pismp bahasa melayu ambilan januari 2011.pdf

343

Upload: safiq-junaidi

Post on 07-Sep-2015

93 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

  • Prosiding Seminar Penyelidikan Tindakan, 1 - 2 Oktober 2014

    SENARAI KANDUNGAN

    BIL. NAMA TAJUK MUKA SURAT

    1 ANDY JUTAIM

    PENGGUNAAN TEKNIK BIK DALAM MENINGKATKAN

    PENGUASAAN HURUF BESAR DAN HURUF KECIL DALAM

    PENULISAN AYAT

    1

    2 ANSI ANAK KONYUO SEJATI ITULAH YANG AKU TULIS 12

    3 ARDY RECHIE APANG KENALI SKKO DAN BINA AYAT TUNGGAL 22

    4 DAISY ANAK GUJANG TEKNIK KERETA API BAHASA : JAWAPANKU AYAT

    LENGKAP DAN BETUL 30

    5 DANIEL BIN SALA

    PENGGUNAAN TEKNIK VVIKM DALAM MEMBANTU

    MURID MEMBACA PERKATAAN YANG MENGANDUNGI

    VOKAL BERGANDING

    40

    6 DOMINIC ANAK MUYA PENGGUNAAN KAEDAH BULATAN IDEA DALAM

    KEMAHIRAN MENULIS KARANGAN MURID TAHUN 4 50

    7 DONN NEILSON LOIS KIMON APLIKASI PERMAINAN BAHASA BAGI MENINGKATKAN

    PENGUASAAN BAHASA BAKU 59

    8 FATIN NURZAILA BINTI

    RAJAIE

    APLIKASI KAD GIF DALAM PERBENDAHARAAN KATA

    BAHASA MELAYU 67

    9 HASTEI DOIMI

    TEKNIK PERMAINAN DADU AYAT MEMBANTU MURID

    MENGENAL PASTI AYAT TUNGGAL DAN AYAT MAJMUK

    DALAM PETIKAN

    77

    10 ILY SOFIANNY ANAK NOSIN PENGUASAAN KATA ADJEKTIF JENIS UKURAN DAN CARA

    MELALUI TEKNIK PERMAINAN KERETA API 87

    11 JACKSON JADI

    FUNGSI KATA PENGUAT SUASA UNTUK MEMBEZAKAN

    KATA ADJEKTIF DENGAN KATA KERJA DAN KATA NAMA

    MURID TAHUN 3

    97

    12 JOSEPHINE NORA ANAK

    WESLEY

    APLIKASI TEKNIK BINTANG SALAK DALAM KEMAHIRAN

    MEMBINA AYAT BERPANDUKAN GAMBAR 107

    13 JUMIATI BINTI YASSIN PENGGUNAAN CARTA INFO (CI) DAN KESANNYA

    TERHADAP KEMAHIRAN MENULIS ULASAN 117

    14 KAMLIT BIN KINDAN

    KEBERKESANAN TEKNIK PERSOALAN ADIBS DALAM

    KEMAHIRAN MEMBINA AYAT TUNGGAL BERDASARKAN

    GAMBAR MURID TAHUN 3

    127

    15 MAX KHENEDYWHESLEY

    BIN POULUS

    APLIKASI TEKNIK KoTi BAGI MENGURANGKAN

    KESALAHAN PENGGUNAAN HURUF BESAR DAN HURUF

    KECIL

    136

    16 MEGRITTA MAJIN PENGGUNAAN KAEDAH SVB DALAM MENULIS

    PERKATAAN VOKAL BERGANDING 147

    17 MOHAMMAD FAIZAL BIN

    ABIN

    KEBERKESANAN LEMBARAN PIHC DALAM MEMBANTU

    MURID MELENGKAPKAN PERENGGAN ISI DALAM

    KARANGAN JENIS RENCANA

    154

    18 MOHAMMAD HIDAFI BIN

    JEFFREY

    PENGAPLIKASIAN RUMUS SIBUDI DALAM

    MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBINA AYAT

    BERPANDUKAN GAMBAR TUNGGAL

    164

    19 MOHAMMAD NOOR SAFIQ

    BIN JUNAIDI

    CBW DALAM PENGUASAAN TANDA BACA DALAM

    BAHASA MALAYSIA TAHUN 4 175

    20 MOHD IQBAL BIN JAULIS

    PENGGUNAAN TEKNIK TANGGAL, CARI, LEKAT DALAM

    MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENJAWAB SOALAN

    PEMAHAMAN BERDASARKAN TEKS

    185

    21 MOHD SUKRI BIN ABDUL

    HALIM SUKU DULU BARU DENGUNG 195

  • BIL. NAMA TAJUK MUKA SURAT

    22 MUHAMMAD AL-HASYIR

    BIN HADIMIN KAD KATA KUNCI SAYA (KKKS) 203

    23 MUHAMMAD HADI BIN

    BABA S P A 210

    24 MUHAMMAD LOQMAN BIN

    JASMI

    KEBERKESANAN TEKNIK KOTAK BIJAK DALAM

    PENULISAN AYAT BERDASARKAN GAMBAR 220

    25 NAZRI BIN MUARA TEKNIK BERCERITA DALAM KEMAHIRAN MEMBUAT

    ULASAN NILAI BAHAGIAN C PENULISAN 230

    26 NOR SAFWAH BINTI ASININ APLIKASI SAJA DALAM MENJAWAB SOALAN

    PEMAHAMAN DENGAN AYAT YANG LENGKAP 240

    27 NORSIMA BINTI IMSORY PENGGUNAAN TEKNIK INGAT SAYA DALAM PENULISAN

    EJAAN MURID MENGIKUT SEBUTAN 251

    28 NUR SABRINA BINTI NOR

    AZMAN

    APLIKASI KAEDAH LATIH TUBI KELOPAK BUNGA DALAM

    MEMBINA AYAT MAJMUK BERPANDUKAN GAMBAR 262

    29

    PUNG KONG TIN @ MOHD

    HAFFIZAL RIZAL PUNG

    ABDULLAH

    PENGGUNAAN TEKNIK KUNCI PETA MINDA DALAM

    MENINGKATKAN PENGETAHUAN KATA ADJEKTIF MURID 271

    30 RAHUL MATIUS

    PENGGUNAAN TEKNIK 4, 3, 2, 1 G DALAM

    MENINGKATKAN KEKEMASAN TULISAN MURID SECARA

    ANSUR MAJU

    280

    31 ROSNAINI BINTI MOHD RAPI

    APLIKASI KAD KATA SEHARI SATU PERKATAAN UNTUK

    EMNGURANGKAN PENGARUH DIALEK DALAM

    PENULISAN AYAT

    290

    32 SHERONE J. OYUNINI

    LATIH TUBI KOTAK MERAH DALAM PENULISAN HURUF

    BESAR PADA PANGKAL AYAT DAN PANGKAL KATA

    NAMA KHAS

    300

    33 SITI FAUZELA BINTI MASRI KAEDAH BIMBINGAN BERPERINGKAT DAN KESANNYA

    TERHADAP KEKEMASAN TULISAN MURID TAHUN 2 308

    34 SITI LAILA AMYRAH RAHIM

    KEPELBAGAIAN BAHAN BANTU MENGAJAR SEBAGAI

    PANDUAN PENGGUNAAN HURUF BESAR DAN HURUF

    KECIL DALAM PENULISAN

    319

    35 WONG LI YANG APLIKASI TEKNIK LATIH TUBI 3 DALAM 1 DALAM

    MEMPERBAIKI KEKEMASAN TULISAN 330

  • Prosiding Seminar Penyelidikan Tindakan, 1 - 2 Oktober 2014

    1

    PENGGUNAAN TEKNIK BIK DALAM MENINGKATKAN

    PENGUASAANHURUF BESAR DAN HURUF KECIL

    DALAM PENULISAN AYAT

    ANDY JUTAIM

    PISMP Bahasa Melayu

    Institut Pendidikan Guru Kampus Keningau

    [email protected]

    PUAN PHYLLIS LIM@NUR AIN SHAHIRA

    [email protected]

    Abstrak

    Kajian tindakan ini bertujuan untuk meningkatkan tahap penguasaan dan

    prestasi murid dalam penggunaan huruf besar dan huruf kecil dalam

    penulisan ayat dengan menggunakan teknik BIK. Di samping itu, dalam kajian

    ini juga, pengkaji turut melihat perbezaan tahap penguasaan huruf besar dan

    huruf kecil dalam kalangan murid berlainan jantina selepas teknik BIK

    dijalankan. Penguasaan huruf besar dan huruf kecil yang diutamakan dalam

    kajian ini adalah pada pangkal ayat dan juga bagi kata nama khas dan kata

    nama am. Kumpulan sasaran terdiri daripada 6 orang murid Tahun Empat

    Dinamik di Sekolah Kebangsaan Binaong Keningau, Sabah. Instrumen kajian

    yang digunakan ialah praujian dan pascaujian serta dokumen hasil kerja.

    Data dianalisis dengan menggunakan skor peratus dan skor min. Kesan positif

    penggunaan teknik ini dapat dilihat melalui perbandingan markah bagi

    praujian dan pascaujian. Hasil kajian menunjukkan peningkatan dalam skor

    min peratus bagi pascaujian. Dapatan min peratus bagi praujian ialah 34%

    telah meningkat sebanyak 38.7% kepada 72.7% pada pascaujian. Ini

    menunjukkan bahawa penggunaan teknik BIK dapat meningkatkan

    penguasaan huruf besar dan huruf kecil dalam kalangan murid kajian ini

    Penggunaan teknik BIK boleh digunakan sebagai pendekatan alternatif dalam

    penguasaan huruf besar dan kecil dalam penulisan ayat.

    Kata Kunci : Teknik BIK, Kata Nama Khas, Kata Nama Am, Penguasaan

    Huruf

    Abstract

    The purpose of this action research is to increase the level of efficiency and

    mastery in the usage of capital and small letter in sentences by using the BIK

    technique. Besides that, this research also aims to look at the differences

    between male and female students proficiency level in the mastering of capital

    and small letter after using the BIK technique. The mastery of capital and

    small letter that was pioneered in this research are capital letter in first words

    in a sentence, and also proper and common noun. A group of 6 pupils of

    Primary 4 Dinamik from Sekolah Kebangsaan Binaong Keningau were chosen

    as part of the experiment. The instruments involved are the pre-test, post-test

    and work documentation. The data which are analyzed are based on score in

    terms of percentage and mean. The positive outcome from using this technique

    can be seen through the comparison of the pupils mark in pre-test and post-

    test. The research outcome shows increase of percentage mean from the post-

    test. The result for the percentage mean had shown an increase for 38.7% from

    34% in the pre-test to 72.7% in the post-test. This shows that the usage of BIK

    technique is able to increase the level mastery in capital and small letter

    mailto:[email protected]:[email protected]
  • Prosiding Seminar Penyelidikan Tindakan, 1 - 2 Oktober 2014

    2

    compared to traditional method. The usage of BIK technique can be use as an

    alternative approach in the mastery of capital and small letter in sentence

    writing.

    Keywords : BIK Technique, Noun, General Noun, Mastery of Letters

    Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran

    Saya merupakan guru pelatih dari Institut Pendidikan Guru Kampus Keningau, Sabah. Saya

    mengikuti kursus Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) untuk pengkhususan

    Bahasa Melayu Sekolah Rendah. Sepanjang latihan perguruan, saya telah menjalani

    praktikum sebanyak tiga kali. Semasa menjalani praktikum di SK Binaong untuk Fasa III,

    saya berpeluang untuk menjalankan penyelidikan tindakan. SK Binaong merupakan sebuah

    sekolah yang terletak di daerah Keningau dan mempunyai jumlah murid seramai 322 orang.

    Hampir 96 peratus (%) daripada murid sekolah tersebut berbangsa Dusun.

    Saya telah diberi tanggungjawab untuk mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu danReka

    Bentuk dan Teknologi. Pada permulaan sesi pengajaran Bahasa Melayu, saya telah

    memperhatikan hasil kerja murid yang telah dihasilkan berdasarkan kepada aktiviti pengajaran

    dan pembelajaran yang telah lalu. Daripada hasil kerja murid tersebut, saya telah mengesan

    kelemahan murid menggunakan huruf besar dan huruf kecil dalam membina ayat mahupun

    perkataan. Huruf besar dan huruf kecil tidak ditulis pada tempat yang sepatutnya semasa murid

    menulis jawapan pemahaman, menyalin ayat tunggal dan sebagainya. Masalah ini saya dapati

    daripada beberapa orang murid terawal yang dikenal pasti menerusi buku latihan

    mereka.Situasi ini tidak boleh dibiarkan berlarutan kerana penggunaan huruf besar dan kecil

    dengan betul sememangnya penting setiap kali menulis ayat. Kemungkinan murid tidak dapat

    menguatkan pemerolehan bahasa mereka dengan baik kerana tidak mampu menguasai

    kemahiran-kemahiran asas dalam berbahasa seperti kemahiran menulis.Saya merasakan

    bahawa saya harus melakukan sesuatu yang boleh mengurangkan masalah yang dihadapi oleh

    mereka. Oleh itu, saya perlu meningkatkan penguasaan penggunaan huruf besar dan huruf

    kecil murid-murid ini melalui satu teknik iaitu teknik BIK yang akan saya jelaskan berikutnya.

