pucuk manis permatang budi

5
Pucuk manis permatang budi, Pucuk purut di getus rusa, Yang manis bernama budi, Yang indah bernama bahasa. Terima kasih pengacara majlis. Yang berbahagia ., guru besar, guru-guru, rakan-rakan, kombinasi para juri yang arif lagi bijaksana sebagai penegak keadilan, penjaga masa yang budiman, dan seterusnya hadirin-hadirat warga dewan yang saya kasih sekalian. Assalamualaikum Warohmatullahi Wabarokatuh dan salam sejahtera pembuka bicara. Berdirinya saya di atas persada indah tidak lain dan tidak bukan, kerana ingin menyampaikan sebuah pidato yang bertajuk, Fungsi Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan, Bahasa Rasmi, Bahasa perpaduan, Bahasa Pengantar, Bahasa Ilmu dan bahasa komunikasi rakyat Malaysia. Sebelum lancang menuju ke muara, sebelum kita membelah bicara, sebelum isi menyusur hujah, izinkan saya mendefinisikan frasa yang membina tajuk pidato agar hadirin terbuka minda, agar hakim tidak terpinga-pinga, dan saya petah berkata-kata, seperti kata orang dahulu kala : Yang buta tidak teraba-raba, Yang pekak tidak tertanya-tanya, Yang kecil tidak terambin-ambin, Yang pendek tidak tertinjau-tinjau. Di Malaysia, bahasa Melayu menjadi Bahasa Kebangsaan dan sekali gus berfungsi sebagai bahasa rasmi negara. Bahasa kebangsaan dapat ditakrifkan sebagai bahasa yang diterima dan digunakan oleh penduduk dalam sesebuah negara. Bahasa Kebangsaan bagi negara Malaysia ialah Bahasa Melayu. Para hakim yang bijaksana lagi arif,

Upload: mohd-hafiq

Post on 17-Feb-2016

236 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

TEK

TRANSCRIPT

Page 1: Pucuk Manis Permatang Budi

Pucuk manis permatang budi,

Pucuk purut di getus rusa,

Yang manis bernama budi,

Yang indah bernama bahasa.

Terima kasih pengacara majlis. Yang berbahagia ., guru besar, guru-guru, rakan-rakan, kombinasi para juri yang arif lagi bijaksana sebagai penegak keadilan, penjaga masa yang budiman, dan seterusnya hadirin-hadirat warga dewan yang saya kasih sekalian. Assalamualaikum Warohmatullahi Wabarokatuh dan salam sejahtera pembuka bicara.

Berdirinya saya di atas persada indah tidak lain dan tidak bukan, kerana ingin menyampaikan sebuah pidato yang bertajuk, Fungsi Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan, Bahasa Rasmi, Bahasa perpaduan, Bahasa Pengantar, Bahasa Ilmu dan bahasa komunikasi rakyat Malaysia.

Sebelum lancang menuju ke muara, sebelum kita membelah bicara, sebelum isi menyusur hujah, izinkan saya mendefinisikan frasa yang membina tajuk pidato agar hadirin terbuka minda, agar hakim tidak terpinga-pinga, dan saya petah berkata-kata, seperti kata orang dahulu kala :

Yang buta tidak teraba-raba,

Yang pekak tidak tertanya-tanya,

Yang kecil tidak terambin-ambin,

Yang pendek tidak tertinjau-tinjau.

Di Malaysia, bahasa Melayu menjadi Bahasa Kebangsaan dan sekali gus berfungsi sebagai bahasa rasmi negara. Bahasa kebangsaan dapat ditakrifkan sebagai bahasa yang diterima dan digunakan oleh penduduk dalam sesebuah negara. Bahasa Kebangsaan bagi negara Malaysia ialah Bahasa Melayu.

