perkara - treasury.gov.my · dalam cara bekerja yang diamalkan; mengenalpasti dan memperkenalkan...
TRANSCRIPT
PERKARA MUKA
SURAT
1. Tujuan Garis Panduan 1
2. Anugerah Inovasi Pengurusan Kewangan (AIPK) 1
2.1 Pengenalan 1
2.2 Definisi Inovasi 1
2.3 Objektif Anugerah 2
2.4 Hadiah Penerima AIPK 3
2.5 Syarat Kelayakan Penyertaan 3
2.6 Proses Pemilihan Penerima AIPK 4
2.7 Kriteria Penilaian 5
2.8 Tatacara Permohonan 6
Lampiran A Borang Permohonan
Anugerah Inovasi Pengurusan Kewangan (AIPK) 9
Lampiran B Format Laporan
Anugerah Inovasi Pengurusan Kewangan (AIPK) 13
Lampiran C Kriteria Penilaian
Anugerah Inovasi Pengurusan Kewangan (AIPK) 21
Lampiran D Senarai Semak Bagi Permohonan
Anugerah Inovasi Pengurusan Kewangan (AIPK) 27
1.
Garis panduan ini bertujuan untuk membantu agensi kerajaan
mengemukakan permohonan untuk menyertai Anugerah Inovasi
Pengurusan Kewangan (AIPK) dengan berpandukan syarat
kelayakan, tatacara permohonan, format laporan permohonan, proses
dan kriteria-kriteria penilaian AIPK.
TUJUAN GARIS PANDUAN
2. ANUGERAH INOVASI PENGURUSAN KEWANGAN
Anugerah Inovasi Sektor Awam (AISA) diadakan bertujuan untuk
memberi pengiktirafan terhadap inovasi yang dihasilkan oleh
agensi kerajaan. Bagi membudayakan inovasi dalam sektor awam
terutamanya dalam aspek pengurusan kewangan, Kementerian
Kewangan telah dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan
Anugerah Inovasi Pengurusan Kewangan (AIPK) untuk
memberi pengiktirafan kepada agensi kerajaan yang telah
menghasilkan inovasi dalam pengurusan kewangan.
2.1 Pengenalan
Inovasi adalah hasil cetusan idea-idea yang kreatif dan
inovatif dalam mana-mana aspek kerja yang dapat
meningkatkan kualiti dan produktiviti organisasi. Pelaksanaan
idea-idea ini akhirnya dapat meningkatkan kecekapan dan
keberkesanan sistem penyampaian perkhidmatan serta memberi
faedah kepada pelanggan. Idea-idea ini boleh merangkumi
apa-apa perubahan dalam bentuk sistem dan prosedur, kaedah
dan cara bekerja mahupun pengenalan teknologi.
Dalam konteks sektor awam, sesuatu inovasi itu seharusnya dapat
memberi manfaat yang nyata kepada rakyat atau nilai awam
(public value) dan memberi nilai tambah kepada keadaan sedia
ada.
2.2 Definisi Inovasi
1
Anugerah Inovasi Pengurusan Kewangan
GARIS PANDUAN PERMOHONAN
Inovasi dalam pengurusan kewangan merangkumi
bidang-bidang seperti berikut :
i. pengurusan belanjawan;
ii. pengurusan perbelanjaan;
iii. pengurusan perolehan;
iv. pengurusan hasil;
v. pengurusan aset dan stor;
vi. pengurusan kumpulan wang amanah / akaun amanah; dan
vii. pengurusan proses-proses lain yang berkaitan dengan
pengurusan kewangan seperti kawalan dalaman, pengauditan
dalam serta pengurusan risiko.
