majlis sambutan meraikan ketibaan yb ......menteri besar pahang dan diikuti dengan acara...

4
MAJLIS SAMBUTAN MERAIKAN KETIBAAN YB. SETIAUSAHA KERAJAAN PAHANG Kuantan, 7 Januari 2019 Majlis Sambutan Meraikan Ketibaan YB. Setiausaha Kerajaan Pahang yang baharu, Dato’ Sri Dr. Sallehuddin bin Ishak telah diadakan di Wisma Sri Pahang tepat jam 8.30 pagi. Program dimulakan dengan acara mengimbas cap jari YB. Setiausaha Kerajaan Pahang dan diikuti dengan sesi perjumpaan Ketua-ketua Jabatan Negeri bertempat di Bilik Gerakan Negeri. Dalam sesi tersebut YB. Setiausaha Kerajaan Pahang telah menyampaikan beberapa perkara yang menyentuh aspek pentadbiran dan pengurusan kewangan dalam usaha meningkatkan hasil pendapatan negeri. Program diteruskan dengan kunjung hormat YB. Setiausaha Kerajaan Pahang dengan YAB. Menteri Besar Pahang dan diikuti dengan acara menandatangani Nota Serah Tugas di antara mantan YB. Setiausaha Kerajaan, YH. Dato’ Sri Muhammad Safian bin Ismail dengan YH. Dato’ Sri Dr. Sallehuddin bin Ishak. Acara seterusnya ialah Majlis Mengangkat Sumpah Rahsia oleh Yang Berhormat Setiausaha Kerajaan Pahang di hadapan YAB. menteri Besar Pahang. Acara disudahi dengan sesi ucap selamat dan mengimbas cap jari mantan YB. Setiausaha Kerajaan Pahang sebagai simbolik berakhirnya perkhidmatan YH. Dato’ Sri Muhammad Safian bin Ismail selaku penjawat awam yang telah berkhidmat selama 41 tahun.

Upload: others

Post on 01-Jan-2020

15 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: MAJLIS SAMBUTAN MERAIKAN KETIBAAN YB ......Menteri Besar Pahang dan diikuti dengan acara menandatangani Nota Serah Tugas di antara mantan YB. Setiausaha Kerajaan, YH. Dato’ Sri Muhammad

MAJLIS SAMBUTAN MERAIKAN KETIBAAN YB. SETIAUSAHA KERAJAAN PAHANG Kuantan, 7 Januari 2019 – Majlis Sambutan Meraikan Ketibaan YB. Setiausaha Kerajaan Pahang yang baharu, Dato’ Sri Dr. Sallehuddin bin Ishak telah diadakan di Wisma Sri Pahang tepat jam 8.30 pagi. Program dimulakan dengan acara mengimbas cap jari YB. Setiausaha Kerajaan Pahang dan diikuti dengan sesi perjumpaan Ketua-ketua Jabatan Negeri bertempat di Bilik Gerakan Negeri. Dalam sesi tersebut YB. Setiausaha Kerajaan Pahang telah menyampaikan beberapa perkara yang menyentuh aspek pentadbiran dan pengurusan kewangan dalam usaha meningkatkan hasil pendapatan negeri. Program diteruskan dengan kunjung hormat YB. Setiausaha Kerajaan Pahang dengan YAB. Menteri Besar Pahang dan diikuti dengan acara menandatangani Nota Serah Tugas di antara mantan YB. Setiausaha Kerajaan, YH. Dato’ Sri Muhammad Safian bin Ismail dengan YH. Dato’ Sri Dr. Sallehuddin bin Ishak. Acara seterusnya ialah Majlis Mengangkat Sumpah Rahsia oleh Yang Berhormat Setiausaha Kerajaan Pahang di hadapan YAB. menteri Besar Pahang. Acara disudahi dengan sesi ucap selamat dan mengimbas cap jari mantan YB. Setiausaha Kerajaan Pahang sebagai simbolik berakhirnya perkhidmatan YH. Dato’ Sri Muhammad Safian bin Ismail selaku penjawat awam yang telah berkhidmat selama 41 tahun.

Page 2: MAJLIS SAMBUTAN MERAIKAN KETIBAAN YB ......Menteri Besar Pahang dan diikuti dengan acara menandatangani Nota Serah Tugas di antara mantan YB. Setiausaha Kerajaan, YH. Dato’ Sri Muhammad
Page 3: MAJLIS SAMBUTAN MERAIKAN KETIBAAN YB ......Menteri Besar Pahang dan diikuti dengan acara menandatangani Nota Serah Tugas di antara mantan YB. Setiausaha Kerajaan, YH. Dato’ Sri Muhammad
Page 4: MAJLIS SAMBUTAN MERAIKAN KETIBAAN YB ......Menteri Besar Pahang dan diikuti dengan acara menandatangani Nota Serah Tugas di antara mantan YB. Setiausaha Kerajaan, YH. Dato’ Sri Muhammad