rona bang tan - fp.utm.my€¦ · the aim of this study is to determine the relationship between...

28
HUBUNGAN PERSONALITI DENGAN PILIHAN PENGKHUSUSAN DALAM PROGRAM SARJANA MUDA PENDIDIKAN DI UTM RONA BANG TAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Upload: others

Post on 30-Oct-2019

19 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

HUBUNGAN PERSONALITI DENGAN PILIHAN PENGKHUSUSAN DALAM

PROGRAM SARJANA MUDA PENDIDIKAN DI UTM

RONA BANG TAN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

HUBUNGAN PERSONALITI DENGAN PILIHAN PENGKHUSUSAN DALAM

PROGRAM SARJANA MUDA PENDIDIKAN DI UTM

RONA BANG TAN

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

penganugerahan ijazah Sarjana Muda Sains dan Komputer Serta Pendidikan

(Kimia)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

APRIL, 2010

iii

DEDIKASI

Buat ayah dan ibu yang tersayng dan amat disanjungi,

Abang dan adik yang amat dikasihi,

Terima kasih atas segala sokongan dan dorongan yang diberi serta doa restu untuk

terus tabah sepanjang masa menyiapkan tesis ini.

Buat penyelia yang dihormati,

Jutaan terima kasih atas bimbingan dan usaha beliau.

Ribuan terima kasih saya ucapkan.

iv

PENGHARGAAN

Bersyukur kepada Tuhan kerana limpa kurniaNya saya dapat menyiapkan Projek

Sarjana Muda ini dalam akhir tahun pengajian saya.

Setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada penyelia saya iaitu P.M. Dr. Mohd.

Najib Abd Ghafar, atas budi baik dan masa yang beliau luangkan untuk memberi tunjuk

ajar, bimbingan dan dorongan serta membincangkan masalah yang dihadapi sepanjang

proses kajian dan penyediaan laporan projek ini..

Penghargaan ikhlas juga dirakamkan kepada responden-responden bagi

penyelidik projek ini, iaitu semua pelajar-pelajar Fakulti Pendidikan, UTM Skudai aliran

sains dan bahasa sesi 2009/2010 atas kesabaran dan kerjasama yang disumbangkan.

Selain itu, saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada ahli keluarga

dan rakan-rakan seperjuangan atas sumbangan yang diberi sama ada dalam bentuk idea,

sokongan, sumber kewangan mahupun kritikan.

v

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji hubungan antara personaliti diri dengan

pemilihan kursus pendidikan dengan menggunakan Inventori Personaliti Sidek (IPS).

Tempat Kajian yang dipilih ialah Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia.

Seramai 346 orang pelajar dari tahun satu ke tahun empat yang mengambil Sarjana

Muda Sains (Matematik, Kimia, Fizik, TESL) dan Sarjana Muda Sains dan Komputer

(Matematik, Kimia, Fizik) terlibat dalam kajian ini. Borang soal selidik yang

mengandungi 2 bahagian, iaitu Bahagian A, berhubung dengan latar belakang responden

dan Bahagian B adalah Inventori Personaliti Sidek (IPS). Data kajian ini dianalisis

menggunakan Statistical Package for Social Science (SPSS) Versi 15.0 untuk

mendapatkan nilai peratus, kekerapan, min dan ujian korelasi Pearson. Hasil analisis

menunjukkan (i) kebanyakkan pelajar kursus Pendidikan aliran sains dan bahasa

mempunyai trait personaliti agresif, intelektual, introvert, dan mengawal yang

sederhana. (ii) Trait personaliti yang tinggi di antara pelajar kursus Pendidikan aliran

sains dan bahasa adalah trait-trait personaliti analitikal, autonomi, bergantung,

ekstrovert, kepelbagaian, ketahanan, kritik diri, menolong, sokongan, struktur dan

pencapaian. (iii) terdapat hubungan signifikan antara trait analitikal, intelektual,

kepelbagaian, kritik diri, mengawal, sokongan, pencapaian. Namun begitu, nilai korelasi

yang didapati adalah sangat lemah. Dengan itu, penyelidik berpendapat bahawa terdapat

faktor-faktor lain yang mempengaruhi pencapaian akademik pelajar dan personaliti diri

pelajar yang boleh dijadikan sebagai kajian lanjutan.

