pt amooo 2015.docx

7
[PENYELIDIKAN TINDAKAN ] PPG SAINS 1 TAJUK Keberkesanan Penggunaan Herbarium Untuk Meningkatkan Kemahiran Murid Tahun Tiga Mengenal Jenis Akar Melalui Urat Daun. PENDAHULUAN Sains merupakan satu bidang yang luas meliputi seluruh kehidupan manusia. Ia merupakan satu bidang keilmuan hasil usaha manusia untuk memperoleh kefahaman tentang peraturan dan hukum alam (Ee Ah Meng, 1994). Maka, tidak hairanlah bidang Sains sangat diberi penekanan terutama sekali oleh Negara-negara maju seperti Amerika Syarikat, China, Jepun dan Jerman. Malaysia juga tidak ketinggalan dalam memastikan semua rakyat Malaysia turut didedahkan dengan ilmu sains secukupnya. Oleh itu, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah memperkenalkan mata pelajaran sains kepada murid seawal usia 7 tahun lagi di sekolah rendah. Malahan setiap tahun pelbagai penambahbaikkan dilakukan terhadap mata pelajaran ini, bertujuan untuk meningkatkan penguasaan murid terhadap subjek sains. Pembelajaran dalam bidang sains memerlukan murid sendiri memahami konsep sains yang diperkenalkan dengan baik. Oleh itu, adalah penting bagi murid membina konsep melalui penerokaan sendiri. Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) diperkenalkan sebagai usaha menyusun semula dan menambah baik kurikulum sedia ada bagi memastikan murid dibekalkan dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai

Upload: dustin-cooper

Post on 21-Dec-2015

228 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

Page 1: PT AMOOO 2015.docx

[ ] PPG SAINS 1

TAJUK

Keberkesanan Penggunaan Herbarium Untuk Meningkatkan Kemahiran Murid Tahun Tiga

Mengenal Jenis Akar Melalui Urat Daun.

PENDAHULUAN

Sains merupakan satu bidang yang luas meliputi seluruh kehidupan manusia. Ia

merupakan satu bidang keilmuan hasil usaha manusia untuk memperoleh kefahaman tentang

peraturan dan hukum alam (Ee Ah Meng, 1994). Maka, tidak hairanlah bidang Sains sangat

diberi penekanan terutama sekali oleh Negara-negara maju seperti Amerika Syarikat, China,

Jepun dan Jerman. Malaysia juga tidak ketinggalan dalam memastikan semua rakyat Malaysia

turut didedahkan dengan ilmu sains secukupnya.

Oleh itu, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah memperkenalkan mata pelajaran

sains kepada murid seawal usia 7 tahun lagi di sekolah rendah. Malahan setiap tahun pelbagai

penambahbaikkan dilakukan terhadap mata pelajaran ini, bertujuan untuk meningkatkan

penguasaan murid terhadap subjek sains. Pembelajaran dalam bidang sains memerlukan murid

sendiri memahami konsep sains yang diperkenalkan dengan baik. Oleh itu, adalah penting bagi

murid membina konsep melalui penerokaan sendiri.

Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) diperkenalkan sebagai usaha menyusun

semula dan menambah baik kurikulum sedia ada bagi memastikan murid dibekalkan dengan

pengetahuan, kemahiran dan nilai relevan untuk memenuhi keperluan semasa serta

menghadapi cabaran abad ke-21. Selain itu, Kurikulum Sains KSSR memberi penekanan

kepada penguasaan kemahiran saintifik iaitu kemahiran proses sains dan kemahiran

manipulatif. Pengoperasian kemahiran proses sains dalam pengajaran dan pembelajaran (p&p)

satu pendekatan pedagogi dan menimbulkan minat dan keseronokan murid untuk terlibat

secara aktif dalam proses p&p. Matlamat Kurikulum Sains sekolah rendah adalah untuk

melengkapkan murid dengan ilmu pengetahuan sains, kemahiran saintifik serta sikap saintifik

dan nilai murni. Penerapan ketiga- tiga komponen ini tidak dijalankan secara berasingan tetapi

ianya harus dijalankan secara beriringan.

Page 2: PT AMOOO 2015.docx

[ ] PPG SAINS 1

Saya memilih penggunaan herbarium dalam pengajaran dan pembelajaran Sains Tahun 3 bagi

membolehkan murid meningkatkan kemahiran mereka semasa pengajaran dan pembelajaran,

bersesuaian dengan matlamat kurikulum sains yang bertujuan untuk menimbulkan minat dan

keseronokan untuk murid terlibat secara aktif dalam proses p&p.

