prosidingjam-121214105418-phpapp02

9
MEMBINA AYAT TUNGGAL JAMILAH BT HAMZAH EN SHEIKH ROSLAM BIN SHEIKH ABDULLAH ABSTRAK Kajian ini bertujuan meningkatkan kemahiran membina ayat tunggal dalam Penulisan Bahasa Melayu. Sampel terdiri daripada 13 orang murid pemulihan Tahun 6 Jaya Sekolah Kebangsaan Semut Api, Kota Bharu, Kelantan. Kajian ini menggunakan reka bentuk kualitatif jenis kajian tindakan. Empat kaedah digunakan dalam kajian ini iaitu Kaedah Gambar Kata, Kaedah Mengeja Kata, Kaedah Buat Apa? dan Kaedah Kotak Idea . Instrumen utama yang digunakan ialah praujian dan pascaujian. Dapatan kajian ini menunjukkan berlaku peningkatan pencapaian sampel iaitu daripada kelulusan sebanyak 54 peratus dalam praujian kepada 100 peratus kelulusan dalam pascaujian. Peningkatan purata markah sebanyak 46 peratus. Siri tindakan kaedah yang digunakan terbukti dapat membantu meningkatkan kebolehan sampel dalam membina ayat tunggal. Kebolehan sampel dalan membina ayat juga turut meningkat daripada purata markah sebanyak 40.5 peratus dalam praujian kepada 75.5 peratus dalam pascaujian. Peningkatan sebanyak 35 peratus. Hasil kajian ini menunjukkan objektif kajian telah tercapai. Walau bagaimanpun, bimbingan secara intensif dan secara individu perlu dilakukan bagi memastikan murid benar-benar menguasai kemahiran ini. Pengenalan Penguasaan kemahiran asas membaca, menulis, dan mengira (3M) adalah amat penting dalam kalangan murid, sebagai teras memperoleh pelbagai ilmu pengetahuan. Pendidikan peringkat rendah merupakan pendidikan awal kepada murid untuk menguasai kemahiran asas 3M. Hal ini sejajar dengan hasrat Falsafah Pendidikan Negara yang bermatlamat untuk melahirkan insan yang seimbang serta berkembang secara menyeluruh dan bersepadu dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Penguasaan kemahiran asas 3M perlu dikuasai pada peringkat awal bagi membolehkan murid berkomunikasi dan menimba ilmu pengetahuan. Murid akan dapat menyatakan dan menghasilkan bahan atau bukti berbentuk idea dalam bentuk tulisan untuk berhubung dengan orang lain atau diri sendiri dan meluahkannya, sama ada pengalaman, perasaan atau maklumat. Namun, dalam apa juga sistem pendidikan, adalah amat sukar untuk memastikan semua murid berjaya menguasai kemahiran asas 3M ini lantaran keupayaan intelek masing-masing terutamanya dalam menguasai kemahiran menulis. Banyak kajian yang dijalankan mendapati kebanyakan murid menghadapi masalah dalam penulisan terutamanya dalam aspek membina ayat dengan betul dan lengkap. Sekiranya hal ini tidak diberi perhatian, penekanan atau bimbingan yang sewajarnya, golongan murid ini mungkin gagal dalam memperoleh pendidikan yang perlu dan potensi mereka akan terbenam. Fokus Kajian Kajian saya dalam meningkatkan kebolehan murid membina ayat tunggal ini amat sesuai dengan tahap kebolehan murid Tahun 6 Jaya. Saya telah mengenal pasti masalah dan sikap 13 orang daripada mereka yang berpotensi untuk lulus sekiranya dibimbing, secara merujuk guru kelas dan guru mata pelajaran, dokumen-dokumen yang berkaitan seperti meneliti hasil kerja dan buku latihan, serta membuat post- mortem kertas jawapan murid dalam Ujian Bulanan Berpusat. Hasil post-mortem yang dibuat, saya dapati mereka boleh menulis ayat tetapi dengan pelbagai kesalahan seperti kesalahan ejaan, tanda baca, pemilihan kata yang tidak tepat, dan kesalahan dari segi struktur yang membuat ayat itu tergantung dan sukar difahami. Pemilihan perkataan atau istilah yang salah dan penggunaan bahasa ibunda. Keadaan ini menunjukkan murid-murid ini mempunyai kosa kata yang lemah, kurang membaca dan kurang latihan. Kajian ini amat penting dan saya yakin bahawa kajian ini boleh membantu meningkatkan pencapaian mereka dalam membina ayat tunggal. Objektif Kajian Kajian yang dijalankan ini bertujuan mencapai objektif seperti yang berikut : 1. Mengesan peningkatan pencapaian murid dalam membina ayat tunggal. 2. Murid dapat menguasai kaedah-kaedah yang digunakan bagi meningkatkan kebolehan murid membina ayat tunggal. 3. Membantu murid meningkatkan kebolehan membina ayat tunggal.

