perodua kekal peneraju pasaran

15
PERODUA kekal peneraju pasaran 2011/04/09 - 02:25:23 AM Cetak Emel Kawan PERUSAHAAN Otomobil Kedua Sdn Bhd (PERODUA) mengekalkan kedudukannya sebagai peneraju pasaran kenderaan tempatan dalam tempoh suku pertama tahun ini dengan jualan sebanyak 45,700 unit atau penguasaan pasaran sebanyak 29 peratus. Pengarah Urusannya, Datuk Aminar Rashid Salleh, berkata bagaimanapun jualan dalam tempoh itu jatuh 4.4 peratus daripada jualan sebanyak 47,800 unit atau penguasaan pasaran 32.4 peratus dalam tempoh sama tahun lalu. “Persaingan ketika ini semakin sengit dan mencabar dengan penawaran pelbagai produk baru dan promosi oleh pengeluar lain. “Namun, PERODUA mencatatkan jualan terbaik tahun ini pada bulan lalu dengan mencatatkan hampir 18,000 unit, dipacu permintaan kukuh bagi Myvi, ViVA dan Alza,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di Kuala Lumpur, semalam. Aminar Rashid berkata, Myvi masih menjadi kenderaan paling laris di negara ini apabila sebanyak 21,500 unit dijual dalam tempoh tiga bulan pertama tahun ini atau 19 peratus lebih tinggi berbanding 18,000 unit dalam tempoh sama tahun lalu. “Kami bangga model yang dilancarkan enam tahun lalu itu masih meneruskan penguasaannya dan ia membuktikan kualiti dan nilai yang dimiliki Myvi,” katanya. Beliau berkata, PERODUA menjual 15,900 unit ViVA manakala Alza adalah kereta paling laris dalam segmen kenderaan pelbagai guna (MPV) dengan 8,400 unit dijual dalam tempoh tiga bulan pertama tahun ini.

Upload: dmegah

Post on 27-Oct-2015

147 views

Category:

Documents


10 download

DESCRIPTION

Analisa

TRANSCRIPT

Page 1: PERODUA Kekal Peneraju Pasaran

PERODUA kekal peneraju pasaran2011/04/09 - 02:25:23 AM Cetak Emel Kawan PERUSAHAAN Otomobil Kedua Sdn Bhd (PERODUA) mengekalkan kedudukannya sebagai peneraju pasaran kenderaan tempatan dalam tempoh suku pertama tahun ini dengan jualan sebanyak 45,700 unit atau penguasaan pasaran sebanyak 29 peratus.

Pengarah Urusannya, Datuk Aminar Rashid Salleh, berkata bagaimanapun jualan dalam tempoh itu jatuh 4.4 peratus daripada jualan sebanyak 47,800 unit atau penguasaan pasaran 32.4 peratus dalam tempoh sama tahun lalu. “Persaingan ketika ini semakin sengit dan mencabar dengan penawaran pelbagai produk baru dan promosi oleh pengeluar lain.

“Namun, PERODUA mencatatkan jualan terbaik tahun ini pada bulan lalu dengan mencatatkan hampir 18,000 unit, dipacu permintaan kukuh bagi Myvi, ViVA dan Alza,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di Kuala Lumpur, semalam.

Aminar Rashid berkata, Myvi masih menjadi kenderaan paling laris di negara ini apabila sebanyak 21,500 unit dijual dalam tempoh tiga bulan pertama tahun ini atau 19 peratus lebih tinggi berbanding 18,000 unit dalam tempoh sama tahun lalu.

“Kami bangga model yang dilancarkan enam tahun lalu itu masih meneruskan penguasaannya dan ia membuktikan kualiti dan nilai yang dimiliki Myvi,” katanya.

Beliau berkata, PERODUA menjual 15,900 unit ViVA manakala Alza adalah kereta paling laris dalam segmen kenderaan pelbagai guna (MPV) dengan 8,400 unit dijual dalam tempoh tiga bulan pertama tahun ini.

