psikologi sosial.pptx

Upload: norazlena-awang

Post on 03-Mar-2016

270 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

PSIKOLOGI SOSIAL

TAJUK 9 : PSIKOLOGI SOSIAL9.1 Sikap9.2 Pengaruh Sosial9.3 Tingkah Laku Sosial Positif & NegatifDEFINISI PSIKOLOGI SOSIAL Allport GPsikologi sosial ialah suatu bidang yang cuba memahami dan menerangkan bagaimana fikiran, perasaan dan tingkah laku individu di pengaruhi oleh jangkauan, khayalan ataupun kehadiran orang lain bersamanya.Psikologi sosial adalah pengajian saintifik berkenaan tingkah laku.Mc. GrathDEFINISI PSIKOLOGI SOSIAL Robert S. FredmanPsikologi sosial ialah satu kajian mengenai orang lain mempengaruhi tingkah laku individu.Psikologi sosial ialah satu disiplin yang merujuk kajian sistematik ke atas hubungan interaksi sesama manusiaKenneth J Gergen & Mary GergenBIDANG PSIKOLOGI SOSIAL 9.1 : SIKAPOLEH:Zanazuriany Bt Mohd Amin (818039)

Bagaimana kita suka atau tidak suka terhadap sesuatu dan pada akhirnya menentukan perilaku kita. Sikap ialah kecenderungan untuk bertindakbalas secara positif atau negatif terhadap sesuatu perkara. Contoh : idea, objek, individu dan situasi.Meuller (1986) menyatakan sikap adalah gambaran sejauhmana seseorang itu menyukai atau tidak menyukai sesuatu.William James menyatakan bahawa penemuan terbesar manusia adalah bahawa perubahan sikap dapat mengubah nasib seseorang. Sikap ibarat asas dalam sesebuah bangunan, semakin tinggi bangunan itu maka semakin kukuh asas yang diperlukan.

DEFINISI SIKAP

DEFINISI SIKAPDefinisi sikap para ahli

DEFINISI SIKAP

DEFINISI SIKAPMenghasilkan semangat, wawasan, kesungguhan, kegembiraan & kebahagiaan.Menghasilkan kemalasan, kekecewaan, putus asa & ketidakupayaan.SIKAP POSITIFSIKAP NEGATIFSIKAP POSITIF DAN SIKAP NEGATIFKOMPONEN SIKAPPERILAKUAFEKTIFKOGNISI

PERILAKU

Terdiri daripada kecenderungan atau tujuan untuk bertindak pada tingkah laku tertentu yang berkaitan dengan sikap kita.AFEKTIF

Merangkumi emosi positif dan emosi negatif individuKOGNISI

Merujuk kepada kepercayaan dan pemikiran yang dipegang oleh seseorang terhadap sesuatu objek.(Bloom, 1956) Sikap itu dipelajari (learn ability)Contoh : lapar, haus adalah motif psikologis yang tidak dipelajari, tetapi pilihan pada makanan adalah sikap.

Memiliki kestabilan (stability)>> sikap dipelajari stabil / kuat pengalaman.Contoh : perasaan suka dan tidak suka terhadap warna tertentu yang sifatnya berulang-ulang yang akan mendorong individu suka kepada warna tersebut.

Personal societal significanceContoh : jika seseorang merasakan orang lain menyenangkan, terbuka dan bermakna bagi dirinya, jadi dia merasakan bebas dan suka kepada individu tersebut.

Pemikiran dan PerasaanContoh : objek itu dirasakan menyenangkan atau tidak menyenangkan.

Approach Avoidance DirectionalityContoh : apabila seseorang suka kepada suatu objek (favorable), dia akan mendekati objek dan orang lain juga membantu untuk dapatkan objek tersebut dan sebaliknya jika bersikap unfavorable, mereka akan menghindarinyaKAREKTOR SIKAPSikap seseorang bukan sejak dilahirkan tetapi dibentuk atau dipelajari sepanjang perkembangan dan hubungan dengan persekitarannya.

Sikap itu berdiri sendiri tetapi sentiasa dipengaruhi oleh orang lain atau persekitarannya.

Sikap boleh tertumpu pada satu-satu perkara atau meliputi beberapa perkara dalam situasi tersebut.KAREKTOR SIKAP9.2 : PENGARUH SOSIALOLEH:Mohamad Farhan B Zainal (817914)1. Pujukan2. Tarikan Fizikal3. Jarak (Proximity)4. Kebiasaan5. Persamaan

PENGARUH SOSIALPujukan merupakan pengaruh sosial yang bertujuan untuk merubah tingkah laku, ataupun sikap, orang lain.

Empat (4) faktor penting yang boleh mempengaruhi pujukan ialah : 1. Sumber 2. Maklumat 3. Laluan 4. Penonton

Tarikan Interpersonal, iaitu suka, sayang dan keinginan seksual, adalah gabungan kompleks di antara kognitif dan afektif manusia.

