santai malam minggu @ dataran keris, alor gajah...

15
SANTAI MALAM MINGGU @ DATARAN KERIS, ALOR GAJAH RINGKASAN EKSEKUTIF Penganjur bagi Program Santai Malam Minggu @ Dataran Keris ini adalah Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) bersama Majlis Gabungan Belia Daerah (MGBD) Alor Gajah. MGBD Alor Gajah selaku NGO belia diberi kepercayaan oleh MPAG bagi menyelaraskan program mingguan, persembahan pentas dan jualan para peniaga. Kelulusan khas pengecualian lesen perniagaan turut diberi kepada para peniaga program Santai Malam Minggu @ Dataran Keris sebagai keistimewaan kepada pihak yang besama menjayakan program ini. PERINCIAN PROJEK 1. Signifikan Pemilihan Projek Inovasi yang dihasilkan adalah Santai Malam Minggu @ Dataran Keris. Program ini mula dilaksanakan bermula dari 1 April 2017 dan masih diteruskan sehingga kini. Cetusan perlaksanaan program ini adalah hasil dari pandangan warga Alor Gajah dan orang awam agar dapat mengadakan aktiviti yang yang bersesuaian bagi memeriahkan Bandar Alor Gajah pada waktu malam. Program ini diadakan pada setiap hari Sabtu malam mulai jam 8.30 malam sehingga jam 12.00 malam. Program Santai Malam Minggu @ Dataran Keris diadakan bagi memeriahkan aktiviti hujung minggu masyarakat dan penduduk di Daerah Alor Gajah disamping membuka peluang perniagaan dan juga meningkatkan ekonomi peniaga/penjaja tempatan. Ia juga mampu meningkatkan imej pelancongan seterusnya menarik minat lebih ramai pelawat dan pelancong ke daerah Alor Gajah. Selain daripada itu, program ini turut menyediakan platform riadah dan hiburan bagi mereka yang berkeluarga sambil mengeratkan silaturahim.

Upload: others

Post on 02-Sep-2019

21 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: SANTAI MALAM MINGGU @ DATARAN KERIS, ALOR GAJAH …habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2502-program-santai-malam...20 4/11/2017 suadjma pertandingan karaoke suara deejay melaka

SANTAI MALAM MINGGU @ DATARAN KERIS, ALOR GAJAH

RINGKASAN EKSEKUTIF

Penganjur bagi Program Santai Malam Minggu @ Dataran Keris ini adalah Majlis

Perbandaran Alor Gajah (MPAG) bersama Majlis Gabungan Belia Daerah (MGBD)

Alor Gajah. MGBD Alor Gajah selaku NGO belia diberi kepercayaan oleh MPAG bagi

menyelaraskan program mingguan, persembahan pentas dan jualan para peniaga.

Kelulusan khas pengecualian lesen perniagaan turut diberi kepada para peniaga

program Santai Malam Minggu @ Dataran Keris sebagai keistimewaan kepada pihak

yang besama menjayakan program ini.

PERINCIAN PROJEK

1. Signifikan Pemilihan Projek

Inovasi yang dihasilkan adalah Santai Malam Minggu @ Dataran Keris. Program ini

mula dilaksanakan bermula dari 1 April 2017 dan masih diteruskan sehingga kini.

Cetusan perlaksanaan program ini adalah hasil dari pandangan warga Alor Gajah dan

orang awam agar dapat mengadakan aktiviti yang yang bersesuaian bagi

memeriahkan Bandar Alor Gajah pada waktu malam. Program ini diadakan pada

setiap hari Sabtu malam mulai jam 8.30 malam sehingga jam 12.00 malam.

Program Santai Malam Minggu @ Dataran Keris diadakan bagi memeriahkan aktiviti

hujung minggu masyarakat dan penduduk di Daerah Alor Gajah disamping membuka

peluang perniagaan dan juga meningkatkan ekonomi peniaga/penjaja tempatan. Ia

juga mampu meningkatkan imej pelancongan seterusnya menarik minat lebih ramai

pelawat dan pelancong ke daerah Alor Gajah. Selain daripada itu, program ini turut

menyediakan platform riadah dan hiburan bagi mereka yang berkeluarga sambil

mengeratkan silaturahim.

Page 2: SANTAI MALAM MINGGU @ DATARAN KERIS, ALOR GAJAH …habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2502-program-santai-malam...20 4/11/2017 suadjma pertandingan karaoke suara deejay melaka

2. Tindakan Penyelesaian

Program Santai Malam Minggu @ Dataran Keris ini telah membantu dalam

melonjakkan nama Dataran Keris, Alor Gajah ke pengetahuan umum.

