projek keceriaan tangga sekolah

Upload: tt8181

Post on 18-Oct-2015

198 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

projek

TRANSCRIPT

PROJEK KECERIAAN TANGGA SEKOLAH

Nama Projek

Mengecat dan Mural Sudut Panitia-Panitia ( Tangga-Tanga Sekolah )

Pengenalan

Persekitaran sekolah yang ceria dan bersih member keselesaan dan menggambarkan kecintaan serta kerjasama yang tinggi di kalangan warga sekolah. Keceriaan dan kebersihan kawasan sekolah adalah penting bagi meningkatkan mutu pendidikan kerana mempunyai iklim sekolah yang ceria, tenang dan selesa kea rah tercapainya Visi dan Misi sekolah.

Rasional

Suasana dan persekitaran sekolah yang bersih, ceria, tenteram amat perlu bagi meningkatkan keselesaan pelajar bagi melahirkan insane yang seimbang dari segi emosi, rohani dan intelek.

Matlamat

Bagi mewujudkan sebuah sekolah yang mempunyai persekitaran yang bersih, ceria, cantik dan mempunyai kemudahan yang mencukupi untuk pelajar iaitu selaras Visi sekolah bagi mencapai kegemilangan akademik, kokurikulum dan sahsiah warganya yang berteraskan ilmu, iman dan amal.

Objektif

1. Mewujudkan kawasan sekolah yang lebih ceria dan harmonis.2. Meningkatkan kesedaran tentang pentingnya pelbagai kemudahan di kawasan sekolah.3. Memupuk sikap bertanggungjawab terhadap sekolah.4. Menambah input kepada murid terhadap pengetahuan Bahasa Melayu, Inggeris, Matematik, Sains dan Panitia Pendidikan Islam.5. Menjadikan kawasan sekolah selesa dan mendorong pembelajaran di kalangan pelajar.

Sasaran

Tangga-Tangga SekolahPengkhususan

1. Bahasa melayu- Sudut Tangga Blok A2. Basa Inggeris- Sudut Tangga Blok B3. Sains- Sudut Tangga Blok C4. Pendidikan Islam- Sudut Tangga Blok D5. Matematik- Sudut Tangga Blok E

Bahan-Bahan ( Material )

1. Cat Simen 5 Liter ( Merah )- 7 tin2. Cat Simen 5 Liter ( Biru )- 7 tin3. Cat Simen 5 Liter ( Hijau )- 7 tin4. Cat Simen 5 Liter ( Putih )- 5 tin5. Cat Simen 5 Liter ( Kuning )- 7 tin

Sumber Kewangan

Peruntukan Jabatan Pelajaran Negeri Perlis = RM 3000.00

Perbelanjaan

BilPerkaraKuantitiHarga SeunitJumlah

1Cat Simen 5 liter33 tinRM 85.00RM 2805.00

2Roller Cat12 unitRM 9.00RM 108.00

3Berus Cat15 unitRM 5.80RM 87.00

JUMLAHRM 3000.00

Penutup

Semoga projek ini dapat menarik minat dan member input yang terbaik kepada semua murid dan warga S.K. Arau serta mendapat manfaat kepada semua pihak. Sokongan dan pandangan dari semua pihak amat diharapkan dalam member penambahbaikan terhadap projek ini.

Sekian, terima kasih

Disediakan oleh:Disahkah oleh:

En. Roswira B. Ramli Hj. Adanan B. Long,PJKb/p Setiausaha Jawatankuasa Keceriaan Sekolah,Guru BesarSekolah Kebangsaan Arau,Sekolah Kebangsaan Arau,