program gotong royong & pelepasan benih ikan...

8
BULETIN Bil.2/2017 Jumaat 05 Mei 2017, Seremban - Mesyuarat Agung Kelab Sukan & Sosial Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Sembilan kali ke-32 telah diadakan di Dewan Theattrete, Wisma Negeri. Mesyuarat yang diadakan serentak dengan Majlis Perjumpaan bersama Pengarah telah berlangsung pada pukul 8.30 pagi. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Pengarah JPS Negeri Sembilan Tn. Ir. Rozman bin Mohamad selaku Presiden Kelab yang baru bagi menggantikan Tn. Ir Che Mohd Dahan bin Jusof yang bertukar ke JPS Negeri Johor. Dalam ucapan beliau yang menyatakan serba sedikit tentang dirinya dan perjalanan hidup serta pengalaman kerja sebelum menjadi Pengarah JPS Negeri Sembilan di samping mencadangkan nama kelab ditukar kepada lebih ringkas. Jayakan Perkhidmatan Sempurna JPS Negeri Sembilan jpsns.ns.gov.my MESYUARAT AGONG KELAB SUKAN JPS NEGERI SEMBILAN SIDANG REDAKSI 2017 PENASIHAT PENOLONG EDITOR JURUFOTO Ir. Rozman B. Mohamad Puan Suryati bt Rosli Encik Muhamad Nurafizan bin Wagi EDITOR Pn. Syamsafariza Izawane Bt Wan Mohd Fikri DITERBITKAN OLEH Bahagian Operasi Jabatan Pengairan & Saliran Negeri Negeri Sembilan Darul Khusus PROGRAM GOTONG ROYONG & PELEPASAN BENIH IKAN AIR TAWAR DI PERAIRAN UMUM. 17 November 2017 – REMBAU . Ini merupakan program kerjasama (NBOS) di antara Jab. Perikanan Negeri Sembilan/Daerah Rembau dan JPS Daerah Rembau di mana pembahagian tugas tertentu memudahkan ia dilaksana dengan lebih cekap dan kos efektif. Program ini telah disempurnakan oleh YB Dato Zaifulbahri bin Idris selaku ADUN Kawasan Chembong merangkap Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Modal Insan, Belia Dan Sukan. Sebanyak 10,000 benih ikan telah dilepaskan bagi setiap spesis iaitu dari sepsis ikan baung, lampam jawa dan lampam sungai. Program ini turut dihadiri oleh Pengarah Perikanan N.Sembilan iaitu Tn Helimi bin Abu Hanip.

Upload: dodan

Post on 18-Jul-2019

248 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: PROGRAM GOTONG ROYONG & PELEPASAN BENIH IKAN …jpsns.ns.gov.my/images/Buletin/2017/Buletin--Mei---November-2017---Latest.pdf · ucapan beliau yang menyatakan serba sedikit tentang

BULETIN

Bil.2/2017

Jumaat 05 Mei 2017, Seremban - Mesyuarat Agung Kelab Sukan & Sosial Jabatan Pengairan

dan Saliran Negeri Sembilan kali ke-32 telah diadakan di Dewan Theattrete, Wisma Negeri.

Mesyuarat yang diadakan serentak dengan Majlis Perjumpaan bersama Pengarah telah

berlangsung pada pukul 8.30 pagi. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Pengarah JPS

Negeri Sembilan Tn. Ir. Rozman bin Mohamad selaku Presiden Kelab yang baru bagi

menggantikan Tn. Ir Che Mohd Dahan bin Jusof yang bertukar ke JPS Negeri Johor. Dalam

ucapan beliau yang menyatakan serba sedikit tentang dirinya dan perjalanan hidup serta

pengalaman kerja sebelum menjadi Pengarah JPS Negeri Sembilan di samping

mencadangkan nama kelab ditukar kepada lebih ringkas.

