pss 3104

Upload: vilash-kuna

Post on 14-Apr-2018

233 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/29/2019 PSS 3104

    1/21

    1.0 PENDAHALUAN

    Bagi tugasan pertama, kami diwajibkan mengkaji sesuatu isu kotemporari dunia dan impaknya

    kepada negara. Berdasarkan kamus Dewan Edisi ke-4, kontemporari bermaksud pada masa

    yang sama, semasa atau masa kini. Sebagai contohnya, fesyen kontemporari bermaksud

    fesyen masa kini, hiasan yang kontemporari bermaksud hiasan yang terkini, sajak

    kontemporari boleh didefinisikan ebagai sajak alaf baru dan pensyair kontemporari adalah

    pensyair baru.

    Manakala, isu kotemporari dunia bermaksud isu semasa dunia. Isu dunia boleh dibahagikan

    kepada beberapa kategori seperti isu politik, isu ekonomi, isu pendidikan, isu sosial, isu

    agama, isu alam semula jadi. Antara isu kini ialah perbelanjaan tentera dunia,

    krisis kewangan global, kehilangan biodiversiti, pemuliharaan terumbu karang, cukai,

    pengelakan, havens dan korean wave.

    Tugasan kedua adalah ulasan kritis mengenai laporan kemiskinan dunia. Ulasan dan kritikan

    itu sama dan bezanya hanya pada definisi saja, dari segi praktiknya ia adalah sama. Pengulas

    seharusnya tidak boleh membuat penghakiman tentang sesuatu isu sekiranya dia tidak

    mempunyai pengetahuan cukup untuk mengkritiknya.

    Ada beberapa perkara yang perlu diambilkira dalam mengulas dan mengkritik ini iaitu:

    1. Memberi gambaran am tentang apa yang diulas dan dikritik.

    2. Ulasan hendaklah ringkas dan mudah difahami tentang apa yang ingin di sampaikan.

    3. Ulasan dan kritikan mestilah menarik.

    4. Sebagai pengulas dan pengkritik kita hendaklah berbicara dengan pembaca dengan

    mengunakan bahasa yang mudah difahami.

    5. Pengulas dan pengkritik seharusnya menjelaskan samaada ia suka atau tidak tentang yang

    diulas dan dikritiknya.

    6. Mengulas dan mengkritik hendaklah berada dalam lingkungan yang ditetapkan oleh etika

    dan undang-undang.

  • 7/29/2019 PSS 3104

    2/21

    LAPORAN

    Korean Wave : Impaknya kepada sosiobudaya Malaysia

    Dalam mengejar cabaran globalisasi, kebanyakan negara telah memikirkan cara positif

    untuk terus berdaya saing. Dunia tanpa sempadan yang membolehkan maklumat disebarkan

    dengan cepat telah mempengaruhi nilai dan cara hidup masyarakat dunia. Ini dapat dilihat

    dalam dunia penyiaran dan hiburan. Jika dahulu filem dari Amerika Syarikat dilihat yang

    terbaik, tetapi kini masyarakat dunia mempunyai pilihan untuk mendapatkan hiburan alternatif.

    Kecenderungan ini telah mencetuskan ilham kepada Korea Selatan untuk menjual budaya

    sebagai pakej komoditi yang menguntungkan melalui Hallyu. Pakej budaya Korea Selatan

    lebih kepada bahasa, budaya, drama dan K-Pop. Dari soal selidik ke atas remaja Malaysia,

    jelas menunjukkan pegaruh Hallyu sangat menonjol sehingga berjaya menyerap masuk dalam

    kehidupan remaja Malaysia khasnya dan Asia amnya. Fenomena Hallyu diterima dengan baik

    dan memberi kesan yang positif pada sosio budaya mereka sendiri. Malaysia seharusnya

    dapat mengikut jejak langkah Korea Selatan dalam memicu lagi Malaysia Truly Asia dan pada

    masa yang sama bersedia untuk turut menyebarkan bahasa dan budaya yang menjadi jati diri

    Malaysia pada masyarakat Korea Selatan dan juga di negaranegara lain di dunia.

    Menurut satu kajian yang dikendalikan oleh Kementerian Kebudayaan Korea Selatan

    pada tahun lalu, terdapat 2.31 juta peminat Hallyu atau gelombang budaya Korea di Asia

    berdasarkan keanggotaan rasmi kelab-kelab peminat. Roald Maliangkay dalam artikelnya

    Wave Ripples menyatakan bahawa sejarah Korean Pop ataupun K-Pop bermula pada tahun

    Walaubagaimanapun, K-Pop mula terkenal di kalangan remaja Japan, Taiwan, dan China

    pada 1990-an dengan bantuan kumpulan artis seperti Seo Taiji and Boys. Gelombang Korea(Korean Wave) yang benar bermula dalam Julai 2004 apabila KyNul Korea KBS iniyNn'ga

    ('Winter Sonata') yang disiarkan di Jepun NHK dan penarafan penonton mencapai 20%. Para

    peminat yang sangat besar bagi drama Korea dikatakan kebanyakannya terdiri daripada

  • 7/29/2019 PSS 3104

    3/21

    wanita 40 dan lebih tua, sesetengah daripada mereka telah jatuh cinta dengan Chunsang

    KyNul yNn'ga terkemuka watak, yang dimainkan oleh Bae Yongjoon - kerana kelihatan baik

    beliau, semangat, keikhlasan dan baik manners.1 Walaupun Jepun terus menjadi yang paling

    pasaran yang penting untuk ini dan lain-lain bentuk budaya pop Korea, gembar-gembur

    didorong fenomena drama Korea di seluruh Asia.

    Malah, demam K-Pop bukan sahaja melanda di Asia Tenggara etapi pengaruhnya telah

    sampai hingga ke Eropah dan Amerika Syarikat. Antaranya, kumpulan Wonder Girls dengan

    lagu NoBody mendapat tempat U.S. Billboard Hot 100 chart. Selain itu, Super Junior dengan

    album keempat - Bonanama - mendapat ranking ke 7th kat Billboard's World Album-Chart in

    2010 Lagu kumpulan Big Bang dengan album Tonight berada di top 10 on US iTunes chart

    dan satu2nya album bukan english yang berada di top 100 Malah artis solo

    Taeyang 2ne1 mendapat nama di US dan Canada dengan lagu yang pelbagai.

