teks ucapan yb. setiausaha kerajaan negeri sabah … · sekarang kita sedang melaksanakan rmk11....

14
TEKS UCAPAN YB. SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI SABAH SEMPENA MAJLIS PELANCARAN PETUNJUK PRESTASI UTAMA KERAJAAN NEGERI SABAH SEMPENA HARI PERKHIDMATAN AWAM NEGERI Pada 6 Disember 2018 (Khamis), pukul 8.00 pagi, di Auditorium Utama, Aras 4, Pusat Pentadbiran Negeri Sabah Kota Kinabalu

Upload: trantram

Post on 12-Mar-2019

250 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: TEKS UCAPAN YB. SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI SABAH … · Sekarang kita sedang melaksanakan RMK11. ... sebagainya memerlukan perancangan teliti dan berkesan dalam pengurusan sumber

TEKS UCAPAN

YB. SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI SABAH

SEMPENA

MAJLIS PELANCARAN PETUNJUK PRESTASI UTAMA KERAJAAN

NEGERI SABAH

SEMPENA HARI PERKHIDMATAN AWAM NEGERI

Pada 6 Disember 2018 (Khamis), pukul 8.00 pagi,

di Auditorium Utama,

Aras 4, Pusat Pentadbiran Negeri Sabah

Kota Kinabalu

Page 2: TEKS UCAPAN YB. SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI SABAH … · Sekarang kita sedang melaksanakan RMK11. ... sebagainya memerlukan perancangan teliti dan berkesan dalam pengurusan sumber

2

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

PENDAHULUAN

1. Alhamdulillah, kita bersyukur ke hadrat Allah Subhanahu Wa Ta’ala,

kerana dengan izinNya, kita dapat bersama-sama di majlis ini.

2. Dengan takzimnya, saya mengalu-alukan dan merakamkan setinggi-

tinggi penghargaan serta terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Datuk

Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Haji Apdal, Ketua Menteri Sabah atas

kesudian hadir ke Majlis Pelancaran Buku Petunjuk Prestasi Utama Kerajaan

Negeri Sabah Sempena Hari Perkhidmatan Awam Negeri Sabah 2018.

3. Penghargaan dan terima kasih juga saya rakamkan kepada Ahli-ahli

Jemaah Menteri dan Anggota Pentadbiran Negeri kerana hadir bersama ke

majlis ini.

Page 3: TEKS UCAPAN YB. SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI SABAH … · Sekarang kita sedang melaksanakan RMK11. ... sebagainya memerlukan perancangan teliti dan berkesan dalam pengurusan sumber

3

4. Untuk makluman Yang Amat Berhormat Ketua Menteri, majlis pada pagi

ini dihadiri seramai 1,200 orang penjawat awam negeri dan persekutuan

yang terdiri daripada Kumpulan Pengurusan Tertinggi, Kumpulan Pengurusan

dan Profesional dan Kumpulan Pelaksana di semua peringkat Kementerian /

Jabatan / Pejabat Daerah / Pihak Berkuasa Tempatan / Badan Berkanun

Negeri dan Persekutuan serta syarikat-syarikat berkaitan kerajaan.

5. Hari Perkhidmatan Awam Negeri Sabah 2018 diadakan bertujuan

menggalakkan inovasi dalam perkhidmatan awam untuk kelestarian

pembangunan negeri Sabah dengan bertemakan : ‘SINERGI INOVASI KE

ARAH REFORMASI PERKHIDMATAN AWAM’.

6. Beberapa program telah disediakan sempena Hari Perkhidmatan Awam

Negeri Sabah 2018 iaitu :

Pertama – Pelancaran Bidang Keberhasilan Utama Negeri dan

seterusnya, penyerahan Buku KPI kepada Yang Amat Berhormat Ketua

Menteri sebagai simbolik komitmen sebelas (11) Kementerian Negeri

Page 4: TEKS UCAPAN YB. SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI SABAH … · Sekarang kita sedang melaksanakan RMK11. ... sebagainya memerlukan perancangan teliti dan berkesan dalam pengurusan sumber

4

dan Jabatan Ketua Menteri termasuk Dewan Bandaraya Kota Kinabalu

(DBKK) dan Yayasan Sabah yang telah menyediakan inisiatif dan KPI

masing-masing untuk merealisasikan hasrat Kerajaan Negeri Sabah

terhadap hasil dan manfaat pembangunan dapat disampaikan kepada

golongan sasar mengikut bidang keberhasilan pelbagai kementerian;

Kedua - Persidangan Perkhidmatan Awam ;

Ketiga - Pameran Inovasi Perkhidmatan Awam ;

Keempat – Program Kecergasan dan Gaya Hidup Sihat ;

dan yang akhir sekali Kelima – Majlis Meraikan Persaraan Ketua-Ketua

Jabatan Negeri; dan Majlis Meraikan Persaraan Penjawat Awam Negeri.