    Fokus Kajian

    Fokus kajian ini dijalankan adalah untuk membantu murid-murid tahun 4 Dinamik menguasai

    penggunaan huruf besar dan kecil dalam kemahiran menulis dengan lebih baik lagi. Isu utama

    yang difokuskan dalam kajian ini adalah untuk memperbaiki dan meningkatkan penguasaan

    huruf besar dan huruf kecil dalam kalangan murid tahun 4 Dinamik di Sekolah Kebangsaan

    Binaong, Keningau. Saya menyedari kepentingan bahawa murid-murid yang mempunyai

    masalah ini perlu mendapat intervensi supaya mereka dapat menggunakan huruf besar pada

    awal perkataan dalam ayat dan juga menggunakan huruf besar bagi kata nama khas dalam

    ayat.Berhubung dengan masalah yang dihadapi oleh murid-murid ini, saya telah menjalankan

    satu sesi pemerhatian berdasarkan kepada analisis dokumen dan hasil kerja murid di dalam

    kelas. Pemerhatian dijalankan pada awal tempoh saya mengendalikan sesi pengajaran dan

    pembelajaran di dalam kelas ini.

    Berdasarkan daripada pemerhatian yang telah dijalankan menerusi analisis dokumen hasil

    kerja murid didapati bahawa murid melakukan beberapa kesalahan iaitu:

    a) tidak menggunakan huruf besar bagi kata nama khas,

    b) tidak menggunakan huruf besar bagi permulaan ayat dan selepas nokhtah.

    Hasil daripada ujian pra yang dijalankan, saya didapati 6 orang murid menghadapi masalah

    dalam menggunakan huruf besar dan huruf kecil dengan betul. Berikutan dengan itu, saya

    dapati murid-murid ini lemah dalam aspek kemahiran menulis, iaitu mereka tidak dapat

    membezakan penggunaan huruf besar dan huruf kecil dengan betul dalam penulisan.

  • Prosiding Seminar Penyelidikan Tindakan, 1 - 2 Oktober 2014

    3

    Kelemahan mereka ini dikenal pasti dalam penulisan pangkal pertama ayat di mana mereka

    menggunakan huruf kecil dan bukannya huruf besar, mereka juga menggunakan huruf kecil

    bagi kata nama khas di dalam pertengahan ayat, sedangkan sepatutnya kata nama khas tersebut

    ditulis dengan huruf besar. Hal ini bertepatan dengan pendapat yang dikemukakan oleh Abdul

    Hamid (2006), bahawa kata nama khas haruslah ditulis dengan huruf besar tanpa mengira

    kedudukannya dalam ayat.

    Rajah 1 : Contoh Kesalahan Murid

    Melihat akan kepentingan menguasai kemahiran menulis ini, saya melihat fokus kajian saya

    iaitu masalah membezakan penulisan huruf kecil dan huruf besar dalam sesuatu ayat

    Kesimpulannya, masalah ini sering dipandang ringan tanpa mengambil sebarang tindakan

    penambahbaikan ke atasnya. Oleh yang demikian, saya telah memikirkan satu alternatif yang

    diharapkan dapat membantu murid-murid tahun 4 Dinamik dalam membezakan aspek

    kefungsian dan kepenggunaan huruf kecil dan huruf besar dan seterusnya membantu

    meningkatkan lagi tahap penguasaan murid dalam penggunaan huruf kecil dan huruf besar

    dalam penulisan ayat dengan lebih efektif lagi.

    Objektif Kajian

    Objektif kajian ini dijalankan adalah untuk:

    1. Meningkatkan tahap penguasaan murid terhadap penggunaan huruf besar dan huruf kecil dalam penulisan ayat melalui teknik BIK.

    2. Meningkatkan prestasi murid melalui pengaplikasian teknik BIK dalam menguasai huruf besar dan huruf kecil dalam penulisan ayat.

    3. Mengenalpasti perbezaan tahap penguasaan huruf besar dan huruf kecil dalam kalangan murid berlainan jantina selepas teknik BIK dijalankan.

    Kumpulan Sasaran

    Kajian tindakan yang telah dijalankan di sekolah ini bertumpu kepada kelas 4 Dinamik.

    Pemerhatian yang saya jalankan pada awal pengajaran saya mendapati bahawa murid ini

    cenderung untuk menggunakan huruf kecil pada pangkal ayat serta menggunakan huruf kecil

    bagi kata nama khas. Praujian yang dijalankan membuktikanbahawa 6 orang murid ini

    sememangnya mengalami masalah dalam penggunaan huruf besar dan huruf kecil dalam

    penulisan ayat.

    Pelaksanaan Tindakan

    Berdasarkan prosedur penyelidikan yang telah saya pelajari, saya melaksanakan penyelidikan

    dengan mengikut peringkat-peringkat dalam penyelidikan tindakan.Pelaksanaan tindakan

    saya bermula pada 28 Mac 2014 dengan memperkenalkan konsep BIK kepada murid seramai

    6 orang ini.Dalam hal ini, akronim Bapa merujuk kepada huruf besar bagi permulaan ayat,

    kerana bapa merujuk kepada tingkat tertinggi dalam sebuah organisasi keluarga. Seterusnya,

    akronim Ibu pula merjuk kepada kata nama khas yang ditulis huruf besar, manakala akronim

    Penulisan huruf J yang tidak betul kerana

    sepatutnya ditulis dengan huruf besar.

    Penulisan yang salah kerana tidak dimulakan

    dengan huruf besar pada permulaan ayat.

  • Prosiding Seminar Penyelidikan Tindakan, 1 - 2 Oktober 2014

    4

    Kakak pula merujuk kepada kata nama am yang ditulis dengan huruf kecil dalam

    pertengahan dan penghujung ayat.Saya telah memberikan mereka latihan menulis huruf besar

    dan huruf kecil dengan betulbermula dari huruf A kepada huruf Z pada sesi rawatan 1.Semasa

    mereka menulis, saya sentiasa memberikan mereka bimbingan dari semasa ke semasa dan

    menegur terus-menerus apabila terdapat kesalahan pada huruf yang ditulis supaya mereka

    sedar dan tahu akan kesilapan mereka. Pada masa inilah, teknik latih tubi turut diketengahkan

    kerana murid perlu menulis abjad secara berulangkali dalam bentuk huruf besar dan huruf

    kecil.

    Rajah 2 : Teknik BIK

    Pada sesi rawatan 2, murid-murid dibawa untuk menguasai jenis-jenis kata nama khas, iaitu

    kata nama khas hidup dan kata nama khas tak hidup. Bagi kata nama khas hidup, murid diberi

    sebuah gambar dan harus menuliskan kata nama khas bagi gambar tersebut. Dalam hal

    ini,murid diberi jawapan dan mereka perlu menuliskan jawapan tersebut dalam huruf besar

    bagi mencerminkan penulisan sebuah kata nama khas, tidak kira di awal, pertengahan atau

    penghujung ayat.Bagi kata nama khas tak hidup pula, murid menuliskan pilihan jawapan

    dengan betul ke dalam setiap ayat yang diberi. Saya memberi contoh secara lisan dan spontan

    tentang kata nama khas yang ada di sekeliling murid supaya mereka lebih faham dan tahu

    contoh kata nama khas yang memerlukan huruf besar. Aspek yang diperhatikan dan dibimbing

    dalam latihan ini ialah cara murid menuliskan kata nama khas dalam huruf besar dengan betul. Pada sesi rawatan 3, murid dikehendaki untuk menuliskan kata nama am yang betul

    berpandukan gambar yang disediakan. Namun, berbeza dengan rawatan 2, setiap gambar tidak

    diberi jawapan kerana murid bebas menuliskan kata nama am mengikut pemahaman mereka

    terhadap gambar yang ditunjukkan. Pada peringkat ini, murid sudah menguasai konsep kata

    nama khas dengan baik hasil daripada rawatan sebelumnya. Setelah murid menuliskan kata

    nama am yang betul berdasarkan gambar yang diberi, mereka juga harus menuliskan kata

    nama am yang betul ke dalam lapan soalan menggunakan pilihan jawapan yang disediakan.

    Pada sesi rawatan 4, murid dikehendaki untuk menuliskan semula lapan ayat dengan

    menggunakan huruf besar dan huruf kecil dalam ayat terebut. Pada peringkat inilah murid

    menggunakan konsep BIK untuk menggunakan huruf besar dan huruf kecil dengan betul. Sesi

    rawatan 4 ini merupakan peringkat paling tinggi dalam teknik BIK ini. Rawatan pada sesi ini

    adalah bagi melatih murid menggunakan konsep teknik BIKdalam menulis menggunakan

    huruf besar dan huruf kecil dengan betul.

    Cara Pengumpulan Data

    Saya telah menggunakan tiga kaedah pengumpulan data iaitu analisis dokumen, praujian dan

    pascaujian. Kaedah ini saya gunakan untuk membuktikan bahawa tindakan intervensi yang

    Bapa - Huruf Besar pada

    permulaan ayat

    Ibu - Huruf Besar bagi kata nama

    khas

    Kakak - Huruf kecil bagi kata

    nama am

  • Prosiding Seminar Penyelidikan Tindakan, 1 - 2 Oktober 2014

    5

    digunakan telah berjaya membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi ketika proses

    pengajaran dan pembelajaran (Rosinah Edinin, 2013).

    Analisis Dokumen

    Analisis dokumen ini dilakukan sebaik sahaja bermulanya praktikum fasa 3 dan dilakukan

    terhadap lembaran kerja intervensi murid.Hasil analisis pengkaji mendapati murid tidak

    menguasai penggunaan huruf besar dan huruf kecil dalam penulisan.

    Praujian

    Praujian dijalankan sebelum sesi rawatan bertujuan untuk mengkaji tahap penguasaan murid

    dalam menggunakan huruf besar dan huruf kecil dengan betul. Dalam hal ini, seramai 6 orang

    murid telah dilibatkan kerana analisis dokumen yang dijalankan menunjukkan hanya murid

    ini yang mengalami masalah penggunaan huruf besar dan huruf kecil dalam penulisan.

    Pascaujian

    Pascaujian dijalankan setelah sesi rawatan menggunakan teknik BIK dilaksanakan. Pascaujian

    dijalankan untuk mengetahui peningkatan tahap penguasaan murid terhadap masalah yang

    dihadapi dan juga untuk menguji keberkesanan teknik BIK yang telah dilaksanakan semasa

    sesi rawatan. Soalan pascaujian ini adalah sama dengan soalan praujian yang telah dijalankan

    sebelum sesi rawatan dilaksanakan.

    Analisis dan Interpretasi Data

    Setiap data yang dikumpul akan dianalisis bagi membantu pengkaji dalam mencapai objektif

    dan menjawab persoalan kajian. Data dianalisis menggunakan peratus dan kekerapan.

    Peratus dan Statistik Mudah Min

    Data kajian dianalisis menggunakan peratus untuk menjawab persoalan kajian. Skor peratus

    diperoleh daripada jumlah jawapan yang betul dibahagikan dengan jumlah keseluruhan item

    soalan. Kemudian hasil bahagi yang diperoleh didarab dengan peratus. Skor peratus diperoleh

    menggunakan rumus berikut:

    Skor peratus daripada praujian dan pascaujian dianalisis menggunakan statistik mudah iaitu

    min. Skor min diperoleh berdasarkan skor peratus yang diperoleh daripada murid. Skor min

    bagi praujian dan pascaujian dibandingkan untuk memudahkan pengkaji melihat

    keberkesanan teknik BIK dalam penguasaan huruf besar dan kecil dengan betul dalam

    penulisan ayat.Skor min diperoleh menggunakan rumus berikut:

    Dapatan dan Perbincangan

    Persoalan 1: Adakah teknik BIK ini dapat meningkatkan tahap penguasaan murid

    terhadap penggunaan huruf besar dan huruf kecil dalam penulisan ayat?

