projek lessons learned bagi projek penempatan semula...

28
2016 PMO 5/6/2016 Projek Lessons Learned Bagi Projek Penempatan Semula Perkampungan Orang Asli, Sungai Ruil, Cameron Highlands, Pahang Darul Makmur

Upload: others

Post on 13-Feb-2020

42 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

2016

PMO

5/6/2016

Projek Lessons Learned Bagi Projek Penempatan Semula Perkampungan Orang Asli, Sungai Ruil,

Cameron Highlands, Pahang Darul Makmur

RINGKASAN EKSEKUTIF

Laporan ini bertujuan menerangkan nilaian yang baik yang boleh dicontohi

serta perkara-perkara yang kurang baik yang boleh diambil iktibar seterusnya

diperbaiki untuk projek-projek yang di laksanakan oleh JKR melalui sesi bengkel

yang telah dilaksanakan pada 3 hingga 5 Mei 2016 bagi projek Penempatan Semula

Perkampungan Orang Asli, Sungai Ruil, Cameron Highlands, Pahang Darul Makmur

yang telah dihadiri oleh wakil HOPT,HODT dan juga wakil SO. Selain itu juga,

Laporan ini juga mencadangkan beberapa penambahbaikan yang perlu diambil kira

bagi projek-projek seumpanyanya di masa hadapan.

1. PENGENALAN

Projek Penempatan Semula Perkampungan Orang Asli Sg Ruil ialah Projek

cadangan untuk penyusunan semula Perkampungan Orang Asli Sg. Ruil akibat

kemusnahan dari bencana tanah runtuh yang memusnahkan 6 buah rumah dan 7

orang kehilangan nyawa pada Ogos 2011.

Penyusunan melibatkan bangunan kediaman, kemudahan asas, pejabat,

infrastruktur dan utiliti serta beberapa bangunan bagi pelancongan.

1.1 OBJEKTIF PROJEK a. Menyediakan dan memastikan kawasan penempatan yang sesuai serta

selamat untuk penempatan semula penduduk Kampung Orang Asli, Sg. Ruil.

b. Menyediakan tempat kediaman yang selesa dan mencukupi serta persekitaran yang sesuai dengan sosiobudaya masyarakat orang asli itu sendiri

c. Penempatan semula akan dilengkapi dengan kemudahan infrastruktur supaya masyarakat orang asli di Kg. Sg. Ruil dapat menjalankan aktiviti harian mereka seperti biasa.

1.2 RINGKASAN MAKLUMAT PROJEK.

Tajuk Kontrak

Penempatan Semula Perkampungan Orang Asli, Sungai Ruil, Cameron Highlands, Pahang Darul Makmur

Jumlah Kos Kontrak Asal RM 41,180,000.00

Tempoh Kontrak Asal 52 Minggu

Tarik Mula 14hb Januari 2013

Tarikh Tamat Asal 9hb Mac 2016

No Kontrak JKR/IP/CKUB/286/2012

Gambar asal penempatan orang Asli Sg Ruil, Cameron Highlands. Pandangan atas.

Gambar asal penempatan orang Asli Sg Ruil, Cameron Highlands. Pandangan depan.

Pelanggan Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA)

Pegawai Penguasa (S.O) Pengarah JKR Negeri Pahang

Wakil Pegawai Penguasa Pasukan Projek Di Tapak: 1. En Adnan Ladin J48 2. En. Walter Taimin, J44 3. En Mohd Azizi Mohd Anuar, J29

Kontraktor Utama MMN BINA SDN.BHD.

1.3 Pasukan Kerja yang terlibat bagi projek ini adalah seperti berikut :-

i) HOPT

(a) BAHAGIAN PENGURUSAN PROJEK 5 (CKBA 2)

ii) HODT

(a) HODT Senibina - URBF BGN AM 1 (CA-P2-BAKP)

(b) HODT Struktur - BAHAGIAN BANGUNAN AM & ARKITEK (CKAS)

(c) HODT Kerja Luar Bangunan - Bahagian Bangunan Am, UKA

(CKASJ)

(d) HODT Kerja Tanah - CAWANGAN KEJURUTERAAN CERUN

(CERUN)

(e) HODT Mekanikal - KUMPULAN BA 3 (SPR-CKM)

(f) HODT Elektrikal - BPR D2 - BANGUNAN AM (CKE)