Kereta keluaran Perodua masih mendominasi pasaranMay 6, 2013 by AK Leave a Comment

Page 2: PERODUA Kekal Peneraju Pasaran

Ketika ini Perodua hanya mengeluarkan tiga buah model sahaja iaitu Viva, Myvi dan Alza, namun pencapaian dari segi jualan yang ditunjukkan oleh syarikat automotif nasional kedua itu sangat membanggakan.

Memetik laporan yang disiarkan oleh Bernama pada 2 Mei yang lalu, tahun lepas sahaja Perodua telah berjaya mencatatkan jualan keseluruhan berjumlah 189,000 buah kereta, cukup untuk membuktikan bahawa betapa Perodua merupakan jenama kegemaran ramai rakyat Malaysia.

Bagi tahun 2013 ini pula, Perodua mensasarkan rekod jualan baharu yang sedikit tinggi sebanyak 194,000 unit, peningkatan sehingga 5,000 unit. Sama ada sasaran itu akan tercapai atau pun tidak, dalam suku pertama tahun ini Perodua sudah pun menjual lebih kurang 46,700 unit kenderaan keluarannya, berbanding 44,700 dalam tempoh yang sama tahun lepas.

Dengan pengenalan varian baharu yang dinamakan sebagai S-Series pada bulan Mac 2013 yang lalu, Perodua dikatakan akan terus mampu mencatatkan rekod jualan baharu yang pastinya sukar dipintas. Sama-sama kita tunggu rekod jualan seterusnya dari Perodua.

Jualan kenderaan Perodua dalam tempoh 9 bulan tahun ini meningkat sebanyak 10 peratusOctober 20, 2012 by AK Leave a Comment

Page 3: PERODUA Kekal Peneraju Pasaran

Adakah Perodua akan terus mengekalkan reputasinya sebagai sebuah syarikat automotif nombor satu negara dari segi jualan untuk tahun 2012? 

Menurut maklumat yang dikeluarkan baru-baru ini, jualan syarikat tersebut bagi tempoh 9 bulan pertama tahun ini telah meningkat sebanyak 10 peratus kepada 139,400 unit kenderaan berbanding 127,200 unit pada tempoh yang sama tahun lepas.

Peningkatan itu kebanyakannya disumbangkan oleh jualan yang menggalakkan bagi model Myvi baharu, di samping permintaan yang terus meningkat untuk model Alza.

Bagi asas kiraan suku ke suku pula, Perodua menjual 46,500 kenderaan, penurunan sebanyak 3 peratus berbanding 47,700 unit bagi tempoh yang sama disebabkan oleh garis panduan pinjaman sewa beli yang lebih ketat, seterusnya memberikan kesan terhadap jualan model Viva sepanjang tempoh berkenaan.

Walaupun menghadapi beberapa masalah ketidaktentuan pasaran, Pengarah Urusan Perodua, Datuk Aminar Rashid Salleh berkata, syarikat automotif nasional itu bersikap positif dalam mencapai 188,000 sasaran jualan menjelang hujung tahun ini.

Berkaitan eksport kenderaannya, eksport Perodua ke luar negara melonjak 53 peratus kepada kira-kira 7,800 unit bagi tempoh 9 bulan pertama tahun ini berbanding 5,000 unit dalam tempoh yang sama tahun lepas.

Setakat ini Indonesia merupakan pasaran luar negara terbesar Perodua yang menjual kenderaannya di bawah jenama Daihatsu, dengan jualan sebanyak 4,600 unit, mewakili hampir 59 peratus jumlah eksport keseluruhan.

Page 4: PERODUA Kekal Peneraju Pasaran

Jualan Perodua kembali meningkat, Myvi baharu antara penyumbangAugust 5, 2011 by AK 3 Comments

Perusahaan Otomobil Kedua Sdn. Bhd. (Perodua) kembali memberikan saingan pada bulan Julai apabila mencatatkan jumlah jualan kenderaan lebih baik berbanding dua bulan sebelumnya. Sebanyak 16,500 unit kenderaan telah terjual pada bulan itu, atau dengan anggaran 32 peratus penguasaan pasaran.