Upload: siew-shiang-lam

Post on 19-Jan-2016

22 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

fwdfw

TRANSCRIPT

Page 1: prosidingjam-121214105418-phpapp02

MEMBINA AYAT TUNGGAL

JAMILAH BT HAMZAHEN SHEIKH ROSLAM BIN SHEIKH ABDULLAH

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan meningkatkan kemahiran membina ayat tunggal dalam Penulisan Bahasa Melayu. Sampel terdiri daripada 13 orang murid pemulihan Tahun 6 Jaya Sekolah Kebangsaan Semut Api, Kota Bharu, Kelantan. Kajian ini menggunakan reka bentuk kualitatif jenis kajian tindakan. Empat kaedah digunakan dalam kajian ini iaitu “Kaedah Gambar Kata, Kaedah Mengeja Kata, Kaedah Buat Apa? dan Kaedah Kotak Idea” . Instrumen utama yang digunakan ialah praujian dan pascaujian. Dapatan kajian ini menunjukkan berlaku peningkatan pencapaian sampel iaitu daripada kelulusan sebanyak 54 peratus dalam praujian kepada 100 peratus kelulusan dalam pascaujian. Peningkatan purata markah sebanyak 46 peratus. Siri tindakan kaedah yang digunakan terbukti dapat membantu meningkatkan kebolehan sampel dalam membina ayat tunggal. Kebolehan sampel dalan membina ayat juga turut meningkat daripada purata markah sebanyak 40.5 peratus dalam praujian kepada 75.5 peratus dalam pascaujian. Peningkatan sebanyak 35 peratus. Hasil kajian ini menunjukkan objektif kajian telah tercapai. Walau bagaimanpun, bimbingan secara intensif dan secara individu perlu dilakukan bagi memastikan murid benar-benar menguasai kemahiran ini.

Pengenalan

Penguasaan kemahiran asas membaca, menulis, dan mengira (3M) adalah amat penting dalam kalangan murid, sebagai teras memperoleh pelbagai ilmu pengetahuan. Pendidikan peringkat rendah merupakan pendidikan awal kepada murid untuk menguasai kemahiran asas 3M. Hal ini sejajar dengan hasrat Falsafah Pendidikan Negara yang bermatlamat untuk melahirkan insan yang seimbang serta berkembang secara menyeluruh dan bersepadu dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Penguasaan kemahiran asas 3M perlu dikuasai pada peringkat awal bagi membolehkan murid berkomunikasi dan menimba ilmu pengetahuan. Murid akan dapat menyatakan dan menghasilkan bahan atau bukti berbentuk idea dalam bentuk tulisan untuk berhubung dengan orang lain atau diri sendiri dan meluahkannya, sama ada pengalaman, perasaan atau maklumat. Namun, dalam apa juga sistem pendidikan, adalah amat sukar untuk memastikan semua murid berjaya menguasai kemahiran asas 3M ini lantaran keupayaan intelek masing-masing terutamanya dalam menguasai kemahiran menulis. Banyak kajian yang dijalankan mendapati kebanyakan murid menghadapi masalah dalam penulisan terutamanya dalam aspek membina ayat dengan betul dan lengkap. Sekiranya hal ini tidak diberi perhatian, penekanan atau bimbingan yang sewajarnya, golongan murid ini mungkin gagal dalam memperoleh pendidikan yang perlu dan potensi mereka akan terbenam.