    Sesi praujian yang saya laksanakan terhadap 6 orang murid ini menunjukkan mereka kurang

    menguasai kemahiran menggunakan huruf besar dan huruf kecil dalam penulisan kerana item

    Skor peratus = Jumlah jawapan yang betul x 100

    Jumlah keseluruhan jawapan

    Skor Min = Jumlah Skor Peratus Murid x 100

    Bilangan Keseluruhan Murid

  • Prosiding Seminar Penyelidikan Tindakan, 1 - 2 Oktober 2014

    6

    soalan yang diberikan menghendaki mereka untuk menuliskan semula ayat yang diberi dengan

    mengunakan huruf besar dan huruf kecil pada kedudukan yang betul dalam sesebuah ayat

    tersebut, contoh kesalahan yang dikenalpasti melalui ujian ini ialah murid keliru dengan

    penggunaan huruf besar terutamanya pada depan ayat, dan mereka juga turut menggunakan

    huruf kecil bagi kata nama khas yang terdapat dalam ayat.

    Rajah 3 : Kesalahan-kesalahan yang dikenal pasti dan dibulatkan.

    Dalam sesi pascaujian pula, didapati bahawa terdapat peningkatan dalam penguasaan

    penggunaan huruf besar dan huruf kecil murid.

    Rajah 4 : Peningkatan yang diperlihatkan oleh murid. Walaupun masih terdapat sedikit

    kesalahan, namun terdapat penambahbaikan yang dapat dilihat daripada ayat tersebut.

    Rajah 5: Graf Perbandingan Keputusan Praujian dan Pascaujian

    Graf perbandingan keputusan praujian dan pascaujian juga menunjukkan peningkatan

    terhadap prestasi murid setelah menjalani beberapa sesi intervensi. Hal ini menunjukkan

    kesemua murid yang menjalani sesi intervensi menunjukkan peningkatan dari segi penguasaan

    penggunaan huruf besar dan huruf kecil dalam penulisan.Dapatan daripada graf ini

    menunjukkan murid yang mencatat markah tertinggi semasa pascaujian ialah murid C

    manakala murid yang mencatat markah terendah semasa pascaujian ialah murid E.

    Teori Kecerdasan Pelbagai (TKP) merupakan satu teori yang penting kerana mempunyai

    hubung kait yang dapat dengan bidang pendidikan (Tuan Jah, 2011). Dalam hal ini, teknik

    BIK yang diwarnakan dengan warna masing-masing dapat membantu murid untuk lebih peka

    terhadap konsep yang ingin disampaikan.Oleh yang demikian, setelah melalui 4 intervensi

    sepanjang tempoh kajian, dapatlah disimpulkan bahawa teknik BIK dapat meningkatkan tahap

    penguasaan murid terhadap penggunaan huruf besar dan huruf kecil dalam penulisan ayat.

    21

    3732 34

    40 40

    6875

    80 78

    6570

    0

    20

    40

    60

    80

    100

    A B C D E F

    Markah (%)

    Murid

    Praujian

    Pascaujian

  • Prosiding Seminar Penyelidikan Tindakan, 1 - 2 Oktober 2014

    7

    Persoalan 2 : Adakah pengaplikasian teknik BIK dapat meningkatkan prestasi murid

    dalam penguasaan huruf besar dan huruf kecil dalam penulisan ayat?

    Prestasi murid merujuk kepada hasil analisis melalui perubahan keputusan markah semasa

    praujian dan pascaujian dilaksanakan. Peningkatan dan penurunan markah dikira jika ada

    sebarang perubahan dan telah dinyatakan dalam bentuk peratus perubahan bagi menunjukkan

    perubahan prestasi yang berlaku.

    Jadual 1menunjukkan taburan markah murid dalam praujian dan pascaujian. Selain itu, jadual

    tersebut menunjukkan peratus markah yang diperolehi, jumlah peningkatan dan peratus

    perubahan markah.Hasil analisis data menunjukkan markah peningkatan tertinggi dapat

    dilihat melalui murid C dengan peningkatan +48 markah iaitu sebanyak 150 peratus.

    Perubahan ini menunjukkan peningkatan gred daripada Gred D ke Gred A.

    Jadual 1 : Taburan Gred Prestasi Responden (Praujian dan Pascaujian) Bil Nama

    Murid

    Pra Pasca Jumlah

    Peningkatan

    Peratus

    Peningkatan Markah(%) G Markah(%) G

    1 A 21 D 68 B +47 223.8

    2 B 37 D 75 B +38 102.7

    3 C 32 D 80 A +48 150

    4 D 34 D 78 B +44 129.4

    5 E 40 C 65 B +25 62.5

    6 F 40 C 70 B +30 75

    Purata

    Keseluruhan 34 D 72.7 B 38.7 123.9

    Purata min keseluruhan praujian ialah 34 peratus dan meningkat kepada 72.7 peratus dalam

    pascaujian. Peningkatan jumlah markah ialah +38.7 dengan peratusan sebanyak 123.9

    peratus.Hasil kajian menunjukkan tiada murid yang mendapat Gred A apatah lagi Gred B,

    manakala murid E dan murid F pula mendapat Gred C, murid A, murid B, murid C, dan murid

    D pula mendapat Gred D semasa praujian dilaksanakan. Bagaimanapun, semasa pascaujian

    dilaksanakan didapati peningkatan yang ketara berlaku apabila murid C mendapat Gred A dan

    murid A, B, D, E dan F mendapat Gred B. Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa markah

    kesemua murid meningkat selepas sesi intervensi dilaksanakan.

    Peningkatan prestasi melalui teknik BIK adalah selari dengan Rashidi dan Razak (1995) yang

    menyatakan bahawa peperiksaan bergantung kepada kebolehan murid dalam mengingati dan

    memahami konsep-konsep dalam mata pelajaran berkenaan. Maka, melalui teknik BIK ini

    murid mampu mengingat konsep penggunaan huruf besar dan huruf kecil dalam penulisan

    sekaligus membantu meningkatkan prestasi mereka dalam penulisan karangan kertas 2.

    Choong Lean Keow (2008) menyokong hal tersebut dengan perkaitan Teori Ausubel iaitu

    pembelajaran baru hendaklah dikaitkan dengan pengetahuan sedia ada dan maklumat tersebut

    disusun untuk memudahkan ingatan seseorang.

    Dapatan daripada intervensi ini juga bertepatan dengan kajian yang telah dijalankan oleh

    Amirah Khairunnisa (2012), bahawa penggunaan imej visual dapat mengatasi masalah

    penggunaan huruf kecil dan huruf besar dalam penulisan.Hasil analisis data daripada gred

    prestasi responden ini juga dapatmembuktikan bahawa teknik BIK dapat membantu murid

    untuk meningkatkan penguasaan kemahiran penggunaan huruf besar dan huruf kecil sekaligus

    membuktikan bahawa pengaplikasian teknik BIK dapat meningkatkan prestasi murid dalam

    penggunaan huruf besar dan huruf kecil dalam penulisan ayat.

  • Prosiding Seminar Penyelidikan Tindakan, 1 - 2 Oktober 2014

    8

    Persoalan 3 : Adakah terdapat perbezaan terhadap tahap penguasaan huruf besar dan

    huruf kecil dalam kalangan murid lelaki dan perempuan selepas teknik BIK

    dijalankan?

    Rajah 6 : Graf Perbandingan Keseluruhan (Praujian,Pascaujian & PeratusPeningkatan)

    Antara Murid Lelaki dan Murid Perempuan

    Hasil dapatan yang ditunjukkan menerusi graf perbandingan di atas menunjukkan murid

    perempuan lebih menguasai teknik BIK yang digunakan ini untuk meningkatkan tahap

    penguasaan dalam penggunaan huruf besar dan huruf kecil dalam penulisan ayat. Hal ini

    kerana mereka lebih bersikap teliti dan tidak bermain-main semasa sesi intervensi

    dilaksanakan. Murid lelaki pula lebih suka bermain-main dan ingin cepat siap semasa

    pelaksanaan intervensi dijalankan membuatkan peratus peningkatan penguasaan mereka lebih

    rendah apabila dibandingkan dengan murid perempuan.

    Refleksi

    Kajian tindakan merupakan satu usaha yang dilakukan oleh para pendidik dalam

    meningkatkan mutu profesionalisme dalam pendidikan. Melalui kajian tindakan, para

    pendidik dapat menyelidik situasi sosial di sekolah dan institusi pendidikan dan seterusnya

    membaiki kualiti amalan harian dalam sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Guru

    haruslah mengambil inisiatif untuk melaksanakan kajian tindakan terhadap murid-murid

    dalam usaha membaiki kualiti pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.

    Penggunaan huruf besar yang terkandung dalam tanda baca merupakan salah satu aspek yang

    amat penting dalam kemahiran menulis. Kesalahan yang berpunca dari tanda baca ini boleh

    mengubah maksud keseluruhan ayat (Alwi,1986). Pendapat yang diutarakan oleh Alwi (1986)

    menunjukkan bahawa ternyata penggunaan huruf besar dalam kemahiran menulis amat

    penting bagi menyampaikan mesej yang ingin disampaikan oleh penulis kepada pembaca.

    Oleh yang demikian, masalah penggunaan huruf besar yang tidak diselesaikan dengan segera

    akan mencacatkan sesuatu bentuk penulisan dan menyebabkan makna sebenar yang ingin

    disampaikan tidak dapat sampai kepada pembaca atau pihak yang lain.

    Kajian ini dilaksanakan bertujuan untuk mengenal pasti penggunaan teknik BIK dalam

    mengurangkan masalah penguasaan huruf besar dalam kalangan murid. Teknik ini

    membawakan konsep-konsep penting dalam membantu murid mengingat konsep penggunaan

    huruf besar dan huruf kecil dengan betul dalam sesuatu penulisan ayat. Teknik-teknik lain

    seperti latih tubi turut diselitkan dalam sesi intervensi ini terutamanya dalam peringkat murid

    menuliskan huruf besar dan huruf kecil bagi membezakan kedua-dua jenis huruf

    ini.Keberkesanan teknik latih tubi dalam meningkatkan penguasaan penggunaan huruf besar

    dan kecil turut dikaji oleh Roselind Ucha dalam kajiannya dan berpendapat bahawa teknik ini

    sememangnya berkesan digunakan dalam menguasai huruf besar dan huruf kecil dalam

    penulisan.

    38

    71

    3330

    74.3

    44.3

    0

    20

    40

    60

    80

    Praujian Pascaujian Peratus Peningkatan

    Graf Perbandingan Keseluruhan

    Lelaki

    Perempuan

  • Prosiding Seminar Penyelidikan Tindakan, 1 - 2 Oktober 2014

    9

    Setelah peringkat ini dilaksanakan, murid dibawa pula untuk mengenali dan mendalami antara

    kata nama khas dan kata nama am dengan lebih dalam lagi bagi membezakan kedua-dua jenis

    kata nama ini. Pada ketika intervensi ini dijalankan, saya akan sedaya upaya membimbing

    murid untuk membina kefahaman mereka dalam membezakan keperluan penggunaan huruf

    besar dan huruf kecil mengikut kata nama tersebut. Pemahaman murid juga akan dikukuhkan

    lagi melalui pengaplikasian konsep BIK ini dalam penulisan ayat. Pada peringkat inilah daya

    ingatan murid akan diuji melalui cara mereka menggunakan konsep ini untuk menggunakan

    huruf besar dan kecil dengan betul.

    Hasil kajian ini mendapati bahawa teknik BIK dapat meningkatkan penguasaan murid dalam

    penggunaan huruf besar dan huruf kecil dengan betul dalam penulisan ayat. Rawatan yang

    dilaksanakan selama empat minggu ini menuntut saya untuk menjadi fasilitator yang menjadi

    pemudah cara dan memberikan bantuan dalam apa jua keadaan bagi memastikan murid betul-

    betul faham akan penggunaan konsep ini dalam mengatasi masalah yang mereka hadapi.

    Keputusan pascaujian yang didapati setelah sesi rawatan ini dilaksanakan menunjukkan

    perbezaan yang ketara melalui analisis markah yang dilaksanakan setelah dibandingkan

    dengan praujian. Analisis dokumen yang dilakukan menerusi lembaran kerja pascaujian

    menunjukkan penurunan kesalahan penggunaan huruf besar dan kecil secara keseluruhan

    setelah dibandingkan dengan praujian.

    Antara kelebihan teknik BIK yang saya perkenalkan ini ialah untuk mencapai tahap

    penguasaan yang baik bagi penggunaan huruf besar dan huruf kecil dalam penulisan ayat.