Prestasi baik itu disumbangkan oleh jualan Myvi baharu yang tinggi dan situasi pemulihan pengeluaran alat ganti kenderaan di Jepun yang berlaku lebih pantas daripada yang dijangkakan. Perodua meramalkan momentum peningkatan jualan akan terus bertambah pada bulan Ogos ini menjelang sambutan hari raya aidilfitri, seterusnya pada bulan-bulan akan datang.

Menurut Pengarah Urusan Perodua Datuk Aminar Rashid Salleh , jualan 16,500 unit kenderaan pada Julai adalah lebih tinggi 85 peratus berbanding jualan rendah 8,900 unit pada bulan Jun 2011. Menurutnya, Perodua Myvi baharu memberikan sumbangan besar kepada peningkatan jualan bagi Julai dengan merekodkan penghantaran sebanyak 8,500 unit.

Jualan bagi ViVA dan MPV Alza juga menunjukkan peningkatan pada Julai berbanding bulan sebelumnya. Bagaimanapun, jualan Perodua bagi tahun ini sehingga sekarang masih rendah 14 peratus kepada 95,900 unit berbanding 111,500 unit pada tempoh yang sama Januari – Julai 2010.

“Kami berterima kasih kepada pelanggan-pelanggan kami yang terus memberikan sokongan terhadap Perodua. Kami juga berbangga atas kesabaran pelanggan menanti penghantaran kenderaan masing-masing sebagaimana syarikat telah melalui tempoh tunggakan pengeluaran,” ujarnya. “Setakat ini Perodua Myvi baharu (Lagi Best) telah menerima tempahan 25,000 unit dan 10,000 buah daripadanya telah diserahkan kepada pelanggan sehingga ke hari ini,” tambahnya lagi.

Page 5: PERODUA Kekal Peneraju Pasaran

Perodua terus optimis syarikat mampu mengekalkan permintaan tinggi untuk setiap model yang dikeluarkan tahun ini walaupun menghadapi cabaran daripada pindaan Akta Sewa Beli 1967 yang sedikit sebanyak menjejaskan jumlah tempahan kenderaan.

Namun dengan pemulihan bekalan alat ganti dari Jepun dan kesediaan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan meneliti semula pindaan akta tersebut, Perodua yakin mereka mampu mengekalkan kedudukan no. 1 bagi tahun 2011 berbanding pesaingnya.

Perodua mula eksport Myvi 1.3 baharu ke MauritiusNovember 28, 2011 by AK Leave a Comment

Bagi meningkatkan jualan produknya ke luar negara, Perodua baru-baru ini telah mula mengeksport model Myvi 1.3 liter baharu ke Mauritius, sebuah negara kepulauan yang terletak di tenggara benua Afrika. Model Myvi 1.3 baharu itu telah dilancarkan oleh Timbalan Perdana Menteri Mauritius, Dr Ahmed Rashid Beebeejaun.

Mengikut rekod, Perodua mula menjual kenderaan keluaran mereka di Mauritius sejak 1996, melibatkan model seperti Kancil, Rusa, Kenari, Kelisa, Myvi dan ViVA. Setakat ini sebanyak 1,227 kenderaan Perodua telah berjaya di jual di sana. Berkenaan model Myvi 1.3 baharu yang dibawa masuk untuk pelancaran sebanyak 20 unit, 15 daripadanya sudah ditempah pelanggan.

Selain Mauritius, Perodua turut mengeksport kenderaannya ke enam negara lain menggunakan jenama Perodua, iaitu Sri Lanka, United Kingdom, Singapura, Brunei, Fiji dan Nepal. Perodua turut mengeksport model Myvi ke negara jiran Indonesia di atas nama Daihatsu.

