proposal majlis ilmu ceramah keusahawanan islam

28
CERAMAH KEUSAHAWANAN ISLAM QSS 5012 KERTAS KERJA: CERAMAH KEUSAHAWANAN ISLAM 1.0 PENDAHULUAN Dalam usaha untuk mewujudkan suasana majlis ilmu yang menarik serta memenuhi salah satu keperluan bagi subjek Pengurusan dan Pengelolaan (QSS 5012), maka dicadangkan mengadakan program di dewan kuliah. Program yang diadakan ini adalah lebih menfokuskan kepada cramah keusahawanan yang menjurus kepada keislaman. Program ini dikenali sebagai Ceramah Keusahawanan Islam. Cadangan ini dubuat hasil daripada persetujuan dan keputusan bersama oleh ahli Persatuan Usahawan Muda(PUM) yang diadakan pada 18 Mac 2010. 2.0 OBJEKTIF / TUJUAN Antara tujuan program ini diadakan untuk memenuhi objektif seperti berikut: 2.1 Mendedahkan penekanan Islam dalam bidang keusahawanan dan kepenggunaan kepada para pelajar. Ini merupakan objektif utama program ini diadakan. Ceramah yang akan disampaikan oleh seorang penceramah bebas yang berpengalaman dalam bidang keusahawanan dapat memberi maklumat dan pengetahuan tentang bagaimana untuk menjalankan keusahawanan berkonsepkan Islam. 1 MENJANA KEUTUHAN KEUSAHAWANAN & KEPENGGUNAAN ISLAM’

Upload: chefazlina

Post on 19-Jun-2015

392 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: Proposal Majlis Ilmu Ceramah Keusahawanan Islam

CERAMAH KEUSAHAWANAN ISLAM QSS 5012

KERTAS KERJA: CERAMAH KEUSAHAWANAN ISLAM

1.0 PENDAHULUAN

Dalam usaha untuk mewujudkan suasana majlis ilmu yang menarik serta memenuhi

salah satu keperluan bagi subjek Pengurusan dan Pengelolaan (QSS 5012), maka

dicadangkan mengadakan program di dewan kuliah. Program yang diadakan ini

adalah lebih menfokuskan kepada cramah keusahawanan yang menjurus kepada

keislaman. Program ini dikenali sebagai Ceramah Keusahawanan Islam. Cadangan ini

dubuat hasil daripada persetujuan dan keputusan bersama oleh ahli Persatuan

Usahawan Muda(PUM) yang diadakan pada 18 Mac 2010.

2.0 OBJEKTIF / TUJUAN

Antara tujuan program ini diadakan untuk memenuhi objektif seperti berikut:

2.1 Mendedahkan penekanan Islam dalam bidang keusahawanan dan

kepenggunaan kepada para pelajar.

Ini merupakan objektif utama program ini diadakan. Ceramah yang akan

disampaikan oleh seorang penceramah bebas yang berpengalaman dalam

bidang keusahawanan dapat memberi maklumat dan pengetahuan tentang

bagaimana untuk menjalankan keusahawanan berkonsepkan Islam.

2.1Meneroka bidang-bidang baru dalam keusahawanan Islam.

Dengan ceramah yang dijalankan pelajar-pelajar didedahkan dengan peluang-

peluang perniagaan dan dapat membuka minda mereka tentang peluang yang

luas berkaitan keusahawanan Islam khusunya.

2.3 Mendedahkan pelajar kepada penghasilan dan produk-produk

keusahawanan Islam. ‘Good Manufacturing Price’ (GMP).

Dengan ceramah yang dianjurkan dapat mendedahkan pengetahuan tentang

ilmu dan gagasan pemikiran awal mengenai cara pengilangan yang bagus

seperti yang disarankan oleh Kementerian Kesihatran Malaysia.