Fokus Kajian

Kajian saya dalam meningkatkan kebolehan murid membina ayat tunggal ini amat sesuai dengan tahap kebolehan murid Tahun 6 Jaya. Saya telah mengenal pasti masalah dan sikap 13 orang daripada mereka yang berpotensi untuk lulus sekiranya dibimbing, secara merujuk guru kelas dan guru mata pelajaran, dokumen-dokumen yang berkaitan seperti meneliti hasil kerja dan buku latihan, serta membuat “post-mortem” kertas jawapan murid dalam Ujian Bulanan Berpusat. Hasil “post-mortem” yang dibuat, saya dapati mereka boleh menulis ayat tetapi dengan pelbagai kesalahan seperti kesalahan ejaan, tanda baca, pemilihan kata yang tidak tepat, dan kesalahan dari segi struktur yang membuat ayat itu tergantung dan sukar difahami. Pemilihan perkataan atau istilah yang salah dan penggunaan bahasa ibunda. Keadaan ini menunjukkan murid-murid ini mempunyai kosa kata yang lemah, kurang membaca dan kurang latihan. Kajian ini amat penting dan saya yakin bahawa kajian ini boleh membantu meningkatkan pencapaian mereka dalam membina ayat tunggal.

Objektif Kajian

Kajian yang dijalankan ini bertujuan mencapai objektif seperti yang berikut :1. Mengesan peningkatan pencapaian murid dalam membina ayat tunggal.2. Murid dapat menguasai kaedah-kaedah yang digunakan bagi meningkatkan kebolehan murid membina

ayat tunggal.3. Membantu murid meningkatkan kebolehan membina ayat tunggal.

Page 2: prosidingjam-121214105418-phpapp02

Soalan Kajian

Bagi mencapai objektif kajian, saya membina persoalan kajian seperti berikut:1. Adakah terdapat peningkatan pencapaian murid dalam membina ayat tunggal?2. Apakah murid dapat menguasai kaedah-kaedah pengajaran yang digunakan bagi meningkatkan

kebolehan murid membina ayat tunggal?3. Adakah kebolehan murid membina ayat tunggal meningkat?

SOROTAN LITERATUR

Soroton literatur ialah hasil dapatan yang diperoleh oleh pengkaji-pengkaji yang lalu. Melalui dapatan kajian-kajian ini, saya mendapatkan maklumat yang berkaitan dengan tajuk kajian saya. Berikut adalah beberapa maklumat tentang kajian lalu berkaitan dengan kemahiran membina ayat.

Masni Mohamad Saidi dan Suen Sau Chun (2003) telah menggunakan teknik S-R 8W1H dalam kajian mereka yang bertajuk “Meningkatkan Kebolehan Membina Ayat Majmuk tentang sesuatu topik dengan menggunakan teknik S-R 8W1H” dalam kalangan murid Tahun 3B di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina Ave Maria, Convent, Ipoh. Murid-murid telah diberi latihan membina ayat dengan menggunakan gambar bersiri, gambar komposisi, membina ayat menggunakan situasi atau topik yang tidak mengunakan kata hubung. Hasil kajian menunjukkan telah berlaku peningkatan dan membuktikan kepentingan penggunaan formula dalam pembelajaran.

Iskandar Muda bin Ishak (2005), telah menjalankan kajian yang bertajuk “Penggunaan Latih Tubi Dengan Menggunakan Gambar Bagi Meningkatkan Pencapaian Dan Kebolehan Murid Tahun Lima Membina Ayat Bahasa Inggeris” di Sekolah Kebangsaan (LKTP) Padang Piol, 27040 Jerantut, Pahang. Kajian ini dibuat untuk mengatasi masalah 95 orang murid tahun lima dalam membina ayat bahasa Inggeris. Beliau dapat membuktikan teknik latih tubi dapat meningkatkan kemahiran murid dalam membina ayat yang baik dan sempurna melalui ujian PKSR 3. Hasil kajian beliau telah menunjukkan peningkatan dalam membina ayat bahasa Inggeris telah berlaku sebanyak 75 peratus.

