psikologi

18
1.0 PENDAHULUAN Zaman remaja telah dilihat sebagai suatu zaman peralihan antara zaman kanak-kanak dengan zaman dewasa. Ia dibahagikan kepada dua peringkat umur iaitu peringkat pra-baligh (12-14 tahun) dan peringkat baligh (14-18 tahun). Ketika usia ini, proses pertumbuhan dan perkembangan remaja berlaku secara pesat. Menurut Azizi Yahaya (2008), pertumbuhan ialah perubahan yang bersifat kuantitatif, berterusan, dapat diukur dan dilihat dengan nyata. Manakala perkembangan ialah proses perubahan yang bersifat kualitatif dan berterusan (Jas Laile Suzana, 2002). Proses pertumbuhan dan perkembangan seseorang remaja adalah saling berkait antara satu sama lain. Ia meliputi perubahan dari segi fizikal, mental, emosi, personaliti, perbezaan individu dan tingkah laku yang dapat diukur dari segi kuantitatif dan kualitatif. Berdasarkan tafsiran Woolfolk (2004), perkembangan fizikal merujuk kepada perubahan saiz fizikal, kadar pertumbuhan bahagian-bahagian badan dan perawakan manusia. Perkembangan mental pula merujuk kepada proses peningkatan keupayaan pemikiran, pengetahuan, keintelektualan dan kemampuan seseorang untuk menyelesaikan masalah, menganalisa dan memberi respon terhadap pengalaman yang dilalui (Halimah, 2011). Seterusnya ialah perkembangan emosi yang membawa maksud penyesuaian psikologi perasaan seseorang individu (Muhd. Mansur Abdullah & Siti Nordinar, 1988). Manakala menurut Eysenck (1981) personaliti merujuk kepada organisasi watak, perangai, intelek, bentuk badan, cara pemikiran, perasaan dan tingkah laku seseorang individu. Emosi dan personaliti dapat ditampilkan melalui tingkah laku. Maka, perkembangan tingkah laku bererti sebarang perubahan dari segi perbuatan yang dilakukan sama ada sama atau tidak, secara sedar atau separa sedar (Beaker, 2001). Noordin Yahaya (2008) mentafsirkan perbezaan individu sebagai ketaksamaan beberapa aspek perkembangan antara individu. Bagi meninjau pertumbuhan dan perkembangan remaja bagi kesemua aspek yang diketengahkan, suatu kajian telah dijalankan ke atas dua remaja sekolah yang berlainan jantina. Mereka masing-masing berusia 16 tahun dan berada dalam kelas yang sama. Mereka akan dikenalpasti sebagai subjek sepanjang perbincangan ini. Kajian yang dijalankan bertujuan untuk mengenalpasti pertumbuhan dan perkembangan mereka bagi kelima-lima aspek berdasarkan pemerhatian. Melalui laporan ini terdapat tiga aspek utama yang diketengahkan iaitu jurnal pemerhatian terhadap kedua-dua pelajar, pentaksiran dapatan pemerhatian yang melibatkan faktor-faktor dan teori-teori pertumbuhan dan perkembangan pelajar dan refleksi guru terhadap kajian yang dijalankan dalam konteks implikasi dan manfaat tugasan sebagai seorang pendidik di sekolah. 2.0 JURNAL PEMERHATIAN 1

Upload: nurashida-halimin

Post on 25-Dec-2015

29 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

psikologi perkembangan remaja

TRANSCRIPT

Page 1: psikologi

1.0 PENDAHULUAN

Zaman remaja telah dilihat sebagai suatu zaman peralihan antara zaman kanak-

kanak dengan zaman dewasa. Ia dibahagikan kepada dua peringkat umur iaitu peringkat

pra-baligh (12-14 tahun) dan peringkat baligh (14-18 tahun). Ketika usia ini, proses

pertumbuhan dan perkembangan remaja berlaku secara pesat. Menurut Azizi Yahaya

(2008), pertumbuhan ialah perubahan yang bersifat kuantitatif, berterusan, dapat diukur dan

dilihat dengan nyata. Manakala perkembangan ialah proses perubahan yang bersifat

kualitatif dan berterusan (Jas Laile Suzana, 2002). Proses pertumbuhan dan perkembangan

seseorang remaja adalah saling berkait antara satu sama lain. Ia meliputi perubahan dari

segi fizikal, mental, emosi, personaliti, perbezaan individu dan tingkah laku yang dapat

diukur dari segi kuantitatif dan kualitatif.