1 MENJANA KEUTUHAN KEUSAHAWANAN & KEPENGGUNAAN ISLAM’

Page 2: Proposal Majlis Ilmu Ceramah Keusahawanan Islam

CERAMAH KEUSAHAWANAN ISLAM QSS 5012

3.0 PENERANGAN AKTIVTI

Berikut merupakan penerangan terperinci mengenai CERAMAH EUSAHAWANAN

ISLAM adalah seperti berikut:

3.1 Nama Program : Ceramah Keusahawanan Islam

3.2 Tarikh dan Hari : 18 Mac 2010(Khamis)

3.3 Masa : 8.30 pagi – 10.30 pagi

3.4 Tempat : Dewan Diamond

3.5 Peserta : Para pelajar Maktab Rendah Sains MARA Jawi,

Tingkatan 1 hingga 5.

4.0 JAWATANKUASA PELAKSANA

-Sila rujuk Lampiran A-

5.0 BELANJAWAN PROGRAM

-Sila rujuk Lampiran B-

6.0 TENTATIF PROGRAM

Aturcara program adalah seperti berikut:

8.30pg – 9.00pg : Pendaftaran peserta

: Ketibaan VIP

9.00pg – 9.10pg : Bacaan Doa

: Ucapan kata-kata aluan oleh penyelaras program

9.10pg – 10.10pg: Ceramah Keusahawanan Islam

: Sesi soal jawab

: Ujian pemeriksaan kesihatan ( melalui saraf tangan)

: Pameran Produk Halal

10.30pg : Minum pagi

: Majlis bersurai

2 MENJANA KEUTUHAN KEUSAHAWANAN & KEPENGGUNAAN ISLAM’

Page 3: Proposal Majlis Ilmu Ceramah Keusahawanan Islam

CERAMAH KEUSAHAWANAN ISLAM QSS 5012

7.0 SENARAI PESERTA

Sasaran peserta adalah seramai 300 orang yang terdiri daripada pelajar MAKTAB

Rendah Sains MARA Jawi yang terdiri daripada pelajar-pelajar tingkatan 1 hingga 5.

8.0 PENCERAMAH

Biodata penceramah adalah seperti di bawah:

Nama : Abdullah bin Abdul Rahim

Umur : 57 tahun

Pengalaman Akademik : Ijazah Perakaunan, Universiti Malaya.

Pengalaman Bekerja : Juruaudit Bank Negara Malaysia (10 tahun)

Jawatan Sekarang : Penceramah bebas

9.0 KESIMPULAN

Melalui program yang dijalankan khusunya melalui pengalaman penceramah pelajar-

pelajar dapat memahami konsep-konsep keusahawanan Islam secara realistik dan

lebih jelas. Selain daripada itu, pelajar-pelajar juga mendapat pengetahuan tentang

sistem keusahawanan Islam dalam membina diri sebagai usahawan yang berjaya.

Sehubungan dengan mohon pertimbangan tuan untuk kelulusan seperti yang

dinyatakan di atas.

Disediakan Oleh: Disemak/Disokong Oleh:

........................................ .........................................

DALIZA BINTI DASON FAKHRUDDIN BIN SULAIMAN

Setiausaha, Penyelaras,

Persatuan Usahawan Muda(PUM), Persatuan Usahawan Muda(PUM),

Maktab Rendah Sains MARA Jawi. Maktab Rendah Sains MARA Jawi.

