proposal final print

40
1.0 PENGENALAN 1.1 REFELKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LALU Proses perubahan keadaan air merupakan salah satu sub-topik yang terdapat dalam matapelajaran Sains Tahun 5. Ia meliputi proses perubahan pepejal kepada cecair dan gas. Namun hasil pemerhatian saya terhadap murid kelas 5 Temenggong 3, saya mendapati mereka sukar untuk memahami dan mengingat perubahan proses tersebut seterusnya memahami proses keadaan yang berlaku berbanding murid-murid kelas Tahun 5 yang lain. Saya berjaya mengesan keadaan ini melalui keputusan Peperiksaan Pertengahan Tahun yang lalu yang berlangsung pada pertengahan bulan Mei. Hasil semakan melalui penandaan saya melalui kertas peperiksaan murid-murid kelas 5 Temenggong 3, 50% daripada murid di dalam kelas tersebut mendapat keputusan gagal dalam peperiksaan yang telah dijalankan. Berdasarkan analisis item yang telah saya lakukan, saya mendapati kebanyakan dari mereka tidak dapat menjawab dengan tepat soalan yang berkaitan dengan proses perubahan air. Keadaan ini pada mulanya tidak begitu membimbangkan hati saya kerana pada fikiran saya, saya masih mampu mengubahnya dengan mengadakan sesi ulangkaji bersama mereka. Namun sangkaan saya meleset sama sekali apabila hasil latihan yang telah saya berikan setelah mengulangkaji topik tersebut memberikan keputusan yang sangat menghampakan. Jelas sekali mereka langsung tidak memahami topik tersebut. Hampir seluruh kelas tidak dapat menjawab latihan yang saya berikan dengan tepat. Hasil daripada semakan beberapa buku nota sains murid kelas 5 Temenggong 3 juga menunjukkan terdapat murid-murid yang tidak menyalin nota yang diberikan dengan lengkap semasa sesi pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Keadaan ini jelas sedikit sebanyak mengambarkan yang murid-murid 5 Temenggong 3 kurang berminat dengan pendekatan yang saya gunakan semasa mengajar 1

Upload: sganaasaravanam

Post on 24-Sep-2015

39 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

final

TRANSCRIPT

1.0PENGENALAN1.1 REFELKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LALUProses perubahan keadaan air merupakan salah satu sub-topik yang terdapat dalam matapelajaran Sains Tahun 5. Ia meliputi proses perubahan pepejal kepada cecair dan gas. Namun hasil pemerhatian saya terhadap murid kelas 5 Temenggong 3, saya mendapati mereka sukar untuk memahami dan mengingat perubahan proses tersebut seterusnya memahami proses keadaan yang berlaku berbanding murid-murid kelas Tahun 5 yang lain. Saya berjaya mengesan keadaan ini melalui keputusan Peperiksaan Pertengahan Tahun yang lalu yang berlangsung pada pertengahan bulan Mei. Hasil semakan melalui penandaan saya melalui kertas peperiksaan murid-murid kelas 5 Temenggong 3, 50% daripada murid di dalam kelas tersebut mendapat keputusan gagal dalam peperiksaan yang telah dijalankan. Berdasarkan analisis item yang telah saya lakukan, saya mendapati kebanyakan dari mereka tidak dapat menjawab dengan tepat soalan yang berkaitan dengan proses perubahan air. Keadaan ini pada mulanya tidak begitu membimbangkan hati saya kerana pada fikiran saya, saya masih mampu mengubahnya dengan mengadakan sesi ulangkaji bersama mereka.