Anugerah ini diwujudkan dengan tujuan :
Mewujudkan piawaian dan penandaarasan melalui kriteria
anugerah bagi melaksanakan sistem pengurusan kewangan
yang unggul secara berinovasi di Sektor Awam;
Memberikan pengiktirafan secara formal kepada agensi
kerajaan yang telah menunjukkan hasil inovasi dalam
pengurusan kewangan;
Menggalakkan perkongsian pintar amalan-amalan terbaik
yang menghasilkan inovasi dalam pengurusan kewangan
antara agensi kerajaan;
Memupuk dan menyemarakkan budaya kreatif dan inovatif
dalam cara bekerja yang diamalkan;
Mengenalpasti dan memperkenalkan hasil-hasil inovasi
yang boleh dicontohi untuk faedah agensi lain; dan
Menyumbang kepada peningkatan kualiti penyampaian
perkhidmatan kepada pelanggan.
2.3 Objektif Anugerah
a.
b.
c.
d.
e.
f.
2
Anugerah Inovasi Pengurusan Kewangan
GARIS PANDUAN PERMOHONAN
2.4 Hadiah Penerima AIPK
Syarat kelayakan bagi menyertai AIPK adalah seperti berikut :
Semua Kementerian, Kerajaan Negeri, Jabatan dan
Badan Berkanun (Persekutuan dan Negeri) serta Pihak
Berkuasa Tempatan layak memohon dan dipertimbangkan
sebagai pemenang AIPK;
Inovasi hendaklah diterajui atau dihasilkan oleh agensi
kerajaan sendiri;
Agensi yang telah memenangi Anugerah Inovasi
Teknologi Maklumat dan Komunikasi (AIICT) bagi sistem
aplikasi pengurusan kewangan tidak layak untuk menyertai
Anugerah Inovasi Pengurusan Kewangan (AIPK).
Kerajaan Negeri, Badan Berkanun dan Pihak Berkuasa
Tempatan yang ingin menyertai anugerah ini hendaklah
mempunyai Sijil Tanpa Teguran daripada Jabatan Audit
Negara bagi Penyata Kewangan selama tiga (3) tahun
berturut-turut;
2.5 Syarat Kelayakan Penyertaan
Penyertaan
Kedudukan
Hadiah
• Kementerian
• Kerajaan
Negeri
• Jabatan
• Badan
Berkanun
(Persekutuan
dan Negeri)
• Pihak Berkuasa
Tempatan
Pertama
Wang Tunai
RM150,000.00
dan Sijil
Kedua
Wang Tunai
RM100,000.00
dan Sijil
Ketiga
Wang Tunai
RM50,000.00
dan Sijil
a.
b.
c.
d.
3
Anugerah Inovasi Pengurusan Kewangan
GARIS PANDUAN PERMOHONAN
Agensi hendaklah mendapat penarafan sekurang-
kurangnya 3 bintang dalam Indeks Akauntabiliti (AI)
yang dijalankan oleh Jabatan Audit Negara. Bagi Agensi
yang masih belum mempunyai penarafan dalam hal ini,
penyertaan mereka akan diputuskan berdasarkan kepada
ulasan Prestasi dari Jabatan Audit Negara;
Inovasi daripada hasil penyelidikan dan pembangunan atau
R&D yang tidak menghasilkan peningkatan kualiti dan
produktiviti dalam pengurusan kewangan sesuatu
organisasi tidak layak menyertai AIPK;
Inovasi yang dihasilkan hendaklah tidak melebihi tiga
tahun dari tarikh ianya diperkenalkan (mulai tahun 2015);
Borang penyertaan dalam AIPK hendaklah ditandatangani
oleh Ketua Agensi; dan
Agensi hendaklah memberi kerjasama kepada Panel
Penilai sepanjang tempoh penilaian dan bersedia untuk
berkongsi idea inovasi dengan agensi lain sekiranya dipilih
sebagai pemenang.
Proses pemilihan penerima AIPK adalah seperti berikut :
Tapisan oleh pihak urus setia bagi memastikan agensi
memenuhi syarat kelayakan penyertaan;
Memperolehi ulasan dan perakuan dari Jabatan
Perkhidmatan Awam (JPA), Suruhanjaya Pencegahan
Rasuah Malaysia (SPRM), Jabatan Audit Negara (JAN), Unit
Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan
Malaysia (MAMPU) serta Biro Pengaduan Awam (BPA) ke
atas prestasi agensi-agensi yang menyertai AIPK dari segi
tadbir urus umum agensi;
2.6 Proses Pemilihan Penerima AIPK
e.
f.
g.
h.
i.
a.
b.