Seperti tahun sebelumnya, objektif majlis Perjumpaan bersama Pengarah dan Kakitangan

diadakan bagi merapatkan hubungan silaturrahim disamping meraikan kakitangan yang

sudah bersara serta akan bersara. Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku dan

diteruskan lagi dengan bacaan doa yang diketuai oleh En. Muhamad Norafizan bin Wagi,

dari Bahagian Pengurusan Banjir. Acara seterusnya adalah penyampaian sumbangan

kepada anak-anak ahli yang mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan UPSR,

PMR, SPM dan STPM serta cabutan bertuah. Mesyuarat yang bermula pada pukul 10.00

yang dipengerusikan oleh Presiden kelab sendiri dimana mesyuarat kali ini dibuat pemilihan

dua jawatan penting iaitu Setiausaha Kehormat dan Bendahari disebabkan kenaikan

pangkat dan pertukaran baru-baru ini. Dalam mesyuarat tersebut dua usul telah

dibincangkan bagi penambahbaikan pengurusan kelab disamping isu-isu yang berbangkit.

Tidak ketinggalan juga cadangan program untuk tahun ini dan mesyuarat yang diakhiri

dengan cabutan bertuah peringkat akhir serta cabutan `Grand prize' berupa basikal

dimenangi oleh En. Mohamad Azahari bin Salleh dari daerah Jempol.Pengurusan

Kewangan yang baik untuk tahun 2015.

Jayakan Perkhidmatan Sempurna

JPS Negeri Sembilan

jpsns.ns.gov.my

MESYUARAT AGONG KELAB SUKAN JPS NEGERI SEMBILAN

SIDANG REDAKSI 2017

PENASIHAT PENOLONG EDITOR JURUFOTO

Ir. Rozman B. Mohamad Puan Suryati bt Rosli Encik Muhamad Nurafizan bin Wagi

EDITOR

Pn. Syamsafariza Izawane Bt Wan Mohd Fikri DITERBITKAN OLEH

Bahagian Operasi

Jabatan Pengairan & Saliran Negeri

Negeri Sembilan Darul Khusus

PROGRAM GOTONG ROYONG & PELEPASAN BENIH IKAN AIR TAWAR DI PERAIRAN UMUM.

17 November 2017 – REMBAU . Ini merupakan program kerjasama (NBOS) di antara

Jab. Perikanan Negeri Sembilan/Daerah Rembau dan JPS Daerah Rembau di mana

pembahagian tugas tertentu memudahkan ia dilaksana dengan lebih cekap dan

kos efektif. Program ini telah disempurnakan oleh YB Dato Zaifulbahri bin Idris selaku

ADUN Kawasan Chembong merangkap Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Modal

Insan, Belia Dan Sukan. Sebanyak 10,000 benih ikan telah dilepaskan bagi setiap

spesis iaitu dari sepsis ikan baung, lampam jawa dan lampam sungai. Program ini

turut dihadiri oleh Pengarah Perikanan N.Sembilan iaitu Tn Helimi bin Abu Hanip.

Page 2: PROGRAM GOTONG ROYONG & PELEPASAN BENIH IKAN …jpsns.ns.gov.my/images/Buletin/2017/Buletin--Mei---November-2017---Latest.pdf · ucapan beliau yang menyatakan serba sedikit tentang

15 Mei 2017, Port Dickson - Satu lawatan kerja bersama JPS Negeri Sembilan dan Pejabat

Pembangunan Persekutuan Negeri (ICU) telah diadakan di sekitar kawasan Rancangan

Tebatan Banjir (RTB) Sungai Jimah dan Sungai Linggi. Antara yang hadir ialah Pengarah

ICU, Tuan Hj. Ali bin Hj. Luman, Pengarah Pengairan dan Saliran Negeri, Tn. Ir, Rozman bin

Mohamad, Jurutera Daerah Port Dickson En. Muhammad Fariz bin Ismail dan pegawai-

pegawai berkaitan kedua-dua dua jabatan. Objektif lawatan tersebut adalah salah satu

siri lawatan Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri melihat projek yang telah siap

sekitar di dalam Negeri Sembilan.