(g) HODT Ukur Bahan - BAHAGIAN KERJA BANGUNAN AM (BHN)

(CKUB)

(h) HODT Alam Sekitar - PEMBANGUNAN ALAM SEKITAR (CAS)

(i) SO/Wakil SO – pENGARAH jkr PAHANG/ Pengurus Besar Kanan

Pembinaan

Carta Organisasi Pasukan SeliaTapak

2.0 Sesi Pengumpulan Pembelajaran Projek

2.1 Bengkel

a. Tajuk : Bengkel Project Lessons Learned

- PROJEK PENEMPATAN SEMULA PERKAMPUNGAN ORANG

ASLI SUNGAI RUIL, CAMERON HIGHLANDS

b. Tarikh : 3 – 5 Mei 2016 ( Selasa – Khamis )

c. Tempat : Kelab Golf Sultan Ahmad Shah, Cameron Highlands

d. Peserta

Peserta Bengkel terdiri daripada wakil-wakil dari Bahagian-bahagian berikut :-

e. Pemudahcara/Fasilitator

Pemudahcara/Fasilitator adalah wakil dari ECKM, HQ, KL seperti berikut:-

i. Sr. Roznita Binti Othman – Penceramah/ Lead Fasilitator ii. Ir. Fithry Mohd Amir - Fasilitator iii. En. Khairil Hizar Bin Md Khuzaimah – Fasilitator

No JABATAN

1 JABATAN KERJA RAYA PAHANG

2 HOPT, CAWANGAN KERJA BANGUNAN AM

3 HODT ARKITEK, JKR HQ KL

4 HODT STRUKTUR, JKR HQ KL

5 HODT CIVIL, JKR HQ KL

6 HODT CERUN, JKR HQ KL

7 HODT MEKANIKAL, JKR HQ KL

8 HODT ELEKTRIK, JKR HQ KL

9 HODT ALAM SEKITAR & TENAGA, JKR HQ KL

10 PBKP PROJEK SG. RUIL

11 KUB JKR PAHANG

12 ARKITEK JKR PAHANG

13 BAH. BANGUNAN JKR PAHANG

14 MEKANIKAL JKR PAHANG

15 ELEKTRIK JKR PAHANG

16 JKR CAMERON HIGHLAND

f. Gambar- Gambar semasa program

Gambar 1 : Penerangan semasa lawatan tapak Projek

Gambar 2 : Lawatan ke tapak Projek

Gambar 3 : Sesi perbicangan dan “Brain Storming”

Gambar 4 : Sesi pembentangan kepada SO/Pengarah Negeri

3.0 METADOLOGI/KAEDAH

1. Pembelajaran dari isu kritikal

Di awal bengkel para peserta diberikan Borang Kajiselidik (Survey From)

LAMPIRAN A untuk diisikan berdasarkan maklumat dan pengalaman masing-

masing dalam projek tersebut. Setelah selesai survey form diserahkan kepada

fasilitator untuk dirumuskan berdasarkan skor tertinggi

a. Summary skor untuk kenalpasti isu kritikal (Lampiran A)

i. 2 perkara What Went Well (+ve) tertinggi

a) Pemantauan Projek Secara Keseluruhan

b) Tahap Komitmen Terhadap Kejayaan Projek

ii. 2 perkara What did not go well (-ve) tertinggi

a) Jangkaan masa untuk siap Projek

b) Penilaian risiko

b. Analisis Punca dan Akibat (Mind Map)

Berdasarkan isu yang dikenal pasti diatas, perbincangan kumpulan

diadakan dan segala buah fikiran, idea dan maklumat di nyatakan

melalui peta minda. Contoh :-

Contoh hasil perbincangan semasa Analisis Punca dan Akibat dilakukan

2. Pembelajaran dari Peristiwa Utama

Analisis dan punca tersebut kemudian dibentang dan dibincang dengan lebih

teliti. Key event yang difikirkan sangat releven kemudian di bincang di dalam

Knowledge Café dan kemudian diterjemahkan kedalam ‘After action Review

Sheet’.

