psikologi sukan kebangkitan dan kebimbangan dalam sukan

19
5.3 Kebangkitan dan kebimbangan dalam sukan

Upload: amin-upsi

Post on 22-May-2015

645 views

Category:

Education


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: PSIKOLOGI SUKAN kebangkitan dan kebimbangan dalam sukan

5.3 Kebangkitan dan kebimbangan dalam sukan

Page 2: PSIKOLOGI SUKAN kebangkitan dan kebimbangan dalam sukan

Definisi kebangkitan(arousal)

Cox(1998), mendefinisikan sebagai tahap kesediaan fisiologi yang berada dalam satu kontinum dari tidur yang lena sehingga kepada keseronokan yang terlampau.

Cratty(1989), mendefinisikan kebangkitan sebagai kesediaan untuk beraksi secara fizikal, intelektual atau perseptual.

Wann(1997), mendefinisikan kebangkitan sebagai tahap kesediaan fisiologi untuk beraksi secara fizikal, intelektual atau perseptual yang tidak dipengaruhi oleh emosi.

Page 3: PSIKOLOGI SUKAN kebangkitan dan kebimbangan dalam sukan

Definisi kebimbangan(anxiety)

Wann(1997), mendefinisikan kebimbangan sebagai interprestasi yang dibuat terhadap bentuk tekanan atau bebanan yang terdapat di persekitaran sama ada yang telah, sedang dan yang akan dihadapi oleh individu.

Iso Ahola dan Hatfield(1986), menjelaskan kebimbangan merupakan gabungan antara kesan fisiologikal dan psikologikal yang berlaku akibat tafsiran yang dibuat oleh individu terhadap satu situasi.

Gould dan Krane(1992), kebimbagan dijelaskan sebagai dimensi emosi atau kognitif kebangkitan.

Page 4: PSIKOLOGI SUKAN kebangkitan dan kebimbangan dalam sukan

Proses Psikologi

Proses kebangkitan◦Kebangkitan berpunca dari tindakan sistem

saraf automatik (SSA). Ia mengawal tindakan automatik serta fungsi luar kawal badan seperti dengupan jantung.

◦Ia boleh dibahagikan kepada sistem simpatetik dan parasimpatetik.

◦Sistem simpatetik boleh dianggap sebagai pusat kebangkitan dengan menyediakan badan untuk tindakan flight atau fight. Sementara parasimpatetik berfungsi sebagai penenang.

Page 5: PSIKOLOGI SUKAN kebangkitan dan kebimbangan dalam sukan

Setiap individu mempunyai tahap kebangkitan yang berbeza dengan individu yang lain.

Sekiranya aktiviti simpatetik meningkat, maka tahap kebangkitan individu juga akan meningkat melebihi tahap optima. Oleh itu, parasimpatetik bertanggungjawab untuk menurunkan tahap kebangkitan agar kembali kepada tahap asal (homeostasis)

Page 6: PSIKOLOGI SUKAN kebangkitan dan kebimbangan dalam sukan

Tahap Optimum Kebangkitan

Kebangkitan boleh diletakkan dalam satu kontinum yang terdiri daripada tidur yang lena sehinggalah kepada keseronokan yang terlampau(Cox, 1998)

Dari kajian, organisme hidup sebenarnya mencari satu tahap kebangkitan yang sesuai dan selamat ketika melakukan sesuatu tugasan.

Tahap ini dikenali sebagai tahap kebangkitan yang optimum.

Keinginan mendapatkan tahap kebangkitan yang optimum ini dikenali sebagai sensoristasis.

Page 7: PSIKOLOGI SUKAN kebangkitan dan kebimbangan dalam sukan

Indikator kebangkitan

Antara kaedah yang biasa digunakan bagi mengesan tahap kebangkitan individu ialah alat elektrofisiologikal.

Cara ini biasa digunakan untuk mengesan tahap kebangkitan adalah peningkatan kadar nadi, ketegangan otot, pengeluaran peluh, peningkatan pernafasan, perlakuan yang tidak teratur, percakapan laju serta hilang rentak perlakuan biasa.

Page 8: PSIKOLOGI SUKAN kebangkitan dan kebimbangan dalam sukan

Jenis-jenis kebimbangan

Levitt(1980), mengkategorikan kebimbangan kepada 2 tahap iaitu:◦ Kebimbangan tret (trait anxiety)◦ Kebimbangan seketika(state anxiety)

Kebimbangan tret merujuk kepada ciri-ciri personaliti individu.

Mereka yang mengalaminya akan sering mentafsirkan situasi persekitaran mereka sebagai menekan atau mengugat diri.

Keadaan ini meningkatkan lagi tahap kebimbangan mereka.

Page 9: PSIKOLOGI SUKAN kebangkitan dan kebimbangan dalam sukan

Kesan kebangkitan dan kebimbangan terhadap individu◦Stres◦Eustres◦Distres◦Hiperstres◦Hypostres

Page 10: PSIKOLOGI SUKAN kebangkitan dan kebimbangan dalam sukan

Stres

Menurut Hans Selye(1982), stres adalah respons tubuh tanpa emosi terhadap bebanan atau tekanan persekitaran.

Merupakan tindak balas fisiologikal yang semulajadi terhadap tekanan atau bebanan yang terdapat di persekitaran.