Azizah Othman dan Samidon Abdullah (2006) pula telah membuat kajian yang bertajuk, “Meningkatkan Kemahiran Murid Membina Ayat Mudah Dengan Struktur Yang Betul Dalam Bahasa Inggeris Menggunakan Formula ‘P/NVPA/PO/S2CD/OP3/AF2”. Kajian ini telah dijalankan untuk mengatasai masalah murid tahun enam di Sekolah Kebangsaan Kampung Chamek, Kluang, Johor, dalam membina ayat mudah mengikut struktur yang betul dalam bahasa Inggeris. Penyelidik telah melatih 15 orang murid tahun enam membina ayat mudah dalam bahasa Inggeris dengan struktur yang betul menggunakan kaedah ‘P/NVPA/PO/S2CD/OP3/AF2’. Kaedah ini didapati berjaya meningkatkan penguasaan murid sebanyak 80 peratus.

Selain itu, Habsah bt Nan (2006), telah membuat kajian yang bertajuk “Teknik Four Wifes And One Husband: Membina Ayat Penyata berdasarkan Gambar Tunggal Atau Bersiri”. Hasil daripada kajian beliau ke atas 32 orang murid Tahun Lima Pintar di Sekolah Kebangsaan Beseri, Perlis mendapati bahawa pencapaian murid dalam kemahiran murid dalam membina lima ayat penyata berpandukan gambar atau gambar bersiri telah meningkat sebanyak 63 peratus.

Kesimpulannya, berdasarkan kajian-kajian yang telah dijalankan ini, saya dapati banyak strategi dan kaedah yang boleh kita gunakan bagi membantu murid membina ayat. Kaedah penggunaan kata tanya dan gambar merupakan satu asas penting dalam mencungkil idea murid bagi membina sesuatu ayat. Selain itu, penggunaan teknik latih tubi amat berkesan dalam mengukuhkan kemahiran murid.

METODOLOGI KAJIAN

Kajian yang saya jalankan menggunakan jenis kajian tindakan. Data yang dikumpul dianalisis dalam bentuk kualitatif dan dihuraikan secara deskriptif. Data berbentuk statistik (nombor) juga digunakan dalam penyelidikan saya untuk menyokong dapatan hasil kajian.

Page 3: prosidingjam-121214105418-phpapp02

Pemerhatian dan mereflek terhadap masalah yang

dihadapi oleh murid

Menjalankan Ujian Diagnostik bagi mengenal

pasti kebolehan murid

Menjalankan praujian bagi memungut data awal sebelum tindakan rawatan

Tindakan 1: Teknik Gambar Kata

Tindakan 2: Teknik Mengeja Kata

Tindakan 3: Teknik Buat Apa?

Tindakan 4: Teknik Kotak Idea

Menjalankan pascaujian bagi memungut data

selepas tindakan

Membuat laporan tentang dapatan hasil kajian yang

dijalankan

Reka Bentuk Kajian

Dalam kajian ini, saya telah memilih model Kajian Tindakan Stephen Kemmis dan Mc Taggart (1988), yang dipetik daripada Buku Manual Kajian Tindakan Edisi Ketiga. Model ini menyarankan empat langkah kajian tindakan berdasarkan gelungan iaitu Mereflek (Reflect), Merancang (Plan), Bertindak (Action) dan Memerhati (Observe).

Kumpulan Sasaran

Saya menjalankan kajian ke atas 17 orang murid Tahun 6 Jaya Sekolah Kebangsaan Semut Api, Kota Bharu, Kelantan.. Kelas ini terdiri daripada 14 orang murid lelaki dan tiga orang murid perempuan. Kelas ini merupakan kelas ketiga yang menempatkan murid-murid yang lemah pencapaian akademiknya. Seramai 13 orang murid berada pada tahap yang sangat lemah dipilih sebagai sampel kajian ini.

Pelaksanaan Tindakan

Di bawah ini ialah peringkat pelaksanaan tindakan yang saya jalankan dalam kajian tindakan ini.

MERANCANGMerancang tindakan bagi mengatasi masalah yang dihadapi

MEMERHATIMengumpul dan menganalisis data bagi menilai keberkesanan

BERTINDAKMelaksana tindakan bagi mengatasi masalah yang menjadi

GELUNGAN 1

Rajah 1: Proses Kajian Tindakan Model Kemmis dan Mc Taggart

Rajah 1: Langkah pelaksanaan kajian tindakan

MEREFLEKMereflek bagi melihat kekuatan dan kelemahan P&P sendiri

ke gelung kedua

Page 4: prosidingjam-121214105418-phpapp02

KEPUTUSAN

GRED PERATUS PENCAPAIANA 80 -100 CemerlangB 60 - 79 BaikC 40 - 49 SederhanaD 20-39 LemahE 0-19 Sangat lemah