3 MENJANA KEUTUHAN KEUSAHAWANAN & KEPENGGUNAAN ISLAM’

Page 4: Proposal Majlis Ilmu Ceramah Keusahawanan Islam

CERAMAH KEUSAHAWANAN ISLAM QSS 5012

PROSEDUR PENGURUSAN DAN PELAKSANAAN

CERAMAH KEUSAHAWANAN ISLAM

4 MENJANA KEUTUHAN KEUSAHAWANAN & KEPENGGUNAAN ISLAM’

PRA PELAKSANAANKepegawaian

Kemudahan-kemudahan asas dan peralatan

Dokumen-dokumen pelaksanaan

PELAKSANAANPendaftaran peserta

Perasmian

Ceramah

Pemantauan kelancaran ceramah

Penilaian

PASCA PELAKSANAANPenilaian

Pengemasan

Penyemakan maklumbalas

Post mortem

Pendokumentasian

Page 5: Proposal Majlis Ilmu Ceramah Keusahawanan Islam

CERAMAH KEUSAHAWANAN ISLAM QSS 5012

PERINGKAT-PERINGKAT PELAKSANAAN

CERAMAH KEUSAHAWANAN ISLAM

PRA PELAKSANAAN

Setelah mendapat tugasan untuk menjalankan aktiviti yang melibatkan majlis ilmu

bagi Kelab dan Persatuan, kumpulan kami telah memutuskan untuk menganjurkan

satu ceramah Keusahawanan Islam dibawah Kelab Usahawan Muda di Dewan

Diomand MRSM Jawi. Pada mesyuarat kali pertama, kumpulan kami telah

mengadakan perlantikan ahli jawatankuasa mengikut sistem undian majoriti dan

persetujuan ahli kumpulan. Ahli jawatankuasa dilantik bagi menyelaras dan

merancang setiap skop kerja masing-masing memudahkan lagi pembahagian kerja.

Perancangan untuk peruntukan kepegawaian, kewangan, publisiti dan lain-lain tugas-

tugas asas bagi melicinkan perjalanan majlis mula dirancang. Selain itu, kami mula

menyediakan dokumen perlaksanaan seperti Kertas Kerja Ceramah Keusahawanan

Islam, surat menyurat, borang-borang berkaitan dan surat jemputan penceramah.

Kami juga telah berbincang dan bersetuju untuk menjemput penceramah luar yang

berpengetahuan luas dalam bidang Keusahawanan Islam.

PELAKSANAAN

Bagi perlaksanaan Ceramah Keusahawanan Islam ini, kami telah member taklimat

ringkas terlebih dahulu mengenai pemakaian dan sedikit maklumat perjalanan

ceramah. Ceramah diadakan pada 18 Mac 2010 yang bermula pada pukul 9.00 pagi

dimana pelajar mula mendaftar dari pukul 8.30 pagi. Setiap peserta diberi kit

pendaftaran yang mengandungi kudapan, pamphlet, borang maklum balas, kertas dan

pensel. Setelah dif-dif jemputan mengambil tempat, majlis dimulakan dirasmikan

dengan simbolik pelancaran yang ditayangkan di skrin pentas. Sepanjang program

berlangsung, beberapa ahli jawatan kuasa bertindak sebagai pemantau dan penyelia

program. Ini perlu bagi memastikan program berjalan lancar. Minum dan makan pagi

juga disediakan dibelakang dewan ceramah. Program berjalan mengikut perancangan

dan 5entative program.

5 MENJANA KEUTUHAN KEUSAHAWANAN & KEPENGGUNAAN ISLAM’

Page 6: Proposal Majlis Ilmu Ceramah Keusahawanan Islam

CERAMAH KEUSAHAWANAN ISLAM QSS 5012

PASCA PELAKSANAAN

Setelah program tamat, pihak kami telah menganalisa borang maklum balas yang

telah disertakan didalam kit pendaftaran untuk para peserta menilai pengurusan dan

program yang telah kami anjurkan. Berdasarkan respon yang diberi, kami mendapati

respon sangat positif. Selain itu, kami juga mula melakukan proses pengemasan sama

ada dari segi pemulangan peralatan, pengemasan dewan, pengemaskinian dokumen

dan juga borang-borang berkaitan. Bendahari juga menyemak inventori yang terbabit

sepanjang proses pengurusan dan pengelolaan aktiviti. Dokumen-dokumen

penghargaan seperti sijil dan surat penghargaan mula diedarkan kepada mereka yang

telah menjayakan program ini. Selain itu, kami juga telah melakukan post mortem

yang melibatkan setiap jawatankuasa penyelaras yang terbabit dalam program ini bagi

mengetahui kekuatan dan kekurangan yang telah berlaku sepanjang program

dijalankan. Sebaik sahaja selesai post mortem, kami mula mendokumentasikan segala

dokumen perjalanan program ini.

