program pensiswazahan guru ambilan 2012 bagi guru lepasan diploma

Upload: mohd-adha-mohd-zain

Post on 07-Apr-2018

239 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/3/2019 Program Pensiswazahan Guru Ambilan 2012 Bagi Guru Lepasan Diploma

    1/1

    KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

    BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU

    Kementerian Pelajaran Malaysia mempelawa Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma (PPPLD)

    yang sedang berkhidmat di sekolah rendah/sekolah menengah/sekolah bantuan kerajaan/Pejabat Pelajaran

    Daerah (PPD)/Jabatan Pelajaran Negeri (JPN)/Bahagian di bawah kelolaan Kementerian Pelajaran Malaysia

    untuk memohon mengikuti Program Pensiswazahan Guru Mod Pendidikan Jarak Jauh (PJJ) di bawah

    Rancangan Malaysia Ke-10.

    1. Keterangan Program

    1.1 Nama Program : PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU

    1.2 Tempoh Pengajian : Empat (4) Tahun

    1.3 Mod Kursus : Pendidikan Jarak Jauh (PJJ)

    1.4 Program ini dijalankan secara mod Pendidikan Jarak Jauh di Institut Pendidikan Guru (IPG)/

    Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA)/Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS). Peserta yang lulus

    peperiksaan dan memenuhi syarat yang ditetapkan akan dianugerah Ijazah Sarjana Muda.

    2. Syarat dan Kelayakan Asas

    2.1 Warganegara Malaysia.

    2.2 Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma (PPPLD) yang sedang berkhidmat di sekolahrendah/sekolah menengah/sekolah bantuan kerajaan/Pejabat Pelajaran Daerah (PPD)/Jabatan

    Pelajaran Negeri (JPN)/Bahagian di bawah kelolaan Kementerian Pelajaran Malaysia.

    2.3 Berumur 47 tahun dan ke bawah pada 2012 (lahir pada atau selepas 1965).

    2.4 PPPLD yang berumur 46 dan 47 tahun yang telah memilih opsyen bersara wajib 58 tahun.

    2.5 Telah disahkan dalam jawatan.

    2.6 Tidak berdaftar atau tidak mengikuti apa-apa pengajian dengan mana-mana universiti sebagai

    pelajar sepenuh masa/separuh masa/sambilan dengan tajaan Kementerian Pelajaran Malaysia.

    2.7 Memiliki Diploma Pendidikan/Perguruan atau Sijil Perguruan.

    3. Syarat Tambahan

    3.1 Mempunyai pengalaman mengajar sebagai guru terlatih secara berterusan lebih daripada 3 tahun.

    3.2 Melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti kokurikulum.3.3 Mempunyai kesihatan yang baik dari segi zikal dan mental.

    3.4 Mempunyai purata markah laporan prestasi perkhidmatan yang baik bagi 3 tahun yang terkini.

    4. Calon Tidak Layak Memohon

    4.1 Calon yang masih dalam tindakan tatatertib atau sedang dalam proses tindakan tatatertib.

    4.2 Calon yang gagal menamatkan kursus di bawah tajaan tanpa kelulusan Kementerian Pelajaran

    Malaysia. (contoh : Pensiswazahan Guru Sekolah Rendah (PGSR)/PJJ KPM-OUM)

    5. Bidang Pengajian Yang Ditawarkan

    A. Sekolah Rendah

    1. Pendidikan Awal Kanak-Kanak

    2. Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran

    3. Pengajian Agama Islam

    4. Pengajian Bahasa Cina

    5. Pengajian Bahasa Inggeris

    6. Pengajian Bahasa Melayu

    7. Pengajian Bahasa Tamil

    8. Pengajian Bimbingan & Kaunseling

    9. Pengajian Kemahiran Hidup (KMT)

    10. Pengajian Matematik

    11. Pengajian Muzik

    12. Pengajian Pendidikan Jasmani

    & Kesihatan

    13. Pengajian Pendidikan Khas

    (Umum)

    14. Pengajian Pendidikan Seni Visual

    15. Pengajian PK (Pemulihan)

    16. Pengajian Sains

    17. Sejarah

    6. Cara Mengemukakan Permohonan

    6.1 Permohonan hanya boleh dibuat secara dalam talian (online) dengan melayari laman sesawang

    Kementerian Pelajaran Malaysia di http://www.moe.gov.mymulai17 Oktober 2011 (Isnin)

    bermula jam 10.00 pagi.

    6.2 Calon dinasihatkan melayari dahulu laman sesawang berkenaan untuk meneliti Panduan

    Permohonan dan memahami tatacara membuat permohonan secara dalam talian ini.

    6.3 Calon dibenarkan mengemukakan hanya satu permohonan sahaja.

    6.4 Maklumat permohonan yang tidak lengkap boleh mengakibatkan permohonan ditolak.

    7. Tarikh Tutup Permohonan : 27 November 2011 (Ahad) sebelum 11.59 malam.

    8. Sila hubungi alamat berikut sekiranya ada sebarang pertanyaan berkaitan permohonan:

    Bahagian Pendidikan Guru

    Kementerian Pelajaran Malaysia

    Aras 3, Blok E13, Parcel E

    Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 PUTRAJAYA

    (u.p : Unit Peningkatan Akademik dan Kompetensi)

    No. Telefon : 03-8884 1091/1269/1273/1270

    Bahagian Pendidikan Guru

    Cawangan Sabah

    d/a Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya

    Peti Surat 10491, 88805 Kota Kinabalu SabahNo. Telefon : 088-236804

    Bahagian Pendidikan Guru

    Cawangan Sarawak

    Jalan Kolej, 93259 Kuching Sarawak

    No. Telefon : 082-258045

    PROGRAM PENSISWAZAHAN GURUMOD PENDIDIKAN JARAK JAUH (PJJ)AMBILAN 2012

    Client: KPM / Size: 33cm x 4col / File: Program Pensiswazahan Guru - Ambilan 2012

    Pengesahan Klien (Stamp & T/tangan)

    ............................................................................................................................................

    Nama:

    Tarikh

    B. Sekolah Menengah

    1. Pengajian Agama Islam

    2. Pengajian Amalan Bengkel Mesin

    3. Pengajian Automotif (Kenderaan)

    4. Pengajian Bahasa Cina

    5. Pengajian Bahasa Inggeris

    6. Pengajian Bahasa Melayu

    7. Pengajian Bahasa Tamil

    8. Pengajian Ekonomi Rumah Tangga

    9. Pengajian Geogra

    10. Pengajian Kejuruteraan Awam

    11. Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik

    12. Pengajian Kejuruteraan Mekanikal (Kimpalan)

    13. Pengajian Kemahiran Hidup (KMT)

    14. Pengajian Matematik

    15. Pengajian Menservis Peralatan Penyejukan

    & Penyaman Udara

    16. Pengajian Pendidikan Jasmani & Kesihatan

    17. Pengajian Pendidikan Seni Visual

    18. Pengajian Sains

    19. Pengajian Sains Sukan

    20. Pengajian Sejarah