7. Yang Amat Berhormat Ketua Menteri, Jemaah Menteri Negeri Sabah,

sempena Hari Perkhidmatan Awam Negeri sukalah saya mengambil

kesempatan ini sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri bersama seluruh anggota

Perkhidmatan Awam Negeri menyatakan ikrar dan taat setia kami yang tidak

berbelah bagi kepada kerajaan yang telah diberi mandat oleh rakyat untuk

menerajui tampuk Kerajaan Negeri Sabah.

Page 5: TEKS UCAPAN YB. SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI SABAH … · Sekarang kita sedang melaksanakan RMK11. ... sebagainya memerlukan perancangan teliti dan berkesan dalam pengurusan sumber

5

8. Sesungguhnya sistem demokrasi berparlimen yang mana pemilihan

tampuk kerajaan dilakukan melalui pilihanraya umum adalah suatu sistem

yang terbaik dan ianya sudah teruji sebanyak 14 kali siri pilihanraya.

Walaupun kita telah menyaksikan sejarah siri penggantian tampuk kepimpinan

dan kerajaan di Negeri Sabah tetapi sektor perkhidmatan awam tetap menjadi

komponen terpenting dalam sistem kerajaan demokrasi berparlimen.

Perkhidmatan awam merupakan nadi penting kerajaan, dalam merealisasikan

aspirasi dan kehendak rakyat yang dizahirkan melalui mandat yang diperolehi

melalui pilihanraya umum.

9. Peranan dan tugas perkhidmatan awam dibuktikan dengan komitmen

yang konsisten dan berterusan melalui pelaksanaan Rancangan Lima Tahun

Kerajaan yang sudah mencapai sebelas kali Rancangan 5 tahun

Pembangunan Malaysia. Sekarang kita sedang melaksanakan RMK11.

Sebagai anggota penggubal dan pelaksana aspirasi kerajaan, kami anggota

perkhidmatan awam juga dituntut untuk melaksanakannya dengan cekap dan

berkesan kerana akhirnya Yang Amat Berhormat Ketua Menteri, Menteri-

Page 6: TEKS UCAPAN YB. SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI SABAH … · Sekarang kita sedang melaksanakan RMK11. ... sebagainya memerlukan perancangan teliti dan berkesan dalam pengurusan sumber

6

Menteri dan seluruh anggota Pentadbiran Kerajaan akan disoal dan ditanya di

Dewan Undangan Negeri. Setiap sidang Dewan Rakyat dan Sidang Dewan

Undangan Negeri beratus-ratus soalan dikemukakan untuk dijawab oleh

kerajaan. Ini bermakna tiada siapa pun dari kalangan kita samada YB Menteri,

Pembantu Menteri, Setiausaha Kerajaan Negeri, Setiausaha Persekutuan,

Setiausaha Tetap, Ketua-Ketua Jabatan, Pegawai tinggi, kakitangan sokongan

semua kita akan ditanya dan dipertanggungjawabkan untuk menjawap apa

yang telah kita laksanakan.

10. Oleh hal yang demikian, komitmen YAB Ketua Menteri untuk

menunaikan sebahagian besar dari aspirasi rakyat yang telah memberi mandat

kepada kerajaan pagi ini dilancarkan Buku (KPI) Bidang Keberhasilan Utama

Negeri dan ini adalah bukti kerajaan mahu segala yang bakal dilakukan atau

dilaksanakan mestilah suatu yang terukur dan jelas ‘outcome’ dan impaknya

kepada rakyat dan Negeri Sabah secara keseluruhannya.

Page 7: TEKS UCAPAN YB. SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI SABAH … · Sekarang kita sedang melaksanakan RMK11. ... sebagainya memerlukan perancangan teliti dan berkesan dalam pengurusan sumber

7

Kapasiti Anggota Perkhidmatan Awam Negeri

11. Berdasarkan kepada rekod, kapasiti anggota Perkhidmatan Awam

Negeri Sabah sejak tahun 2007 telah berkurang sebanyak 13%. Dimana pada

tahun 2007 kapasiti anggota Perkhidmatan Awam Negeri Sabah mempunyai

24,283 orang pegawai berbanding pada tahun 2018 iaitu seramai 21,020 orang

pegawai.