    Teknik ini mungkin kelihatannya masih baru, namun dapat melatih murid untuk mengingat

    konsep penting dalam penggunaan huruf besar dan kecil dalam penulisan ayat. Keberkesanan

    teknik ini dapat dibuktikan melalui hasil dapatan yang diperolehi daripada kajian ini. Kajian

    ini juga dapat membuktikan bahawa tidak terdapat perbezaan yang ketara dalam tahap

    penguasaan huruf besar dan huruf kecil dalam kalangan murid berlainan jantina selepas teknik

    BIK dijalankan. Walaubagaimanapun skor peratus peningkatan antara lelaki dan perempuan

    turut menunjukkan perbezaan di mana peratus peningkatan murid perempuan lebih tinggi

    berbanding murid lelaki. Hal ini kerana murid perempuan lebih bersikap teliti, menumpukan

    perhatian dan kurang bermain berbanding murid lelaki yang kurang menumpukan perhatian,

    bermain-main dan suka bercakap semasa guru melaksanakan intervensi di hadapan.

    Dari segi tahap prestasi pula, jadual skor perbandingan peratus peningkatan menunjukkan

    murid yang mengalami peningkatan tertinggi dan terendah menerusi markah yang diperolehi

    daripada praujian dan pascaujian. Oleh yang demikian bagi mengukuhkan lagi dapatan ini,

    analisis daripada lembaran kerja digunakan bagi menunjukkan perubahan dan peningkatan

    dalam bentuk kesalahan huruf besar dan huruf kecil yang dihadapi oleh mereka. Tidak kira

    sekecil manapun atau sebesar manapun peratus peningkatan yang dihadapi oleh murid ini,

    namun yang pastinya teknik BIK ini sememangnya berkesan dalam meningkatkan tahap

    prestasi mereka dalam penguasaan huruf besar dan kecil dalam penulisan ayat.

    Cadangan Kajian Seterusnya

    Melalui kajian tindakan akan dapat membantu seorang guru mengetahui kelemahan amalan

    pengajaran dan pembelajaran yang tidak berkesan di samping dapat mengenal pasti masalah

    yang murid hadapi dalam pelajaran. Pengenalpastian kekurangan dan kelemahan yang dikesan

    dapat mendorong guru memikirkan inisiatif baru yang lebih berkesan dalam pengendalian sesi

    pengajaran dan pembelajaran sekaligus dapat menambahbaik amalan pengajaran dalam bilik

    darjah.

    Susulan daripada kajian ini, saya bercadang untuk meneruskan kajian ini dengan melibatkan

    pelbagai lagi aspek yang boleh dinilai, dilihat, diukur dan ditambah baik iaitu berkaitan dengan

  • Prosiding Seminar Penyelidikan Tindakan, 1 - 2 Oktober 2014

    10

    aspek kekemasan tulisan. Saya merasakan bahawa aspek ini amat sesuai untuk dijadikan

    tambahan kepada fokus kajian dan diperluaskan kepada peringkat awal sekolah rendah iaitu

    tahap 1. Pengaplikasian teknik ini kepada murid tahap 1 pada hemat saya amat sesuai kerana

    mereka masih mempelajari kemahiran menulis peringkat awal dan koordinasi mata dan tangan

    dalam membentuk abjad dari A hingga Z.

    Selain itu, saya bercadang untuk meluaskan lagi skop kajian ini dalam kajian seterusnya.

    Dalam kajian ini, masalah pembelajaran murid hanya terhad dalam kemahiran menggunakan

    huruf besar dan huruf kecil sahaja. Justeru itu, sekiranya saya dapat melaksanakan kajian

    seterusnya dengan berkisar kepada topik ini, maka saya ingin meningkatkan penguasaan tanda

    baca seperti tanda baca koma, tanda noktah, tanda soal dan tanda seru. Saya juga akan

    mempraktikkan teknik latih tubi untuk digabungkan bersama dengan teknik BIK ini supaya

    dapat memastikan murid dapat membina kefahaman dan daya ingatan yang lebih kuat dan

    menyeluruh akan konsep yang diperlukan dalam menulis huruf besar dan kecil dalam

    penulisan. Saya juga akan mengaplikasikan elemen visual dan warna untuk menguatkan lagi

    daya ingatan murid terhadap konsep ini. Hal ini kerana pemberian warna yang menarik mampu

    merangsang minda murid untuk mengingat konsep-konsep tertentu dan dapat mengaplikasikan

    konsep tersebut dengan jayanya.

    Di samping itu, saya juga berharap agar kajian ini dapat diteruskan pada masa hadapan dengan

    lebih meluas dan menyeluruh agar pelaksanaan teknik ini dapat dibuktikan dan diperakui

    melalui penambahan bilangan murid kajian yang lebih besar dan disertai dengan penggunaan

    teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran yang lebih canggih dan menarik seiring dengan

    pelaksanaan teknik BIK ini. Sekiranya hal ini dapat dilakukan, sudah tentu murid-murid

    sekolah rendah akan dapat menguasai kemahiran menulis dengan lebih baik lagi dan dapat

    mempersiapkan diri untuk mempelajari kemahiran yang lebih tinggi dalam kemahiran

    menulis.

    Kejayaan dalam pelaksanaan kajian ini sudah tentu akan dapat mendorong unit dan panitia

    yang ada dalam sesebuah sekolah, terutamanya Panitia Bahasa Melayu supaya dapat

    meningkatkan peratus pencapaian dan penguasaan murid dalam 3M. Hal ini boleh

    memotivasikan mereka untuk menganjurkan pertandingan-pertandingan bahasa Melayu

    seperti sajak, pantun dan menulis karangan pelbagai genre tanpa membelakangkan kelemahan

    serta kesilapan yang boleh melambatkan kemajuan murid dalam menguasai kejayaan yang

    ingin dicapai.

    Rujukan

    Abdul Hamid Mahmood (2006), Kursus Menguasai Bahasa Melayu Mudah. Penerbit

    Universiti Pendidikan Sultan Idris Tanjong Malim. Perak Darul Ridzuan.

    Akhiar Pardi & Shamsina Shamsuddin (2011), Pengantar Penyelidikan Tindakan dalam

    Penyelidikan Pendidikan. Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd. Selangor Darul Ehsan.

    Alwi Salim (1986), Menguasai kemahiran KBSR secara praktis. Petaling Jaya.Penerbit Fajar

    Bakti. Bhd.

    Amirah Khairunnisa bt Jaafar (2012), Kesan Penggunaan Kaedah Imej Visual dalam

    Mengatasi Masalah Penggunaan Huruf Besar dan Huruf Kecil Penulisan Bahasa

    Melayu Murid Tahun Lima, Sarawak. Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang.

    Aznizah binti Maksit (2012), Buku Garis Tiga Biar Lambat, Asal Kemas. Keningau, Sabah.

    Institut Pendidikan Guru Kampus Keningau.

  • Prosiding Seminar Penyelidikan Tindakan, 1 - 2 Oktober 2014

    11

    Choong Lean Keow (2008), Murid dan Alam Belajar. Kumpulan Budiman Sdn Bhd. Kuala

    Lumpur.

    Rashidi Azizan & Razak Habib (1995). Pengajaran Dalam Bilik Darjah Kaedah Dan Strategi.

    Kajang: Masa Enterprise

    Raminah Hj. Sabran (1986), Kemahiran Bahasa untuk Maktab Perguruan. Fajar Bakti.

    Petaling Jaya.

    Roselind Ucha Anak Jubong (2012), Keberkesanan Teknik Latih Tubi Dalam Meningkatkan

    Penguasaan Penggunaan Huruf Besar dan Kecil. Keningau, Sabah. Institut

    Pendidikan Guru Kampus Keningau.

    Rosinah Edinin (2013), Penyelidikan Tindakan: Kaedah dan Penulisan. Freemind Horizons

    Sdn. Bhd. Kuala Lumpur.

    Tuan Jah Tuan Yusof & Faridah Nazir (2011), Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu.

    Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd. Selangor Darul Ehsan.

    Tuan Jah Tuan Yusof (2011), Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah.

    Penerbitan Multimedia Sdn Bhd.

  • Prosiding Seminar Penyelidikan Tindakan, 1 - 2 Oktober 2014

    12

    SEJATI ITULAH YANG AKU TULIS

    ANSI ANAK KONYUO

    PISMP Bahasa Melayu

    Institut Pendidikan Guru Kampus Keningau

    [email protected]

    JUHILIN LOSUYUN TAKUN

    [email protected]

    Abstrak

    Kajian tindakan ini dijalankan untuk mengenal pasti keberkesanan teknik latih

    tubi SEJATI dalam meningkatkan kemahiran menulis dan mengurangkan

    kesalahan ejaan bagi perkataan tiga suku kata KV+KV+KVK dalam kalangan

    murid Tahun 3 di Sekolah Kebangsaan Bunsit, Keningau. Kajian ini

    melibatkan 8 orang murid yang terdiri daripada 4 orang murid lelaki dan 4

    orang murid perempuan. Instrumen yang digunakan adalah pra ujian dan

    pasca ujian. Data dianalisis menggunakan statistik deskriptif iaitu peratus.

    Hasil analisis menunjukkan bahawa semua murid yang terlibat dalam kajian

    ini berjaya meningkatkan kemahiran menulis perkataan tiga suku kata

    KV+KV+KVK dengan peningkatan nilai peratusan markah adalah sebanyak

    10% hingga 70%. Manakala, hasil analisis kesalahan ejaan yang dibuat ke atas

    instrumen ujian pra dengan ujian pasca menujukkan berlaku pengurangan

    kesalahan ejaan perkataan tiga suku kata KV+KV+KVK yang dilakukan oleh

    murid dengan peratus pengurangan adalah sebanyak 10% hingga 70%. Secara

    keseluruhannya, teknik SEJATI ini dapat meningkatkan kemahiran dan

    mengurangkan kesalahan ejaan bagi perkataan tiga suku kata KV+KV+KVK.

    Kata Kunci: Teknik SEJATI, kemahiran menulis, perkataan tiga suku kata

    KV+KV+KVK, ujian pra, ujian pasca

    Abstract

    This action research is conducted to identify the effectiveness of drilling

    technique SEJATI in order to enhance pupils writing skill and reduce the

    spelling error specifically on words consist of three morphemes, KV +KV +

    KVK of Year 3 pupils in Sekolah Kebangsaan Bunsit, Keningau. This research

    conducted on 8 targeted pupils consist of 4 boys and 4 girls. The instrumen

    used for evaluation is pre and post test. The data is analyzed by using

    descriptive statistic which is in a form of percentage. The result of the

    conducted test shown that all the pupils have improved their writing skills of

    three morphemes words of KV+ KV+KVK. The improvement is about 10 % to

    70 %. Meanwhile, the analysis of pre and post test of pupils spelling error

    shown that they managed to reduce their error on the three morphemes words

    of KV + KV +KVK. The improvement is about 10 % to 70 %. Overall, the

    SEJATI technique can enhance pupils writing skill and reduce their spelling

    error specifically on three morphemes words of KV+KV+KVK.

    Keywords: technique SEJATI, writing skill, words consist of three

    morphemes KV +KV + KVK, pre test, post test

    mailto:[email protected]:[email protected]
  • Prosiding Seminar Penyelidikan Tindakan, 1 - 2 Oktober 2014

    13

    Refleksi Pengajaran Dan Pembelajaran

    Saya telah menjalani praktikum fasa ketiga di SK. Bunsit Keningau. Tempoh praktikum ini

    adalah selama tiga bulan. Berdasarkan pengalaman sepanjang tempoh praktikum tersebut, saya

    mendapati pelaksanaan sesi pengajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaran Bahasa

    Malaysia Tahun 3 berjalan dengan baik. Murid-murid melibatkan diri secara aktif dan terkawal

    dalam aktiviti yang dijalankan sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran.

    Walaubagaimanapun, terdapat sebilangan murid yang belum menguasai kemahiran

    mengeja perkataan dengan betul. Daripada pemerhatian saya terhadap lembaran-lembaran

    kerja yang telah mereka siapkan, terdapat beberapa perkataan yang salah dieja, sama ada

    berlaku pengguguran huruf, penambahan huruf dan pengaruh bahasa dialek. Perkara ini

    merupakan satu kerugian kepada murid-murid kerana keperluan untuk menguasai kemahiran

    menulis pada peringkat sekolah rendah sangat penting dalam usaha untuk melengkapkan

    kemahiran berbahasa mereka, yakni kemahiran lisan, kemahiran membaca, dan kemahiran

    menulis.

    Jika dikaitkan dengan sesi pengajaran dan pembelajaran yang telah saya laksanakan

    ini, murid-murid diminta untuk membina ayat majmuk menggunakan kata hubung gabungan

    yang telah disediakan. Meskipun disediakan dua ayat tunggal untuk digabungkan

    menggunakan kata hubung gabungan tersebut, masih terdapat kesalahan ejaan dalam

    penulisan mereka. Hal ini merisaukan saya kerana kepincangan pada peringkat asas boleh

    mempengaruhi peringkat-peringkat yang lebih kompleks khususnya dalam proses untuk

    menguasai kemahiran menulis dalam bahasa Melayu.

