psikologi pendidikan hbef2103 januari 2012

Upload: azril-mohd-romli

Post on 05-Apr-2018

222 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/31/2019 Psikologi Pendidikan HBEF2103 Januari 2012

    1/11

    HBEF2103

    KANDUNGAN MUKA SURAT

    1.0 PENGENALAN 2

    1.1 LATAR BELAKANG MURID YANG DIKAJI 3

    1.2 FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENCAPAIAN

    AKADEMIK 4

    1.2.1 SOSIOEKONOMI KELUARGA 4

    1.2.2 SIKAP MURID 5

    1.2.3 MINAT MURID 6

    1.2.4 GALAKAN / SOKONGAN DARIPADA IBU BAPA 8

    2.0 CADANGAN LANGKAH-LANGKAH BERNAS YANG BOLEH DIAMBIL

    OLEH GURU 9

    3.0 KESIMPULAN 11

    1.0 PENGENALAN

    1

  • 7/31/2019 Psikologi Pendidikan HBEF2103 Januari 2012

    2/11

    HBEF2103

    Kecemerlangan akademik merupakan satu matlamat yang ingin dicapai oleh mana-

    mana pelajar sama ada di sekolah rendah, sekolah menengah mahupun institusi pengajian

    tinggi. Kecemerlangan akademik dijadikan sebagai satu alat untuk mengukur pencapaian

    akademik yang telah dilalui di institusi pendidikan. Di sekolah rendah, pencapaian

    akademik selalunya diukur melalui ujian atau peperiksaan yang diadakan oleh pihak

    sekolah mahupun secara berpusat oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia iaitu Ujian

    Penilaian Sekolah Rendah (UPSR). Oleh itu, kebiasaannya pihak sekolah melalui guru-

    guru akan sedaya upaya mengajar dan menyediakan murid untuk menghadapi peperiksaan

    tersebut. Ini kerana prestasi guru juga akan dilihat daripada pencapaian murid-murid

    melalui mata pelajaran yang diajar sama ada mencapai target atau sebaliknya. Murid-murid

    juga akan berusaha untuk mencapai keputusan yang baik di dalam ujian atau peperiksaan

    untuk mengejar sasaran peribadi mahupun yang diharapkan oleh kedua ibu bapa mereka.

    Ibu bapa juga mengharapkan anak-anak mereka mencapai keputusan yang cemerlang di

    dalam akademik berbanding bidang-bidang yang lain. Ini kerana pencapaian yang

    cemerlang di dalam bidang akademik akan membolehkan anak-anak mereka menyambung

    pelajaran di sekolah menengah yang baik seperti Maktab Rendah Sains Mara (MRSM),

    sekolah berasrama penuh (SBP), sekolah kluster mahupun sekolah-sekolah berprestasi

    tinggi. Oleh yang demikian, ibu bapa mengharapkan anak-anak mereka akan cemerlang didalam bidang akademik agar impian mereka untuk menghantar anak belajar di sekolah

    berprestij tercapai.

    Walaubagaimanapun, untuk mencapai kecemerlangan akademik bukanlah sesuatu

    yang mudah. Ini dapat dilihat daripada pencapaian murid di sekolah. Bukan semua murid

    mendapat kecemerlangan di dalam akademik. Dengan kata lain, murid di sekolah dapat

    dibahagi kepada dua kumpulan iaitu murid dengan pencapaian akademik baik atau

    cemerlang dan murid dengan pencapaian akademik yang lemah. Ini kerana begitu banyak

    faktor yang mempengaruhi pencapaian akademik murid. Pencapaian akademik perlu

    seiring dengan aspek-aspek lain seperti komunikasi, kepimpinan, pengurusan diri, akhlak

    dan personaliti kerana secara tidak langsung ia banyak membantu ke arah pencapaian

    akademik yang cemerlang ( Dr. Arham Abdullah, 2006). Oleh itu, apabila membincangkan

    mengenai pencapaian akademik murid, faktor-faktor yang mempengaruhi pencapaian

    2

  • 7/31/2019 Psikologi Pendidikan HBEF2103 Januari 2012

    3/11

    HBEF2103

    akademik perlu dikaji dan dikenalpasti agar dapat diketahui mengapa murid yang

    berkenaan mendapat tahap pencapaian tersebut.