Berdasarkan tafsiran Woolfolk (2004), perkembangan fizikal merujuk kepada

perubahan saiz fizikal, kadar pertumbuhan bahagian-bahagian badan dan perawakan

manusia. Perkembangan mental pula merujuk kepada proses peningkatan keupayaan

pemikiran, pengetahuan, keintelektualan dan kemampuan seseorang untuk menyelesaikan

masalah, menganalisa dan memberi respon terhadap pengalaman yang dilalui (Halimah,

2011). Seterusnya ialah perkembangan emosi yang membawa maksud penyesuaian

psikologi perasaan seseorang individu (Muhd. Mansur Abdullah & Siti Nordinar, 1988).

Manakala menurut Eysenck (1981) personaliti merujuk kepada organisasi watak, perangai,

intelek, bentuk badan, cara pemikiran, perasaan dan tingkah laku seseorang individu. Emosi

dan personaliti dapat ditampilkan melalui tingkah laku. Maka, perkembangan tingkah laku

bererti sebarang perubahan dari segi perbuatan yang dilakukan sama ada sama atau tidak,

secara sedar atau separa sedar (Beaker, 2001). Noordin Yahaya (2008) mentafsirkan

perbezaan individu sebagai ketaksamaan beberapa aspek perkembangan antara individu.

Bagi meninjau pertumbuhan dan perkembangan remaja bagi kesemua aspek yang

diketengahkan, suatu kajian telah dijalankan ke atas dua remaja sekolah yang berlainan

jantina. Mereka masing-masing berusia 16 tahun dan berada dalam kelas yang sama.

Mereka akan dikenalpasti sebagai subjek sepanjang perbincangan ini. Kajian yang

dijalankan bertujuan untuk mengenalpasti pertumbuhan dan perkembangan mereka bagi

kelima-lima aspek berdasarkan pemerhatian.

Melalui laporan ini terdapat tiga aspek utama yang diketengahkan iaitu jurnal

pemerhatian terhadap kedua-dua pelajar, pentaksiran dapatan pemerhatian yang

melibatkan faktor-faktor dan teori-teori pertumbuhan dan perkembangan pelajar dan refleksi

guru terhadap kajian yang dijalankan dalam konteks implikasi dan manfaat tugasan sebagai

seorang pendidik di sekolah.

1

Page 2: psikologi

2.0 JURNAL PEMERHATIAN

2

Page 3: psikologi

3

Page 4: psikologi

4

Page 5: psikologi

5

Page 6: psikologi

6

Page 7: psikologi

7

Page 8: psikologi

3.0 PENTAKSIRAN DAPATAN PEMERHATIAN

Ahli psikologi telah berpendapat bahawa tiada individu di dunia ini yang mempunyai

kadar perkembangan yang sama. Melalui pemerhatian terhadap kedua-dua pelajar, jelas

menunjukkan terdapat perbezaan perkembangan dari aspek fizikal, mental, emosi,

personaliti dan tingkah laku. Perkembangan remaja bagi kelima-lima aspek ini berasaskan

kepada dua faktor utama iaitu faktor genetik atau baka dan faktor persekitaran. Faktor-faktor

inilah yang menjadi penyebab utama ketidaksamaan kadar perkembangan seseorang

individu (Jas Laile Suzana, 2002). Sebagai contoh, dalam pemerhatian ini, Wan Akmal

dilihat sukar menerima pendapat orang lain setiap kali pendapat itu bercanggah dengan