    Saya menyedari bahawa kepincangan ini wujud berikutan pelaksanaan sesi

    pengajaran dan pembelajaran yang kurang sesuai dengan tahap pembelajaran beberapa orang

    murid. Justeru, adalah wajar satu tindakan dirancang dan dilaksanakan bagi menambah baik

    kekurangan ini. Dalam kajian ini, saya memilih untuk menggunakan teknik SEJATI bagi

    mengurangkan kesalahan ejaan perkataan dalam kalangan murid-murid tersebut.

    Fokus Kajian

    Fokus kajian ini tertumpu kepada masalah penulisan dalam skop ejaan. Dalam pengajaran

    bahasa Melayu, kemahiran menulis dianggap sukar dikuasai khususnya dalam kalangan murid

    sekolah rendah sama ada tahap satu mahupun tahap dua. Setelah beberapa kali melaksanakan

    pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas Tahun 3, saya mendapati objektif pengajaran

    yang saya sasarkan tidak tercapai. Perkara ini benar-benar merunsingkan saya selaku guru

    yang memegang amanah dan bernaung di bawah Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

    Murid-murid didapati melakukan kesalahan ejaan sehingga ayat yang dibina

    membawa ketaksaan makna. Contohnya, perkataan mengelap ditulis sebagai melap perkataan

    pelukis ditulis puluis, dan perkataan melukis ditulis metukis. Rentetan daripada hal ini, saya

    terdorong untuk membuat kajian penyelidikan bagi mengatasi masalah ini agar tidak

    berleluasa dan terbiar ibarat luka menjadi kudis. Sungguhpun kesalahan ejaan yang dilakukan

    oleh murid-murid dilihat dari pelbagai aspek seperti kesalahan penggunaan huruf besar dan

    huruf kecil, saya hanya akan menumpukan aspek ejaan pada perkataan tiga suku kata

    KV+KV+KVK sahaja.

  • Prosiding Seminar Penyelidikan Tindakan, 1 - 2 Oktober 2014

    14

    Objektif Kajian

    a) Mengenal pasti keberkesanan teknik SEJATI dalam meningatkan kemahiran

    menulis perkataan tiga suku kata KV+KV+KVK dengan betul dalam kalangan murid

    Tahun 3 di SK. Bunsit.

    b) Mengenal pasti kesesuaian teknik SEJATI dalam mengurangkan kesalahan ejaan

    perkataan tiga suku kata KV+KV+KVK dalam kalangan murid Tahun 3 di SK. Bunsit.

    Persoalan Kajian

    a) Adakah teknik SEJATI sesuai digunakan dalam meningkatkan kemahiran menulis

    perkataan tiga suku kata KV+KV+KVK dengan betul dalam kalangan murid Tahun 3

    di SK. Bunsit?

    b) Adakah teknik SEJATI sesuai digunakan dalam mengurangkan kesalahan ejaan

    perkataan tiga suku kata KV+KV+KVK dalam kalangan murid Tahun 3 di SK.

    Bunsit?

    Kumpulan Sasaran

    Kumpulan sasaran kajian melibatkan 8 orang murid di Tahun 3 di S.K Bunsit, Keningau.

    Sampel ini terdiri daripada 4 orang perempuan dan 4 orang lelaki. Sampel yang terpilih ini

    tidak mengikuti sebarang kelas tambahan atau kelas Bahasa Malaysia di luar waktu sekolah.

    Sampel-sampel ini dipilih berikutan kekerapan mereka menulis perkataan suku kata

    KV+KV+KVK dengan ejaan yang salah adalah tinggi.

    Jadual 1: Maklumat Murid

    Bil. Sampel Kajian Jantina Bangsa Tahap Kesihatan

    1. Murid A P Dusun Normal

    2. Murid B P Dusun Normal

    3. Murid C P Dusun Normal

    4. Murid D P Dusun Normal

    5. Murid E L Dusun Normal

    6. Murid F L Dusun Normal

    7. Murid G L Dusun Normal

    8. Murid H L Dusun Normal

    Pelaksanaan Tindakan

    Saya memilih teknik SEJATI untuk memperbaiki proses pengajaran dan pembelajaran yang

    menjadi amalan kepada guru dalam mengurangkan kesalahan ejaan pada perkataan tiga suku

    kata KV+KV+KVK yang yang ditulis dalam kalangan murid Tahun 3 di SK. Bunsit. Teknik

    SEJATI adalah satu teknik yang diubah suai daripada teknik latih tubi. Teknik ini dinamakan

    melalui proses pengakroniman. Menurut Nik Safiah et. al (2011), akronim ialah kata singkatan

    yang terbentuk dengan menggabungkan huruf awal suku kata dengan menggabungkan huruf

    awal dan suku kata daripada satu rangkai kata dan ditulis serta dilafazkan sebagai perkataan

    yang utuh. Justeru, teknik SEJATI dinamakan dengan menggabungkan suku kata dengan suku

    kata dan beberapa huruf yang terdapat pada perkataan sebut, eja, dan tulis. Dalam

    melaksanakan kajian ini, saya menggunakan model Kemmis dan Mctaggart (1988) dalam

    Salvia Dumat (2013). Model ini melibatkan empat proses iaitu merancang (plan), bertindak

    (action), memerhati (observe) dan mereflek (reflect). Pelaksanaan teknik SEJATI berdasarkan

    model ini adalah seperti yang ditunjukkan pada Rajah 2 yang berikut:

  • Prosiding Seminar Penyelidikan Tindakan, 1 - 2 Oktober 2014

    15

    Rajah 1: Pelaksanaan teknik SEJATI

    Cara Mengumpul Data

    Kaedah penilaian digunakan dalam pengumpulan data. Kaedah ini digunakan untuk mengutip

    data bagi menilai dan mengesan kefahaman subjek kajian terhadap sesuatu pelajaran yang

    telah dipelajari. Pelaksanaan kaedah ini adalah menggunakan instrumen praujian serta

    pascaujian. Ujian pra merupakan ujian awal yang dilaksanakan sebelum melaksanakan

    tindakan intervensi bagi mengesan kekerapan kesalahan murid dengan lebih terperinci.

    Manakala ujian pasca pula dilaksanakan selepas selesai tindakan intervensi untuk melihat

    peningkatan pencapaian subjek kajian dalam kemahiran menulis perkataan tiga suku kata

    KV+KV+KVK. Data atau maklumat tentang markah murid menerusi praujian dan pascaujian

    menjadi rujukan untuk menilai keberhasilan teknik SEJATI dalam meningkatkan kemahiran

    menulis perkataan tiga suku kata KV+KV+KVK dan mengurangkan kesalahan ejaan

    perkataan tiga suku kata KV+KV+KVK yang ditulis oleh murid Tahun 3 di SK. Bunsit,

    Keningau.

    Analisis Data

    Data yang diperolehi menerusi instrumen ujian pra dan ujian pasca dianalisis secara kuantitatif

    iaitu dengan nilai peratusan. Berikut merupakan formula pengiraan bagi nilai peratusan yang

    digunakan dalam kajian ini:

    X

    100 = Markah (%)

    N

    X = Markah yang diperolehi oleh murid

    N = Markah keseluruhan

    Rajah 2: Formula Pengiraan Peratus Ujian

    (Sumber: Chia Chiow Ming et.al, 2013)

    Merancang:

    Memilih amalan pengajaran yang sesuai dengan masalah pembelajaran murid iaitu

    teknik SEJATI.

    Bertindak:

    Menjalankan sesi pengenalan dan 4 sesi intervensi teknik SEJATI.

    Memerhati:

    Mengumpul data untuk menilai hasil atau kesan pelaksanaan teknik SEJATI.

    Mereflek:

    Menilai dan menganalisis semula tindakan yang dilaksanakan dari segi kekuatan dan

    kelemahannya untuk penambahbaikan.

  • Prosiding Seminar Penyelidikan Tindakan, 1 - 2 Oktober 2014

    16

    Gred bagi markah yang diperolehi oleh murid dikelaskan mengikut skala yang ditunjukkan

    pada Jadual 2 yang berikut:

    Jadual 2: Penentuan Tahap Pencapaian dan Gred (Sumber: Sistem Pencapaian dan Gred

    Sekolah Kebangsaan Bunsit, Keningau dalam Marinah, 2013)

    Pencapaian Gred

    Cemerlang

    (80%-100%)

    A

    Baik

    (60%-70%)

    B

    Memuaskan

    (40%-59%)

    C

    Minimum

    (20%-39%)

    D

    Lemah

    (0%-19%)

    E

    Dapatan dan Perbincangan

    Soalan kajian 1: Adakah teknik SEJATI berkesan dalam meningkatkan kemahiran

    mengeja perkataan tiga suku kata KV+KV+KVK dalam kalangan murid Tahun 3 di SK.

    Bunsit?

    Bagi menjawab persoalan kajian pertama ini, instrumen yang digunakan adalah ujian pra dan

    ujian pasca. Soalan ujian pra dan ujian pasca digubal berdasarkan kemahiran yang difokuskan

    iaitu kemahiran menulis perkataan tiga suku kata KV+KV+KVK dengan ejaan yang betul.

    Jumlah soalan bagi ujian pra dan ujian pasca adalah sama iaitu sebanyak 10 soalan. Tempoh

    masa yang ditetapkan untuk murid menjalani ujian pra dan ujian pasca ini adalah selama 30

    minit. Data yang diperolehi menerusi ujian pra dan ujian pasca ini dianalisis menggunakan

    nilai peratusan dan min.

    Pertama, data yang dianalisis adalah skor markah yang diperolehi oleh murid pada

    ujian pra. Data ini dirumuskan dalam bentuk jadual seperti yang berikut:

    Jadual 3: Analisis Markah Ujian Pra

    Murid Ujian Pra

    (x/10)

    Markah

    (%)

    Gred

    A 5 50 C

    B 6 60 B

    C 4 40 C

    D 3 30 D

    E 6 60 B

    F 0 0 E

    G 5 50 C

    H 2 20 D

    Berdasarkan Jadual 3, murid yang mendapat keputusan yang paling rendah adalah

    murid F iaitu dengan nilai peratusan 0% dan gred E. Manakala terdapat dua orang murid yang

    mendapat keputusan yang paling tinggi iaitu murid B dan murid E dengan masing-masing

    mendapat nilai peratusan 60% dan gred B. Kedua, data yang dianalisis adalah skor markah

    yang diperolehi oleh murid pada ujian pasca.

  • Prosiding Seminar Penyelidikan Tindakan, 1 - 2 Oktober 2014

    17

    Jadual 4: Analisis Markah Ujian Pasca

    Murid Ujian Pasca

    (x/10)

    Markah

    (%)

    Gred

    A 8 80 A

    B 9 90 A

    C 8 80 A

    D 7 70 B

    E 7 70 B

    F 6 60 B

    G 8 80 A

    H 9 90 A

    Berdasarkan Jadual 4, terdapat dua orang murid yang mendapat keputusan yang paling

    tinggi iaitu murid B dan murid H dengan masing-masing mendapat nilai peratusan 90% dan

    gred A. Sementara itu, murid yang mendapat markah terendah adalah murid F dengan nilai

    peratusan 60% dan gred B.

    Seterusnya, bagi menilai keberkesanan teknik SEJATI ini, perbandingan nilai

    peratusan skor markah dan gred dibuat di antara ujian pra dan ujian pasca. Perbandingan ini

    dirumuskan dalam bentuk jadual dan graf seperti yang berikut:

    Jadual 5: Analisis Markah Ujian Pra Dan Ujian Pasca

    Murid Ujian Pra

    (x/10)

    Markah

    (%)

    Gred Ujian

    Pasca

    (x/10)

    Markah

    (%)

    Gred

    A 5 50 C 8 80 A

    B 6 60 B 9 90 A

    C 4 40 C 8 80 A

    D 3 30 D 7 70 B

    E 6 60 B 7 70 B

    F 0 0 E 6 60 B

    G 5 50 C 8 80 A

    H 2 20 D 9 90 A

  • Prosiding Seminar Penyelidikan Tindakan, 1 - 2 Oktober 2014

    18

    Rajah 5: Perbandingan Nilai Peratusan Markah Ujian Pra dengan Ujian Pasca

    Melihat kepada perbandingan nilai peratusan skor markah dan gred di antara ujian

    pra dan ujian pasca seperti yang ditunjukkan pada Jadual 5 dan Rajah 5, peningkatan nilai

    peratusan yang paling memberangsangkan adalah yang dicapai oleh murid F iaitu meningkat

    sebanyak 60% pada ujian pasca dari 0% pada ujian pra dan mendapat gred B pada ujian pasca

    berbanding gred E pada ujian pra. Namun, peningkatan markah tertinggi adalah bagi murid H

    iaitu sebanyak 70% dengan perubahan gred D kepada gred A. Manakala peningkatan markah

    yang paling rendah adalah sebanyak 10% oleh murid E dengan pengekalan gred B pada ujian

    pasca kerana murid ini sudah mendapat markah yang tinggi semasa ujian pra. Secara

    keseluruhannya, dapatan menunjukkan penggunaan teknik SEJATI berkesan dalam

    meningkatkan kemahiran menulis perkataan bersuku kata KV+KV+KVK murid dengan ejaan

    yang betul. Keseluruhannya, peningkatan nilai peratusan markah dan gred yang diperolehi

    oleh setiap murid pada ujian pasca setelah teknik SEJATI ini dilaksanakan telah menjawab

    soalan kajian pertama iaitu, teknik SEJATI berkesan dalam meningkatkan kemahiran mengeja

    perkataan tiga suku kata KV+KV+KVK dalam kalangan murid Tahun 3 di SK. Bunsit.