Herbarium merupakan koleksi spesimen tumbuh- tumbuhan yang dikeringkan dan

disimpan dan diklasifikasikan secara sistematik. Pencipta herbarium yang pertama ialah Luca

Gini (1490-1556) yang merupakan seorang botani dari Bologna, Itali. Perkataan Herbarium

berasal dari kata ‘Hortus dan botanicus’ yang bermaksud kebun botani yang dikeringkan ,

biasanya disusun berdasarkan 4 pecim klasifikasi. Istilah herbarium lebih dikenali sebagai

pengawetan tumbuhan. Herbarium merupakan sesuatu spesimen daripada tumbuhan yang

dimatikan dan diawet melalui kaedah tertentu. Biasanya dilengkapi dengan data- data

mengenai tubuhan yang diawetkan, samaada data taksonomi , morfologi, ekologi, mahupun

geografinya. Terdapat dua jenis herbarium iaitu herbarium basah dan herbarium kering.

1.0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LALU.

Saya telah berkhidmat dalam dunia pendidikan selama 14 tahun. Namun begitu saya

tidak pernah mengajar subjek opsyen saya atas sebab lebihan guru sains di sekolah. Namun

begitu, tahun 2015 ini saya telah diberi kepercayaan oleh pihak pentadbiran untuk mengajar

subjek Dunia Sains Tahun 3. Berdasarkan pengalaman beberapa bulan mengajar subjek sains,

saya dapati murid- murid saya terlalu gembira dan berminat sangat mengikuti subjek ini. Murid

saya seramai 8 orang sahaja.

Tugas dan tanggungjawab yang digalas oleh seorang guru Sains bukannya sesuatu

yang mudah. Subjek Sains merupakan subjek yang paling digemari oleh murid – murid saya

kerana mereka dapat menjalankan pelbagai uji kaji sendiri. Saya dapati mereka sungguh

seronok mengikuti pengajaran saya . Namun begitu, pengalaman Dalam tempoh tiga bulan

pengajaran ini saya dapati murid saya tidak boleh mengenalpasti ciri tumbuhan iaitu akar

tunjang dan akar serabut dengan tepat.

Berdasarkan lembaran kerja dalam buku tulis saya dapati 5 orang daripada murid saya tidak

dapat menjawab dengan tepat beberapa soalan yang melibatkan jenis akar dan urat daun.

Berdasarkan latihan tersebut , saya memikirkan bahawa masalah beberapa orang murid

Page 3: PT AMOOO 2015.docx

[ ] PPG SAINS 1

saya ini tidak boleh dibiarkan dan perlu ditangani bagi memastikan murid saya dapat menjawab

dengan betul untuk peperiksaan yang akan datang. Saya telah berjumpa dengan Ketua Panitia

Sains sekolah saya iaitu Pn Sanisah bt Omar dan berbincang tentang isu yang saya hadapi ini.

Berdasarkan pengalaman beliau yang telah lama mengajar subjek ini, beliau juga menyatakan

ramai murid tidak dapat menguasai dengan baik tajuk ini. Murid- murid agak keliru dan tidak

dapat menjawab dengan tepat bahagian ciri- ciri tumbuhan terutama urat daun dan jenis

akar.Kebanyakkan murid keliru dengan urat daun dan jenis akar. Murid tidak dapat

membezakan urat daun jejala dan selari dan jenis akar serabut dan tunjang.Ada juga murid

yang terkeliru dengan urat daun dan jenis akar. Mereka salah dalam melakukan padanan.

Masalah kegagalan murid saya menjawab dengan tepat ciri- ciri tumbuhan ini tidak

boleh dipandang mudah. Justeru, bagi mengatasi masalah ini, pelaksanaan pendekatan

pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan haruslah saya ubah dan dipelbagaikan. Oleh itu,

saya telah menggunakan kaedah herbarium semasa menjalankan pengajaran dan

pembelajaran di dalam kelas. Penggunaan herbarium ini memudahkan murid melihat sendiri

pelbagai maklumat yang terdapat dalam herbarium tersebut. Pendekatan ini membolehkan

murid belajar secara seronok dan mudah mengikuti pelajaran kerana terdapat pelbagai jenis

tumbuhan yang terdapat dalam herbarium.