vi

ABSTRACT

The aim of this study is to determine the relationship between personality and the

selection of educational courses using the Inventori Personaliti Sidek (IPS). This study

took placed at Faculty of Education, Universiti Teknologi Malaysia. A total number of

346 students from year one to year four that are undergoing Bachelor of Science

(Mathematics, Chemistry, Physics, TESL) and Bachelor of Computer Science

(Mathematics, Chemistry, Physics) involved in this study. Questionnaire consist of 2

parts, namely Part A, that is related to respondents background and Part B, is the

Instrument of Inventori Personaliti Sidek (IPS). Data obtained is analyzed in terms of

percentage, frequency, mean and Pearson Correlation Analysis by using Statistical

Package for Social Science (SPSS) Version 15.0. Analysis shows (i) most of the

students have aggressive, intellectual, introvert, and controlling personality traits at

medium stage. (ii) However, the personalities of students at higher stage are such as

analytical, autonomous, dependent, extroverts, diversity, resilience, self-critical, help,

supporting, structure and achievements personality. (iii) the study showed there is a

significant relationship between personality trait in analytical, intellectual, diverse, self-

critical, control, support, achievement and selection of educational courses. However,

the correlation value obtained is very weak. Therefore, researcher estimate that there are

other factors that influence student academic achievement and student self-personality

which can be considered for further investigation.

