dewan bandaraya kuching utara | dbku.sarawak.gov.my

14
Infografik UNIT KOMUNIKASI MEDIA, BAHAGIAN PERHUBUNGAN AWAM DBKU Barisan Hadapan DBKU Tanggungjawab dalam mengawal Pandemik Covid-19 Perjumpaan KJM bersama YAB Ketua Menteri Sarawak Pandemik COVID-19 Mampukah kita menang? Dewan Bandaraya Kuching Utara | dbku.sarawak.gov.my @BandarayaKU [email protected] 082 - 512 200 BANDARAYAKU BULETIN Buletin DBKU 1/2020 Pandemik Covid-19

Upload: others

Post on 16-Oct-2021

23 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Dewan Bandaraya Kuching Utara | dbku.sarawak.gov.my

Infografik UNIT KOMUNIKASI MEDIA, BAHAGIAN PERHUBUNGAN AWAM DBKU

Barisan Hadapan DBKUTanggungjawab dalammengawal Pandemik Covid-19

Perjumpaan KJM bersamaYAB Ketua Menteri Sarawak

PandemikCOVID-19

Mampukah kita menang?

Dewan Bandaraya Kuching Utara | dbku.sarawak.gov.my

@BandarayaKU [email protected] 082 - 512 200

BANDARAYAKUBULETIN Buletin DBKU 1/2020 Pandemik Covid-19

Page 2: Dewan Bandaraya Kuching Utara | dbku.sarawak.gov.my

Sidang Redaksi

PenasihatYang Berbahagia Datu Haji JunaidiHaji Reduan

Ketua EditorEncik Rudzaimier Malek

Penolong Ketua EditorEncik Awang MohammadBin Awang Yusuf

PenulisNur Shaqhima HamdenAishah AliamanImelda Kartika Karim

Rekaan Grafik dan FotografiWan Khairul ZakirinBin Wan SuriaKhairuddin Mohd KarimAwang Nikhmanul HakimBin Awang KadriFadillah Sulaiman

Terbitan 2020Unit Komunikasi MediaBahagian Perhubungan Awam, DBKU

Pandemik COVID-19Mampukah kita menang?

FOKUS

Barisan Hadapan DBKUTanggungjawab dalam mengawalPandemik Covid-19

Penyerahan Sumbangan PPEkepada frontliners DBKU

LENSA

Lawatan Pemimpin KomunitiP.200 Batang Sadongke DBKU

Latihan“Emergency Response Programme”

Perjumpaan KJM bersamaYAB Ketua Menteri Sarawak

KOMUNITI

Page 3: Dewan Bandaraya Kuching Utara | dbku.sarawak.gov.my

YANG BERBAHAGIADATU HAJI JUNAIDI HAJI REDUAN,

DATUK BANDAR KUCHING UTARA

Amanat Datuk Bandar

ersyukur kita ke hadrat Illahi kerana dengan limpah rahmat dan kurnian-ya, kita masih dipanjangkan usia sehingga ke hari ini serta masih diberikan kesihatan yang baik untuk terus menjalani kehidupan seharian.

BSejak awal Mac 2020, kita telah digemparkan dengan wabak pandemik Covid-19 yang pasti-nya meninggalkan banyak kesan terhadap aktiviti seharian. Banyak sektor ekonomi, kerajaan mahupun swasta serta institusi pendi-dikan ditutup serta merta apabila Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan pada 18 Mac 2020.

Sebagai Pihak Berkuasa Tempatan, sudah pasti DBKU juga terkesan dengan keadaan ini. Namun

tanggungjawab tetap dilaksanakan dengan menjalankan pemantauan serta penguat-kuasaan. Bukan itu sahaja, malah Pegawai Kesihatan DBKU turut terlibat dalam pengenda-lian Pengesanan Kes Secara Aktif (ACD) di beberapa kawasan sekitar Kuching/Samarahan. Pada masa yang sama, pegawai DBKU dari Bahagian Penguatkuasaan dan Keselamatan juga terlibat secara aktif dalam membendung penularan wabak ini sehingga terpaksa turun bertugas pada hujung minggu dan cuti umum.