4. LESSONS LEARNED BERDASARKAN ISU KRITIKAL

Berdasarkan isu kritikal yang diperolehi dari survey form serta brainstorming oleh

peserta dan dipersembahkan melalui peta minda, berikut adalah kesimpulan yang

diperolehi hasil dapatan daripada perbincangan tersebut: -

4.1 What went well

4.1.1 Pemantauan Projek Secara Keseluruhan

PERINGKAT PERANCANGAN

i. HODT duduk bersama-sama dengan klient bagi menyiapkan brief projek

ii. Mesyuarat Koordinasi yang kerap di antara HOPT,HODT dan Klien (2 Minggu Sekali)

iii. Mesyuarat dan Pelaporan Projek Yang Kerap di Pejabat Klien

iv. Mesyuarat Teknikal antara HODT kerap diadakan (2 Minggu Sekali)

v. Lawatan tapak kerap oleh HODT

vi. Komunikasi yang kerap dikalangan HOPT/ HODT melalui – Mesyuarat,Emel,SMS dan Telefon

vii. Maklumbalas yang pantas dan keputusan segera

viii. Ketelusan maklumat di kalangan semua yang terlibat (Semua isu boleh dibangkitkan tanpa halangan)

ix. Pemantauan berterusan oleh stakeholder dan End User

x. Pengemaskinian status projek dari semasa ke semasa di dalam SKALA

PERINGKAT PEMBINAAN

i. Kehadiran HOPT/HODT yang kerap dalam mesyuarat tapak

ii. Kekerapan pemakluman ‘Site Progress Report’ oleh WPP kepada

semua HODT/Klien dan HOPT – (Seminggu Sekali)

iii. Isu ditapak dibawa ke HQ untuk diselesaikan melalui Mesyuarat

Teknikal

iv. Mesyuarat bersama Perunding Ukur Bahan setiap 3 Minggu oleh WPP

Ukur Bahan

v. Pengunaan Emel,SMS dan Telefon dalam menyampaikan

maklumat/Isu

4.1.2 Ownership Of The Project/ Tahap Komitmen Terhadap Kejayaan Projek

a. HODT (CERUN, A/S, M&E, Arkitek, Sivil, Struktur, Alam Sekitar & Ukur

Bahan)

i. Rekabentuk Konsep disediakan oleh HODT Arkitek dalam masa 2

Minggu

ii. Rekabentuk oleh semua HODT dalam masa Sebulan

iii. Lukisan Awalan dan perbincangan awalan dengan JPBD

iv. Membantu JAKOA memuktamadkan skop

b. HOPT

i. Mohon Tender Secara Selective untuk percepat proses

ii. Memohon tempoh tender dipendekkan

iii. Surat Peringatan dikeluarkan kepada pihak yang berkenaan setiap kali

terdapat isu berbangkit

iv. Pengecualian IBS untuk surau

c. PENGARAH CKBA

i. mempengerusikan Mesyuarat Koordinasi

ii. Kerap hadir ke mesyuarat tapak

iii. Hadir mesyuarat bersama pelanggan

d. PBT

i. Pelbagai PBT hadir semasa Mesyuarat Koordinasi ( contoh: BOMBA

memberi maklumbalas terus didalam mesyuarat)

e. PELANGGAN

i. KOS - Meluluskan Pertambahan kos RM 20juta RM50 Juta

ii. SKOP - Sikap terbuka pelanggan dalam menerima cadangan

iii. SKOP – Projek diletakkan sebagai anak angkat EPU

f. SO/Wakil SO

i. Mesyuarat Pemantauan Projek Sakit ( 2 Minggu Sekali)

4.2 What did not go well

4.2.1 Jangkaan masa untuk siap Projek

i. Tempoh siap projek setahun adalah bagi memenuhi kehendak

daripada pelanggan (JAKOA) kerana isu penempatan sementara

orang asli di perumahan transit.

ii. Tempoh rekabentuk dan penyediaan dokumen tender adalah singkat.

iii. Tempoh pembinaan setahun bagi pembangunan di tanah tinggi adalah

tidak mencukupi.

iv. Kontraktor yang dilantik tidak mempunyai kepakaran/pengalaman

dalam projek cerun dan pengurusan yang lemah

v. Pertukaran pegawai rekabentuk yang mahir di HODT dan

menggantikan pegawai baru menyebabkan kelewatan penyediaan

lukisan pembinaan

vi. Perekabentuk yang terlibat tidak dapat memberi tumpuan sepenuhnya

kepada rekabentuk projek yang complex kerana banyak terlibat dalam

projek lain.