Namun sangkaan saya meleset sama sekali apabila hasil latihan yang telah saya berikan setelah mengulangkaji topik tersebut memberikan keputusan yang sangat menghampakan. Jelas sekali mereka langsung tidak memahami topik tersebut. Hampir seluruh kelas tidak dapat menjawab latihan yang saya berikan dengan tepat. Hasil daripada semakan beberapa buku nota sains murid kelas 5 Temenggong 3 juga menunjukkan terdapat murid-murid yang tidak menyalin nota yang diberikan dengan lengkap semasa sesi pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Keadaan ini jelas sedikit sebanyak mengambarkan yang murid-murid 5 Temenggong 3 kurang berminat dengan pendekatan yang saya gunakan semasa mengajar mereka di dalam kelas. Keadaan ini membuatkan saya rasa sedikit kecewa dan buntu. Saya wajar membuat sesuatu dan memperbetulkan keadaan ini untuk murid-murid tahun 5 Temenggong 3.Oleh yang demikian, sebelum saya mengambil sebarang tindakan, saya telah pun melaksanakan satu temubual secara rawak bersama murid-murid kelas 5 Temenggong 3. Hasil dapatan dari temubual tersebut, murid menyatakan mereka kurang faham tentang istilah sains yang digunakan serta tidak dapat mengingat proses-proses tersebut mengikut urutan yang betul. Melalui temubual yang dijalankan juga murid kurang berminat terhadap topik atau tajuk yang memerlukan mereka mengingat sesuatu proses yang berlaku.Keadaan ini pada awalnya agak mengganggu emosi saya. Pelbagai persoalan bermain diminda saya. Adakah teknik pengajaran yang digunakan oleh saya tidak sesuai dengan tahap kebolehan murid 5 Temenggong 3? Adakah kaedah atau pedekatan yang digunakan oleh saya tidak dapat menarik minat murid 5 Temenggong 3? Adakah saya seorang guru tidak pandai mengajar murid-murid 5 Temenggong 3 untuk memahami proses perubahan keadaan air? Apakah yang wajar saya lakukan untuk membantu meningkat tahap pemahaman murid-murid 5 Temenggong terhadap tajuk atau topik sains yang dipelajari?Hasil pencerapan saya sewaktu pengajaran dan pembelajaran dapatlah saya simpulkan bahawa murid-murid kelas 5 Temenggong 3 tidak mampu memahami topik perubahan keadaan air melalui teknik pengajaran yang saya gunakan. Saya wajar mengubahkan teknik pengajaran tersebut serta merendahkan lagi aras proses pengajaran dan pembelajaran mengikut tahap yang boleh diterima oleh murid-murid 5 Temenggong 3. Saya tidak boleh membiarkan perkara ini berlaku serta wajar dihentikan secepat mungkin. Saya seharusnya mencipta satu kaedah bagi memudahkan anak murid saya mengingat seterusnya menarik minat mereka yang semakin lama semakin merosot terhadap pembelajaran sains.

1.2REFLEKSI SOROTAN LITERATURDapatan kajian Pask (1976), menunjukkan bahawa masalah pembelajaran pelajar mempunyai kaitan dengan strategi pengajaran yang tertentu termasuk juga gaya pembelajaran pelajar. Penggunaan bahan pengajaran yang sesuai dengan gaya pembelajaran pelajar membolehkan pelajar mengasimilasikan dan mengingat pelajaran dengan baik manakala keadaan sebaliknya berlaku sekiranya bahan pengajaran tidak menepati gaya pembelajaran pelajar.

Menurut Atan Long (1988), pembelajaran merupakan satu proses yang bermula dengan penanggapan rangsangan yang diterima oleh pancaindera. Persepsi pancaindera merujuk kepada penggunaan variasi semua lima pancaindera sewaktu memproses dan mengingat maklumat oleh setiap individu.

Selain itu, ia turut disokong oleh Pike (1989), menambah visual kepada pembelajaran dapat menambahkan daya ingatan daripada 14% kepada 38%. Gambar tidak dapat menceritakan seribu perkataan, tetapi ia tiga kali ganda lebih berkesan berbanding kata-kata.

Brown (1977) turut menyenaraikan panduan panduan dalam memilih media pengajaran. Pertama, tiada media yang terbaik iaitu tiada satu media yang boleh dianggap terbaik untuk semua tujuan. Setiap media mempunyai kelebihan yang tersendiri. Kedua, media perlu selaras dengan objektif pengajaran dan pembelajaran. Menggunakan media hendaklah selaras atau relevan dengan objektif pengajaran dan pembelajaran yang ditetapkan. Ketiga, bersesuaian dengan kaedah iaitu media yang dipilih hendaklah bersesuaian dengan cara pengajaran. Kaedah atau teknik pengajaran yang digunakan perlu gunakan media yang bertepatan dengan kaedah tersebut. Keempat, pemilihan secara objektik iaitu media perlu dipilih secara objektif dan tidak berdasarkan kegunaan sendiri.2.0FOKUS KAJIAN DALAM ISU YANG DIPILIH