Jadual 1 menunjukkan skala pemarkahan yang dijadikan penunjuk bagi menilai tahap pencapaian sampel dalam praujian, semasa pelaksanaan tindakan, dan juga semasa pascaujian. Melalui skala ini, sampel yang mendapat markah 80 peratus hingga 100 peratus akan dikategorikan pada tahap cemerlang iaitu mewakili gred A. Markah 60 peratus hingga 79 peratus pula dikategorikan pada tahap baik iaitu mewakili gred B. Markah 40 peratus hingga 59 peratus dikategorikan pada tahap sederhana iaitu mewakili gred C dan sampel yang mendapat markah 20 peratus hingga 39 peratus dikategorikan pada tahap lemah iaitu mewakili gred D. Manakala markah 0 peratus hingga 19 peratus pula dikategorikan pada tahap sangat lemah iaitu mewakili gred E.

Dapatan 1

Perbandingan Praujian dan Pascaujian

Bil NamaPraujian Pascaujian Jumlah

PerubahanMarkah(%) Gred

Markah%) Gred

1. Sampel 1 28 D 76 B +48

2. Sampel 2 17 E 52 C +45

3. Sampel 3 28 D 88 A +60

4. Sampel 4 67 B 76 B +9

5. Sampel 5 56 C 81 A +25

6. Sampel 6 45 C 88 A +43

7. Sampel 7 14 E 74 B +60

8. Sampel 8 21 D 71 B +50

9. Sampel 9 31 D 71 B +40

10. Sampel 10 43 C 62 B +19

11. Sampel 11 41 C 81 A +40

12. Sampel 12 81 A 90 A +9

13. Sampel 13 57 C 71 B +14

Jumlah Lulus: 54% Lulus: 100% +46%

Jadual 2: Perbandingan Keputusan Praujian Dan Pascaujian

Jadual 1: Penskoran markah

Page 5: prosidingjam-121214105418-phpapp02

Jadual 4: Analisis Kaedah Tindakan

Keputusan pascaujian menunjukkan kelulusan sampel sebanyak 100 peratus berbanding dengan praujian yang hanya sebanyak 54 peratus iaitu peningkatan sebanyak 46 peratus. Perubahan ini dapat dilihat dengan jelas melalui Jadual Analisis Perbandingan Data Praujian dan Pascaujian di atas. Berikutan dengan perubahan dan peningkatan positif yang ditunjukkan oleh sampel melalui pascaujian, objektif kajian saya yang pertama iaitu mengesan peningkatan pencapaian murid dalam membina ayat tunggal telah tercapai.

Analisis Perbandingan Praujian dan Pascaujian

Markah %

Gred Praujian Pascaujian PerbezaanPeningkatan

Tahap

80-100 A 1 8% 5 38% +30% Cemerlang70-79 B 1 8% 7 54% +46% Baik50-69 C 5 38% 1 8% -30% Sederhana40-49 D 4 30% 0 0 Lemah0-39 E 2 16% 0 0 Sangat lemah

Jadual 3 juga telah menyokong dapatan kajian saya yang pertama. Jadual ini menunjukkan pencapaian sampel mengikut gred. Lima sampel iaitu sebanyak 38 peratus sampel mendapat grea A dalam pascaujian, berbanding dengan sati sampel atau sebanyak 8 peratus sampel sahaja dalam praujian. Peningkatan sebanyak 30 peratus. Tujuh sampel atau sebanyak 54 peratus sampel telah mendapat gred B dalam pascaujian, berbanding dengan hanya 8 peratus sahaja dalam praujian. Peningkatan sebanyak 46 peratus. Hanya satu sampel mendapat gred C dalam pasca ujian berbanding dengan 38 peratus dalam praujian, menunjukkan perbezaan sebanyak 30 peratus. Satu peningkatan yang amat baik.