4
Anugerah Inovasi Pengurusan Kewangan
GARIS PANDUAN PERMOHONAN
Kriteria penilaian dan nisbah pembahagian markah bagi AIPK
adalah seperti berikut :
2.7 Kriteria Penilaian
Penilaian laporan Agensi oleh Panel Penilai yang dilantik
oleh Ketua Setiausaha Perbendaharaan bagi senarai pendek
di peringkat tapisan pertama;
Agensi yang tidak tersenarai pendek di peringkat tapisan
pertama dimaklumkan;
Penilaian dan senarai pendek di peringkat kedua oleh Panel
Penilai AIPK berdasarkan Sesi Pembentangan oleh Agensi
yang telah disenarai pendek di peringkat tapisan pertama;
Agensi yang tidak tersenarai pendek di peringkat tapisan
kedua dimaklumkan;
Penilaian oleh Panel Penilai melalui lawatan ke Agensi yang
telah disenarai pendek di peringkat tapisan kedua;
Perakuan penerima AIPK oleh Panel Penilai kepada
Mesyuarat Panel Merakyatkan Perkhidmatan Awam yang
dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Negara; dan
Pengumuman penerima AIPK dalam Majlis Anugerah
Inovasi Sektor Awam.
Bil. Kriteria Penilaian Peratusan
(%)
1. Pembudayaan inovasi (Innovation culture) 20
2. Tahap penambahbaikan (Value-add) 30
3. Impak inovasi kepada agensi, stakeholder
dan nasional 30
4. Ciri-ciri kelebihan inovasi 20
JUMLAH 100
c.
d.
e.
f.
g.
h.
i.
5
Anugerah Inovasi Pengurusan Kewangan
GARIS PANDUAN PERMOHONAN
Agensi yang ingin menyertai AIPK perlu menyempurnakan
tindakan-tindakan berikut :-
Melengkapkan borang permohonan menyertai AIPK
seperti di Lampiran A dengan ditandatangani oleh Ketua
Agensi;
Menyediakan enam (6) salinan Laporan AIPK bersama
softcopy dalam bentuk PDF berdasarkan format di
Lampiran B yang mengandungi penerangan dan bukti
pencapaian di bawah empat (4) kriteria penilaian seperti di
Lampiran C;
Mengisi senarai semak permohonan AIPK seperti di
Lampiran D; dan
Mengemukakan borang permohonan AIPK bersama
Laporan AIPK sebelum atau pada tarikh tutup seperti yang
dinyatakan di dalam surat pelawaan kepada :-
Ketua Setiausaha Perbendaharaan
Kementerian Kewangan Malaysia
Bahagian Strategi Korporat dan Komunikasi
Aras 6, Blok Selatan
Kompleks Kementerian Kewangan
No. 5, Persiaran Perdana
Presint 2
62592 PUTRAJAYA (u.p.: Urus Setia Anugerah Inovasi Pengurusan Kewangan)
2.8 Tatacara Permohonan
a.
b.
c.
d.
