program peningkatan penguasaan linus

9
BAB 2 LAPORAN PROGRAM SANDARAN NPQEL Dalam Bab ini akan dimuatkan perkara-perkara berkaitan dengan kajian keperluan yang akan memberi fokus kepada masalah yang dikenalpasti, keadaan sekarang dan keadaan yang dikehendaki. Bab 2.0 2.1 Kajian Keperluan Latarbelakang Sekolah Kebangsaan Tan Sri P.Ramlee menunjukkan komposisi murid-murid yang datang ke sekolah tersebut berasal dari keluarga yang berpendapatan rendah. Kebanyakan ibubapa murid bekerja sebagai buruh di Majlis Perbandaran Pulau Pinang, Jabatan Haiwan, Jabatan Kerja Raya dan lain-lain Jabatan Kerajaan dan Swasta di sekitar Bandar Georgetown. Tidak kurang juga ibubapa yang menjalankan perniagaan sendiri di Pasar Awam Sungai Pinang yang tidak jauh dari sekolah.Rumah Pangsa yang dibina oleh kerajaan negeri di Jalan Sungai Pinang merupakan tempat penginapan kebanyakan murid yang belajar di sekolah ini.Kerajaan negeri juga menawarkan kemudahan rumah pangsa yang boleh disewa dengan bayaran RM100 untuk keluarga yang memerlukan.Keutamaan diberi kepada ibu tunggal dan keluarga miskin yang tidak mampu mendapatkan rumah sewa yang lebih selesa. Lagipun usaha untuk memiliki rumah sendiri adalah umpama pungguk merindukan bulan kerana kemampuan kewangan mereka yang serba kekurangan. 10

Upload: vikram-sudakkhar

Post on 29-Nov-2015

128 views

Category:

Documents


9 download

TRANSCRIPT

Page 1: Program Peningkatan Penguasaan Linus

BAB 2 LAPORAN PROGRAM SANDARAN NPQEL

Dalam Bab ini akan dimuatkan perkara-perkara berkaitan dengan kajian keperluan

yang akan memberi fokus kepada masalah yang dikenalpasti, keadaan sekarang dan

keadaan yang dikehendaki.

Bab 2.0

2.1 Kajian Keperluan

Latarbelakang Sekolah Kebangsaan Tan Sri P.Ramlee menunjukkan komposisi murid-

murid yang datang ke sekolah tersebut berasal dari keluarga yang berpendapatan rendah.

Kebanyakan ibubapa murid bekerja sebagai buruh di Majlis Perbandaran Pulau Pinang,

Jabatan Haiwan, Jabatan Kerja Raya dan lain-lain Jabatan Kerajaan dan Swasta di sekitar

Bandar Georgetown. Tidak kurang juga ibubapa yang menjalankan perniagaan sendiri di

Pasar Awam Sungai Pinang yang tidak jauh dari sekolah.Rumah Pangsa yang dibina oleh

kerajaan negeri di Jalan Sungai Pinang merupakan tempat penginapan kebanyakan murid

yang belajar di sekolah ini.Kerajaan negeri juga menawarkan kemudahan rumah pangsa

yang boleh disewa dengan bayaran RM100 untuk keluarga yang memerlukan.Keutamaan

diberi kepada ibu tunggal dan keluarga miskin yang tidak mampu mendapatkan rumah

sewa yang lebih selesa. Lagipun usaha untuk memiliki rumah sendiri adalah umpama

pungguk merindukan bulan kerana kemampuan kewangan mereka yang serba

kekurangan.

Berikutan daripada latarbelakang sosial yang tersebut di atas pihak sekolah menghadapi

beberapa masalah kritikal yang menjadi batu penghalang kepada peningkatan prestasi

sekolah. Jika dilihat dari pencapaian sekolah ini sejak 5 tahun yang lampau kita dapat

mengatakan bahawa tiada sebarang pencapaian yang memberangsangkan dalam aspek

aspek kurikulum dan kokurikulum yang boleh dibanggakan. Pencapaian akademik murid

dan penglibatan murid dalam aktiviti kokurikulum yang sederhana, kurang memberi

dorongan masyarakat persekitaran untuk menghantar anak-anak mereka ke sekolah

ini.Enrolmen murid yang semakin berkurangan membuktikan sekolah ini masih belum

mencipta satu tarikan seperti mana yang tercatat dalam visi sekolah.