1. PUJUKANDapatan daripada satu kajian, yang dibuat ke atas pelajar-pelajar yang dipasangkan lelaki dan perempuan di dalam satu majlis universiti, telah menunjukkan bahawa tarikan fizikal memainkan peranan utama dalam menentukan sama ada individu tertentu disukai oleh pasangannya ataupun tidak.2. TARIKAN FIZIKALDapatan kajian tersebut juga telah menunjukkan bahawa kemahiran sosial, kepandaian dan personaliti tidak memainkan peranan dalam menimbulkan perasaan suka terhadap pasangan masing-masing.

Namun begitu, kepentingan tarikan fizikal didapati beroperasi sewaktu temujanji yang pertama, dan seterusnya, temujanji yang berikutnya.2. TARIKAN FIZIKALTarikan fizikal didapati penting kerana ia menaikkan taraf sosial dan penghargaan-kendiri individu apabila berpasangan dengan individu yang mempunyai kecantikan fizikal, atau daya penarik.

Lelaki dan wanita akan dinilai tinggi sekiranya mempunyai pasangan yang cantik ataupun tampan.2. TARIKAN FIZIKALJarak (Proximity) memainkan peranan dalam hubungan individu.

Kajian menunjukkan bahawa jarak tempat tinggal memainkan peranan dalam menentukan sama ada dua individu akan berkawan ataupun bagaimana.3. JARAK (PROXIMITY)Dalam satu kajian di kawasan rumah pangsa, responden diminta menamakan tiga (3) nama individu yang sering mereka dampingi.

Dapatan kajian menunjukkan 41% penduduk menamakan jiran di sebelah rumah, 22% pula menamakan jiran yang jarak rumahnya adalah selang dua (2) pintu (iaitu lebih kurang 30 kaki), dan hanya 10% sahaja menamakan jiran yang tinggal di hujung blok rumah pangsa tersebut.3. JARAK (PROXIMITY)Kebiasaan terhadap sesuatu perkara juga akan meningkatkan rasa suka.

Contohnya, seekor tikus yang didedahkan secara berulang kali dengan muzik Mozart akan menyukai muzik tersebut akhirnya.4. KEBIASAANPersamaan di antara individu juga akan menimbulkan sikap suka.

Pasangan yang mempunyai persamaan, biasanya, akan tinggal dan hidup bersama.

5. PERSAMAAN9.3 : TINGKAH LAKU SOSIAL POSOTIF & NEGATIFOLEH:Norazlena Bt Awang (817917)

TINGKAH LAKU

Perubahan sikap secara paksa (Brainwashing)Brainwashing, biasanya, bermula dengan menjadikan sasaran lemah dan rasa rendah diri.Konsep utama brainwashing(a) Unfreezing(b) Perubahan(c) Freezing

TINGKAH LAKU SOSIAL POSITIF DAN NEGATIFPERUBAHAN SIKAP SECARA PAKSA (BRAINWASHING)Ia dilakukan ke atas orang yang berada di bawah genggaman, atau tahanan.

Seseorang yang menggunakan teknik ini mempunyai kuasa mutlak ke atas persekitarannya, dan secara psikologinya memanipulasikan orang lain.TEKNIK YANG DIGUNAKANKONSEP UTAMA BRAINWASHINGTINGKAH LAKU PREJUDIS

Sikap prejudis meliputi perasaan buruk sangka, takut dan benci.

Ahli psikologi menyatakan bahawa prejudis merupakan satu format menyalahkan individu atau kumpulan lain kerana tindakan orang lain, atau keadaan, yang berlaku bukan disebabkan oleh mereka.

Personaliti Autoritarian amat cenderung untuk bersikap prejudis.PREJUDISJENIS-JENIS PREJUDISPrejudis terhadap bangsa yang terdapat di dalam sesebuah institusi secara langsung, ataupun tidak langsung, dan disokong pula oleh struktur kuasa sosial yang memerintah ( misalnya di dalam kerajaan, sekolah, dan sebagainya ).

RACISMPrejudis ke atas ahli-ahli kumpulan berdasarkan kepada jantina, ataupun gender.

SEXISMDiskriminasi ke atas umur.Prejudis berdasarkan kepada faktor umur.

AGEISMKepercayaan bahawa heteroseksualiti adalah lebih baik, atau natural, berbanding dengan homoseksualiti.

HETEROSEXISMMeletakkan kumpulan, ataupun bangsa, sendiri di tengah.Ia bermaksud menolak semua kumpulan identiti lain kecuali identiti sendiri.

ETHNOCENTRISMImej, atau pandangan, yang memperlekehkan, ataupun mengambil ringan, ciri-ciri individu yang tergolong di dalam sesuatu perkumpulan sosial.Contohnya, orang selalu menganggap bahawa orang berkulit putih sebagai bijak, atau cantik.

STEREOTAIP SOSIALTINGKAH LAKU PROSOSIAL

Tingkah laku prososial adalah sesuatu perbuatan dengan memberi bantuan dan pertolongan kepada individu lain.

Freud dan Hobbes (1651)Tingkah laku prososial merupakan suatu tingkah laku yang menghasilkan kebaikan bersifat secara fizikal kepada orang lain.