Nilai stres sama ada positif atau negatif, bergantung kepada tafsiran yang dibuat oleh individu yang menghadapinya.

Oleh itu, stres dan kebangkitan mempunyai persamaan yang ketara iaitu kedua-duanya bersifat semulajadi serta tidak mempunyai pengaruh emosi.

Page 11: PSIKOLOGI SUKAN kebangkitan dan kebimbangan dalam sukan

Eustres

Eustres merupakan stres yang bersifat positif.

Contohnya perasaan atau debaran atlet yang menanti nama diumumkan sebagai pemenang.

Dalam konteks ini, eustres dianggap sebagai bentuk debaran yang positif oleh atlet itu.

Page 12: PSIKOLOGI SUKAN kebangkitan dan kebimbangan dalam sukan

Distres

Stres yang diklasifikasikan sebagai stres yang negatif.

Dalam konteks ini, individu merasakan tidak mampu menghadapi tekanan atau bebanan yang dihadapi dalam persekitaran.

Persepsi ini, boleh menjelaskan prestasi atlet dan menimbulkan kesan negatif.

Page 13: PSIKOLOGI SUKAN kebangkitan dan kebimbangan dalam sukan

Hyperstres

Merujuk kepada keadaan tahap serta jumlah stres yang dialami melampaui kemampuan untuk menangani keadaan tersebut.

Contohnya, dalam keadaan tertekan yang keterlaluan, seseorang akan menjadi kaku dan tidak memberi sebarang reaksi.

Page 14: PSIKOLOGI SUKAN kebangkitan dan kebimbangan dalam sukan

Hypostres

Keadaan hypostres pula adalah berlawanan dengan hyperstres.

Keadaan hypostres adalah tidak ada jumlah atau bentuk stres yang mempengaruhi langsung keadaan seseorang individu.

Keadaan ini akan menimbulkan kebosanan.

Page 15: PSIKOLOGI SUKAN kebangkitan dan kebimbangan dalam sukan

Pengurusan stres

Kawalan pernafasan◦ Teknik ini amat penting untuk dipraktikan dalam

sesuatu permainan.◦ Teknik ini amat berkesan serta merupakan teknik

yang paling mudah untuk mengurangkan kebimbangan dan tekanan otot.

◦ Keadaan ini amat penting kerana jika atlet berada dalam keadaan tenang mereka akan dapat menumpukan kepada permainan dengan berkesan. Ini berbeza jika atlet berada dalam keadaan tertekan, tumpuan mereka akan terjejas.

Page 16: PSIKOLOGI SUKAN kebangkitan dan kebimbangan dalam sukan

Progressive/Muscular/Relaxation(PMR)◦ Teknik ini juga dikenali sebagai rehat secara prograsif dalam

proses mengurangkan kebimbangan somatik.◦ Ia biasanya digunakan bagi mengurangkan kawalan perasaan

secara psikologikal yang berkait rapat dengan peningkatan kebimbangan somatik.

◦ Teknik ini diasaskan oleh Edmund Jacobson(1938), yang menjelaskan bahawa ketegangan serta kegugupan tidak mungkin wujud dalam diri individu yang otot-ototnya berehat.

◦ Beliau menjelaskan ketegangan dan kegugupan otot involuntari boleh dikurangkan jika otot rangka yang lain direhatkan. Jacobson mengatakan bahawa minda yang resah dan bercelaru tidak wujud dalam badan yang tenang dan relak.

Page 17: PSIKOLOGI SUKAN kebangkitan dan kebimbangan dalam sukan

Latihan Autogenik◦ Ia hampir sama dengan PMR kerana kedua-duanya

menghasilkan respons relaksasi pada otot.◦ Perbezaannya hanyalah fokus prosedur relaksasi itu

sendiri.◦ Prosedur ini dihasilkan oleh Johannes Schultz(1959),

yang menggunakannya dengan pesakit yang dihipnosis.

◦ Pesakit akan melaporkan keadaan mereka selepas menjalani proses ini dan rasa relaks itu akan diikuti dengan kehangatan dan berat pada otot badan yang relaks.

Page 18: PSIKOLOGI SUKAN kebangkitan dan kebimbangan dalam sukan

Imageri◦Ia juga dikenali sebagai istirehat pemikiran.◦Istirehat secara saintifik yang dikenali sebagai

tindakbalas istirehat dipopularkan oleh Herbert Benson(1974).

◦Ia menggunakan elemen meditasi tetapi mengenepikan sebarang aktiviti yang berbentuk keagamaan.

◦Ia digunakan sebagai asas persediaan mental untuk menghadapi sebarang pertandingan.

Page 19: PSIKOLOGI SUKAN kebangkitan dan kebimbangan dalam sukan

Penetapan Matlamat ◦Merupakan cara yang sesuai untuk menaikkan

semangat atau tahap kebangkitan fisiologi atlet atau pasukan.

◦Matlamat yang realistik dan berkesan perlu disasarkan untuk meningkatkan kebangkitan dan motivasi atlet berkenaan.

◦Matlamat yang bersifat pencapaian harus dielakkan, sebaliknya perlu kepada matlamat yang beriorentasikan proses atau pencapaian terbaik atlet tersebut.