    Soalan kajian 2: Adakah teknik SEJATI berkesan dalam mengurangakan kesalahan

    ejaan bagi perkataan tiga suku kata KV+KV+KVK dalam kalangan murid Tahun 3 di

    SK. Bunsit?

    Instrumen ujian pra dengan ujian pasca turut digunakan bagi menjawab persoalan kajian kedua

    ini. Jumlah kesalahan ejaan bagi perkataan tiga suku kata KV+KV+KVK yang ditulis oleh

    murid dianalisis menggunakan nilai peratusan. Jadual 6 yang berikut menunjukkan nilai

    peratusan kesalahan ejaan yang dilakukan oleh murid bagi ujian pra:

    0

    10

    20

    30

    40

    50

    60

    70

    80

    90

    100

    Murid

    A

    Murid

    B

    Murid

    C

    Murid

    D

    Murid

    E

    Murid

    F

    Murid

    G

    Murid

    H

    Ma

    rka

    h (

    %)

    Ujian Pra

    Ujian Pasca

  • Prosiding Seminar Penyelidikan Tindakan, 1 - 2 Oktober 2014

    19

    Jadual 6: Analisis Kesalahan Ejaan Murid pada Ujian Pra

    Murid Ujian Pra (x/10) Peratus Kesalahan

    Ejaan (%)

    A 5 50

    B 4 40

    C 6 60

    D 7 70

    E 4 40

    F 10 100

    G 5 50

    H 8 80

    Berdasarkan Jadual 6, nilai peratusan kesalahan ejaan yang paling tinggi adalah

    sebanyak 100% iaitu merujuk kepada murid F. Sementara itu, nilai peratusan kesalahan ejaan

    yang paling rendah adalah merujuk kepada murid B dan murid E dengan masing-masing

    mendapat nilai peratusan kesalahan ejaan sebanyak 40%. Seterusnya, berikut merupakan

    analisis kesalahan ejaan bagi perkataan tiga suku kata KV+KV+KVK yang dilakukan oleh

    murid pada ujian pasca iaitu selepas empat sesi intervensi teknik SEJATI dilaksanakan.

    Jadual 7: Analisis Kesalahan Ejaan Murid pada Ujian Pasca

    Murid Ujian Pasca

    (x/10)

    Peratusan Kesalahan

    Ejaan

    (%)

    A 20 20

    B 10 10

    C 20 20

    D 30 30

    E 30 30

    F 40 40

    G 20 20

    H 10 10

    Jadual 7 menunjukkan analisis kesalahan ejaan murid pada ujian pasca. Berdasarkan

    Jadual 7 ini, berlaku pengurangan kesalahan ejaan bagi perkataan tiga suku kata

    KV+KV+KVK bagi semua murid yang terlibat. Data menunjukkan peratus pengurangan

    kesalahan ejaan yang paling tinggi adalah sebanyak 70% iaitu merujuk kepada murid H.

    Sementara itu, peratus pengurangan yang paling rendah adalah sebanyak 10% iaitu merujuk

    kepada murid E. Walau bagaimanapun, peratus pengurangan kesalahan yang paling

    memberangsangkan adalah merujuk kepada murid F. Ini kerana, pada ujian pasca, murid F

    melakukan kesalahan ejaan sebanyak 100% dan selepas sesi intervensi teknik SEJATI

    dijalankan, peratus kesalahan yang dilakukan oleh murid F berkurang kepada 40%. Data ini

    dapat dilihat dengan lebih jelas lagi dalam bentuk graf, iaitu:

  • Prosiding Seminar Penyelidikan Tindakan, 1 - 2 Oktober 2014

    20

    Rajah 6: Perbandingan Nilai Peratusan Kesalahan Ejaan Ujian Pra dengan Ujian Pasca

    Seperti yang telah dihuraikan, dapatan kajian menunjukkan kesalahan ejaan perkataan

    tiga suku kata KV+KV+KVK yang dilakukan oleh setiap murid yang terlibat dalam kajian ini

    telah berkurang. Ini seterusnya menjawab persoalan kajian kedua. Dengan itu, teknik SEJATI

    berkesan dalam mengurangakan kesalahan ejaan bagi perkataan tiga suku kata KV+KV+KVK

    dalam kalangan murid Tahun 3 di SK. Bunsit.

    Refleksi

    Kajian yang telah dilaksanakan ini berjaya mencapai semua objektif yang ditetapkan. Saya

    bersyukur kerana kajian ini membantu murid-murid Tahun 3 dalam mengatasi kecenderungan

    mereka untuk menulis perkataan tiga suku kata KV+KV+KVK berdasarkan pengaruh bahasa

    dialek, pengguguran, dan penggantian huruf. Diharapkan kajian ini dapat memberikan idea

    kepada guru-guru yang berhadapan dengan situasi yang hampir sama dengan pengkaji.

    Cadangan

    Kajian yang telah laksanakan ini sememangnya sudah memberikan kesan yang positif

    terhadap kemahiran menulis perkataan tiga suku kata KV+KV+KVK dalam kalangan murid

    Tahun 3 yang diajar oleh pengkaji. Sungguhpun demikian, saya mencadangkan agar teknik

    SEJATI ini boleh diaplikasikan terhadap kemahiran menulis perkataan bersuku kata lain iaitu

    tidak hanya terhad kepada perkataan tiga suku kata KV+KV+KVK sahaja. Di samping itu,

    teknik SEJATI ini boleh dijalankan dengan melibatkan bilangan murid yang lebih ramai.

    Selain itu, pengkaji turut mencadangkan agar teknik ini turut diaplikasikan dalam mata

    pelajaran lain.

    Senarai Rujukan

    Amri Izzad Bin Tahir. 2012. Teknik Latih Tubi Dalam Meningkatkan Penguasaan Suku Kata

    KVKV. Tesis Tidak Diterbitkan, IPG Kampus Keningau, Sabah.

    Chia Chiow Ming, Edna Wellington, Faridah Anum Abdul Wahid, Lew Moi Mooi PhD, Lim

    Zek Chew, Masitah Hj. Taib PhD, Munira Mohsin PhD, Rorlinda Yusof PhD, dan

    Shahrul Arbaiah Othman PhD. 2013. Penyelidikan Tindakan Panduan Penulisan

    Laporan. Kuala Lumpur: Freemind Horizons Sdn. Bhd.

    0

    10

    20

    30

    40

    50

    60

    70

    80

    90

    100

    Murid

    A

    Murid BMurid C Murid

    D

    Murid EMurid F Murid

    G

    Murid

    H

    (%)

    Ujian Pra

    Ujian Pasca

  • Prosiding Seminar Penyelidikan Tindakan, 1 - 2 Oktober 2014

    21

    Ho Fui Chen. 2012. Keberkesanan Teknik Imlak Dalam Meningkatkan Penguasaan

    Kemahiran Menulis Murid Tahun 4 Sekolah Kebangsaan Patikang Laut Keningau.

    Tesis Tidak Diterbitkan, IPG Kampus Keningau, Sabah.

    Kementerian Pelajaran Malaysia. 2012. Dokumen Standard Kurikulum Standard Sekolah

    Rendah (KSSR) Bahasa Malaysia Sekolah Kebangsaan Tahap 1. Kuala Lumpur:

    Bahagian Pembangunan Kurikulum.

    Marinah Binti Moklin. 2013. Penggunaan Teknik S.M.A.B Dalam Kemahiran Membina Ayat

    Majmuk. Tesis Tidak Diterbitkan, IPG Kampus Keningau, Sabah.

    Megat Muhammad Saufi Bin Megat Alias. 2010. Keberkesanan Teknik Latih Tubi Imlak

    Dalam Penulisan Ejaan Murid. Tesis Tidak Diterbitkan, IPG Kampus Keningau, Sabah.

    Nik Safiah Karim, Farid M.Onn, Hashim Haji Musa, dan Abdul Hamid Mahmood. 2011.

    Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

    Rosinah Edinin (PhD). 2011. Penyelidikan Tindakan Kaedah Dan Penulisan Edisi Kedua.

    Kuala Lumpur: Freemind Horizons Sdn. Bhd.

    Salvia Dumat. 2013. Aplikasi Kaedah Batu Bagi Mengurangkan Kesalahan Ejaan Murid

    Pemulihan Dalam Kemahiran Menulis. Tesis Tidak Diterbitkan, IPG Kampus

    Keningau, Sabah.

  • Prosiding Seminar Penyelidikan Tindakan, 1 - 2 Oktober 2014

    22

    KENALI SKKO DAN BINA AYAT TUNGGAL

    ARDY RECHIE APANG

    PISMP Bahasa Melayu

    Institut Pendidikan Guru Kampus Keningau

    [email protected]

    JUHILIN LOSUYUN TAKUN

    [email protected]

    Abstrak

    Kajian tindakan ini telah dilaksanakan untuk mengenal pasti penggunaan

    teknik SKKO dalam meningkatkan kemahiran membina ayat tunggal

    berdasarkan gambar murid Tahun 2. Seramai lima orang murid yang terlibat

    sebagai responden dalam kajian dengan tiga orang murid lelaki dan dua

    orang murid perempuan. Instrumen yang digunakan untuk mengumpul data

    dalam kajian ialah ujian, senarai semak dan soal selidik. Data yang diperoleh

    dianalisis secara deskriptif menggunakan bentuk kekerapan dan peratusan.

    Kajian ini menggunakan Model Kemmis dan Mc Taggart (1988) yang

    dijalankan selama tiga bulan. Dapatan kajian telah menunjukkan

    peningkatan prestasi dan minat yang berlaku terhadap responden dalam

    kemahiran membina ayat tunggal berdasarkan gambar. Dapatan juga

    menunjukkan murid memperlihatkan penglibatan yang aktif dalam sesi

    pengajaran dan pembelajaran guru. Oleh yang demikian, teknik ini jelas

    berjaya meningkatkan kemahiran membina ayat tunggal responden.

    Kata Kunci : teknik SKKO, kemahiran membina ayat,berpandukan gambar

    Abstract

    This action research has been conducted to identify the use of SKKO

    technique in improving the construct single sentence skill based on a

    given picture for Year 2 pupils. There were 5 pupils from Year 2 in

    Sekolah Kebangsaan Bunsit, Keningau has been selected as the

    respondents for this research. The data obtained were analyzed in the

    form of frequency and percentage. This research is based on Kemmis

    and Mc Taggart (1988) model, and has been carried out for three

    months. The result shows that there is an improvement in performance

    and interest among pupils in using SKKO technique in constructing

    sentence based on the picture given. The result also show an increment

    in active participation among pupils during teaching and learning

    session.Therefore, this technique is successful in improving the

    construct sentence skill of the respondents.

    Keywords : SKKO technique, construct single sentence skill, based on

    given picture

    mailto:[email protected]:[email protected]
  • Prosiding Seminar Penyelidikan Tindakan, 1 - 2 Oktober 2014

    23

    Refleksi Pengajaran Dan Pembelajaran

    Dalam Akta Pendidikan 1961, Bahasa Melayu berperanan sebagai bahasa pengantar ilmu. Hal

    ini jelas kerana Bahasa Melayu merupakan bahasa rasmi atau bahasa kebangsaan yang

    merupakan bahasa perhubungan dalam kalangan masyarakat Malaysia. Oleh itu,

    matapelajaran Bahasa Melayu dalam pendidikan adalah salah satu subjek yang wajib.

    Menyedari hakikat ini, telah menjadi tanggungjawab sebagai bakal guru Bahasa Melayu untuk

    memastikan murid-murid iaitu generasi pelapis ini menguasai bahasa ini.