Kini, setelah hampir 3 bulan, kita sedang berada dalam fasa pemulihan di mana kita semua berharap agar pandemik ini akan cepat berlalu. Sama-samalah kita patuhi arahan semasa serta mengamalkan penjarakan sosial dan mement-ingkan kebersihan diri yang optimum.

Akhir kata, semoga Allah SWT akan terus me-lindungi kita dari wabak penyakit merbahaya dan semoga negeri dan Negara kita akan bebas dari wabak ini selamanya.

Assalammualaikum WBT dan Salam Sejahtera…

Page 4: Dewan Bandaraya Kuching Utara | dbku.sarawak.gov.my

PandemikCOVID-19Mampukah kita menang?

FOKUS

eperti yang kita semua sedia maklum, Pandemik COVID-19 telah merebak ke seluruh dunia.

Malaysia juga terkesan telah disahkan merebak di Malaysia pada 25 Januari 2020. Dengan penyebaran virus di semua negeri dan wilayah persekutuan di Malaysia sehingga 16 Mac, kerajaan Malaysia telah meng-umumkan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan bermula 18 Mac 2020 untuk mengekang dan memulih kes positifdalam negara.

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang berakhir pada 12 Mei 2020 telah disambung pula dengan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), bermula 13 Mei hingga 9 Jun 2020 dan seterusnya yang terkini adalah Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dikuatkuasakan bermula 10 Jun hingga 31 Ogos 2020. Dalam menjalani norma baharu kini, setiap ahli masyarakat perlu memainkan peranan mas-ing-masing. Mungkin ramai lagi yang masih belum dapat menerima norma baharu ini, namun inilah kenyataan yang harus kita hadapi demi keselamatan dan kesihatan diri serta keluarga.

SLarangan menyeluruh pergerakan dan perhimpunan ramai di seluruh negara termasuk aktiviti keag-amaan, sukan, sosial dan budaya. Semua rumah ibadat dan premis perniagaan kecuali pasar raya, pasar awam, kedai runcit dan kedai serbaneka yang menjual barangan keperluan harian. Bagi umat Islam, semua aktiviti keagamaan di masjid dan surau termasuk Solat Jumaat dibatalkan.

Sekatan menyeluruh semua perjala-nan rakyat Malaysia ke luar negara, dengan mereka yang baru pulang dikehendaki menjalani pemerik-saan kesihatan dan melakukan kuarantin secara sukarela selama 14 hari;

Sekatan kemasukan semua pelan-cong dan pelawat asing ke dalam negara;

Penutupan semua taska, sekolah kerajaan dan swasta termasuk sekolah harian, sekolah berasrama penuh, sekolah antarabangsa, pusat tah�z dan lain-lain institusi pendidikan rendah, menengah danprauniversiti;

Penutupan semua premis kerajaan dan swasta kecuali yang terlibat dengan perkhidmatan penting negara iaitu air, elektrik, tenaga, telekomunikasi, pos, pengangkutan, pengairan, minyak, gas, bahan api, pelincir, penyiaran, kewangan, perbankan, kesihatan, farmasi, bomba, penjara, pelabuhan, lapangan terbang, keselamatan, pertahanan, pem-bersihan, peruncitan dan bekalan makanan.

PKP meliputi:

Buletin DBKU 1/2020 Pandemik Covid-19

Page 5: Dewan Bandaraya Kuching Utara | dbku.sarawak.gov.my

Untuk memastikan keselamatan masyarakat di negara ini, pelbagai Prosedur Operasi Standard (SOP) baharu diperkenalkan kerajaan seperti SOP pembelajaran dan pengaja-ran, aktiviti sosial, keagamaan, dan juga perkahwinan. Semua kaedah yang diperkenalkan ini merupakan suatu fenomena yang baharu kepada masyarakat di negara ini.

Budaya berjabat tangan yang menjadi amalan sebelum ini telah diganti dengan hanya meletakkan tangan di dada sebagai tanda hormat tanpa memerlukan sebarang sentuhan. Majlis pernikahan yang sebelum ini memerlukan bakal pengantin dan jurunikah serta ahli keluarga berada di tempat yang sama sudah tidak menjadi amalan semasa PKP dilaksanakan.

Selain daripada itu, aktiviti tempahan makanan dan barang keperluan seharian secara dalam talian menjadi semakian popular semasa PKP. Amalan sebegini bukan sahaja berlaku dalam kalangan masyarakat bandar malah turut popular dalam kalangan masyarakat di luar bandar.

