuat bising, mengganggu murid lain

    semasa dalam kelas, kurang memberi perhatian dalam pembelajaran. Kerja

    rumah yang diberikan juga jarang disiapkan dan disempurnakan serta tidakmemenuhi kehendak guru yang dijangkakan.

    Mengimbas kembali pengalaman mengajar, saya sentiasa merancang aktiviti

    pembelajaran dan pengajaran dengan mengandungi terapi nyanyian. Saya percaya

    terapi tersebut amat berkesan kerana menurut kajian #r. Sharol (ai Sujak *+-,

    terapi nyanyian adalah alternatif dalam raatan moden dan satu bidang

    profesional yang menggunakan mu)ik bertujuan untuk pemulihan. Kaedah

    terapi yang sebegini juga membolehkan penglibatan murid secara aktif.

    Maka, murid dapat lebih dapat menumpukan perhatian dan tertarik kepada

    pembelajaran dan pengajaran. Menurutt /orini *+0, iringan irama lagu

    dengan rentak tertentu dapat menguatkan lagi daya ingatan kerana

    disamping mengurangkan kebosanaan, ia juga dapat mempertingkatkan

    minat dan mendorong penumpuan. Maka, saya sentiasa menggunakan terapi

    nyanyian di kalangan Murid Pemulihan. Sebagai contoh, saya telah

  • 7/25/2019 Punca Murid Tidak Menguasai Kemahiran Kerana Kandu

    2/2

    mengubah suai lirik lagu 1Kalau 2asa 3embira4 dengan perkataan suku kata

    KV%KV yang perlu dipelajari.