    Harus memperakui bahawa golongan yang paling mengilai drama, dan muzik K-pop

    adalah golongan remaja. Artikel bulan Januari akhbar laman maya Viet Nam News

    menyatakan kebimbingan pengaruh K-Pop terhadap remaja Vietnam sehinggakan semakin

    melupakan muzik tradisi Vietnam. Remaja-remaja ini sanggup melungkan masa, tenaga dan

    duit mereka untuk bertemu dengan artis pujaan mereka. Selain daripada muzik, fashion

    pakaian korea juga menjadi trend terbaru di Vietnam. Sebagai contohnya, remaja-remja ini

    sanggup membuat baju fan club kumpulan/ artis kesayangan mereka. Selain itu, artikel

    tersebut juga menguarakan kebimbingan ibu bapa remaja Vietnam di mana remaja-remaja ini

    meluangkan lebih banyak masa di internet untuk mengetahui perkemangan dunia K-Pop

    sehingga mengabaikan kerja sekolah.

    Dalam kajian yang dijalankan di Filipine, KPOPPED!: Understanding The Filipino Teens

    Consumption Of Korean Popular Music And Videos; penulisnya Sarah Kristine M. Alanzalon,

    menyatakan bahawa elemen-elemen seperti konsep video muzik, fizikal artis Korea dan

  • 7/29/2019 PSS 3104

    4/21

    choreography sesebuah lagu menarik minat remaja-remaja Filipine untuk melayan dunia

    Korean pop. Melalui Kajian yang dijalankan juga didapati bahawa remaja di antara umur 15

    hingga 19 tahun merupakan golongan yang paling ramai terpengaruh oleh muzik Korea.

    Malah, ramai mengakui mereka sanggup belajar Bahasa Korea untuk memahami lirik-lirik lagu

    yang mereka minati. Seperti remaja Vietnam, remaja Filipine juga mendapatkan melayan K-

    Pop melalui laman-laman sosial yang tidak dikenakan bayaran mahupun yng perlu dibayar.

    Remaja-remaja mengakui mereka ingin melancong ke Korea untuk melihat tanah air artis

    pjaan mereka.

    Fenomena-fenoma yang dinyatakan di atas tidak jauh berrbeza daripada apa yang

    beraku di Malaysia. Menurut kajian Nor Has HimaH JalaluddiN & ZaHara Nia Hmad , Hallyu Di

    Malaysia: Kajian Sosiobudaya gelombang ini benar-benar mempengaruhi remaja Malaysia.

    semua remaja ini ditanya adakah mereka bercadang untuk mendalami bahasa Korea,

    melanjutkan pelajaran ke Korea dan berminat melancong ke Korea. Jawapan yang diterima

    sangat positif. Ini membuktikan remaja ini dapat menerima budaya Korea dengan baik.

    Seperti remaja-remaja negara lain terdapat beberapa factor yang menarik minat remaja

    Malaysia untuk melayan K-Pop. Anatara yang dinyatakan ialah jalan cerita adalah faktor

    menarik utama mereka menonton drama Korea. Memang tidak dinafikan banyak daripada

    drama Korea menyajikan drama percintaan yang memang digemari oleh remaja Malaysia.

    Drama Full House, Coffee Prince, Boys Over Flower, Autumn in My Heart dan banyak lagi

    berjaya menarik hati remaja Malaysia. Menurut Nor Has HimaH JalaluddiN, satu kelebihan

    drama Korea ialah hampir semua drama percintaan akan berakhir dengan kebahagiaan. Ini

    secocok dengan selera remaja yang hanya mengimpikan semua yang indah-indah belaka.

  • 7/29/2019 PSS 3104

    5/21

    Hero dan heroin yang tampan dan jelita dalam drama Korea juga menjadi faktor

    penarik. Ramai remaja memilih faktor paras rupa. Faktor ini selari dengan industri penjagaan

    kulit dan pembedahan plastik yang sangat popular di Korea sendiri. Seterusnya pemandangan

    yang cantik juga menjadi faktor penarik. Jika diperhatikan dalam drama Korea, pemandangan

    yang cantik selalu dapat menarik perhatian peminat sehingga minat mereka untuk melancong

    ke Korea dijadikan impian setiap remaja. Buktinya, filem Winter Sonata yang ditayangkan di

    Malaysia pada 2003 telah mampu menjual Pulau Nami sebagai satu destinasi wajib dilawati

    oleh pelancong Malaysia

    Faktor media dan tema cerita turut tersenarai sebagai faktor penarik. Tidak keterlaluan

    drama-drama Korea telah menarik hati para remaja Malaysia sehingga mengatasi pengaruh

    filem Hindustan dan Indonesia. Malah drama Melayu pun tidak dapat menandingi kehebatan

    gelombang drama Korea. Meskipun aktiviti cetak rompak adalah satu aktiviti yang meyalahi

    hukum siber, tetapi aktiviti cetak rompak drama Korea dan tontonan melalui YouTube

    memberikan maklumat terkini drama- drama Korea kepada para remaja

    Kita beralih pula pada K-Pop. Selain drama, muzik juga dapat diterima oleh remajaMalaysia. Menurut Norliza (2011), pengaruh lagu Korea telah mula diterima oleh remaja

    Malaysia. Kini, telah ada konsert-konsert artis Korea yang dianjurkan oleh penganjur dari

    Malaysia Dalam kajian yang dijalankan remaja menyatakan lagu yang sedap menjadi faktor

    penarik utama. Lagu-lagu Korea yang segar dengan kombinasi suara secara berkumpulan

    sangat menarik untuk didengar. Selain itu, terdapat juga remaja tertarik kepada tarian yang

    menarik menyebabkan mereka berminat dengan K-Pop. Memang tidak dapat dinafikan lagu

    yang sedap disertai dengan tarian yang menarik mampu memikat hati remaja. KBS World

    melalui siaran 390 ASTRO kerap menyiarkan lagu-lagu popular Korea mengukuhkan lagi

    minat remaja pada K-Pop. Sebagaimana dibincangkan di atas, peranan pihak

    bertanggungjawab dalam kesenian dan kebudayaan Korea dan cheabol memberikan

    perhatian serius dalam mengeksport hasil seni mereka sehingga mampu menjana pendapatan

    yang tinggi pada Negara Korea.