No. Tel : En. Hairul bin Abdul Hamid (03-8882 4617)
Pn. Kanmani Tangavello (03-8882 9042)
Pn. Nor Azrah binti Abd Rasid (03-8882 4738)
No. Faks : 03-8882 3872
E-mel : [email protected]
6
Anugerah Inovasi Pengurusan Kewangan
GARIS PANDUAN PERMOHONAN
BORANG PERMOHONAN
ANUGERAH INOVASI
PENGURUSAN KEWANGAN
(AIPK)
BORANG PERMOHONAN
ANUGERAH INOVASI PENGURUSAN KEWANGAN TAHUN 2017
Kategori: Sila tandakan (√) dalam kotak yang berkaitan
1. Maklumat inovasi
Nama inovasi :
Tarikh pelaksanaan inovasi :
Peneraju inovasi :
2. Maklumat agensi
Nama :
Alamat :
Laman web :
3. Nama pegawai yang boleh dihubungi
Nama :
Jawatan :
No. tel. pejabat : No. tel. bimbit :
E-mel : No. faks :
Tandatangan Ketua Agensi
Nama :
Tarikh :
s.k. : Ketua Setiausaha / Setiausaha Kerajaan Negeri
*Nota: Sila potong mana yang tidak berkenaan
LAMPIRAN A :
Badan Berkanun (Persekutuan / Negeri)*
Kementerian
Jabatan (Persekutuan / Negeri)*
Kerajaan Negeri
9
Pihak Berkuasa Tempatan
Anugerah Inovasi Pengurusan Kewangan
GARIS PANDUAN PERMOHONAN
FORMAT LAPORAN
ANUGERAH INOVASI
PENGURUSAN KEWANGAN
(AIPK)
BAB 1 : RINGKASAN EKSEKUTIF
Format laporan penilaian anugerah ini adalah merupakan satu garis
panduan yang umum. Agensi perlu memberi maklumat mengenai
setiap kriteria penilaian sebanyak mana yang mungkin seperti di
Lampiran C. Format ini disediakan sebagai rangka laporan dan
sebarang maklumat lain boleh ditambah mengikut keperluan Agensi.
1.1 Ringkasan eksekutif bagi produk inovasi AIPK
BAB 2 : LATAR BELAKANG AGENSI
2.1 Latar belakang agensi yang bertanding
• Profil ringkas (pengenalan agensi)
• Objektif
• Misi dan visi
• Ringkasan bilangan dan kategori perjawatan
• Carta organisasi
• Piagam pelanggan agensi
• Slogan atau moto agensi
13
LAMPIRAN B : FORMAT LAPORAN
BAB 3 : PEMBUDAYAAN INOVASI (INNOVATION CULTURE)
3.1 Dasar penerapan budaya inovasi dan pelaksanaan inovasi
• Penubuhan Jawatankuasa Induk Inovasi
• Penubuhan Jawatankuasa Inovasi di semua peringkat agensi
• Mewajibkan cadangan alternatif berasaskan inovasi dalam
semua kertas perakuan
• Penerbitan laporan berkala dan tahunan mengenai pencapaian
hasil inovasi
• Penyertaan pegawai-pegawai dalam program latihan berkaitan
inovasi
• Meraikan inovasi - Sambutan Hari / Minggu / Bulan Inovasi dll
Anugerah Inovasi Pengurusan Kewangan
GARIS PANDUAN PERMOHONAN
3.2 Komitmen Pengurusan Atasan untuk membudayakan
inovasi dalam agensi
• Perancangan membudayakan inovasi dalam pengurusan
kewangan
• Pewujudan suasana kerja yang menggalakkan idea
berinovatif
• Program change management ke arah membudayakan
inovasi di agensi
• Pewujudan insentif untuk hasil inovasi
• Pelaksanaan program value for money seperti value
reengineering / cost validation
3.3 Penyediaan peruntukan untuk menggalakkan pemikiran dan
penghasilan produk / perkhidmatan yang berinovatif
• Sumber-sumber yang disediakan oleh agensi untuk
menggalakkan penghasilan inovasi dalam bidang pengurusan
kewangan.