kepunyaannya meskipun pendapatnya adalah salah berbanding dengan Wan Fahmida yang

bersikap pemikiran terbuka. Piaget menegaskan sikap tidak keterbukaan dalam pemikiran

adalah sesuatu yang normal bagi kanak-kanak berusia 2-7 tahun namun bagi remaja, beliau

mendapati mereka sepatutnya telah mencapai tahap operasi formal iaitu boleh memahami

perkara abstrak dan logik (Santrock, 2011). Dalam kes Wan Akmal ini, walaupun hakikatnya

dia telah berumur 14 tahun dan mencapai tahap operasi formal tetapi juga menunjukkan

pemikiran egosentrik. Jadi, jelaslah bahawa manusia berkembang pada kadar yang

berlainan dan mencapai tahap akhir pada masa yang berbeza.

Namun, perkembangan sesuatu aspek tidaklah bergantung kepada sebuah faktor

sahaja. Menurut Ahmad Marzuki Ismail (2008), pembentukan dan perkembangan seseorang

merupakan hasil dari interaksi faktor-faktor genetik dan persekitaran.

Faktor genetik

Faktor pertama ialah faktor genetik. Ia merujuk kepada ciri-ciri biologi, atau gen-gen

yang diwariskan ibu bapa kepada anak (Haliza Hamzah, Samuel & Rafidah Kastawi, 2008).

Ahli-ahli psikologi menegaskan bahawa faktor genetik adalah faktor utama mempengaruhi

perkembangan seseorang. Dalam tugasan ini, faktor genetik telah mempengaruhi

perkembangan pelajar yang dikaji bagi aspek fizikal, mental, emosi, personaliti dan tingkah

laku.

Bagi aspek fizikal, didapati kedua-dua pelajar mempunyai fisiologi badan yang

normal mengikut identiti jantina masing-masing. Mereka juga dalam keadaan baik dan sihat

sepanjang tempoh pemerhatian. Menurut Noordin Yahaya (2008) kesihatan juga boleh

diwarisi dari ibu bapa. Seseorang yang kerap kali jatuh sakit akan menggangu proses

perkembangan fizikalnya. Faktor genetik ini juga dapat dilihat semasa menjalankan

pemerhatian keatas kedua-dua pelajar yang mana terdapat perbezaan dari segi warna kulit

mereka. Perbezaan warna kulit ini adalah disebabkan trait yang diwarisi daripada ibu bapa

mereka. Selain daripada sifat-sifat fizikal badan seperti ketinggian, warna kulit dan

8

Page 9: psikologi

sebagainya, sifat-sifat seperti kebolehan dan minat juga boleh diperturunkan kepada anak

oleh ibu bapa. Jadi tidak hairanlah melalui pemerhatian ini, didapati Wan Akmal lebih

cenderung kepada bidang kesenian seperti penulisan. Berdasarkan pemerhatian di dalam

kelas, di atas mejanya penuh terselit dengan tulisan-tulisan sastera. Tambahan lagi,

berdasarkan pembacaan terhadap jurnal harian yang disediakan oleh pelajar, ibu Wan

Akmal kebiasaannya akan menulis karya sastera seperti sajak ringkas untuknya di waktu

lapang.

Bagi aspek mental, didapati mereka berdua mempunyai perkembangan mental yang

cerdas namun di tahap yang berbeza. Perbezaan kecerdasan di antara kedua-dua pelajar

dapat diperhatikan melalui prestasi mereka sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran di

dalam kelas. Wan Akmal dilihat dapat menjawab semua soalan latihan dengan betul,

bertanya soalan yang kompleks, berfikir sesuatu di luar jangkauan remaja normal dan aktif

di dalam kelas sepanjang jangkamasa pemerhatian manakala Wan Fahmida dilihat lebih

cenderung untuk bertanya soalan yang logik tetapi tidak terlalu kompleks, menjawab

beberapa soalan yang diajukan dengan betul, lambat dalam memberi cadangan dan kadang

kala pendapatnya kurang mencapai apa yang dikehendaki. Jas Laile Suzana (2002)

menegaskan pengaruh genetik boleh menetapkan had keupayaan dan kemampuan mental

seseorang. Biasanya ibu bapa yang bijak pandai akan melahirkan anak-anak yang juga bijak

pandai. Maka jelaslah di sini bahawa perbezaan individu boleh dikaitkan dengan kecerdasan

ibu bapa mereka.

