program we care 2014

3
PROGRAM WE CARE 2014 UNIT HAL EHWAL MURID SMK SERI KOTA PALOH 1.0 PENDAHULUAN TUGAS pendidik atau guru bukan setakat menyalurkan ilmu pengetahuan, tetapi merangkumi pendidikan akhlak kepada anak murid. Aspek membina sahsiah peribadi seharusnya diletakkan sebagai salah satu teras kepada usaha pendidikan. Anna Eleanor Roosevelt, warga Amerika Syarikat, seorang pejuang hak asasi manusia yang terkenal, pernah mengatakan bahawa “The giving of love is an education itself”. Beliau berpendapat bahawa tindakan memberi kasih sayang itu sudah merupakan satu bentuk pendidikan. Pandangan ini menunjukkan betapa pentingnya seorang pendidik untuk sentiasa menunjukkan sifat kasih sayang dan ini akan mencipta hasil yang signifikan ke atas muridnya 2.0 MATLAMAT Program ini diharap dapat secara terus membantu menangani permasalahan murid yang sentiasa tidak hadir ke sekolah melalui pendekatan yang lebih erat dengan pelajar dan sekaligus dapat menerapkan konsep kasih sayang di kalangan murid.

Upload: wex-azhan

Post on 16-Dec-2015

217 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

smk seri kota paloh

TRANSCRIPT

PROGRAM WE CARE 2014UNIT HAL EHWAL MURIDSMK SERI KOTA PALOH

1.0PENDAHULUANTUGAS pendidik atau guru bukan setakat menyalurkan ilmu pengetahuan, tetapi merangkumi pendidikan akhlak kepada anak murid. Aspek membina sahsiah peribadi seharusnya diletakkan sebagai salah satu teras kepada usaha pendidikan. Anna Eleanor Roosevelt, warga Amerika Syarikat, seorang pejuang hak asasi manusia yang terkenal, pernah mengatakan bahawa The giving of love is an education itself. Beliau berpendapat bahawa tindakan memberi kasih sayang itu sudah merupakan satu bentuk pendidikan. Pandangan ini menunjukkan betapa pentingnya seorang pendidik untuk sentiasa menunjukkan sifat kasih sayang dan ini akan mencipta hasil yang signifikan ke atas muridnya 2.0MATLAMATProgram ini diharap dapat secara terus membantu menangani permasalahan murid yang sentiasa tidak hadir ke sekolah melalui pendekatan yang lebih erat dengan pelajar dan sekaligus dapat menerapkan konsep kasih sayang di kalangan murid.

3.0 OBJEKTIF

3.1 Membantu merungkai permasalahan ketidakhadiran murid ke sekolah.

3.2 Memastikan murid tahu keutamaan mereka hadir ke sekolah.

3.3Menimbulkan rasa dihargai dan diterima dalam kalangan warga sekolah.

4.0 TARIKH PELAKSANAAN

April November 20145.0SASARAN

Murid-murid yang tidak hadir ke sekolah setiap hari.

6.0PENGISIAN PROGRAM

6.1Mengumpulkan murid yang tidak hadir semalam selepas perhimpunan

harian setiap hari.

6.2Mengenalpasti murid yang tidak hadir berkenyataan / bersurat yang sah.6.3Murid yang tidak hadir tanpa berkenyataan / surat yang sah akan diberi

Kaunseling secara terus oleh kaunselor pada hari tersebut

6.4Murid yang kehadirannya 100% setiap bulan akan diberikan hadiah penghargaan

6.5Kelas yang mempunyai kehadiran purata melebihi 95% akan diberikan hamper

7.0 AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA

7.1 Guru Bimbingan Dan Kaunseling SMK Seri Kota Paloh, Kluang

7.2 Guru Disiplin8.0PENUTUP

Adalah diharapkan program ini dapat membantu dan memberi kesedaran kepada murid-murid tentang pentingnya hadir ke sekolah setiap hari demi untuk masa hadapan. Diharapkan juga agar program ini dapat dilaksanakan tanpa ada sebarang halangan.

Disediakan oleh,

Disahkan oleh,

.