punca gejala sosial.docx

3
Zaman remaja merupakan zaman yang sangat menyeronokkan bagi setiap individu. Pada zaman remaja, seseorang individu sudah semestinya ingin mencuba pelbagai benda dalam kehidupan mereka. Kehidupan zaman remaja seolah-olah memberikan kebebasan yang sepenuhnya untuk melakukan pelbagai perkara. Oleh sebab itu, tidak mustahil seseorang remaja boleh terjebak ke dalam gejala sosial. Jika kita teliti dengan mendalam terdapat banyak punca kenapa golongan remaja mudah terjebak dalam kancah gejala sosial. # Kelemahan Didikan Agama dan Moral Diri Remaja Faktor diri remaja sendiri merupakan sebab berlakunya gejala sosial. Kebanyakan remaja yang terlibat dalam gejala sosial tidak mempunyai didikan agama dan moral yang mendalam. Mereka tidak takut pada dosa atau pembalasan Tuhan di atas perbuatan mereka. Remaja terbabit juga biasanya tidak sembahyang dan mengingkari perintah agama yang lain. Mereka berpendapat bahawa, kehidupan masa remaja perlu diisi dengan hiburan dan keseronokan semata-mata. # Sikap Tidak Mengambil Berat Oleh Ibu Bapa Sikap ibu bapa juga boleh menyebabkan remaja terjerumus dengan gejala sosial. Terdapat ibu bapa yang tidak mengambil berat tentang kebajikan dan kasih sayang terhadap anak- anak. Anak-anak amat memerlukan kasih sayang daripada ibu bapa. Ada segelintir ibu bapa begitu sibuk dengan kerjaya bagi menambahkan pendapatan sehingga anak-anak terabai dan tidak mendapat kasih sayang yang secukupnya. Sikap ibu bapa ini menyebabkan anak-anak tidak mendapat perhatian

Upload: wanda-john

Post on 11-Dec-2015

19 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Zaman remaja merupakan zaman yang sangat menyeronokkan bagi setiap individu.

Pada zaman remaja, seseorang individu sudah semestinya ingin mencuba pelbagai

benda dalam kehidupan mereka. Kehidupan zaman remaja seolah-olah memberikan

kebebasan yang sepenuhnya untuk melakukan pelbagai perkara. Oleh sebab itu, tidak

mustahil seseorang remaja boleh terjebak ke dalam gejala sosial. Jika kita teliti

dengan mendalam terdapat banyak punca kenapa golongan remaja mudah terjebak

dalam kancah gejala sosial. 

# Kelemahan Didikan Agama dan Moral Diri Remaja

Faktor diri remaja sendiri merupakan sebab berlakunya gejala sosial. Kebanyakan

remaja yang terlibat dalam gejala sosial tidak mempunyai didikan agama dan moral yang

mendalam. Mereka tidak takut pada dosa atau pembalasan Tuhan di atas perbuatan

mereka. Remaja terbabit juga biasanya tidak sembahyang dan mengingkari perintah agama yang

lain. Mereka berpendapat bahawa, kehidupan masa remaja perlu diisi dengan hiburan dan

keseronokan semata-mata.

# Sikap Tidak Mengambil Berat Oleh Ibu Bapa

Sikap ibu bapa juga boleh menyebabkan remaja terjerumus dengan gejala sosial.

Terdapat ibu bapa yang tidak mengambil berat tentang kebajikan dan kasih sayang terhadap

anak-anak. Anak-anak amat memerlukan kasih sayang daripada ibu bapa. Ada segelintir

ibu bapa  begitu sibuk dengan kerjaya bagi menambahkan pendapatan sehingga anak-

anak terabai dan tidak mendapat kasih sayang yang secukupnya. Sikap ibu bapa ini menyebabkan

anak-anak tidak mendapat perhatian yang sewajarnya lalu mereka melakukan perkara-perkara

tidak berfaedah  untuk mehilangkan kebosanan. Selain itu, tidak kurang juga ada yang melakukan

gejala sosial ini semata-mata untuk mendapat perhatian daripada ibu bapa mereka.

# Terikut-Ikut Dengan Sikap Negatif Rakan Sebaya

Pengaruh rakan sebaya juga boleh mendorong remaja terlibat dalam gejala sosial.

Disebabkan faktor pergolakan keluarga di rumah, remaja cenderung untuk berjumpa rakan sebaya

bagi mencari ketenangan dan kegembiraan. Sebahagian daripada rakan sebaya ini pula

adalah mereka yang mempunyai perangai negatif. Oleh itu, remaja begitu mudah terikut-ikut

dengan sikap rakan sebaya mereka. Apabila bersama rakan sebaya, remaja cenderung untuk

melakukan perkara tidak berfaedah seperti merokok, melepak di pusat membeli-belah dan

mendapatkan hiburan di pusat-pusat hiburan.

# Sikap Individualistik Masyarakat

Sikap masyarakat yang tidak mengambil berat tentang permasalahan remaja juga

menjadi faktor penyebab. Masyarakat hari ini cenderung untuk bersikap individualistik atau

tidak mahu menjaga hal orang lain. Oleh itu, tidak hairanlah jika ada remaja yang

menagih dadah berdekatan dengan tempat tinggal mereka tetapi langsung tidak dipedulikan oleh

masyarakatkerana mereka berpendapat bahawa, pihak berkuasa sahaja yang perlu menanganinya.

Sikap masyarakat yang tidak ingin mengambil tahu tentang hal orang lain pasti akan

menggalakkan lagi gejala sosial di kalangan remaja. 

# Pengaruh Negatif Media Massa

Pengaruh media massa terhadap para remaja sememangnya tidak dapat disangkal lagi.

Remaja cenderung untuk melakukan perkara yang pernah didengar atau dilihat di media massa kerana

remaja mempunyai naluri ingin mencuba. Sebenarnya sikap ingin mencuba ini adalah sikap

yang baik tetapibukan semua perkara boleh dicuba sewenang-wenangnya. Remaja perlulah

menilai kebaikan dan keburukan sesuatu perkara yang diperolehi melalui media massa.