tangga lite

9
STRATEGI TANGGA LITE Dr.Norida Berhan Pn.Mahani binti Ismail IPG Kampus Perempuan Melayu Melaka 1.0 TAJUK INOVASI STRATEGI TANGGA LITE merupakan inovasi dalam bidang Penyelidikan. TANGGA LITE membawa maksud : T - Tajuk/Tema/Topik/Tujuan. A - Author/Autoriti. N - New. G - Goal. G - General to spesific/Gather. A - APA. LITE – Literatur 1.1 Pengenalan Kenapa perlu bersusah payah membuat sorotan literatur? Sorotan literatur bertujuan untuk menjelaskan tentang kajian yang akan dijalankan berdasarkan maklumat dan pengetahuan yang tepat tentang hubung kait isu yang hendak dikaji. The review of the literature involves the systematic, identification, location, and analysis of documents containing information related to the research problem. (Gray, Mills & Airasian, 2006)

Upload: zaimee05

Post on 25-Dec-2015

253 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

Kaedah Mudah untuk Mengkelaskan Bahan Bacaan

TRANSCRIPT

Page 1: Tangga Lite

STRATEGI TANGGA LITE

Dr.Norida BerhanPn.Mahani binti Ismail

IPG Kampus Perempuan Melayu Melaka

1.0 TAJUK INOVASI

STRATEGI TANGGA LITE merupakan inovasi dalam bidang Penyelidikan.

TANGGA LITE membawa maksud :

T - Tajuk/Tema/Topik/Tujuan.

A - Author/Autoriti.

N - New.

G - Goal.

G - General to spesific/Gather.

A - APA.

LITE – Literatur

1.1 Pengenalan

Kenapa perlu bersusah payah membuat sorotan literatur? Sorotan literatur

bertujuan untuk menjelaskan tentang kajian yang akan dijalankan

berdasarkan maklumat dan pengetahuan yang tepat tentang hubung kait isu

yang hendak dikaji.

The review of the literature involves the systematic, identification, location,

and analysis of documents containing information related to the research

problem. (Gray, Mills & Airasian, 2006)

Berdasarkan kepentingan perkara di atas, maka penting fokus diberikan

terhadap usaha menulis sorotan literatur. Strategi TANGGA LITE ini juga

dilaksanakan setelah keberkesanan inovasi MYSORLIT digunapakai dalam

pelaksanaan sesebuah kajian.

1.2 Objektif Inovasi

Inovasi ini bertujuan untuk memperkenalkan TANGGA LITE bagi

meningkatkan kemahiran pelajar/pengkaji baharu dalam memulakan

penulisan sorotan litetatur tajuk kajian mereka. Penggunaan TANGGA LITE

ini dapat membantu pelajar/pengkaji menghasilkan catatan yang relevan,

Page 2: Tangga Lite

tepat, cepat dan sistematik. Proses ini dapat membantu pelajar/pengkaji

dalam menyempurnakan bahagian sorotan literatur kajian dalam

menghasilkan sesuatu kajian khususnya penyelidikan tindakan PISMP.

i. Membantu pengkaji meningkatkan kewibawaannya dalam disiplin ilmu

yang dikaji.

ii. Membantu meningkatkan keyakinan pengkaji dengan keupayaan diri.

iii. Membantu pengkaji bagaimana memulakan sorotan literatur.

Memantapkan lagi kemahiran mencari maklumat daripada pelbagai

sumber.

iv. Penggunaan pengkalan data membantu meningkatkan kemahiran

merancang dan menyusun bahan-bahan bacaan yang diperoleh

dengan lebih cekap dan efektif.

v. Menyediakan strategik melaksanakan penulisan sorotan literatur.

1.3 Tempoh Pelaksanaan

Februari 2014 hingga Julai 2014

1.4 Kumpulan Sasaran

Pelajar-pelajar IPGK PM yang mengikuti Kursus Penyelidikan Tindakan.

2.0 KEDUDUKAN SEBELUM INOVASI DILAKSANAKAN

Sebelum penggunaan TANGGA LITE pelajar-pelajar yang mengambil Kursus

Penyelidikan Tindakan sukar untuk memulakan penulisan sorotan literatur. Oleh

sebab itu, penulisan bahagian sorotan literature tidak mencapai piawai.