Kebanyak murid- murid saya tidak tahu nama tumbuhan yang berada di sekeliling

mereka. Terdapat beberapa murid yang tahu nama pokok dan ada juga yang langsung tidak

tahu nama tumbuh- tumbuhan. Latar belakang sekolah saya adalah terdiri daripada 80%

daripada anak penoreh getah. 30% lagi adalah daripada pelbagai sektor swasta dan kerajaan.

Harapan saya penggunaan herbarium boleh meningkatkan kemahiran dan pengetahuan

mereka terhadap subjek Dunia Sains dan Teknologi.

2.0 FOKUS KAJIAN/ ISU KEPRIHATINAN

Hasil daripada refleksi yang saya lakukan berdasarkan lembaran kerja murid

tahun 3 saya dapati lima daripada 8 orang murid salah menjawab soalan yang melibatkan

ciri tumbuhan iaitu jenis akar. Daripada dapatan data ini saya perlu penambahaikan dari

segi mempelbagaikan kaedah dan cara pengajaran saya. Bagi mengukuhkan lagi

Page 4: PT AMOOO 2015.docx

[ ] PPG SAINS 1

pemasalahan yang saya rasa agak penting, saya telah merujuk rakan sejawat saya iaitu

Ketua Panitia Sains Pn Sanisah bt Omar. Beliau juga melihat data dan soalan yang telah

saya semak dan beliau juga menyatakan mengikut pengalaman beliau juga semasa

mengajar tahun 3 ramai murid akan bermasalah dalam menentukan jenis akar dan urat

daun berbanding dengan topik lain. Beliau juga bersetuju sekiranya saya ingin membuat

kajian tajuk tersebut. Keberkesanannya nanti boleh menjadi contoh dan panduan buat

rakan – rakan yang lain.

Melalui kaedah pengajaran yang saya lakukan sebelum ini murid tidak dapat

menguasai tajuk tersebut dengan baik. Sekolah saya juga tidak mempunyai Taman Sains

kerana tiada kawasan untuk diwujudkan. Murid tidak banyak dapat melihat pelbagai jenis

tumbuhan sekitar kawasan sekolah. Pengetahuan sedia ada murid tentang tumbuhan juga

lemah.

Oleh itu, saya terfikir untuk memberi pendedahan kepada murid tentang pelbagai

nama tumbuhan yang berada di sekitar mereka dan mengenali ciri – ciri tumbuhan dengan

menentukan urat daun. Saya menggunakan kaedah herbarium untuk membantu murid

mengetahui nama tumbuhan dan mengenali tubuhan tersebut serta mengetahui ciri- ciri

yang ada pada tumbuhan tersebut. Saya menggunakan kaedah ini kerana murid boleh

melihat sendiri, mengetahui nama tumbuhan tersebut dan urat daun kelihatan jelas apabila

tumbuhan dikeringkan. Oleh itu, masalah tersebut perlu diatasi dalam kadar segera untuk

meningkatkan lagi keputusan sains tahun 3 untuk PKSR bulan Jun 2015 ini.

3.0 OBJEKTIF KAJIAN

Objektif bagi penyelidikan tindakan saya adalah untuk :

i. Membuktikan bahawa kaedah penggunaan Herbarium dapat meningkatkan

kemahiran murid.

ii. Membolehkan boleh menyatakan jenis urat daun dengan tepat .

iii. Murid menamakan dengan tepat jenis akar pokok berdasarkan urat daun yang

dinyatakan.

Page 5: PT AMOOO 2015.docx

[ ] PPG SAINS 1

PERSOALAN KAJIAN

Penyedilikan tindakan ini saya jalankan untuk mengesan :

i. Adakah penggunaan Herbarium dapat meningkat kemahiran murid dalam tajuk ini?

ii. Adakah murid boleh menamakan urat daun dengan tepat berdasarkan tumbuhan

yang berbeza.

iii. Adakah murid boleh menentukan jenis akar dengan tepat berdasarkan urat daun

yang diperhatikan?

4.0 KUMPULAN SASARAN

Berdasarkan tinjauan dalam buku tulis

Murid Bilangan Jumlah yang tidak

menjawab dengan betul

Jumlah di Sasarkan

lelaki5 2 5

Perempuan

3 3

Merujuk jadual di atas saya mensasarkan 5 daripada 8 orang yang tidak menjawab

dengan betul yang terdiri daripada 5 orang iaitu 2 orang lelaki dan 3 orang perempuan.