10

Page 2: Program Peningkatan Penguasaan Linus

BAB 2 LAPORAN PROGRAM SANDARAN NPQEL

2.2 Faktor Keluarga

Faktor keluarga dan kedudukan sosio-ekonomi memainkan peranan yang penting dalam

meningkatkan mutu pencapaian dan sahsia anak-anak mereka.Menurut Abd. Rahim

(2006), golongan remaja menyesuaikan dirinya dengan faktor-faktor persekitaran

keluarga, persekitaran sosial dan budaya yang akan mencorakkan perkembangan tingkah

laku mereka.Saya berpendapat kenyataan ini bukan sahaja memberi kesan kepada remaja

namun ia juga mendedahkan kanak-kanak menjadi mangsa kepada tekanan ekonomi dan

sosial yang dialami oleh keluarga mereka.Norhayati (1994) dalam kajiannya juga

mendapati semua pelajar daripada keluarga bercerai mempunyai masalah peribadi yang

membawa kepada tingkah laku negatif.Rata-rata remaja yang bermasalah datang daripada

keluarga yang tidak bahagia dan kucar-kacir. Menurut Hamidah, et al. (2006), ramai

anak-anak dari keluarga tunggal mempunyai masalah tingkah laku dan emosi akibat

kurangnya pengawasan. Masa yang dihabiskan untuk bersama anak-anak semakin

berkurangan kerana ibu atau bapa tunggal perlu bekerja lebih masa untuk menyara

keluarga. Hasil temu bual dengan guru-guru yang telah lama berkhidmat di sekolah ini

mendedahkan bahawa sikap murid-murid sekolah ini seolah-olah tidak mempedulikan

kepentingan pendidikan dan sukar untuk menerima nasihat dan tunjuk ajar guru.Tujuan

kanak-kanak ini datang ke sekolah seolah-olah dipakasa dan mereka tidak memberi

tumpuan yang sepenuhnya dalam bilik darjah semasa pdp.

2.3 Masalah Disiplin

Walaupun enrolmen murid sekolah ini agak kecil (259 orang) namun berbagai masalah

disiplin dapat dikenalpasti seperti mana yang terdapat di sekolah sekolah harian yang lain

dikawasan ini.. Walaubagaimanapun tidak terdapat sebarang masalah besar yang

melibatkan agensi-agensi luar dan ibubapa untuk campurtangan.

11

Page 3: Program Peningkatan Penguasaan Linus

BAB 2 LAPORAN PROGRAM SANDARAN NPQEL

2.4 Kehadiran

Kehadiran murid merupakan satu masalah yang amat ketara dimana hampir setiap hari

terdapat 25 hingga 30 orang murid tidak hadir kesekolah. Di samping itu terdapat juga

beberapa orang murid yang sekolah ini yang tidak hadir berpanjangan. Dalam darjah 1M

terdapat 2 orang murid yang tidak hadir berpanjangan ke sekolah dan setiap hari terdapat

purata 10 orang murid tidak hadir ke sekolah dari jumlah 37 orang murid dalam kelas

tersebut.

2.5 Kesediaan Murid

Di samping itu masalah kesediaan murid untuk menerima pelajaran semasa berada

dibilik darjah juga memberi kesan kepada peningkatan kualiti pendidikan di sekolah ini.

Guru-guru mendapati beberapa orang murid sering tidak membawa buku latihan dan teks

yang betul ke sekolah. Alasan mereka adalah tertinggal, hilang dan tak pasti. Maka dalam

keadaan ini murid-murid tersebut akan mengganggu rakan sebaya yang lain dan kawalan

kelas sering menjadi sukar semasa PdP berlangsung.

2.6 Kualiti Pencapaian

Kualiti pencapaian akademik murid adalah tidak memberangsangkan dengan

kegagalan yang tinggi dalam matapelajaran teras terutamanya dalam Tahap 2

pembelajaran. Rekod menunjukkan kualiti pencapaian murid tahun 4, 5 dan 6 perlu

dipertingkatkan lagi untuk memperbaiki GPS sekolah yang berada sekitar 2.5 ke atas.

(Rujuk Lampiran)

2.7 Guru Bermasalah

Sekolah ini juga menghadapi masalah guru bermasalah yang tidak dapat menjalankan

PdP dengan berkesan kerana sering tidak hadir sekolah. Proses pengajaran dan

pembelajaran tidak berlaku dan murid sering ketinggalan dalam matapelajaran yang

diajar. Berikutan dengan itu ibubapa tidak berpuashati dengan pencapaian anak-anak dan

aduan mereka kepada pihak pentadbiran sia-sia sahaja kerana pentadbiran tidak dapat

menukarkan guru bermasalah dengan sewenang-wenangnya. Arahan ini dikeluarkan oleh

12

Page 4: Program Peningkatan Penguasaan Linus

BAB 2 LAPORAN PROGRAM SANDARAN NPQEL

PPD dan JPN di mana guru bermasalah harus dibimbing dan dipantau oleh pengetua/guru

besar dan langkah memindahkan guru bermasalah ke sekolah lain setiap tahun bukanlah

langkah yang wajar dilakukan untuk mengatasi masalah.

2.8 Kerjasama Ibubapa

Kerjasama ibubapa dalam usaha meningkatkan mutu ppendidikan murid-murid juga

tidak begitu memberi kesan kerana ramai dikalangan ibubapa yang menyerahkan tugas

berat ini kepad sekolah semata-mata. Kesedaran penglibatan ibubapa dalam

perkembangan pendidikan murid sering didedahkan dalam mesyuarat agung dan seminar

motivasi kepada ibubapa namun sambutan yang dingin dalam setiap program sekolah

adalah sangat menyedihkan.