Dapatan 2

Analisis Kaedah Tindakan

BIL NAMA K 1 K 2 K 3 K 4 Praujian Pascajian %Pningktn

1. Sampel 1 93 73 64 81 28 76 552. Sampel 2 93 50 44 77 17 52 433 Sampel 3 83 77 57 85 28 88 634. Sampel 4 83 80 54 77 67 76 255. Sampel 5 87 63 54 65 56 81 366. Sampel 6 90 67 57 88 45 88 487. Sampel 7 90 53 37 69 14 74 67

Jadual 3: Analisis Perbandingan Keputusan Praujian Dan Pascaujian

Page 6: prosidingjam-121214105418-phpapp02

8. Sampel 8 80 67 48 92 21 71 569. Sampel 9 93 67 52 69 31 71 4910. Sampel 10 90 67 57 69 43 62 3511. Sampel 11 100 77 54 77 41 81 4812. Sampel 12 100 97 72 85 81 90 1713 Sampel 13 100 73 85 73 57 71 31

Bagi menjawab persoalan yang kedua, saya telah membuat analisis keempat-empat kaedah yang saya gunakan dalam kajian saya. Jadual 4 menunjukkan hasil analisis tersebut. Jadual 4 menunjukkan keempat-empat kaedah yang digunakan ini telah membantu meningkatkan kebolehan sampel membina ayat. Hal ini dapat dibuktikan melalui peningkatan pencapaian sampel dalam pascaujian jika dibandingkan dengan keputusan praujian, iaitu sebelum tindakan rawatan dijalankan. Kesemua sampel menunjukkan peningkatan peratusan yang sangat baik. Kesimpulannya, melihat kepada keputusan praujian iaitu sebelum tindakan rawatan dilaksanakan dengan keputusan pascaujian iaitu selepas tindakan rawatan dilaksanakan, didapati bahawa objektif kajian saya yang kedua telah terjawab iaitu kesemua kaedah yang digunakan itu telah dapat membantu sampel meningkatkan kebolehan membina ayat tunggal.

Dapatan 3

Analisis Peningkatan Kebolehan Sampel dalam Membina Ayat

BilNama

Praujian PascaujianPeningkatan

PurataMarkah (%)

Gred Purata Markah (%)

Gred Purata

1. Sampel 1 28 D 2.1 76 B 5.8 3.7

2. Sampel 2 17 E 1.3 52 C 4 2.7

3. Sampel 3 28 D 2.1 88 A 6.8 4.7

4. Sampel 4 67 B 5.1 76 B 5.8 0.7

5. Sampel 5 56 C 4.3 81 A 6.2 1.9

6. Sampel 6 45 C 3.5 88 A 6.8 3.3

7. Sampel 7 14 E 1.1 74 B 5.7 4.6

8. Sampel 8 21 D 1.6 71 B 5.5 3.9

9. Sampel 9 31 D 2.4 71 B 5.5 3.1

10. Sampel 10 43 C 3.3 62 B 4.8 1.5

Jadual 5: Analisis Peningkatan Kebolehan Sampel Dalam Membina Ayat

Page 7: prosidingjam-121214105418-phpapp02

11. Sampel 11 41 C 3.1 81 A 6.2 3.1

12. Sampel 12 81 A 6.2 90 A 6.9 0.7

13. Sampel 13 57 C 4.4 71 B 5.5 1.1

Jumlah 40.5 75.5 35.0

Berdasarkan jadual 5, terdapat peningkatan purata pencapaian markah bagi sampel 1 hingga sampel 13. Purata keseluruhan markah bagi praujian ialah sebanyak 40.5 sementara dalam pascaujian ialah sebanyak 75.5 iaitu peningkatan purata sebanyak 34.0. Peningkatan purata ini menunjukkan berlakunya peningkatan prestasi sampel dalam membina ayat dan menunjukkan berlakunya proses pembelajaran yang membolehkan murid menguasai kemahiran yang diajar. Penguasaan kebolehan ini ditunjukkan melalui peningkatan purata markah yang diperoleh dalam praujian dan pascaujian yang dibuat. Justeru, objektif kajian saya yang ketiga iaitu membantu murid meningkatkan kebolehan membina ayat tunggal juga telah tercapai.