14
BAB 4 : HURAIAN DAN BUTIR-BUTIR INOVASI PRODUK /
PERKHIDMATAN YANG TELAH DIHASILKAN
4.1 Penerangan mengenai inovasi
• Tajuk inovasi
• Tujuan dilaksanakan
• Tarikh pelaksanaan inovasi
• Peneraju inovasi
• Huraian secara terperinci mengenai ciri-ciri inovasi
• Penerangan-penerangan lain seperti :
• butir-butir mengenai perubahan yang telah dicapai
• bagaimana inovasi dilaksanakan
Anugerah Inovasi Pengurusan Kewangan
GARIS PANDUAN PERMOHONAN
BAB 5 : PENAMBAHBAIKAN (VALUE-ADD)
5.1 Penjimatan kos
• Peratus penjimatan perbelanjaan dari inovasi yang telah
dilaksanakan
• Penjimatan sumber manusia
• Penjimatan kos peralatan
• Nisbah faedah berbanding dengan kos inovasi (cost benefit
ratio)
5.2 Peningkatan dalam hasil agensi
• Peningkatan hasil bagi keseluruhan agensi daripada inovasi
yang dilaksanakan
5.3 Penjimatan dalam masa
• Penyingkatan proses kerja / pusingan kerja
5.4 Keberkesanan kos
• Peningkatan produktiviti hasil kerja agensi dengan kos yang
sama atau lebih rendah
15
BAB 6 : CIRI-CIRI KELEBIHAN INOVASI
6.1 Tahap penglibatan agensi
• Peringkat pencapaian inovasi - unit, bahagian atau seluruh
agensi
• Kerjasama melalui collaboration strategy dengan agensi lain
6.2 Pengiktirafan oleh pihak luar
• Memperolehi pengiktirafan daripada pihak luar dan mendapat sijil
/ surat penghargaan bagi penghasilan inovasi
6.3 Kesesuaian untuk pelaksanaan di agensi lain (replicability)
• Boleh digunapakai oleh agensi-agensi dan pihak lain secara
terus atau dengan diubahsuai mengikut keperluan
Anugerah Inovasi Pengurusan Kewangan
GARIS PANDUAN PERMOHONAN
6.4 Keaslian idea (kreativiti)
• Inovasi yang diperkenalkan hendaklah bercorak kreatif sama
ada yang baru atau yang telah diubahsuai
• Inovasi yang dibangunkan adalah secara ‘in-house’ atau
menggunakan khidmat luar
BAB 7 : IMPAK INOVASI KEPADA AGENSI, STAKEHOLDER DAN
NASIONAL
7.1 Peningkatan tahap kepuasan stakeholder
• Pengurangan dalam bilangan aduan stakeholder
• Hasil kajian maklum balas stakeholder yang positif
7.2 Peningkatan faedah kepada stakeholder
• Sistem penyampaian lebih cekap, cepat, mudah dan mesra
pengguna
• Sistem komunikasi yang lebih berkesan
7.3 Memenuhi ekspektasi stakeholder dengan lebih efektif
• Keperluan stakeholder dalaman dan luaran boleh dipenuhi
dengan lebih responsif, efektif dan efisien
7.4 Peningkatan faedah kepada agensi
• Peningkatan tahap kepuasan dan motivasi bekerja stakeholder
dalaman
• Peningkatan produktiviti stakeholder dalaman
7.5 Tahap signifikan dari segi mencapai teras misi nasional
• Meningkatkan nilai ditambah dalam ekonomi negara
• Meningkatkan keupayaan pengetahuan, kreativiti dan inovasi
negara serta memupuk “minda kelas pertama”
• Menangani masalah ketidaksamaan sosioekonomi yang
berterusan secara membina dan produktif
• Meningkatkan tahap dan kemampanan kualiti hidup
• Mengukuhkan keupayaan institusi dan pelaksanaan negara
16
Anugerah Inovasi Pengurusan Kewangan
GARIS PANDUAN PERMOHONAN
BAB 8 : RUMUSAN
8.1 Ringkasan mengenai kelebihan inovasi, penerapan dasar
penjimatan dari aspek kewangan secara keseluruhan dan
hujah-hujah mengapa agensi berkenaan wajar dipertimbangkan
untuk memenangi AIPK.
17
Anugerah Inovasi Pengurusan Kewangan
GARIS PANDUAN PERMOHONAN
KRITERIA PENILAIAN
ANUGERAH INOVASI
PENGURUSAN KEWANGAN
(AIPK)
LAMPIRAN C : KRITERIA PENILAIAN
BIL KRITERIA CIRI-CIRI
1.