Perodua Dahului Jumlah Jualan Kereta Daripada Januari Sehingga Jun 2013

Page 6: PERODUA Kekal Peneraju Pasaran

July 24, 2013 by AK 5 Comments

Jualan keseluruhan industri (TIV) kereta di Malaysia bagi separuh pertama 2013 mencatatkan peningkatan 4.1 peratus berbanding tempoh yang sama tahun 2012, meskipun dakwaan para pengedar jualan mereka terjejas akibat sentimen tunggu dan lihat pengguna sekitar Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) lalu.

Berdasarkan maklumat Persatuan Automotif Malaysia (MAA), sejumlah 313,488 kenderaan terjual dari Januari hingga Jun lalu, berbanding 301,269 bagi tempoh yang sama tahun 2012.

Daripada 313,488 kenderaan itu, 275,991 merupakan kenderaan penumpang dan selebihnya adalah kenderaan komersial.

Presiden MAA, Datuk Aishah Ahmad (gambar) menjangka jualan bagi separuh kedua tahun ini akan terus mengukuh melalui beberapa pengenalan model baharu, pemulihan sentimen pasaran dan kerancakan permintaan domestik.

Sebelum ini, kebanyakan pengedar kereta tempatan sering menyalahkan kempen pengurangan harga yang dimainkan semasa kempen PRU-13 yang lalu telah menyebabkan orang ramai tidak melakukan sebarang pembelian kereta kerana menantikan keputusan pilihan raya.

Dari Januari sehingga Jun lalu, Perodua mencatatkan jualan kereta terbanyak dengan 96,873 buah, diikuti Proton dengan 64,782, Toyota (43,747), Nissan (26,268) dan Honda (21,869).

Page 7: PERODUA Kekal Peneraju Pasaran

Dalam pada itu, Aishah tidak menjangka kerajaan akan mengumumkan pengurangan duti eksais kenderaan di dalam pembentangan Bajet 2014 pada 25 Oktober ini kerana langkah itu bakal menjejaskan pendapatan kerajaan.

Kerajaan mengutip kira-kira RM7 bilion melalui duti eksais kenderaan.

“Pengurangan duti eksais boleh menjejaskan pendapatan kerajaan dalam jangka pendek,” katanya kepada pemberita pada sidang akhbar mengenai prestasi jualan kenderaan di Malaysia bagi separuh pertama tahun ini, di sini hari ini.

Perodua Bakal Keluarkan Model Kereta Paling Murah Tahun HadapanAugust 25, 2013 by AK 81 Comments

Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Perusahaan Otomobil Kedua Sdn. Bhd. (Perodua) bakal mengeluarkan sebuah lagi model kereta yang akan dijual pada harga paling rendah dan mampu milik tahun depan.

Perdana Menteri berkata, langkah itu adalah strategi yang dikekalkan Perodua bagi memastikan rakyat Malaysia terus menikmati kereta mampu milik yang berkualiti serta lengkap dengan ciri-ciri canggih dan selamat.

“Saya diberitahu Perodua akan kekalkan strategi pengeluaran kereta pada kos paling rendah dan model baharu tahun depan juga akan dijual dengan harga paling rendah,” katanya.

Beliau berucap dalam majlis Gala Raya Sempena Ulang Tahun Ke-20 Perodua dan pelancaran Buku Coffee Table sebagai memperingati penubuhan syarikat itu di Rawang dekat sini hari ini.

Yang turut hadir, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed, Pengerusi Perodua, Tan Sri Asmat Kamaludin dan Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Aminar Rashid Salleh.

Page 8: PERODUA Kekal Peneraju Pasaran

Sebelum itu, Najib diberi taklimat mengenai perkembangan dan strategi Perodua oleh pengurusan syarikat tersebut.

Najib berkata, langkah Perodua mengurangkan kos pengeluaran kereta buatannya adalah tepat kerana pada akhirnya memberi faedah menguntungkan kepada pengguna.