Kelebihan dan keistimewaan Program Santai Malam Minggu adalah seperti berikut:-

Program ini menggabungkan kerjasama PBT dan pertubuhan belia daerah

dalam penganjuran satu program kemasyarakatan secara mingguan bukan

bersifat “one-off programme”;

Kos penganjuran yang minima dari PBT. Contohnya, penganjur yang ingin

membuat persembahan khas di pentas Dataran Keris, akan mengeluarkan

perbelanjaan sendiri untuk perjalanan program;

Dataran Keris kini menjadi kawasan tumpuan pelbagai golongan masyarakat

berbanding dahulunya sepi dan sunyi pada malam minggu;

Membuka peluang kepada golongan belia untuk berniaga kerana

pengecualian khas lesen perniagaan yang diberikan kepada peniaga Santai

Malam Minggu @ Dataran Keris;

Menyediakan pelbagai daya tarikan seperti teh tarik percuma setiap minggu

tajaan Ahli Parlimen Alor Gajah dan sebagainya;

Menjadi platform kepada jabatan/agenda kerajaan memperkenalkan fungsi

dan perkhidmatan masing-masing kepada masyarakat umum.

Page 3: SANTAI MALAM MINGGU @ DATARAN KERIS, ALOR GAJAH …habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2502-program-santai-malam...20 4/11/2017 suadjma pertandingan karaoke suara deejay melaka

3. Keberhasilan Projek

Sebelum Program Santai Malam Minggu @ Dataran Keris ini berlangsung,

suasana persekitaran di kawasan Dataran Keris, Alor Gajah agak sunyi dan sepi

kerana ketiadaan aktiviti.

Antara permasalahan yang timbul di Dataran Keris, Alor Gajah sebelum Program

Santai Malam Minggu ini diadakan adalah :-

Masalah vandalisme di kawasan Dataran Keris meningkat dimana kawasan

tersebut menjadi tempat berkumpul para remaja pada malam minggu

Kawasan Dataran Keris sunyi dan sepi

Tiada aktiviti atau tempat berkumpul bagi masyarakat setempat

Kelebihan Perlaksanaan Program Santai Malam Minggu @ Dataran Keris:-

Pengurangan masalah vandalisme di Dataran Keris.

Kawasan Dataran Keris menjadi lebih ceria dan menarik ramai pengunjung

Terdapat pelbagai aktiviti seperti jualan makanan, permainan kanak-kanak,

persembahan pentas dan pelbagai lagi bentuk aktiviti

Menarik minat para peniaga bukan sahaja dari dalam daerah, malah luar

daerah

Memberi ruang kepada NGO dan agensi kerajaan untuk menyampaikan

maklumat perkhidmatan masing-masing

Page 4: SANTAI MALAM MINGGU @ DATARAN KERIS, ALOR GAJAH …habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2502-program-santai-malam...20 4/11/2017 suadjma pertandingan karaoke suara deejay melaka