vii. Kontraktor telah melakukan kerja-kerja pemotongan cerun

menggunakan lukisan tender menyebabkan rekabentuk baru perlu

dibuat bagi menyesuaikan kerja yang telah dibuat.

viii. Aspek keselamatan perlu diberi penekanan di dalam penyediaan

platform, cerun dan retaining structure

ix. Rekabentuk cerun dan platform yang perlu disesuaikan dengan

keadaan tapak dan kerja yang sedang dijalankan

x. Penilaian tapak tidak menyeluruh dan perlu mengambilkira kehendak

PBT di dalam rekabentuk platfom dan cerun

xi. Pasukan projek khas (rekabentuk dan pembinaan) perlu diwujudkan.

xii. Kesukaran pembinaan 157 unit rumah menggantikan 75 buah rumah di

tapak asal termasuk di kawasan tanah runtuh.

xiii. Rekabentuk arkitek perlu diselaraskan dengan platform supaya kerja-

kerja cerucuk dapat dikurangkan dan seterusnya mengurangkan

tempoh pembinaan.

xiv. Pasukan projek di tapak memerlukan masa untuk memahami lukisan

pembinaan yang melibatkan kerja tanah dan cerun

xv. Adalah didapati kebanyakan kuantiti bagi kebanyakan item contohnya seperti jambatan, tanam rumput, hydroseeding dan beberapa item lain yang dimasukkan sebagai kuantiti sementara adalah kurang daripada kuantiti sebenar ditapak.

4.2.1 Penilaian risiko

i. Bengkel Pengurusan Risiko tidak diadakan kerana Kos projek ialah

kurang daripada RM 50 juta walaubagaimana pun senarai risiko berikut

dikenalpasti :-

a. Kekerapan pertukaran pegawai HODT yang terlibat dalam

projek ini menyebabkan PBKP menghadapi kesukaran untuk

menyelesaikan masalah teknikal ditapak bina.

b. Permintaan tambahan daripada pihak PAIP, TNB dan PBT

menyebabkan kelewatan penerimaan bekalan air, elektrik dan

dan sebagainya.

c. Keadaan tapak yang berbukit bukau menyebabkan kesukaran

untuk mengakses bahan binaan dan keluar masuk jentera

pembinaan.

ii. Lokasi tapak adalah di kawasan cerun di mana pengenalpastian

kaedah penjagaan cerun adalah perlu.

iii. Laporan cerun runtuh oleh Cawangan Kejuruteraan Cerun tidak

dibincangkan secara detail di peringkat rekabentuk.

iv. Feasibility study tidak dibuat kerana kekangan masa.

v. Tahap kompetensi pegawai di tapak bina kurang bersesuaian

vi. Kekerapan pihak berkuasa melakukan penguatkuasaan (Serbuan

PATI)

