proposal kajian bandar selamat di bandaraya kota kinabalu

Upload: filullah-fil-alam

Post on 31-Oct-2015

64 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

pq

TRANSCRIPT

PROPOSAL KAJIAN BANDAR SELAMAT DI BANDARAYA KOTA KINABALUPENGENALANDefinisi Bandar SelamatBandar Selamat bermaksud bandar yang bebas dari semua ancaman fizikal, sosial dan mental dimana persekitarannya sentiasa dalam keadaan paling terpelihara dan tidak menimbulkan suasana yang boleh menggalakkan kejadian mengganggu-gugat kesejahteraan setempat. Bandar Selamat juga mementingkan keprihatinan bagi penghuni dimana penghuni akan sentiasa berada dalam keadaan yang paling selamat, sejahtera, sihat dan ceria. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri di dalam Mesyuarat Kabinet pada 28 Januari 2004 telah menyatakan kebimbangannya terhadap bilangan jenayah yang semakin meningkat di negara ini. Lanjutan daripada mesyuarat tersebut, Jemaah Menteri mencadangkan supaya diwujudkan bandar dan pekan selamat di negara ini contohnya mengelakkan lorong-lorong daripada sunyi, gelap dan lain-lain pembaikan sebagai langkah pencegahan jenayah. Setiap pelan pembangunan pekan dan bandar baru hendaklah mengambil kira aspek-aspek keselamatan. Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah mencadangkan pelaksanaan Program Bandar Selamat yang mengandungi 23 langkah pencegahan jenayah yang melibatkan pelbagai agensi seperti Jabatan Perancangan Bandar Dan Desa (JPBD), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) dan lain-lain agensi yang perlu memainkan peranan di dalam mencapai ke arah pembangunan bandar yang selamat. Program ini telah diperakui oleh Majlis Negara bagi Kerajaan Tempatan (MNKT) pada 11 Oktober 2004.PERSOALAN KAJIANa) Apakah ciri-ciri keselamatan yang terdapat di bandaraya Kota Kinabalu.b) Bagaimanakah tahap keselesaan orang awam terhadap keselamatan di bandaraya Kota Kinabalu.c) Apakah ciri-ciri keselamatan yang perlu dipertingkatkan di bandaraya Kota Kinabalu.OBJEKTIF KAJIANa) Mengenalpasti ciri-ciri keselamatan di bandaraya Kota Kinabalub) Mengenalpasti tahap keselesaan orang awam terhadap keselamatan di bandaraya Kota Kinabalu.c) Mengenalpasti ciri-ciri keselamatan yang perlu dipertingkatkan di bandaraya Kota Kinabalu.KAEDAH KAJIANDalam kajian ini, kaedah temubual, pemerhatian dan kajian perpustakaan akan digunakan. Maklumat dari laman web rasmi kerajaan akan digunakan bagi mendapatkan maklumat mengenai kajian ini.KEPENTINGAN BANDAR SELAMAT4 Matlamat Utama Mewujudkan Bandar Yang Selamat1. Bandar yang bebas dari keganasan (violence) merosakkan harta bendadan nyawa seperti gejala ragut, pecah rumah, kecurian dan sebagainya.2. Bandar yang bebas dari kemusnahan dan malapetaka ekoran bencana alam seperti banjir dan tanah runtuh.3. Bandar yang bebas dari kemerosotan sosial dan moral (social and moral decay) seperti penagihan dadah, kecurian, jenayah kolar putih, rasuah, salah guna kuasa, hilang integriti dan sebagainya.4. Bandar yang bebas dari kemalangan dalam dan luar bangunan seperti kemalangan jalan raya, jatuh dari bangunan, kebakaran dan sebagainya.5 LANGKAH PELAKSANAAN SEGERAKementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan telah mengarahkan semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) untuk melaksanakan 5 langkah segera pencegahan jenayah seperti berikut :1. Pengasingan Laluan Pejalan Kaki dengan Jalan Bermotor. PBT akan mengenalpasti beberapa kawasan tumpuan awam seperti stesen bas dan rel disediakan bagi mengasingkan pejalan kaki dari laluan motor.2. Penyediaan Bollard atau Pagar. PBT akan menyediakan bollard atau pagar di tempat-tempat tertentu b mengasingkan laluan pejalan kaki dengan laluan motosikal.3. Mencuci / Mengemas Kawasan-Kawasan Semak dan Terlindung. Meningkatkan pembersihan kawasan-kawasan kotor dan grafiiti khususnya, di tempat-tempat awam seperti di sekitar laluan stesen bas, rel dan lorong-lorong tepi dan belakang premis perniagaan utama. Dengan demikian, tempat-tempat ini akan mudah diawasi oleh PBT dari aktiviti-aktiviti jenayah.4. Laluan Awam Tidak Terlindung Atau Terhalang Dari Pandangan Awam. Jejantas tidak dipenuhi dengan papan-papan iklan yang boleh melindun laluan dari pandangan awam. Ini memudahkan aktiviti jenayah ragut, aktiviti penagihan dadah dan sebagainya. Sebarang iklan di jejantas hendaklah di paras yang tidak menghalang penglihatan (seperti di paras bumbung).5. Mencahayakan / Menerangkan Kawasan-Kawasan Gelap Yang Menjadi Sasaran Atau Tumpuan Penjenayah. Memasang lampu di laluan jejantas, letak kereta, terowong dan sebagainya bagi memudahkan pengawasan. Semua premis perniagaan perlu memasang lampu di laluan kaki lima supaya mudah untuk diawasi dan tidak menjadi tempat sasaran bagi peragut.SUMBERhttp://jpbd.kelantan.gov.my/v2/index.php/perkhidmatan/pembangunan-mampan/bandar-selamathttp://jpbd.pahang.gov.my/bandarselamat.phpPROPOSAL KAJIAN BANDAR SELAMAT DI BANDARAYA KOTA KINABALUMOHD AKAHA BIN ABDUL MUBIN BA10110194JUMARDIN BIN SAREYA @ ABDULLAH BA10170558MOHD AKMAL BIN ARIFFIN BA10110195