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKASURAT

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

ISI KANDUNGAN vii

SENARAI RAJAH xiii

SENARAI JADUAL xiv

SENARAI GRAF xvi

SENARAI SINGKATAN xvii

SENARAI LAMPIRAN xviii

1 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 3

1.3 Pernyataan Masalah 6

1.4 Objektif Kajian 6

1.5 Persoalan Kajian 6

1.6 Hipotesis 7

1.7 Kepentingan Kajian 8

1.8 Batasan Kajian 9

1.9 Definisi Istilah 9

1.9.1 Personaliti 10

viii

1.9.2 Inventori Personaliti Sidek (IPS) 10

1.9.3 Kursus Pendidikan 16

2 SOROTAN KAJIAN

2.1 Pengenalan 17

2.2 Personaliti 17

2.3 Teori Personaliti 19

2.3.1 Teori Psikoanalisis 19

2.3.2 Teori Psikososial Erik Erikson 20

2.4 Teori Trait 21

2.4.1 Teori William Sheldon 21

2.4.2 Teori Gordon Allport 22

2.4.3 Teori Trait Raymond Cattell 23

2.5 Teori Humanistik 23

2.5.1 Teori Humanistik Maslow 23

2.6 Teori Pembelajaran 24

2.6.1 Teori Tingkah Laku B.F. Skinner 25

2.6.2 Teori Pembelajaran Sosial 26

2.7 Peranan Guru 26

2.8 Kajian Lepasan 27

2.9 Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Personaliti

Manusia 30

2.9.1 Baka 31

2.9.2 Persekitaran 31

2.9.2.1 Pendidikan Awal 32

2.9.2.2 Rakan Sebaya 32

2.9.2.3 Media Massa 33

2.9.2.4 Pengaruh Sosiobudaya 33

ix

3 METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 34

3.2 Reka Bentuk Kajian 34

3.3 Populasi, Sampel dan Tempat Kajian 36

3.4 Instrumen Kajian 37

3.5 Analisis Data 38

3.6 Takwin Penyelidikan 40

4 ANALISIS DAPATAN KAJIAN

4.1 Pengenalan 42

4.2 Latar Belakang Responden 42

4.2.1 Jantina Responden 43

4.2.2 Tahun Pengajian Responden 43

4.2.3 Kursus Pendidikan Responden 44

4.3 Keputusan Subjek Sains dan Bahasa semasa SPM 45

4.4 Pencapaian CGPA Responden 46

4.5 Pola Trait-trait Personaliti Secara Keseluruhan 47

4.5.1 Trait Personaliti Bagi Kursus SPK 50

4.5.2 Trait Personaliti Bagi Kursus SPC 51

4.5.3 Trait Personaliti Bagi Kursus SPN 53

4.5.4 Trait Personaliti Bagi Kursus SPT 54

4.5.5 Trait Personaliti Bagi Kursus SPM 56

4.5.6 Trait Personaliti Bagi Kursus SPL 57

4.5.7 Trait Personaliti Bagi Kursus SPP 59

4.5.8 Trait Personaliti Bagi Kursus SPF 60

4.5.9 Pola Trait-trait Personaliti Bagi Setiap

Kursus 61

4.6 Pengujian Hipotesis 72

x

4.6.1 H01 Tiada hubungan signifikan antara

tahap personaliti trait agresif dengan

pencapaian akademik kursus pendidikan 73

4.6.2 H02 Tiada hubungan signifikan antara

tahap personaliti trait analitikal dengan

pencapaian akademik kursus pendidikan 74

4.6.3 H03 Tiada hubungan signifikan antara

tahap personaliti trait autonomi dengan

pencapaian akademik kursus pendidikan 74

4.6.4 H04 Tiada hubungan signifikan antara

tahap personaliti trait bergantung dengan

pencapaian akademik kursus pendidikan 75

4.6.5 H05 Tiada hubungan signifikan antara

tahap personaliti trait ekstrovert dengan

pencapaian akademik kursus pendidikan 75

4.6.6 H06 Tiada hubungan signifikan antara

tahap personaliti trait intelektual dengan

pencapaian akademik kursus pendidikan 75

4.6.7 H07 Tiada hubungan signifikan antara

tahap personaliti trait introvert dengan

pencapaian akademik kursus pendidikan 76

4.6.8 H08 Tiada hubungan signifikan antara

tahap personaliti trait kepelbagian dengan

pencapaian akademik kursus pendidikan 76

4.6.9 H09 Tiada hubungan signifikan antara

tahap personaliti trait ketahanan dengan

pencapaian akademik kursus pendidikan 77

4.6.10 H010 Tiada hubungan signifikan antara

tahap personaliti trait kritik diri dengan

pencapaian akademik kursus pendidikan 77

xi

4.6.11 H011 Tiada hubungan signifikan antara

tahap personaliti trait mengawal dengan

pencapaian akademik kursus pendidikan 77

4.6.12 H012 Tiada hubungan signifikan antara

tahap personaliti trait menolong dengan

pencapaian akademik kursus pendidikan 78

4.6.13 H013 Tiada hubungan signifikan antara

tahap personaliti trait sokongan dengan

pencapaian akademik kursus pendidikan 78

4.6.14 H014 Tiada hubungan signifikan antara

tahap personaliti trait struktur dengan

pencapaian akademik kursus pendidikan 79

4.6.15 H015 Tiada hubungan signifikan antara

tahap personaliti trait pencapaian dengan

pencapaian akademik kursus pendidikan 79

5 PERBINCANGAN DAN KESIMPULAN

5.1 Pengenalan 88

5.2 Aspek Demografi Responden 88

5.3 Perbincangan Tentang Pola Trait Personaliti

Secara Keseluruhan 89

5.4 Perbincangan Tentang Pencapaian Akademik

Berdasarkan Kursus yang Dipilih 91

5.5 Perbincangan Tentang Hubungan Antara Trait