4.3 Pengiktibaran (Lessons Learned)

1. Projek Fast-track wajar diterima walaubagaimana pun perlu mengambil

kira perkara-perkara berikut :-

i. Komitmen yang padu dari pengurusan atasan

ii. Perlu mempunyai pasukan projek khas yang kompeten dan lengkap

serta sepenuh masa termasuk perekabentuk

iii. Perlu menentukan pihak yang akan menyelenggara utililiti (PAIP &

TNB) supaya keperluan pihak PBT diambilkira daripada awal

iv. Pastikan semua lukisan pembinaan telah lengkap sebelum kerja

dimulakan

v. Aras Platform dan Data Ukur perlu disemak semula sebelum kerja-

kerja pembinaan dimulakan

2. Koordinasi diperingkat awal pembinaan perlu menyelesaikan isu-isu yang

telah dikenal pasti

3. Perunding Ukur Bahan untuk perkhidmatan post-contract perlu dilantik

oleh pihak JKR dan bukan oleh kontraktor

4. Kontraktor yang dilantik perlu mempunyai pengalaman dalam pembinaan

di kawasan tanah tinggi

5. Pengiktibaran (LESSONS LEARNED) BERDASARKAN PERISTIWA UTAMA

Lessons Learnt telah dibuat analisis mengikut fasa-fasa berikut

1. Peringkat perancangan & Rekabentuk

Rujuk kepada lampiran C

2. Peringkat Perolehan dan Pentadbiran Kontrak

Rujuk kepada lampiran D

3. Peringkat Perlaksaan dan Pemantauan

Rujuk kepada lampiran E

4. Peringkat Penyiapan dan Penyerahan

Rujuk kepada lampiran F

6. CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

I. Pasukan Projek Khas diwujudkan untuk Projek Kompleks, dan berisiko

tinggi dan Fast-Track tanpa mengira kos atau nilai projek

Bagi projek yang kompleks, berisiko tinggi dan fast-track seperti projek

Sg. Ruil ini, adalah sangat perlu untuk pasukan projek khas dari peringkat

rekabentuk sehingga pembinaan diwujudkan supaya pasukan tersebut

lebih fokus dan tidak terbeban dengan tugasan-tugasan lain yang juga

sama penting.

II. Tempoh Kontrak yang singkat

Pada amalan kebiasaan JKR, Projek yang bernilaian seperti ini

mengambil masa 2 tahun untuk disiapkan dengan dokumen yang telah lengkap. Walaubagaimanapun, Tempoh masa kontrak yang diberikan untuk adalah lebih pendek daripada amalan biasa JKR iaitu setahun.Oleh itu, JKR kriteria-kriteria dibawah adalah difikir perlu sekiranya JKR dalam keadaan tertentu terpaksa menerima projek-projek fast track seperti ini.Kriteria tersebut adalah :-

a. Komitmen yang padu dari pengurusan atasan

b. Perlu mempunyai pasukan projek khas yang kompeten dan lengkap

serta sepenuh masa termasuk perekabentuk

c. Perlu menentukan pihak yang akan menyelenggara utililiti (PAIP &

TNB) supaya keperluan pihak PBT diambilkira daripada awal

d. Pastikan semua lukisan pembinaan telah lengkap sebelum kerja

dimulakan

e. Aras Platform dan Data Ukur perlu disemak semula sebelum kerja-

kerja pembinaan dimulakan

III. Kompetensi Pasukan Projek

Pasukan projek yang dilantik oleh JKR bagi projek Fask-track dan

agak ‘Complicated’ seperti ini juga perlulah mempunyai pengalaman yang

banyak dalam mengawasi projek. Kriteria tersebut perlu dimasukkan

didalam pemilihan Wakil Pegawai Penguasa supaya masalah yang bakal

timbul ditapak dapat dikenalpasti lebih awal berdasarkan pengalaman

yang ada dan diselesaikan dengan lebih pantas. Selain itu, pasukan

projek yang dilantik tidak mengambil kira keperluan di tapak dimana

kesemua pegawai yang dilantik adalah dari disiplin awam termasuk

penolong Jurutera. Adalah lebih baik sekiranya dilantik dari disiplin Akitek

bagi penolong jurutera untuk turut sama memantau projek ini.

IV. Kepakaran kontraktor dalam bidang kerja-kerja cerun

Bagi projek ini juga didapati kontraktor yang dilantik kurang

mempunyai kepakaran membuat projek-projek di kawasan tanah tinggi

dan melibatkan cerun. Ini menyebabkan kontraktor terlepas pandang

beberapa perkara seperti memastikan lukisan pembinaan betul-betul

muktamad sebelum memulakan kerja di tapak. Kriteria tersebut perlu

dimasukkan kedalam kriteria semasa pemilihan kontraktor di peringkat

perolehan.

V. Lukisan tender yang lengkap hendaklah dikemukakan untuk

kesempurnaan penyediaan Dokumen Tender.

Tempoh masa tender yang berpatutan hendaklah diperuntukkan bagi

penyediaan Dokumen Tender yang sempurna dapat disediakan bagi

mengurangkan kemungkinan-kemungkinan berlaku masalah diperingkat

perlaksanaan projek. Tempoh masa penilaian tender hendaklah

berpatutan bagi penilaian dengan lebih terperinci terhadap petender dapat

dijalankan dan pemilihan petender adalah lebih bersesuaian berdasarkan

pengalaman kerja.

