proses renovasi - intechkitchen.comintechkitchen.com/wp-content/uploads/proses-renovasi.pdf · atas...

4
DAPUR IMPIANA | Inovasi Dapur Terkini 138 PROJEK UBAH SUAI SEBELUM & SELEPAS PENULIS MOHD ADIB MOHD SIDEK FOTO MOHAMAD AZAHARI SALLEH LUASKAN RUANG DAPUR BANYAK KELEBIHAN YANG DIPEROLEH MELALUI RENOVASI RUANG DAPUR. JIKA DAHULU RUANG DAPUR MILIK TERENCE DAN MEI SAN INI BERKELUASAN TERHAD, KINI SEBUAH RUANG DAPUR YANG SELESA, PRAKTIKAL DAN LUAS DAPAT DIHADIRKAN MELALUI PROSES RENOVASI. RENOVASI PROSES

Upload: truongdieu

Post on 29-Aug-2019

222 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

DAPUR IMPIANA | Inovasi Dapur Terkini 138

PROJEK UBAH SUAI SEBELUM & SELEPAS

PENULIS ● MOHD ADIB MOHD SIDEK FOTO ● MOHAMAD AZAHARI SALLEH

LUASKAN RUANG DAPURBANYAK KELEBIHAN YANG DIPEROLEH MELALUI RENOVASI

RUANG DAPUR. JIKA DAHULU RUANG DAPUR MILIK TERENCE

DAN MEI SAN INI BERKELUASAN TERHAD, KINI SEBUAH

RUANG DAPUR YANG SELESA, PRAKTIKAL DAN LUAS DAPAT

DIHADIRKAN MELALUI PROSES RENOVASI.

RenovasiPRoses

DAPUR IMPIANA | Inovasi Dapur Terkini 139

ATAS Pemilik kediaman banyak berkongsi idea dengan pereka bagi mendapatkan hasil yang memuaskan di ruang dapur miliknya.

Boleh ceritakan keadaan dapur anda seBelum melakukan proses uBahsuai?Jika sebelum ini, dapur masih dalam keadaan kosong kerana kami baru sahaja berpindah ke kediaman ini. Daripada segi saiznya dapur sebelum ini lebih kecil kerana terdapat bilik pembantu rumah bersebelahan dengan dapur ini. Apabila kami mengambil keputusan untuk mengubahsuai ruang dapur, banyak perubahan yang dilakukan. Pertama sekali ialah meluaskan ruang dapur dengan memecahkan dinding bilik pembantu rumah.

pereka dalaman dan dapur dilihat Begitu penting dalam menghadirkan dapur idaman. Bagaimanakah anda memBuat keputusan untuk memilih pereka untuk dapur anda?Sebelum ini saya sudah melakukan beberapa tinjauan dan rujukan terhadap tawaran yang ada pada syarikat kabinet dapur. Namun, akhirnya saya mengambil keputusan untuk memilih Intech Kitchen. Ini kerana bukan sahaja saya mengenali perekanya iaitu Jeff sebaliknya perkhidmatan yang diberikan begitu memuaskan hati pelanggan. Pereka banyak berkongsi idea untuk menghasilkan dapur yang mempunyai fungsi praktikal dan

hebat.

apakah halangan yang dihadapi ketika melakukan proses uBahsuai dapur anda?Halangan yang timbul adalah ruang dapur yang bersambung dengan bilik pembantu rumah menyebabkan saiz dapur sangat kecil. Oleh itu, harus dilakukan pemecahan dinding bilik tersebut agar pelan lantai yang diingini dapat dijelmakan.

DAPUR IMPIANA | Inovasi Dapur Terkini 140

Bagaimanakah anda menentukan konsep dapur agar dapur yang menawan dan Berfungsi heBat dapat dijelmakan?Secara keseluruhannya ia merupakan idea daripada saya. Namun, Jeff daripada Intech Kitchen banyak menyumbang idea bagi menghasilkan satu rekaan dapur yang sempurna. Antaranya pihak pereka menyarankan penggunaan material dan warna tertentu bagi menghasilkan kesan yang menawan dan praktikal di ruang dapur. Daripada segi pemilihan warna, sengaja dipilih warna putih menghiasi pintu kabinet kerana saya dapati warna ini mudah dipadankan dengan pelbagai jenis material dan warna lain. Tambahan, suami saya menyukai warna putih. Daripada segi penjagaan juga tidak sukar kerana kaca 4G ini mudah dibersihkan. Setiap kali selepas menggunakan dapur, saya terus mengelap percikan minyak dan bahan masakan.

apakah keleBihan kaunter pulau yang anda peroleh selepas menempatkan satu unit kaunter terseBut di dapur?Pertama sekali minat saya yang suka membuat kek kini semakin mudah kerana kaunter pulau dijadikan medan untuk menyediakan adunan. Keberadaan kaunter pulau yang diletakkan berhampiran dengan ketuhar menyuntik ciri praktikal yang pastinya memudahkan penyediaan kek dan pastri. Tambahan, kaunter pulau menjadi zon hidang dan menikmati sarapan yang sangat selesa.

terdapat ramai yang ingin melakukan uBahsuai dapur mereka. apakah nasihat anda untuk individu ini? Seperti yang saya lakukan sebelum ini, saya banyak melakukan rujukan dan tinjauan terhadap pereka yang ingin dipilih. Saya juga banyak berbincang dengan pereka bagi mengetahui banyak perkara agar nanti dapur yang dihasilkan memuaskan hati kita daripada aspek fungsinya dan wajah yang menawan.

ATAS Kaunter pulau menjadi meja makan yang praktikal dan selesa.

KIRI Team pereka dari Intech Kitchen.

DAPUR IMPIANA | Inovasi Dapur Terkini 141

PEMILIK:Terence & Mei SanKONSEP: Moden KontemporariLOKASI: Sungai Besi, Kuala LumpurJENIS KEDIAMAN: Semi D Tiga TingkatMATERIAL KAUNTER TOP: Batu GranitMATERIAL PINTU KABINET: Kaca 4GSAIZ DAPUR: 15 kaki X 12 kaki (Bentuk L)KOS: RM22,000 PROJEK: INTECH KITCHENNo 47A Jalan Mega 1A,Taman Industri Mega,Bandar teknologi Kajang,43500 Semenyih SelangorTEL: 03-87243528 / Jessica 012-6670706EMEL: [email protected] : www.intechkitchen.com

FACEBOOK LOG IN: Intech Kitchen Sdn Bhd

INFO PROJEK

ATAS Kemasan mozek rona

emas menjadikan wajah dapur lebih

istimewa.