program taman kekal pengeluaran makanan

5
PROGRAM TAMAN KEKAL PENGELUARAN MAKANAN (TKPM) PENGENALAN Program Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) dicadangkan sebagai satu strategi di bawah Dasar Pertanian Negara Ketiga (DPN3) untuk menggalakkan pelaksanaan projek pertanian secara berskala besar, komersil dan berteknologi tinggi oleh usahawan termasuk sektor swasta. KONSEP PELAKSANAAN PEMBANGUNAN PROGRAM TKPM Konsep Pembangunan TKPM melibatkan kerjasama Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri dan pengusaha seperti berikut:- Kerajaan Negeri bersetuju menyediakan tanah dan digazetkan sebagai projek TKPM; Kerajaan Persekutuan menyediakan infrastruktur asas dan pengurusan di bawah landasan MOA Inc.; Usahawan dan syarikat swasta terlibat dalam pengeluaran tanaman makanan (melalui sewaan lot yang disediakan) MATLAMAT/OBJEKTIF PROGRAM TKPM Mewujudkan zon pengeluaran tanaman makanan kekal Membantu meningkatkan pengeluaran makanan negara yang mapan dan berkualiti Membangunkan dan meningkatkan penglibatan usahawan-usahawan dalam bidang pengeluaran tanaman makanan secara komersil Meningkatkan pendapatan bersih peserta kepada sekurang- kurangnya RM 3,000 sebulan Menggalakkan dan meningkatkan penglibatan sektor swasta dalam pengeluaran tanaman makanan SYARAT-SYARAT PENYERTAAN TKPM Peserta berpengalaman dan terlatih

Upload: amirul-amin-iv

Post on 30-Jan-2016

287 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Program Taman Kekal Pengeluaran Makanan

TRANSCRIPT

Page 1: Program Taman Kekal Pengeluaran Makanan

PROGRAM TAMAN KEKAL PENGELUARAN MAKANAN (TKPM) PENGENALAN

Program Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) dicadangkan sebagai satu strategi di bawah Dasar Pertanian Negara Ketiga (DPN3) untuk menggalakkan pelaksanaan projek pertanian secara berskala besar, komersil dan berteknologi tinggi oleh usahawan termasuk sektor swasta.

KONSEP PELAKSANAAN PEMBANGUNAN PROGRAM TKPM

Konsep Pembangunan TKPM melibatkan kerjasama Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri dan pengusaha seperti berikut:-

Kerajaan Negeri bersetuju menyediakan tanah dan digazetkan sebagai projek TKPM;Kerajaan Persekutuan menyediakan infrastruktur asas dan pengurusan di bawah landasan MOA Inc.;Usahawan dan syarikat swasta terlibat dalam pengeluaran tanaman makanan (melalui sewaan lot yang disediakan)

MATLAMAT/OBJEKTIF PROGRAM TKPM

Mewujudkan zon pengeluaran tanaman makanan kekalMembantu meningkatkan pengeluaran makanan negara yang mapan dan berkualitiMembangunkan dan meningkatkan penglibatan usahawan-usahawan dalam bidang pengeluaran tanaman makanan secara komersilMeningkatkan pendapatan bersih peserta kepada sekurang-kurangnya RM 3,000 sebulanMenggalakkan dan meningkatkan penglibatan sektor swasta dalam pengeluaran tanaman makanan

SYARAT-SYARAT PENYERTAAN TKPM

Peserta berpengalaman dan terlatihMempunyai minat dan kesungguhanMempunyai modal dan sanggup meminjamMempunyai sikap ‘terbuka dan positif'Sanggup mematuhi peraturan-peraturan yang ditetapkan oleh Jabatan Pertanian

Pemilihan peserta dijalankan oleh Jawatankuasa Temuduga yang dipengerusikan oleh Pengarah Pertanian Negeri dan ahli-ahli terdiri daripada Jabatan / Agensi dibawah MOA Inc.

Page 2: Program Taman Kekal Pengeluaran Makanan

STRATEGI PELAKSANAAN DAN PENGELUARAN PROGRAM TKPM

Strategi pelaksanaan dan pengeluaran program TKPM adalah seperti berikut:-

Pembangunan yang berasaskan pendekatan pengezonan Berdasarkan ‘Market driven'Berlandaskan pembangunan kluster industri tanaman makanan

Page 3: Program Taman Kekal Pengeluaran Makanan

Mewujudkan rantaian makanan (From Farm to Table) dalam pembangunan kluster industri tanaman makananPerladangan berskala besar dan komersilPenglibatan pihak swasta Penggunaan teknologi perladangan moden dan terkiniAmalan pertanian baik

STRATEGI PEMASARAN PROGRAM TKPM

Strategi pemasaran bagi program TKPM adalah melalui 3 kaedah seperti berikut:-

Pemasaran atas inisiatif sendiri (pasaran domestik dan eksport)Pemasaran secara ‘contract farming' (FAMA, Syarikat Individu)Pemasaran melalui anchor company:-- Swasta- Government-Linked Company (GLC)

PEGAWAI PENGHUBUNG

Putrajaya1 Nama Pegawai Tuan Hj. Azmi bin Daud Jawatan Ketua Penolong Pengarah Seksyen Pembangunan Industri No. Tel Pejabat 03-887033410 Email [email protected] No. Faks 03-88888319 2 Nama Pegawai Puan Saiarah Asri Jawatan Penolong Pengarah Seksyen Pembangunan Industri No. Tel Pejabat 03-88703476 Email [email protected] No. Faks 03-88888319 3 Nama Pegawai Encik Mohd Noor Azlan bin Othman Jawatan Penolong Pengarah Seksyen Pembangunan Industri No. Tel Pejabat 03-88703464 Email [email protected] No. Faks 03-88888319 4 Nama Pegawai Puan Izzat Shafaah binti Ibrahim

Page 4: Program Taman Kekal Pengeluaran Makanan

Jawatan Penolong Pengarah Seksyen Pembangunan Industri No. Tel Pejabat 03-88703472 Email [email protected] No. Faks 03-88888319

PEGAWAI PENGHUBUNG

Nama : Encik Mohd Hafizul bin Husin

No. Tel : 03-8870 3552

No. Fax : 03-8870 3377

Emel : [email protected]

Alamat : Bahagian Pengembangan Pertanian Dan Industri Asas Tani

Jabatan Pertanian,

Aras 8, No. 30, Persiaran Perdana,

Presint 4, 62624 Putrajaya.