    1.1 LATAR BELAKANG MURID YANG DIKAJI

    Satu kajian telah dijalankan dengan memilih dua orang murid sekolah rendah yang

    berlainan tahap pencapaian akademik iaitu seorang berpencapaian akademik baik atau

    cemerlang dan seorang berpencapaian akademik yang lemah. Pemilihan dua orang murid

    ini adalah berdasarkan pencapaian akademik yang lalu iaitu berdasarkan keputusan ujian

    dan peperiksaan. Justeru itu, maklumat latar belakang murid telah di ambil dengan

    menggunakan kaedah soal jawab secara lisan dan dicatatkan untuk makluman kajian ini.

    Kedua-dua murid yang terpilih adalah daripada murid tahun 3 dan daripada jantina yang

    sama iaitu lelaki. Murid yang berpencapaian akademik yang baik dicatatkan sebagai murid

    A manakala murid yang berpencapaian akademik yang lemah dicatatkan sebagai murid B.

    Maklumat latar belakang murid A iaitu berpencapaian baik ialah murid ini adalah

    anak kedua daripada empat orang adik beradik. Keluarga murid ini juga adalah daripada

    keluarga yang mempunyai pendidikan yang tinggi. Ini dapat dilihat daripada pekerjaan

    kedua-dua ibu bapanya. Bapa murid ini adalah seorang pensyarah di sebuah institusi

    pengajian swasta manakala ibunya adalah seorang guru. Kediaman murid ini juga adalahrumah dua tingkat di kawasan perumahan. Murid ini juga dihantar ke sekolah oleh ibunya

    dengan menaiki kereta. Murid ini belajar di kelas yang pertama.

    Maklumat latar belakang murid B iaitu berpencapaian lemah ialah murid ini adalah

    anak ketiga daripada lima orang adik beradik. Keluarga murid ini juga adalah daripada

    keluarga yang mempunyai pendidikan yang rendah. Ini dapat dilihat daripada pekerjaan ibu

    bapanya. Bapa murid ini adalah seorang pekerja am di sebuah kilang manakala ibunya

    bekerja sebagai pembantu kedai runcit. Kediaman murid ini juga adalah rumah setingkat

    yang diperbuat daripada separa batu dan papan serta terletak di kawasan kampung

    tradisional Melayu. Murid ini juga dihantar ke sekolah oleh abangnya yang juga

    merupakan pelajar sekolah menengah dengan menaiki basikal. Murid ini telah belajar di

    kelas ketiga daripada empat kelas di tahun tiga.

    3

  • 7/31/2019 Psikologi Pendidikan HBEF2103 Januari 2012

    4/11

    HBEF2103

    Berdasarkan serba sedikit maklumat latar belakang murid yang dikaji, dapat dilihat

    beberapa faktor yang mempengaruhi pencapaian akademik kedua-dua murid tersebut.

    Faktor-faktor ini telah menyebabkan murid-murid ini berada pada kedudukan sekarang.

    Faktor-faktor yang mempengaruhi pencapaian akademik murid-murid ini akan

    dibincangkan di dalam tajuk seterusnya.

    1.2 FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENCAPAIAN AKADEMIK

    Berdasarkan maklumat latar belakang murid yang telah dikaji, beberapa faktor yang

    mempengaruhi pencapaian kedua-dua murid telah dipilih. Faktor-faktor tersebut ialah

    sosioekonomi keluarga, sikap murid, minat murid dan galakan / sokongan daripada ibu

    bapa. Faktor-faktor ini telah menentukan pencapaian akademik kedua-dua murid ini

    berdasarkan soal jawab yang telah dilakukan.

    1.2.1 SOSIOEKONOMI KELUARGA

    Faktor sosioekonomi keluarga merupakan faktor yang kerap mempengaruhi

    pencapaian akademik murid. Kajian berkaitan dengan faktor sosioekonomi keluarga pernah

    dijalankan oleh Azizi Yahaya pada tahun 2005. Sesebuah keluarga yang mempunyai tarafsosioekonomi yang tinggi biasanya mempunyai anak yang mempunyai pencapaian

    akademik yang baik. Bagi keluarga yang mempunyai taraf sosioekonomi yang rendah,

    anak mereka mempunyai pencapaian akademik yang sederhana atau lemah. Faktor

    sosioekonomi ini merangkumi kewangan, tahap pendidikan ibu bapa, persekitaran tempat

    tinggal dan sikap ibu bapa terhadap pendidikan (Azizi Yahaya, 2005). Jika dilihat, tunjang

    kepada faktor sosioekonomi adalah kewangan.