Emosi seseorang juga diwarisi daripada baka ibu bapa. Misalnya, ibu bapa yang

mempunyai emosi yang kurang stabil dan bersifat pemarah akan melahirkan anak yang

agresif dan autokratik (Azizi Yahaya, 2008). Dalam pemerhatian ini, Wan Akmal disifatkan

sebagai seorang yang sensitif. Ia dapat dilihat dari segi gaya tubuh dan expresi wajah yang

ditunjukkan sekiranya apa yang dihajati tidak diperoleh dan apabila teguran dibuat ke

atasnya. Dia lebih cepat marah, sedih dan terasa berbanding Wan Fahmida yang juga

seorang sensitif pada dasarnya namun boleh mengawal perasannya dari ditunjukkan. Ini

jelas menunujukkan Wan Fahmida boleh menggunakan potensi akal dan hatinya secara

optimum yang mana mencerminkan ketinggian kecerdasan emosi.

Baka ibu bapa juga akan mempengaruhi personaliti anak mereka. Menurut Shahrin

Hashim dan Yusof Boon (2008) ciri personaliti seseorang berkait rapat dengan bentuk

badan, keadaan fizikal, kecerdasan dan emosi seseorang. Menurut Sheldo (1985), bentuk

badan manusia dikategorikan sebagai endomorf, mesomorf dan ektomorf, yang berkaitan

dengan ciri-ciri personaliti. Sebagai contoh, endomorf iaitu seseorang yang memiliki rupa

bentuk badan yang bulat dan lembut merupakan seorang yang suka bergaul dan cepat

9

Page 10: psikologi

mesra. Namun, dalam konteks tugasan ini, ciri personaliti yang diberi fokus adalah berkaitan

dengan keadaan fizikal, kecerdasan dan emosi pelajar dalam membentuk keperibadian atau

personaliti mereka. Sebagai contoh seperti dinyatakan diatas, Wan Fahmida seorang yang

mempunyai kecerdasan yang tinggi jadi tidak hairanlah sekiranya dia dilihat sebagai

seorang yang berbudi bicara dan berpewatakan bijak.

Faktor baka juga mempengaruhi tingkah laku seseorang secara langsung (Jas Laile

Suzana, 2002). Ia berkait rapat dengan perkembangan fizikal dan personaliti seseorang.

Sebagai contoh, melalui pemerhatian kedua-dua pelajar boleh dikatakan mempunyai tingkah

laku yang baik. Wan Akmal mampu untuk bersosial dan dilihat mempunyai keyakinan diri

yang tinggi. Hal ini disebabkan dia menerima bentuk fizikal yang dimiliki seadanya justeru

menjadikan dia diminati oleh rakan-rakannya dan seterusnya meningkatkan harga dirinya

sekaligus akan membentuk tingkah laku dan personaliti yang sihat.

Faktor persekitaran

Sungguhpun faktor genetik dikatakan sebagai faktor utama pemangkin

perkembangan seseorang, namun tanpa faktor persekitaran perkembangan itu tidak akan

kukuh. Menurut Azizi Yahaya dan Badrulzaman Bahrom (2006) faktor persekitaran merujuk

kepada keadaan semasa proses perkembangan seseorang yang terdiri daripada pengaruh

rakan sebaya dan sistem sosial dalam masyarakat, corak asuhan, didikan agama dan gaya

hidup. Dalam konteks pemerhatian yang dijalankan, terdapat dua jenis faktor persekitaran

yang mempengaruhi perkembangan fizikal, mental, emosi, personaliti, tingkah laku dan

perbezaan individu bagi kedua-dua pelajar yang dikaji. Faktor persekitaran tersebut

termasuklah keadaan keluarga dan pengaruh rakan sebaya.

