program pemantapan modal insan yb. setiausaha … · memudahkan permohonan pihak pelabur merupakan...

4
PROGRAM PEMANTAPAN MODAL INSAN YB. SETIAUSAHA KERAJAAN PAHANG BERSAMA-SAMA WARGA KERJA PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN PAHANG Kuantan, 7 Januari 2019 Sempena pelantikan YB. Setiausaha Kerajaan Pahang yang baharu, satu majlis perjumpaan YB. Setiausaha Kerajaan Pahang, Dato’ Sri Dr. Sallehuddin bin Ishak bersama-sama warga kerja Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang telah diadakan di Dewan SUK Pahang Blok C, Wisma Sri Pahang. Program perjumpaan tersebut merupakan platform kepada YB. SUK Pahang untuk berjumpa dengan warga kerja Pejabat SUK Pahang di samping mendapatkan input berkaitan Bahagian dan Unit di bawah Pejabat SUK Pahang. Program dimulakan dengan sesi taklimat jabatan yang disampaikan oleh Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan) YH. Dato’ Toantowee bin Haji Mohd Lotfie. Beliau menerangkan serba ringkas berkaitan penubuhan Pejabat SUK Pahang, misi dan visi Pejabat SUK Pahang dan juga fungsi setiap Bahagian di bawah sektor pengurusan iaitu Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Bahagian Teknologi Maklumat, Bahagian Khidmat Pengurusan, Bahagian Dewan Undangan Negeri dan Majlis Mesyuarat Kerajaan, Pejabat Menteri Besar, Majlis Sukan Pahang, Bahagian Istiadat dan Pengurusan Majlis, Unit Korporat, Unit Integriti dan Unit Audit Dalam. Selanjutnya sesi taklimat disusuli oleh Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan) YH. Dato’ Suhaimi bin Mohd Yunus menyampaikan fungsi di bawah sektor pembangunan melibatkan Bahagian Perancang Ekonomi Negeri, Bahagian Perumahan, Bahagian Kerajaan Tempatan dan Badan Kawal Selia Air. Atur cara utama program iaitu amanat oleh YB. Setiausaha Kerajaan Pahang kepada warga kerja menyentuh perkara berkaitan usaha bagi meningkatkan mutu perkhidmatan dan hasil pendapatan negeri menerusi sumber dan hasil bumi negeri dan kedudukan geografi negeri Pahang yang berada di gerbang ekonomi pantai timur. Dalam masa yang sama aspek pengurusan kewangan, perbelanjaan berhemah dan usaha memudahkan permohonan pihak pelabur merupakan antara usaha penambahbaikan yang disarankan oleh YB. Setiausaha Kerajaan Pahang. Selain itu, YB. Setiausaha Kerajaan Pahang menyarankan supaya peluang kenaikan pangkat bagi penjawat awam yang berkelayakan perlu diberi perhatian oleh Bahagian Pengruusan Sumber Manusia bagi meningkatkan semangat di kalangan penjawat awam untuk terus meningkatkan prestasi kerja.

Upload: duongdieu

Post on 30-Jul-2019

236 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: PROGRAM PEMANTAPAN MODAL INSAN YB. SETIAUSAHA … · memudahkan permohonan pihak pelabur merupakan antara usaha penambahbaikan yang disarankan oleh YB. Setiausaha Kerajaan Pahang

PROGRAM PEMANTAPAN MODAL INSAN YB. SETIAUSAHA KERAJAAN PAHANG BERSAMA-SAMA WARGA KERJA PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN PAHANG Kuantan, 7 Januari 2019 – Sempena pelantikan YB. Setiausaha Kerajaan Pahang yang baharu, satu majlis perjumpaan YB. Setiausaha Kerajaan Pahang, Dato’ Sri Dr. Sallehuddin bin Ishak bersama-sama warga kerja Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang telah diadakan di Dewan SUK Pahang Blok C, Wisma Sri Pahang. Program perjumpaan tersebut merupakan platform kepada YB. SUK Pahang untuk berjumpa dengan warga kerja Pejabat SUK Pahang di samping mendapatkan input berkaitan Bahagian dan Unit di bawah Pejabat SUK Pahang. Program dimulakan dengan sesi taklimat jabatan yang disampaikan oleh Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan) YH. Dato’ Toantowee bin Haji Mohd Lotfie. Beliau menerangkan serba ringkas berkaitan penubuhan Pejabat SUK Pahang, misi dan visi Pejabat SUK Pahang dan juga fungsi setiap Bahagian di bawah sektor pengurusan iaitu Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Bahagian Teknologi Maklumat, Bahagian Khidmat Pengurusan, Bahagian Dewan Undangan Negeri dan Majlis Mesyuarat Kerajaan, Pejabat Menteri Besar, Majlis Sukan Pahang, Bahagian Istiadat dan Pengurusan Majlis, Unit Korporat, Unit Integriti dan Unit Audit Dalam. Selanjutnya sesi taklimat disusuli oleh Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan) YH. Dato’ Suhaimi bin Mohd Yunus menyampaikan fungsi di bawah sektor pembangunan melibatkan Bahagian Perancang Ekonomi Negeri, Bahagian Perumahan, Bahagian Kerajaan Tempatan dan Badan Kawal Selia Air. Atur cara utama program iaitu amanat oleh YB. Setiausaha Kerajaan Pahang kepada warga kerja menyentuh perkara berkaitan usaha bagi meningkatkan mutu perkhidmatan dan hasil pendapatan negeri menerusi sumber dan hasil bumi negeri dan kedudukan geografi negeri Pahang yang berada di gerbang ekonomi pantai timur. Dalam masa yang sama aspek pengurusan kewangan, perbelanjaan berhemah dan usaha memudahkan permohonan pihak pelabur merupakan antara usaha penambahbaikan yang disarankan oleh YB. Setiausaha Kerajaan Pahang. Selain itu, YB. Setiausaha Kerajaan Pahang menyarankan supaya peluang kenaikan pangkat bagi penjawat awam yang berkelayakan perlu diberi perhatian oleh Bahagian Pengruusan Sumber Manusia bagi meningkatkan semangat di kalangan penjawat awam untuk terus meningkatkan prestasi kerja.

Page 2: PROGRAM PEMANTAPAN MODAL INSAN YB. SETIAUSAHA … · memudahkan permohonan pihak pelabur merupakan antara usaha penambahbaikan yang disarankan oleh YB. Setiausaha Kerajaan Pahang
Page 3: PROGRAM PEMANTAPAN MODAL INSAN YB. SETIAUSAHA … · memudahkan permohonan pihak pelabur merupakan antara usaha penambahbaikan yang disarankan oleh YB. Setiausaha Kerajaan Pahang
Page 4: PROGRAM PEMANTAPAN MODAL INSAN YB. SETIAUSAHA … · memudahkan permohonan pihak pelabur merupakan antara usaha penambahbaikan yang disarankan oleh YB. Setiausaha Kerajaan Pahang