Berikut adalah senarai aktiviti-aktiviti yang dijalankan di Program Santai

Malam Minggu @ Dataran Keris mulai dari permulaan hingga yang terkini:-

BIL TARIKH PENGANJUR AKTIVITI

1 1/4/2017 MGBD ALOR GAJAH & MPAG MAJLIS PERASMIAN SMM, PERSEMBAHAN QASIDAH, ACARA KARAOKE

2 8/4/2017 4B KAWASAN MASJID TANAH PAMERAN AUTO SHOW, PERMAINAN SKY RUNNER, ACARA KARAOKE

3 15/4/2017 MGBD ALOR GAJAH PAMERAN AUTO SHOW (VESPA), ACARA KARAOKE

4 22/4/2017 AHLI PARLIMEN BELIA MALAYSIA

DAERAH ALOR GAJAH PERSEMBAHAN ULAR, PERSEMBAHAN TEATER (KUIM), ACARA KARAOKE

5 29/4/2017 4B KAWASAN ALOR GAJAH PERSEMBAHAN AERO JAMMING, PERTUNJUKAN API, MARI MENCUBA PS4, ACARA KARAOKE

6 6/5/2017 KBBT ALOR GAJAH PERTANDINGAN RATU SARI, MENGINAI JARI, ACARA KARAOKE

7 13/5/2017 KUMPULAN TARIAN WANITA

CINA FOLKS DANCE, ACARA KARAOKE

8 20/5/2017 MGBD A/GAJAH, PBSD A/GAJAH,

JABATAN MUFTI FALAK ON STREET, CERAPAN PLANET ZUHAL DAN MUSYTARI, LARIAN OBOR SUKAN SEA, ACARA KARAOKE

9 5/8/2017 MGBD A/GAJAH ACARA KARAOKE

10 12/8/2017 MGBD A/GAJAH ACARA KARAOKE

11 19/8/2017 KUIM, MGBD A/GAJAH PERSEMBAHAN PUISI, ACARA KARAOKE

12 26/8/2017 MGBD A/GAJAH ACARA KARAOKE

13 9/9/2017 FIRE X RIDE PENYAMPAIAN HADIAH JAMBOREE

14 16/9/2017 MGBD ALOR GAJAH ACARA KARAOKE

15 23/9/2017 MGBD ALOR GAJAH ACARA KARAOKE

16 30/9/2017 MGBD ALOR GAJAH ACARA KARAOKE

17 7/10/2017 MELAKA UNITED PEMAIN MELAKA UNITED DAN KELAB KERETA PENYOKONG MELAKA UNITED

18 14/10/2017 MGBD ALOR GAJAH ACARA KARAOKE

19 21/10/2017 MGBD ALOR GAJAH ACARA KARAOKE

Page 5: SANTAI MALAM MINGGU @ DATARAN KERIS, ALOR GAJAH …habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2502-program-santai-malam...20 4/11/2017 suadjma pertandingan karaoke suara deejay melaka

20 4/11/2017 SUADJMA PERTANDINGAN KARAOKE SUARA DEEJAY MELAKA

21 11/11/2017 MGBD ALOR GAJAH ACARA KARAOKE

22 18/11/2017 MGBD ALOR GAJAH ACARA KARAOKE

23 25/11/2017 MGBD ALOR GAJAH ACARA KARAOKE

24 2/12/2017 MGBD ALOR GAJAH ACARA KARAOKE

25 9/12/2017 RETRO MASJID TANAH KONSERT ALI LELA

26 23/12/2017 MGBD ALOR GAJAH ACARA KARAOKE

27 30/12/2017 4B KAWASAN ALOR GAJAH MOONLIGHT JOGATHON, ACARA KARAOKE

28 6/1/2018 MGBD A/GAJAH ACARA KARAOKE

29 13/1/2018 MGBD A/GAJAH ACARA KARAOKE

30 20/1/2018 MRSM ALOR GAJAH PERSEMBAHAN MRSM ALOR GAJAH WIND ORCHESTRA

31 27/1/2018 MGBD A/GAJAH ACARA KARAOKE

32 3/2/2018 PERSATUAN TARIAN SINGA

BSMM TARIAN SINGA, ACARA KARAOKE

33 10/2/2018 PERODUA KARNIVAL EVOLUSI IKON

34 17/2/2018 MPAG, MGBD A/GAJAH CAR FREE ZONE, ACARA KARAOKE, LIVE BAND

35 24/2/2018 IM4U REACH OUT ACTYVATE 2018

36 3/3/2018 MGBD A/GAJAH ACARA KARAOKE

37 10/3/2018 MGBD A/GAJAH ACARA KARAOKE

38 24/3/2018 KPDNKK PROGRAM FRIENDS OF KPDNKK

39 31/3/2018 MPAG, MGBD A/GAJAH CAR FREE ZONE, ACARA KARAOKE, LIVE BAND

40 7/4/2018 MGBD A/GAJAH ACARA KARAOKE

41 14/4/2018 MELAKA FM PROGRAM BUSKERS MELAKA FM

Page 6: SANTAI MALAM MINGGU @ DATARAN KERIS, ALOR GAJAH …habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2502-program-santai-malam...20 4/11/2017 suadjma pertandingan karaoke suara deejay melaka

42 21/4/2018 MELAKA SCARVES COLLECTOR HIMPUNAN MAFLA BOLASEPAK SELURUH MALAYSIA

43 28/4/2018 MGBD A/GAJAH ACARA KARAOKE

44 5/5/2018 MGBD ALOR GAJAH ACARA KARAOKE

45 12/5/2018 MGBD ALOR GAJAH ACARA KARAOKE

4. Potensi Pengembangan Projek

Bermulanya Car Free Zone MPAG selaras dengan konsep mesra alam sekitar

pada 30 Disember 2017. Program ini diadakan pada Sabtu terakhir setiap

bulan

Juga, pelaksanaan Santai Malam Minggu D’Kuala Linggi mulai April 2018

baru-baru ini.