2.1TINJAUAN AWAL

Sepanjang berkhidmat hampir 16 tahun di Sekolah Kebangsaan Temenggong Abdul Rahman 1, Johor Bahru, saya telah diamanahkan untuk mengajar murid-murid tahap 2 bagi mata pelajaran sains. Untuk sesi tahun 2014 saya diberi tanggungjawab untuk mengajar murid kelas 5 Temenggong 1 dan 5 Temenggong 3 yang semua terdiri daripada murid-murid lelaki. Untuk kajian tindakan yang akan saya jalankan saya telah memilih murid-murid 5 Temenggong 3 sebagai responden kajian yang akan saya jalankan berdasarkan tajuk yang telah saya pilih. Saya telah memilih murid-murid dari kelas 5 Temenggong 3 berdasarkan markah sains yang mereka perolehi semasa ujian pertengahan tahun dan ujian diagnostik yang dijalankan serta hasil perbincangan bersama rakan-rakan guru sains serta guru yang mengajar murid-murid kelas 5 Temenggong 3.2.1.1 Isu Markah Peperiksaan Pertengahan TahunBerdasarkan analisis item terhadap kertas Peperiksaan Pertengahan Tahun yang telah dijalankan pada pertengahan bulan Mei yang lalu, didapati bahawa soalan yang mempunyai kesilapan tertinggi yang dilakukan oleh murid-murid Tahun 5 Temenggong 3 adalah soalan yang berkaitan dengan proses perubahan air. Walaupun soalan-soalan tersebut berada dalam keadaan urutan dan murid-murid sewajarnya mampu membanding-beza serta memilih jawapan yang ada, namun mereka masih melakukan kesilapan. Malah, boleh dikatakan hampir keseluruhan daripada murid-murid kelas 5 Temenggong 3 tersebut tidak dapat menjawab dengan betul soalan- soalan yang berkaitan dengan topik proses perubahan air.2.1.2 Isu Ujian DiagnostikHasil dari keputusan analisis item peperiksaan yang diperoleh, satu ulangkaji berkaitan topik yang bermasalah telah dijalankan. Antara topik yang terlibat ialah topik Proses Perubahan Kedaan Air. Setelah sesi ulangkaji, guru telah mengedarkan kertas berbentuk latihan pengukuhan bagi mengesan tahap penguasaan murid. Melalui ujian diagnostik yang dijalankan jelas menunjukkan bahawa murid 5 Temenggong 3 tidak dapat menguasai dengan baik tajuk proses perubahan keadaan air melalui keadah yang saya gunakan semasa pengajaran dan pembelajaran sebelum ini. Pelbagai jawapan yang kurang tepat yang diberikan semasa menjawab soalan berbentuk subjektif. 2.1.3 Isu Perbincangan dengan Guru-guru Sains

Hasil dari perbincangan bersama guru-guru sains yang mengajar murid-murid Tahun 5, didapati bahawa kebanyakkan dari murid-murid sukar untuk mengingat turutan serta jenis-jenis proses perubahan yang berlaku. Mereka kerap keliru dan kurang jelas dengan proses-proses yang berlaku. Perkara ini turut berlaku pada murid-murid tahun 5 pada tahun-tahun sebelumnya dan masih belum ada kaedah mahupun teknik pendekatan yang telah dilaksanakan untuk membantu. Untuk mengatasi masalah ini beberapa cadangan telah kemuka oleh guru-guru sains antaranya menggunakan kaedah yang melibatkan aktiviti hand-on seperti ekperimen, pembelajaran masteri dan keadah mnemonik. Berdasarkan perbincangan tersebut saya telah bersetuju untuk cuba menggunakan kaedah mnemonik dalam tajuk kajian yang akan saya jalankan.2.1.4 Isu Hasil Pemerhatian Selepas Pengajaran dan Pembelajaran

Murid dapat memahami isi pengajaran proses perubahan keadaan air dengan baik apabila saya bertanya soalan kepada mereka pada hari yang sama sebaik sahaja selepas pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Apabila soalan Bahagian B diberikan pada hari seterusnya, murid tidak dapat menjawab dengan baik terutamanya soalan berbentuk subjektif. Dari ekspresi muka murid, mereka bukan sahaja tidak tahu untuk menjawab, mereka juga tidak dapat menumpukan perhatian semasa menjawab soalan yang diberi. Keadaan ini amat membimbangkan saya kerana murid kelas ini juga menjadi harapan sekolah dalam pencapaian peratus lulus dalam UPSR pada tahun depan. Saya perlu menghasilkan satu pendekatan yang sesuai dengan kebolehan dan tahap murid, supaya murid berminat untuk belajar dan dapat mengubah sikap yang negatif kepada sikap yang positif terhadap mata pelajaran sains.2.2ANALISIS MASALAHDaripada tinjuan awal di atas, saya dapati murid-murid 5 Temenggong 3 tidak dapat mengingat nama-nama bagi proses-proses yang berlaku semasa proses perubahan keadaan air. Faktor utama yang mengakibatkan wujudnya masalah ini berpunca dari diri saya sendiri. Saya mengambil ringan perihal keadaan ini dan menganggap murid-murid saya mudah memahami apabila dengan sekadar memberi penerangan serta melihat gambarajah yang disediakan semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Namun percaturan saya silap kerana murid-murid kelas 5 Temenggong 3 saya kali ini memerlukan lebih daripada sekadar bacaan dan gambarajah. Ini kerana mereka perlu membayangkan proses kejadian serta perubahan air terutama sekali bagi perubahan kepada pepejal kepada cecair dan cecair kepada wap air. Sebagai alternatif, suatu kaedah mnemonik dengan penggunaan kata kunci melalui carta alir akan saya jalankan supaya murid-murid saya dapat memahami serta mengingat dengan jelas nama-nama proses yang sepatutnya berlaku. Melalui kaedah ini diharap murid-murid 5 Temenggong 3 akan dapat memahami proses perubahan keadaan air dengan lebih mudah serta membantu mereka mengingat dengan lebih baik.3.0TINJAUAN LITERATUR

Kaedah Mnemonik adalah sejenis alat bantu yang boleh digunakan untuk meningkatkan daya ingatan. Ahmad Mohd Salleh (2008) mengatakan beliau percaya sepenuhnya bahawa Mnemonik ini boleh membantu murid-murid mengingat dengan lebih baik dan tahan lama berbanding bahan bantu mengajar yang lain. Kenyataan ini disokong oleh bahawa bahan bantu mengajar sangat membantu guru untuk meningkatkan kemahiran belajar murid ke tahap maksimun.