6 MENJANA KEUTUHAN KEUSAHAWANAN & KEPENGGUNAAN ISLAM’

Page 7: Proposal Majlis Ilmu Ceramah Keusahawanan Islam

CERAMAH KEUSAHAWANAN ISLAM QSS 5012

Carta Alir Pengurusan Dan Pengelolaan Ceramah Keusahawanan Islam

1. Menetapkan matlamat dan objektif bagi program ceramah keusahawanan

Islam

2. Menyusun dan menetapkan susunan perlaksanaan ceramah

3. Menetapkan aktiviti program

4. Mula membahagikan tugas kepada ahli jawatankuasa kecil

5. Menyediakan prasarana dan lokasi

6. Menyediakan kemudahan asas dan kemudahan

7. Menyediakan kepakaran dan pegawai yang cekap

8. Memilih dan menetapkan masa yang sesuai dan mencukupi

9. Menyediakan skema dan penilaian

10. Mewujudkan elemen-elemen penghargaan dan pengiktirafan

11. Melibatkan program dengan keseluruhan komuniti

12. Membina rangkaian kerjasama

13. Membangunkan bahan sumber

7 MENJANA KEUTUHAN KEUSAHAWANAN & KEPENGGUNAAN ISLAM’

Page 8: Proposal Majlis Ilmu Ceramah Keusahawanan Islam

CERAMAH KEUSAHAWANAN ISLAM QSS 5012

ANALISA BORANG KAJI SELIDIK

Berdasarkan borang kaji selidik yang telah diedarkan kepada semua peserta, dapat

dirumuskan bahawa program yang dianjurkan oleh Persatuan Usahawan Muda (PUM)

telah berjalan dengan lancar dan kebanyakan maklum balas yang diterima dari peserta

adalah positif. Berikut adalah peratusan yang dipecahkan mengikut soalan di dalam

Borang Kaji Selidik kami.

PETUNJUK :

TIDAK MEMUASKAN (1)

SEDIKIT MEMUASKAN (2)

SEDERHANA MEMUASKAN (3)

MEMUASKAN (4)

SANGAT MEMUASKAN (5)

8 MENJANA KEUTUHAN KEUSAHAWANAN & KEPENGGUNAAN ISLAM’

Page 9: Proposal Majlis Ilmu Ceramah Keusahawanan Islam

CERAMAH KEUSAHAWANAN ISLAM QSS 5012

URUSETIA, PENDAFTARAN DAN PENGURUSAN

Penyediaan Kaunter Pendaftaran

52%

15%

3%

30%

Carta yang dilampir di atas menunjukkan bahawa hampir keseluruhan peserta yang

hadir berpuas hati dengan penyediaan kaunter pendaftaran yang disediakan oleh pihak

kami. Manakala jumlah peserta yang tidak bersetuju dengan perkhidmatan yang

disediakan adalah sangat kecil.

9 MENJANA KEUTUHAN KEUSAHAWANAN & KEPENGGUNAAN ISLAM’

Page 10: Proposal Majlis Ilmu Ceramah Keusahawanan Islam

CERAMAH KEUSAHAWANAN ISLAM QSS 5012

Pendaftaran Berlangsung Dengan Lancar

30%

15%

55%

Berdasarkan carta pai bagi kelancaran pada sesi pendaftaran peserta adalah di tahap

yang amat baik kerana jelas peserta yang hadir dilayan dengan baik dan diuruskan

dengan baik dan setiap peserta diberikan bahan yang bersesuaian dengan majlis yang

dianjurkan oleh pihak penganjur. Peratusan yang tertinggi adalah sebanyak 55%

dimana keseluruhan majlis pendaftaran adalah memuaskan.

10 MENJANA KEUTUHAN KEUSAHAWANAN & KEPENGGUNAAN ISLAM’

Page 11: Proposal Majlis Ilmu Ceramah Keusahawanan Islam

CERAMAH KEUSAHAWANAN ISLAM QSS 5012

Keadaan Ketika Ceramah Terkawal

27%

64%

9%

Bagi peratusan carta di atas menunjukkan kawalan dewan ketika majlis berlangsung

adalah sebanyak 64% dimana ia adalah memuaskan kepada setiap peserta yang hadir.

Keseluruhan majlis adalah berjaya di kawal oleh penceramah dimana ceramah yang

diberikan adalah tidak membosankan serta kerjasama antara setiap ahli jawatankuasa

adalah sangat baik.