  • 7/29/2019 PSS 3104

    6/21

    Seterusnya menurut kajian Nor Has HimaH JalaluddiN & ZaHara Nia Hmad responden

    mereka mengatakan rupa artis dan tampan dapat menjadi faktor penarik kepada K-Pop. Sekali

    lagi ini menjadi faktor penarik yang penting. Kalau diperhatikan majoriti artis Korea sama ada

    dramatis mahupun penyanyi mempunyai bentuk badan yang lansing, muka yang comel dan

    tampan serta fesyen baju, kasut dan rambut yang kontemporari. Meskipun artis wanita selalu

    mendedahkan sebahagian besar kaki, namun ia masih dapat diterima asalkan bahagian atas

    dada tertutup rapi. Sebagai peminat Islam mendedahkan kaki lebih dapat diterima berbanding

    dengan mendedahkan dada. Faktor ini juga penting dalam menarik perhatian remaja Islam.

    Dua lagi factor yang menjadi penarik ialah rentak pop yang segar dan pengaruh media.

    Kenyataan di atas dikukuhkan lagi oleh rencana artikel lambakan trend keluaran

    Hmetro, penulisnya Shuhada Mansor menyatakan antara trend yang terkenal pada masa kini

    ialah K-Pop. Bukan saja muzik, gaya pakaian juga turut menjadi ikutan. Difahamkan, faktor

    utama K-Pop menjadi gelombang ibarat tsunami seluruh dunia adalah kerana rupa paras

    penyanyi yang comel tak kira lelaki atau wanita, tarian dan koreografi yang mantap serta lagu

    yang santai dan mudah dihafal walaupun bahasa berbeza. Buktinya, setiap kali artis Korea

    datang, boleh dikatakan tiket habis dijual dan kebanyakan daripada peminat tegar adalah

    golongan remaja.

    Justeru, remaja- remaja Malaysia sanggup mengeluarkan duit berates - ratus semata-

    mata untuk menghadiri konsert K-Pop. Sebagai contohnya, artikel Persembahan Artis Korea

    Menghiburkan oleh Khadijah Ibrahim membuktikan ketaksuban belia Malaysia terhadap kpop.

    Konsert Korean Music Wave 2011di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur yang dianjurkan oleh

    Group itu berjaya mengumpul peminat-peminat fanatik K-Pop sekitar 10,000 orang. biarpunharga tiket bernilai RM138, RM288, RM438 dan RM588, ia tidak menghalang para peminat

    untuk hadir melihat persembahan mereka.

  • 7/29/2019 PSS 3104

    7/21

    Pekara yang lebih menyedihkan ialah Kementerian Belia dan Sukan telah menimport

    artis Korea untuk membuat persembahan pada Hari Belia 2012 yang diadakan pada tahun

    lepas. Tiga kumpulan K-Pop dijemput ke Majlis tersebut iaitu U-Kiss, Teen Pop dan Shabet.

    Jumlah Perbelajaan yang dinyatakan untuk mengimport artis Korea adalah RM 900 000.

    Walaupun perhimpunan ini Berjaya mengumpul ramai Remaja tetapi apa yang menyedihkan

    ialah sebahagian besar remaja erkumpul untuk berjumpa artis-artis jemputan.

    Selain daripada itu, cara berpakaian yang sesuai dengan budaya dan suasana empat

    musim di Korea sering menjadi ikutan remaja Asia. Malah tidak keterlaluan jjika dikatakan

    fesyen Korea terutama dari segi pakaian, kasut malah penjagaan kulit muka menjadi

    ikutan ramai merentas Asia. Menurut penulisan ilmiah HALLYU DEMAM K-POP olehNormaisarah Binti Mohammad Zahari, fenomena ini dapat dilihat sendiri di bandar Seoul yang

    sangat banyak gedung fesyen, kedai penjagaan kulit malah khidmat pembedahan plastik yang

    tumbuh bak cendawan.

    Menurut statistik Smart Plasticsurgery, 13.8 juta prosedur pembedahan kosmetik telah

    dijalankan pada tahun 2011. Pembedahan ini telah meningkat sehingga 5% jika berbanding

    tahun 2010. Kos pembedahan plastic ini adalah antara US dollar 200 hingga 8000 dollar.

    Menurut MyMetro, artikel Bedah Plastik Kian Popular menyatakan pembedahan plastik

    dianggap sebagai perkara yang tidak sepatutnya dilakukan kerana ia melanggar norma

    kehidupan masyarakat Malaysia. Agama Islam juga melarang umatnya melakukan

    perubahan pada diri jika semata-mata untuk kecantikan hingga menimbulkan riak apabila

    dilihat orang lain. Tapi dengan munculnya budaya kecantikan moden ini, segelintir

    masyarakat Malaysia mula menerima konsep kecantikan menerusi pembedahan lalu tidak

    gentar melakukannya. Biarpun kes terpencil, makin ramai penduduk negara ini dikatakan

    rela berhabis wang menjalani prosedur di luar negara biasanya Singapura dan Thailand

    kerana bimbang diketahui masyarakat jika melakukannya di tanah air sendiri.

  • 7/29/2019 PSS 3104

    8/21

    Walaupun kes pembedahan plastic tidak kronik di Malaysi tetapi remaja-remaja

    Malaysia tidak melepaskan peuang meniru gaya idola mereka. Trend remaja Malaysia kini

    ialah pembelian kanta lens yang bercorak dan berwarna yang semakin meningkat. Menurut

    MyMetro, arkel Gila Tiru Gaya K-Pop. tinjauan Harian Metro di beberapa pusat beli-belah

    terkemuka di ibu negara mendapati, kanta lekap popular dengan jolokan kanta K-pop itu dijual

    secara terbuka di kebanyakan kedai aksesori wanita.Kanta lekap berharga antara RM25 dan

    RM29 sepasang itu tidak terhad kepada corak mata semula jadi atau potongan berlian, tapi

    menawarkan motif bintang, mawar serta kulit haiwan. Biarpun banyak peringatan sudah

    dikeluarkan pelbagai pihak berhubung bahaya penggunaan kanta lekap murah, namun masih

    ramai yang berdegil untuk mencuba dengan alasan mahu kelihatan cantik. Menurut artikel

    tersebut, remaja memilih kanta lens yang bercorak yang bersesuaian dengan gaya

    percakapan dan penampilan mereka.