    Pengkaji menjalankan praktikum di Sekolah Kebangsaan Bunsit, Keningau. Tempoh

    praktikum adalah selama tiga bulan. Pengkaji mengajar matapelajaran Bahasa Malaysia bagi

    kelas Tahun 2. Semasa pengkaji menjalankan latihan mengajar , didapati bahawa murid-murid

    tahun 2 menghadapi beberapa masalah di dalam matapelajaran Bahasa Malaysia. Semasa

    pengkaji menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran kemahiran menulis, didapati

    kebanyakan murid menghadapi masalah dalam pembinaan ayat tunggal, apatah lagi sekiranya

    murid menulis ayat majmuk dan kosa kata atau rangkai kata tidak disertakan. Amalan

    memberikan murid perbendaharaan kata semasa membina ayat dapat memudahkan proses

    pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Walau bagaimanapun, amalan sedemikian

    bukan sahaja mematikan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif (KBKK), malah juga

    tidak dapat meningkatkan kemahiran membina ayat dalam penulisan, khasnya membina ayat

    tunggal sesuatu topik.

    Pengkaji telah menjalankan pemerhatian terhadap buku tulis dan buku kerja aktiviti murid

    Tahun 2. Didapati pada peringkat ini, latihan-latihan seperti melengkapkan ayat, menyusun

    semula perkataan untuk menjadi ayat yang betul, menyusun urutan ayat, dan membina ayat

    mengikut tahap keupayaan dan kebolehan murid dalam penulisan. Oleh itu, pengkaji telah

    menjalankan beberapa sesi pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan aktiviti membina

    ayat berdasarkan gambar sebagai latihan pengukuhan menulis. Semasa menyemak hasil kerja

    murid, pengkaji mendapati bahawa murid bermasalah dalam kemahiran membina ayat

    berdasarkan gambar. Antara masalah-masalah yang dikesan ialah, murid tidak menjawab

    semua soalan, ayat yang dibina tidak berkaitan dengan gambar dan idea atau maklumat yang

    berulang.

    Semasa menyiapkan lembaran kerja membina ayat, murid yang berpencapaian rendah selalu

    terlewat menyiapkannya kerana mereka tidak mahir mengolah idea daripada topik atau gambar

    yang diberi. Sikap rendah diri dan pendiam di kalangan mereka juga menyebabkan mereka

    ragu-ragu untuk menjawab soalan dan hanya duduk diam iaitu menjadi murid pasif dalam

    kelas. Murid ini juga menyebabkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran melebihi had masa

    yang telah dirancang oleh guru. Pengkaji berpendapat bahawa murid sebenarnya tidak tahu

    mentafsir maklumat dan menterjemah idea daripada gambar yang diberikan kepada ayat yang

    betul.

    Pengkaji merasakan adalah tanggungjawab sebagai bakal guru Bahasa Melayu untuk mencari

    jalan dalam mengurangkan atau mengatasi masalah ini ke tahap yang paling minimum. Oleh

    itu, pengkaji perlu memikirkan satu langkah penyelesaian yang dapat mengatasi masalah ini.

    Perancangan satu teknik untuk membina ayat tunggal dalam penulisan bagi mengurangkan

    masalah yang timbul perlu difikirkan oleh pengkaji.

    Fokus Kajian

    Kajian yang telah dilaksanakan ini berfokuskan isu kemahiran membina ayat tunggal

    berdasarkan gambar. Pengkaji telah menggunakan rumus SKKO dalam melaksanakan kajian

    ini. Rumus SKKO merupakan beberapa cantuman pangkal kata yang membentuk akronim

    SKKO, yang mana S = SIAPA, KK = KATA KERJA, O = OBJEK merupakan cara

    mudah untuk membina ayat tunggal berdasarkan gambar bagi murid Tahun 2.

  • Prosiding Seminar Penyelidikan Tindakan, 1 - 2 Oktober 2014

    24

    Objektif Kajian

    Kajian yang dijalankan ini bertujuan untuk mencapai objektif berikut:

    1. Mengenal pasti keberkesanan penggunaan teknik SKKO dalam meningkatkan kemahiran membina ayat tunggal.

    2. Mengenal pasti keberkesanan penggunaan teknik SKKO dalam meningkatkan penglibatan murid dalam aktiviti membina ayat tunggal.

    Kumpulan Sasaran

    Kajian ini dilaksanakan di Sekolah Kebangsaan Bunsit, Keningau dan tertumpu pada lima

    orang murid dari kelas Tahun 2 , iaitu terdiri daripada tiga murid lelaki dan dua orang murid

    perempuan. Semua murid dalam lingkungan umur 8 tahun dan mempunyai pencapaian

    akademik yang secara keseluruhannya lemah dan sederhana.

    Pelaksanaan Tindakan

    Pengkaji telah membuat perancangan berpandukan kepada Model Kemmis dan Mc Taggart

    (1988) dengan membahagikan tindakan kepada 4 fasa. Fasa-fasa tersebut ialah fasa

    merancang, fasa tindakan, fasa pemerhatian, dan fasa mereflek dan seterusnya ke gelungan

    kedua. Rajah 1 berikut merupakan pelan tindakan yang dirancang menurut Kemmis dan Mc

    Taggart (1988).

    Dalam peringkat yang pertama iaitu peringkat merancang, pengkaji terlebih dahulu merancang

    tindakan yang diambil dan membuat jadual perancangan tindakan. Instrumen yang digunakan

    semasa tindakan juga ditentukan dalam fasa merancang. Dalam fasa tindakan , pengkaji

    melaksanakan tindakan yang telah dirancang dengan mengadakan sesi rawatan menggunakan

    teknik SKKO dalam membina ayat tunggal terhadap lima murid tahun dua. Pengkaji telah

    menjalankan sesi rawatan sebanyak lapan kali. Dalam sesi rawatan ini, pengkaji menggunakan

    gambar yang berbeza agar murid dapat mentafsirkan aktiviti dalam gambar dengan betul.

    Selain itu, ia dapat mengembangkan idea murid dalam menjana idea dalam penulisan ayat.

    Dalam peringkat pemerhatian pula, pengkaji telah memberikan pascaujian kepada murid. Skor

    yang diperoleh akan dibandingkan dengan skor markah praujian bagi melihat pencapaian

    murid. Bentuk soalan praujian dan pasca ujian adalah sama tetapi gambar yang digunakan

    berbeza. Senarai semak telah dilaksanakan sebelum praujian dan pascaujian dilaksanakan

    untuk mengukur keberkesanan teknik ini. Pengkaji juga menggunakan borang soal selidik

    yang telah ditetapkan aspek-aspeknya untuk memperoleh data bagi melihat persepsi responden

    terhadap penggunaan teknik SKKO dalam membina ayat tunggal berdasarkan gambar.

    Pengkaji telah mereflek kembali kekuatan dan kelemahan penggunaan teknik SKKO terhadap

    penguasaan murid dalam kemahiran membina ayat tunggal berdasarkan gambar dalam

    peringkat refleksi.Akhirnya, pengkaji akan dapat membuat tindakan seterusnya sekiranya

    kumpulan sasaran menunjukkan perubahan yang positif atau negatif.

    Instrumen Kajian

    Instrumen yang digunakan untuk memperoleh data dalam kajian ini adalah:

    i. Praujian dan Pascaujian

    Praujian dilaksanakan sebelum tindakan rawatan yang telah dirancang dijalankan. Ujian ini

    dijalankan untuk mengkaji tahap penguasaan membina ayat tunggal murid. Pascaujian pula

    digunakan untuk menilai tahap pencapaian dan penguasaan murid setelah melalui sesi rawatan.

  • Prosiding Seminar Penyelidikan Tindakan, 1 - 2 Oktober 2014

    25

    ii. Senarai Semak

    Senarai semak digunakan untuk melihat kesan teknik SKKO dalam kemahiran membina ayat

    tunggal berpandukan gambar terhadap murid. Senarai semak yang dibina adalah berfokuskan

    objektif kajian.

    iii) Soal Selidik

    Sesi soal selidik ini dilaksanakan bagi mengukuhkan lagi hasil dapatan dalam aktiviti

    pemerhatian pengkaji. Borang soal selidik yang disediakan oleh pengkaji akan dijawab oleh

    murid kumpulan sasaran itu sendiri.Bagi mengelakkan kekeliruan semasa mengisi borang soal

    selidik tersebut, pengkaji memberikan penerangan kepada murid tersebut terlebih dahulu. Sesi

    ini dilaksanakan sebanyak dua kali iaitu pada sesi pertama intervensi dan selepas intervensi

    untuk mengenal pasti perubahan murid dalam menjawab soalan membina ayat tunggal setelah

    teknik SKKO diperkenalkan.

    Dapatan Dan Perbincangan

    Persoalan Kajian 1 : Adakah penggunaan teknik SKKO dapat membantu murid dalam

    meningkatkan kemahiran membina ayat tunggal?

    Bagi menjawab persoalan pertama, pengkaji telah membuat analisis data secara kuantitatif

    iaitu dengan menggunakan jadual seperti yang berikut:

    Jadual 1: Taburan Markah dan Gred Murid dalam Praujian dan Pascaujian

    Praujian Pascaujian Peratusan

    Murid Markah

    /20

    Tahap

    Pencapaian

    (%)

    Gred Markah

    /20

    Tahap

    pencapaian

    (%)

    Gred Peningkatan

    (%)

    1

    2

    3

    4

    5

    3

    5

    10

    8

    6

    15

    25

    50

    40

    30

    E

    D

    C

    C

    D

    12

    14

    18

    19

    17

    60

    70

    90

    95

    85

    B

    B

    A

    A

    A

    45

    45

    40

    55

    55

    Jadual 2: Analisis Pencapaian dan Gred Murid dalam Praujian dan Pascaujian

    Pencapaian dan Gred Praujian Pascaujian Peningkatan

    A Cemerlang

    (80%-100%)

    0

    3

    3

    B Baik

    (60%-79%)

    0

    2

    2

    C

    Memuaskan

    (40%-59%)

    2

    0

    -2

    D Minimum

    (20%-39%)

    2

    0

    -2

    E Lemah

    (0%-19%)

    1

    0

    -1

    Jadual 1 dan Jadual 2 menunjukkan taburan markah dan gred dan analisis pencapaian dan gred

    murid dalam praujian dan pascaujian bagi 5 orang responden di Sekolah Kebangsaan Bunsit.

    Melalui kedua-dua jadual ini, terdapat perbezaan yang ketara yang dapat dilihat antara praujian

  • Prosiding Seminar Penyelidikan Tindakan, 1 - 2 Oktober 2014

    26

    dan pascaujian iaitu keputusan murid meningkat. Dalam praujian, seramai dua orang murid

    mendapat gred C iaitu pencapaian yang memuaskan, dua orang murid mendapat gred D iaitu

    pencapaian yang minimum, dan seorang murid mendapat gred E iaitu pencapaian yang lemah.

    Setelah penggunaan teknik SKKO dilaksanakan di dalam kelas, hampir keseluruhan murid di

    dalam kelas dapat membina ayat tunggal berdasarkan gambar dengan betul. Ini dapat

    dibuktikan melalui keputusan pascaujian iaitu seramai tiga orang murid mendapat gred A iaitu

    pencapaian yang cemerlang dan dua orang murid mendapat gred B iaitu pencapaian yang baik.

    Hasil daripada dapatan ini telah menjawab persoalan pertama dalam kajian ini. Oleh itu,

    dapatlah disimpulkan bahawa teknik SKKO dapat membantu murid dalam meningkatkan

    kemahiran membina ayat tunggal.

    Persoalan Kajian 2 : Adakah penggunaan teknik SKKO berkesan dalam meningkatkan

    penglibatan murid dalam aktiviti membina ayat tunggal?

    Data yang dikutip untuk menjawab persoalan ini diperoleh daripada senarai semak dan soal

    selidik. Jadual 3 menunjukkan analisis data senarai semak pemerhatian terhadap penglibatan

    murid dalam membina ayat tunggal dengan penggunaan teknik SKKO yang dijalankan semasa

    intervensi pada sesi 1, sesi 4, dan sesi 8.

    Jadual 3: Analisis Data Senarai Semak Pemerhatian Berstruktur

    Kod

    item

    Kriteria Pemerhatian

    Bilangan Murid

    ( /5)

    Jumlah

    Peningkatan

    Sesi 1 Sesi 4 Sesi 8

    P1 Melibatkan diri secara aktif

    dalam aktiviti pengajaran

    dan pembelajaran.

    2

    3

    5

    3

    P2 Sering bertanya kepada

    guru dalam sesi pengajaran

    dan pembelajaran.

    1

    3

    5

    4

    P3 Menurut arahan yang

    disampaikan oleh guru.

    3

    3

    5

    2

    P4 Menyiapkan tugasan yang

    diberikan oleh guru.

    3

    5

    5

    0

    P5 Murid mengambil

    perhatian sepenuhnya

    dengan pembelajaran di

    dalam bilik darjah.