5. Penutup

Pelbagai aktiviti yang melibatkan pelbagai jabatan/agensi, Pertubuhan Bukan

Kerajaan (NGO) dan kaum telah dilaksanakan persembahan dan kerjasama di

Santai Malam Minggu ini. Antaranya adalah pertandingan nyanyian yang

dianjurkan oleh Suara DJ Melaka, Pertandingan Ratu Sari dari Kelab Belia Bell

Tamil Alor Gajah, Hari Bertemu Pelanggan oleh Perodua Malaysia, Falak On

Street bersama Jabatan Mufti Negeri Melaka, Program Kesedaran

Kepenggunaan oleh pihak KPDNKK serta pelbagai lagi program.

Page 7: SANTAI MALAM MINGGU @ DATARAN KERIS, ALOR GAJAH …habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2502-program-santai-malam...20 4/11/2017 suadjma pertandingan karaoke suara deejay melaka

6. Lampiran

SKOP TUGAS PELAKSANAAN SANTAI MALAMMINGGU @ DATARAN KERIS

JABATAN KHIDMAT MASYARAKAT

• Penyediaan Logistik

• Free Market • Hebahan /

Promosi program mingguan

MGBD ALOR GAJAH

MPAG

JABATAN PENGUATKUASAAN

• Kawalan parkir & rondaan keselamatan berkala

JABATAN KEBERSIHAN

Pembersihan

pentas utamadan kawasan sekitar Dataran Keris

• Penyediaan tong sampah

JABATAN KEJURUTERAAN • Pemasangan

lampu pentas utama dan kawasan sekitar Dataran Keris

Penyelarasan persembahan pentas

dan siar raya

Penyelarasan dan susunan para peniaga dan teh tarik percuma

Hebahan dan promosi Program Santai Malam

Minggu @ Dataran Keris

SKOP TUGAS PERLAKSANAAN SANTAI MALAM MINGGU @ DATARAN KERIS

Page 8: SANTAI MALAM MINGGU @ DATARAN KERIS, ALOR GAJAH …habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2502-program-santai-malam...20 4/11/2017 suadjma pertandingan karaoke suara deejay melaka

GAMBAR PROGRAM SANTAI MALAM MINGGU @ DATARAN KERIS, ALOR GAJAH

Majlis Perasmian {rogram Santai Malam Minggu @ Dataran Keris Alor Gajah

Aktiviti Memamanah dari pengunjung

Page 9: SANTAI MALAM MINGGU @ DATARAN KERIS, ALOR GAJAH …habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2502-program-santai-malam...20 4/11/2017 suadjma pertandingan karaoke suara deejay melaka

Persembahan Tarian Dari Masyarakat India

Juri Pertandingan Ratu Sari Anjuran Kelab Belia Bell Tamil Alor Gajah

Page 10: SANTAI MALAM MINGGU @ DATARAN KERIS, ALOR GAJAH …habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2502-program-santai-malam...20 4/11/2017 suadjma pertandingan karaoke suara deejay melaka

Pameran Auto Show

Permainan Sky Runner Dari 4B Kawasan Masjid Tanah

Page 11: SANTAI MALAM MINGGU @ DATARAN KERIS, ALOR GAJAH …habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2502-program-santai-malam...20 4/11/2017 suadjma pertandingan karaoke suara deejay melaka

Persembahan Tarian Dari Kumpulan Tarian Wanita Cina

Antara Tarikan Yang terdapat Di Program Santai Malam Minggu @ Dataran Keris

Page 12: SANTAI MALAM MINGGU @ DATARAN KERIS, ALOR GAJAH …habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2502-program-santai-malam...20 4/11/2017 suadjma pertandingan karaoke suara deejay melaka

Pameran Auto Show (Vespa) Anjuran MGBD Alor Gajah

Larian Obor Sukan SEA

Page 13: SANTAI MALAM MINGGU @ DATARAN KERIS, ALOR GAJAH …habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2502-program-santai-malam...20 4/11/2017 suadjma pertandingan karaoke suara deejay melaka

Larian Obor Sukan SEA

Persembahan Puisi Dari KUIM

Page 14: SANTAI MALAM MINGGU @ DATARAN KERIS, ALOR GAJAH …habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2502-program-santai-malam...20 4/11/2017 suadjma pertandingan karaoke suara deejay melaka

Persembahan Ular Tedung Selar Dari Ahli Parlimen Belia Malaysia Daerah Alor Gajah

Pertunjukan Api Anjuran 4B Kawasan Alor Gajah

Page 15: SANTAI MALAM MINGGU @ DATARAN KERIS, ALOR GAJAH …habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2502-program-santai-malam...20 4/11/2017 suadjma pertandingan karaoke suara deejay melaka

Mari Mencuba PS4 Anjuran 4B Kawasan Alor Gajah

Aero Jamming Anjuran 4B Kawasan Alor Gajah