Selepas hampir dua bulan mas-yarakat mengamalkan aktiviti seharian mereka secara dalam talian dan jarak sosial ini, pasti-nya amalan tersebut akan menja-di sebahagian daripada amalan kehidupan mereka kelak. Perasaan selesa dan mudah semasa mengamalkan aktiviti seharian secara sedemikian akan mempercepatkan lagi proses pembudayaan dalam kalangan masyarakat di negara ini.

Buletin DBKU 1/2020 Pandemik Covid-19

Page 6: Dewan Bandaraya Kuching Utara | dbku.sarawak.gov.my

Senario bersesak yang sering dilihat sebelum ini mungkin tidak lagi berlaku selepas PKP ditamatkan kerana masyarakat sudah selesa dengan jarak sosial yang menjadi amalan semasa PKP dilaksanakan. Kecanggihan dan kemudahan teknologi yang ada di negara ini akan memudahkan lagi masyarakat untuk mengamalkan budaya baharu ini.

Semua amalan ini akan menjadi norma baharu kepada kehidupan masyarakat kita. Aktiviti yang dikategorikan sebagai norma baharu ini mungkin menjadi perkara baharu kepada mas-yarakat masa kini namun bakal menjadi amalan biasa bagi masyarakat masa depan.

Oleh itu, marilah kita sama-sama bersatu untuk memenangi ‘peperan-gan’ ini. Namun persoalannya, mampukah kita menang? Jawapan itu hanya ada pada diri kita! “Tepuk dada, tanya selera!”.

Page 7: Dewan Bandaraya Kuching Utara | dbku.sarawak.gov.my

TERIMA KASIH...Agihan penutup hidung dan mulutoleh Datuk Bandar Kuching Utara kepada peniagadi Pasar Basah Sungai Maong.

OPERASI...Penguatkuasa DBKU bersama pihakberkuasa menjalankan operasi di sekitar kawasanKuching Utara.

Page 8: Dewan Bandaraya Kuching Utara | dbku.sarawak.gov.my

BarisanHadapan

DBKU

LENSA

Buletin DBKU 1/2020 Pandemik Covid-19

Tanggungjawabdalam mengawalpenularan Wabak

Covid-19

epanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan, DBKU tidak ketinggalan dalam usaha

Liputan kawasan kerja-kerja nyahkuman termasuklah peja-bat-pejabat DBKU, pasar dan pusat penjaja, rumah-rumah ibadat serta tempat-tempat awam yang menjadi tumpuan umum. Kerja-kerja nyahkuman turut dibantu oleh anggota Bomba Dan Penyelamat berpan-dukan SOP yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

Bagi Penolong Pegawai Kesiha-tan Persekitaran (PPKP) dan Pembantu Kesihatan Awam (PKA) DBKU, tugas sebagai front-liners bersama dengan kakitan-gan Kementerian Kesihatan Malaysia merupakan pengala-man yang sangat berharga. Mereka diberi kepercayaan untuk terlibat sama dalam usaha Pengesanan Kes Secara Aktif (ACD) bagi mengenalpasti kontak rapat kepada kes positif atau yang mempunyai gejala COVID-19 di beberapa buah kawasan sekitar Sarawak.

Smemutuskan rantaian jangkitan COVID-19. Antaranya mewujud-kan Bilik Gerakan COVID-19 bagi menyelaras aktiviti operasi sepanjang tempoh pelaksanaan PKP. Ini termasuk memastikan Prosedur Standard Operasi (SOP) terutama di premis-premis dalam kawasan DBKU sentiasa dipatuhi, tertakluk kepada arahan semasa yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak. Bagi melicinkan operasi, DBKU turut bekerjasama rapat dengan PDRM sepanjang tempoh pemantauan.

Selain daripada itu, anggota DBKU juga terlibat dalam aktiviti nyahkuman sekitar bandaraya Kuching Utara. Tujuannya adalah untuk memastikan persekitaran bebas daripada virus pembawa penyakit.

Page 9: Dewan Bandaraya Kuching Utara | dbku.sarawak.gov.my

Buletin DBKU 1/2020 Pandemik Covid-19

Ini termasuklah kawasan Unigarden dan Desa Ilmu di Samarahan, Tabuan Lot dan juga di tapak pembinaan, The Podium.