Pengaruh keluarga menjadi salah satu faktor perkembangan fizikal, mental,

personaliti dan emosi pelajar. Melalui pemerhatian, Wan Akmal merupakan seorang remaja

yang berfisiologi lelaki, berperwatakan rajin, aktif dan bijak namun dia juga seorang yang

memiliki perasaan halus seperti terlalu sensitif. Perawakan sensitif boleh dilihat apabila dia

mudah untuk marah, sedih atau tidak berpuas hati sekiranya ditegur atau dipersendakan.

Sikap terlalu sensitif mungkin terbentuk dari kecil hasil didikan keluarganya yang terlelu

memanjakannya. Robert Havighurst menegaskan bahawa seseorang akan membesar

secara positif atau negatif bergantung kepada cara asuhan ibu bapa mereka (Azizi Yahaya,

2008).

10

Page 11: psikologi

Sikap sensitif ini kadang-kala memberi kesan terhadap personalitinya. Kadang kala

dia dilihat seperti berwatakan lelaki lembut. Sebagai contoh, dia akan berkelakuan terlalu

sopan lebih-lebih lagi ketika gelak ketawa di mana tanggannya pasti akan menutup mulut.

Hal ini mungkin berpunca daripada keadaan dirinya yang dibesarkan tanpa seorang ayah.

Suasana sebegini menyebabkan dia dibentuk oleh ibunya seorang diri dengan cara lembut.

Menurut Akhiar Pardi dan Shamsina Shamsuddin (2011) remaja yang ketiadaan ibu bapa

atau kedua-duanya mengalami masalah pembentukan personaliti. Hal ini kerana, dia telah

kehilangan tempat bergantung dan tempat menerima contoh dan teladan sebagai seorang

lelaki lebih-lebih lagi dari segi personaliti dan tingkah laku. Erikson dan Freud menegaskan

bahawa kekeliruan identiti seperti ini adalah normal bagi seorang remaja yang baru untuk

meningkat dewasa. Mereka akan mengalami keadaan yang tidak menentu dan

menunjukkan sifat penahanan diri seperti gemar berkumpulan dan dalam masa yang sama

bersifat tidak boleh bertolak ansur dengan orang lain.

Pengaruh rakan sebaya juga boleh memberi impak kepada perkembangan

personaliti yang seterusnya akan memberi kesan kepada perkembangan fizikal, mental dan

tingkah laku pelajar yang dikaji. Berbanding Wan Akmal yang dilihat sebagai seorang yang

aktif dan agresif, Wan Fahmida merupakan seorang yang pasif dan pendiam. Ciri perbezaan

ini merujuk kepada apa yang dikaji oleh carl jung (1875-1961) yang mengklasifikasikan

personaliti individu kepada tiga: introvert, ambivert, dan extrovert. Menurut Santrock (2011)

tiada seseorang yang betul-betul introvert ataupun ekstrovert. Personaliti mereka selalunya

merangkumi apa yang tekandung di dalam ciri seorang ambivert. Namun, ciri yang menonjol

berbanding yang lain menjadikan seseorang itu diklasifikasikan sebagai ambivert atau

ekstrovert. Melalui pemerhatian, Wan Akmal seorang yang ekstrovert manakala Wan

Fahmida seorang introvert. Huraian lebih terperinci perbezaan sifat atara mereka berdua ini

seperti terdapat dalam jadual 1.4 di bawah ini.