Berdasarkan kajian Tindakan bertajuk “Penggunaan TANGGA LITE dalam Kajian

Tindakan yang dijalankan beberapa masalah telah dikenal pasti. Antaranya ialah ;

i. pelajar kurang faham fokus utama sewaktu menulis sorotan literatur.

ii. tidak tahu mana-mana perkara penting dalam kajian orang lain seterusnya

tidak dapat mencatat perkara yang benar-benar penting.

3.0 MASALAH-MASALAH YANG DIHADAPI

Salah tanggapan terhadap Sorotan Literatur antaranya :

3.1 Aktiviti Sorotan Literatur macam kerja “salin/potong dan tampal”

Page 3: Tangga Lite

3.2 Aktiviti Sorotan literatur dibuat setelah permasalahan kajian dibentuk dan

obkjektif kajian digubal setelah data kajian dikumpul.

3.3 Menganggp aktiviti Sorotan Literatur mudah dan boleh dibuat tanpa

perancangan.

MASALAH: Jika kurang faham / kefahaman yang kurang mendalam

melakukan Tinjauan Literatur , boleh menjejaskan

- Fokus

- Dapatan

- Keputusan penyelidikan

4.0 INOVASI YANG TELAH DILAKSANAKAN

4.1 Langkah Pelaksanaan

TARIKH PELAKSANAAN

Februari Perbincangan antara NBE dan MHI

Merancang kertas cadangan inovasi

Mac Membuat rujukan dan mencari sorotan literatur

April-Mei Membina TANGGA LITE

Jun Memperkenalkan TANGGA LITE kepada pelajar

Julai Mengemaskini TANGGA LITE

Ogos Menyertai Pertandingan Inovasi 2014

Page 4: Tangga Lite

4.2 TANGGA LITE

i. Gambar rajah TANGGA LITE

ii. Penerangan terperinci STRATEGI TANGGA LITE

a. Tentukan

i] topik /tema. Mencari bahan yang berkaitan dengan topik dan

tema kajian. Hal ini penting untuk menunjukkan bahawa kita kenal

bidang pengetahuan kajian. Secara tidak langsung, menyakinkan

pembaca.

b. Apakah.

i] maklumat yang dikenal pasti

ii] kata kunci

iii] sumber untuk mendapatkan pengkalan data

Page 5: Tangga Lite

c. New. [Rujukan terkini]

Sorotan literatur yang terbaik ialah kajian yang dilaksanakan tidak

lebih daripada sepuluh tahun daripada tempoh kajian yang kita

laksanakan.

d. Goal

Tujuan kajian dibuat mesti jelas. Untuk itu pengkaji boleh membina

objektif umum dan objektif khusus. Objektif ini boleh disemak

sewaktu dapatan dianalisis.

e. General spesifik

Dalam menulis sorotan literature boleh menulis dari general

kepada spesifik.

- Menjelaskan latar belakang berkaitan dasar-daar Negara,

PPPM ataupun falafah pendidikan Negara.

- Membuat perbandingan

- Menilai

- Menganalisis

f. APA (American Psychological Association)

Menggunakan rujukan system APA dalam sorotan lIteratur apabila

menulis rujukan atau petikan daaripada bab dalam buku, artikel

daripada jurnal, kertas kerja dan lain-lain lagi. Perkara penting

yang mengikut APA adalah seperti berikut;

i. Cara penulisan bibliografi

ii. Cara membuat petikan

5.0 FAEDAH-FAEDAH DARI INOVASI YANG TELAH / AKAN DIPERKENALKAN

i. Meningkatkan kewibawaannya dalam disiplin ilmu yang dikaji.

ii. Meningkatkan keyakinan pengkaji dengan keupayaan diri.

iii. Memantapkan kemahiran mencari maklumat daripada pelbagai

sumber.

Page 6: Tangga Lite

iv. Meningkatkan kemahiran merancang dan menyusun bahan-bahan

bacaan yang diperoleh dengan lebih cekap dan efektif.

v. Menyediakan strategik melaksanakan penulisan sorotan literatur

yang lebih sistematk.

6.0 Rumusan

Strategi Tangga Lite yang diperkenalkan ……….