Wispe (1972)TINGKAH LAKU PROSOSIALTINGKAH LAKU PROSOSIALTingkahlaku prososial adalah satu aksi yang tidak membawa apa-apa manfaat kepada individu yang melaksanakannya dan kadang kala aksi itu melibatkan risiko serta pengorbanan. Aksi ini memberi manfaat kepada orang lain yang lazimnya tidak tidak dikenali dan bantuan yang diberi itu biasanya berasaskan kepada standard-standard etika sesuatu masyarakat.Baron & Byrne (1987)Tingkahlaku prososial boleh diperolehi daripada meniru tingkah laku ibu bapa mereka sendiri ataupun tingkah laku individu-individu lain yang bermakna pada diri mereka ini. Pada masa yang sama perolehan ganjaran selepas sesuatu tingkah laku prososial dilakukan juga penting kerana cara ini dengan tidak langsung dapat membentuk tingkah laku tersebut.Krebs dan Bridgeman (1983)1. Peristiwa Kitty Genovesse(a) Senario Bystander Apathy

2. Model Latane dan Darcy(a) Menunjukkan langkah yang diambil oleh individu sebelum membuat sesuatu komitmen untuk membantu.TINGKAH LAKU PROSOSIALPenduduk sebuah pangsapuri di Queens, New York, hanya menyaksi dan mendengar jeritan Kitty yang dibunuh di luar bangunan mereka.

Tidak seorang pun individu, yang telah menyaksi dan mendengar Kitty menjerit meminta tolong, mengambil inisiatif untuk memanggil polis sehinggalah serangan ke atas Kitty itu selesai yang mengakibatkan Kitty mati dibunuh..BYSTANDER APATHY : PERISTIWA KITTY GENOVESEAhli psikologi menggelarkan senario di mana orang di sekeliling enggan menghulur bantuan ketika berlaku sesuatu kecemasan sebagai bystander apathy.BYSTANDER APATHY : PERISTIWA KITTY GENOVESEMenurut ahli psikologi, kegagalan untuk membantu individu yang berada di dalam keadaan kecemasan adalah disebabkan oleh bilangan orang yang ada, ataupun yang hadir, ketika kejadian itu berlaku.

Kajian yang dijalankan mengenai kes seumpama ini telah menunjukkan bahawa semakin ramai orang yang hadir, atau yang berada, di dalam sesuatu keadaan kecemasan, semakin kuranglah peluang individu, yang menjadi mangsa itu, untuk mendapatkan pertolongan, ataupun untuk diselamatkan.BYSTANDER APATHY : PERISTIWA KITTY GENOVESEDi dalam kes Kitty Genovese ini, setiap orang yang berada di tempat kejadian, lazimnya, akan membuat suatu anggapan, ataupun andaian, bahawa akan ada orang lain yang akan memberi bantuan kepada si mangsa tadi. Ini kerana ramai orang yang telah melihat kejadian tersebut berlaku.BYSTANDER APATHY : PERISTIWA KITTY GENOVESEModel ini menunjukkan langkah-langkah yang akan diambil oleh seseorang individu itu sebelum dia membuat sesuatu komitmen, ataupun pengakuan, untuk memberi sesuatu bantuan kepada pihak tertentu yang meminta bantuan daripadanya.MODEL LATANE AND DARCYPeristiwa BerlakuTidakMembantuKecemasanTiadaBantuanTidakPerasanPerasanTanggungjawabBukanTanggungjawabTiadaBantuanAkan BeriBantuanBukanKecemasanTINGKAH LAKU LANGSANG

Tingkah laku fizikal dan psikologikal yang bertujuan untuk menyakiti seseorang, ataupun untuk memusnahkan harta benda.

Ia didefinisikan sebagai keinginan untuk menyakiti, atau mencederakan, seseorang, ataupun bertindak ganas terhadap seseorang.

TINGKAH LAKU LANGSANGJENIS TINGKAH LAKU LANGSANGAncaman (Threat)InstrumentalIa berlaku apabila seseorang itu marah.

Matlamatnya ialah untuk menyakiti sasarannya (iaitu individu yang dimarahinya).

Ia dilakukan untuk mencapai sesuatu matlamat, atau cita-cita.

Contohnya, pencuri mungkin menikam mangsa kerana ingin merampas sesuatu yang dimiliki mangsa.

Tindakan pencuri tadi bukan disebabkan dia marah terhadap mangsa, tetapi tingkah laku tersebut adalah bertujuan untuk mencapai cita-citanya, iaitu memiliki barang kepunyaan si mangsa.

HIPOTESIS FRUSTRATION - AGGRESSION1. Frustration, atau geram, atau dihadang daripada mencapai matlamat merupakan punca tingkah laku langsang.

2. Kehadiran perasaan marah juga merupakan penyebab, atau pencetus, kepada timbulnya tingkah laku langsang.

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI TINGKAH LAKU MANUSIAPerasaan, Penilaian dan Tindakan Individu dalam Situasi SosialTERIMA KASIH