Sekian Terima Kasih

Disediakan Oleh : Disemak Oleh :

Diluluskan Oleh :

LAMPIRAN A

Nama Projek:

Survey Form

Rate Each of the statements below on a scale of -1 to -5 denoting a weakness, and

from +1 to +5 denoting a strength in the area being assessed in an increasing scale

No. Statement -5 -4 -3 -2 -1 +1 +2 +3 +4 +5

1. Overall planning of the project/Perancangan Projek secara Keseluruhan

2. Overall monitoring of the project/Pemantauan Projek secara keseluruhan

3. Overall execution of the project/Perlaksanaan projek secara keseluruhan

4. Information sharing among Project Team members/Perkongsian Maklumat (dalaman)

5. Information sharing with external stakeholders/Perkongsian maklumat (luaran)

6. Cooperation of the main contractors/Kerjasama dengan kontraktor

7. Support from top management/ Sokongan dari pengurusan atasan

8. Decision making/membuat keputusan

9. Handling changes/Pengurusan Perubahan

10. Project Team Motivation/Motivasi Ahli projek

11. Project Team Skill Level/ Kemahiran ahli projek

12. Contractor capability/Kebolehan kontraktor

13. Meeting customer expectation/memenuhi kehendak pelanggan

14. End user (Hospital Authorities) Engagement/ Penglibatan pihak hospital

15. Assessment of duration of project/ Jangkaan masa untuk siap projek

16. Feedback regarding project progress/ Maklumbalas mengenai kemajuan projek

17. Ownership of project/ Tahap komitmen terhadap kejayaan projek

18 Problem solving capability/Kebolehan menyelesaikan masalah

19 Project Manager’s Leadership style/ Gaya kepimpinan pengurus

20 Verification of information shared/ Pengesahan maklumat yang dikongsi

21 Overall closeout/ Penutupan projek secara keseluruhan

22 Access to external expertise/ Akses kepada kepakaran yang diperlukan

23 Procurement of contractor/ Pemilihan kontraktor

24 Risk assessment/ Penilaian risiko

25 Projek organizational structure/ Struktur organisasi projek

LAMPIRAN B

After Action Review

What was supposed to happen?

What actually happened? Why did it happen?

What are the consequences

What are the key lessons?

LAMPIRAN C : AAR 1 - Peringkatan perancangan & Rekabentuk

After Action Review

TIMEFRAME

- Lack of design duration

- Lack of planning period

What was supposed to happen?

Design timeframe normally took 6-9 months to complete.

What actually happened? Why did it happen?

Design masterplan and details takes 2 months only.

i) To fulfill client requirement to tender by September

ii) Project brief by client not firmed iii) Budget that has been given/allocated has to be

spend

What are the consequences

i) A lot of design issues are solved during construction

ii) Lots of variation order iii) Design are not properly thought off and detailed iv) No crosschecking of BQ against drawings

resulting to additional quantities v) Cost increased

What are the key lessons?

i) Review the timeframe according to complexity of the project

ii) Implement risk assessment according to complexity of the project

iii) JKR has to stand firm to client on the norm of design time frame

After Action Review

MANPOWER

- Shortage of dedicated designer

What was supposed to happen?

A dedicated planning & design team due to circumstances

and complexity of the project is to be established. Pasukan rekabentuk & perancang KHAS dari mula

sehingga projek siap diperlukan mengikut kesukaran sesuatu projek.

What actually happened? Why did it happen?

i) Some designers / people initially involved in this

project are transferred. Contoh :- staf pasukan rekabentuk struktur & awam dipindahkan dan digantikan dengan staf baru yang kurang berpengalaman. Staf baru juga perlu diberi brif & bimbingan rekabentuk semula

ii) Same designer/people is also imposed with other projects/workloads. Di mana projek lain juga memerlukan tindakan segera.

Due to lack of awareness by the top management of the project complexity and urgency. Di mana pihak HOPT ada memohon pihak CKP untuk tidak memindahkan staf yang terlibat dengan projek ini.

What are the consequences

i) Lack of focus. Di mana rekabentuk perlu direkabentuk semula

ii) Late/longer time of drawing production iii) Many issues are not solved during design

that dragged into construction. Rekabentuk tidak dapat diselesaikan sebelum pembinaan bermula.

iv) Design are not properly validated & reviewed

What are the key lessons?

i) Provide dedicated design team ii) Top management should be aware of project

complexity

LAMPIRAN D : AAR 2 - Peringkat Perolehan dan Pentadbiran Kontrak

Procurement & Contract Administration

Incidence : Missing and ambiguous Items In Contract BQ

After Action Review

What was supposed to happen?