Jadual 1.4 : Perbezaan Antara Extrovert dan Introvert

WAN AKMAL: EKSTROVERT WAN FAHMIDA: INTROVERT

Aktif dari segi kelakuan Pasif dari segi kelakuan, bertingkah laku

yang terkawal

Lancar dalam bertutur dan mudah bercakap

seperti memberi idea dan pandangan

Lebih lancar menulis daripada bertutur

Tidak malu seperti bertanya soalan secara

sukarela

Pendiam dan pemalu, bertanya atau

menjawab soalan apabila disuruh

Suka bekerja secara berkumpulan Gemar berseorangan

Mempunyai sifat kepimpinan Menunjukkan sifat menjadi pengikut

11

Page 12: psikologi

Melihat dari sudut pengaruh rakan, Wan Akmal dikira sebagai ekstrovert kerana

sifatnya yang suka berkawan dan mempunyai ramai kawan. Contohnya, dia dilihat bersosial

dengn rakannya sewaktu di dewan makan dan kelas. Berbeza dengan Wan Fahmida yang

gemar berseorangan ketika di dewan makan ataupun di dalam kelas. Oleh itu, kehadiran

rakan disisi telah mempengaruhi perkembangan Wan Akmal bagi aspek lain lebih lagi.

Contohnya, aspek fizikal. Dia dilihat bersukan kerana bercampur gaul dengan rakan yang

suka bersukan, jadi secara tidak langsung badannya akan sihat seterusnya menjadikan

emosinya lebih stabil kerana gembira. Seterusnya, dia berkawan dengan rakan yang

menyukai perbincangan dalam kumpulan sepertinya maka sedikit sebanyak mendorong

mengembangkan lagi perkembangan mentalnya. Berbanding dengan Wan Fahmida yang

suka berseorangan dalam menyiapkan tugasan, Wan Akmal lebih cerdas kerana, dia

memperoleh lebih input dan daya fikirnya lebih luas melalui aktif dalam perbincangan

kumpulan.

Walaupun remaja mempunyai tahap kognitif yang membolehkannya untuk

menentukan tingkah laku sendiri, namun menurut Azizi Yahaya (2008) penentuan perilaku

mereka banyak dipengaruhi oleh rakan sebaya. Melalui pemerhatian, faktor kehadiran rakan

sebaya banyak mempengaruhi disiplin dan tingkah laku Wan Akmal dan Wan Fahmida.

Sebagai contoh Wan Akmal menunjukkan tingkah laku yang pelbagai sepanjang seminggu

permerhatian. Tingkah laku positifnya dapat dilihat apabila dia kekal bersemangat dan aktif

sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Manakala tingkah laku

negatifnya ialah menjerit-jerit dari tingkat tiga asrama untuk memanggil kawannya yang

berada di tingkat bawah. Kelakuan ini turut dilakukan oleh beberapa pelajar lain di asrama

putera. Dalam keadaan ini, dia kelihatan gembira dari segi emosi namun kelakuan ini tetap

salah dan negatif kerana tidak beretika. Bagi seorang remaja, rakan adalah orang kedua

terpenting selepas keluarga. Oleh itu, tidak hairanlah sekiranya tindak tanduk seperti ini

dipengaruhi oleh rakan sebayanya.

4.0 KESIMPULAN

Kesimpulannya, proses perkembangan merupakan proses yang berterusan dan

kadarnya adalah berlainan bagi setiap individu. Pertumbuhan dan perkembangan remaja

meliputi pelbagai aspek iaitu fizikal, mental, emosi, personaliti, tingkah laku dan perbezaan

individu. Kesemua aspek perkembangan ini adalah saling berkait antara satu sama lain

untuk memastikan proses kematangan remaja berkembang dengan sempurna. Dua faktor

utama dalam mempengaruhi proses perkembangan ini adalah faktor genetik dan

persekitaran. Kedua-dua faktor berperanan secara seiring dan berkaitan antara satu sama

lain bagi membentuk corak perkembangan holistik seseorang.

12

Page 13: psikologi

5.0 REFLEKTIF

Pengalaman semasa menjalankan projek

Pelbagai pengalaman telah ditimba semasa menjalankan projek ini. Antara yang

paling ketara ialah pengalaman melihat perkembangan pelajar dengan secara realiti dan

lebih terperinci yang mana selama ini saya hanya terdedah kepada teori sahaja mengenai

perkembangaan remaja. Selain itu, saya memperoleh pengalaman membaca jurnal selain

dari kepunyaan diri sendiri serta melihat sendiri keadaan pelajar di luar waktu persekolahan.