    Bagi dua murid yang dikaji, faktor sosioekonomi keluarga mereka yang berbeza

    jelas membentuk tahap pencapaian pendidikan mereka. Murid A yang berpencapaian

    akademik yang baik sentiasa diberi bantuan oleh kedua-dua ibu bapanya. Dari segi

    kewangan, kedua-dua ibu bapanya mempunyai pendapatan yang agak tinggi berdasarkan

    pekerjaan mereka. Berdasarkan temu bual yang dibuat, murid A telah diberi peralatan

    persekolahan yang lengkap dari uniform sekolah hinggalah alat tulis. Segala kekurangan

    4

  • 7/31/2019 Psikologi Pendidikan HBEF2103 Januari 2012

    5/11

    HBEF2103

    atau permintaan murid A dapat dipenuhi oleh ibu bapanya. Selain itu, murid A juga

    menghadiri kelas tuisyen untuk meningkatkan tahap pengetahuan. Keselesaan tempat

    tinggal membolehkan murid A mengulangkaji pelajaran dengan tenang dan selesa. tahap

    pendidikan ibu bapa murid A yang tinggi juga telah menerbitkan sikap tentang kepentingan

    pendidikan terhadap anak-anak. Oleh itu, murid A telah ditekankan betapa pentingnya

    pendidikan terhadap masa hadapannya.

    Bagi murid B, kewangan keluarga merupakan satu faktor yang amat kuat

    mempengaruhi tahap pencapaian akademiknya. Murid B tidak dapat dibantu sepenuhnya

    oleh ibu bapanya. bantuan di sini merujuk kepada kelengkapan persekolahannya. Uniform

    sekolah yang dipakai oleh murid B bukanlah uniform baru seperti murid-murid lain. Ini

    kerana ibu bapanya hanya mampu untuk menyediakan sepasang uniform baru setiap tahun

    dan uniform yang boleh dipakai digunakan untuk tahun berikutnya. Kelengkapan alat tulis

    juga hanya sekadar cukup untuk dibawa berbeza dengan murtid lain yang kadang kala

    boleh membawa lebih daripada sepatutnya. Murid B juga tidak menghadiri kelas tuisyen

    yang boleh meningkatkan kefahaman pembelajarannya. Tempat tinggal yang kurang

    kondusif juga menyebabkan murid B tidak selesa dan berminat untuk mengulangkaji

    pelajarannya. Justeru itu, dapat dilihat apakah kesannya kepada pelajaran murid B jika

    murid itu sendiri tidak mengulangkaji pelajaran. tahap pendidikan ibu bapa murid B yang

    rendah menyebabkan kurang kesedaran daripada ibu bapa betapa pentingnya pendidikankepada anak-anak. Murid B tidak diterapkan dengan kesedaran bahawa pendidikan penting

    baginya.

    1.2.2 SIKAP MURID

    Sikap ialah gejala dalaman yang berupaya memberi tindak balas dengan cara relatif

    terhadap sesuatu objek , orang atau barangan secara positif mahupun negatif. Kajian yang

    dijalankan oleh Aida Binti Baharuddin dari UPSI (2004) menunjukkan sikap positif

    terhadap guru dan mata pelajaran yang diajar merupakan petanda awal yang baik bagi

    proses belajar. Selain itu, jika sikap negatif ditunjukkan kepada guru dan mata pelajaran

    yang diajar, ini akan memberi kesan negatif terhadap proses pembelajaran. Selain itu, sikap

    boleh memberi masalah kepada guru dan murid sendiri serta akan menyebabkan

    5

  • 7/31/2019 Psikologi Pendidikan HBEF2103 Januari 2012

    6/11

    HBEF2103

    pencapaian akademik yang kurang memberangsangkan. Sikap ini juga berkait rapat dengan

    persekitaran keluarga murid terbabit.

    Berdasarkan faktor ini, murid A yang dikaji mempunyai sikap yang amat positif

    sama ada di rumah mahupun di sekolah. Diketahui, keluarga murid A adalah keluarga

    berpendidikan tinggi. Oleh itu, penerapan terhadap kepentingan pendidikan telah

    menyebabkan murid A sedar tanggungjawabnya sebagai seorang anak dan murid. Sikap

    yang ditunjukkan oleh murid A amat menyenangkan guru dan rakan-rakannya. Jika dilihat

    di dalam kelas, murid A adalah murid yang tidak menyebabkan masalah dan sentiasa

    berdisiplin tinggi. Hubungan dengan guru dan rakan-rakan juga baik dan murid A sentiasa

    bersedia menanti setiap guru yang masuk ke kelas. Setiap kerja rumah juga disiapkan.