Walaupun terpaksa bekerja di hujung minggu dan pada waktu cuti rehat, tanggungjawab untukmemutuskan rantaian jangkitan COVID-19 sememangnya sentia-sa diberi keutamaan. Menjadi harapan semua agar penularan wabak pandemik COVID-19 ini berakhir secepat mungkin supaya aktiviti seharian dapat dijalankan seperti biasa. Perangi COVID-19, kita mesti menang.

Page 10: Dewan Bandaraya Kuching Utara | dbku.sarawak.gov.my

������������

Penyerahan

kepada Frontliners DBKU

LENSA

Buletin DBKU 1/2020 Pandemik Covid-19

Agensi luar / NGO yang memberikan sumbangan.

Kuching-Samarahan, Serian Federation ofChinese Association.3 Ply Face Mask (250 pcs), Latex Glove (200 pcs),Disposable Coveral (20 pcs), Roti Osborne 300g (10 carton),Air Kotak 1 Liter (5 carton), Air Mineral 500 ml (38 carton).

SAR-Alam Indah Sdn BhdCek RM50,000

Universiti Teknologi MARA Campus Samarahan.Hand Sanitizer 3Liter (12 botol)

Mr. DIY Group (M) Sdn Bhd3 Ply Face Mask (1000 pcs)

Buletin DBKU 1/2020 Pandemik Covid-19

kebersihan diri secara optimum seperti kerap mencuci tangan dan memakai penutup hidung dan mulut. Hal ini bagi sebagai lang-kah dalam melindungi diri dan keluarga daripada jangkitan wabak tersebut.

Beberapa agensi luar dan NGO tampil menghulurkan sumban-gan sebagai tanda keprihatinan mereka terhadap keselamatan barisan hadapan DBKU. Sumban-gan yang diberikan berupa ban-tuan peralatan perubatan seperti pakaian perlindungan peribadi (PPE), penutup hidung dan mulut (face mask), hand sanitizer,

latex glove, disposable coveral serta keperluan makanan. Sumbangan tersebut sangat bermanfaat kepada barisan hadapan DBKU yang bertungkus-lumus menangani wabak tersebut.

alam menghadapi penularan wabak Covid-19, masyarakat disarankan supaya mengutamakan D

Page 11: Dewan Bandaraya Kuching Utara | dbku.sarawak.gov.my

Buletin DBKU 1/2020 Pandemik Covid-19

P.200 BatangSadong

Lawatan Pemimpin Komuniti

KOMUNITI

yang diketuai oleh Yang Berhormat Dato Sri’ Hajah Nanci binti Haji Shukri bersama rom-bongan yang terdiri daripada Ketua-Ketua Kaum dan Ketua-Ketua Masyarakat kawasan tersebut. Turut hadir ialah Yang Berhormat Datuk Haji Mohd. Naroden bin Majais, Menteri Muda Pembangunan Usahawan dan Perusa-haan Kecil dan Sederhana dan Menteri Muda E-Dagang merangkap ADUN N26 Gedong. Tujuan lawatan adalah untuk membincang tentang program pemerkasaan pemimpin komuniti Parlimen P200 Batang Sadong dalam penanda arasan dengan Dewan Banda-ray Kuching Utara.

Lawatan Rasmi daripada Pemimpin Komuniti Parlimen P200 Batang Sadong ke ibu pejabat Dewan Bandaraya Kuching Utara pada petang 5 Februari 2020 L

Page 12: Dewan Bandaraya Kuching Utara | dbku.sarawak.gov.my

Buletin DBKU 1/2020 Pandemik Covid-19

“Emergency Response Programme”Latihan

KOMUNITI

Response Programme (ERP) pada 5 Februari 2020 bertempat di 3 lokasi berbeza iaitu di Lampu Isyarat Fly Over Satok, Lampu Isyarat Persimpangan Jalan Badruddin/Jalan Tun Ahmad Zaidie Adruce dan Lampu Isyarat Jalan Keretapi. Latihan ini adalah untuk mereal-isasikan inisiatif Program Occupational Safety and Healthy (OSH) bagi keperluan prosidur Integrated Management System (IMS) DBKU dan menguji tahap kecekapan dalam menan-gani sekiranya berlaku kerosakan pada lampu isyarat di kawasan DBKU dan memupuk semangat kerjasama DBKU dengan agen-si-agensi yang terlibat.