Personaliti Dengan Pencapaian Akademik

Berdasarkan Kursus yang Dipilih 91

5.6 Rumusan Kajian 93

5.7 Cadangan Kajian 94

5.7.1 Cadangan Kepada Pelajar 95

5.7.2 Cadangan Kepada Fakulti Pendidikan, UTM 95

xii

5.8 Cadangan Untuk Kajian Lanjutan 95

5.9 Kesimpulan 96

RUJUKAN 98

LAMPIRAN A 102

LAMPIRAN B 111

xiii

SENARAI RAJAH

NO RAJAH TAJUK MUKASURAT

3.1 Reka Bentuk Kajian 41

xiv

SENARAI JADUAL

NO JADUAL TAJUK MUKASURAT

3.1 Kategori Keputusan Subjek SPM 38

3.2 Trait-trait Personaliti dan Item-item yang

Berkaitan 39

3.3 Takwin Penyelidikan 40

4.1 Taburan Responden Mengikut Jantina 43

4.2 Taburan Responden Mengikut Tahun

Pengajian 44

4.3 Taburan Responden Mengikut Kursus 44

4.4 Min bagi Subjek Sains Dan Bahasa

Semasa SPM 45

4.5 Kekerapan dan Peratusan CGPA Responden 46

4.6 Min dan Sisihan Piawai CGPA Responden 46

4.7 Kekerapan dan Peratusan Trait Personaliti

Inventori Personaliti Sidek (IPS) 47

4.8 Pentafsiran IPS, Min, Sisihan Piawai dan

Pola Trait-trait Personaliti 48

4.9 Min bagi Trait Personaliti Kursus SPK 50

4.10 Min bagi Trait Personaliti Kursus SPC 51

4.11 Min bagi Trait Personaliti Kursus SPN 53

4.12 Min bagi Trait Personaliti Kursus SPT 54

4.13 Min bagi Trait Personaliti Kursus SPM 56

4.14 Min bagi Trait Personaliti Kursus SPL 57

4.15 Min bagi Trait Personaliti Kursus SPP 59

4.16 Min bagi Trait Personaliti Kursus SPF 60

xv

4.17 Kategori Nilai Korelasi Mengikut Mohamad

Najib (1999) 72

4.18 Korelasi Trait Personaliti Dengan Pencapaian

Akademik Keseluruhan Responden 73

4.19 Nilai Korelasi Bagi Responden Kursus SPK 80

4.20 Nilai Korelasi Bagi Responden Kursus SPC 81

4.21 Nilai Korelasi Bagi Responden Kursus SPN 82

4.22 Nilai Korelasi Bagi Responden Kursus SPT 83

4.23 Nilai Korelasi Bagi Responden Kursus SPM 84

4.24 Nilai Korelasi Bagi Responden Kursus SPL 85

4.25 Nilai Korelasi Bagi Responden Kursus SPP 86

4.26 Nilai Korelasi Bagi Responden Kursus SPF 87

xvi

SENARAI GRAF

NO GRAF TAJUK MUKASURAT

4.1 Min bagi Trait Personaliti Keseluruhan

Responden 49

4.2 Min bagi Trait Personaliti Kursus SPK 50

4.3 Min bagi Trait Personaliti Kursus SPC 52

4.4 Min bagi Trait Personaliti Kursus SPN 53

4.5 Min bagi Trait Personaliti Kursus SPT 55

4.6 Min bagi Trait Personaliti Kursus SPM 56

4.7 Min bagi Trait Personaliti Kursus SPL 58

4.8 Min bagi Trait Personaliti Kursus SPP 59

4.9 Min bagi Trait Personaliti Kursus SPF 61

4.10 Min bagi Trait Agresif Setiap Kursus 62

4.11 Min bagi Trait Analitikal Setiap Kursus 62

4.12 Min bagi Trait Autonomi Setiap Kursus 63

4.13 Min bagi Trait Bergantung Setiap Kursus 64

4.14 Min bagi Trait Ekstrovert Setiap Kursus 64

4.15 Min bagi Trait Intelektual Setiap Kursus 65

4.16 Min bagi Trait Introvert Setiap Kursus 66

4.17 Min bagi Trait Kepelbagaian Setiap Kursus 66

4.18 Min bagi Trait Ketahanan Setiap Kursus 67

4.19 Min bagi Trait Kritik Diri Setiap Kursus 68

4.20 Min bagi Trait Mengawal Setiap Kursus 68

4.21 Min bagi Trait Menolong Setiap Kursus 69

4.22 Min bagi Trait Sokongan Setiap Kursus 70

4.23 Min bagi Trait Struktur Setiap Kursus 70

4.24 Min bagi Trait Pencapaian Setiap Kursus 71

xvii

SENARAI SIMBOL DAN SINGKATAN

SPK Sarjana Muda Sains dan Komputer Serta Pendidikan (Kimia)

SPT Sarjana Muda Sains dan Komputer Serta Pendidikan (Matematik)

SPP Sarjana Muda Sains dan Komputer Serta Pendidikan (Fizik)

SPC Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Kimia)

SPF Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Fizik)

SPM Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Matematik)

SPN Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Sains)

SPL Sarjana Muda Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua (TesL)

IPS Inventori Personaliti Sidek

H0 Hipotesis Nul

UTM Universiti Teknologi Malaysia

r Nilai Korelasi

p Aras Signifikan

N Jumlah Responden

xviii

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK MUKASURAT

A Borang Soal Selidik 102

B Surat Pengesahan Pusat Kaunseling dan

Kerjaya UTM 111

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Proses globalisasi menyebabkan masyarakat seluruh dunia menjadi semakin

terhubung dalam pelbagai aspek. Pendidikan merupakan salah satu aspek yang

mendorong masyarakat menghadapi dunia yang pantas semakin pesat. Realitinya,

kemajuan bangsa dan negara ini bukan sahaja terletak kepada aspek kekayaan ekonomi,

kekuatan ketenteraan mahupun wacana politik pemimpin, tetapi juga perubahan dalam