    Selain daripada itu, trend gaya rambut juga menjadi kegilaan remaja terkini. Menurut

    berita remaja dalam rencana Trend Rambut 2013 gaya-gaya rambut yang disebarkan artis

    korea berdominasi trend remaja kini. Girlband dan boyband yang semakin menjamur

    memenuhi industri musik dunia membuat Korea berhasil menggeser eksistensi trend harajuku

    yang sempat merajai dunia fashion Indonesia. Para pelaku fashion, remaja pada khususnya,

    beramai-ramai merombak penampilan mereka, mengikuti beberapa tokoh-tokoh idola yang

    sering mampir di layar kaca, sebut saja : shiwon Super Junior, SNSD, t-ara BIG-Bang, dan lain

    sebagainya. Antara trend yang popular ialah glow serta straight

    Selain daripada masalah mengikut trend artis Korea yang dianggap kurang sesuai

    remaja Malaysia juga menjadi peminat tegar yang fanatik. Mereka tidak dapat menerima

    komen-komen atau teguran negative tentang dunia K-Pop. Malah bertindak kasar terhadap

    orang yang mengeluarkan komen-komen negative tentang k-pop. Mereka menunjukkan protes

    mereka terhadap masyarakat melalui pembukaan page di aman-laman sosial. Contoh

    pertama ialah ada satu kes peminat kpop sanggup ugut bunuh Mila Jiri artis Akedemi Fantasia

    kerana artis tersebut mengata artis Korea (Super Junior) Dalam Majalah Hai edisi keluaran

    http://www.beritaremaja.com/2012/05/trend-rambut-terpopuler-2012-untuk.htmlhttp://www.beritaremaja.com/2012/05/trend-rambut-terpopuler-2012-untuk.html
  • 7/29/2019 PSS 3104

    9/21

    Jun 2011 isu ini dipaparkan di muka surat hadapan. Malahan, terdapat juga peminat

    menubuhkan page Anti Mila dan Anti Rody Kristal dan sebagainya.

    Terdapat beberapa pihak mengambil kesempatan hallyu Korea. Dalam artikel Kosmo,oleh Nor Azreen Ismail, menyatakan bahawa Setelah beberapa lama K-Pop menjadi kegilaan,

    kini dalam arena muzik tempatan wujud pula yang dinamakan sebagai M-Pop (Malaysia-

    Pop)dan kumpulan Max 24:7 dikatakan antara yang pencetusnya. Terdapat juga kumpulan

    K=Pop Malaysia Lelaki yang terdiri daripada 10 orang lelaki. Kumpulan ini dikenali sebagai

    Max 24/7. Pada awalnya 12, kini 10 ahli MAX 24:7 mula membuka sayapnya untuk terbang

    tinggi di negara kita. 10 orang jejaka muda, Kim , Hans, A'ar, Fifie, Iym, Ob, Virgo, Mierul, Jaq

    dan Eykal. Tertubuhnya kumpulan yang berasaskan tema M-POP ini pada setahun yang lepas

    dibawah bimbingan penyanyi dan penulis lirik Aesar Mustafa.

    Jika Max 24/7 dikenali sebagai BoyBand K-pop Malaysia, Kumpulan Gula-gula pula

    berjaya menarik perhatian ramai sebagai . Kumpulan ini juga mengikut genre muzik K-pop

    dan gaya K-pop. Kumpulan Gula-Gula yang terdiri daripada 6 gadis iaitu Mei Mei, Chacha,

    Rara, Erwina, Joy dan Achie mencuba nasib. Namun, kumpulan-kumpulan ini dikritik hebat

    kerana berpakaian seksi dan kononnya tidak mempunyai identiti kerana meniru konsep K-Pop

    di laman-laman sosial. Namun, terdapat juga peminat - peminat kumpulan ini.

    Malaysia merupakan negara Islam. Dimana, 60 % rakyatnya adalah muslim. Oleh itu,

    beberapa unsure yang terdapat dalam dunia kpop seperti unsur Menurut Ridzki Maulana

    Hidayat bagi artikel Unit Kajian Islam Ideologis, menyatakan bahawa menyukai muzik-muzik

    Korea adalah harus sederhana kerana mendengar muzik dalam Islam sendiri hukumnya

    mubah, boleh dilakukan selama tidak terdapat perkara yang menjadikannya haram. Misalkan

    mendengar muzik sampai melalaikan solat, liriknya membawa kepada pemujaan terhadap

    lawan jenis dan mengandung kemusyrikan, maka aktiviti mendengar muzik yang kita lakukan

    menjadi aktiviti yang haram. Selain itu, maka boleh-boleh saja kita mendengar muzik. Yang

    menjadi masalah dalam kes ini adalah jika kita juga mulai mengidolakan para penyanyinya

  • 7/29/2019 PSS 3104

    10/21

    hingga semua yang berkaitan dengan mereka kita ikuti, dari penampilan hingga gaya hidup

    mereka.

    Tambahan artikel tersebut lagi, gaya hidup k-pop kurang sesuai dengan undang-

    undang Islam hingga layak untuk diikuti? Tentu saja jawapannya tidak. Para artis Girl Band

    misalnya, mereka memakai pakaian-pakaian mini yang memperlihatkan aurat mereka. Dua

    kali lima dengan Girl Band, Boy Band pun sama saja. Rata-rata muzik mereka

    menggambarkan gaya hidup remaja yang penuh hura-hura. Tidak layak sedikit pun gaya hidup

    seperti ini diikuti oleh kaum muslim, khususnya remaja-remaja muslim. Namun menurut artikel

    laman web oleh Julia Zapei bagi AFP News menurut salah seorang temu duganya yang

    beragama Islam menyatakan beliau tetap meminati K-pop yang mengabaikan padangan orang

    Islam..

    Bagaimana kita boleh menangani pengaruh negatif budaya K-pop ini? Adalah agak

    sukar untuk menangani pengaruh negative ini. Tugas dan tanggungjawab untuk menangani

    budaya negatif K-pop ini merupakan tugas semua orang. Setiap orang daripada kita, daripada

    pelbagai lapisan kedudukan, daripada pemimpin hinggalah kepada setiap individu itu sendiri,

    mempunyai peranan untuk sama-sama berusaha menangani masalah ini..

    Di peringkat individu, kita bertanggungjawab menjaga diri kita sendiri. Pekara pertama

    yang perlu dilakukan oleh seseorang individu ialah menyiasat akar masalah kpop. Jika kita

    teliti dengan cermat, masalah pengaruh k-pop ini bukan sekadar masalah sosial, tetapi terkait

    dengan ideologi atau asas dari sistem kehidupan yang berlaku di negeri ini. Seperti yang

    dinyatakan, gaya tarian yang seksi, pakaian yang singkat dan mendedahkan aura,

    pembedahan plastik dan budaya yang mengutamakan kecantikan melebihi akhlak semakin

    menular dalam masyarakat kita terutamanya di kalangan remaja.

    Sistem kehidupan ini memisahkan agama dari kehidupan, sementara kebahagiaan

    diukur berdasarkan pada manfaat atau kenikmatan fizikal dan dunia semata. Sistem ini

    menyandarkan diri pada nilai kebebasan (termasuk kebebasan berperilaku) di atas segalanya.