PERBINCANGAN DAN IMPLIKASI KAJIAN

Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa empat siri tindakan yang digunakan telah berjaya membantu murid meningkatkan kebolehan dan penguasaan mereka dalam membina ayat tunggal. Keempat-empat siri tindakan ini saling berkait dan merupakan strategi ansur maju dalam usaha membantu murid membina ayat. Kejayaan kajian saya ini adalah bersandarkan kepada empat siri tindakan yang dijalankan iaitu “Kaedah Gambar Kata”, “Kaedah Mengeja Kata”, “Kaedah Buat Apa?”, dan “Kaedah Kotak Idea”. Kaedah-kaedah ini juga melibatkan kata kunci atau idea utama iaitu “Buat Apa?”. Aktiviti yang dilaksanakan semasa proses pengajaran dan pembelajaran juga melibatkan teknik latih tubi bagi meningkatkan penguasaan murid dalam setiap kemahiran yang diajar.

Kajian saya selari dengan kajian yang dilakukan oleh Masni Mohamad Saidi dan Suen Sau Chen (2003) yang menggunakan gambar bersiri, gambar komposisi dan situasi atau topik untuk membina ayat. Begitu juga dengan Habsah bt. Nan (2006) yang membuat kajian terhadap 32 orang murid tahun lima untuk membina ayat berpandukan gambar atau gambar bersiri. Hasil dapatan kajian Masni Mohamad Saidi dan Suen Sau Chen (20003), menunjukkan pencapaian sebanyak 68 peratus, dan Habsah bt. Nan (2006) pula sebanyak 63 peratus. Kajian saya juga ada persamaan dengan kajian yang telah dijalankan oleh Iskandar Muda Ishak (2005) dan Nor Idayu Idrus (2005). Iskandar Muda Ishak (2005) telah menggunakan teknik latih tubi dalam mengatasi masalah kesalahan dari segi struktur membina ayat berdasarkan gambar. Teknik ini menjadikan murid-murid beliau semakin mahir dan dapat menguasai sesuatu kemahiran dengan baik apabila sering diberi latihan. Kajian beliau telah menunjukkan pencapaian sebanyak 75 peratus. Nor Idayu Ishak (2005) pula telah menggunakan teknik latih tubi menggunakan tafsiran gambar dan kata kunci dalam kajian beliau bagi meningkatkan pencapaian dan penguasaan murid membina ayat. Kajian beliau telah menunjukkan peningkatan pencapaian sebanyak 57 peratus. Jelaslah bahawa kaedah-kaedah yang saya jalankan dalam kajian ini amat sesuai dan menyokong dapatan kajian-kajian yang lepas.

Hasil refleksi pelaksanaan tindakan membuktikan teknik latih tubi dapat meningkatkan kemahiran sampel dalam semua aspek, seperti mengeja perkataan, menamakan aktiviti, membiasakan diri dengan tanda baca, penggunaan huruf besar dan membina ayat mudah. Teknik penyoalan juga dapat mencetuskan idea sampel dalam membina ayat. Semua kaedah yang dijalankan secara berterusan akan membantu sampel meningkatkan kemahiran, meminimumkan kesalahan dan menjadikan mereka lebih mahir dan yakin.

Cadangan Penambahbaikan

Merujuk kepada kajian yang telah saya lakukan, kajian ini amat sesuai dijalankan terhadap murid-murid di peringkat awal bermula dari tahap satu lagi. Asas pembinaan ayat yang kukuh akan melahirkan murid yang cemerlang dalam penulisan. Justeru, kajian ini sepatutnya diperluaskan dengan melibatkan murid pada tahap satu dengan harapan masalah murid tidak dapat membina ayat pada tahun enam tidak timbul.

Tempoh masa juga merupakan satu faktor utama. Kelemahan kajian saya ialah penglibatan murid tahun enam yang sibuk dengan persediaan untuk menghadapi UPSR. Sesetengah murid dan guru menganggapnya tidak penting kerana membina ayat tunggal berbantukan gambar atau perkataan adalah mudah dan sudah terlambat. Tempoh kajian yang singkat dan masa yang sibuk membuat mereka tertekan,

Page 8: prosidingjam-121214105418-phpapp02

penat, bosan, dan kurang pemberatan. Situasi pembelajaran yang begitu dapat mempengaruhi emosi pelajar. Oleh itu, masa dan tempoh masa yang sesuai juga perlu dipertimbangkan bagi mendapat hasil yang lebih baik.