tradisi pendidikan. Pendidikan yang berkualiti dapat menjurus ke arah pembentukan

pemikiran yang kritis dan kreatif. Tujuan pendidikan adalah untuk membolehkan

masyarakat Malaysia menguasai ilmu, kemahiran dan nilai murni yang diperlukan dalam

dunia yang berdaya saing serta bersifat global, kesan daripada perkembangan pesat

teknologi dan maklumat.(Aldrin, 2007) Selain itu, keutamaan pendidikan amatlah

dipentingkan oleh Perdana Menteri Malaysia (2009), Datuk Seri Najib Razak bagi

membangunkan generasi yang berkerampilan, bersahsiah mulia dan berilmu ke arah

merealisasikan wawasan 2020.

Falsafah Pendidikan Kebangsaan, “Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha

yang berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh

dan bersatupadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek,

rohani, emosi dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan Usaha

2

ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan,

berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai

kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran

keluarga, masyarakat dan Negara.” (Akta Pendidikan 1996, Akta 550).

Masyarakat negara sentiasa mengutamakan pendidikan yang seimbang dalam

aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sahsiah (JERIS). Selain itu, negara juga

menggalakkan setiap individu untuk melanjutkan pelajaran mereka ke institutsi pengajian

tinggi sama ada di dalam atau luar negara selepas tamat pendidikan sekolah menengah.

Individu diberi kebebasan untuk memilih kursus dan tempat yang mereka hendak

melanjutkan pelajarannya mengikut kemampuan dan minat masing-masing.

Langkah asas bagi mencapai kejayaan yang diidami termasuklah langkah

pemilihan kursus di institusi pengajian tinggi. Langkah pemilihan kursus di institusi

pengajian tinggi ini akan memberi gambaran tentang bidang yang bakal diceburi semasa

alam perkerjaan. Ini menunjukkan pentingnya bagi individu untuk mengenali tahap

kekuatan diri sendiri dalam memberi sumbangan kepada masyarakat dan negara.

Pemilihan kursus sebagai seorang profesional guru haruslah dipandang berat

kerana peranan guru ini akan mempengaruhi usaha negara dalam menyediakan generasi

yang seimbang pada masa hadapan. Dalam konteks masyarakat moden, perkataan guru

membawa maksud yang luas dan tidak terbatas. Individu yang melibatkan diri mereka

sama ada secara formal atau tidak formal bagi menyampaikan ilmu pengetahuan atau

kepandaian kepada orang perseorangan atau kelompok individu digelar sebagai guru

(Atan Long, 1984). Seorang guru seharusnya mempunyai sikap yang positif dan peka

terhadap perkembangan pelajar dan sekitar mereka. Oleh itu, pentingnya bagi individu itu

mengenali diri dengan membuat penganalisian secara jujur dan ikhlas serta sedia

memperbaiki diri sendiri termasuklah perilaku, tabiat dan keperibadian diri sebelum

menjejak kaki ke arah profesion keguruan ini. Selain itu, mengenal diri tidak akan

sempurna tanpa mendengar pandangan atau pendapat orang di sekeliling. Kesanggupan

3

menerima kritikan, pandangan atau teguran akan dapat menjelaskan keadaan diri yang

sebenar dan dapat menjadi garis panduan untuk berubah membentuk personaliti diri yang

baik. Personaliti diri yang unggul dalam seseorang yang mumpunyai kesedian untuk

bekerja kuat, kesabaran menghadapi kesukaran, kesanggupan membantu individu lain,

keupayaan memberi motivasi kepada diri sendiri dan kesungguhan menyiapkan tugasan

dengan sempurna. Pencarian tentang kekuatan dan kelemahan diri yang berterusan juga

akan mendorong individu-individu tertentu untuk fokus kepada bakat-bakat tersendiri

bagi mencapai kerjayaan.