11 MENJANA KEUTUHAN KEUSAHAWANAN & KEPENGGUNAAN ISLAM’

Page 12: Proposal Majlis Ilmu Ceramah Keusahawanan Islam

CERAMAH KEUSAHAWANAN ISLAM QSS 5012

PENILAIAN CERAMAH

Objektif Ceramah Tercapai

67%

15%

9%

3%

6%

Bagi carta pai diatas, peratusan paling tinggi bagi penilaian terhadap ceramah yang

disediakan adalah sebanyak 67% manakala peratusan terendah adalah sebanyak 3%.

Ini menunjukkan bahawa penceramah adalah berpengalaman untuk berkongsi

maklumat yang bersesuaian bersama setiap peserta yang hadir agar dapat memilih

bidang yang bersesuaian dengan minat masing-masing serta objektif yang

disampaikan adalah mencapai tahap yang di inginkan.

12 MENJANA KEUTUHAN KEUSAHAWANAN & KEPENGGUNAAN ISLAM’

Page 13: Proposal Majlis Ilmu Ceramah Keusahawanan Islam

CERAMAH KEUSAHAWANAN ISLAM QSS 5012

Pengisian Ceramah

16%

28%

56%

Peratusan bagi pengisian ceramah yang dilakukan adalah memuaskan dan baik

dengan sebanyak 56% daripada peserta berpuashati dengan ceramah yang

disampaikan oleh penceramah yang dijemput. Jumlah peratusan yang rendah adalah

sebanyak 16% dimana para peserta ini masih merasakan secara keseluruhan bagi

ceramah ini adalah sederhana memuaskan namun masih tidak memahami keseluruhan

pengisian ceramah yang disampaikan.

13 MENJANA KEUTUHAN KEUSAHAWANAN & KEPENGGUNAAN ISLAM’

Page 14: Proposal Majlis Ilmu Ceramah Keusahawanan Islam

CERAMAH KEUSAHAWANAN ISLAM QSS 5012

Interaksi Dan Aktiviti

9%

49%

6%

36%

Peratusan tertinggi bagi interaksi dan aktiviti antara penceramah bersama peserta

adalah sebanyak 49% dimana semuanya adalah memuaskan namun 6% merasakan

sedikit memuaskan bagi program yang dijalankan. Ini mungkin kerana peruntukan

masa bagi program yang dijalankan adalah sangat terhad dan masalah teknikal yang

terjadi di awal masa program menganggu sedikit jadual perjalanan aktiviti.

PUBLISITI

14 MENJANA KEUTUHAN KEUSAHAWANAN & KEPENGGUNAAN ISLAM’

Page 15: Proposal Majlis Ilmu Ceramah Keusahawanan Islam

Publisiti

12%24%

64%

CERAMAH KEUSAHAWANAN ISLAM QSS 5012

Carta di atas menunjukkan bahawa keseluruhan peserta berpuashati dengan publisiti

yang dilaksanakan oleh pihak jawatankuasa dengan sebanyak 64% memberikan

maklumbalas yang positif dan ini adalah kerana publisiti yang dijalankan dengan

meletakkan kain rentang di tempat yang bersesuaian dapat dilihat oleh setiap peserta

serta risalah yang diletakkan di setiap kereta yang terdapat di kawasan institut ini.

15 MENJANA KEUTUHAN KEUSAHAWANAN & KEPENGGUNAAN ISLAM’

Page 16: Proposal Majlis Ilmu Ceramah Keusahawanan Islam

CERAMAH KEUSAHAWANAN ISLAM QSS 5012

Maklumat Publisiti

67%

30%

3%

Bagi peratusan untuk perkara bagi maklumat publisiti adalah baik dengan 67%

berpuashati manakala hanya 3% sahaja yang merasakan sedikit memuaskan. Namun

itu tidak bermakna maklumat yang dilampirkan tidak sampai kepada setiap peserta.

Terdapat sesetengah peserta tidak memandang berat publisiti yang dijalankan dan

menyebabkan mereka tidak memahami tujuan sebenar ceramah ini dilaksanakan.