    Wajar jika pada akhirnya mendedahkan aurat di tempat-tempat umum, yang membawa

  • 7/29/2019 PSS 3104

    11/21

    kepada pergaulan bebas tanpa batas yang dilakukan tanpa rasa berdosa, hamil di luar nikah,

    dan abortion dianggap biasa; pelecehan seksual bahkan perkosaan (termasuk terhadap anak

    di bawah umur ataupun kerabat) sudah menjadi berita sehari-hari. Tampak jelas, sistem ini

    telah melahirkan aturan yang serba tidak jelas dalam seluruh aspek kehidupan, termasuk

    aturan sosialnya atau pengaturan hubungan lelaki dan perempuan. Wajarkah kita menjadikan

    cara hidup begini sebgai pegangan hidup kita?

    Di peringkat keluarga pula, jika kita adalah ketua keluarga, menjadi tanggungjawab kita

    untuk menjaga dan mendidik ahli keluarga di bawah jagaan kita agar mematuhi suruhan

    agama. Sekiranya ketua keluarga mendidik anak-anak mereka sedari awal dengan ketaatan

    kepada Allah, maka anak-anak ini selalunya menjadi seorang yang patuh dan mempunyai

    perilaku yang selaras dengan kehendak agama dan masyarakat. Kalaupun anak-anak ini agak

    nakal di peringkat awal, tetapi akhirnya anak-anak ini, apabila besar mudah diajak kembali

    untuk mematuhi nilai atau norma masyarakat. Begitu juga jika anak-anak yang dibesar dan

    dididik dengan kehidup jauh daripada nilai-nilai agama maka anak tersebut mudah cenderung

    kepada perilaku yang menyimpang apabila mereka besar.

    Menurut Sapora sipon, dalam kajian Peranan Ibu Bapa Menangani Masalah Gejala

    Sosial menyatakan bahawa masalah pengaruh budaya asing dapat diatasi jika ibu bapa

    perlulah mendidik anak-anak dengan displin yang kukuh. Dalam hal ini ibu bapa haruslah

    tegas bersifat autokratif dan bersifat tegas. Ganjaran boleh diberikan jika anak-anak mematuhi

    set displin yang diajar oleh ibu bapa. Selain itu, ibu bapa haruslah meluangkan masa bersama

    sama anak-anak mereka. MAsa yang diperuntukan boleh digunakan untuk membuat aktiviti

    yang berfaedah bagi menggelakkan anak kita daripada menonton rancangan television..

    .

  • 7/29/2019 PSS 3104

    12/21

    Manakala, masyarakat Malaysia seharusnya berasa bangga dengan budaya negara kita.

    Bukannya terpengaruh dengan cultural schizophrenia, iaitu rasa rendah diri terhadap kekuatan

    budaya sendiri dan merasakan segalanya yang datang dari dunia luar itu adalah terbaik,

    melambangkan ketinggian tamadun dan mampu membawa kemajuan negara. Generasi rakyat

    di negara pada hari ini perlu kembali merasakan bahawa masyarakat negara kita mampu

    untuk maju ke hadapan dengan menjadikan nilai-nilainya sendiri sebagai asas.Tidak ada

    salahnya kita mengambil nilai-nilai yang positif dari budaya lain asal sahaja nilai-nilai tersebut

    mampu disesuaikan dengan aspirasi agama dan budaya setempat.

    Masyarakat Malaysia juga harus mula menyokong industri hiburan negara kita. Haruslah

    rakyat Malaysia menonton filem, drama atau karya-kary oleh penerbit tempatan. Selain itu,

    elakkan menonton filem tempatan melalui media tanpa bayaran atau cetaak haram seperti

    You Tube, Dailymotion dan banyak lagi. Kajian harus dilakukan untuk menyiasat kekurangan

    media hiburan negara dan memperbaikinya dengan segera.

    Manakala, media massa tempatan juga memainkan peranan dalam mengurangkan pengaruh

    media luar. Karya-karya tempatan harusla ditanyangkan dengan lebih banyak. Ingkatkan

    promosi karya-karya tempatan dalam media kerajaan mahupun swasta. Manakala, media

    akhbar pula harus menerbitkanlebih banyak artikel mengenai pengaruh budaya K-Pop dan

    kesannya kepada budaya negara.

    Penerbit karya-karya tempetan pula haruslah mecipta karya yang bermutu tinggi, asli dan

    mempunyai unsure-unsur budaya negara. Penerbit harus belajar cara artis K-pop

    mengenalkan bdaya ereka melalui dunia hiburan. Karya-karya yang diciptakan juga perlu

    mengambil kira cita rasa penonton temptan dan dunia agar dapat memperkenalkan dunia

    hiburan negara.

    Dalam masa yang sama, kerajaan juga memainkan peranan yang penting dalam

    mengurangkan pengaruh budaya K-pop . Kerajaan harus menapis beberapa media, drama,

    muzik serta filem sebelum ditayangkan dalam negara. Namun, penapisan ini perlu dilakukan

    secara berperingkat dan pada masa yang sama meningkatkan sokongan dana seta ilmiah

  • 7/29/2019 PSS 3104

    13/21

    kepada terbitan tempatan Kerajan oleh menaja pelajar kita belajar pengurusan hiburan di luar

    negara dan membantu pelajar ini mengaplikasikan ilmu mereka untuk mempromosikan

    budaya timur.

    Secara ringkasnya, pengaruh K-pop ini membawa impak yang cukup mendalam pada masa

    yang singkat terhadap budaya dan kehidupan harian masyarakat tempatan tanpa disedari.

    Walaupun, impak dan kesan negatif budaya K-pop ini belum mendapat perhatian yang

    sepatutnya negara kita namun di negara-negara jiran kita isu ini mendapat perhatian yang

    sepatutnya. Langkah-angkah untuk mengatasi pengaruh k-pop dikalangan masyarakat

    terutamanya remaja haruslah diambil sebelum menular lebih dalam.

  • 7/29/2019 PSS 3104

    14/21

    ULASAN

    Artikel 2012 Fakta Dan Statistik Kebuluran Dan Kemiskinan Dunia yang diterbitkan oleh

    World Hunger Education Service (WHES) dalam sesawang badan organisasi mereka telah

    berbincng tentang kebuluran dan kemiskinan yang dialami di seluruh pelusuk dunia pada

    tahun 2005. Artikel tersebut bukan sahaja mengeluarkan data berbentuk graph yang

    menggambarkan peringkat kemiskinan dalam bentuk peratus, malah ia juga merupakan hasil

    kajian perkara-perkara lain yang berkait rapat dengan kebuluran dan kemiskinan dunia

    termasuklah tahap ketersampaian kepentingan asas seperti air bersih, pendidikan,

    keharmonian dan kesihatan.