Lazimnya, setiap profesion mempunyai ciri-ciri yang menarik hati seseorang

untuk menceburi dalam bidang tersebut sebagai kerjayaan hidup. Profesion keguruan

juga tidak terkecualinya. Secara umumnya, profesion keguruan ini memberi peluang

kepada seseorang untuk berkhidmat kepada perkembangan masyarakat dan negara serta

melibatkan diri dengan faktor kemanusiaan. Menurut Ginzberg et al (1951), apabila

seseorang membuat pertimbangan mengenai pemilihan pekerjaan, dia akan menilai

dirinya dari pelbagai sudut yang berkaitan dengan profesion yang dipilih seperti

kebolehan, kelayakan, bakat dan personalitinya. Sementara itu, Holland (1985) pula

menyatakan individu itu tidak akan kekal lama dalam satu-satu pekerjaan sekiranya

pekerjaan itu dirasakan tidak mempunyai persamaan dengan personalitinya. Oleh itu,

adalah pentingnya bagi seseorang individu mengenali personaliti dirinya sebelum

menjejak kaki ke arah profesion penguruan.

1.2 Latar Belakang Masalah

Kebiasaannya, persoalan pertama yang timbul bagi pelajar-pelajar yang bakal

tamat pengajian sekolah menengah ialah tentang pemilihan kursus yang dilanjutkan di

institusi pengajian tinggi. Objektif akhir kepada proses membuat keputusan ini ialah satu

keputusan untuk mengikuti kursus yang diharap paling bersesuaian dengan pelajar,

mendapat restu dan sokongan daripada penjaga pelajar khasnya ibu bapa. (Mohd. Farid,

4

2009). Persoalan ini amatlah dikhuatir oleh seseorang pelajar kerana keputusan pelajar

tersebut akan menentukan bidang pekerjaan dan kerjayaannya sepanjang hayat ini. Oleh

itu, adalah digalakkan bahawa persoalan ini sepatutnya merujuk kepada minat serta

kecenderungan yang dimiliki oleh seseorang pelajar itu.

Sememangnya mencari pekerjaan yang sesuai dengan ilmu yang dituntut

bukanlah perkara yang mudah. Malah, ia bertambah sukar apabila persaingan yang perlu

dihadapi sesama graduan semakin sengit. Sehingga kini, isu pengangguran di kalangan

graduan di negara ini juga masih sering menjadi perbincangan massa. Tambahan pula,

rugutan daripada masyarakat yang tidak berpuas hati dengan para lulusan universiti yang

dikatakan tidak berkeyakinan diri dan berwibawa apabila mereka berada di alam

pekerjaan (Utusan Malaysia, 2008). Menurut Amir (1983) dan Sidek (1998), tiga

penyebab utama bagi berlakunya kesukaran membuat pemilihan kerjaya di kalangan

pelajar adalah:

i. Masalah tidak dapat membuat keputusan kerana mempunyai minat dalam

pelbagai bidang, minat yang tidak jelas ataupun tidak mempunyai minat

langsung dalam mana-mana kerjaya.

ii. Tiada kesempurnaan semasa membuat pilihan, iaitu pelajar tidak dapat

mengagak dengan baik berkenaan minat, kebolehan dan personaliti diri.

Oleh sebab itu, pilihan kerjaya yang dibuat tidak setimpal dengan

personaliti dirinya.

iii. Kurang pengetahuan dan maklumat berkenaan dengan pekerjaan atau

kerjaya dan timbul masalah identiti.

Pemilihan kursus pendidikan juga semakin popular di kalangan masyarakat. Akan

tetapi, keputusan pemilihan kursus pendidikan ini juga menjadi salah satu isu negara. Ini

kerana, kesesuaian personaliti individu untuk menjadi seorang pendidik amat penting

dalam membentuk generasi-generasi masyarakat hadapan. Kementerian Pendidikan

Malaysia telah menitikberat tentang isu pemilihan kursus pendidikan dan menggelakkan

5

individu-individu yang memilih kursus pendidikan ini semata-mata untuk mengisi

kekosongan guru sekolah tempatan.

Menurut Johnson (1972), profesionalisme perguruan adalah kualiti pekerjaan atau

sifat yang ada dalam kecekapan dan kemahiran untuk mengajar. Mempunyai komitmen

terhadap pekerjaan dalam sesebuah pertubuhan serta dedikasi dalam menyampaikan

pengetahuan dan dilengkapi dengan pelbagai kemahiran. Berdasarkan pernyataan diatas,

seorang guru haruslah mempunyai strategi ataupun cara-cara pengendalian pekerjaannya.

Selain itu, guru yang berkualiti juga terdiri daripada mereka yang memiliki kriteria

tertentu seperti keikhlasan, keazaman, kreativiti, dedikasi dan komited terhadap tugas dan

tanggungjawab.