    Sikap yang dipamerkan tidak pernah berubah daripada tahun satu lagi.

    Murid B pula merupakan murid yang menunjukkan sikap negatif sama ada di

    rumah atau di sekolah. Latar belakang pendidikan ibu bapa yang rendah menyebabkan

    tiada penekanan terhadap kepentingan pendidikan kepada anak-anak. Oleh itu, murid B

    merasakan bahawa kedatangan ke sekolah hanyalah sekadar rutin harian yang tidak

    mempunyai sebarang kepentingan. Proses pengajaran dan pembelajaran yang dilalui tidak

    memberi apa-apa nilai terhadap murid B. Sikap murid B di dalam kelas tidak

    menggembirakan kebanyakan guru yang masuk. Ini kerana murid B adalah seorang murid

    yang mempunyai masalah disiplin seperti selalu mengusik kawan serta kadang kalabergaduh. Dari segi pelajaran, murid B lemah dalam kebanyakan mata pelajaran. Murid B

    selalu tidak membawa buku ke sekolah serta tidak menyiapkan kerja sekolah. Ini

    merupakan satu sikap yang amat negatif telah ditunjukkan murid B terhadap pelajarannya.

    1.2.3 MINAT MURID

    Di dalam kajian oleh Aida Binti Baharuddin dari UPSI (2004), faktor minat murid

    juga memberi kesan terhadap pencapaian akademik murid. Minat boleh ditakrifkan sebagai

    kecenderungan dan keghairahan yang tinggi atau keinginan yang besar terhadap sesuatu. Di

    dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran, minat memainkan peranan penting bagi murid

    untuk fokus kepada pengajaran guru. Oleh sebab itu, minat akan mempengaruhi kualiti

    pencapaian hasil pembelajaran murid dalam setiap mata pelajaran. Minat yang tinggi dalam

    6

  • 7/31/2019 Psikologi Pendidikan HBEF2103 Januari 2012

    7/11

    HBEF2103

    semua mata pelajaran akan membolehkan pencapaian akademik keseluruhan murid tersebut

    akan baik atau cemerlang. Guru memainkan peranan yang penting untuk memastikan minat

    murid terhadap pengajaran yang disampaikan tinggi dan fokus terhadap ilmu pengetahuan

    di dalam mata pelajaran yang diajar dapat dikuasai oleh murid tersebut.

    Di dalam kajian terhadap murid A dan B, kedua-dua murid ini memaparkan minat

    yang amat berbeza terhadap mata pelajaran yang diajar guru. Murid A menunjukkan minat

    yang tinggi terhadap pengajaran yang disampaikan oleh guru. Ini mungkin disebabkan oleh

    penekanan kepentingan pendidikan yang diterapkan oleh ibu bapanya. Minat yang tinggi

    ini mendorong murid A untuk sentiasa ceria dan bersemangat untuk pergi ke sekolah. Ini

    dapat dilihat daripada raut wajah murid A yang sentiasa ceria apabila tiba di sekolah dan

    apabila berada di dalam kelas.Ketika tiba di sekolah, murid A akan mengeluarkan buku

    untuk membaca atau membuat kerja rumah yang belum siap. Ketika pengajaran pula,

    murid A sentiasa fokus terhadap pengajaran guru dan selalu bertanya kepada guru jika ada

    perkara yang tidak difahami. Hanya murid yang mempunyai minat terhadap pengajaran

    guru sahaja yang akan bersikap sedemikian.

    Murid B pula tidak mempunyai minat yang tinggi terhadap pengajaran yang

    disampaikan guru. Ini dapat dilihat ketika murid B tiba di sekolah. Murid B akan terus

    mencari rakan-rakannya untuk bermain walaupun jika ada kerja rumah yang belum

    disiapkan. Selain itu, apabila guru mengajar di dalam kelas, murid B akan kerap kehilanganfokus. Murid B akan bercakap dengan rakan atau mengusik rakannya. Kerja-kerja yang

    diberikan oleh guru juga kerap tidak disiapkan. Apatah lagi buku yang perlu dibawa ke

    sekolah. Murid B kerap menggunakan alasan terlupa membawa buku kepada gurunya. Di

    sini boleh disimpulkan bahawa murid B tidak mempunyai minat terhadap pelajarannya dan

    menyebabkan pencapaian akademiknya lemah. Ibu bapa memainkan peranan penting agar

    murid mempunyai minat terhadap pendidikan dan memahami kepentingan pendidikan

    tersebut.