Sepatutnya BQ kontrak hendaklah lengkap merangkumi semua skop kerja yang perlu dilaksanakan. Bagi kerja-kerja pembinaan bangunan kuantiti hendaklah dinyatakan sebagai kuantiti yang tetap (fix quantity)

What actually happened? Why did it happen?

Kerja-kerja bangunan dinyatakan sebagai kuantiti sementara. Di dalam projek ini terdapat beberapa item yang tiada dan tidak jelas di nyatakan seperti berikut :- Tiada dinyatakan

i. Removal surplus excavation soil out from site. ii. Waterproofing for roof slab. iii. Drywall dalam dewan iv. Acoustic Panel dalam dewan

Tidak Jelas

i. Cut-off and fill in sepatutnya dinyatakan di dalam description yang berasingan.

1. Tender drawing tidak lengkap 2. Kekangan masa dalam penyediaan senarai kuantiti

disebabkan oleh tempoh tender yang singkat 3. Lukisan semasa penyediaan senarai kuantiti yang

tidak tetap sentiasa berubah-ubah menyebabkan kesukaran pegawai yang melakukan taking-off dan penyediaan BQ

4. Perubahan pada lukisan pembinaan dan lukisan tender

5. Kelewatan Penerimaan lukisan pembinaan

What are the consequences

1. Pertikaian dengan pihak kontraktor semasa

menterjemah BQ dalam perlaksanaan kerja.

2. Pertambahan kos kontrak dan tempoh siap kerja disebabkan oleh perubahan rekabentuk bagi memenuhi keperluan di tapak

3. Kontraktor telah menyatakan hasrat untuk membuat tuntutan “Loss & Expense” akibat daripada pertambahan masa yang disebabkan kelewatan penerimaan lukisan pembinaan dan arahan perubahan kerja

4. Menimbulkan persepsi yang negatif kepada pihak pelanggan seolah-olah pihak JKR lemah dalam melaksanakan kerja.

What are the key lessons?

1. BQ perlu lengkap dan teratur mengikut peraturan

penyediaan BQ 2. Pegawai yang pakar dalam penyediaan BQ 3. Masa yang secukupnya untuk penyediaan BQ 4. Penyediaan lukisan dan data yang lengkap kepada

pegawai yang menyediakan BQ bagi memudahkan dan mengurangkan kesilapan semasa penyediaan BQ tender dan contract.

5. Semakan semula oleh unit pakar bagi penyediaan kuantiti dan lukisan

Incidence : Procurement method

After Action Review

What was supposed to happen?

Kontraktor yang dilantik hendaklah dari kalangan kontraktor yang ada kepakaran dalam kerja-kerja cerun

What actually happened? Why did it happen?

Kontraktor tidak mempunyai kepakaran dalam melakukan kerja-kerja cerun

1. Keutamaan pemilihan kontraktor yang mempunyai pengalaman membuat pembinaan di kawasan bercerun tidak dititikberatkan semasa proses tender.

What are the consequences

1. Pihak kontraktor tidak mempunyai penyelesaian yang cekap dalam menyelesaikan isu-isu berkaitan kerja-kerja cerun dan tanah

2. Workmanship yang lemah dalam pembinaan jalan, rumput dan kerja-kerja cerun

What are the key lessons?

1. Pemilihan kontraktor yang benar-benar berwibawa

berdasarkan pengalaman kerja-kerja lepas.

2. Projek yang kritikal/fast track tidak di tawarkan kepada kontraktor yang mencari pengalaman kerja pakar

LAMPIRAN E : AAR 3 - Peringkat Perlaksaan dan Pemantauan

After Action Review

PEMANTAUAN PROJEK DI TAPAK BINA KURANG BERKESAN

What was supposed to happen?

1. Pasukan projek menyelia tapak pembangunan

tanah tinggi hendaklah mempunyai kompetensi yang berkaitan.

What actually happened? Why did it happen?

1. Pasukan projek kurang kompetensi dalam menyelia projek yang kompleks.

1. Tiada sokongan daripada pihak atasan untuk penubuhan pasukan projek yang lengkap dan mempunyai kompetensi.

Pasukan projek yang lengkap termasuk

What are the consequences

1. Penyeliaan projek tidak begitu teratur dan terpaksa

banyak merujuk kepada HODT.

2. Kontraktor melaksanakan kerja tidak mengikut arahan/teguran.

What are the key lessons?

1. Penubuhan pasukan projek adalah perlu bagi projek

di tanah tinggi dan kompleks.