LAWATAN KERJA BERSAMA PEJABAT PEMBANGUNAN

PERSEKUTUAN NEGERI ( ICU ) KE PROJEK RTB

SUNGAI LINGGI

PROGRAM NBOS BAGI PEMULIHARAAN PANTAI BATU 5 DIANTARA JPS DAERAH PORT DICKSON BERSAMA

NAHRIM DAN UTM

12 Jun 2017, Port Dickson - Satu lawatan kerja bersama JPS Negeri Sembilan dan

Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri (ICU) telah diadakan di sekitar

kawasan Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Sungai Jimah dan Sungai Linggi. Antara

yang hadir ialah Pengarah ICU, Tuan Hj. Ali bin Hj. Luman, Pengarah Pengairan dan

Saliran Negeri, Tn. Ir, Rozman bin Mohamad, Jurutera Daerah Port Dickson En.

Muhammad Fariz bin Ismail dan pegawai-pegawai berkaitan kedua-dua dua

jabatan. Objektif lawatan tersebut adalah salah satu siri lawatan Pejabat

Pembangunan Persekutuan Negeri melihat projek yang telah siap sekitar di dalam

Negeri Sembilan.

Page 3: PROGRAM GOTONG ROYONG & PELEPASAN BENIH IKAN …jpsns.ns.gov.my/images/Buletin/2017/Buletin--Mei---November-2017---Latest.pdf · ucapan beliau yang menyatakan serba sedikit tentang

WISMA NEGERI 24 Julai – Majlis Ramah Mesra Aidilfitri Wisma Negeri menghimpunkan

kira-kira 800 penjawat awam daripada agensi-agensi dan jabatan-jabatan kerajaan

yang terdapat di Wisma Negeri di perkarangan Wisma Negeri, hari ini.T urut sama,

Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Sembilan serta ketua-ketua agensi dan

jabatan-jabatan kerajaan.

Antara agensi yang terlibat dalam gabungan majlis Aidilfitri ini ialah Jabatan

Kebajikan Masyarakat (JKM), Pejabat Kewangan Negeri, Jabatan Kerja Raya,

Pejabat Pengarah Tanah dan Galian, Jabatan Perhutanan Negeri, Pejabat

Pembangunan Persekutuan Negeri, Jabatan Pengaliran dan Saliran Negeri, Jabatan

Pertanian Negeri, Jabatan Perancang Bandar dan Desa serta Pejabat Setiausaha

Kerajaan Negeri Sembilan.

JPS Negeri Sembilan telah mendapat tempat ketiga didalam pertandingan Gerai

Tercantik.

MAJLIS RAMAH MESRA AIDILFITRI

Pada 30 Julai 2017 - Seramai 8 orang kakitangan temasuk Jurutera Daerah JPS Port

Dickson telaj menyertai larian Smart Tunnel Run. Program tersebuttelah dianjurkan oleh

Jabatan Pengairan Dan Saliran Malaysia dan telah di adakan di Kuala Lumpur.

PROGRAM SMART TUNNEL RUN

Page 4: PROGRAM GOTONG ROYONG & PELEPASAN BENIH IKAN …jpsns.ns.gov.my/images/Buletin/2017/Buletin--Mei---November-2017---Latest.pdf · ucapan beliau yang menyatakan serba sedikit tentang

LAWATAN TEKNIKAL BERSAMA BAHAGIAN PENGURUSAN BANJIR UNTUK PROJEK RTB SUNGAI JIMAH

Isnin 14 Ogos 2017, Seremban & Port Dickson - Satu lawatan teknikal ke tapak projek

Rancangan Tebatan Banjir Sg.jimah telah diadakan selepas Mesyuarat Pemantauan

Projek-projek Rancangan Tebatan Banjir, Negeri Sembilan. Mesyuarat tersebut telah

diadakan pada pukul 10.00 pagi, antara yang hadir Timbalan Pengarah Seksyen

Teknikal Tuan Ir. Arshad bin Sardi, Bahagian Pengurusan Banjir, JPS Malaysia serta

pegawai-pegawai dari JPS Negeri Sembilan.