Menurut beliau, strategi secara sukarela oleh syarikat itu juga dapat menawarkan harga kereta yang lebih kompetitif pada masa kini.

”Dengan pasaran yang semakin kompetitif dan dasar liberalisasi ASEAN serta global, maka setiap syarikat automotif perlu mengkaji kos struktur perniagaannya supaya lebih efisien,” katanya.

Najib berkata, Perodua telah menjadi jenama kereta nasional yang mempunyai potensi besar dalam dan luar negara kerana menawarkan produk pada harga praktikal dan mampu milik oleh semua rakyat Malaysia serta di rantau Asia Tenggara.

Beliau percaya dengan pembinaan kilang pengeluaran yang bakal siap tahun depan membolehkan Perodua mengeluarkan model-model kereta yang lebih berkualiti hasil penggunaan teknologi pembuatan canggih.

“Saya harap hasil daripada usaha ini juga Perodua dapat mengeksport lebih banyak unit kereta ke luar negara,” katanya.

Perodua bakal mempamerkan model baru di KLIMS 2010, pelancaran Perodua Viva Executive November depanOctober 21, 2010 by AK Leave a Comment

Perodua Myvi bakal digantikan dengan model terbaru tahun depan

Page 9: PERODUA Kekal Peneraju Pasaran

Empat atau lima model baru akan dipamerkan

Ada berita baik untuk peminat Perodua di Pameran Motor Antarabangsa Kuala Lumpur 2010 (KLIMS 2010) yang akan berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) bermula 25 November sehingga 4 Disember ini. Menurut kenyataan dari Pengarah Urusannya, Datuk Aminar Rashid Salleh, Perodua akan mempamerkan 4 atau 5 model kereta pada pameran tersebut, termasuk model masa hadapan yang sedang dibangunkan dan model berkenaan mungkin akan menggantikan model sedia ada. Beliau mengeluarkan kenyataan tersebut kepada media sewaktu majlis pengaugerahan biasiswa PERODUA 2010 di Rawang, Selangor semalam.

Kenyataan tersebut sangat menarik, seolah-olah Perodua membayangkan mereka sedang dalam peringkat membangunkan kereta sendiri, bukan lagi setakat memasang kereta keluaran Daihatsu yang ditukar lencana kepada Perodua. Namun masih belum ada kesahihan tentang model terbaru buatan Perodua hasil dari kerja R & D, kemungkinan paling besar ialah kereta tersebut merupakan model terbaru keluaran Daihatsu bagi menggantikan model terlaris mereka, Perodua Myvi. Kepada peminat Perodua dan pemerhati dunia automotif tanah air, dapatkan jawapannya di KLIMS 2010 yang bakal berlangsung nanti.

Perodua menumpukan pembangunan enjin mesra alam dan jimat petrol

Perodua juga telah mengeluarkan kenyataan melalui Pengarah Urusannya, bahawa syarikat sedang menumpukan kepada pembangunan enjin kurang karbon dioksida dan menjimatkan petrol, walaupun tiada kenyataan tentang pembangunan enjin hibrid. Beliau juga mencadangkan agar pihak kerajaan memberikan insentif kepada pengeluar automotif yang membangunkan enjin kurang karbon dioksida dan mesra alam, sama seperti insentif yang diberikan kepada pengeluar kereta hibrid.

Varian terbaru bakal dilancarkan bulan depan – Perodua Viva Executive

Perodua juga memaklumkan bahawa varian terbaru kereta kompak mereka yang mencatatkan jualan laris sebelum ini akan diperkenalkan kepada umum November depan iaitu Perodua Viva Executive. Perodua Viva edisi ‘mewah’ tersebut dikatakan akan mampu meningkatkan momentum jualan kenderaan Perodua sebelum berakhir tahun semasa. Sasaran Perodua ketika ini ialah untuk mencatatkan jualan bagi semua modelnya agar melepasi paras 185,000 unit tahun ini, dan pengenalan edisi Executive model Viva dijangka akan menyumbang kepada peningkatan hasil jualan tersebut.