    1.2.4 GALAKAN / SOKONGAN DARIPADA IBU BAPA

    Ibu bapa merupakan individu yang paling rapat dengan murid. Dibahu merekalah

    tanggungjawab untuk memastikan murid-murid ini mendapat pendidikan yang secukupnya

    7

  • 7/31/2019 Psikologi Pendidikan HBEF2103 Januari 2012

    8/11

    HBEF2103

    selain daripada peranan guru di sekolah. Menurut kajian yang dilakukan oleh Nor Azeanie

    dan Prof Supli Effendi Rahim dari UPSI (2009), sokongan daripada ibu bapa juga adalah

    penting dalam menentukan pencapaian akademik murid. Sokongan ibu bapa di sini

    bermaksud ibu bapa perlulah mengambil tahu tentang perubahan yang berlaku di dalam

    alam persekolahan dan dasar pendidikan terkini. Ibu bapa juga perlu mengambil tahu

    masalah yang dihadapi oleh anak-anak mereka di sekolah. Situasi terkini di alam

    pendidikan menunjukkan masalah murid di sekolah semakin menjadi-jadi. Masalah yang

    selalu dihadapi ialah masalah disiplin, masalah dengan guru serta masalah dalam

    pembelajaran. Selain itu, ibu bapa juga perlu memberi galakan dan sokongan kepada anak-

    anak dalam pembentukan akhlak, pendidikan agama, tahap disiplin, pergaulan yang sihat

    serta kemudahan untuk persekolahan anak-anak.

    Di dalam konteks murid yang dikaji, murid A telah menerima galakan dan

    sokongan yang sewajarnya daripada ibu bapanya. Ini dapat dilihat daripada tingkah

    lakunya yang berdisiplin dan tidak menimbulkan masalah kepada guru dan rakan-rakannya.

    Kemudahan untuk murid A yang telah diberikan oleh ibu bapanya untuk belajar juga

    lengkap termasuklah kelas tuisyen sebagai tambahan kepada pengajaran di sekolah. Oleh

    kerana kedua-dua ibu bapanya terlibat di dalam bidang pendidikan, maka ibu bapa murid A

    telah memberi galakan kepadanya supaya belajar bersungguh-sungguh kerana pendidikan

    adalah sesuatu yang penting untuk masa hadapannya. Dengan mempunyai ibu bapa yangterlibat dengan bidang pendidikan, murid A akan lebih mengetahui tentang betapa

    pentingnya pengajaran dan pembelajaran di sekolah.

    Sebaliknya pula berlaku kepada murid B. Murid B tidak mendapat sokongan dan

    galakan yang secukupnya daripada ibu bapanya. Disebabkan taraf sosioekonomi keluarga

    yang rendah, ibu bapa murid B perlu mencari kewangan yang lebih untuk menampung

    perbelanjaan keluarga. Oleh kerana itu, ibu bapa murid B jarang bertanya tentang pelajaran

    murid B serta masalah yang dihadapi kerana kekurangan masa serta faktor keletihan akibat

    pekerjaan yang dilakukan. Kemudahan yang diberikan kepada murid B juga hanya sekadar

    keperluan asas sahaja. Keperluan tambahan untuk pelajaran seperti buku-buku rujukan

    serta kelas tuisyen tidak dapat disediakan kerana kewangan yang tidak mengizinkan.

    Akibat kekurangan-kekurangan ini, murid B tidak mempunyai keyakinan diri yang tinggi

    dalam pelajarannya. Kekurangan masa bersama anak-anak menyebabkan ibu bapa tidak

    8

  • 7/31/2019 Psikologi Pendidikan HBEF2103 Januari 2012

    9/11

  • 7/31/2019 Psikologi Pendidikan HBEF2103 Januari 2012

    10/11

    HBEF2103

    kehadiran guru untuk mengajar mereka. Bagi murid berprestasi lemah, tumpuan mereka

    kepada pengajaran guru akan bertambah baik jika motivasi tambahan diberikan.

