program negaraku: kreativiti @ komuniti...

17
1 PROGRAM NEGARAKU: KREATIVITI @ KOMUNITI (PROGRAM K@K) PADA TAHUN 2017 PENGENALAN LATAR BELAKANG PROGRAM NEGARAKU: KREATIVITI@KOMUNITI (PROGRAM K@K) Program Negaraku: Kreativiti@Komuniti (Program K@K) merupakan salah satu program outreach perkhidmatan awam yang telah digariskan dalam Pelan Transformasi Perkhidmatan Awam sebagai sebuah program untuk mendaya upayakan bakat rakyat Malaysia. Program ini bermatlamat untuk mendedahkan para pelajar kepada trend terkini dalam industri kandungan kreatif melalui sesi perkongsian ilmu oleh pakar dan penggiat industri kandungan kreatif serta mencungkil bakat baru dalam kalangan pelajar. Memasuki tahun kedua penganjuran, Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) telah mengadakan lima siri Program K@K ini iaitu di Kolej Komuniti Kok Lanas Kelantan dan Kota Belud Sabah pada tahun 2016. Dengan pelaksanaan dua (2) program ini pada tahun 2016, kesinambungan program ini diteruskan pada tahun berikutnya. Sehubungan itu, Program K@K telah dianjurkan di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Kuala Langat, Selangor, Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan IKBN Seri Iskandar, Perak sepanjang tahun 2017. OBJEKTIF Objektif pelaksanaan Program K@K adalah seperti berikut: i. Mewujudkan kesedaran dan mendedahkan kumpulan sasar kepada perkembangan semasa dan trend terkini industri kandungan kreatif.

Upload: danganh

Post on 09-Mar-2019

240 views

Category:

Documents


10 download

TRANSCRIPT

1

PROGRAM NEGARAKU: KREATIVITI @ KOMUNITI (PROGRAM K@K)

PADA TAHUN 2017

PENGENALAN

LATAR BELAKANG PROGRAM NEGARAKU: KREATIVITI@KOMUNITI

(PROGRAM K@K)

Program Negaraku: Kreativiti@Komuniti (Program K@K) merupakan salah satu

program outreach perkhidmatan awam yang telah digariskan dalam Pelan

Transformasi Perkhidmatan Awam sebagai sebuah program untuk mendaya upayakan

bakat rakyat Malaysia.

Program ini bermatlamat untuk mendedahkan para pelajar kepada trend terkini dalam

industri kandungan kreatif melalui sesi perkongsian ilmu oleh pakar dan penggiat

industri kandungan kreatif serta mencungkil bakat baru dalam kalangan pelajar.

Memasuki tahun kedua penganjuran, Kementerian Komunikasi dan Multimedia

Malaysia (KKMM) telah mengadakan lima siri Program K@K ini iaitu di Kolej Komuniti

Kok Lanas Kelantan dan Kota Belud Sabah pada tahun 2016. Dengan pelaksanaan dua

(2) program ini pada tahun 2016, kesinambungan program ini diteruskan pada tahun

berikutnya.

Sehubungan itu, Program K@K telah dianjurkan di Institut Kemahiran Belia Negara

(IKBN) Kuala Langat, Selangor, Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan IKBN Seri

Iskandar, Perak sepanjang tahun 2017.

OBJEKTIF

Objektif pelaksanaan Program K@K adalah seperti berikut:

i. Mewujudkan kesedaran dan mendedahkan kumpulan sasar kepada

perkembangan semasa dan trend terkini industri kandungan kreatif.

2

ii. Mencungkil bakat-bakat baru dalam industri kandungan kreatif dalam

kalangan belia dan pelajar.

iii. Mendengar perkongsian ilmu oleh pakar dan penggiat industri dalam bidang

kandungan kreatif kepada kumpulan sasar.

iv. Menerapkan semangat keusahawanan dalam kalangan pelajar melalui

taklimat #YOUCANDUIT.

LAPORAN INOVASI

Program K@K telah dianjurkan di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Kuala Langat,

Selangor, Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan IKBN Seri Iskandar, Perak sepanjang

tahun 2017.