Para hakim yang bijaksana lagi arif,

Wacana saya yang pertama, fungsi bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan. Tuan-tuan dan Puan-puan, ingatlah, bahasa Melayu mesti perkasa dalam negara Malaysia untuk kepentingan kebangsaan. Semangat perjuangan menuntut kemerdekaan di Tanah Melayu tercetus apabila jiwa rakyat telah timbul kesedaran untuk jadi bangsa berdaulat. Salah satu cara menjadi bangsa berdaulat ialah memerintah sendiri negara tanpa dikuasai atau ditunjuk oleh penjajah. Setelah kemerdekaan tercapai, Persekutuan Tanah Melayu memilih bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan. Fungsi ini telah termaktub dalam Bahagian 12 AM dan pelbagai 152 fasal (1) Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu yang menyebut bahawa, Bahasa Kebangsaan ialah bahasa Melayu dan hendaklah ditulis dalam apa-apa tulisan sebagaimana yang diperuntukkan dengan undang-undang oleh parlimen. Maka terbuktilah bahawa bahasa Melayu merupakan lambang kebebasan dan kedaulatan negara daripada belenggu penjajahan.

Page 2: Pucuk Manis Permatang Budi

Sebagai sebuah negara yang pesat membangun, amat wajar sekali Malaysia mempunyai satu bahasa Kebangsaan keran bahasa Kebangsaan memberi gambaran akan status sesuatu bangsa. Bangsa yang bermaruah mempunyai bahasa kebangsaan sendiri, menggunakan bahas sendiri dan bangsanya mempunyai identiti kebangsaan sendiri. Oleh itu, untuk memupuk sifat sayangkan bahasa kita, pelbagai kempen telah diadakan seperti Cintailah Bahasa Kita, Bahasa Jiwa Bangsa dan sebagainya. Rakyat dari pelbagai kaum akan dapat mengenali dan mendekatkan diri dengan bahasa kebangsaan.

Wacana saya yang kedua, fungsi bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara. Selain dipilih sebagai bahasa Kebangsaan, bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara. Maksud bahasa rasmi ialah bahasa utama yang digunakan dalam segala urusan pentadbiran dan urusan rasmi negara. Contohnya, bahasa Melayu digunakan dalam sistem pendidikan negara, urusan surat-menyurat, mesyuarat dan pentadbiran negara. Cuba kita renung, bukakan mata, celikkan minda, dalam mesyuarat-mesyuarat kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri, di persidangan-persidangan, seminar-seminar, di parlimen, bahkan dalam perbicaraan di mahkamah, mesti diutamakan penggunaan bahasa Melayu. Penggunaan bahasa selai bahasa Melayu adalah menyalahi Artikel 152 Perlembagaan Malaysia. Sesiapa yang membelakangkan penggunaan bahasa Melayu dalam urusan rasmi negara, termasuk pemimpin negara sekalipun, mereka adalah penjenayah negara yang mesti dihukum, dengan hujah itu, terbukti lagi jelas dan nyata, betapa penting bahasa Melayu memainkan peranan dalam urusan pentadbiran negara.

Para hadirin yang dihormati sekalian,

Wacana saya yang ketiga, fungsi bahasa Melayu sebagai bahasa perpaduan rakyat Malaysia. Bahasa perpaduan bermaksud bahasa yang digunakan sebagai tali pengikat kemuafakatan antara anggota masyarakat. Hal ini kerana, masyarakat kita adalah masyarakat majmuk yang berbeza kepercayaan, amalan, budaya, agama dan bahasa. Bahasa Melayu dapat memainkan peranan sebagai penyatu kepelbagaian tersebut melalui penggunaan bersama, atau satu bahasa untuk satu negara. Kerajaan menggalakkan rakyat menggunakan bahasa Melayu dalam semua komunikasi awam dan terbuka agar tidak timbul syak wasangka antara satu sama lain. Apabila penggunaan bersama bahasa Melayu di tempat terbuka sudah menjadi amalan, maka akan wujud kemesraan, kepercayaan, hormat dan rasa selamat. Rasa kemesraan, rasa kepercayaan, rasa hormat dan rasa selamat merupakan faktor yang membina perpaduan antara kaum. Dengan itu, dapatlah kita melahirkan bangsa yang bersatu dan menganggap Malaysia sebagai negara milik bersama.