PROGRAM IBADAH QURBAN JPS REMBAU

1 September 2017 - JPS Rembau telah menerima seekor(1) lembu yang

disumbangkan oleh Ahli Parlimen Rembau iaitu Brig.Jen. Tuan Khairy Jamaluddin

bin Abu Bakar ( Menteri Belia Dan Sukan ) sempena Hari Raya Aidul Adha 1438H

untuk dilaksanakan Ibadah Qurban. Sembelihan telah disempurnakan oleh Imam

Majid Kariah Kg Mampong dengan dibantu oleh warga JPS Rembau sendiri.

Page 5: PROGRAM GOTONG ROYONG & PELEPASAN BENIH IKAN …jpsns.ns.gov.my/images/Buletin/2017/Buletin--Mei---November-2017---Latest.pdf · ucapan beliau yang menyatakan serba sedikit tentang

SAMBUTAN HARI INOVASI JPS NEGER I SEMBILAN 2017

11 Oktober, Kuala Lumpur – JPS Daerah Port Dickson telah mewakili JPS Malaysia

bagi menyertai satu pertandingan Inovasi peringkat Kemeterian Alam Sekitar di

Putrajaya. JPS Daerah Port Dickson diwakili oleh Kumpulan OMBAK telah

membawa produk “Easy Slot Stick Gauge” yang mana ianya telah digunakan

oleh JPS Neneri Sembilan.

PERTANDINGAN INOVASI PERINGKAT KEMETERIAN ALAM SEKITAR

26 September 2017, Seremban - Tahniah diucapkan kepada penerima-penerima

anugerah bersempena Sambutan Hari Inovasi Peringkat Jabatan Pengairan dan Saliran

Negeri Sembilan yang diadakan di Pusat Dakwah Islamiah Paroi. Majlis tersebut yang

dirasmikan oleh Pengarah Pengairan dan Saliran Negeri Tn. Ir. Hj. Rozman bin Mohamad

dari Jabatan Hal Ehwal Islam Negeri Sembilan (JAHEINS) disamping yang hadir ialah

ketua-ketua bahagian dan daerah. Majlis yang disekalikan dengan Program Lafas Ikrar

Bebas Rasuah (IBR) dan Pelancaran Logo Kelab Sukan & Sosial JPS Negeri Sembilan.

Lafas Ikrar Bebas Rasuah yang diketuai oleh Pengarah Pengairan dan Saliran Negeri

sendiri sambil disaksikan oleh Pengarah Suruhanjaya Pencegah Rasuah Negeri Sembilan,

Tuan Ramli bin Ismail. Majlis yang dimulakan dengan Ceramah Inovasi yang

disampaikan oleh Tn. Hj. Norazman bin Amat kemudian disusuli dengan taklimat

kesihatan yang disampaikan oleh Pegawai Kesihatan dari Hospital SALAM Senawang.

Page 6: PROGRAM GOTONG ROYONG & PELEPASAN BENIH IKAN …jpsns.ns.gov.my/images/Buletin/2017/Buletin--Mei---November-2017---Latest.pdf · ucapan beliau yang menyatakan serba sedikit tentang

SAMBUTAN HARI INOVASI

JPS MALAYSIA

25 Oktober 2017 KEDAH - Telah berlansung sambutan Hari Inovasi Jabatan Pengairan

Dan Saliran di Institut Latihan Perguruan Darulaman. Program tersebut telah dirasmikan

oleh YB Datuk IR. DR. Haji Hamim Bin Samuri , Timbalan Menteri Asli dan Alam Sekitar.

Turut hadir , Ir. Hj. Abdullah bin Isnin iaitu, Timbalan Ketua Pengarah ( Sektor Pakar ) .

MAJLIS TAKLIMAT RANG UNDANG – UNDANG SUMBER AIR NEGARA

31 Oktober 2017 - Majlis Taklimat Rang Undang-Undang Sumber Air Negara bertempat di

Nilai Springs golf resort, Nilai yang di rasmikan oleh YBhg Dato Sri Azizan Bin Ahmad,

Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar dan majlis penutup di

sempurnakan oleh YBhg Dato IR. DR. Haji Hamim Bin Samuri,Timbalan Menteri NRE.