PERTAMA :
Pembudayaan
inovasi
(Innovation
culture)
(dasar, komitmen
dan sokongan pihak
pengurusan terhadap
pembudayaan
inovasi dalam
agensi)
(20%)
1.1 Dasar penerapan budaya inovasi dan pelaksanaan
inovasi
a. Penubuhan Jawatankuasa Induk Inovasi
b. Penubuhan Jawatankuasa Inovasi di semua
peringkat Agensi
c. Mewajibkan cadangan alternatif berasaskan
inovasi dalam semua kertas perakuan
d. Penerbitan laporan berkala dan tahunan
mengenai pencapaian hasil inovasi
e. Penyertaan pegawai-pegawai dalam program
latihan berkaitan inovasi
f. Meraikan inovasi – Sambutan Hari / Minggu /
Bulan Inovasi dll.
1.2 Komitmen pengurusan atasan untuk
membudayakan inovasi dalam agensi
a. Perancangan membudayakan inovasi dalam
pengurusan kewangan
b. Pewujudan suasana kerja yang menggalakkan
idea berinovatif
c. Program change management ke arah
membudayakan inovasi di Agensi
d. Pewujudan insentif untuk menghasilkan inovasi
e. Pelaksanaan program value for money seperti
value re-engineering / cost validation
1.3 Penyediaan belanjawan untuk menggalakkan
pemikiran dan penghasilan / produk yang
berinovatif
a. Sumber-sumber yang disediakan oleh agensi
untuk menggalakkan penghasilan Inovasi
dalam bidang pengurusan kewangan
21
Anugerah Inovasi Pengurusan Kewangan
GARIS PANDUAN PERMOHONAN
BIL KRITERIA CIRI-CIRI
2.
KEDUA:
Tahap
penambahbaikan
(Value-add)
(tahap pencapaian
penambahbaikan
dari segi value for
money dan
produktiviti dalam
penyampaian
perkhidmatan)
(30%)
2.1 Penjimatan kos
a. Peratus penjimatan perbelanjaan dari inovasi
yang telah dilaksanakan
b. Penjimatan kos sumber manusia
c. Penjimatan kos peralatan
d. Nisbah faedah berbanding dengan kos inovasi
(cost benefit ratio)
2.2 Peningkatan dalam hasil agensi
a. Peningkatan hasil bagi keseluruhan agensi
daripada inovasi yang dilaksanakan
2.3 Penjimatan dalam masa
a. Penyingkatan proses kerja / pusingan kerja
2.4 Keberkesanan kos
a. Peningkatan produktiviti hasil kerja agensi
dengan kos yang sama atau lebih rendah
22
Anugerah Inovasi Pengurusan Kewangan
GARIS PANDUAN PERMOHONAN
BIL KRITERIA CIRI-CIRI
3.
KETIGA :
Impak inovasi
kepada agensi,
stakeholder dan
nasional
(kesan positif
inovasi dari segi
memenuhi
keperluan dan
ekspektasi
stakeholder serta
manfaat kepada
agensi)
(30%)
3.1 Peningkatan tahap kepuasan stakeholder
a. Pengurangan dalam bilangan aduan stakeholder
b. Hasil kajian maklum balas stakeholder yang positif
3.2 Peningkatan faedah kepada stakeholder
a. Sistem penyampaian yang lebih cekap, cepat,
mudah dan mesra pengguna
b. Sistem komunikasi yang lebih berkesan
3.3 Memenuhi ekspektasi stakeholder dengan lebih efektif
a. Keperluan stakeholder dalaman dan luaran boleh
dipenuhi dengan lebih responsif, efektif dan efisien
3.4 Peningkatan faedah kepada agensi
a. Peningkatan tahap kepuasan dan motivasi bekerja
stakeholder dalaman
b. Peningkatan produktiviti stakeholder dalaman
3.5 Tahap signifikan dari segi memenuhi misi nasional
a. Meningkatkan nilai ditambah dalam ekonomi
negara; atau
b. Meningkatkan keupayaan pengetahuan, kreativiti
dan inovasi negara serta memupuk “minda kelas
pertama”; atau
c. Menangani masalah ketidaksamaan sosioekonomi
yang berterusan secara membina dan produktif;
atau
d. Meningkatkan tahap dan kemampanan kualiti hidup;
atau
e. Mengukuhkan keupayaan institusi dan pelaksanaan
negara.