    Salah satu graf dalam artikel ini menunjukkan peratusan penduduk dunia dalam

    pelbagai peringkat kemiskinan pada tahun 2005. Graf ini telah menggunakan Dolar Amerika

    Syarikat (USD) dalam Pariti Kuasa Beli dalam sehari sebagai tanda penentuan garisan

    kemiskinan. Mengikut Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Suku Keempat, 2009 yang

    dikeluarkan sebagai Akaun Negara, Pariti Kuasa Beli merupakan harga relatif yang mengukur

    bilangan unit bagi matawang Negara B yang diperlukan oleh Negara B untuk pembelian

    kuantiti yang sama bagi barangan atau perkhidmatan individu sebagai 1 unit dari matawang

    Negara A yang akan membeli dalam Negara A. Dalam carta tersebut, USD telah digunakan

    sebagai matawang Negara A. Dalam erti kata lain, matawang yang diperlukan oleh individu di

  • 7/29/2019 PSS 3104

    15/21

    seantero dunia untuk perbelanjaan seharian telah dibandingkan dengan USD yang diperlukan

    untuk perbelanjaan yang sama.

    Artikel tersebut memfokuskan kepada tiga peringkat iaitu, pendapatan sebanyak $1.00,

    $2.50 dan $10.00 dalam sehari. Kira-kira setengah daripada penduduk di seluruh dunia, atau

    lebih daripada tiga billion orang dalam erti kata lain, menjalankan kehidupan dan perbelanjaan

    seharian dengan kurang daripada $2.50 manakala sekurang-kurangnya 80% orang termasuk

    dalam golongan berpendapatan rendah daripada $10 dalam sehari. Ia juga dijangka bahawa

    lebih daripada 80% orang menetap di negara-negara di mana perbezaan pendapatan adalah

    amat ketara. Perkara yang paling mengejutkan ialah hampir tiga suku pendapat dunia

    bergantung pada 20% yang paling kaya. 40% yang paling miskin menyumbang kepada 5%

    daripada pendapat dunia sahaja. Perbezaan yang dramatik ini menggambarkan betapa

    seriusnya masalah kemiskinan dunia ini walaupun penduduk Malaysia sering tidak dapat

    merasai betapa beratnya isu ini.

    Tabung Kanak-kanak Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNICEF) telah

    membuktikan bahawa angkaran kematian kanak-kanak disebabkan oleh kemiskinan telah

    mencapai 22,000 setiap hari. Kanak-kanak begini lazimnya dikatakan meninggal dunia dengan

    senyap. Hal ini adalah kerana kematian dalam keadaan yang sangat lemah tidaklah selalu

    menarik perhatian orang ramai berbanding daripada kematian yang berlaku akibat penyakit

    dan kemalangan. Hampir 27% kanak-kanak di dunia ketiga dipercayai berada dalam keadaan

    terbantut. Isu ini tersebar luas di kawasan Asia Selatan dan bahagian sub- Sahara Afrika.

    Pada tahun kajian ini, 72 juta kanak-kanak di dunia ketiga yang berada dalam

    lingkungan umur kanak-kanak sekolah rendah didapati masih belum bersekolah dan 57%

    daripada mereka adalah kanak-kanak perempuan. Tambahan pula, hampir satu bilion orang

    masih buta huruf dan tidak dapat menandatangan nama mereka pada awal kurun ke-21. Hal

    yang amat menyedihkan ialah dengan hanya menggunakan kurang daripada 1% daripada

    perbelanjaan yang digunakan untuk senjata di seluruh dunia pada setiap tahun kita

    sepatutnya telah mampu memasukkan semua kanak-kanak ke sekolah menjelang tahun 2000.

  • 7/29/2019 PSS 3104

    16/21

    Kemiskinan juga telah menjadi salah satu pendorong utama yang meningkatkan

    kematian akibat penyakit. Hal ini kerana kebanyakan yang menghadapi penyakit-penyakit

    yang berjangkit dan berbahaya di negara-negara miskin tidak ada kewangan yang cukup

    untuk merawat penyakit itu. Selain itu, keadaan dan kebersihan negara-negara sebegini yang

    berkualiti rendah disebabkan oleh kekurangan sumber kewangan untuk memperbaiki keadaan

    tersebut seumpama menjemput penyakit-penyakit seperti AIDS,malaria dan sebagainya.

    Lebih kurang 40 juta orang dipercayai hidup dengan HIV/AIDS dan penyakit ini telah

    meragut sebanyak 3 juta nyawa pada tahun 2004. Di samping itu, penyakit malaria mencatat 1

    juta kematian dengan 350 hingga 500 juta kes setiap tahun. Afrika merupakan negara yang

    mencatat rekod penyakit malaria yang tinggi. Negara miskin ini menyumbang kepada 90%

    kepada kematian akibat malaria dan kanak-kanak Afrika mencakupi 80% daripada mangsa

    malaria di seluruh dunia.

    Masalah yang amat meruncingkan adalah masalah berkaitan air. Masalah ini

    mengancam seluruh umat manusia dan ia semakin teruk. Pada tahun 2005, 1.1 bilion

    penduduk di dunia ketiga tidak mempunyai bekalan air yang mencukupi dan 2.6 bilion pula

    tidak mencukupi kebersihan asas bagi bekalan air. Kebiasaanya, ramai antara 2.6 bilion ini

    menjalankan kehidupan seharian mereka dengan bergantung kepada pendapatan kurang

    daripada $2 sehari. Dua dalam tiga orang yang kurang mempunyai akses kepada air yang

    bersih berpendapatan rendah daripada $2 manakala seorang daripada tiga mereka menerima

    kurang daripada $1 sebagai pendapatan setiap hari. 85% daripada 20% yang paling kaya

    memiliki akses untuk air paip tetapi hanya 25% daripada 20% yang paling miskin menikmati

    kemudahan ini.

    Penduduk United Kingdom menggunakan lebih kurang 150 liter air setiap hari dan satu

    per tiga airnya digunakan sebagai curahan tandas semata-matanya padahal jumlah air yang

    digunakan oleh 1.8 bilion orang yang hanya mempunyai sumber air dalam lingkungan 1 km

    tetapi bukan di rumah mereka pada setiap hari ialah 20 liter sahaja. Amerika Syarikat

    mencatatkan penggunaan air yang tinggi bagi satu hari dengan penggunaan air sebanyak 600

    liter.

