program lawatan ke pesta buku antarabangsa

7
PROGRAM LAWATAN KE PESTA BUKU ANTARABANGSA “Bangsa Membaca, Bangsa Berjaya” 1.0 PENGENALAN Suatu tamadun atau bangsa hanya dapat dibina melalui masyarakat yang mengamalkan budaya ilmu. Cara utama membina budaya ilmu dalam sesebuah masyarkat ialah melalui amalan tabiat membaca yang berterusan. Kementerian Pelajaran telah melaksanakan pelbagai program galakan membaca di sekolah- sekolah. Walau bagaimanapun kesan daripada program tersebut masih belum mencapai tahap yang dikehendaki. Dengan demikian,pihak sekolah mencari pendekatan baru bagi melaksanakan program galakan membaca yang lebih berkesan dan dapat dijalankan secara berterusan melalui program lawatan ini. 2.0 RASIONAL 2.1 Program lawatan ke Pesta Buku ini perlu dilaksanakan kerana ingin memberi pendedahan yang lebih dan menyeluruh untuk murid – murid SK. Sri Layang mengenalpasti tokoh murid yang banyak membaca, berketrampilan serta mempunyai sifat- sifat kepimpinan. 3.0 OBJEKTIF 3.1 Meningkatkan minat membaca yang berterusan. (avid reader). 3.2 Mewujudkan persekitaran yang kondusif dan sudut bacaan yang sesuai untuk pembacaan di kawasan sekolah. 3.3 Menampilkan murid yang mengamalkan ciri- ciri pembaca berkualiti. 3.4 Mengenalpasti tokoh murid yang banyak membaca, berketrampilan serta mempunyai sifat- sifat kepimpinan. 3.5 Menampilkan murid yang mengamalkan ciri- ciri pembaca berkualiti. 3.6 Menjadikan amalan membaca sebahagian gaya hidup. 1

Upload: izzzafran

Post on 22-Jan-2018

1.025 views

Category:

Education


7 download

TRANSCRIPT

Page 1: Program lawatan ke pesta buku antarabangsa

PROGRAM LAWATAN KE PESTA BUKU ANTARABANGSA

“Bangsa Membaca, Bangsa Berjaya”

1.0 PENGENALAN

Suatu tamadun atau bangsa hanya dapat dibina melalui masyarakat yang

mengamalkan budaya ilmu. Cara utama membina budaya ilmu dalam sesebuah masyarkat

ialah melalui amalan tabiat membaca yang berterusan. Kementerian Pelajaran telah

melaksanakan pelbagai program galakan membaca di sekolah- sekolah. Walau

bagaimanapun kesan daripada program tersebut masih belum mencapai tahap yang

dikehendaki. Dengan demikian,pihak sekolah mencari pendekatan baru bagi melaksanakan

program galakan membaca yang lebih berkesan dan dapat dijalankan secara berterusan

melalui program lawatan ini.

2.0 RASIONAL

2.1 Program lawatan ke Pesta Buku ini perlu dilaksanakan kerana ingin memberi

pendedahan yang lebih dan menyeluruh untuk murid – murid SK. Sri Layang mengenalpasti

tokoh murid yang banyak membaca, berketrampilan serta mempunyai sifat- sifat kepimpinan.

3.0 OBJEKTIF

3.1 Meningkatkan minat membaca yang berterusan. (avid reader).

3.2 Mewujudkan persekitaran yang kondusif dan sudut bacaan yang sesuai untuk

pembacaan di kawasan sekolah.

3.3 Menampilkan murid yang mengamalkan ciri- ciri pembaca berkualiti.

3.4 Mengenalpasti tokoh murid yang banyak membaca, berketrampilan serta mempunyai

sifat- sifat kepimpinan.

3.5 Menampilkan murid yang mengamalkan ciri- ciri pembaca berkualiti.

3.6 Menjadikan amalan membaca sebahagian gaya hidup.

1

Page 2: Program lawatan ke pesta buku antarabangsa

4.0 KEPENTINGAN PROGRAM

Program Lawatan ke Pesta Buku ini adalah untuk menarik minat murid – murid SK Sri

Layang dalam menjadikan amalan membaca sebahagian gaya hidup. Disamping itu, murid – murid

dapat mengetahui dan membeli buku – buku ilmiah terkini yang berada di pasaran. Justeru, program

ini akan membantu setiap murid untuk terus berusaha mencapai kecemerlangan dalam diri agar

mampu mengecapi setiap sasaran yang mereka inginkan.