    2

    3

    4

    2

    Pada permulaan intervensi, pengkaji mendapati bahawa hanya 2 orang murid yang terlibat

    aktif semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. Murid yang selebihnya bertindak pasif dan

    tidak berminat untuk ikut serta dalam sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.

    Pengkaji melihat semula kepada penglibatan murid yang telah meningkat sebanyak 3 iaitu

    kesemua murid dalam kumpulan sasaran pengkaji terlibat aktif semasa sesi pengajaran dan

    pembelajaran.

  • Prosiding Seminar Penyelidikan Tindakan, 1 - 2 Oktober 2014

    27

    Rajah 1 : Graf Perbandingan Kekerapan Penglibatan Murid Dalam Sesi Intervensi

    Rajah 1 menunjukkan bahawa bilangan murid kumpulan sasaran yang melibatkan diri dalam

    aktiviti pengajaran dan pembelajaran bilik darjah meningkat dan mengalami perubahan yang

    positif. Setelah sesi intervensi dijalankan sebanyak lapan kali, perubahan ketara dapat dilihat

    melalui peningkatan bilangan murid yang terlibat dalam membina ayat tunggal menggunakan

    teknik SKKO.

    Jadual 4 :Penglibatan Murid Terhadap Penggunaan Teknik SKKO dalam Aktiviti Membina

    Ayat Tunggal.

    Kod

    Item

    Pernyataan

    Bilangan Intervensi ( /5)

    Sesi Pertama Selepas

    Intervensi

    Jumlah

    Peningkatan

    S1 Soalan membina ayat

    tunggal mudah bagi saya.

    2 5 3

    S2 Saya suka menjawab

    soalan membina ayat

    tunggal.

    1 4 3

    S3 Saya tahu menggunakan

    teknik SKKO yang

    diajarkan oleh guru.

    0 5 5

    S4 Teknik SKKO

    menggalakkan saya untuk

    berfikir dalam membina

    ayat tunggal.

    2 5 3

    S5 Saya kerap menggunakan

    teknik ini untuk menjawab

    soalan membina ayat

    0 5 5

    S6 Teknik ini menggalakkan

    saya terlibat aktif dalam

    sesi pembelajaran.

    2 5 3

    S7 Penggunaan teknik SKKO

    membantu saya

    meningkatkan kemahiran

    membina ayat tunggal.

    1 5 4

    0

    2

    4

    6

    P1 P2 P3 P4 P5

    Bil

    angan

    Muri

    d

    Kod Item Pemerhatian

    Sesi 1 Sesi 4 Sesi 8

  • Prosiding Seminar Penyelidikan Tindakan, 1 - 2 Oktober 2014

    28

    Rajah 2 : Graf Perbandingan Kekerapan Penglibatan Murid Melalui Soal Selidik

    Jadual 4 dan Rajah 2 menunjukkan keputusan daripada soal selidik yang telah dijalankan

    sebelum intervensi dan selepas intervensi dan graf perbandingan kekerapan penglibatan murid

    melalui soal selidik. Berdasarkan Jadual 4 dan Rajah 3 , didapati bahawa penglibatan murid

    meningkat. Oleh itu, peningkatan ini dapat mengukuhkan lagi dapatan item senarai semak.

    peningkatan yang paling tinggi dapat dilihat pada item S4 dan S6 yang mencatatkan

    peningkatan daripada 0 murid kepada 5 orang murid. Berdasarkan dapatan S4 dan S6 ini,

    kesemua murid dalam sasaran kajian sudah tahu menggunakan teknik SKKO yang diajarkan

    oleh guru sekaligus menunjukkan keseluruhan murid kerap menggunakan teknik SKKO dalam

    membina ayat tunggal semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. Item S8 juga mencatatkan

    peningkatan yang ketara iaitu daripada 1 orang murid kepada 5 orang murid. Ini menunjukkan

    bahawa murid-murid ini dapat meningkatkan kemahiran membina ayat tunggal dengan

    menggunakan teknik SKKO.

    Secara keseluruhannya, penggunaan teknik SKKO berkesan dalam meningkatkan penglibatan

    murid dalam aktiviti membina ayat tunggal.

    Cadangan

    Berdasarkan pada kajian yang telah dilaksanakan, didapati bahawa teknik SKKO memberi

    kesan yang positif terhadap pembelajaran murid dalam kemahiran membina ayat tunggal

    berpandukan gambar. Oleh itu, pengkaji telah mengemukakan beberapa cadangan untuk kajian

    seterusnya seperti berikut:

    1. Teknik ini digunakan dalam membina karangan pendek berdasarkan gambar yang diberi. 2. Kajian ini digunakan di sekolah lain yang mempunyai sampel yang berbeza.

    3. Teknik ini diaplikasikan dalam mata pelajaran lain.

    Rujukan

    Abdullah Hassan dan Ainon Mohd. (1994). Tatabahasa dinamika. Kuala Lumpur: Utusan

    Publications.

    Bahagian Pendidikan Guru (2010). Buku Panduan Penyelidikan

    Kamarudin Hj. Husin, Siti Hajar, Abdul Aziz (1997). Penguasaan Kemahiran Menulis. Kuala

    Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn.

    Kementerian Pelajaran Malaysia (2003). Huraian Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu

    Sekolah Rendah Tahun 2 Bahasa Melayu. Kuala Lumpur.

    0

    1

    2

    3

    4

    5

    6

    S1 S2 S3 S4 S5 S6 S7

    Bil

    an

    gan

    Mu

    rid

    Kod Item Soal Selidik

    Sesi Pertama Selepas Intervensi

  • Prosiding Seminar Penyelidikan Tindakan, 1 - 2 Oktober 2014

    29

    Kemmis, S. & McTaggart, R. (1998). The Action Research Planner. Geelong, Victoria,

    Australia: Deakin University Press

    Marinah Binti Moklin.(2012). Penggunaan Teknik S.M.A.B dalam kemahiran membina ayat

    majmuk. Prosiding Seminar Penyelidikan IPG Kampus Keningau.

    Nor Anis Izzati (2013). Penggunaan Tekni SALAK dalam Kemahiran Membina Ayat

    Berpandukan Gambar . Prosiding Seminar Penyelidikan IPG Kampus Keningau.

    Thonlief Anak Nobis (2012). Teknik B2T: Kesannya Terhadap Kemahiran Membina Ayat

    Murid Tahun 5. Prosiding Seminar Penyelidikan IPG Kampus Keningau.

  • Prosiding Seminar Penyelidikan Tindakan, 1 - 2 Oktober 2014

    30

    TEKNIK KERETA API BAHASA: JAWAPANKU AYAT LENGKAP DAN BETUL

    DAISY ANAK GUJANG

    PISMP Bahasa Melayu

    Institut Pendidikan Guru Kampus Keningau

    [email protected]

    HANIFAH SABIN

    [email protected]

    Abstrak

    Penyelidikan ini dijalankan bertujuan untuk meninjau masalah kemahiran

    menulis dalam kalangan murid Tahun 4. Tujuan kajian ini dijalankan adalah

    untuk membantu murid meningkatkan kemahiran menjawab soalan

    kefahaman dengan menggunakan ayat yang lengkap. Responden terdiri

    daripada 20 orang murid tahun 4 di salah sebuah sekolah di daerah

    Keningau. Perancangan tindakan difokuskan kepada pengajaran kemahiran

    menjawab soalan pemahaman Bahasa Malaysia dengan menggunakan ayat

    lengkap. Intervensi dijalankan sebanyak 9 kali. Dapatan kajian menunjukkan

    min skor yang diperolehi bagi ujian pra adalah sebanyak 32% telah

    meningkat kepada 62.5% bagi ujian pasca. Instrumen kajian ini pula ialah

    ujian yang terdiri daripada ujian pra dan ujian pasca serta pemerhatian

    berdasarkan senarai semak. Hasil dapatan kedua-dua instrumen

    menunjukkan telah berlaku peningkatan prestasi dan minat dalam kalangan

    responden. Kesimpulannya, penggunaan teknik Kereta Api Bahasa dalam

    pengajaran dan pembelajaran Bahasa Malaysia pemahaman telah membantu

    murid untuk menulis jawapan dengan menggunakan ayat yang lengkap.

    Kata kunci : Kereta Api Bahasa, teknik, pemahaman, ayat lengkap

    Abstract

    This research was conducted to study the problems of writing skills among

    pupils in Year 4. The aim of this study is to help students improve their skills

    by answering comprehension questions using complete sentences.

    Respondents consisted of 20 students from 4 years in one school in Keningau.

    Action plan focused on teaching skills answering comprehension questions

    using complete sentences in Malays. Interventions carried out 9 times The

    results showed the mean scores obtained for the pre-test was 32.5% increased

    to 62.5% for the post test. This instrument is the test of pre-test and post-test

    and observations based on a checklist. The results of the two instruments

    showed there was an increase in performance and interest among the

    respondents. In conclusion, the use of techniques Kereta Api Bahasa in

    teaching and learning comprehension of Malay language has helped pupils to

    write answers using complete sentence.

    Key words : Kereta Api Bahasa, technique, comprehension, complete

    sentence

    Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran

    Menurut Tuan (2011), menulis merupakan satu proses untuk menyampaikan buah fikiran, idea

    dan pendapat dengan tepat dan berkesan kepada khalayak atau pembaca. Kemahiran menulis

    mempunyai hubungan yang erat dengan kemahiran bahasa yang lain, iaitu mendengar dan

    mailto:[email protected]:[email protected]
  • Prosiding Seminar Penyelidikan Tindakan, 1 - 2 Oktober 2014

    31

    bertutur serta membaca. Setelah menjalani latihan mengajar sebanyak tiga fasa, pengkaji

    mendapati bahawa kebanyakan murid menghadapi masalah yang sama iaitu dari segi

    kemahiran menulis. Pada latihan mengjaar fasa tiga pengkaji telah bernekad untuk mengkaji

    tentang masalah ini dengan lebih lanjut. Setelah menjalankan ujian pra, pengkaji mendapati

    bahawa murid menghadapi masalah dalam menjawab soalan pemahaman bahasa Melayu

    dengan menggunakan ayat yang lengkap.

    Hasil daripada ujian pra yang dijalankan, pengkaji telah mendapati bahawa murid Tahun 4

    Bestari di Sekolah Kebangsaan Penagatan turut mengalami masalah yang sama iaitu tidak

    dapat menjawab soalan pemahaman Bahasa Melayu dengan menggunakan ayat yang lengkap.

    Murid menulis jawapan secara terus tanpa menjadikannya sebaga ayat lengkap yakni

    sebahagian daripada soalan adalah komponen bagi jawapan yang betul.

    Soalan : Apakah tumbuhan yang diceritakan di dalam petikan tersebut?

    Contoh Jawapan Murid : Pokok keladi

    Jawapan yang Betul : Tumbuhan yang diceritakan di dalam petikan tersebut ialah pokok

    keladi.

    Rajah 1 : Contoh Jawapan Murid

    Berdasarkan rajah 1 di atas, murid dapat menjawab soalan akan tetapi tidak menepati format

    yang sepatutnya. Murid seharusnya menulis jawapan dengan menggunakan ayat yang lengkap

    untuk membolehkan jawapan yang diberikan menepati kehendak soalan. Ini menunjukkan

    bahawa murid belum lagi menguasai kemahiran menulis dengan baik.

    Pengkaji tidak berpuas hati terhadap jawapan yang diberikan oleh murid semasa menjawab

    soalan pemahaman terutama sekali dalam lembaran kerja yang diberikan semasa sesi

    pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Majoriti murid tidak dapat menguasai kemahirn

    dalam menjawab soalan pemahaman dengan betul. Murid dapat memberikan jawapan dengan

    baik secara lisan sahaja tetapi berlaku sebaliknya apabila melibatkan kemahiran menulis.

    Fokus Kajian

    Merujuk pada Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) Bahasa Melayu

    Sekolah Kebangsaan, kemahiran lisan, membaca dan menulis dijadikan sebagai tiga

    kemahiran utama yang harus dikuasai oleh setiap murid dalam proses pembelajaran di dalam

    kelas. Standard kandungan 3.3 telah menyatakan akan kemahiran membina dan menulis

    perkataan, frasa dan ayat dengan betul. Standard pembelajaran yang terkandung dalam

    bahagian ini yang menjadi titik fokus bagi kajian ini ialah 3.3.3 iaitu membina dan menulis

    jawapan pemahaman berdasarkan soalan bertumpu dan bercapah dengan betul.

    Kemahiran menulis amat penting bagi membolehkan murid membina dan menulis jawapan

    pemahaman dengan betul. Untuk menulis jawapan yang betul, asas yang penting bagi seorang

    murid ialah kemahiran membina ayat. Tanpa kemahiran dalam membina ayat, mutid tidak

    dapat mencapai standard pembelajaran yan