Profesionalisme perguruan merujuk kepada sifat yang ada dalam diri seseorang

untuk mencapai keberkesanan, produktiviti, tanggungjawab, kecekapan dan kemahiran

untuk mengajar (Sufean, 1995). Secara umumnya, profesion sebagai seorang guru

mungkin dianggap suatu kerja yang mudah dan remeh oleh masyarakat, tetapi mereka

tidak memahami kesukaran yang dihadapi oleh seorang guru, sebagai pendidik untuk

membimbing anak bangsa supaya menjadi seorang insan yang berilmu. Oleh itu, guru

merupakan insan yang penting dalam pembentukan generasi akan datang.

Secara umumnya, profesion sebagai seorang guru mungkin dianggap suatu kerja

yang mudah dan remeh oleh masyarakat, tetapi mereka tidak memahami kesukaran yang

dihadapi oleh seorang guru, sebagai pendidik untuk membimbing anak bangsa supaya

menjadi seorang insan yang berilmu. Guru bukan sahaja menjadi pendidik dan pengasas

kepada pengetahuan pelajar-pelajar tetapi juga menjadi pemimpin, penasihat dan agen

perubahan dalam masyarakat. Sepanjang menjalankan tugas, matlamat guru adalah luhur

demi memajukan pelajar, masyarakat dan negara. Dalam suasana dunia pendidikan yang

begitu mencabar, guru dianggap sebagai pemimpin profesional.Oleh itu, guru merupakan

insan yang penting dalam pembentukan generasi akan datang.

6

Dalam petikan reformasi pendidikan, peranan guru masa kini bukan sahaja perlu

menyampaikan pengajaran tetapi juga sebagai fasilitator untuk mengembangkan potensi

pelajar secara menyeluruh tidak kira dalam pengetahuan dan fizikal mahupun akhlak

mulia. Oleh itu, kerjaya sebagai guru adalah penentu masa depan negara dan perlu

dipandang berat.

1.3 Pernyataan Masalah

Kajian ini bertujuan untuk meninjau hubungan antara personaliti dengan bidang

pendidikan kumpulan jenis program berdasarkan bidang pilihan.

1.4 Objektif Kajian

Objektif kajian adalah seperti berikut:

i. Mengukur trait-trait personaliti pelajar berdasarkan Inventori Personaliti

Sidek (IPS) berdasarkan jenis program.

ii. Mengukur tahap pencapaian akademik berdasarkan jenis program.

iii. Mengenalpasti kaitan antara trait personaliti pelajar dengan pencapaian

akademik mengikut program pendidikan.

1.5 Persoalan Kajian

Persoalan kajian yang ingin dijawab dalam kajian ini adalah seperti berikut:

i. Apakah personaliti pelajar mengikut Inventori Personaliti Sidek (IPS)?

ii. Apakah pencapaian dalam kursus pendidikan yang dipilih oleh pelajar?

7

iii. Adakah terdapat kaitan antara pencapaian berdasarkan kursus pendidikan

dengan personaliti pelajar?

1.6 Hipotesis Nul

Berdasarkan persoalan kajian, hipotesis untuk diuji sebagai jawapan persoalan

kajian adalah seperti berikut:

H01 Tiada hubungan signifikan antara tahap personaliti trait agresif dengan

pencapaian akademik kursus pendidikan.

H02 Tiada hubungan signifikan antara tahap personaliti trait analitikal dengan

pencapaian akademik kursus pendidikan.

H03 Tiada hubungan signifikan antara tahap personaliti trait autonomi dengan

pencapaian akademik kursus pendidikan.

H04 Tiada hubungan signifikan antara tahap personaliti trait bergantung

dengan pencapaian akademik kursus pendidikan.

H05 Tiada hubungan signifikan antara tahap personaliti trait ekstrovert dengan

pencapaian akademik kursus pendidikan.

H06 Tiada hubungan signifikan antara tahap personaliti trait intelektual dengan

pencapaian akademik kursus pendidikan.

H07 Tiada hubungan signifikan antara tahap personaliti trait introvert dengan

pencapaian akademik kursus pendidikan.

H08 Tiada hubungan signifikan antara tahap personaliti trait kepelbagian

dengan pencapaian akademik kursus pendidikan.

H09 Tiada hubungan signifikan antara tahap personaliti trait ketahanan dengan

pencapaian akademik kursus pendidikan.

H010 Tiada hubungan signifikan antara tahap personaliti trait kritik diri dengan

pencapaian akademik kursus pendidikan.