16 MENJANA KEUTUHAN KEUSAHAWANAN & KEPENGGUNAAN ISLAM’

Page 17: Proposal Majlis Ilmu Ceramah Keusahawanan Islam

CERAMAH KEUSAHAWANAN ISLAM QSS 5012

Maklumat Jelas Dan Tepat

6%

21%

73%

Jadual peratusan bagi ketepatan dan kepadatan bagi publisisti yang dijalankan adalah

paling tertinggi iaitu sebanyak 73% kerana setiap publisiti yang diajalankan

dimaklumkan dengan jelas dan padat serta berjaya menarik keseluruhan peserta

berminat dengan ceramah yang dijalankan.

17 MENJANA KEUTUHAN KEUSAHAWANAN & KEPENGGUNAAN ISLAM’

Page 18: Proposal Majlis Ilmu Ceramah Keusahawanan Islam

CERAMAH KEUSAHAWANAN ISLAM QSS 5012

PERSEGARAN (MAKANAN DAN MINUMAN)

Persegaran

79%

9%6%

6%

Bagi peratusan makanan dan minuman juga tinggi dengan mencapai 79% kerana

pihak penganjur berjaya menyediakan makanan kepada peserta dan memudahkan

aktiviti berjalan dengan lancar. Hanya 6% yang memberikan komen yang sederhana

memuaskan.

18 MENJANA KEUTUHAN KEUSAHAWANAN & KEPENGGUNAAN ISLAM’

Page 19: Proposal Majlis Ilmu Ceramah Keusahawanan Islam

CERAMAH KEUSAHAWANAN ISLAM QSS 5012

LAPORAN POST MORTEM CERAMAH KEUSAHAWANAN ISLAM

BERTEMPAT DI INSTITUT LATIHAN KECEMERLANGAN MARA, JAWI

Hari : Khamis

Tarikh : 18 Mac 2010

Masa : 8.30 Hingga 11.00 Pagi

Tempat : Dewan Diamond

Mesyuarat di mulakan oleh pengerusi, En. Fakhruddin Bin Sulaiman dengan ucapan

salam dan di mulakan dengan bacaan doa serta ucapan terima kasih di atas kehadiran

semua ahli jawatankuasa.

En. Fakhruddin menyatakan secara keseluruhannya program yang dijalankan berjaya

dan mendapat sambutan yang menggalakkan daripada peserta.

Berdasarkan dari hasil borang maklum balas peserta yang telah disediakan oleh AJK

Dokumentasi para peserta berpuas hati dengan program yang telah diadakan dan

berharap program seperti ini akan diadakan lagi pada masa hadapan. Mereka juga

berharap agar masa program di panjangkan.

Berikut merupakan laporan post mortem yang dikemukan oleh setiap jawatankuasa

program.

19 MENJANA KEUTUHAN KEUSAHAWANAN & KEPENGGUNAAN ISLAM’

Page 20: Proposal Majlis Ilmu Ceramah Keusahawanan Islam

CERAMAH KEUSAHAWANAN ISLAM QSS 5012

AJK Urusetia dan Sambutan

Keseluruhan perjalanan pendaftaran berjalan lancar cuma masih ada kes terpencil

yang datang lambat.

AJK Persiapan dewan

Persiapan dewan dibuat bersama semua jawatankuasa mengikut pelan susun atur yang

disediakan oleh AJK persiapan dewan. Memandangkan pertindihan program pada

masa yang sama kelengkapan seperti Rostrum tidak dapat disediakan walaupun

permohonan telah dibuat beberapa hari sebelum program berlangsung.

Walaubagaimana pun kami telah mengambil inisiatif yang lain dengan menggunakan

beberapa peralatan yang dipinjam dengan pengurusan lobi supaya susun atur majlis

tidak nampak kekurangan semasa program berlangsung.

AJK Persembahan Media

Secara keseluruhan persembahan media untuk gimik pelancaran dan montaj berjalan

lancar dan tiada masalah yang berlaku sepanjang program dijalankan.