  • 7/29/2019 PSS 3104

    17/21

    Perbelanjaan kesihatan, kerugian produktiviti dan pemesongan buruh adalah antara

    sisa ekonomi yang berkaitan dengan kekurangan bekalan air dan kebersihannya. Tambahan

    pula, perbelanjaan ini memerlukan jumlah yang besar di sebilangan negara yang amat miskin.

    Sebagai contohnya, sub- Sahara Afrika kehilangan 5% daripada Keluaran Dalam Negara

    Kasar (KDNK) bagi mengatasi masalah ini setiap tahun. Jumlah ini melangkaui jumlah duit

    bantuan yang dibagi kepada rantau ini pada tahun 2003.

    Penyakit diarrhea atau cirit-birit yang disebabkan oleh kekurungan bekalan air bersih

    mendatangkan kematian kepada 1.8 juta kanak-kanak setiap tahun. Kenyataan yang amat

    menarik adalah masalah berkaitan air menyumbang kepada kehilangan 443 juta hari

    persekolahan setiap tahun. Hampir setengah penduduk negara-negara membangun

    mengalami masalah kesihatan berkaitan kekurangan air dan kebersihan pada bila-bila masa.

    Kajian ini menunjukkan bahawa dalam dunia ini yang mempunyai 2.2 bilion kanak-

    kanak, hampir setengah menderita dengan kemiskinan. 640 juta kanak-kanak di negara-

    negara membangun tidak mempunyai tempat perlindungan yang memadai, 400 juta tanpa

    bekalan air yang bersih dan 270 juta kanak-kanak ini juga tidak dapat menikmati kemudahan

    kesihatan. Jumlah kanak-kanak yang tidak memperoleh pendidikan di seluruh dunia dijangka

    121 juta.

    Di seluruh dunia, 10.6 juta kanak-kanak meninggal dunia sebelum mencapai umur 5

    tahun dan setiap tahun, 1.4 juta kanak-kanak menemui maut kerana kurang akses kepada

    bekalan air minuman yang selamat dengan kebersihan yang mencukupi. Di samping itu, 2.2

    juta kanak-kanak meninggal dunia setiap tahun kerana tidak menerima suntikan imunisasi.

    HIV atau AIDS pula telah menyebabkan 15 juta kanak-kanak kehilangan ibu bapa mereka.

    Jumlah ini sama dengan jumlah populasi kanak-kanak di Germany atau United Kingdom.

    Tiga daripada empat orang yang berpendapatan rendah daripada $1 pada setiap hari

    merupakan asal dari kawasan luar bandar. Penduduk kawasan luar bandar juga sering

    mengalami kekurangan zat makanan. Perkembangan dan pembangunan antara bandar

  • 7/29/2019 PSS 3104

    18/21

    setinggan dengan bandar menunjukkan perbezaan yang amat ketara. Bandar-bandar sedang

    mengejar ke arah kemajuan yang berteknologi tinggi jauh meninggalkan bandar-bandar

    setinggan di mana perkembangan masih lagi sedang merangkak. Walaupun setengah orang

    di dunia menetap di bandar, tetapi pada tahun 2005, satu daripada tiga penduduk bandar

    didapati masih hidup dalam keadaan setinggan.

    Di beberapa negara-negara yang sedang membangun, kira-kira 2.5 bilion orang

    terpaksa hidup bergantung kepada kayu api secara biomas, arang dan najis binatang sebagai

    sumber api untuk memasak. Sebagai umpama, di sub- Sahara Afrika, lebih daripada 80%

    penduduk masih menggunakan biomas tradisional untuk memasak sepertimana digunakan

    oleh setengah penduduk China dan India.

    Walaupun bahan-bahan ini digunakan dalam kehidupan seharian kerana mereka tidak

    ada pilihan lain, tetapi penggunaan bahan-bahan ini menyebabkan pencemaran udara

    dalaman yang membahayakan kesihatan penduduk-penduduk ini. Hakikat ini walaupun susah

    hendak diterima, tetapi itu adalah benar dan kenyataan yang langsung tidak dapat dinafikan.

    1.5 juta orang meninggal dunia akibat masalah ini dan malang sekali lebih daripada setengah

    daripada jumlah itu adalah kanak-kanak yang masih belum mencapai lima tahun. Angka ini

    melebihi jumlah kematian berlaku kerana malaria atau tuberkulosis.

    Pada 2005, 76.6% penggunaan swassta telah diliputi oleh 20% yang paling kaya

    manakala hanya 1.5% dirangkumi oleh 5% yang paling miskin. 10% yang miskin pula

    menyumbang kepada 0.5% penggunaan swasta. Sebaliknya, 10% yang kaya menyumbang

    kepada 59% penggunaan swasta. Kajian menunjukkan bahawa 1.6 bilion orang, satu suku

    daripada jumlah penduduk di dunia, hidup tanpa bekalan elektrik. Hampir 44% daripada orang

    yang hidup tanpa elektrik menetap di Asia Selatan manakala Sub- Sahara Afrika menyumbang

    547 juta orang untuk 1.6 bilion ini. 224 juta orang di Asia Timur turut menjalani kehidupan yang

    kurang selesa akibat tiadanya bekalan elektrik dan 1% penduduk lagi berasal dari tempat-

    tempat lain.

  • 7/29/2019 PSS 3104

    19/21

    Malang sekali, KDNK 41 negara-negara miskin yang menanggung hutang yang paling

    banyak adalah rendah daripada kekayaan daripada 7 orang terkaya di dunia digabungkan.

    KDNK dunia pada tahun 2006 pada bila dunia ini mempunyai 6.5 bilion penduduk ialah $48.2

    trilion. Manakala, 1bilion orang yang menetap di negara-negara terkaya di dunia menyumbang

    $36.6 trilion iaitu 76% bagi KDNK itu. Perkara yang paling kontroversi adalah kesemua

    jutawan di dunia yang hanya diliputi oleh 497orang menyumbang kepada 7% daripada KDNK

    ini tetapi 2.4 bilion penduduk dari negara berpendapatan rendah hanya menyumbang 3.3%

    kepada KDNK. Manakala sumbangan daripada penduduk negara berpendapatan sederhana

    pula $10 trilion iaitu 20.7%.