12. Ini adalah disebabkan Pelaksanaan dasar-dasar kerajaan mengenai

Perkhidmatan Awam Kejat, Rasionalisasi Saiz Perkhidmatan Awam dan

sebagainya memerlukan perancangan teliti dan berkesan dalam pengurusan

sumber manusia. Pendekatan ini adalah berpaksikan kepada produktiviti dan

penggunaan sumber manusia secara optimum.

13. Sejajar dengan itu, Perkhidmatan Awam Negeri perlu mempunyai

penjawat awam yang kompeten, berprestasi tinggi serta berkhidmat

dengan efisien dan efektif untuk membangunkan negeri Sabah.

Page 8: TEKS UCAPAN YB. SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI SABAH … · Sekarang kita sedang melaksanakan RMK11. ... sebagainya memerlukan perancangan teliti dan berkesan dalam pengurusan sumber

8

14. Kita bukan sahaja perlu meneruskan momentum kecemerlangan, malah

melaksanakan perubahan secara menyeluruh dan berterusan mencakupi

semua agensi kerajaan negeri. Pada masa yang sama, impak positif yang

terhasil hendaklah bebas daripada isu-isu integriti yang menjejaskan

keberkesanan sistem penyampaian dan imej perkhidmatan awam.

Sehubungan itu, tema Hari Perkhidmatan Awam Negeri Sabah 2018

menekankan konsep ‘SINERGI INOVASI KE ARAH REFORMASI

PERKHIDMATAN AWAM’ dengan bercirikan perkhidmatan awam yang

berprestasi tinggi, perkhidmatan awam berintegriti, penetapan KPI yang

terukur dan bijak dalam menangani cabaran.

Pentadbiran Perkhidmatan Awam Negeri Sabah

15. Sejarah secara konsisten telah menyaksikan Perkhidmatan Awam

Negeri Sabah sentiasa dinamik dan telah turut mengadaptasi dan

menangani perubahan-perubahan yang berlaku sejak tahun 1963 melalui

peningkatan kecekapan dan keberkesanan pentadbiran dengan Pemantapan

Page 9: TEKS UCAPAN YB. SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI SABAH … · Sekarang kita sedang melaksanakan RMK11. ... sebagainya memerlukan perancangan teliti dan berkesan dalam pengurusan sumber

9

Nilai-Nilai Murni, Pembudayaan Kualiti Dan Produktiviti, Gerakan Budaya Kerja

Cemerlang, Reinventing Government, Pemodenan dan Transformasi.

16. Inovasi dan transformasi adalah antara dua (2) perkara yang tidak dapat

dipisahkan yang kini diberi perhatian dalam memacu strategi-strategi

pelaksanaan bagi mencapai status negara maju berpendapatan tinggi pada

masa hadapan.

17. Setiap warga perkhidmatan awam adalah agen dan pemangkin

perubahan melalui pendekatan Fast Forward atau Pantas Ke Hadapan dalam

setiap apa jua bentuk gerak kerja yang perlu diambil ke atas amanah yang

dipertanggungjawabkan.

18. Inovasi yang berterusan diperlukan dalam mencorakkan kejayaan ke

arah kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negara. Penjawat awam mesti

peka dan sentiasa bersedia untuk berubah. Kalau kita tidak berupaya

merubah ‘mind set’, sikap, tabiat dan amalan kita, maka kita akan ketinggalan

kerana kemajuan dan perubahan di sekeliling kita cukup deras dan pantas.

Page 10: TEKS UCAPAN YB. SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI SABAH … · Sekarang kita sedang melaksanakan RMK11. ... sebagainya memerlukan perancangan teliti dan berkesan dalam pengurusan sumber

10

‘Disruptions’ dan ‘advancement’ samada dibidang sains dan tekonologi hingga

kepada perubahan iklim dunia menuntut kecekalan dan kesediaan kita secara

total dan tiada langkah untuk mundur.

19. Revolusi Industri, Revolusi Digital turut berkembang pesat.

Perkhidmatan Cloud Storage, perkembangan Digital Economy, Data Raya

atau Big Data menuntut Pengurusan Sumber Manusia untuk lebih kritikal,

pantas menyesuaikan diri dengan pembelajaran dan memperolehi

pengetahuan dan kemahiran yang terkini atau mutakhir dan berterusan.

20. Melihat kepada perkembangan teknologi yang semakin pesat ini, ia telah

mendorong sebahagian besar Kementerian / Jabatan / Pejabat Daerah / Pihak

Berkuasa Tempatan / Badan Berkanun melaksanakan inisiatif digital kerana

mengejar kecekapan dan keberkesanan perkhidmatan atau pelayanan kepada

orang ramai.