Hadirin dan hadirat yang dikasihi sekalian,

Wacana saya yang keempat, fungsi bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dalam sistem pendidikan negara. Yang dimaksudkan sebagai bahasa pengantar pendidikan ialah bahasa yang digunakan sebagai alat perhubungan dalam pengajaran dan pembelajaran. Bahasa Melayu yang berfungsi sebagai bahasa pengantar dalam pendidikan membuktikan keupayaan bahasa Melayu sebagai alat menyampaikan pelbagai ilmu untuk digunakan bagi memajukan diri, masyarakat dan negara. Rakyat Malaysia yang mendapat pendidikan rendah, menengah dan universiti dalam bahasa Melayu berjaya meraih anugerah hingga peringkat antarabangsa. Ramai rakyat Malaysia yang bekerja di syarikat-syarikat antarabangsa, baik syarikat yang beroperasi dalam negara mahupun syarikat yang beroperasi di luar negara.

Page 3: Pucuk Manis Permatang Budi

Bahasa Melayu boleh menjadi bahasa ilmu kerana mempunyai ciri-ciri keintelektualan bahasa. Keintelektualan bahasa bermaksud keupayaan bahasa dalam menyampaikan buah fikiran, hujah, pendapat dengan tepat dan dapat dilenturkan dengan mudah. Bahasa Melayu juga boleh menjadi bahasa ilmu kerana mempunyai ciri-ciri kesempurnaan bahasa iaitu kestabilan seperti pembentukan istilah atau konsep, dan peraturan seperti ejaan, sebutan, pemakaian, tatabahasa dan lain-lain lagi. Satu lagi ciri kesempurnaan bahasa ialah kelenturan, di mana bahasa Melayu mudah menyesuaikan diri dengan persekitaran dan perubahan yang berlaku dari semasa ke semasa.

Wacana saya yang terakhir, fungsi bahasa Melayu sebagai bahasa komunikasi masyarakat. Bahasa Melayu merupakan bahasa komunikasi kerana ia dituturkan oleh semua orang dalam pelbagai lapisan masyarakat. Ia merupakan bahasa ibunda dan bahasa utama di Malaysia, digunakan oleh semua golongan masyarakat, tidak kira di desa atau di kota, golongan kaya ataupun miskin. Oleh sebab itu, mesej dapat disampaikan dengan mudah, tepat dan difahami oleh semua golongan masyarakat. Ia juga memudahkan penyampaian dan penerimaan maklumat. Senario ini telah memberikan satu manifestasi yang jelas, iaitu bahawa bahasa Melayu berperanan sebagai bahasa komunikasi di Malaysia.

Hadirin dan hadirat sekalian,

Setelah frasa demi frasa tajuk pidato saya ini dikupas, maka dapatlah saya menutup rumusan bahawa bahasa Melayu memikul tanggungjawab yang besar dalam mengangkat martabat dan bangsa di tanah air tercinta ini. Oleh sebab itu, segala fungsi bahasa Melayu iaitu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi, bahasa perpaduan, bahasa pengantar, bahasa ilmu dan bahasa komunikasi perlu terus didaulatkan agar keperkasaan bahasa Melayu kekal dan dikagumi.

Sebelum saya mengundur duru, saya menyusun sepuluh jari memohon maaf sekiranya ada terkasar bahasa, tersalah kata atau tersilap bicara. Saya mengakhiri pidato saya ini dengan serangkap pantun :

Alang-alang menyeluk pekasam,

Biar sampai ke pangkal lengan,

Alang-alang bahasa dijulang,

Biar kekal sepanjang zaman.

Sekian, wabillahi taufik wajhidayah wasalamualaikum warohmatullahi waborokatuh