Kaedah mnemonik dicipta adalah untuk meningkatkan kemahiran mengingat individu. Melalui kajian Mohd Daud Hamzah (1989), Teori Pemprosesan Maklumat R.M Gagne mengatakan bahawa rangsangan-rangsangan dari persekitaran luar akan diterima dalam sistem saraf melalui deria-deria manusia. Maklumat ini akan ditafsirkan dalam stor ingatan kemudian dihantar kepada stor ingatan jangka panjang dan akhirnya kepada penggerak tindak balas melalui sistem saraf. Menurut beliau, pengalaman-pengalaman yang disimpan di dalam stor ingatan jangka panjang adalah penting bagi manusia untuk mengaitkannya dengan pengalaman-pengalaman baru demi memudahkan proses pembelajaran baru berlaku

Kaedah mnemonik adalah kaedah yang boleh mengukuhkan ingatan untuk suatu jangka masa yang panjang bersesuaian dengan teori yang dikeluarkan oleh Gagne. Di dalam negara kita, para guru dan pendidik telah sekian lama menggunakan kaedah ini dalam pendidikan bagi membantu pelajar mengingati sesuatu fakta dan maklumat dengan mudah dan cepat. Guru-guru telah pun mencipta berbagai mnemonik sebagai suatu pendekatan pengajaran dan mnemonik yang dicipta itu telah pun digunakan secara turun temurun. Kaedah mnemonik juga boleh membantu pelajar daripada pelbagai peringkat sama ada pra sekolah, sekolah rendah, menengah dan pengajian tinggi. Nurazan bt Mohmad Rouyan, (2004) berpendapat bahawa kaedah mnemonik merupakan salah satu strategi kognitif, namun tidak didedahkan di sekolah pada masa kini. Hal ini membuktikan penggunaan kaedah Mnemonik ini adalah bertepatan untuk masalah kajian ini. Ia turut disokong oleh Mohd Firdaus Mohd Pauzi (2008) dalam kajiannya bahawa murid akan lebih memahami dengan mendalam apa yang disampaikan apabila guru menggunakan bahan bantu semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Walaubagaimanapun, pengkaji merasakan sebagai seorang guru, bagi membantu murid-murid mudah mengingat isi pembelajaran mereka beberapa kaedah pengajaran mengingat harus diterapkan dan dapat diaplikasikan mengikut kesesuaian. Secara keseluruhannya, kedua-dua instrumen yang pengkaji gunakan iaitu soal selidik dan temu bual untuk menjawab soalan kajian kedua ini membuktikan bahawa kaedah Mnemonik sangat membantu murid untuk menguasai tajuk ini. Hal ini bermaksud soalan kajian bagi tajuk ini dapat diselesaikan oleh pengkaji berdasarkan bukti-bukti yang diberikan sebelum ini.

Kaedah Mnemonik turut membantu murid untuk mudah mengingat dikuatkan lagi dengan pendapat daripada Mohammad Amiryousefr dan Saed Ketabi (2011). Didalam kajian tersebut menyatakan bahawa kaedah Mnemonik boleh membantu pelajar daripada pelbagai peringkat sama ada pra sekolah, sekolah rendah, menengah dan pengajian tinggi untuk lebih cepat mengingat semua maklumat yang sering digunakan dan maklumat yang diperlukan segera.

Menurut Yates (1966) melalui bukunya yang bertajuk The Art of Memory menyatakan:

It is not difficult to get hold of the general principles of the mnemonic. The first step was to imprint on the memory a series of loci or places.

Kenyataan di atas menyatakan bahawa tidak sukar untuk berpegang kepada prinsip asas mnemonik. Asas pertama ialah untuk mengingat urutan sesuatu perkara. Kemahiran mengingat ialah proses pembelajaran yang berkaitan dengan kefahaman dan penggunaan deria dengar dan deria lihat yang baik. Kemahiran mengingat juga ialah proses mengingat kembali dengan menyebut atau menulis fakta dan kejadian yang telah berlaku selepas beberapa jam. Antara kaedah yang digunakan untuk meningkatkan ingatan ialah menggunakan alat bahan bantu mengajar, bahan pengajaran yang bermakna, isi pelajaran teratur dan balk, mengulang isi pelajaran, waktu rehat dalam pembelajaran, pengelolaan pembelajaran, mengaitkan pembelajaran dengan kehidupan sebenar, membuat latih tubi, mempraktikan ilmu dan menggunakan kaedah mnemonik. Melalui kajian yang dilakukan oleh Scoot,Richard &Kelly (1982), mereka mendapati bahawa murid memperoleh pembelajaran dengan lebih tersusun. Pembelajaran yang strategiik dapat dicapai apabila murid memahami dan menggunakan strategi mnemonik. Di dalam kajian yang dilaksanakan oleh Mohd Alwi Yusoff. Adel M Abdulaziz dan Ahmad Kamel Mohamed (2003). perkembangan kemahiran kanak-kanak sekolah rendah dalam membina strategi pembelajaran yang kukuh amat penting kerana pada peringkat ini keseimbangan pencapaian pendidikan dan penerimaan terhadap ilmu adalah pada tahap yang sama. Kanak-kanak perlu menguasai dan menghalusi beberapa kemahiran yang khusus di alam persekolahan. Tanpa penguasaan ini, maka mereka akan gagal seterusnya membawa rasa rendah diri dan tiada keupayaan