Page 11: TEKS UCAPAN YB. SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI SABAH … · Sekarang kita sedang melaksanakan RMK11. ... sebagainya memerlukan perancangan teliti dan berkesan dalam pengurusan sumber

11

PENGUKUHAN PERANAN PENJAWAT AWAM

21. Justeru, perkhidmatan awam memerlukan penjawat awam yang mampu

berfikir ke hadapan, berpandangan jauh, memiliki budaya kesegeraan,

perkhidmatan berasaskan keberhasilan, kualiti dan produktiviti dengan

mengamalkan nilai-nilai integriti dan profesionalisme yang tinggi.

22. Kita memerlukan penjawat awam yang mempunyai keupayaan untuk

meneroka masa depan dengan imaginasi dan kebijaksanaan. Kita

memerlukan jiwa penjawat awam yang bertanggungjawab, bukan hanya

mampu mengadaptasi perubahan, sebaliknya mencipta peluang untuk

masa depan yang gemilang.

23. Peranan penjawat awam tidak terhad sebagai fasilitator / pemudah cara

kepada keperluan rakyat sahaja ataupun sebagai perancang, pembuat

keputusan, pelaksanaan, pemantauan dan sebagainya tetapi hendaklah

bertindak lebih daripada itu. Setiap inci tindakan yang diambil perlu ada

Page 12: TEKS UCAPAN YB. SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI SABAH … · Sekarang kita sedang melaksanakan RMK11. ... sebagainya memerlukan perancangan teliti dan berkesan dalam pengurusan sumber

12

sensitiviti dan kematangan dan dizahirkan melalui keputusan dan

perlakuan yang terbaik.

24. Sebelum saya mengakhiri ucapan saya, izinkan saya untuk mengulangi

ikrar taat setia dan komitmen kami yang tidak berbelah bagi untuk

melaksanakan apa jua aspirasi, dasar, program dan aktiviti yang telah

ditetapkan oleh kerajaan.

25. Para hadirin sekalian, sesungguhnya ingin saya nyatakan di sini, kita

bertuah dan merasa istimewa sekali kerana dipimpin oleh Yang Amat

Berhormat Datuk Seri Panglima sebagai Ketua Menteri yang bukan sahaja

sarat dengan pengalaman yang luas di dalam pentadbiran negara tetapi Yang

Amat Berhormat Datuk Seri Panglima mempunyai kecekalan dan daya juang

yang kuat.

Page 13: TEKS UCAPAN YB. SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI SABAH … · Sekarang kita sedang melaksanakan RMK11. ... sebagainya memerlukan perancangan teliti dan berkesan dalam pengurusan sumber

13

26. Setiap butir kata yang keluar dari mulut Yang Amat Berhormat Datuk Seri

Panglima di dalam banyak siri pertemuan dengan rakyat di merata negeri

adalah merupakan manifestasi kesungguhan dan keikhlasan Yang Amat

Berhormat untuk Melestarikan Kemajuan Dan Kemakmuran Negeri Sabah.

27. Oleh itu marilah berikan satu tepukan gemuruh untuk Yang Amat

Berhormat Ketua Menteri kita.

PENUTUP

28. Akhir kata, saya merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada

Pengarah Perkhidmatan Awam Negeri berserta seluruh ahli jawatankuasa

beliau, semua Setiausaha Tetap Kementerian, Unit Penyampaian

Perkhidmatan Jabatan Ketua Menteri dan semua pihak yang terlibat kerana

telah berjaya menghasilkan Buku Petunjuk Prestasi Utama Kerajaan Negeri

Sabah.

Page 14: TEKS UCAPAN YB. SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI SABAH … · Sekarang kita sedang melaksanakan RMK11. ... sebagainya memerlukan perancangan teliti dan berkesan dalam pengurusan sumber

14

29. Saya berharap 10 Bidang Keberhasilan Utama Negeri yang lahir

daripada ekspektasi dan kehendak rakyat dilaksanakan dengan penuh

tanggungjawab oleh Kementerian dan Agensi Kerajaan.

30. Saya percaya dan yakin bahawa kita berupaya untuk melaksanakannya

sebagai satu pasukan yang pantas bergerak ke hadapan berlandaskan

integriti.

31. Para hadirin sekalian, jika kita redha dengan menyerahkan seluruh

tenaga dan pemikiran, jiwa dan raga kita kepada Negeri Sabah

insya-Allah, Tuhan akan bersama kita untuk melestarikan kemajuan dan

kemakmuran Negeri Sabah.

Sekian,

Wabillahi Taufik Wal Hidayah,

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.