nggota warden tra�k DBKU yang merupakan warden tra�k PBT pertama di Sarawak dan kedua di Malaysia semenjak tahun 2005 telah mengadakan latihan Emer-gency

A

Page 13: Dewan Bandaraya Kuching Utara | dbku.sarawak.gov.my

yang diketuai oleh Yang Berhormat Dato Sri’ Hajah Nanci binti Haji Shukri bersama rom-bongan yang terdiri daripada Ketua-Ketua Kaum dan Ketua-Ketua Masyarakat kawasan tersebut. Turut hadir ialah Yang Berhormat Datuk Haji Mohd. Naroden bin Majais, Menteri Muda Pembangunan Usahawan dan Perusa-haan Kecil dan Sederhana dan Menteri Muda E-Dagang merangkap ADUN N26 Gedong. Tujuan lawatan adalah untuk membincang tentang program pemerkasaan pemimpin komuniti Parlimen P200 Batang Sadong dalam penanda arasan dengan Dewan Banda-ray Kuching Utara.

Buletin DBKU 1/2020 Pandemik Covid-19

YAB Ketua Menteri SarawakPerjumpaan KJM bersama

KOMUNITI

50 buah Kejiranan Mesra (KJM) DBKU telah megadakan Majlis Perjumpaan Khas bersama Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Sarawak pada 9 Mac 2020 yang lalu bertempat di Hotel UCSI Kuching.

Program setengah hari itu dimulakan dengan Ceramah Motivasi bersama Dr.Sha�ee Lugom dengan tajuk ceramah, “Kepimpinan Berkesan Untuk Membawa Komuniti Ke Arah Pembangu-nan Diri”.

Turut diadakan pada majlis tersebut ialah upacara menandatangani Perjanjian Per- sefahaman antara DBKU dan CENTEXS dan upacara menandatangani Program Anak Angkat Pengindahan Bulatan DBKU dengan pihak ZECON dan Maltimur Resources Sdn Bhd & Rafulin Holdings.

Page 14: Dewan Bandaraya Kuching Utara | dbku.sarawak.gov.my

Response Programme (ERP) pada 5 Februari 2020 bertempat di 3 lokasi berbeza iaitu di Lampu Isyarat Fly Over Satok, Lampu Isyarat Persimpangan Jalan Badruddin/Jalan Tun Ahmad Zaidie Adruce dan Lampu Isyarat Jalan Keretapi. Latihan ini adalah untuk mereal-isasikan inisiatif Program Occupational Safety and Healthy (OSH) bagi keperluan prosidur Integrated Management System (IMS) DBKU dan menguji tahap kecekapan dalam menan-gani sekiranya berlaku kerosakan pada lampu isyarat di kawasan DBKU dan memupuk semangat kerjasama DBKU dengan agen-si-agensi yang terlibat.

Buletin DBKU 1/2020 Pandemik Covid-19

Sebagai salah satu platform dan inklusiviti komuniti bersama pemimpin.

Mengeratkan hubungan silaturrahim antara pemimpin dan komuniti.

Sebagai salah satu usaha DBKU dalam mengekalkan nilai masyarakat seiring dengan perubahan arus kemodenan.

Menghimpunkan semua Pengerusi/wakil Kejiranan Mesra dalam satu masa bagi membentuk satu platform untuk sesi perbincan-gan/pertukaran pendapat dan mencapai muafakat dalam pemba-ngunan komuniti setempat.

Menyampaikan maklumat terkini yang relevan kepada Kejiranan Mesra yang merangkumi infrastruktur, �zikal, sosial dan ekonomi.

Tujuan perjumpaan:

MESRA...Abang Jo melawat pameran produk komuniti KJM.

PERSETUJUAN . . .Upacara menandatangani Perjanjian Persefahaman antara DBKU dan CENTEXS dan upacara menandatangani Program Anak Angkat Pengindahan Bulatan DBKU dengan pihak ZECON dan Maltimur Resources Sdn Bhd & Rafulin

Holdings.