Takwim pelaksanaan Program K@K adalah seperti berikut:

Manakala jumlah penyertaan pada peserta ke Program K@K sepanjang tahun 2017

adalah seperti berikut:

IKBN Kuala Langat, Selangor. 19 – 21 Mei 2017

Universiti Malaysia Sabah, UMS. 14 & 15 September 2017

IKBN Kuala Langat,

Selangor 200 peserta

Universiti Malaysia

Sabah 580 peserta

IKBN Kuala Langat,

Selangor 580 peserta

IKBN Seri Iskandar, Perak.

10 & 11 November 2017

3

IKBN KUALA LANGAT, SELANGOR

Selaras dengan hasrat kerajaan dalam menyemarakkan lagi semangat patriotisme bagi

tahun 2017, segala program yang dijalankan oleh Kementerian perlu menggunakan

slogan ‘Negaraku’. Sehubungan dengan itu, Program K@K pada tahun 2017 telah

dijenamakan semula dan kini dikenali sebagai Program Negaraku: Kreativiti @

Komuniti.

Untuk penganjuran sulung Program K@K bagi tahun 2017 ini, KKMM telah

bekerjasama dengan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan telah memilih IKBN

Kuala Langat, Selangor sebagai tuan rumah. Lokasi ini dipilih kerana kursus yang

ditawarkan oleh IKBN Kuala Langat menepati kumpulan sasaran penganjuran Program

K@K, di samping kemudahan pembelajaran yang lengkap seperti dewan kuliah,

makmal komputer, dewan serba guna dan sebagainya. Program K@K ini telah

berlangsung selama tiga (3) hari, bermula dari 19 hingga 21 Mei 2017. Program yang

telah dirasmikan oleh YBrs. Encik Nik Kamaruzaman Nik Husin, Setiausaha Bahagian

Pembangunan Kandungan, KKMM, menggariskan pelbagai aktiviti sepanjang Program

K@K ini berlangsung seperti Bengkel Penulisan Kreatif yang disampaikan oleh

pengarah dan penulis skrip terkenal iaitu En. Fadzil Zahari, Bengkel Penghasilan Video

Pendek oleh FINAS, Bengkel Animasi oleh En. Hairul Faizal Izwan selaku Pengasas

Digital Durian, Forum Muzik oleh Drama Band dan Dato’ Nash, kelas ‘Makeover’ oleh

RTM dan banyak lagi. Program K@K ini juga telah berjaya menarik seramai 200 orang

peserta.

Selain itu, terdapat beberapa agensi kerajaan dan syarikat komunikasi turut mengambil

bahagian mempamerkan produk mereka sepanjang tiga (3) hari program ini

berlangsung seperti Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Kementerian Belia dan

Sukan (KBS), Suruhanjaya Pilihan raya (SPR), Agensi Anti Dadah Kebangsaan

(AADK), MCMC, MDEC, MYNIC, FINAS, RTM, Astro, Telekom Malaysia (TM), Celcom,

Digi, Maxis, U Mobile, YTL dan banyak lagi. Di samping itu juga, para pelajar IKBN turut

mempamerkan hasil karya mereka bagi tatapan umum.

4

Selain itu, Dana Mikro Content Malaysia Pitching Centre (CMPC) telah diadakan

sepanjang tiga (3) hari berlangsung. Sesi pitching Dana Mikro CMPC telah diadakan

dan merupakan landasan terbaik untuk belia, pelajar dan masyarakat setempat

menunjukkan kreativiti mereka dalam penghasilan idea kreatif yang boleh digunakan

dalam industri kreatif akan datang. Seramai lima (5) orang penerima Dana Mikro CPC

telah diumumkan semasa Majlis Penutup Program K@K. Penerima-penerima ini telah

menerima Dana Mikro berjumlah RM5,000 bagi setiap pemenang. Pemilihan ini adalah

berdasarkan kreativiti dan idea yang diberikan melalui penghasilan video pendek,

animasi dan beberapa idea industri kreatif oleh para peserta.