Turut hadir YBhg Dato Ir Dr Hj Md Nasir Bin Md Nor,Timbalan Ketua Pengarah JPS (Sektor

Business) . Seramai 130 orang peserta yang terlibat di dlm program ini.

Page 7: PROGRAM GOTONG ROYONG & PELEPASAN BENIH IKAN …jpsns.ns.gov.my/images/Buletin/2017/Buletin--Mei---November-2017---Latest.pdf · ucapan beliau yang menyatakan serba sedikit tentang

LAWATAN KE HOT SPORT BANJIR DI KG SERTING HULU

8 November 2017- Jempol - Satu lawatan ke hotspot banjir telah diadakan ke kawasan

Serting Ulu. Lawatan ini telah dihadiri oleh Tuan Haji Zazali Bin Salehudin selaku Pegawai

Daerah Jempol , En Azmir Syam Penguasa Daerah JPS Jempol , serta wakil dari

Jabatan Kerja Raya Daerah Jempol , Majlis Daerah Jempol , Pejabat Daerah Jempol ,

Jabatan Kebajikan Daerah Jempol , Jabatan Kesihatan Daerah Jempol dan Ketua

Kampung .

Berikutan lawatan ini , Tuan Pegawai Daerah menyarankan agar JKR menaiktaraf

culvert sediada ke saiz yang lebih sesuai kerana saiz sedia ada tidak dapat

menampung kapasiti air ketika hujan lebat . Semoga kita akan terus dapat bersama

berganding bahu menawarkan dan memberikan perkhidmatan terbaik untuk rakyat.

MESYUARAT JAWATANKUASA TINDAKAN JPS NEGERI SEMBILAN

9 November 2017 – PENANG - Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan JPS Negeri

Sembilan telah diadakan pada 9 Oktober 2017 di KOMTAR, Pulau Pinang. Turut

diadakan juga taklimat khas berkenaan Penubuhan Jawatankuasa 'Ops

Lumpur' dan penyerahan Wang Sumbangan Kelab Sukan dan Rekreasi JPSNS

(KESSAN) kepada JPS Pulau Pinang kepada staff JPS yang terlibat dalam banjir

baru-baru ini.Lawatan ke Projek Pemuliharaan Pantai dan Pembaikan Kualiti Air

Laut Di Batu Feringghi, Pulau Pinang turut diadakan.

Page 8: PROGRAM GOTONG ROYONG & PELEPASAN BENIH IKAN …jpsns.ns.gov.my/images/Buletin/2017/Buletin--Mei---November-2017---Latest.pdf · ucapan beliau yang menyatakan serba sedikit tentang

PROGRAM MESRA RAKYAT

DI PORT DICKSON

13 November 2017 - Program Mesra Rakyat Di Port Dickson. Program ini telah

dirasmikan oleh Y.A.B Dato' Seri Utama Haji Mohamad Bin Haji Hasan ,Menteri

Besar Negeri Sembilan.

KURSUS “ TRAINING OF TRAINERS ”

RIVER RANGER 2017

15-16 November 2017 - Seremban, Bertempat di Hotel Royal Chulan telah

diadakan Kursus "Training of Trainers River Ranger 2017". Peserta kursus tersebut

terdiri daripada guru-guru dari 10 buah sekolah di sekitar Seremban, Agensi

Kerajaan & Swasta yang terlibat dengan pengurusan air seperti JPS, JAS, JMG,

BKSA, PTG, PBT, SAINS dan IWK. Majlis penutup yang dirasmikan oleh Y.B. Dato' Hj.

Ubaidah bin Dato' Hj. Redza, Adun Ampangan Selaku Pengerusi Jawatankuasa

Bertindak Kemudahan Awam, Alam Sekitar, Koperasi dan Kepenggunaan dan

Naib Pengerusi MyWP Dato' Ir. Hanapi bin Mohamad Noor.