Kesimpulannya, kajian ini dijalankan adalah bertujuan mencadangkan pendekatan kaedah mnemonik sebagai salah satu kemahiran yang digunakan bagi meningkatkan pencapaian tahap ingatan murid terhadap nama-nama bagi proses perubahan air yang berlaku.

4.0OBJEKTIF KAJIAN/SOALAN KAJIANDiakhir kajian diharap murid-murid akan mencapai objektif seperti berikut:

4.1OBJEKTIF UMUM:Meningkatkan kemahiran mengingat murid tentang proses-proses perubahan air yang berlaku 4.2OBJEKTIF KHUSUS:

Meningkatkan ingatan murid dalam topik perubahan keadaan air menggunakan teknik 1K4P. Meningkatkan minat murid dalam topik perubahan keadaan air menggunakan teknik 1K4P.Berikut merupakan soalan-soalan kajian yang dikaji dan diberi penekanan bagi menentukan sejauh manakah keberkesanan penggunaan kata kunci 1K4P dengan menggunakan kaedah mnemonic.1. Adakah teknik 1K4P dapat meningkatkan penguasaan murid dalam topik perubahan keadaan air?2. Adakah teknik 1K4P dapat meningkatkan minat murid dalam topik perubahan keadaan air?5.0KUMPULAN SASARANKumpulan sasaran bagi kajian ini melibatkan 20 orang murid lelaki Tahun 5 Temenggong 3 yang terdiri daripada kaum melayu. Kriteria pemilihan mereka adalah berdasarkan tahap pencapaian mereka yang rendah bagi semua matapelajaran (kurang dari 40 markah) dalam Peperiksaan Pertengahan Tahun yang lalu.Dari segi latar belakang murid, kebanyakan murid ini tinggal di rumah pangsa serta taman-taman perumahan yang berdekatan dengan sekolah. Mereka datang ke sekolah dengan bas atau dihantar oleh ibu bapa atau penjaga. Selain itu, faktor pemilihan kelas 5 Temenggong 3 adalah kerana kelas ini diajar oleh saya sendiri, dengan secara tidak langsung memudahkan pengaplikasian teknik kata kunci 1K4P secara mnemonik semasa menjalankan kajian tindakan ini. 6.0PELAKSANAAN KAJIAN6.1 LANGKAH BAGI TINDAKAN YANG DIJALANKANAktiviti 1: Memperkenalkan model carta alir 1K4P

Langkah 1:Guru memberi penerangan terlebih dahulu tentang proses yang terlibat semasa proses perubahan keadaan air kepada murid-murid. Tujuan adalah untuk memperkenalkan proses yang terlibat semasa perubahan kedaan berlaku.ProsesPerubahanPenerangan

KondensasiGas kepada CecairBerlaku apabila gas yang panas bertemu pada sesuatu permukaan yang sejuk.

Contoh : Titisan air pada cermin kereta pada waktu pagi

PembekuanCecair kepada PepejalProses dimana air berubah menjadi ais

Contoh : membuat air batu

PeleburanPepejal kepada cecairProses dimana pepejal berubah menjadi cecair apabila menerima haba

Contoh : Ais yang menjadi cair

PendidihanCecair kepada GasProses yang berlaku semasa air dipanaskan sehingga mendidih pada suhu 100C.Contoh : memasak air sehingga menghasilkan gelembung udara

PenyejatanCecair kepada GasProses perubahan keadaan cecair kepada gas yang berlaku pada sebarang suhu.Contoh : pakaian menjadi kering semasa dijemur

Langkah 2:Guru memberikan penerangan berkaitan dengan topik proses perubahan keadaan air dengan menggunakan model carta alir 1K4P

Pada langkah ini, guru akan menerangkan satu persatu objek dan penerangan yang berkaitan dengan Langkah 1 dalam aktiviti 1. Guru menunjukkan aplikasi kata kunci 1K4PK- Kondensasi

P -Pembekuan

P -Peleburan

P- Pendidihan

P- Penyejatan

Penerangan diberikan berdasarkan gambarajah tersebut. Ais diletakkan di bawah kerana ais lebih berat. Awan berada di atas kerana sifat semula jadi awan yang ringan dan berada di langit, sesuai di atas manakala anak panah kanan ke arah ATAS mewakili proses semasa keadaan panas. Anak panah sebelah kiri ke arah BAWAH mewakili proses semasa keadaan sejuk.