ATUR CARA PROGRAM K@K DI IKBN KUALA LANGAT, SELANGOR

Tarikh Program Penceramah/ Pengajar

19 Mei 2017

(Jumaat)

Bengkel Penulisan Kreatif En. Fadzil Zahari

Bengkel Penghasilan Video Pendek 1) En. Zan Azlee

2) En. Ahmad Yazid

Kelas ‘Makeover’ RTM

20 Mei 2017

(Sabtu)

Bengkel Animasi En. Hairul (Didi & Friends)

Kelas ‘Makeover’ RTM

Forum Trend Muzik Digital Dato’ Nash & Aepul Drama

Band

Taklimat #YouCanDUIT MDEC

Taklimat Pitching Dana Mikro CMPC

21 Mei 2017

(Ahad)

Pitching Dana Mikro CMPC

Ceramah Belia Benci Dadah Agensi Anti Dadah

Kebangsaan (AADK)

Jadual 1 – Atur cara sepanjang Program K@K berlangsung di IKBN Kuala Langat, Selangor.

5

UNIVERSITI MALAYSIA SABAH (UMS)

Untuk penganjuran kali kedua Program K@K bagi tahun 2017, KKMM telah memilih

UMS sebagai lokasi program pada kali ini bagi menyemarakkan sambutan Hari

Malaysia peringkat nasional yang diadakan di Negeri Sabah. Program K@K di UMS

yang telah dirasmikan oleh YBrs. Encik Nik Kamaruzaman Nik Husin, Setiausaha

Bahagian Pembangunan Kandungan, KKMM, telah berlangsung selama dua (2) hari

iaitu pada 14 dan 15 September 2017. Program K@K kali ini menerima sambutan yang

amat menggalakkan dengan penyertaan seramai 580 orang peserta yang terdiri

daripada para pelajar dari Fakulti Kemanusiaan, Seni dan Warisan (FKSW) UMS, para

pelajar dari Sabah Animation Creative Content Centre (SAC3) dan penggiat-penggiat

industri di Sabah.

Sepanjang dua (2) hari Program K@K ini berlangsung, para peserta telah didedahkan

dengan pelbagai aktiviti seperti Bengkel Penerbitan oleh Bahagian Produksi FINAS dan

Sesi Perkongsian Ilmu dalam bidang Penerbitan dan Pengarahan yang telah

disampaikan oleh nama-nama besar dalam industri seni tanah air seperti Ghaz Abu

Bakar, Raja Mukhriz dan Pekin Ibrahim. Di samping itu juga, para peserta turut

mendengar taklimat keusahawanan #YOUCANDUIT yang disampaikan oleh wakil dari

MDEC yang mana dapat memupuk semangat keusahawanan dalam kalangan para

peserta.

ATUR CARA PROGRAM K@K DI UMS, SABAH

Aw21` Program Penceramah/ Pengajar

14 September 2017

(Khamis)

Taklimat Pentadbiran oleh pihak urus

setia

KKMM

Sesi Perkongsian Ilmu dalam bidang

Penerbitan dan Pengarahan

Ghaz Abu Bakar

Bengkel Penerbitan dan Pengarahan 1) Raja Mukhriz

2) Pekin Ibrahim

6

15 September 2017

(Jumaat)

Bengkel Penerbitan dan Pengarahan 1) Raja Mukhriz

2) Pekin Ibrahim

Taklimat Keusahawanan

#YOUCANDUIT

MDEC

Majlis Penutupan Program K@K KKMM

Jadual 2 – Atur cara sepanjang Program K@K berlangsung di UMS, Sabah.

IKBN SERI ISKANDAR, PERAK

Penganjuran Program K@K kali ketiga bagi tahun 2017 telah diadakan di IKBN Seri

Iskandar, Perak yang telah berlangsung selama dua (2) hari iaitu pada 10 dan 11

November 2017. Program K@K kali ini membawakan tenaga pengajar dari Bahagian

Komunikasi Visual dan Senireka, JAPEN bagi Bengkel Fotografi. Selain daripada itu,

para peserta juga turut didedahkan kepada Bengkel Penghasilan Video oleh tenaga

pengajar dari Unit Latihan FINAS dan taklimat keusahawanan #YOUCANDUIT yang

disampaikan oleh wakil dari MDEC dalam usaha mendidik para pelajar untuk menceburi

bidang keusahawanan.