2.9 Masalah Kritikal

Antara masalah-masalah yang telah dihuraikan diatas pihak sekolah mendapati kualiti

pencapaian murid dalam akademik merupakan masalah yang paling kritikal dan perlu

perhatian khusus. Pihak sekolah percaya bahawa dengan meningkatkan kualiti

pendidikan pencapaian sekolah akan meningkat danb seterunya perhatian negatif

masyarakat terhadap sekolah ini akan dapat diubah. Keadaan ini perlu diubah dari akar

umbi dimana sasaran utama dan paling strategik adalah murid-murid tahun pertama di

sekolah ini. Pemerhatian rekod menunjukkan bahawa murid-murid yang tidak menguasai

saringan LINUS adalah ramai dalam tahun 1 pada awal tahun. Sasaran yang ditetapkan

oleh Kementerian Pendidikan Malaysia juga tidak dicapai. Keadaan ini memberi kesan

yang mendalam terhadap keupayaan sekolah dalam proses meningkatkan kecemerlangan.

Justeru itu kualiti pencapaian murid yang rendah akan menyumbang kepada kegagalan

sekolah menghasilkan murid yang berkualiti. Maka dengan itu pihak pengurusan sekolah

membuat keputusan untuk memberi tumpuan yang khusus dalam menangani murid–

murid yang menghadapi masalah dalam penguasaan Literasi dan Numerasi diperingkat

awal lagi. Langkah ini adalah seiring dengan langakah kerajaan untuk memperkenalkan

LINUS kepada murid tahap 1 KSSR dalam NKRA Pendidikan supaya untuk

membendung murid-murid tahap 2 yang masih tidak dapat menguasai Literasi dan

Numerasi.

13

Page 5: Program Peningkatan Penguasaan Linus

BAB 2 LAPORAN PROGRAM SANDARAN NPQEL

2.10 Keputusan Saringan KPM

Jadual 1.0 dibawah menunjukkan peratus murid yang menguasai LINUS saringan

pertama pada penggal pertama persekolahan 2013.

Jadual 1.0: Keputusan saringan 1 / 2013

Walaupun data saringan LINUS kedua menunjukkan peningkatan, namun penguasaan

tersebut dirasakan masih tidak memenuhi sasaran yang diharapkan terutamanaya dalam

matapelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.

Matapelajaran

Bil Pelajar

Tidak Menguasai(K1-K2)

Tidakmenguasai(K3-K12)

BilanganMenguasai

PeratusMenguasai

Literasi Bahasa

Melayu

37 8 10 18 48.6

Numerasi 37 3 6 28 75.7

Literasi Bahasa

Inggeris

37 4 7 18 48.6

Jadual 2.0: Data saringan LINUS kedua 2013

14

Matapelajaran

Bil Pelaja

r

Tidak Menguasa

i(K1-K2)

Tidakmenguasa

i(K3-K12)

BilanganMenguasa

i

PeratusMenguasa

i

Literasi Bahasa Melayu

36 14 16 6 17.00

Numerasi 36 4 23 9 25.00

Literasi Bahasa Inggeris

36 8 20 8 22.22

Page 6: Program Peningkatan Penguasaan Linus

BAB 2 LAPORAN PROGRAM SANDARAN NPQEL

Keadaan ini menimbulkan keperluan yang agak serius kepada pihak sekolah untuk

membantu murid-murid yang masih tidak menguasai Literasi supaya kumpulan murid ini

dapat menjalani proses pengajaran dan pembelajaran dengan sempurna seperti rakan-

rakan mereka yang lain. Maka dengan itu satu program khas yang dinamakan Program

Peningkatan Penguasaan Linus telah dirancang bersama jawatankuasa LINUS sekolah,

Panitia Matapelajaran dan Pusat Sumber sekolah bagi menangani isu tersebut.

2.11 Keadaan semasa dan keadaan yang dikehendaki

Melalui Program ini pihak sekolah berhasrat meningkatkan peratus murid yang

menguasai LINUS dengan melaksanakan pecutan akhir sebelum tamat sesi persekolahan

2013. Penglibatan semua guru akan dikerahkan untuk menangani isu tersebut dan

diharapkan perubahan-perubahan yang dinyatakan dibawah akan menjadi kenyataan.

Keadaan Semasa Selepas Saringan ke 2 Keadaan Yang dikehendaki selepas

Program Intervensi

Penguasaan 48.6 % Literasi BM Penguasaan 75% Literasi BM

Penguasaan 48.6 % Literasi BI Penguasaan 75% Literasi BI

Penguasaan 75.7 % Numerasi Penguasaan 80% Numerasi

Bilangan murid tidak menguasai K1-K2 BM

= 7 orang

Mensifarkan bilangan murid yang tidak

menguasai K1 – K2

Bilangan murid tidak menguasai K1-K2 BI

= 8 orang

Mensifarkan bilangan murid yang tidak

menguasai K1 – K2

Bilangan murid tidak menguasai K1-K2

Numerasi = 3 orang

Mensifarkan bilangan murid yang tidak

menguasai K1 – K2

Dalam Bab seterusnya akan dimuatkan dengan Kajian Literatur, Analisis

Persekitaran, Pemilihan Strategi dan Proposal Program.

15