AJK Hadiah dan Cenderamata

Cenderamata hanya disediakan untuk tetamu jemputan dan sijil penyertaan kepada

pelajar yang menyertai ceramah keusahawanan islam.

AJK Publisiti

Publisiti yang telah dibuat adalah seperti kain rentang, poster, risalah, pemplet dan

tanda arah ke tempat program yang mempunyai maklumat seperti tajuk ceramah,

masa, tarikh, hari dan penganjur. Semua bahan publisiti telah diedarkan beberapa hari

awal sebelum program dijalankan. Risalah yang dibuat diletakkan pada kenderaan

peserta manakala poster dan kain rentang ditampal dalam kawasan dewan makan dan

kawasan bangunan pentadbiran. Namun kain rentang yang dibuat terkena air hujan

dan warna juga telah luntur sedikit tetapi masih boleh digunakan.

20 MENJANA KEUTUHAN KEUSAHAWANAN & KEPENGGUNAAN ISLAM’

Page 21: Proposal Majlis Ilmu Ceramah Keusahawanan Islam

CERAMAH KEUSAHAWANAN ISLAM QSS 5012

AJK Jamuan

Tempahan makanan telah dibuat dengan Dewan Makan ILKM untuk peserta dan

juga tetamu jemputan. Namun pada hari program dijalankan pihak Dewan Makan

telah memberikan makanan yang telah ditempah kepada kepada kumpulan lain.

Semasa tetamu jemputan dibawa ke Dewan Makan hanya tinggal baki makanan dan

keadaan meja yang tidak terurus. Namun AJK Makanan telah berjumpa dan

berbincang supaya pihak Dewan makan menyediakan makanan lain.

AJK Peralatan

Telah membuat tempahan peralatan dengan pihak pentadbiran ILKM. Peralatan dan

kelengkapan yang dibuat seperti settee, pokok bunga hiasan dan meja. Peralatan

seperti PA sistem telah di selesaikan dengan kerjasama juruteknik ILKM. Tiada

masalah yang dihadapi sepanjang program berlangsung cume rostrum sahaja tidak

dapat dipinjam.

AJK Kawalan Pelajar

Tiada masalah.

AJK Upacara dan Istiadat

Tiada masalah.

AJK Buku Program

Tiada masalah.

AJK Siaraya

Tiada masalah dan telah dibantu oleh juruteknik.

AJK Tugas Khas (Dokumentasi)

Tiada masalah. Mendapat kerjasama daripada semua jawatankuasa program.

21 MENJANA KEUTUHAN KEUSAHAWANAN & KEPENGGUNAAN ISLAM’

Page 22: Proposal Majlis Ilmu Ceramah Keusahawanan Islam

CERAMAH KEUSAHAWANAN ISLAM QSS 5012

Kekuatan

- Kerjasama daripada semua jawatankuasa dalam menjayakan program.

- Ceramah yang dibuat menarik minat peserta.

- Pemilihan penceramah yang tepat dan bersesuaian kerana dapat menarik minat

peserta.

- Montaj dan gimik perasmian sangat menarik.

- Pengurusan program yang sistematik.

- Penyediaan teknikal berjalan lancar.

- Susun atur dalam dewan yang teratur dan kemas.

- Publisiti yang berjaya dan berkesan terbukti dengan kedatangan penuh semua

peserta.

- Pemilihan tempat program dijalankan adalah sangat kondusif.

- Hiasan pentas yang menarik.

- Pengurusan masa yang tepat dan cepat.

- Protokol yang dirancang berjalan seperti yang dirancang.

Kelemahan

- Masa yang diperuntukan tidak mencukupi untuk penekanan yang lebih pada

objektif.

Penutup

Akhir kata, En. Fakhruddin Bin Sulaiman mengucapkan syabas dan terima kasih

kepada semua yang terlibat. Beliau mengharapkan segala kekurangan yang ada dalam

program ini akan dapat di atasi pada masa akan datang.

Mesyuarat diakhiri dengan surah Al-Asr dan salam.

Mesyuarat bersurai.

22 MENJANA KEUTUHAN KEUSAHAWANAN & KEPENGGUNAAN ISLAM’