Langkah 2:

Guru akan memilih secara rawak beberapa murid bagi meminta mereka menerangkan tentang proses yang berlaku di dalam model carta alir tersebut. Guru berbincang dengan murid- murid tentang pemerhatian yang berlaku di mengikut gambarajah yang terdapat di dalam model serta perkaitan dengan kata kunci 1K4P

Aktiviti 2: Membuat latihan dengan mengaplikasikan pengetahuan yang

diperolehi semasa memerhatikan model carta alir 1K4P

Langkah 1:

Semua murid dibahagikan kepada 4 kumpulan. Di dalam setiap kumpulan murid dikehendaki melukis gambarajah mengikut model carta alir 1K4P. Di dalam kumpulan masing-masing, murid dikehendaki mencipta kata kunci tersendiri dengan bantuan guru berdasarkan 1K4P untuk memudahkan mereka mengingat proses perubahan keadaan air mengikut kedudukan yang betul. Antara contoh ayat yang boleh dibina ialah:-Contoh:

K -Kejayaan

P -PelajarP -Pelajar

P -Perlu

P -Pengorbanan

Atau

K -Kucing

P -Perlu

P -Pasangan

P -Pandai

P -Pun

Langkah 2:

Untuk memastikan murid dapat mengingat proses perubahan yang berlaku setiap murid akan diedarkan latihan soalan yang berkaitan dengan topik yang dipelajari. Murid akan diminta untuk menyiapkan latihan soalan yang diberikan secara individu. Guru meminta murid-murid mengingat tentang proses yang berlaku dengan kata kunci 1K4P sebelum mereka mula menjawab soalan yang diberikan.

6.2 PROSEDUR PENGUMPULAN DATA

Di dalam kajian ini, saya telah merancang untuk menggunakan tiga instrumen dalam mengumpul data untuk kajian saya. Instrumen yang saya pilih ialah soal selidik, temubual, ujian Pra dan ujian Pasca

6.2.1 Ujian Sebelum Tindakan dan Ujian Selepas TindakanUjian Sebelum Tindakan dan Ujian Selepas Tindakan dipilih oleh saya kerana ujian merupakan cara yang paling senang untuk mendapat data dalam bentuk kuantitatif. Data kuantitatif yang diperoleh daripada ujian dapat diterjemahkan terus ke dalam bentuk jadual. Jadual dapat memberi gambaran yang jelas tentang perbandingan atas perbezaan nilai kuantitatif. Ujian akan dijalankan sebanyak dua kali iaitu Ujian Sebelum Tindakan dan Ujian Selepas Tindakan. Soalan Ujian Sebelum Tindakan dan Ujian Selepas Tindakan adalah menggunakan soalan sama . Soalan adalah dalam bentuk objektif dan subjektif. Sepuluh soalan objektif dan 5 soalan subjektif yang berfokuskan topik yang akan dipelajari telah dijadikan sebagai bahan menguji kefahaman murid. Untuk soalan objektif 10 markah akan diberikan manakala bahagian subjektif 5 markah. Murid diberi masa 30 minit untuk menyiapkan soalan ujian. Ujian Selepas Tindakan dijalankan selepas seminggu tindakan dijalankan untuk mengelakkan murid mengingat jawapan soalan dan terus menulis jawapan itu tanpa membaca soalan.

Matlamat ujian dijalankan sebanyak dua kali adalah untuk membuat perbandingan antara dua data yang diperoleh sebelum dan selepas pelaksanaan tindakan. Selain itu, Ujian Sebelum Tindakan dijalankan adalah untuk menguji kefahaman murid tentang proses perubahan keadaan air sebelum menggunakan kaedah kata kunci 1K4P secara mnemonik manakala Ujian Selepas Tindakan dijalankan adalah untuk menilai keberkesanan menggunakan kaedah kata kunci 1K4P secara mnemonik yang digunakan untuk mengatasi masalah murid. Perbandingan antara pencapaian murid-murid dalam Ujian Sebelum Tindakan dan Ujian Selepas Tindakan akan dibuat untuk membandingkan pencapaian murid-murid serta melihat keberkesanan penggunaan kata kunci 1K4P menggunakan kaedah mnemonik.6.2.2 Soal SelidikInstrumen kedua yang akan digunakan ialah dengan menggunakan soal selidik. Soal selidik ini dijalankan sebelum dan selepas tindakan dilaksanakan. Kedua-dua borang soal selidik yang digunakan adalah sama. Untuk menjaga identiti murid, nama murid tidak ditulis dalam soal selidik tersebut. Soal selidik ini menggunakan skala Likert yang mempunyai lima skala iaitu amat tidak setuju, tidak setuju, tidak pasti, setuju dan amat setuju. Setiap murid dibekalkan dengan satu borang soal selidik. Murid diminta memilih satu skala sahaja bagi setiap item. Masa untuk menjawab soal selidik ini ialah 15 minit. Soal selidik pertama dapat memberi maklumat tentang pemahaman murid terhadap topik perubahan keadaan air sebelum tindakan dilaksanakan. Selepas melaksanakan pengajaran dan pembelajaran menggunakan teknik kata kunci 1K4P, melalui kaedah mnemonik soal selidik yang sama akan diberi sekali lagi kepada sampel yang sama iaitu murid kelas 5 Temenggong 3 untuk menguji penguasaan murid terhadap topik yang telah dipelajari. Melalui soal selidik ini, saya dapat mengenalpasti keberkesanan kata kunci 1K4P yang telah dilaksanakan. Soal selidik ini terdiri daripada beberapa item dimana item ini menguji penguasaan terhadap topik yang dipelajari selain menguji pendapat murid terhadap strategi pengajaran dan pembelajaran guru dan menguji keyakinan murid semasa menjawab soalan. 6.2.3 Temubual