Dengan itu, saya dapat mendekatkan diri dengan pelajar dan mengetahui permasalahan di

luar bidang akademik pelajar yang saya sebagai guru tidak pernah mengetahuinya sebelum

ini. Ini menambahkan lagi keakraban hubungan antara guru dan pelajar. Pengalaman yang

ditimba ini akan diaplikasi dalam melaksanakan tugas saya sebagai seorang pendidik di

sekolah.

Masalah-masalah yang dihadapi dan cara mengatasi

Sepanjang menyiapkan tugasan ini terdapat beberapa masalah yang dihadapi baik

semasa menjalankan pemerhatian mahupun ketika menyiapkan laporan ini. Masalah

pertama adalah kesukaran untuk melihat perkembangan pelajar bagi kesemua aspek

sekaligus dalam masa pemerhatian di dalam kelas. Jadi, untuk melengkapkan data yang

tidak dapat diperoleh pada masa tersebut, saya mengambil inisiatif untuk mencari peluang

memerhati pelajar di luar waktu P&P seperti waktu rehat, waktu persediaan kelas (PREP),

waktu petang dimana pelajar beriadah bersama rakan mereka ataupun waktu keberadaan

mereka di asrama. Dengan cara ini, saya dapat memperoleh dapatan pemerhatian yang

lengkap terutamanya bagi menilai aspek perkembangan fizikal dan tingkah laku pelajar yang

dipilih.

Masalah yang kedua adalah ketidakadilan (bias). Pada awal pemerhatian, saya

sukar mengkategorikan sesetengah kelakuan pelajar dalam aspek yang dikaji. Saya keliru

samada ia perlu direkodkan dibawah kategori perubahan tingkah laku ataupun personaliti,

fizikal atau tingkah laku dan emosi atau mental. Menurut Sue (2012), masalah bias dalam

pemerhatian tidak akan timbul sekiranya setiap aspek yang dikaji adalah jelas dari segi

definisinya. Oleh itu, sebagai langkah mengatasi masalah ini, saya menyenaraikan definisi

setiap satu aspek perkembangan dan membuat keputusan tentang jenis tingkah laku,

tindakan dan kemahiran yang ingin diperhatikan agar saya lebih fokus dalam memerhati dan

merekod.

Implikasi tugasan ini sebagai seorang guru di sekolah:

Sebagai seorang guru, pelbagai manfaat telah saya perolehi sepanjang menjalankan

tugasan ini. Umumnya, ia memberikan saya pengalaman dan pengetahuan dari segi teori

13

Page 14: psikologi

dan praktikal mengenai pertumbuhan dan perkembangan pelajar yang dapat saya

praktikkan dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah.

Tugasan ini telah memberi ruang dan peluang untuk saya mengenal pelajar yang

dikaji dengan lebih mendalam. Ia juga memberi kesan kepada saya bahawa betapa

pentingnya untuk mengenal dan memahami pertumbuhan dan perkembangan fizikal,

mental, emosi, personaliti dan tingkah laku setiap pelajar. Melalui ilmu dan pengalaman

yang diperoleh, ia membantu saya untuk lebih menitik beratkan soal pertumbuhan dan

perkembangan mereka dalam pengajaran dan pembelajaran. Dengan berbuat sedemikian,

ia membantu saya menyediakan rancangan mengajar yang berkesan. Sebagai contoh,

dalam menyediakan isi pelajaran dan objektif, saya perlu mengambil kira aspek keupayaan

dan mental pelajar agar proses pembelajaran dapat diterima baik oleh pelajar.