5.0 TEMA

“Bangsa Membaca, Bangsa Berjaya”

6.0 CADANGAN TARIKH DAN TEMPAT

Tarikh : 25 April 2015 ( Sabtu )

Tempat : PWTC, Kuala Lumpur

7.0 KUMPULAN SASARAN

Murid – murid Tahap Dua, Tahun 4,5 dan 6

2

Page 3: Program lawatan ke pesta buku antarabangsa

8.0 JAWATANKUASA PELAKSANA

JAWATANKUASA INDUK

PROGRAM LAWATAN KE PESTA BUKU ANTARABANGSA

Penasihat : Pn. Elly Nordiana Bt Hj Noh

Pengerusi : En. Derahim Bin Jaapar

Penyelaras : En. Mohd Hairun Nizam Bin Muhammad Saman

Setiausaha : Cik Noor Ain Bt Mohd Yusoff

Bendahari : Cik Siti Amirah Bt Mohamad Rodzizan

JAWATAN KUASA BIDANG TUGASPENDAFTARAN

Cik Siti Amirah Bt Rodzizan

• Membuat pendaftaran peserta

• Menyediakan borang pendaftaran.

DOKUMENTASI / FOTOGRAFI

Cik Noor Ain Bt Mohd Yusoff

• Merakamkan perjalanan program dalam bentuk foto /

video

• Mengumpul maklumat sepanjang program

• Menyediakan laporan lengkap secara bertulis dan

bergambar PENGANGKUTAN

En. Muhammad Faizal B Saadon

• Menguruskan pengangkutan pergi dan balik untuk

para peserta

• Memastikan bas yang dinaiki mempunyai cukai jalan

yang belum tamat tempoh DISIPLIN / KESELAMATAN /

KEBAJIKAN

Semua guru pengiring

• Mempastikan keselamatan para peserta sepanjang

lawatan berlangsung.

• Menyediakan kemudahan peserta ke hospital / klinik

jika perlu.

3

Page 4: Program lawatan ke pesta buku antarabangsa

9.0 ANGGARAN PERBELANJAAN PELAN TINDAKAN DAN FORMAT GERAK KERJA

Anggaran Pendapatan

a) Sumbangan Pibg & KRT Batu 7, Gohtong Jaya = RM 1,020.00

JUMLAH = RM 1,020.00

Anggaran Perbelanjaan

a) Pengangkutan

1 buah bas = RM 500.00

b) Sarapan Pagi

40 murid x RM 3.00 = RM 120.00

Makan Tengah Hari

40 murid x RM 5.00 = RM 200.00

c) Peralatan = RM 200.00

JUMLAH = RM 1,020.00

4

Page 5: Program lawatan ke pesta buku antarabangsa

10.0 JUSTIFIKASI

10.1 Program ini adalah penting untuk memberikan pendedahan yang menyeluruh berkaitan

dengan ciri – ciri murid yang berketrampilan.

10.2 Program ini adalah sebagai pemangkin kepada murid-murid untuk terus berusaha mencapai

kecemerlangan diri.

11.0 PENUTUP

Program Lawatan ke Pesta Buku ini adalah amat penting untuk dilaksanakan kerana ianya

dapat memberi pendedahan yang menyeluruh berkenaan dengan mewujudkan persekitaran yang

kondusif dan sudut bacaan yang sesuai untuk pembacaan di kawasan sekolah.

Selain itu, melalui program lawatan ini adalah untuk memberikan serba sedikit peluang untuk

murid-murid Sk Sri Layang untuk menyelami setiap hasil karya – karya penulis tempatan dan luar

negara yang belum pernah didedahkan kepada mereka sebelum ini.

Harapan agar matlamat dan objektif lawatan serta semua yang diimpikan ini berjaya dicapai

dan direalisasikan. Akhir kata jutaan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang memberi

sokongan dan kerjasama untuk menjayakan Program Lawatan ke Pesta Buku ini.

Terima kasih.

5

Page 6: Program lawatan ke pesta buku antarabangsa

Disediakan oleh,

_____________________________

En. Mohd Hairun Nizam Bin Muhamad Saman

Setiausaha

Program Lawatan Sk Sri Layang

Disemak oleh,

_______________________

En. Derahim Bin Jaafar

PK KOKURIKULUM

Sk Sri Layang

ULASAN GURU BESAR

________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

Diluluskan Oleh,

_____________________

Pn. Elly Nordiana Bt Hj Noh Guru BesarSk Sri Layang69000 Genting Highlands.

6

Page 7: Program lawatan ke pesta buku antarabangsa

7