Program K@K ini telah disertai oleh 300 orang peserta yang terdiri daripada para

pelajar dari IKBN Seri Iskandar, Akademi Kemahiran Kemas, Giat Mara Parit, Kolej

Komuniti Batu Gajah, Kolej Komuniti Pasir Salak, Kolej Profesional Mara Seri Iskandar,

Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sultan Azlan Shah, Sekolah Menengah

Kebangsaan Seri Iskandar, Universiti Teknologi Mara (UITM) Seri Iskandar, Perak dan

guru pengiring. Program ini telah dirasmikan oleh YBrs. Encik Nik Kamaruzaman Nik

Husin, Setiausaha Bahagian Pembangunan Kandungan, KKMM.

7

ATUR CARA PROGRAM K@K DI IKBN SERI ISKANDAR, PERAK

Tarikh Program Penceramah/ Pengajar

10 November 2017

(Jumaat)

Taklimat Pentadbiran oleh pihak

urus setia

KKMM

Bengkel Fotografi Jurufoto JAPEN

Bengkel Pengarahan Video Unit Latihan FINAS

11 November 2017

(Sabtu)

Bengkel Fotografi Jurufoto JAPEN

Bengkel Pengarahan Video Unit Latihan FINAS

Taklimat Keusahawanan

#YOUCANDUIT

MDEC

Majlis Penutupan Program K@K KKMM

Jadual 3 – Atur cara sepanjang Program K@K berlangsung di IKBN Seri Iskandar, Perak.

8

GAMBAR SEPANJANG PROGRAM K@K BERLANGSUNG

IKBN Kuala Langat, Selangor

1. Bengkel Penulisan Kreatif

Bengkel Penulisan Kreatif yang disampaikan oleh pengarah dan penulis skrip terkenal

iaitu En. Fadzil Zahari

9

2. Kelas ‘Makeover’

1) Bengkel Animasi

Tenaga pengajar kelas Makeover yang dibawa khas daripada Jabatan Penyiaran Malaysia (RTM)

Hasil solekan teknik khas menggunakan bahan-bahan kitar semula seperti telur, sirap, tisu dan lain-lain.

10

3. Booth Pameran

Jabatan Penyiaran Malaysia (RTM)

Booth pameran Jabatan Penyiaran Malaysia (RTM)

Booth derma darah daripada Klinik Kesihatan Kuala Langat.

11

UNIVERSITI MALAYSIA SABAH (UMS)

1. Sesi Perkongsian Ilmu dalam bidang Penerbitan dan Pengarahan oleh Ghaz

Abu Bakar

Peserta mengajukan soalan kepada Ghaz Abu Bakar.

Ghaz Abu Bakar sedang berkongsi ilmu mengenai penerbitan dan pengarahan.

12

2. Bengkel Penerbitan dan Pengarahan oleh Raja Mukhriz dan Pekin Ibrahim

1.1 IKBN SERI ISKANDAR, PERAK

1) Bengkel Penghasilan Video

Sesi bergambar dengan sebahagian peserta yang hadir.

13

IKBN SERI ISKANDAR, PERAK

1. Bengkel Penghasilan Video

Sesi tugasan luar berkumpulan.

14

2. Bengkel Fotografi

15

CONTOH POSTER PROGRAM K@K BAGI TUJUAN PROMOSI

16

IMPLIKASI KEWANGAN

Kos penganjuran Program K@K dibiayai dengan menggunakan peruntukan

Pembangunan di bawah Program Dasar Industri Kreatif Negara (Kod Program 53000).

17

RUMUSAN

Penganjuran Program Negaraku: Kreativiti @ Komuniti (K@K) bagi tahun 2017 telah

berjaya mencapai empat (4) objektif utamanya iaitu mewujudkan kesedaran dan

mendedahkan kumpulan sasar kepada perkembangan semasa dan trend terkini industri

kandungan kreatif, mencungkil bakat-bakat baru dalam industri kandungan kreatif

dalam kalangan belia dan pelajar, mendengar perkongsian ilmu oleh pakar dan

penggiat industri dalam bidang kandungan kreatif kepada kumpulan sasar dan

menerapkan semangat keusahawanan dalam kalangan pelajar melalui taklimat

#YOUCANDUIT.

Justeru, Program K@K ini akan diteruskan penganjurannya pada tahun-tahun akan

datang sebagai sebuah program untuk mendaya upayakan bakat rakyat Malaysia

seperti mana yang telah digariskan dalam Pelan Transformasi Perkhidmatan Awam.