2. Persediaan kompetensi kepada pegawai tapak yang terlibat.

3. SO/WPP perlu mengikut prosedur aliran kerja di

dalam aliran SPB.

BANYAK PERUBAHAN KERJA SEMASA PEMBINAAN

What was supposed to happen?

1. Kontraktor perlu mengikut lukisan pembinaan yang

telah disediakan.

What actually happened? Why did it happen?

1. Kontraktor menjalankan kerja tanpa merujuk sepenuhnya lukisan pembinaan.

1. Kontraktor mengejar masa penyiapan tanpa merujuk kepada pegawai di tapak.

2. Kehendak PBT yang kerap berubah-ubah.

What are the consequences

1. Lukisan pembinaan kerap dipinda disesuaikan

dengan apa yang telah dibina di tapak.

2. Banyak masa dihabiskan untuk perbincangan teknikal bagi menyelesaikan isu-isu ditapak.

What are the key lessons?

1. Pegawai tapak hendaklah memahami lukisan

pembinaan.

2. Sebarang perubahan kerja ditapak yang berbeza dari lukisan pembinaan hendaklah ditangani lebih awal.

3. Penyelarasan dengan pihak pelanggan mengenai pihak yang akan menyelenggara system bekalan air dimana :-

Keputusan perlu dibuat diperingkat awal

Pegawai ditapak perlu mempunyai kompetensi dalam bidang berkaitan bagi memantau dan menyelaras kerja-kerja di tapak bina.

LAMPIRAN F : AAR 4 - Peringkat Penyiapan dan Penyerahan

HANDING OVER AND MAKING GOOD DEFECT

ISU 1 : PENYERAHAN PROJEK MENGIKUT TEMPOH MASA YANG

DITETAPKAN

After Action Review

What was supposed to happen?

- Penyerahan projek kepada pelanggan mengikut

tempoh masa yang telah ditetapkan

What actually happened? Why did it happen?

- Kelewatan penyerahan projek kepada pelanggan

- Kelewatan dalam pemilikan tapak projek dan terdapat beberapa penghuni yang enggan keluar dari tapak projek

- Masalah teknikal dan perubahan kerja di tapak bina - Kekeliruan arahan dan kehendak dari pihak

berkuasa tempatan - Kekurangan kakitangan di tapak bina serta

pertukaran kakitangan yang mengendalikan projek - Masalah kontraktor yang tidak mengikut CPM

seperti yang dirancang

What are the consequences

- Lanjutan masa sebanyak enam (6) kali

What are the key lessons?

- Mengenal pasti dan memahami masalah di

peringkat perancangan, rekabentuk dan pembinaan - Membuat penyelarasan berkenaan kehendak –

kehendak Pihak Berkuasa Tempatan yang terlibat dengan lebih awal

- Perlu menyediakan pasukan projek yang mencukupi dan mahir di tapak projek

- Kontraktor perlu mengikut CPM yang telah dirancang bagi memastikan kelancaran kerja di tapak bina

-

HANDING OVER AND MAKING GOOD DEFECT

ISU 2: PENYERAHAN PROJEK DENGAN KUALITI PEMBINAAN YANG BAIK

After Action Review

What was supposed to happen?

- Penyerahan projek kepada pelanggan dengan

kualiti pembinaan yang baik

What actually happened? Why did it happen?

- Kualiti pembinaan kurang memuaskan

- Lantikkan kontraktor yang kurang berpengalaman dan pembinaan di kawasan cerun

- Masalah kontraktor yang tidak mengikut CPM seperti yang dirancang

- Kotmitmen kontraktor yang kurang terhadap kerja di tapak

- Tempoh masa projek yang terlalu singkat

What are the consequences

- Sebahagian pembinaan didapati kualiti tidak memuaskan

What are the key lessons?

- Perlu melantik kontraktor yang berpengalaman dan

mahir dalam kerja-kerja di kawasan cerun - Kontraktor perlu mengikut CPM yang telah

dirancang bagi memastikan kelancaran kerja di tapak bina

- Perlu mengkaji dan memilih kontraktor yang berwibawa dan mempunyai kotmitmen yang tinggi

- Membuat perancangan tempoh kerja bagi sesuatu projek yang lebih rasional dan terpinci mengikut keadaan projek diperingkat awal.