    Penggunaan alat bantu mengajar akan menyebabkan pengajaran menarik dan kreatif dan

    merangsang murid lemah ini untuk terus memberi tumpuan kepada pembelajaran.

    2.3 Langkah ketiga yang boleh dilakukan oleh seorang guru adalah dengan memastikan

    murid-muridnya mempunyai peluang untuk merasai kejayaan serta mendorong mereka

    untuk terus belajar. Latihan-latihan yang diberikan kepada murid haruslah tidak terlalu

    tinggi aras kesukarannya. Penggunaan langkah ini berdasarkan Teori Thorndike di bawah

    Hukum Latihan. Di dalam Hukum Latihan, pertalian di antara rangsangan dan gerak balas

    akan bertambah kukuh jika latihan diadakan. Oleh sebab itu, latihan akan diberi untuk

    meningkatkan tahap kemahiran berfikir murid. Jika latihan tersebut diulang-ulang, murid

    akan dapat mengingati pengajaran yang disampaikan oleh guru. Latihan yang diberikan

    haruslah mampu dijawab murid berdasarkan prestasi mereka. Jika murid yang lemah tidak

    dapat menjawab soalan setiap kali latihan diberikan kerana arasnya tinggi, kemungkinan

    murid tersebut akan akan hilang semangat untuk belajar. Oleh sebab itu, aras soalan yang

    sesuai untuk murid diberikan agar kejayaan menjawab soalan tersebut akan menjadi satu

    kepuasan di hati dan akan bertindak sebagai pendorong kepada murid-murid sama ada

    berpencapaian baik atau lemah.

    2.4 Langkah seterusnya yang boleh di ambil oleh guru adalah pembelajaran berunsurkan

    kemahiran. Penggunaan langkah ini adalah berdasarkan Teori Pelaziman Operan Skinner.

    yang menjalankan eksperimen terhadap burung merpati. Burung merpati tersebut diajar

    untuk bermain bola pingpong secara berperingkat. Setiap murid juga mempunyai tahap

    kecerdasan yang berbeza. Oleh yang demikian, pengajaran guru perlulah mengikut

    kemahiran yang dimiliki oleh murid. Bagi murid yang pencapaian akademiknya tinggi,

    guru boleh memberi pengajaran dengan kemahiran yang lebih tinggi berbanding murid

    berpencapaian akademik yang lemah. Oleh sebab itu, guru perlu memainkan peranan

    dengan menyediakan persediaan mengajar mengikut tahap kemahiran murid di dalam

    sesebuah kelas. Perkara ini akan menggalakkan murid untuk fokus terhadap pengajaran

    10

  • 7/31/2019 Psikologi Pendidikan HBEF2103 Januari 2012

    11/11

    HBEF2103

    kerana mereka lebih mudah faham pengajaran yang disampaikan guru kerana tahap

    kemahiran yang digunakan bersesuaian dengan mereka.

    3.0 KESIMPULAN

    Berdasarkan kajian terhadap dua orang murid berlainan tahap pencapaian

    akademik, dapat disimpulkan di sini bahawa terdapat pelbagai faktor yang mempengaruhi

    murid tersebut. Faktor-faktor yang mempengaruhi murid-murid ini adalah seperti minat,

    sikap, sosioekonomi keluarga dan pelbagai faktor lagi. Setiap faktor ini mempunyai kesan

    yang mendalam terhadap murid-murid ini. Kesannya dapat dilihat berdasarkan tingkah laku

    murid tersebut semasa di dalam kelas dan pencapaian akademiknya.

    Secara keseluruhannya, guru perlu memainkan peranan yang besar untuk

    memastikan murid sentiasa fokus dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Selain faktor

    keluarga yang perlu memberi galakan kepada murid-murid untuk menimba ilmu

    pengetahuan, guru pula perlu memastikan setiap langkah pengajaran yang dirancang

    mampu untuk menarik minat murid untuk mengikutinya. Ini kerana jika guru bersikap

    sambil lewa dalam pengajaran, murid akan hilang minat untuk belajar dan seterusnya

    menganggap pendidikan tersebut tidak penting. Guru perlu menggunakan teori

    pembelajaran yang telah diajar untuk merangka pengajaran yang bersesuaian denganmuridnya. Setiap teori mempunyai kekuatan dan kelemahan tersendiri dan guru perlu

    memilih yang terbaik untuk murid-muridnya.

    [ 2978 patah perkataan ]

    11