Sumber : Berita Harian, 21 Oktober 2010

Page 10: PERODUA Kekal Peneraju Pasaran

Perodua perkenal Myvi, Alza dan Viva versi naik taraf untuk tahun 2013 – Myvi 1.3 SE, Viva S & Alza SMarch 13, 2013 by AK 24 Comments

Dalam ‘teaser’ yang diterbitkan oleh Perodua baru-baru ini, saya menyangkakan sama ada model Alza SE (Special Edition) atau Myvi 1.3 versi SE akan diperkenalkan pada keesokan harinya (14 Mac 2013).

Namun di dalam halaman sesawang rasmi mereka hari ini, Perodua telah mendedahkan bahawa ketiga-tiga model iaitu Myvi 1.3, Alza dan Viva secara rasminya telah dilancarkan dalam versi terbaru dikenali dengan nama S-Series.

Perodua Myvi 1.3 SE terbaru merupakan model Myvi 1.3 Premium yang telah menerima naik taraf dalam siri S, kini tampil dengan ciri-ciri menarik yang diadaptasi daripada model popular Myvi 1.5 SE.

Dengan harga bermula dari RM44,924.30 untuk model manual dan 47,924.30 untuk automatik, Myvi 1.3 SE terbaru ini merupakan pilihan berbaloi bagi mereka yang mementingkan bajet, namun mahu menikmati gaya sebuah Myvi 1.5 SE yang berharga lebih mahal.

Page 11: PERODUA Kekal Peneraju Pasaran

Model seterusnya iaitu Perodua Alza S tampil dengan beberapa ciri terbaru iaitu lampu kabus, spoiler belakang dan menerima kemasan baru lebih menarik di bahagian panel pintu (Painted Door Armrest & Chrome Inner Door Handle).

Perodua Alza S sebenarnya merupakan model pengganti bagi Alza versi Standard. Harganya ditetapkan bermula dari RM53,517.00 untuk varian manual dan RM56,517.00 untuk varian automatik.

Beralih ke model seterusnya iaitu Perodua Viva S yang memiliki enjin 1.0 liter, model tersebut hanya ditawarkan dalam versi automatik pada harga kompetetif sebanyak RM34,774.30 (Solid) dan RM35,174.30 (Metalik)

Walaupun begitu, pelbagai ciri-ciri menarik dibekalkan untuk Viva S, antaranya seperti stereng kuasa, pemain radio CD dengan MP3/WMA, kerusi dengan fungsi pelaras ketinggian, pelindung matahari dengan cermin dan slot pemegang tiket, poket di bahagian belakang kerusi, dulang di bawah kerusi, panel tengah papan pemuka dengan kemasan berwarna perak, dan tidak dilupakan balutan tempat duduk dengan material bergred tinggi.

Page 12: PERODUA Kekal Peneraju Pasaran

Persamaan bagi ketiga-tiga model dalam Siri S terbaru ini ialah apabila masing-masing ditawarkan dalam satu warna baru yang bukan saja kelihatan ‘fancy’ dan ‘remaja’, malah begitu menyerlah sekali apabila dipandang iaitu warna Oren Ozzy (Ozzy Orange).

Menambahkan lagi keseronokan memiliki setiap model keluarannya, Perodua turut menawarkan servis percuma selama tiga tahun mengikut terma yang ditetapkan bagi model Siri S, termasuk model-model sedia ada yang lain bagi setiap pendaftaran yang bermula dari 15 Mac ini.

Menurut Perodua, ketiga-tiga model dalam Siri S ini merupakan model-model paling bernilai untuk wang dengan melihat kepada ciri-ciri menarik yang ditawarkan berbanding harga yang telah ditetapkan. Adakah anda bersetuju dengan kenyataan tersebut?

Sumber gambar : MYPerodua