23
Anugerah Inovasi Pengurusan Kewangan
GARIS PANDUAN PERMOHONAN
BIL KRITERIA CIRI-CIRI
4.
KEEMPAT:
Ciri-ciri kelebihan
inovasi
(ciri-ciri kelebihan
dan aspek-aspek
keistimewaan
inovasi yang telah
dihasilkan)
(20%)
4.1 Tahap penglibatan agensi
a. Peringkat pencapaian inovasi - unit, bahagian atau
seluruh agensi
b. Kerjasama melalui collaboration strategy dengan
agensi lain
4.2 Pengiktirafan oleh pihak luar
a. Memperolehi pengiktirafan daripada pihak luar dan
mendapat sijil / surat penghargaan bagi penghasilan
inovasi
4.3 Kesesuaian untuk pelaksanaan di agensi lain
(replicability)
a. Boleh digunapakai oleh agensi-agensi dan pihak lain
secara terus atau dengan diubahsuai mengikut
keperluan
4.4 Keaslian idea (kreativiti)
a. Inovasi yang telah diperkenalkan hendaklah bercorak
kreatif sama ada yang baru atau telah diubahsuaikan
b. Inovasi yang dibangunkan adalah secara ‘in-house’
atau menggunakan khidmat luar
24
Anugerah Inovasi Pengurusan Kewangan
GARIS PANDUAN PERMOHONAN
SENARAI SEMAK
BAGI PERMOHONAN
ANUGERAH INOVASI
PENGURUSAN KEWANGAN
(AIPK)
S
LAMPIRAN D : SENARAI SEMAK
SENARAI SEMAK BAGI PERMOHONAN
ANUGERAH INOVASI PENGURUSAN KEWANGAN (AIPK)
Menyertakan borang permohonan AIPK seperti di
Lampiran A yang telah ditandatangani oleh Ketua Agensi;
Menyertakan enam (6) salinan Laporan AIPK berdasarkan
format di Lampiran B dalam bentuk hardcopy;
Menyertakan salinan softcopy Laporan AIPK dalam
bentuk PDF;
Menghantar sesalinan Borang Permohonan dan
Laporan AIPK kepada Ketua Setiausaha / Setiausaha
Kerajaan Negeri yang berkenaan; dan
Melampirkan sesalinan Sijil Tanpa Teguran bagi
Penyata Kewangan oleh Jabatan Audit Negara untuk
tiga (3) tahun berturut-turut dalam Laporan AIPK bagi
Kerajaan Negeri, Badan Berkanun dan Pihak
Berkuasa Tempatan.
Saya dengan ini mengesahkan bahawa perkara-perkara tersebut telah
dipatuhi dalam mengemukakan borang permohonan AIPK
( Sila tandakan √ )
Tarikh Tandatangan
Nama :
Jawatan :
Cop Jabatan :
27
Anugerah Inovasi Pengurusan Kewangan
GARIS PANDUAN PERMOHONAN
Urus Setia Anugerah Inovasi Pengurusan Kewangan (AIPK)
Kementerian Kewangan Malaysia
Bahagian Strategi Korporat dan Komunikasi
Aras 6, Blok Selatan
Kompleks Kementerian Kewangan
No. 5, Persiaran Perdana
Presint 2
62592 PUTRAJAYA
No. Tel : 03 – 8882 4617 / 9042 / 4738
No. Faks : 03 – 8882 3872
E-Mel : [email protected]