    Negara-negara berpendapatan rendah menjadi sumber kepada 2.4% daripada eksport

    negara. 0.13% daripada populasi negara pula mengawal 25% asset kewangan dunia pada

    tahun 2004. Bagi setiap $1 yang diterima oleh negara yang sedang membangun sebagai

    wang bantuan, lebih daripada $25 dibelanjakan untuk pembayaran hutang. 51% daripada

    seribu badan yang paling kaya di dunia dirangkumi oleh badan-badan korporat. Berbanding

    daripada negara perindustrian yang lain, negara terkaya di dunia telah bercatat rekod sebagai

    negara yang mempunyai jurang yang amat luas antara kaya dan miskin.

    Salah satu fakta yang ditemui dalam artikel ini adalah semakin miskin sesebuah negara

    itu, semakin besarnya kemungkinan pembayaran hutang sedang diambil daripada orang yang

    tidak pernah dikontrakkan sebarang pinjaman ataupun terima apa-apa bentuk kewangan.

    Pada tahun 1960, 20% penduduk di negara yang kaya menerima pendapatan 30 kali lebih

    banyak daripada 20% penduduk di negara yang miskin, tetapi menjelang tahun 1997, jurang

    ini naik secara mendadak dari 30 kali hingga 74 kali.

    Jika aliran jangka panjang ditelitikan, jurang antara negara-negara yang kaya dengan

    negara-negara yang miskin semakin meningkat. Hal ini dapat dilihat dengan jelas apabila

    dibandingkan dengan tahun 1820 dengan tahun 1992. Pada awal kurun ke-19, jarak tersebut

    ialah 3 kepada 1 manakala pada 1997 jarak ini telah meningkat secara drastik kepada 72

    kepada 1. Kira-kira 790 juta orang di negara-negara yang sedang membangun masih lagi

  • 7/29/2019 PSS 3104

    20/21

    kekurangan zat makanan. Masalah ini sungguh kronik di bahagian Asia dan Pasifik di mana

    dua per tiga daripada 790 juta orang ini tinggal.

    Kajian ini juga menjelaskan bahawa sejak dua dekad yang lepas iaitu bermula dari

    1980 hingga 2000, segala proses perkembangan ekonomi dan indikator yang lain-lain

    menunjukkan pemerosotan yang amat jelas berbanding dengan 2 dekad yang sebelumnya,

    iaitu dari 1960 hingga 1980. Antara indikator-indikator yang dianggap mustahak bagi

    menentukan tahap penyampaian dalam perkembangan ekonomik adalah perkembangan,

    jangka hayat, bayi dan mortality kanak-kanak serta pendidikan dan kecelikan. Mengikut tahap

    ini, semua negara di dunia telah dikategorikan dalam lima kumpulan yang lebih kurang sama

    dalam bilangan negara.

    Perkembangan ekonomi selama dua dekad ini telah menunjukkan penurunan yang

    amat ketara dan menyeluruh bagi semua kumpulan atau negara di dunia. Manakala, jangka

    hayat pula semakin menurun. Jangka hayat yang dianggap sebagai garis penentuan bagi

    indikator ini ialah 69 hingga 76 tahun. Dalam 5 kumpulan yang dibahagikan, 4 kumpulan

    negara telah menunjukkan penurunan dalam jangka hayat penduduknya dengan

    mengecualikan kumpulan negara yang paling tinggi.

    Pada era globalisasi iaitu pada 1980 hingga 1998, pelaksanaan untuk mengurangkan

    kematian bayi dan kanak-kanak turut menjadi semakin lambat dan perlahan berbanding

    dengan dua dekad yang sebelumnya. Kemerosotan dalam perkembangan elemen-elemen ini

    turut dapat dilihat dalam bahagian pendidikan dan kecelikan. Kesemua ini jelas sekali

    menunjukkan perkembangan ekonomi dalam aspek-aspek yang amat penting kini sering tidak

    diendahkan.

    Hanya 12% penduduk dunia dapat menikmati 85% bekalan air dengan sepenuhnya dan

    selesanya. 12% penduduk ini tidak tinggal di Dunia Ketiga. Perkara yang amat menyedihkan

    adalah keutamaan dalam perbelanjaan dunia tidaklah begitu memuaskan. Sebaliknya, aspek-

    aspek yang diutamakan bagi perbelanjaan dunia amat merungsingkan dan meyakitkan hati.

  • 7/29/2019 PSS 3104

    21/21

    Pada 1998, negara di Europah berbelanja sebanyak $50 bilion untuk pengeluaran

    rokok, $11 bilion untuk aiskrim dan $105 bilion untuk minuman keras atau beralkohol. Amerika

    Syarikat pula telah membazirkan sebanyak $8 bilion untuk kosmetik. Kedua-dua negara yang

    dianggap sebagai satu empayar yang amat berkuasa telah berbelanja $12 bilion untuk minyak

    wangi dan $17 bilion untuk makanan haiwan peliharaan. Japan pula telah berbelanja $35

    bilion untuk perniagaan hiburan. Pada tahun yang sama, sebanyak $400 bilion dibelanjakan

    untuk dadah dan $780 bilion pula untuk perbelanjaan ketenteraan.

    Di sebaliknya, hanya $6 bilion dibelanjakan untuk pendidikan asas, $9 bilion untuk

    bekalan air dan kebersihan, $12 bilion untuk kesihatan reproduktif untuk wanita dan $13 bilion

    untuk kesihatan asas dan zat makanan. Perbelanjaan sebegini hanya dianggap sebagai

    perbelanjaan tambahan untuk mencapai akses sejagat kepada perkhidmatan social asas di

    seluruh negara-negara yang sedang membangun.

    Sebagai konklusi, jurang antara penduduk dunia yang miskin dan kaya amat ketara dan

    situasi ini memberi impak yang sangat dramatik kepada peluang mereka untuk menikmati

    kemudahan dan keperluan manusia yang asas. Bukan setakat itu, tetapi perbelanjaan untuk

    kemudahan dan keperluan asas seperti pendidikan, kesihatan, bekalan air dan sebagainya

    kini, tidak diendahkan dengan serius. Dengan merancang perbelanjaan dunia dengan cermat

    dan memberi keutamaan kepada keperluan asas umat manusia, isu ini dapat ditangani.

    Kerjasama antara negara-negara tanpa mengira kekayaan dan kuasa yang dimiliki olehnya

    adalah kunci kejayaan dalam mengatasi isu ini. Diskriminasi antara negara-negara wajib

    dihapuskan bagi keharmonian dan keselesaan masyarakat dunia.