Antara Instrumen yang akan gunakan untuk mengumpul data dalam kajian ini ialah temubual. Temubual separa berstruktur dijalankan selepas tindakan mengajar semula dilaksanakan. Temubual dijadikan sebagai instrumen triangulasi bagi meningkatkan kesahan hasil dapatan Ujian Sebelum Tindakan dan Ujian Selepas Tindakan dan hasil dapatan soal selidik. Enam sampel dipilih dari kategori pelbagai. Temubual dijalankan di dalam bilik kaunseling pada waktu pagi selepas waktu rehat untuk mengurangkan gangguan daripada bunyi di persekitaran. Sebelum temubual bermula kebenaran secara lisan daripada sampel untuk membolehkan temubual dirakam. Tujuan rakaman digunakan adalah untuk memudahkan proses rujukan semasa menganalisis data. Saya juga akan memaklumkan bahawa kerahsiaan temubual akan dijaga untuk menyakinkan sampel menjawab soalan semasa temubual dijalankan. Sampel yang terpilih ditemubual sehingga data tepu diperoleh. Antara soalan yang ditanya termasuk soalan tertutup dan juga soalan terbuka untuk menperolehi pendapat murid. Antara soalan yang akan dikemukan dalam temubual tersebut;1. Apakah yang anda rasa tentang pembelajaran tadi? Jelaskan

2. Apakah yang anda faham tentang proses perubahan air yang ditunjukkan?

3. Adakah anda menghadapi masalah untuk menerangkan proses-proses perubahan air yang berlaku? Jika ya, jelaskan kenapa?

4. Adakah belajar menggunakan teknik 4P1K lebih menarik berbanding nota penulisan yang diberikan? Jelaskan.

5. Apakah yang ingin anda pelajari pada pelajaran akan datang?

6.3 PROSEDUR PENGANALISISAN DATASelepas tindakan telah dilaksanakan, data-data yang dikumpul akan dianalisis untuk mendapatkan dapatan hasil daripada tindakan yang dilaksanakan. Cara menganalisis data adalah seperti berikut:6.3.1 Ujian Sebelum Tindakan dan Ujian Selepas Tindakan Saya akan menggunakan kaedah analisis kuantitatif untuk menganalisis data Ujian Sebelum Tindakan dan Ujian Selepas Tindakan. Kaedah analisis kuantitatif ini menggunakan pengiraan perbezaan markah antara Ujian Pra dan Ujian Pasca. Pencapaian murid akan dikelas mengikut gred seperti berikut 80% - 100% sebagai gred A, 60% - 79% sebagai gred B, 41% - 59 % sebagai gred C dan 0% - 39% sebagai gred D. Gred yang digunakan adalah mengikut gred yang ditetapkan oleh sekolah. Kemudian, markah murid-murid yang mendapat gred A, gred B, gred C dan gred D dijumlahkan untuk mengira peratusan murid yang mendapat gred A dan seterusnya. Tujuan mengelaskan markah ujian mengikut gred adalah untuk melihat perbezaan gred yang diperolehi sebelum dan selepas kajian dijalankan. Melalui jadual seperti Lampiran 1, data ini di pindah kepada bentuk graf palang untuk membandingkan prestasi Ujian Sebelum Tindakan dan Ujian Selepas Tindakan untuk membuat perbandingan. Lampiran 1Jadual 1 : Perbandingan Markah Antara Ujian Sebelum Tindakan dan Ujian Selepas TindakanNama muridMarkah Ujian Sebelum TindakanMarkah Ujian Selepas TindakanPerbezaan markah (+/-)

Markah (%)GredMarkah (%)Gred

M1

M2

M3

M4

M5

M6

M7

Bilangan murid yang mendapat gred:Bilangan murid yang mendapat gred:

ABCDABCD

6.3.2 Soal Selidik

Selepas maklumat berbentuk data mentah telah perolehi, proses menganalisiskan data itu akan dijalankan dengan mengira skor (bilangan sampel darab dengan setiap skala yang dipilih) dan peratusan murid yang menjawab setiap skala bagi setiap item. Data Soal Selidik Sebelum dan Selepas Tindakan yang telah dianalisis akan diisikan dalam jadual perbandingan di bawah. Perbandingan dapatan antara kedua-dua soal selidik ini akan dipindah ke dalam bentuk graf palang.Jadual 2: Perbandingan dapatan soal selidik sebelum dan selepas tindakan di jalankanItemSebelum tindakan

( bil. murid dan peratusan)MinSelepas tindakan

( bil. murid dan peratusan)Min

Skala LikertSkala Likert

1234512345

Item 1

Item 2

Item 3

Item 4

Item 5

Item 6

6.3.3 Temubual

Rakaman temubual dimainkan berulang kali untuk mencatat segala jawapan yang diberi oleh sampel semasa menjalankan temubual. Segala perlakuan dan gerak geri, air muka atau tingkah laku sampel semasa menjawab soalan turut dicatat dengan teliti. Seterusnya, data yang telah dianalisis diterjemahkan ke dalam jadual. Kekerapan dan peratusan dikira untuk membuat generalisasi kepada murid di dalam kelas.Jadual 3 : Analisis temubual

BilFokus SoalanJawapanKekerapan%Kualiti

7.0MERANCANG PELAKSANAAN TINDAKAN

7.1 JADUAL PELAKSANAAN KAJIAN TINDAKAN

Carta Gant di bawah menunjukkan pelaksanaan aktiviti yang dirancang dalam kajian tindakan ini.BILAKTIVITIBULAN

JUNJULAIOGOSSEPTOKTNOVDISJANFEBMAC

1234123412341234123412341234123412341234

1Mengenalpasti masalah dan pengumpulan data awal

2Menulis proposal kajian

3Merancang tindakan

4Mesyuarat pembinaan ujian sebelum tindakan dan selepas tindakan

5Pelaksanaan ujian sebelum tindakan

6Memproses data ujian sebelum tindakan

7Perancangan untuk pemerhatian

8Analisis data untuk ujian sebelum tindakan dan pemerhatian

9Pelaksanaan ujian selepas tindakan

10Refleksi kajian

7.2KOS KAJIANKos yang terlibat sepanjang perancangan kajian tindakan ini adalah seperti berikut:BIL.JENIS BAHANKUANTITI X HARGA SEUNITJUMLAH KOS

1Kertas A42 x RM 8.50RM 17.00

2Printer Cartridge1 x RM 50.00RM 50.00

3Fotostat bahan & laporan kajianRM 50.00

4Buku catatan guru3 x RM 2.00RM 5.00

JUMLAHRM 122.00

RUJUKANNoraini Idris (2013). Penyelidikan Dalam Pendidikan Edisi kedua McGraw-Hill Education (Malaysia) Sdn BhdAhmad Mohd Salleh (2008). Pengajian Agama Islam dan j-QAF Metodologi dan Pedagogi Pendidikan. Selangor: Oxford Fajar Sdn. BhdAtan Long (1988). Psikologi Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka.Brown. J. W. (1977). AV Instruction: I echonology Media and Methods. New York: Mc Graw-Hill Book Compan

Frances A.Yates (1966). The Art of Memory. The University of Chicago Press.London. Mohammad Amiryousefr, Saed Ketabi (2011). Mnemonik Instruction:A way to boost vocabulary learning and recall. Journal of Language Learning and Research. pp.' 78- 182).Finland.

Mohd Alwi Yusoff. Adel M Abdulaziz dan Ahmad Kamel Mohamed (2003). Keberkesanan Iqra` Sebagai Kaedah Pembelajaran Membaca Al-Quran. Prosiding isu semasa pengajian Quran Dan Sunnah: 101-114. Fakulti Pengajian Quran Sunnah: Kolej Universiti Islam Malaysia

Mohd Daud Hamzah. (1989). Metaingatan dan Hubungannya dengan Prestasi Ingatan. Journal Pendidik dan Pendidikan. J1d. 10 pp80. Universiti Sains Malaysia. Malaysia.

Nurazan bt Mohmad Rouyan. (2004). Strategi Pembelajaran Bahasa dalam Pembelajaran Bahasa Arab:Kajian di KUSZA. Ijazah Sarjana Pengajian Islam. Universiti Kebangsaan Malaysia. Malaysia. Pask. G (1976), Styles and strategies of learning. British Journal of Educational Psychology, Vol 46, No. 4

Pike. R (1989). Creative Training Technique Handbook. Minneapolis: Lakewood BooksScott G. Paris, Richard S. Newman, & Kelly A. Mcvey (1982). Learning the Functional Significance of Mnemonik Actions:A Micro genetic Study of Strategy Acquisition.

LAMPIRANKondensasi

Pembekuan

Penyejatan

Pendidihan

P

A

N

A

S

S

E

J

U

K

Peleburan

1