Selain itu, saya perlu menggunakan strategi pengajaran dan aktiviti pembelajaran

yang sesuai dengan perkembangan kelima-lima aspek mereka agar dapat menarik minat

pelajar seterusnya menyediakan suasana pembelajaran yang bermakna dan

menyeronokkan buat mereka. Contohnya, membuat aktiviti berkumpulan yang melibatkan

gabungan pelajar introvert, ekstrovert dan ambivert dalam satu kumpulan dan melantik

pelajar introvert menjadi ketua. Ini dapat membantu mereka berasa lebih yakin dan dalam

masa yang sama menimbulkan minat untuk mereka belajar bersungguh-sungguh. Dengan

ini secara tidak langsung ia membantu saya untuk membangkitkan semangat pelajar

penakut untuk menjadi lebih berani dalam mengemukakan pendapatnya.

Tambahan lagi, dengan mengetahui faktor-faktor pertumbuhan dan perkembangan

pelajar lebi-lebih lagi yang berhubungkait dengan perubahan tingkah laku pelajar, ia

membantu saya mengawal disiplin mereka dengan berkesan. Sebagai seorang guru, saya

perlu menasihatkan mereka selalu agar tidak berkelakuan negatif seperti ponteng sekolah

dan melawan guru atau mungkin terjebak dengan salah laku serius seperti mencuri,

membuli, penyalah gunaan dadah dan sebagainya apabila diluar sekolah atau ketika berada

di pengajian yang lebih tinggi kelak.

Kesimpulannya, kepekaan seorang guru terhadap pertumbuhan dan perkembangan

pelajarnya selain dari akademik adalah penting kerana perubahan-perubahan yang berlaku

akan mempengaruhi keupayaan dan kejayaan mereka di dalam pembelajaran sekolah. Oleh

itu, tugasan ini dapat membantu pengajaran dan pembelajaran saya dengan lebih berkesan

dan dalam masa yang sama dapat mengembangkan lagi potensi pelajar secara menyeluruh.

Ini akan membawa kepada ke arah pencapaian matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan

bagi melahirkan insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek pelajar.

14

Page 15: psikologi

RUJUKAN

1. Ahmad Marzuki Ismail (2008). Bagaimana mengenal diri. Shah Alam: Karisma Publications Sdn. Bhd.

2. Akhiar Pardi & Shamsina Shamsuddin (2011). Pengendalian disiplin remaja di sekolah dan di rumah. Puchong: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

3. Azizi Yahaya (2008). Prinsip perkembangan. Pembentukan tingkah laku remaja. Skudai: Penerbit UTM Press

4. Azizi Yahaya & Badrulzaman Bahrom (2006). Persekitaran Keluar Dan Kesannya Terhadap Tingkahlaku Devian Remaja. Jabatan Asas Pendidikan, Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia. http://eprints.utm.my/5994/1/tesis.pdf

5. Halimah Mahat (2011). Perkembangan kanak-kanak. Kajian Tindakan Tidak diterbitkan, Institut Pendidikan Guru, Kampus Perempuan Melayu. Melaka.

6. Haliza Hamzah, Samuel, J. N., & Rafidah Kastawi (2008). Perkembangan Kanak-kanak. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman

7. Jas Laile Suzana (2002). Psikologi Kanak-kanak dan remaja. Kuala Lumpur: Percetakan Dewan Bahasa dan Pustaka

8. Muhd. Mansur Abdullah & Siti Nordinar Mohd Tamin (1988). Psikologi remaja. Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

9. Noordin Yahaya (2008). Perbezaan individu. Pembentukan tingkah laku remaja. Skudai: Penerbit UTM Press

10. Santrock, J. W. (2011). Educational Psychology. New York: McGraw-Hill Companies

11. Shahrin Hashim & Yusof Boon (2008). Psikologi Perkembangan. Skudai: Penerbit UTM Press

12. Sue (2012). Penilaian pemerhatian. Muat turun pada 5 Feb 2015. http://cikgusuepkhas.blogspot.com/2012/07/penilaian-pemerhatian.html

13. Woolfolk, A. E. (2004). Educational psychology (9th ed.). NJ: Prentice Hall.

15

Page 16: psikologi

LAMPIRAN

16