Selain itu, persediaan yang rapi, kemas dan penyediaan bahan yang sesuai juga perlu dilakukan. Instrumen kajian juga perlu dirancang dan direkod dengan baik dan teratur bagi membuktikan kesahihan dan kebolehpercayaan data di samping membantu guru membaiki prestasi dan daerah kelemahan murid. Setiap maklumat yang direkod dengan baik akan menjadi bukti dan indikator pencapaian sampel bagi mengatur strategi yang seterusnya bagi menangani masalah sampel. Semoga kajian ini bukan sekadar membantu murid dalam meningkatkan prestasi pencapaian mereka dalam pelajaran, malah turut meningkatkan amalan profesional guru sebagai pendidik

Cadangan Lanjutan

Kajian membina ayat tunggal merupakan satu kajian asas atau permulaan bagi murid. Justeru, kajian ini boleh ditingkatkan kepada kajian membina ayat majmuk atau penggunaan kata hubung dalam ayat atau dikukuhkan dengan kajian mengeja perkataan berimbuhan atau penggunaan tanda baca dan huruf besar dalam ayat. Setiap kajian mempunyai kepentingannya yang tersendiri.

RUJUKAN

Abdullah Hassan & Ainon Mohamad. (1994). Tatabahasa Dinamika. Kuala Lumpur: utusan Publications

Abdullah Hassan (ed). (1987). Kesalahan Bahasa dalam Bahasa Melayu. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Arbak Othman. (1989). Nahu Bahasa Melayu. Petaling jaya:Penerbitan Fajar Bakti SDN. BHD.

Azizah Othman & Samidon Abdullah. (2006). Meningkat Kemahiran Pelajar Membina Ayat Mudah dengan Struktur yang Betul dalam Bahasa Inggeris dengan Menggunakan Formula P/NVPA/PO/S2CD/OP3/AF2. Diakses pada 31 Mac 2012, daripada http://www.arjpnj.com/ktindak/files/binaayat.pdf

Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia. (2008). Manual Kajian Tindakan (Edisi Ketiga). Putrajaya : BPPPDP, KM.

Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia. (2005). Manual Kajian Tindakan.Kuala Lumpur : BPPPDP, KPM.

Habsah Binti Nan. (2006). Teknik Four Wifes One Husband : Membina Ayat Penyata Berdasarkan Gambar Tunggal atau Bersiri. Laporan penyelidikan yang tidak diterbitkan, Jurnal Kajian Tindakan Guru, Institut Pendidikan Guru Kampus Perlis. 

Iskandar Muda Ishak. (2005). Penggunaan Latih Tubi Berdasarkan Gambar Bagi Meningkat Pencapaian dan Kebolehan Murid Tahun 5 Membina Ayat Bahasa Inggeris. Kertas kerja yang dibentangkan di Seminar Penyelidikan Tindakan IPBA, 17-19 April  2005 di Hotel Garudia, Medan, Indonesia.

Kementerian Pelajaran Malaysia. (2003). Kurikulum Bersepadu Bahasa Melayu Sekolah Rendah. Kuala Lumpur : Pusat Perkembangan Kurikulum.

Masni Mohamad Saidi & Suen Sau Chun. (2003). Meningkatkan Kebolehan Membina Ayat Majmuk Tentang Sesuatu Topik dengan Teknik S-R 8W 1H. Diakses pada 27 Februari 2012, daripada http://www/. sribd.com/doc/25170188/Meningkatkan-Kebolehan-Membina-Ayat-Majmuk Tentang-Sesuatu.

Nik Safiah Karim, Farid M.Onn, Hashim Musa & Abdul Hamid Mahmood. (2008). Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Page 9: prosidingjam-121214105418-phpapp02

Nor Idayu. (2005). Meningkatkan Kebolehan Membina Ayat Bahasa Inggeris Melalui Latih Tubi Menggunakan Tafsiran Gambar dan Kata Kunci Bagi Murid Tahun 2. Kertas kerja yang dibentangkan di Seminar Seminar Penyelidikan Pendidikan IPBA 2005.

Noresah Bt. Baharom (Ed). (2010). Kamus Dewan (Edisi Keempat). Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Raminah Hj Sabran & Rahim Syam. (1985). Kajian Bahasa Untuk Pelatih Maktab Perguruan. Petaling Jaya: Penerbitan Fajar Bakti SDN. BHD.